KOBINA

54
1.0 PENGENALAN Bahasa Melayu Penulisan sekolah rendah terbahagi kepada tiga item iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A membina ayat yang lengkap dan gramatis. Bahagian B menulis sebuah karangan yang lengkap. Manakala Bahagian C menulis pengajaran dan nilai murni berdasarkan petikan yang diberikan. Kajian saya berkaitan dengan masalah penulisan huruf besar pada pangkal kata nama khas dalam kalangan murid Tahun 3. Justeru itu masalah penggunaan huruf besar pada pangkal kata nama khas ini dalam kalangan murid perlu diatasi. Penulisan pada Tahun 3 ini adalah terdiri daripada membina ayat, mengisi tempat kosong, meletakkan tanda baca yang betul termasuklah penggunaan huruf besar pada permulaan ayat, selepas tanda noktah dan pada kata nama khas. Projek yang saya jalankan menfokuskan terhadap kelemahan murid untuk meletakkan huruf besar pada pangkal kata nama khas. Hal ini kerana saya sering kali melihat dan terjumpa dengan kesalahan murid dalam meletakkan huruf besar pada kata nama khas setiap kali menyemak kerja murid dalam lembaran kerja ataupun latihan dalam buku latihan. Begitu juga ketika menyemak beberapa kertas ujian murid. Oleh itu,saya merasakan saya perlu melakukan sesuatu untuk membantu murid mengatasi masalah ini. Memandangkan mereka masih dalam tahap satu maka saya perlu memikirkan teknik yang paling mudah tetapi paling berkesan untuk meningkatkan pengusaan kemahiran penggunaan huruf besar pada pangkal kata nama khas ini.

description

inovasi

Transcript of KOBINA

Page 1: KOBINA

1.0 PENGENALAN

Bahasa Melayu Penulisan sekolah rendah terbahagi kepada tiga item iaitu Bahagian A, Bahagian

B dan Bahagian C. Bahagian A membina ayat yang lengkap dan gramatis. Bahagian B menulis

sebuah karangan yang lengkap. Manakala Bahagian C menulis pengajaran dan nilai murni

berdasarkan petikan yang diberikan. Kajian saya berkaitan dengan masalah penulisan huruf besar

pada pangkal kata nama khas dalam kalangan murid Tahun 3. Justeru itu masalah penggunaan

huruf besar pada pangkal kata nama khas ini dalam kalangan murid perlu diatasi.

Penulisan pada Tahun 3 ini adalah terdiri daripada membina ayat, mengisi tempat

kosong, meletakkan tanda baca yang betul termasuklah penggunaan huruf besar pada permulaan

ayat, selepas tanda noktah dan pada kata nama khas. Projek yang saya jalankan menfokuskan

terhadap kelemahan murid untuk meletakkan huruf besar pada pangkal kata nama khas. Hal ini

kerana saya sering kali melihat dan terjumpa dengan kesalahan murid dalam meletakkan huruf

besar pada kata nama khas setiap kali menyemak kerja murid dalam lembaran kerja ataupun

latihan dalam buku latihan. Begitu juga ketika menyemak beberapa kertas ujian murid. Oleh

itu,saya merasakan saya perlu melakukan sesuatu untuk membantu murid mengatasi masalah ini.

Memandangkan mereka masih dalam tahap satu maka saya perlu memikirkan teknik yang paling

mudah tetapi paling berkesan untuk meningkatkan pengusaan kemahiran penggunaan huruf

besar pada pangkal kata nama khas ini.

Tindakan pertama perlu saya lakukan adalah meningkatkan pemahaman kepada murid

tentang definisi kata nama khas itu lebih dahulu sebelum saya teruskan dengan penggunaan

huruf besar pada pangkal kata nama khas itu. Setelah itu barulah saya mengajar murid

menggunakan KOBINA (kotak, bingkai dan warna) pula.

