KKP_KH_AKUARIUM

27
TINDAKAN DALAM MENJAYAKAN IKAN HIASAN Tajuk ikan hiasan diberikan kepada kami secara berkumpulan bagi memenuhi kehendak pembelajaran kursus. Bertujuan untuk mewujudkan kompetensi guru dari segi daya pemikiran yang kritis, kreatif dan kemahiran praktikal dalam melaksanakan kerja amali. Ikan hiasan adalah salah satu daripada tajuk, KH peringkat sekolah rendah yang memerlukan kompetensi guru bagi mempertejemahan kehendak objektif sukatan pelajaran dalam kerja amali. Melalui kerja kursus ini, kami boleh memberi pendedahan kepada murid; 1. untuk mengenal pasti beberapa spesis ikan hiasan yang biasa dipelihara 2. tujuan memelihara ikan hiasan 3. bagaimana untuk menyediakan bekas akuarium 4. cara memelihara ikan hiasan 5. jenis-jenis tumbuhan akuatik dan tumbuhan tiruan 6. cara memilih aksesori dan menghias akuarium 7. cara memasukkan ikan hiasan ke dalam akuarium 8. mengenal pasti jenis makanan ikan hiasan 9. mengenal pasti symptom penyakit ikan dan pencegahan 1

Transcript of KKP_KH_AKUARIUM

Page 1: KKP_KH_AKUARIUM

TINDAKAN DALAM MENJAYAKAN IKAN HIASAN

Tajuk ikan hiasan diberikan kepada kami secara berkumpulan bagi memenuhi kehendak

pembelajaran kursus. Bertujuan untuk mewujudkan kompetensi guru dari segi daya pemikiran

yang kritis, kreatif dan kemahiran praktikal dalam melaksanakan kerja amali. Ikan hiasan adalah

salah satu daripada tajuk, KH peringkat sekolah rendah yang memerlukan kompetensi guru

bagi mempertejemahan kehendak objektif sukatan pelajaran dalam kerja amali.

Melalui kerja kursus ini, kami boleh memberi pendedahan kepada murid;

1. untuk mengenal pasti beberapa spesis ikan hiasan yang biasa dipelihara

2. tujuan memelihara ikan hiasan

3. bagaimana untuk menyediakan bekas akuarium

4. cara memelihara ikan hiasan

5. jenis-jenis tumbuhan akuatik dan tumbuhan tiruan

6. cara memilih aksesori dan menghias akuarium

7. cara memasukkan ikan hiasan ke dalam akuarium

8. mengenal pasti jenis makanan ikan hiasan

9. mengenal pasti symptom penyakit ikan dan pencegahan

1

Page 2: KKP_KH_AKUARIUM

PENGENALAN

Ikan hiasan ialah ikan yang dipelihara di dalam bekas atau kolam. Tujuan ikan hiasan adalah:

1. Mencantikkan kawasan – ikan hiasan boleh dijadikan daya penarik untuk sesuatu

tempat, bangunan dan mengindahkan ruang kediaman.

2. Menghayati keindahan alam akuatik – untuk menambahkan pengetahuan berkaitan

alam akuatik seperti jenis spesis ikan air tawar atau masin, jenis spesis akuatik dan lain-

lain; sambil menyemai perasaan sayangkan makhluk ciptaan tuhan.

3. Sebagai suatu hobi – bertujuan untuk mengisikan masa lapang dan menjana

pendapatan sambilan yang lumayan.

4. Memberikan ketenangan.

Terdapat pelbagai jenis ikan hiasan, antaranya; Ikan emas, Kelisa, Tiger barb, Angel, Discus,

Ikan pelaga dan lain-lain. Sebelum meneruskan penyedian bekas dan pengurusan, kita

hendaklah mengenal pasti secara ringkas bahagian luar dan fungsi ikan. Antaranya mulut,

mata, sisik dan ekor.

Bahagian Fungsi

1 Mulut Makan.

2 Mata Melihat.

3 Sisik Sebagai pelindung daripada kecederaan dan penyakit.

4 Insang Untuk bernafas.

5 Sirip Membantu pergerakan ikan, membantu ikan bergerak lulur dan

sebagai kemudi pergerakan ikan di dalm air.

