kllll

9
1.0. PRINSIP DAN KRITERIA PEMILIHAN BAHAN AKTIVITI LITERASI BAHASA. Untuk menggunakan bahan yang menepati prinsip dan kriteria yang telah ditetapkan, guru harus mengetahui isi kandungan pelajaran secara keseluruhannya agar bahan dengan isi kandungan mata pelajaran dapat disesuaikan. Hal ini demikian kerana ianya dapat mengukuhkan penguasaan kemahiran pelajar dalam mata pelajaran literasi bahasa. Harus diketahui bahawa mata pelajaran literasi bahasa ini mengandungi beberapa sub kemahiran yang menekankan aspek latihan yang terpenting iaitu latihan pramenulis, menulis dan prabacaan. Namun demikian, dalam penulisan ini, penulis akan bertumpu kepada cabang aktiviti pramenulis, kaedah-kaedah membaca dan menulis mekanis. Sebelum mengetahui lebih lanjut mengenai prinsip dan kriteria pemilihan bahan untuk aktiviti ini, konsep setiap sub kemahiran yang memerlukan latihan itu haruslah difahami dengan jelas oleh guru yang berkenaan. Menurut kamus dewan edisi ke-empat, menulis merupakan satu perbuatan mencatat kata-kata dengan huruf dan memakai pena atau satu cara untuk melahirkan perasaan. Pra pula mendukung maksud awalan. Melalui dua definisi tersebut dapat kita simpulkan bahawa pratulisan boleh didefinisikan sebagai awalan mencatat dengan menggunakkan alat tulis. Kaedah pula didefinisikan sebagai cara atau peraturan membuat sesuatu manakala membaca pula didefinisikan sebagai memerhatikan isi sesuatu yang ditulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan isi kandungannya. Demikian, kita dapat simpulkan bahawa kaedah membaca membawa maksud cara memerhatikan isi sesuatu yang ditulis atau tercetak dengan teliti dan memahami maksud isi kandungannya. Mekanis

description

hfhfh

Transcript of kllll

Page 1: kllll

1.0. PRINSIP DAN KRITERIA PEMILIHAN BAHAN AKTIVITI LITERASI BAHASA.

Untuk menggunakan bahan yang menepati prinsip dan kriteria yang telah ditetapkan, guru

harus mengetahui isi kandungan pelajaran secara keseluruhannya agar bahan dengan isi

kandungan mata pelajaran dapat disesuaikan. Hal ini demikian kerana ianya dapat

mengukuhkan penguasaan kemahiran pelajar dalam mata pelajaran literasi bahasa. Harus

diketahui bahawa mata pelajaran literasi bahasa ini mengandungi beberapa sub kemahiran

yang menekankan aspek latihan yang terpenting iaitu latihan pramenulis, menulis dan

prabacaan. Namun demikian, dalam penulisan ini, penulis akan bertumpu kepada cabang

aktiviti pramenulis, kaedah-kaedah membaca dan menulis mekanis.

Sebelum mengetahui lebih lanjut mengenai prinsip dan kriteria pemilihan bahan untuk aktiviti

ini, konsep setiap sub kemahiran yang memerlukan latihan itu haruslah difahami dengan jelas

oleh guru yang berkenaan. Menurut kamus dewan edisi ke-empat, menulis merupakan satu

perbuatan mencatat kata-kata dengan huruf dan memakai pena atau satu cara untuk

melahirkan perasaan. Pra pula mendukung maksud awalan. Melalui dua definisi tersebut dapat

kita simpulkan bahawa pratulisan boleh didefinisikan sebagai awalan mencatat dengan

menggunakkan alat tulis.