1.1 Refleksi Pembelajaran dan Pengajaran

Melalui pemerhatian awal yang telah dijalankan semasa proses pembelajaran dan pengajaran

dalam kelas didapati murid kurang menguasai sepenuhnya kemanhiran menulis huruf besar pada

awal ayat dan juga pada pangkal kata nama khas dengan baik walaupun telah berulang-ulang kali

diberi teguran dan membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh murid namun kesilapan yang

sama tetap masih berlaku setiap kali murid membina ayat. Adakah hal ini berlaku kerana

kelemahan saya snediri terutama ketiak mengajar? Di samping itu, saya juga turut tertanya-tanya

Page 2: KOBINA

adakah murid-murid ini perlu diberikan teknik yang menarik bagi membimbing murid dengan

lebih khusus untuk menguasai kemahiran menulis huruf besar di tempat yang betul. Saya juga

perlu memikirkan adakah latihan yang secara berulang yang diberikan kepada murid dapat

mengukuhkan penguasaan kemahiran murid dalam menulis huruf besar yang betul pada pangkal

kata nama khas?

Selain itu, saya turut mengalami beberapa masalah lain semasa melaksanakan sesi

pembelajaran dan pengajaran dalam kelas. Murid dilihat kurang memberikan perhatian dan focus

semasa guru mengajar di hadapan kelas. Namun begitu murid kelihatan sangat teruja sekiranya

guru melakukan aktiviti permainan bahasa yang jarang sekali dilakukan oleh murid sebelum ini

seperti “ Menyusun perkataan menjadi ayat yang betul” . “Teka Kata Nama Khas” . “Kuiz” dan

sebagainya.

Murid dilihat akan bersikap pasif semasa melakukan aktiviti membaca dan menulis.

Malah, saya juga perlu mengulang setiap arahan yang diberikan untuk memulakan sesuatu

aktiviti kerana sikap murid yang sering mengambil remeh akan arahan guru menyukarkan guru

untuk menyampaikan arahan dengan lebih baik. Selain itu, murid-murid juga kurang

menunjukkan minat apabila diminta untuk membina dan menulis ayat dalam buku latihan

ataupun lembaran kerja yang diberikan oleh guru. Hal ini menyebabkan murid mengambil masa

yang agak lama untuk menyelesaikan aktiviti yang melibatkan penulisan.

Saya merasakan masalah penggunaan huruf besar pada pangkal kata nama khas ini timbul

adalah disebabkan oleh kelemahan pada diri saya ketika menjalankan sesi pengajaran dan

pembelajaran dalam kelas. Selain itu, murid juga kurang diberikan latihan dalam kemahiran

menulis yang boleh membantu murid mengukuhkan lagi penguasaan dalam penulisan huruf

besar yang betul. Teknik latih tubi yang saya jalankan juga tidak dapat membantu murid

mengecam dan mengenal pasti perkataan –perkataan yang perlu ditulis dengan huruf besar dalam

penulisan ayat. Jadi saya rasa perlunya saya mencari alternative lain bagi menangani masalah ini.

Selain teknik mengajar, bahan yang digunakan untuk mengajar murid amat penting bagi

memastikan murid dapat memahami dan menguasai sesuatu kemahiran. Masalah kelemahan

murid menguasai kemahiran menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas perlu diatasi

dengan segera. Hal ini kerana, penulisan huruf besar pada kata nama khas dalam kemahiran

Page 3: KOBINA

menulis ini merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh semua murid bermulapada

peringkat sekolah rendah. Oleh yang demikian, saya telah menggunakan teknik baharu, iaitu

KOBINA untuk membantu murid mengukuhkan penguasaan penulisan huruf besar pada pangkal

kata nama khas dalam kalangan murid Tahun 3 Cemerlang.

1.2 Refleksi Nilai Pendidikan

Menurut tokoh-tokoh ini, iaitu Siti Hajar Abdul Aziz (1996), Farida Fasyeha binti Mohd Asri,

dan Abdul Raof (1998), bahasa mempunyai satu set rumus dan peraturan tertentu yang harus

digunakan ketika mempelajari bahasa. Selain itu, penggunaan rumus dalam pembelajaran bahasa

dapat meningkatkan daya ingatan dalam tempoh masa yang panjang. Begitu juga, gabungan

pelbagai teknik akan membawa kepada pengajaran yang berkesan kepada murid-murid.