6 Sirip atas dan sirip

bawah

Mengawal aras pergerakan ikan ke atas atau ke bawah di dalam air.

7 Sirip pektoral Mengawal arah ikan ke kiri atau ke kanan dan menghentikan

pergerakan ikan.

8 Sirip pelvik Mengawal kemantapan kedudukan ikan supaya tidak dibawa arus

air.

9 Ekor Mengawal pergerakan ikan ke hadapan.

1

0

Dubur Mengelurkan najis.

1 Garisan lateral Berfungsi seperti telinga ikan, amat peka untuk mengesan

2

Page 3: KKP_KH_AKUARIUM

1 pergerakan objek lain di dalam air.

Terdapat pelbagai jenis ikan hiasan yang boleh dipelihara. Ikan tersebut boleh hidup di dalam

air tawar atau air masin. Ikan hiasan boleh dipelihara di dalam akuarium atau kolam. Malah ikan

hiasan dibahagikan kepada beberapa kumpulan utama dan ciri-ciri istimewa.

Jenis kumpulan ikan hiasan.

Jenis

kumpulan

Keterangan Contoh makanan Contoh ikan

1 Ikan karnivor Ikan yang memakan

benda-benda hidup

seperti ikan kecil

atau haiwan lain.

Dikenali sebagai

ikan pemangsa.

Biasa bersaiz besar,

menpunyai gigi yang

Cengkerik

Anak ikan kecil

Katak atau

berudu

Ulat

Ikan

Oscar

Ikan kelisa

3

Page 4: KKP_KH_AKUARIUM

tajam dan rahang

yang kuat.

2 Ikan herbivor Ikan yang memakan

tumbuhan yang

terdapat di dalam air.

Tidak sesuai

dipelihara di dalam

akuarium yang

mempunyai

tumbuhan akautik.

Tumbuhan

akuatik

Ikan

lampan

Tiger barb

3 Ikan omnivor Ikan memakan

pelbagai jenis

makanan.

Plankton

Tumbuhan

Daging haiwan

Pellet

Ikan

pelage

Ikan

cichlid

4 Ikan pemakan

plankton

Ikan yang memakan

makanan

mikroorganisma di

dalam air.

Plankton

Moikroorganism

a yang kecil

Ikan tetra

Ikan tiger

barb

Ciri-ciri istimewa ikan hiasan (ikan yang dipelihara oleh kumpulan).

Warna: Putih keperakan, kebiruan, berbelang hitam

Asal: Amerika Selatan

Makanan: Makanan rumusan, tumbuhan akuatik, hidupan air

yang kecil.

Pembiakan: Bertelur

Ikan angel Saiz: 15cm panjang

Warna: Kegelapan, kebiruan, kemerahan

Asal: Indochina,

Makanan: Plankton, serangga

Pembiakan: Bertelur

4

Page 5: KKP_KH_AKUARIUM

Ikan sepat Saiz: 15cm panjang

Warna: Berjalur kegelapan, kebiruan, kemerahan

Asal: Afrika Selatan

Makanan: Pellet, udang kecil, bloodworms

Pembiakan: Bertelur

Ikan tetra Saiz: 8cm panjang

Warna: Bergaris kebiruan, kemerahan

Asal: Pengairan Sungai Amazon

Makanan: Pellet, makanan hidup seperti serangga

Pembiakan: Bertelur

Ikan dwarf Saiz: 6cm panjang

Ciri-ciri istimewa ikan hiasan yang lain.

Warna: Keemasan, keputihan, kemerahan

Asal: Negara China

Makanan: Semua jenis makanan ikan

Pembiakan: Bertelur

Ikan emas Saiz: 12cm panjang

Warna: Biru kegelapan, kemerahan

Asal: Negara Thailand

Makanan: Semua jenis makanan ikan

5

Page 6: KKP_KH_AKUARIUM

Pembiakan: Bertelur

Ikan pelaga Saiz: 6cm panjang

Warna: Keemasan, keperakan

Asal: Amerika Selatan

Makanan: Semua haiwan yang kecil

Pembiakan: Bertelur

Ikan kelisa Saiz: 100cm panjang

Warna: Putih bertompok merah, bertompok hitam

Asal: Jepun

Makanan: Semua jenis makanan ikan

Pembiakan: Bertelur

Ikan koi Saiz: 25cm panjang

6

Page 7: KKP_KH_AKUARIUM

PENYEDIAAN BEKAS

AKUARIUM

Bekas atau akuarium ialah tempat untuk meletakkan ikan hiasan. Kebiasaan bekas yang sering

digunakan untuk meletakkan ikan hiasan ialah akuarium yang diperbuat daripada kaca