Kaedah pula didefinisikan sebagai cara atau peraturan membuat sesuatu manakala membaca

pula didefinisikan sebagai memerhatikan isi sesuatu yang ditulis atau tercetak dengan teliti dan

memahamkan isi kandungannya. Demikian, kita dapat simpulkan bahawa kaedah membaca

membawa maksud cara memerhatikan isi sesuatu yang ditulis atau tercetak dengan teliti dan

memahami maksud isi kandungannya. Mekanis pula membawa maksud satu peringkat untuk

membina asas yang teguh bagi sesuatu

perkara (http://lestari-intelek.blogspot.com/2009/04/kemahiran-menulis.html). Jika dikaitkan

dengan menulis mekanis dalam konsep di atas, kita dapat menyimpulkan bahawa menulis

mekanis mendukung maksudperingkat mendirikan asas yang teguh bagi perbuatan mencatat

kata-kata dengan huruf dan menggunakan pena atau alat tulis.

Melalui definisi ringkas tersebut kita dapat melihat bahawa setiap sub kemahiran itu saling

bergantung antara satu sama lain. Kemahiran menulis itu tidak akan dapat digilap sekiranya

tidak bermula daripada kemahiran pramenulis kemudian diikuti oleh kemahiran menulis

mekanis dan akan menuju ke peringkat seterusnya yang lebih mencabar. Peringkat-peringkat

Page 2: kllll

awal yang disebutkan tadi sememangnya sangat diperlukan dalam kalangan kanak-kanak untuk

membina kemahiran psikomotor masing-masing sebelum melangkah ke arah kemahiran yang

lebih tinggi.

Seperti hal penguasaan yang berperingkat-peringkat oleh pelajar, demikian juga dengan proses

pengajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah. Guru-guru yang terlibat seharusnya

mengetahui bahawa selain perlu untuk menguasai kemahiran yang pelbagai dalam memilih,

megolah, membina, menggunakan dan menilai bahan bantu mengajar , kemahiran yang

diajarkan itu haruslah berperingkat-peringkat mengikut pengalaman sedia ada pelajar bermula

daripada peringkat yang mudah kepada yang sukar berlandaskan prinsip dan kriteria tertentu.

Oleh hal yang demikian, guru-guru harus mengetahui secara menyeluruh prinsip dan kriteria

pemilihan bahan yang dimaksudkan.

Dalam pemilihan bahan untuk menjalankan aktiviti literasi bahasa, beberapa prinsip khusus

telah diketengahkan untuk diambil kira oleh para pendidik. Prinsip yang pertama merujuk

kepada objektif pengajaran dan pembelajaran. Bahan bantu mengajar yang dicipta mestilah

saling berhubung dengan objektif yang telah ditetapkan. Maksudnya, objektif pengajaran dan

pembelajaran ditentukan terlebih dahulu sebelum mencipta bahan bantu mengajar agar objektif

yang ingin dicapai bagi proses pengajaran dan pembelajaran hari tersebut dapat dicapai

dengan satu cara pembelajaran yang menarik malah dapat merangsang minda pelajar melalui

satu medium bahan bantu balajar.

Prinsip yang kedua pula merujuk kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Para

pendidik harus mengetahui bahawa pendidikan di Malaysia bertunjangkan kepada beberapa

dasar seperti FPK itu sendiri. FPK bertujuan untuk memperkembangkan potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu. Tujuannya adalah untuk mewujudkan insan yang harmonis dan

seimbang dari intelek, rohani, emosi dan jasmani dan berdasarkan kepatuhan kepada Tuhan.

Berdasarkan prinsip ini, bahan bantu mengajar yang dicipta itu mestilah boleh membantu para

pelajar untuk memperkembangkan potensi mereka dengan baik. Maksudnya, bahan bantu

mengajar itu mestilah meliputi unsur-unsur intelek atau pengetahuan yang positif dan nilai-nilai

afektif dan moral.