Pendidikan yang sempurna sememangnya sesuatu yang amat penting bagi setiap

individu. Melalui pendidikan, seseorang itu mampu meningkatkan ilmu pengetahuan yang telah

sedia ada. Pengetahuan atau ilmu ini diperoleh melalui pembelajaran yang mana melibatkan

pelbagai cara bergantung kepada individu tersebut. Setiap individu mempunyai cara memperoleh

ilmu yang berbeza. Hal ini jelas membuktikan terdapatnya perbezaan gaya pembelajaran bagi

setiap individu yang berbeza.

Penguasaan aspek tatabahasa pula adalah penting dan perlu dititikberatkan dalam

kemahiran penulisan Bahasa Melayu. Hal ini kerana, aspek tatabahasa sangat memberikan kesan

kepada penguasaan bidang penulisan. Menurut Asmah (1993), perkataan- perkataan dalam

Bahasa Melayu terbahagi kepada tiga golongan besar iaiti kata nama, kata kerja dan kata tugas.

Saya telah memfokuskan kepada kemahiran tatabahasa bagi golongan kata nama khas di bawah

golongan kata nama.

Menurut Nora (2012), sememangnya murid-murid sangat lemah menguasai kemahiran

penggunaan huruf besar dalam menulis ayat. Fokus kajian beliau seramai lima orang murid

Tahun 3 Cerdik, Sekolah Kebangsaan Maktab Perguruan Kuala Terengganu. Objektif yang

difokuskan adalah untuk meningkatkan pencapaian dan penguasaan penggunaan huruf besar.

Hasil kajian beliau menunjukkan terdapat perbezaan sehingga 68.8% peningkatan markah murid

selepas proses rawatan dengan pencapaian 100% lulus.

Page 4: KOBINA

Menurut Zaridah (2009), penyelidikan yang dibuat beliau adalah dengan menggunakan

imej dalam membantu menyelesaikan masalah penggunaan huruf besar. Hal ini bertepatan

dengan konsep kajian ini yang menggunakan bahan maujud selain imej bercetak untuk memberi

gambaran awal kepada sampel kajian semasa melaksanakan teknik ini. Hal ini turut disokong

oleh Carmelya (2010), beliau menggunakan imej visual bagi menyelesaikan masalah

penggunaan huruf besar pada pangkal ayat.

Standard Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah menggunakan untuk

membolehkan murid berketrampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi

keperluan diri, memperoleh ilmu pengetahuan, kemahiran maklumat,nilai dan idea serta

hubungan social dalam kehidupan seharian. Dalam aspek kemahiran menulis yang terdapat

dalam KSSR merujuk kepada keupayaan murid untuk menulis perkataan dan melakukan idea

melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman

peribadi yang telah dilalui.

Di samping itu, murid juga turut digalakkan menggunakan kreativiti untuk menghasilkan

penulisan berunsur pengetahuan dan imaginatif. Penguasaan kemahiran bahasa ini diperoleh

melalui situasi dan konteks dalam pelbagai bahan prosa, puisi dan grafik. Hal ini menunjukkan

aspek penulisan amat dipentingkan secara menyeluruh termasuklah dalam aspek tatabahasa

menulis huruf besar dengan betul mengikut peraturan bahasa yang telah ditetapkan oleh Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Oleh itu saya telah memilih “KOBINA” untuk membantu meningkatkan dan

mengukuhkan penguasaan kemahiran menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas dalam

kalangan murid tahun 3. Rajah di bawah menunjukkan bahan- bahan yang digunakan untuk

mengajar murid dalam KOBINA.

