KKP.docx

18
PENGENALAN Keluarga adalah teras dalam pendidikan awal kanak-kanak. Keluarga merupakan salah satu penghubung yang paling intim dan penting dalam setiap kehidupan manusia termasuklah dalam diri kanak-kanak itu sendiri. Keluarga boleh dimaksudkan sebagai dua atau lebih perhubungan antara manusia yang tinggal dalam satu penempatan (Driscoll & Nagel, 2002). Mendisiplinkan kanak-kanak merupakan satu perkara yang penting tetapi satu proses yang amat menyukarkan terutama kepada ibu bapa. Tidak ramai ibu bapa mendapat pendedahan mengenai cara mendisiplinkan kanak- kanak secara formal. Usaha mendisiplinkan kanak-kanak adalah bertujuan untuk mengajar mereka bertingkah laku yang boleh diterima oleh masyarakat. Dari segi bahasa, disiplin adalah kawalan yang diperoleh daripada penguatkuasaan peraturan. Manakala dari segi istilah pula disiplin ialah satu peraturan yang dikenakan kepada kanak-kanak untuk mengawal dan mendapatkan tingkah laku yang diingini. Kanak-kanak belajar berdidsiplin dan bertingkah laku positif, jika diajar dan diberi tunjuk cara bertingkah laku yang sesuai. Kanak-kanak akan lebih bertingkah laku positif hasil daripasa motivasi dan peneguhan yang diterima berbanding hukuman atau dendaan. 1

description

l

Transcript of KKP.docx

Page 1: KKP.docx

PENGENALAN

Keluarga adalah teras dalam pendidikan awal kanak-kanak. Keluarga merupakan

salah satu penghubung yang paling intim dan penting dalam setiap kehidupan manusia

termasuklah dalam diri kanak-kanak itu sendiri. Keluarga boleh dimaksudkan sebagai dua

atau lebih perhubungan antara manusia yang tinggal dalam satu penempatan (Driscoll &

Nagel, 2002).

Mendisiplinkan kanak-kanak merupakan satu perkara yang penting tetapi satu

proses yang amat menyukarkan terutama kepada ibu bapa. Tidak ramai ibu bapa mendapat

pendedahan mengenai cara mendisiplinkan kanak-kanak secara formal. Usaha

mendisiplinkan kanak-kanak adalah bertujuan untuk mengajar mereka bertingkah laku yang

boleh diterima oleh masyarakat. Dari segi bahasa, disiplin adalah kawalan yang diperoleh

daripada penguatkuasaan peraturan. Manakala dari segi istilah pula disiplin ialah satu

peraturan yang dikenakan kepada kanak-kanak untuk mengawal dan mendapatkan tingkah

laku yang diingini. Kanak-kanak belajar berdidsiplin dan bertingkah laku positif, jika diajar

dan diberi tunjuk cara bertingkah laku yang sesuai. Kanak-kanak akan lebih bertingkah laku

positif hasil daripasa motivasi dan peneguhan yang diterima berbanding hukuman atau

dendaan.

1

Page 2: KKP.docx

BAHAGIAN A

2

Page 3: KKP.docx

PEMBENTUKAN DISIPLIN

MELAYANI PERASAAN

Guru sebagai role model

Menerapkan nilai-nilai murni

Peneguhan

PENYELESAIAN KONFLIK

Time-out

Mengambil berat terhadap kanak-kanak

Mengajar kemahiran sosial yang baik

Perbincangan

Mengalih arah

3

Page 4: KKP.docx

BAHAGIAN B

4

Page 5: KKP.docx

PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN PUTERA

Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negara pada tanggal 31 Ogos setiap

tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan. Hari kebangsaan

merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran oleh seluruh rakyat

Malaysia. Sempena sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-57 ini, Sekolah Rendah

Kebangsaan (SRK) Putera telah bercadang untuk mengadakan satu aktiviti kemerdekaan

iaitu Pertandingan Pakaian Beragam Peringkat Prasekolah.