Page 3: kllll

Prinsip yang ketiga pula menekankan kepentingan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi dan

bahasa kebangsaan. Melalui prinsip ini, pelajar harus diajar untuk menggunakan setiap sub

kemahiran dalam mata pelajaran literasi bahasa dalam kehidupan seharian mereka dengan

menggunakan bahasa yang betul dari aspek sintaksis dan semantiknya. Semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas, para pelajar harus dilibatkan secara

aktif dalam apa juga situasi pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran itu seharusnya

membolehkan pelajar merasakan proses komunikasi itu seperti dalam keadaan sebenar. Oleh

itu pengajaran dan pembelajaran itu harus meliputi kaedah main peranan atau simulasi yang

mendedahkan mereka kepada penggunaan literasi bahasa tersebut dalam kehidupan seharian

mereka. Apabila hal seperti ini dilakukan maka pelajar akhirnya akan mengetahui bahawa

bahasa boleh berfungsi sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan dan bahasa untuk

berkomunikasi.

Selain itu, bahan bantu mengajar seharusnya dibina berlandaskan prinsip keperluan belajar

pelajar. Harus diketahui bahawa keperluan belajar pelajar itu bukanlah hanya terhad pada

keperluan berbahasa atau berkomunikasi sahaja tetapi ianya harus menitikberatkan

kepentingan pembinaan intelek dan emosi mereka. Keperluan belajar itu juga tidak hanya

bergantung kepada sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia tetapi harus menitikberatkan sejauh mana pengalaman sedia ada pelajar itu.

Maksudnya, ilmu yang disampaikan pada hari itu harus ditambah berdasarkan pengalaman

sedia ada mereka dari semasa ke semasa. Untuk mewujudkan satu pembelajaran yang

berkesan, para pelajar harus diperkenalkan dengan pembelajaran berperingkat. Pembelajaran

yang berperingkat ini walaupun hanya sedikit tetapi ia harus mengandungi benda baru pada

setiap peringkat yang seterusnya dan saling berkaitan antara satu sama lain. Hal ini ditetapkan

demikian agar pelajar mampu mengaitkan pengalaman lalu kepada pengalaman yang baru

mereka perolehi. Oleh itu, guru harus mengetahui bahawa bahan bantu mengajar itu berfungsi

untuk pengajaran secara kelas, kumpulan dan individu agar keperluan mereka dapat dipenuhi

secara optimum.

Di samping itu, binaan bahan bantu mengajar itu haruslah mengambilkira perkaitan

antara aspek bahasa, proses pembelajaran dan pelajar itu sendiri. Ketiga-tiga aspek ini

seharusnya ditekankan sama rata dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahasa

memang merupakan aspek yang paling penting dalam mata pelajaran ini. Namun demikian,

Page 4: kllll

guru harus mengambil kira proses pembelajaran lingkungan pelajar yang diajar. Guru tidak

boleh menggunakan sepenuhnya bahasa melayu sekiranya lingkungan pelajar yang diajar itu

tidak boleh berbahasa melayu. Guru haruslah bijak mengasimilasi bahasa mereka dan

perlahan-lahan memperbetulkan bahasa yang mereka gunakan. Contoh seterusnya yang boleh

kita lihat adalah pendekatan yang digunakan. Pendekatan bermain sambil belajar yang

diperkenalkan memang sangat disukai oleh para pelajar. Namun demikian, guru harus

memastikan bahawa permainan yang dijalankan itu bukan sekadar menggembirakan tetapi

harus mengambil kira nilai yang mahu ditetapkan dalam satu interaksi. Selain itu, guru harus

terus memastikan bahawa bahasa yang mereka gunakan itu masih dalam lingkungan

penggunaan bahasa yang betul.