Page 5: KOBINA

Penguasaan penulisan huruf besar pada pangkal kata nama khas penting agar murid dapat

membina dan menulis ayat dengan betul dan gramatis. Di samping itu, sekiranya murid tidak

dapat menguasai penulisan huruf besar pada pangkal kata nama khas ini, murid-murid akan

mengalami masalah dalam penulisan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

Page 6: KOBINA

2.0 FOKUS KAJIAN/ISU

2.1 Isu Kajian

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, saya dapati masih ketara kesalahan

penggunaan huruf besar ini berlaku terutaman di Kelas 3 Cemerlang. Saya dapati beberapa orang

murid masih tidak dapat menulis huruf besar pada kata nama khas terutama ketika menulis

jawapan pemahaman, menyalin ayat, membina ayat dan sebagainya. Oleh sebab murid-murid ini

merupakan bekas murid saya sendiri semasa tahun dua, maka mudah saya untuk membuat

pengesanan awal masalah penggunaan huruf besar pada pangkal kata nama khas dalam kalangan

murid ini.

Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berlanjutan kerana penggunaan huruf besar sangat

penting kepada murid-murid setiap kali mereka menulis semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran. Selain itu juga kemungkinan besar jika masalah ini tidak diatasi dengan segera

murid akan terus menghadapi masalah penggunaan huruf pada pangkal kata nama khas ini

sehingga ke peringkat yang lebih tinggi contohnya di sekolah menengah dan universiti nanti.

Selain itu, peratus pencapaian subjek Penulisan Bahasa Melayu juga akan terjejas. Hasrat pihak

sekolah untuk mengekalkan 100% kelulusan Bahasa Melayu dalam subjek Penulisan UPSR

seperti tahun 2014 juga akan gagal. Ini kerana jika murid melakukan kesalahan dalam

penggunaan huruf, markah mereka akan dipotong bagi setiap keslaahan yang mereka lakukan.

Merujuk Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 3, dalam setiap Rancangan Mingguan

terdapat kemahiran menulis yang menitikberatkan penggunaan tanda baca.

Contoh :

Aras 1: 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.

i. Menulis perkataan dan ayat tunggal dengan cara yang betul dan

tulisan yang cantik.

Aras 2/; 10.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan

ii. Mengenal pasti dan membetulkan kesilapan ejaan dan tanda baca

dalam ayat.

Page 7: KOBINA

Aras 3: 9.1 Mengambil imlak teks yang diperdengarkan menggunakan ejaan

dan tanda baca yang betul.

2.2 Tinjauan Literatur Berkaitan Dengan Isu Kajian

Kamaruddin Hj Husin (1998) menyatakan bahawa “Tulisan ialah bahasa yang bertulis dengan

lambang-lambang bunyi”. Oleh sebab itu, kemahiran menulis mestilah dikuasai oleh murid

semenjak daripada sekolah rendah lagi sebelum kea lam sekolah menengah untuk mengelakkan

permasalahan yang berkaitan dengan kemahiran menulis berlaku seperti kekeliruan dalam

penulisan huruf besar pada pangkal kata nama khas dan huruf kecil. Keupayaan menulis merujuk

kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta dapat mengeluarkan idea melalui

pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang

dilalui. Penekanan dalam kemahiran menulis terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda

baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas.

Menurut Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa dan Abdullah Hamid

Mahmood (2007), kata nama am ialah perkataan yang merujuk kepada benda atau perkara yang

umum sifatnya. Kata nama am abstrak. Dari segi aspek penulisan kata nama am, huruf pertama

tidak semestinya huruf besar. Kata Nama Khas ialah kata yang mendukung makna rujukan

khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda,perbandanan (institusi), undang-undang bahasa,

pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf

besar. Zalian Jemaat (2005) ada menyatakan bahawa huruf besar tidak boleh ditulis di tengah

sesuatu perkataan itu merupakan suatu kesalahan tanda baca. Hal tersebut merupakan masalah

yang dihadapi oleh responden saya.

Oleh sebab itu saya merasakan perlunya saya melakukan sesuatu untuk meningkatkan

kemahiran penggunaan huruf besar pada pangkal kata nama khas melalui teknik yang terancang

iaitu KOBINA. KOBINA ini telah dapat membantu murid mengatasi masalah penguasaan

kemahiran menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas. Selain itu, penyelidikan yang telah

dibuat oleh Jerome Agong, Jamurah Galitang dan Sobina (2008) telah membuka minda saya

untuk melaksanakan dengan mengunakan KOBINA untuk membantu dan saya mendapati murid-

murid telah faham dan jelas tentang penggunaan huruf besar pada pangkal kata nama khas ini.