(terdapat juga dalam bentuk plastik dll). Bekas akuarium ini juga dijual dalam pelbagai saiz dan

bentuk di pasaran. Bekas yang kami gunakan adalah diperbuat dalam bentuk kaca dan dibuat

secara berkumpulan dengan menggunakan 5 plat kaca berukuran sedarhana dan gam silikon.

MEMILIH IKAN YANG HENDAK DIPELIHARA SEBAGAI IKAN HIASAN

Harus memilih ikan hiasan terlebuih dahulu sebelum meilih bekas atau akuarium. Ikan yang

hendak dipelihara mestilah mempunyai ciri-ciri seperti; mudah dipelihara, boleh bercampur

dengan ikan yang lain, tahan terhadap serangan penyakit dan tahan terhadap perubahan mutu

dan suhu air. Spesis ikan kumpulan kami pilih sebagai ikan hiasan kami adalah ikan sepat, ikan

angel, ikan tetra dan ikan dwarf.

Warna: Putih keperakan, kebiruan, berbelang hitam

Asal: Amerika Selatan

Makanan: Makanan rumusan, tumbuhan akuatik, hidupan air

yang kecil.

Pembiakan: Bertelur

Ikan angel Saiz: 15cm panjang

7

Page 8: KKP_KH_AKUARIUM

Warna: Kegelapan, kebiruan, kemerahan

Asal: Indochina,

Makanan: Plankton, serangga

Pembiakan: Bertelur

Ikan sepat Saiz: 15cm panjang

Warna: Berjalur kegelapan, kebiruan, kemerahan

Asal: Afrika Selatan

Makanan: Pellet, udang kecil, bloodworms

Pembiakan: Bertelur

Ikan tetra Saiz: 8cm panjang

Warna: Bergaris kebiruan, kemerahan

Asal: Pengairan Sungai Amazon

Makanan: Pellet, makanan hidup seperti serangga

Pembiakan: Bertelur

Ikan dwarf Saiz: 6cm panjang

PAM AKUARIUM

Pam akuarium terdapat berbagai jenis dan dijual di kedai akuarium (pam penapis, penapis, paip

plastic termasuk paip T dan beberapa tiub plastic untuk saluran penapisan dan media

penapisan. Digunakan untuk menapis udara dan air daripada kotoran di dalam akuarium. Pam

air berfungsi untuk mengitar pergerakan air yang terdapat di dalam akuarium dan udara yang

sentiasa bergerak akan mengekalkan suhu air. Penapis yang asas biasanya dibuat daripada

gentian kapas. Kotoran seperti habuk dan mendakan halus akan terlekat pada gentian kapas

tersebut.

8

Page 9: KKP_KH_AKUARIUM

PASIR DAN BATU

Digunakan sebagai aksesori untuk mencantikkan pemandangan di dalam akuarium ikan hiasan.

Terdapat pelbagai bentuk dan saiz batu yang boleh digunakan.

TUMBUHAN AKUATIK

Tumbuhan akuatik atau tumbuhan tiruan juga merupakan aksesori yang boleh digunakan untuk

mencantikkan lagi pemandangan sesbuah akuarium. Sekiranya terdapat tumbuhan akuatik

yang sebenar ia dapat membantu untuk menyerap gas karbon dioksida, sumber utama oksigen,

menjadi sumber makanan bagi sesetengah ikan dan menjadi tempat ikan berlindung dan

bermain.

9

Page 10: KKP_KH_AKUARIUM

CARA MENYEDIAKAN DAN MENGHIASKAN AKUARIUM

LANGKAH-LANGKAH MENYEDIAKAN AKUARIUM IKAN HIASAN

1. Sediakan semua aksesori asas dan

aksesori tambahan akuarium.