Pertandingan Pakaian Beragam Peringkat Prasekolah ini diadakan di bawah

pengelolaan Unit Prasekolah SRK Putera. Pertandingan tersebut melibatkan dua buah kelas

prasekolah iaitu Prasekolah Al-Farabi dan Prasekolah Ibnu Sina. Di samping itu,

pertandingan ini juga merupakan satu program yang disediakan khusus untuk melibatkan

ibu bapa dan kanak-kanak prasekolah di mana mereka bersama-sama menjayakan

pentandingan pakaian beragam tersebut. Hal ini bermakna ibu bapa perlu membantu

menyediakan pakaian seragam yang bersesuaian kepada kanak-kanak untuk digayakan

pada hari pertandingan tersebut.

Objektif Pertandingan Pakaian Beragam ini dianjurkan adalah untuk memberi

peluang kepada murid menunjukkan potensi dan keyakinan diri dengan memperagakan

pakaian seragam masing-masing. Di samping itu, tujuan aktiviti ini dilaksanakan adalah

untuk menjalinkan kerjasama dalam kalangan ibu bapa dan pihak pengurusan prasekolah.

Hal ini kerana komunikasi yang baik antara guru dan ibu bapa merupakan faktor

persekitaran yang penting. Ikatan hubungan yang baik memerlukan rasa hormat-

menghormati, persefahaman, perkongsian maklumat, pengetahuan dan kemahiran secara

dua hala. Maka wajarlah ibu bapa dan guru prasekolah bekerjasama demi mewujudkan

generasi berkualiti dan cemerlang.

Seterusnya, syarat penyertaan Pertandingan Pakaian Beragam adalah terbuka

kepada kanak-kanak yang berumur 5 dan 6 tahun. Oleh itu, semua kanak-kanak prasekolah

layak untuk menyertai pertandingan tersebut. Antara kriteria-kriteria yang diambil kira dalam

pertandingan tersebut ialah pakaian yang paling kreatif dan gaya persembahan yang paling

menarik. Setiap peserta akan dinilai berdasarkan kedua-dua kriteria tersebut. Peserta yang

mengumpul mata paling tinggi akan bergelar sebagai juara dan membawa pulang hadiah

utama iaitu sebuah basikal.

5

Page 6: KKP.docx

Pertandingan Pakaian Beragam Peringkat Prasekolah ini akan diadakan pada 23

Ogos 2014 iaitu bersamaan pada hari Khamis dan bertempat di Dataran Ilmu SRK Putera.

Acara tersebut yang dijalankan sebagai salah satu program dalam sambutan Hari

Kemerdekaan peringkat SRK Putera merupakan acara kedua dalam sesi berkenaan iaitu

selepas pertandingan mendeklamasikan sajak oleh murid tahun 4 dan 5.

Sepanjang pertandingan ini berlangsung, pihak sekolah berharap agar aktiviti yang

telah dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan mencapai objektif yang telah

ditetapkan. Selain itu, diharapkan juga agar program ini dapat memberi pengalaman

bermakna kepada murid-murid untuk menghadapi kehidupan sebenar yang lebih mencabar

pada masa hadapan serta dapat memantapkan lagi kemahiran-kemahiran yang terkandung

dalam sukatan pelajaran.

6

Page 7: KKP.docx

BAHAGIAN C

7

Page 8: KKP.docx

ANALISIS PENCAPAIAN KANAK-KANAK

Pada 23 Ogos 2014, Sekolah Rendah Kebangsaan Putera telah mengadakan satu

program iaitu Pertandingan Pakaian Beragam Peringkat Prasekolah. Pertandingan ini

dilaksanakan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Kali ke – 57. Sambutan Hari

Kemerdekaan merupakan salah satu program tahunan di sekolah ini. Pertandingan Pakaian

Beragam tersebut turut membabitkan penglibatan ibu bapa dan kanak-kanak prasekolah

dalam menjayakan program ini. Hal ini kerana penglibatan ibu bapa dalam aktiviti

prasekolah dapat meningkatkan pencapaian dan perkembangan kanak-kanak.