Rajah 1 di bawah focus kajian yang telah saya jalankan terhadap murid.

Page 8: KOBINA

Rajah 1 : FOKUS KAJIAN

Page 9: KOBINA

3.0 OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN

3.1 OBJEKTIF

Objektif penggunaan KOBINA ini adalah untuk meningkatkan kemahiran penggunaan huruf

besar pada pangkal kata nama khas dalam kalangan murid Tahun 3.

3.2 SOALAN KAJIAN

Bagaimanakah KOBINA dapat meningkatkan kemahiran penggunaan huruf besar pada pangkal

kata nama khas dalam kalangan murid Tahun 3.

Page 10: KOBINA

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian melibatkan 7 orang murid Tahun 3 Cemerlang yang terdiri daripada 4 orang murid lelaki

atau 57% dan 3 lagi murid perempuan iaitu 43%. Murid-murid ini seringkali tidak mengambil

berat terhadap penggunaan huruf besar semasa latihan menulis dalam kelas. Mereka

dikategorikan kumpulan yang agak sederhana pandai tetapi kadangkala cuai dalam penggunaan

huruf besar apatah bagi murid yang agak lemah.

Projek Inovasi yang saya laksanakan dengan menggunakan KOBINA ini adalah untuk

meningkatkan kemahiran menggunakan huruf besar pada pangkal kata nama khas dalam

kalangan murid tahun 3. Rajah 2 di bawah menunjukkan peratusan responden projek saya

mengikut jantina.

Lelaki57%

Perempuan43%

Responden

Page 11: KOBINA

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Pada asasnya Projek Inovasi bergerak dalam satu kitaran menggunakan model Stephin

Kemmis & Mc Taggart (1998). Menurut Kemmis dan McTaggart (1998), projek inovasi

merupakan satu projek yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan oleh peserta dalam

situasi social itu sendiri seperti guru dan pendidik sebagai penyelidik melalui tindakan praktik

mereka sendiri yang bertujuan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti amalan masing-

masing, disamping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana

amalan itu di lakukan. Rajah 3 di bawah menunjukkan proses kajian tindakan yang dijalankan.

Rajah 3 : Proses

Page 12: KOBINA

Pendekatan ini dipilih untuk digunakan dalam penyelidikan pemeringkatan empat fasa yang

dirancangkan dalam model ini sesuai mengikut konteks dan struktur pengajaran reflektif yang

dijalankan seperti Rajah 3 di atas.

Saya telah mengaplikasikan kaedah ansur maju dalam kajian ini. Hal ini kerana, kaedah

ini sesuai digunakan untuk kesemua responden saya. Saya berpendapat, KOBINA ini

membolehkan sesuatu perancangan bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dapat

dijalankan dengan lebih teratur, kemas dan sistematik. Tambahan pula kaedah ansur maju

merupakan satu kaedah mempelajari sesuatu kemahiran itu bermula daripada langkah yang

paling asas kemudian beralih kepada aras yang lebih sukar dan seterusnya sehinggalah mereka

dapat menguasainya.

Aplikasi KOBINA telah dirangka dan dicadangkan oleh saya untuk membantu guru

mengukuhkan penguasaan penulisan huruf besar dalam kalangan murid Tahun 3.

Jadual 1 di bawah menunjukkan bagaimana sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) kemahiran

menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas yang dijalankan dalam kelas menggunakan

KOBINA ini.

Page 13: KOBINA

PROSES

Pengajaran dan pembelajaran (P&P)

BAHAN BBM CATATAN

1. Pengenalan kaedah Tayangan slaid PP

2. Pengenalan

Bahan Inovasi yang digunakan

a. Kotak Berwarna (berinformasi)

b. Bingkai Berwarna

c. Pensel warna/Krayon

Foam Plastik

Kad Huruf

Pensel Warna

Krayon

Marker Pen

Manila Kad

Plastik Lutsinar

Gam UHU

Polisterin/ Cecair

Gunting

Pisau

“ Blue Tack”

Bingkai

Kad huruf besar

Pensel Warna

3. Langkah Pengajaran

a. Set Induksi – Meneka

kandungan kotak berwarna.

b. Langkah 1 – Penggunaan

Carta Berwarna/Kotak

Bermaklumat

- Definisi , penerangan dan

penjelasan tentang kata nama

Page 14: KOBINA

khas kepada murid iaitu merujuk

tempat, manusia, haiwan dan

benda.