2. Bersihkankan akuarium sebelum

memasukkan aksesori ke dalamnya.

3. Bersihkan dan bilas bahan hiasan dan

kemudian, tuskan semua bahan

tersebut dengan penapis atau bekas

yang sesuai.

4. Masukkan pasir dan batu ke dalam

akuarium dengan berhati-hati.

10

Page 11: KKP_KH_AKUARIUM

5. Masukkan pam penapis dan air ke

dalam akuarium.

6. Titiskan larutan anti-klorin ke dalam

akuarium.

7. Letakkan tumbuhan akuatik atau

tumbuhan tiruan ke dalam akuarium.

8. Hidupkan suis alat pam penapis.

9. Akuarium yang sedia untuk

dimasukkan ikan hiasan (digalakkan

membiarkan akuarium tanpa ikan

hiasan sekurang-kurangnya dalam

tempoh 24 jam).

11

Page 12: KKP_KH_AKUARIUM

LANGKAH-LANGKAH MEMASUKKAN IKAN HIASAN KE DALAM AKUARIUM

Setelah akuarium disediakan barulah ikan hiasan akan dimasukkan tetapi cara memasukkan

ikan hiasan bergantung kepada jenis ikan yang dipelihara. Biasanya ikan hiasan dibeli dari

kedai dan biasa dimasukkan ke dalam plastic yang diikat dan mempunyai oksigen. Terdapat

langkah-langkah untuk memasukkan ikan hiasan ke dalam dan ia bertujuan untuk tidak

mengejutkan ikan yang boleh mengakibatkan stress dan kematian, membiasakan diri dengan

suhu dan persekitaran.

1. Rendamkan beg plastik yang

mengandungi ikan hiasan ke dalam

akuarium selama 10 hingga 20 minit.

2. Bukakan ikatan beg plastik dan biarkan

ikan hiasan keluar dengan sendirinya

bersama-sama air ke dalam akuarium.

3. Setelah semua ikan hiasan keluar dari

beg plastik, keluarkan beg plastik

tersebut.

12

Page 13: KKP_KH_AKUARIUM

PENGURUSAN

Ikan hiasan yang telah ditempatkan di dalam akuarium perlu diuruskan dari semasa ke semasa

sama ada secara mingguan atau dua minggu sekali. Kerja-kerja pengurusan akuarium adalah:

1. Memberi makanan kepada ikan.

2. Membersihkan akuarium, menukar air dan mencuci penapis.

3. Mengenal, mencegah dan merawat penyakit ikan.

4. Menjaga tumbuhan akuatik.

MENGENAL DAN MEMILIH MAKANAN IKAN

Terdapat pelbagai jenis makanan ikan yang boleh diberikan kepada ikan hiasan. Antara

makanan tersebut ialah makanan hidup, makanan kering, makanan basah dan makanan

rumusan. Makanan bergantung kepada jenis ikan yang dipelihara. Perkara [enting harus diberi

perhatian semasa memberi makanan untuk ikan hiasan adalah;

1. Jangan memberikan makanan kepda ikan terlalu banyak kerana ia boleh mengotorkan

air di dalam akuarium.

2. Menetapkan masa memberikan makanan kepada ikan hiasan, iaitu waktu pagi, waktu

tengah hari dan petang.

Makanan hidup Makanan kering

Plankton

Cacing

Ulat roti

Jejentik nyamuk

Udang dan anak ikan

Serangga dan sebagainya

Jenis ikan – ikan tiger barb, ikan discus, ikan

guppy, ikan black tetra

Makanan kering adalah makanan yang

telah diawet

Jenis ikan – ikan pearl gourani, ikan harlequin

rasbora, ikan bala shark, ikan silver marble

molly

Makanan basah Makanan rumusan

Kerang

Hati lembu yang dicincang kecil atau

Makanan ikan yang telah diproses dari

kilang membuat makanan haiwan

13

Page 14: KKP_KH_AKUARIUM

halus

Sayur-sayuran seperti salad dan

bayam

Jenis ikan – ikan tiger barb, ikan discus, ikan

guppy, ikan black tetra

Contoh; pellet, emping stick dan

sebagainya.