Hasil daripada pemerhatian yang dibuat sepanjang program tersebut dilaksanakan,

penulis mendapati bahawa tahap perkembangan murid dari aspek jasmani, kognitif, emosi

dan sosial adalah pada tahap yang baik. Aspek emosi merangkumi kebolehan kanak-kanak

menguasai dan mengawal perasaan. Kanak-kanak dinilai melalui reaksi yang ditunjukkan

oleh mereka iaitu seperti perasaan gembira, gelisah, pendiam, risau, dan malu. Kanak-

kanak yang emosinya stabil dan tiada tekanan akan menunjukkan sikap yang ceria dan

mempunyai keyakinan diri yang tinggi ketika bersama rakan yang lain. Bagi kanak-kanak

yang mempunyai tekanan emosi lebih cenderung duduk mendiamkan diri dan sentiasa

diselubungi perasaan takut, bimbang, dan tiada keyakinan diri ketika berhadapan dengan

orang lain. Pertandingan pakaian beragam ini merupakan pertandingan yang memerlukan

murid untuk memperagakan pakaian mereka di hadapan penonton. Pertandingan ini dapat

membantu membina konsep kendiri mereka. Hal ini kerana kanak-kanak akan melalui

pelbagai perasaan semasa berada di hadapan penonton. Contohnya perasaan takut dan

gementar untuk tampil di khalayak ramai. Namun begitu, mereka dapat mengawal emosi

negatif tersebut dan tampil dengan yakin untuk mempersembahkan gaya dan aksi mereka

8

Page 9: KKP.docx

tersendiri kepada hakim dan penonton. Oleh yang demikian, keadaan tersebut menunjukkan

bahawa perkembangan emosi kanak-kanak berada pada tahap yang sangat baik.

Kemahiran sosial sangat penting untuk dibangunkan dalam diri kanak-kanak

prasekolah. Kegagalan membina kemahiran sosial yang baik dalam kalangan kanak-kanak

prasekolah akan memberi kesan kepada pencapaian akademik mereka dan seterusnya

menghadapi masalah di sekolah. Perkembangan dari aspek sosial merangkumi kebolehan

kanak-kanak berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan kawan-kawan di persekitarannya.

Kanak-kanak yang berkebolehan berkawan dan bermain bersama rakan menunjukkan

perkembangan sosial yang baik. Keadaan ini dapat dilihat melalui perhubungan kanak-

kanak dengan rakan sebaya. Kanak-kanak boleh berhubung dengan rakan-rakan mereka

sama ada dari kelas yang sama ataupun dari kelas lain yang menyertai pertandingan

tersebut. Hal ini kerana pertandingan pakaian beragam ini melibatkan dua kelas prasekolah

iaitu Prasekolah Al-Farabi dan Prasekolah Ibnu Sina. Oleh itu, kanak-kanak berpeluang

untuk berinteraksi antara satu sama lain semasa menyertai pertandingan tersebut. Justeru

itu, keadaan ini menunjukkan bahawa perkembangan sosial kanak-kanak berkembang pada

tahap yang optimum.

9

Page 10: KKP.docx

Seterusnya ialah aspek kognitif. Pertandingan pakaian beragam ini juga merupakan

sebahagian daripada proses pembelajaran kanak-kanak. Teknik pengajaran dan

pembelajaran bukan setakat di dalam kelas sahaja tetapi juga berlaku di luar. Pertandingan

ini mempunyai hubung kait dengan pembelajaran murid di dalam kelas iaitu tema negara

saya. Oleh yang demikian, kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu perkara berkaitan

dengan tema negara saya seperti bendera jalur gemilang. Pembelajaran di luar bilik darjah

ini merupakan kaedah pembelajaran yang berpusatkan murid yang bertujuan untuk

menyokong dan mengukuhkan pelaksanaan kurikulum sekolah. Hal ini bermakna

pembelajaran ini dapat mengukuhkan kefahaman murid terhadap konsep yang dipelajari di

dalam kelas, memberikan pengalaman pembelajaran dalam situasi yang sebenar, bermakna

dan menyeronokkan. Kemudian, ia juga membolehkan murid berfikir dan menguasai ilmu

pengetahuan melalui pengalaman kontekstual, meningkatkan minat dan sikap murid untuk

belajar, mengembangkan kemahiran mengumpul, memproses, dan menganalisis data serta

maklumat. Contohnya melalui pelaksanaan pertandingan pakaian beragam, murid dapat

mengenali warna-warna yang terdapat pada jalur gemilang dan watak bapa kemerdekaan

iaitu Tunku Abdul Rahman yang digayakan oleh salah seorang peserta pertandingan

tersebut. Justeru itu, keadaan ini menunjukkan bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak

berkembang pada tahap yang optimum.