Untuk mengukuhkan ingatan

murid satu Akronim kata nama

khas digunakan iaitu:

Tempat……. Te

Manusia…… Man

Haiwan……. Hai

Benda……… Da

(TEMAN HAIDA)

c. Langkah 2

- Pengenalan Tajuk Pelajaran

- Penerangan cara menggunakan

Teknik KOBINA.

- Murid diberikan beberapa

contoh ayat.

- Murid meletakkan bingkai

berwarna pada kata nama khas

yang ditemui dalam ayat

- memasukkan atau menyisip kad

huruf besar ke dalam bingkai

tersebut.

d. Langkah 3.

- Latihan menjawab soalan

latihan.

- Melukis petak pada kata nama

khas yang ditemui.

Bingkai

Page 15: KOBINA

- Menyalin semula ayat dengan

menulis huruf besar pada kata

nama khas menggunakan pensel

warna.

Pensel Warna

4. Perbincangan jawapan untuk soalan

yang diberikan menggunakan

KOBINA

5. Penutup Pengajaran

Langkah 1 (Aktiviti 1)

Item 1

Membaca ayat mudah yang lengkap dengan penggunaan huruf besar.

Menyalin semula ayat dengan menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai dengan

menggunakan pensel warna.

Item 2

Membaca ayat yang diberi tanpa huruf besar pada pangkal kata nama khas.

Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai.

Item 3

Guru menulis ayat pada kertas mahjong dan kad manila.

Murid memerhatikan ayat meletakkan bingkai pada pangkal kata nama khas yang ditemui

dan menyalin ayat tersebut (dilakukan oada setiap kali P&P dijalankan)

Reaksi atau tindak balas murid amat menyeronokkan dan menggalakkan.

Langkah 2 (Aktiviti 2)

Dalam aktiviti ini, guru menulis sebuah karangan pendek pada kertas mahjong.

Page 16: KOBINA

Guru ‘highlight’ tanda huruf besar dengan menggunakan bingkai berwarna

(merah untuk manusia, kuning untuk benda, hijau untuk tempat dan biru untuk binatang)

untuk huruf besar. Murid masukkan kad huruf besar ke dalam bingkai berwarna. Latihan

dijalankan selama 5 minggu.

Murid merujuk kotak bermaklumat berwarna setiap kali pengajaran dan pembelajaran.

Refleksi

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini murid telah dapat mengenal pasti jenis

kata nama berdasarkan bingkai yang guru letakkan pada perkataan yang terdiri daripada

kata nama khas.

Murid-murid bergerak aktif untuk memasukkan kad huruf besar yang bersesuaian pada

ayat yang diberi melakukan kesalahan dari segi penggunaan huruf besar pada kata nama

khas. Murid-murid juga dapat menulis dengan kemas dan teratur.

Langkah 3 (Aktiviti 3)

Guru memberi 5 latihan berbentuk ayat mudah yang mengandungi kata nama khas dalam

bentuk lembaran kerja.

Murid-murid dikehendaki membetulkan kesilapan dan kesalahan menulis kata nama khas

yang terdapat dalam ayat menggunakan pensel warna.

Murid-murid juga menulis dengan kemas dan teratur semasa sesi menjawab soalan ini.

Refleksi

Pada pemerhatian saya didapati ada peningkatan yang memberangsangkan semasa murid

menjawab soalan latihan sesi ke tiga ini.

Hampir 95% murid telah Berjaya menjawab dengan betul dengan menulis huruf besar

pada tempat yang sesuai.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dalam suasana ceria, murid gembira dan

aktif ketika menjalankan aktiviti yang diarahkan oleh guru.