Jenis ikan – ikan sunrise platy, ikan angel,

ikan tiger barb, ikan brown cordydoras

Contoh-contoh makanan ikan hiasan.

Ulat roti Emping Plankton

Pellet Bloodworm

CARA MENJAGA AKUARIUM

PENJAGAAN HARIAN PENJAGAAN MINGGUAN

Beri ikan makan sekali atau dua kali

sehari – makanan adalah mencukupi

apabila dapat dihabiskan oleh ikan

dalam masa 1 hingga 2 minit.

Air sebanyak ½ atau ¼ bahagian

daripada isipadu tangki perlu diganti

setiap minggu atau sekurang-

kurangnya 2 minggu.

14

Page 15: KKP_KH_AKUARIUM

Asingkan dan berikan rawatan kepada

ikan yang mempunyai tanda-tanda

sakit/tidak normal. Contoh; sisik

kembang atau tanggal, berubah warna

dan sebagainya.

Cantas tumbuhan akuatik yang tumbuh

terlalu tinggi.

Ikan yang mati perlu dibuang. Bersihkan bahagian hadapan tangki.

Pastikan semua peralatan

pengudaraan, [enapis dan lampu

berfungsi dengan baik.

Cuci kapas penapis dengan bersih.

Ukur kualiti air sperti bilai pH,

ammonia, oksigen dan karbon

dioksida.

Tambahkan air dalam tangki sehingga

paras asal.

Perlu diingatkan supaya tidak member

makan berlebihna kerana ini akan

membahayakan ikan.

MENGENAL PASTI PENYAKIT IKAN HIASAN

Ikan hiasan yang dipelihara mudah mendapat penyakit. Antara penyakit yang boleh dijangkiti

ikan hiasan ialah;

1. Penyakit bintik putih – disebabkan parasit yang melekat pada sisiknya akibat suhu yang

terlalu sejuk. Boleh dirawat dengan menggunakan larutan methylene blue dan campuran

sedikit garan biasa.

2. Penyakit kulat – kulat yang kelihatan seperti kapas biasanya tumbuh di bahagian sirip,

mulut, dan bahagian badan yang terdapat luka. Boleh dirawat dengan menggunakan larutan

methylene blue.

3. Penyakit bakteria – ikan berubah warna menjadi pudar, sisik mengembang atau perut

buncit. Ini disebabkan mutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak sesuai atau ikan

15

Page 16: KKP_KH_AKUARIUM

mengalami stress. Boleh dirawat menggunakan antibiotic yang boleh dibeli dari pembekal

ubat tempatan.

Simptom awal yang boleh dikenal pasti bagi menunjukkan ikan hiasan yang tidak sihat

berpandukan;

1. Murung dan pasif.

2. Bentuk badan yang kurus dan pergerakan yang tidak stabil.

3. Warna badan yang pudar dan pucat.

4. Sirip-sirip ikan yang rosak.

5. Terdapat kesan luka pada sisik ikan.

6. Terdapat tanda penyakit pada bahagian luar ikan.

Yang berikut adalah cara pencegahan bagi beberapa simptom yang biasa dijangkiti oleh ikan

hiasan;

Penyakit Simptom Punca Rawatan

Sirip berfungus Sirip loyak dan hujung

berjeli

Air di dalam akuarium

kotor

Ubat fungus

Sirip berdarah Jalur merah pada sirip Gyrodactylus parasite Ubat parasit

Fungus mulut Kapas putih menyaluti

mulut

Bakteria Ubat parasit

Bintik putih (white

spot)

Bintik seperti gula

pada badan dan sirip

Parasit protozoa Ubat parasit

Columnaris Kapas putih

bercambah dari sirip

atau badan

Bacteria – flexobacter Ubat fungus

Fin rot Sirip rosak dan

kembang

Fungus saprolegnia Ubat fungus

16

Page 17: KKP_KH_AKUARIUM

Flavor bacteria Ikan berenang tanpa

tujuan dan

menggelupur

Bakteria dalaman Ubat parasit

17

Page 18: KKP_KH_AKUARIUM

REFLEKSI

18

Page 19: KKP_KH_AKUARIUM

REFLEKSI KENDIRI

Bersyukur saya kepada Allah S.W.T di atas limpah kurniaannya dan rahmatnya dapatlah saya

menyiapkan tugasan Kerja Kursus Berasakan Ilmu – Kemahiran Hidup, bertajuk ikan hiasan.