Selain itu, aspek jasmani. Aspek jasmani mempunyai hubungan yang rapat dengan

kecerdasan kinestetik kanak-kanak. Kecerdasan kinestetik merupakan kebolehan yang

dimiliki oleh seseorang dalam menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota badan

untuk berkomunikasi atau menyelesaikan masalah. Di samping itu, kecerdasan kinestetik

juga merupakan kemampuan yang berhubung dengan gerakan tubuh badan termasuk gerak

balas otak yang mengendalikan tubuh. Secara ringkasnya kecerdasan kinestetik merupakan

10

Page 11: KKP.docx

kecekapan menginterpretasikan pergerakan anggota badan. Antara ciri kanak-kanak yang

mempunyai kecerdasan kinestetik adalah mereka yang berminat dengan aktiviti fizikal.

Kecerdasan kinestetik dapat dikembangkan dengan pelbagai cara seperti pergerakan

kreatif. Pergerakan kreatif merupakan suatu cara untuk menginterpretasi idea, perasaan

serta tanggapan idea yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan. Pertandingan

pakaian beragam merupakan salah satu aktiviti yang mempunyai unsur pergerakan kreatif.

Pergerakan kreatif dapat meningkatkan kecerdasan kinestetik kanak-kanak prasekolah

dengan memberikan penekanan terhadap empat elemen utama iaitu tubuh badan, masa,

ruang dan tenaga. Elemen ini merupakan perbendaharaan pergerakan untuk membolehkan

kanak-kanak meningkatkan potensi-potensi seperti kebebasan menyatakan perasaan

melalui pergerakan. Pertandingan pakaian beragam yang dilaksanakan dapat menunjukkan

bahawa kanak-kanak mempunyai kecerdasan kinestetik yang sangat baik. Hal ini kerana

mereka mampu menggunakan ruang pentas dengan sebaik mungkin untuk

mempersembahkan pakaian mereka. Secara tidak langsung, kanak-kanak tersebut telah

menyatakan perasaan mereka melalui gabungan pergerakan, ritma dan kreativiti mereka

sendiri. Justeru itu, keadaan tersebut telah menunjukkan kecerdasan kinestetik

kanak-kanak berkembang pada tahap yang optimum.

11

Page 12: KKP.docx

LAPORAN PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM SEMPENA SAMBUTAN HARI

KEMERDEKAAN KE-57

SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN PUTERA

Pada 23 Ogos 2014 yang lalu, Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Putera telah

mengadakan Pertandingan Pakaian Beragam Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-

57. Pertandingan tersebut berlangsung pada jam 8.00 pagi bertempat di Dataran Ilmu SRK

Putera.

Pertandingan Pakaian Beragam Peringkat Prasekolah ini telah diadakan di bawah

pengelolaan Unit Prasekolah SRK Putera yang melibatkan tiga buah prasekolah iaitu

Prasekolah Ibnu Sina dan Prasekolah Al-Farabi. Seramai 20 orang murid telah mengambil

bahagian dengan menampilkan kreativiti masing-masing menggayakan pakaian bertemakan

sambutan ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-57 pada tahun ini.

Barisan peserta yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Pakaian Beragam

12

Page 13: KKP.docx

Pertandingan Pakaian Beragam Peringkat Prasekolah dijalankan sebagai salah satu

program dalam Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah. Program tersebut

dimulakan dengan bacaan doa yang diketua oleh ketua murid SRK Putera iaitu Ahmad

Firdaus bin Karim. Seterusnya, persembahan pembuka acara iaitu deklamasi sajak oleh

murid tahun 4 dan 5. Pertandingan Pakaian Beragam merupakan acara kedua dalam

sambutan Hari Kemerdekaan. Pertandingan kali ini telah dipimpin oleh Puan Salina binti

Zamri selaku pengerusi majlis.

Pengerusi majlis mengendalikan Pertandingan Pakaian Beragam

Sambutan yang gilang-gemilang itu telah dirasmikan oleh YDP PIBG Sekolah Rendah

Kebangsaan Putera iaitu Yang Berhormat Encik Zahidi bin Khamis. Tetamu yang hadir

sangat teruja melihat gimik perasmian yang dilakukan iaitu membebaskan seekor burung

merpati dari sangkar. Gimik tersebut menunjukkan bahawa negara kita telah bebas daripada

belenggu penjajahan sejak 1511 hingga 1957.