Prinsip yang seterusnya ialah berkaitan dengan motivasi intrinsikdalam diri pelajar. Motivasi

intrinsik yang diperkenalkan oleh Abraham Maslow ini merupakan satu penggerak dalaman

yang harus dimiliki oleh seseorang pelajar dalam mempelajari sesuatu. Amat sukar untuk

seseorang itu menguasai sesuatu tingkat ilmu sekiranya tidak diminatinya berbanding dengan

yang meminatinya. Masalah yang akan ditemukan dalam hal ini ialah minat pelajar. Oleh itu

setiap guru harus mengetahui bahawa minat pelajar terhadap sesuatu perkara boleh

ditimbulkan apabila perkara tersebut dapat dihubungkaitkan dengan perkara yang mereka

minati. Melalui konsep tersebut, guru harus bijak memulakan sesuatu pengajaran dan

pembelajaran dengan dimulakan dengan pengalaman sedia ada yang mereka minati agar

timbul rasa minat terhadap perkara baru yang akan dipelajari.

Setelah mengetahui prinsip-prinsip binaan bahan bantu mengajar yang harus dikuasai oleh

setiap guru, beberapa kriteria yang menyentuh sifat bahan bantu mengajar juga harus dikenal

pasti agar bahan binaan tersebut memberikan pelbagai faedah bukan sahaja kepada murid

tetapi juga kepada murid dan alam belajarnya.

Kriteria yang pertama yang harus dipertimbangkan ialahkeselamatannya. Bahan bantu

mengajar yang dibina mestilah selamat digunakan oleh setiap pelajar. Sebarang sifat fizikal

seperti tajam dan mudah pecah tidak sesuai digunakan kerana bahan bantu mengajar

kemungkinan mencederakan para pelajar.

Kriteria yang kedua ialah ketahanan bahan bantu mengajar tersebut. Ketahanan yang

dimaksudkan ialah tahap kesesuaian dengan pelajar atau kelompok pelajar yang diajar.

Page 5: kllll

Tujuannya supaya alat itu boleh digunakan dalam tempoh masa yang panjang dan boleh

digunakan oleh pelajar untuk belajar secara individu.

Kos juga haruslah diambil kira dalam pembinaan bahan bantu mengajar. Kos itu seharusnya

sesuai dengan keadaan kewangan sekolah. Adalah lebih baik jika kos yang digunakan kurang.

Hal ini demikian kerana, kejayaan sesebuah bahan bantu mengajar itu bukan bergantung

kepada mahal atau murah benda tersebut. Oleh itu, ada baiknya jika bahan yang dihasilkan itu

diambil daripada bahan-bahan terbuang dan lebih baik jika bahan itu dibina oleh pelajar sendiri

dengan bantuan guru-guru. Perkara sedemikian bukan sahaja membantu pengurangan kos

tetapi turut menyumbang kepada perkembangan daya cipta pelajar.

Selain itu, aspek-aspek teknikal yang digunakan mestilah sesuai dengan kemudahan bilik

darjah. Selalunya, bahan bantu mengajar yang mempunyai ciri teknikal yang mesra dengan

persekitaran bilik darjah akan lebih membantu pelajar. Contohnya, bahan tersebut boleh dilekat

atau digantung di dinding kelas dan diletakkan di atas meja pelajar.

Unsur seperti ketepatan maklumat juga turut menjadi salah satu kepentingan utama dalam

binaan bahan bantu mengajar. Contohnya, dalam penggunaan aspek warna, gunakan warna

hijau untuk rumput segar bukannya hitam kerana rumput berwarna hitam itu tidak wujud dalam

dunia sebenar.

Di samping itu, bahan bantu mengajar yang dibina mestilah mempunyai kriteria mudah alih. Hal

ini demikian kerana, sifat tersebut memudahkan kerja guru dan pelajar untuk menggunakkanya

dengan baik. Bahan bantu mengajar kadang kala perlu untuk dipindahkan dari satu kumpulan

ke kumpulan yang lain. Fungsinya adalah untuk memberi kefahaman yang mudah dengan

menggunakan ruang, masa dan tenaga yang minimum.