Banyak perkara yang saya pelajari sehingga siapnya tugasan ini khususnya dari terbinanya

akuarium dan mempelihara ikan hiasan kumpulan kami. Kumpulan kami terdiri daripada 3 orang

iaitu saya sendiri, Muhammad Nur Salhan Bin Salam, Nazrie Bin Hizazi dan Zainuddin Bin

Salim. Ketiga-tiga kami berkerjasama untuk menyiapkan tugasan kemahiran hipup - ikan hiasan

ini dari pembinaan akuarium, pembelian ikan hiasan dan aksesori, dan, penjagaan ikan hiasan

sehingga kini. Saya juga berterima kasih ditujukan kepada pensyarah kami, En.Tay Teck Pin

atas bimbingan, bantuan dan tunjuk ajar beliau untuk menjadikan kami berilmu dalam kursus

kemahiran hidup.

Sebelum

Semasa kami menerima tugasan kemahiran hidup – ikan hiasan, kami guru pelatih agak

janggal dengan tajuk diberikan. Ini disebabkan pemeliharaan ikan hiasan adalah pengalaman

yang baru untuk kami semua. Kami diberikan penjelasan secara teori oleh pensyarah kami,

En.Tay Teck Pin dan kami di arahkan untuk membentuk 1 kumpulan (3 orang). Pada masa

yang sama, pensyarah menyuruh ketua kelas untuk mengutip bayaran rm10 setiap seorang

untuk pembelian plat-plat kaca akuarium untuk membina akuarium dan gam silikon. Masa yang

di ambil agak lewat disebabkan masalah kewangan yang dihadapi oleh guru pelatih pada masa

itu biarpun kutipan kerja kursus hanyalah rm10 sahaja. Saya meminta bantuan keluarga untuk

mendapatkan jumlah wang belanja pada minggu yang sama dan bila menerima sahaja terus

saya membayar kepada ketua kelas pada hari berikutnya. Ini disebabkan saya tidak suka

bertangguhan dan berhutang.

Semasa

Tugasan ikan hiasan dapat dijalankan dengan lancarnya selepas kutipan rm10 setiap orang

berjaya dikutip. Masih jelas pada tarikh 23.7.2010, pembinaan akuarium di mulakan dan saya

sendiri masih ingat di mana ketua kelas dan pensyarah meminta untuk membeli gam silikon.

Biarpun permulaan tugasan ini agak lewat sudah tetapi kami teruskan juga tanpa risau

walaupun pada minggu hadapan merupakan minggu Bina Insan Guru yang berlangsung di

PULAKO Santubong Kuching bertarikh 26.7.2010.

19

Page 20: KKP_KH_AKUARIUM

Pada minggu berikutnya, tamat sahaja BIG kami teruskan kelas seperti biasa dan minggu itu

kami ke bengkel untuk melihat hasil akuarium kami. Bersyukur dan gembira kerana akuarium

kami tiada kebocoran hanya sedikit comot disebabkan gam silikon yang kering. Di sini kami

mula bertiga berbincang untuk aktiviti seterusnya bagi menghidupkan akuarium kami. Masalah

utama dan sama timbul iaitu dari segi kewangan. Disebabkan kekangan masa saya

menggunakan wang simpanan peribadi dan akan buat kutipan bayaran bila elaun masuk kelak.

Saya membeli perhiasan batu-batu, pasir berwarna dan tumbuhan tiruan di Discount Store

MJC. Saya juga membeli pam penapis, garam anti-bakteria, gambar hiasan dan antiklorin di

Sky Aquarium MJC.