13

Page 14: KKP.docx

YDP PIBG merasmikan Sambutan Hari Kemerdekaan

Pertandingan Pakaian Beragam tersebut dinilai berdasarkan kriteria-kritera yang

telah ditetapkan semasa mesyuarat jawatankuasa pelaksana aktiviti tersebut. Antara kriteria

yang diambil kira dalam pertandingan tersebut ialah kreativiti, pakaian dan gaya

persembahan. Pertandingan ini menawarkan empat hadiah utama untuk peserta yang

berjaya menghasilkan pakaian yang paling menarik dan bertepatan dengan tema. Selain itu,

pertandingan ini juga turut menyediakan hadiah penghargaan kepada semua peserta yang

mengambil bahagian. Murid yang berjaya memikat hati juri ialah Muhammad Farish bin

Dahlan dari Prasekolah Al-Farabi. Murid tersebut telah memperoleh tempat pertama dalam

pertandingan tersebut dan berjaya membawa pulang sebuah basikal.

Muhammad Farish segak berbaju Melayu dan bersampin jalur gemilang

Pertandingan pakaian beragam sempena sambutan hari kemerdekaan ke-57 telah

berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Setiap jawatankuasa juga telah

melaksanakan tugasan dan tangungjawab masing-masing dengan baik. Persembahan

pakaian beragam ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara guru dan murid

malahan ibu bapa juga turut memberikan kerjasama dan semangat kepada anak-anak

mereka. Di samping itu, sambutan ini dapat memberi peluang kepada murid untuk

meluahkan bakat mereka dan membina keyakinan diri untuk tampil di khalayak ramai. Oleh

yang demikian, Pertandingan Pakaian Beragam Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-

57 ini dapat dilaksanakan dengan meriah dan jayanya.

14

Page 15: KKP.docx

Secara keseluruhannya, Pertandingn Pakaian Beragam Sempena Sambutan Hari

Kemerdekaan ke-57 amat berkesan baik kepada guru mahupun murid. Objektif sambutan ini

dapat dicapai dengan jayanya hasil daripada kerja keras semua pihak. Kira-kira 90%

mereka yang hadir memberi respons yang positif terhadap keberkesanan program ini.

Pihak sekolah mengharapkan agar semua murid yang terlibat dalam pertandingan

tersebut dapat merasai kemeriahan sambutan peringkat sekolah tahun ini serta menimba

ilmu dan pengalaman tentang sejarah kemerdekaan negara. Sekalung penghargaan

disampaikan kepada semua pihak yang telah terlibat menjayakan Pertandingan Pakaian

Beragam Peringkat Prasekolah ini. Segala pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh

akan dijadikan panduan untuk melaksanakan program-program pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, 23 OGOS 2014

............................................

(NUR AFIQAH BINTI MAT NOOR)

Setiausaha

Pertandingan Pakaian Beragam

Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-57

SRK Putera

15

Page 16: KKP.docx

BAHAGIAN D

16

Page 17: KKP.docx

REFLEKSI

Pendidikan prasekolah mempunyai peranan dan fungsinya yang tersendiri sebagai

asas pendidikan dalam perkembangan pendidikan di negara ini. Pendidikan prasekolah

merupakan salah satu tempat guru memperkayakan pengalaman kanak-kanak dengan

perkembangan menyeluruh. Guru merupakan pengganti ibu bapa di sekolah. Oleh sebab

itu guru bertanggungjawab untuk membentuk keperibadian murid-muridnya. Sekiranya

peribadi murid tidak dibentuk sejak dari usia kanak-kanak lagi, mereka akan terlibat dalam

masalah sosial apabila meningkat dewasa.

Pembentukan disiplin dan tingkah laku murid boleh digalakkan dengan cara

menunjukkan teladan yang baik kepada murid-murid. Seorang guru harus menjadi teladan

yang baik untuk dicontohi oleh murid-murid. Baik dalam tingkah laku, keperibadian, berkata-

kata dan sebagainya. Hal ini kerana sekiranya guru memberikan teladan yang baik maka

secara tidak langsung murid-murid akan meniru tingkah laku tersebut. Begitu juga

sebaliknya jika guru memberikan contoh yang buruk maka murid-murid turut berkelakuan

buruk. Justeru itu, guru perlu menunjukkan contoh teladan yang baik supaya dapat

menggalakkan pembentukan tingkah laku murid yang berdisiplin.