Bahan bantu mengajar yang dibina juga haruslah mengambil kira saiz atau pengelolaan

kelas. Ini bermaksud bahan binaan itu tidak boleh terlalu kecil. Guru-guru harus memastikan

bahawa bahan itu boleh dilihat dengan jelas dari jarak jauh. Jarak jauh yang dimaksudkan ialah

kedudukan pelajar yang berada di hujung kelas boleh melihat bahan tersebut dari hadapan

dengan jelas. Guru juga harus memikirkan bagaimana bahan tersebut digunakan dalam situasi

pembelajaran secara kelas. Kelompok atau individu.

Page 6: kllll

Selain itu, jangka masa pengajaran juga harus diambil kira. Oleh itu, guru-guru harus

menyediakan bahan bantu mengajar yang mudah dikendalikan dalam tempoh masa tertentu

agar pembaziran masa tidak berlaku..

Kepelbagaian dalam pengajaran juga merupakan antara kriteria terpenting dalam pembinaan

bahan bantu mengajar. Kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa ini bertujuan

untuk mendedahkan pelajar beberapa variasi bahasa yang digunakan secara meluas dalam

masyarakat. Kepelbagaian ini membantu para pelajar mengenal konteks variasi bahan dan

seterusnya membolehkan mereka memilih variasi-variasi tertentu untuk digunakan dalam

konteks dan situasi-situasi tertentu dengan betul. Kepelbagaian ini juga merujuk kepada variasi

bahasa seperti dialek (kelas dan geografi), style (formal, neutral dan informal), laras

(occupational register) dan medium (lisan dan tulisan).

Di samping itu, harus diintegrasikan kemahiran bahasa dalam pembinaan bahan bantu

mengajar di mana ianya melibatkan penerimaan iaitu kemahiran membaca dan mendengar dan

kemahiran pada aras pelahiran iaitu tulisan dan bertutur. Oleh kerana sifat kemahiran ini

adalah kesatuan dan bukan terpisah-pisah maka kemahiran ini haru digabungjalinkan untuk

mewujudkan satu strategi pembelajaran yang lebih bermakna.

Dalam pembinaan bahan bantu mengajar ini, harus dititikberatkan juga kriteria yang

menyentuh standardisasi dan simplikasi. Kriteria ini amat perlu kerana membolehkan guru-guru

menghasilkan bahan bantu mengajar yang dapat memenuhi keperluan pelajar. Dalam proses

ini, bahan tersebut akan disunting, diproses dan diubahsuai supaya sesuai dengan kebolehan

pelajar. Contohnya, dalam aktiviti pramenulis, harus dilakukan aktiviti yang bersesuaian

dengantahap tersebut dan bukannya mengambil aktiviti daripada menulis mekanis. Ia juga

harus disesuaikan berdasarkan perbezaan jantina, umur, kawasan, pendidikan, sosial dan

sebagainya.

Kriteria yang terakhir ialah penyerapan nilai dan pengetahuanmelalui bahan bantu mengajar

tersebut. Satu unsur penting yang harus diketengahkan ialah pengajaran dan pembelajaran

haruslah menekankan nilai moral sejak dari kanak-kanak mula menjejakan kaki ke dalam dunia

pendidikan. Peringkat pramenulis, menulis mekanis dan pramembaca itu merupakan antara

pendidikan terawal yang diberikan kepada kanak-kanak. Oleh itu, seharusnya nilai moral harus

diterapkan dari peringkat ini lagi. Melalui strategi ini, pelajar akan dapat menambah

pengetahuan baru dan sentiasa menyedari akan kewujudan dan kepentingan mereka dalam

kehidupan lingkungan manusia.

Page 7: kllll

Demikianlah antara prinsip dan kriteria yang sepatutnya ada dalam setiap bahan bantu

mengajar yang dibina khusus untuk para pelajar terutamanya pelajar yang baru sahaja

menjejakan kaki ke dalam dunia pendidikan. Bukan pelajar untuk bahan bantu mengajar tetapi

bahan bantu mengajar untuk pelajar.