Pada kelas berikutnya, kami bertiga meneruskan tugasan ikan hiasan kami, bila diperhatikan

seperti kumpulan kami sahaja yang mulakan menghias dan menghidupkan akuarium ikan

hiasan. Saya masih ingat menelefon abah mengenai langkah-langkah penyedia bekas dan

memberitahu dimulakan dengan pembersihan bekas dan meletakkan batu dan pasir. Nazree

dan Zainuddin banyak membantu khususnya mencari bahan guna semula, menghiasai bekas

akuarium dan mengisi air ke dalam akuarium. Ramai guru pelatih tidak sedari di mana banyak

bahan guna semula di sekeliling seperti batu-batu halus, kerang-cenkerang yang kecil dan

jaringan. Kami mengunakan sumber yang ada untuk menghiasi akuarium dan Nazree dan

Zainuddin berkerjasama pergi ke paritan untuk mencari tumbuhan akuatik. Kerjasama ini

memendekkan masa di mana akuarium kami telah siap dan pam penapis sudah berfungsi

menapis air di dalam akuarium. Sekarang kami bertiga berbincang semula ikan apa yang nak di

masukkan-Nazree inginkan ikan berwarna kebiruan dan Zainuddin meminta apa jenis dan

spesis asalkan tugasan ini siap. Kami buntu semula disebabkan masalah kewangan lagi.

20

Page 21: KKP_KH_AKUARIUM

Rasanya terlalu lama selepas bersama Nazree dan Zainuddin menghiasi akuarium, ini

disebabkan saya dan Nazree terpilih ke Kem Alam Sekitar di Siar, Lundu dan saya keracunan

makanan selepas baliknya dari kem tersebut. Dan, pada tarikh 19.8.2010, ikan hiasan

kumpulan kami telah masuk ke dalam akuarium. Ikan hiasan dibeli di 2 tempat berlainan iaitu di

Satok dan GFA Batu Tiga. Ikan yang saya belikan adalah ikan sepat, ikan tetra, ikan angel dan

ikan dwarf. Pembelian ikan hiasan adalah hasil bersama kumpulan juga di mana akan membuat

kutipan bayaran selepas elaun masuk. Masih ingat di mana kami mengapungkan plastik ikan

hiasan di dalam akuarium untuk memastikan ikan hiasan tidak stress dan menyesuaikan diri

dengan suhu dan sekeliling. Dalam 15-20 minit, kami melepaskan ikan hiasan kami ke dalam

akuarium dan saya secara peribadinya gembira melihat ikan hiasan tersebut berenang dan

bermain-main. Secara keseluruhannya kami bertiga berpuas hati dengan usahasama ini

sehingga siapnya akuarium ikan hiasan kami.

Selepas

Ikan hiasan kami telah siap tetapi kami bertiga akan mengusahakan semula apabila elaun kami

masuk kelak. Ini kerana akuarium kami dijadikan rujukan kepada kumpulan guru pelatih yang

lain. Kumpulan-kumpulan yang lain menjadikan akuarium kami seperti tanda aras untuk

21

Page 22: KKP_KH_AKUARIUM

merancang dan menghiasi bekas akuarium mereka kepada lebih cantik dan baik. Pada masa

yang sama, kami kekangan masa disebabkan PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) dan

kami bertiga membahagikan tugas untuk memastikan pengurusan ikan hiasan kami terurus

khususnya pemberian makanan, kebajikan dan kesihatan ikan hiasan dan penambahan air

akuarium.

Semoga ilmu yang dipelajari sepanjang tugasan ini dapat dipratikkan dalam Pengajaran dan

Pembelajaran (P&P) apabila saya ditempatkan di sekolah kelak. Tugasan ini banyak memberi

input yang berguna bagi saya kerana ikan hiasan ini boleh dijadikan hobi masa lapang,

memberi ketenangan dan memberi pendapatan sambilan kepada saya di masa hadapan.

Malah, tugasan ini banyak memberi moral dan pengajaran khususnya dari segi kerjasama,

tolak-ansur dan kesabaran dalam berkumpulan. Akhir kata, harapan saya selepas ini adalah

saya perlu lebih banyak membaca dan menimba pengetahuan terkini, terus memperbaiki

kesilapan saya, dan saya perlu belajar dari kesilapan.

Sekian, terima kasih …

MUHAMMAD NUR SALHAN BIN SALAM

201006015

KPLI AMBILAN JUN 2010

BAHASA INGGERIS 2

22