Terdapat perubahan sikap dan tingkah laku yang sangat ketara sebelum KOBINA ini

diperkenalkan kepada murid-murid di kelas ini.

Page 17: KOBINA

Rajah 4 : Proses Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan KOBINA

Rajah 4 di atas menunjukkan bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan oleh

guru dalam kelas dengan menggunakan KOBINA ini.

5.1 Prosedur Pelaksanaan Tindakan

Page 18: KOBINA

Jadual 2 menunjukkan perancangan pelaksanaan penyelidikan tindakan dalam bentuk Carta

Gantt seperti di bawah.

Jadual 2 : Carta Ganti Pelaksanaan Tugasan

Bil

.

PROSES

JADUAL PELAKSANAAN

M

E

I

J

U

N

J

U

L

O

G

S

S

E

P

O

K

T

N

O

V

D

I

S

2015

1. Menerima tugasan

2. Mengenal pasti

Masalah dan mengumpul data

3. Menulis draf kertas cadangan

4. Hantar draf pertama

5. Perbincangan dengan guru

6. Bincang dengan penyelia dan baiki

proposal

7. Menulis dan hantar draf proposal

yang kedua

8. Pelaksanaan pelan tindakan

9. Pengumpulan dan analisis data

10. Menulis draf laporan pertama

11. Ubah suai dan pemurniaan laporan

akhir

12. Seminar / Kolokium

13. Memurnikan laporan berdasarkan

maklum balas.

Page 19: KOBINA

Proses Kajian Dilaksanakan

Rajah 5 di bawah menunjukkan bagaiman proses kajian dilaksanakan terhadap murid.

Peringkat Merancang

Ujian Diagnostik Ujian 1 Rancang Pelan Tindakan

Peringkat Bertindak

Analisis Dokumen Memperkenalkan KOBINA Ujian Dua Temu bual Soal selidik Lembaran kerja Persembahan Slaid

Peringkat Pemerhatian

Pemerhatian Analisis Data

Peringkat Refleksi

Tindak balas murid dari segi gerak kerja dan minat

Peringkat Menilai

Menilai keberkesanan KOBINA

Laporan Projek Kajian

Page 20: KOBINA

Rajah 5 : Carta Aliran Untuk Proses Sepanjang Kajian Dilaksanakan

5.2 Keesahan dan Kebolehpercayaan

5.2.1 Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan merupakan ciri praktik yang terdapat dalam sesuatu ujian dan merupakan

faktor penting dalam sesuatu ujian. Penggunaan KOBINA dalam meningkatkan penguasaan

kemahiran menulis huruf besar adalah sangat tinggi. Teknik ini boleh digunakan dalam masa

luwes , sama ada pada masa lapang atau pun masa P & P berjalan. Selain itu KOBINA yang saya

bina ini juga boleh digunakan untuk kegunaan kelas-kelas yang lain. Kos pembuatannya adalah

minimum dan mampu disediakan oleh guru mengikut kreativiti bagi menarik minat murid.

Peraturan penggunaan KOBINA ini juga mudah dan ringkas sesuai dengan aras kebolehan

murid.

5.2.2 Kepentingan

Penggunaan KOBINA ini amat penting dan dilihat berupaya meningkatkan minat murid terhadap

P & P penggunaan huruf besar pada pangkal kata nama khas. Malah pemahaman murid terhadap

kata nama khas juga meningkat di mana murid tidak lagi melakukan sebarang kesalahan apabila

menjawab soalan berkaitan dengan penulisan huruf besar dalam kata nama khas. Aktiviti P & P

menggunakan KOBINA juga boleh dilakukan sendiri oleh murid iaitu aktiviti secara

berkumpulan. Pembelajaran akan lebih bermakna dan menyeronokkan apabila murid dapat

melakukan aktiviti lain bersama-sama rakan sekelas.

5.2.3 Kebolehgunaan

Penggunaan KOBINA mudah digunakan kerana murid dapat melihat, memerhatidan melakukan

aktiviti meletakkan bingkai, menyiapkan kad huruf besar, melukis petak pada huruf pangkal kata

nama khas dan menulis huruf besar menggunakan pensel warna. Penggunaan teknik ini juga

dimodifikasikan mengikut kebolehan murid dan ianya disusun mengikut Kurikulum Standard

Sekolah Rendah (KSSR) dan berpandukan Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 3.