Keadaan murid yang sangat aktif menyebabkan saya menghadapi kesukaran untuk

mengawal tingkah laku mereka. Kebanyakan murid prasekolah tersebut mempunyai tingkah

laku yang agresif. Mereka sering mengganggu rakan dengan menggunakan kekasaran

seperti menumbuk dan menyepak. Keadaan seperti ini tidak seharusnya berlaku di peringkat

prasekolah kerana mereka masih mentah. Apabila disoal selidik, tingkah laku murid

sedemikian berlaku disebabkan oleh faktor luaran. Murid-murid tersebut bergaul dengan

orang yang lebih dewasa daripada peringkat umurnya selepas tamat waktu persekolahan.

Keadaan ini menyebabkan murid tersebut terpengaruh dengan tingkah laku agresif yang

ditunjukkan. Maka, saya telah mengambil strategi pembelajaran secara hands-on iaitu

merancang aktiviti yang dapat memberi peluang kepada murid melaksanakan sendiri

sesuatu pembelajaran supaya murid dapat memberikan perhatian sepanjang p&p

dijalankan. Justeru itu, murid akan melibatkan diri dalam p&p dan tingkah laku negatif

mereka dapat dikurangkan.

Saya mendapati bahawa semangat kerjasama amat penting bagi menyempurnakan

sesuatu program. Penglibatan ibu bapa sebagai sukarelawan adalah amat berharga apabila

mereka melibatkan diri dengan kanak-kanak terutamanya dalam hal yang berkaitan

akademik. Antara lain tujuan penglibatan ibu bapa ialah memberikan pertolongan tambahan

apabila diperlukan. Sebagai contoh, jamuan dan lawatan memerlukan pertolongan

tambahan dan pembantu. Di samping itu, ibu bapa juga mempunyai kemahiran yang boleh

17

Page 18: KKP.docx

digunakan dalam salah satu unit pembelajaran. Sebagai contoh, dalam tema pekerjaan

beruniform, ibu bapa yang bekerja sebagai doktor boleh hadir ke kelas dan menerangkan

tentang kemahiran seorang doktor dan alatan-alatan yang boleh difahami oleh kanak-kanak.

Guru perlulah mengetahui dan mengambil kira tentang kepakaran ibu bapa yang boleh

dikongsi dengan kanak-kanak. Oleh yang demikian, murid dapat mempelajari sesuatu

kemahiran baru dengan lebih jelas dan mudah. Justeru itu, kerjasama antara guru dan ibu

bapa dapat memberikan impak yang positif terhadap perkembangan dan pencapaian kanak-

kanak.

Berdasarkan tugasan ini, saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan

perkembangan murid. Setiap murid akan mengalami perubahan yang berbeza antara satu

sama lain walaupun memiliki usia yang sama. Perkembangan murid berlaku pada aspek

fizikal, mental, emosi dan sosial. Melalui pengalaman saya semasa melaksanakan

melaksanakan program yang dirancang, saya dapat mengenalpasti tahap perkembangan

yang telah dikuasai oleh murid. Hasil pemerhatian terhadap tingkah laku yang ditunjukkan

oleh murid saya mendapati tahap perkembangan murid adalah berbeza dari aspek kognitif,

afektif dan psikomotor. Hal ini dapat dirumuskan bahawa setiap murid mempunyai

kecenderungan dan kelebihan mereka sendiri dalam sesuatu kemahiran. Tidak semua murid

dapat menguasai ketiga-tiga domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor dengan baik secara

sekali gus. Sebaliknya ia perlu dipupuk dan diberi bimbingan secara berperingkat-peringkat

supaya murid dapat berkembang secara seimbang. Oleh itu, sebagai guru prasekolah harus

peka dengan potensi murid dan berusaha untuk meningkatkan perkembangan mereka ke

tahap yang optimum.

Justeru itu, tugasan ini memberi saya peluang untuk menimba ilmu sebanyak yang

mungkin dalam bidang perguruan seterusnya dapat mengembangkan bakat dalam

mempelbagaikan kaedah pengajaran untuk mencapai suatu matlamat pembelajaran. Oleh

itu, sebagai bakal guru tugasan ini merupakan suatu pengalaman yang amat bermakna

untuk dipraktikkan ketika mengajar di sekolah kelak.

18