Page 21: KOBINA

5.2.4 Kawalan

Saya telah menggunakan tujuh orang murid untuk kajian ini. Saya telah membuat semua

prosedur yang sepatutnya seperti pemerhatian, ujian lisan dan temu bual. Melalui proses ini akan

memudahkan saya untuk memilih kaedah yang sesuai untuk mengajar pada masa akan datang.

5.2.5 Kolaboratif

Kolaboratif amat penting dalam tempoh kajian ini dilakukan. Sedar akan hal ini, saya telah

mendapatkan kerjasama daripada guru Bahasa Melayu Pemulihan Khas dan pihak pentadbir

sekolah. Hal ini adalah untuk memastikan proses kajian yang dijalankan dengan lancar dan

sempurna. Kolaboratif dilakukan bertujuan untuk memastikan proses kajian yang dijalankan

berada pada landasan yang betul mengikut apa yang telah dirancang. Hal ini penting bagi

memastikan kajian ini dapat memberikan hasil yang optimum kepada saya dan murid.

5.2.6 Kerelevanan Kepada Sekolah

Penggunaan KOBINA dapat membantu guru dan murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Melayu di sekolah. Teknik ini akan memudahkan guru untuk menerang dan mengajar

murid tentang kata nama khas dan juga penulisan huruf besar pada pangkal kata nama khas.

Penggunaan teknik ini juga telah Berjaya menarik minat murid- murid untuk terus belajar. Selain

itu juga bahan daripada teknik ini juga boleh digunakan oleh guru-guru yang mengajar Bahasa

Inggeris.

Page 22: KOBINA

6.0 PENGUMPULAN DATA

Mengumpul data kajian bagi soalan kajian 1, saya telah menggunakan empat cara pengumpulan

data, iaitu Ujian Satu dan Ujian Dua, Analisis Dokumen,lembaran kerja, pemerhatian serta temu

bual. Cara pengumpulan data yang digunakan oleh saya bagi mengumpul data untuk setiap

soalan kajian ini adalah untuk memastikan kebolehtadbiran, kesahan dan kebolehpercayaan

setiap ujian yang dijalankan.

Berdasarlan Rajah 6 di bawah, menunjukkan cara saya mengumpul dan menganalisis data

sepanjang melaksanakan penyelidikan tindakan ini.

Rajah 6 : Kaedah Pengumpulan Data

ANALISISDOKUME

N

Lembaran kerja kata nama khas diberikan kepada setiap murid.Ujian diagnostik

PEMERHATI

AN

Guru menggunakan pemerhatian tidak berstruktur menggunakan nota lapangan dalam membuat pemerhatian ke atas murid.Sikap murid sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung

TEMU

BUAL

Temu bual bersama guru bahasa.Temu bual bersama murid.

Guru mengedarkan borang soal selidik kepada setiap muridTujuh orang murid telah menandakan 'tidak' lebi h banyak berbanding 'ya'

SOAL

SELIDIK

Page 23: KOBINA

6.1 Tinjauan Awal Masalah

Sebelum langkah seterusnya diambil dalam menjalankan tindakan adalah berdasarkan

pemerhatian, pemeriksaan buku latihan dan ujian satu dan ujian dua.

a. Pemerhatian

Saya telah memerhatikan tingkah laku murid melalui sesi pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas. Saya dapati murid menpunyai masalah menulis huruf besar

pada awal ayat dan pada pangkal kata nama khas. Pada awalnya saya sangkakan masalah

ini tidak sukar untuk diatasi tetapi murid masih seringkali terlupa walaupun telah

beberapa kali saya mengajar topik kata nama khas khususnya murid-muridnya masih

melakukan kesalahan ketika menulis huruf besar pada tempat yang sesuai.

Murid telah faham bahawa kata nama khas mesti ditulis dengan huruf besar tetapi

masih juga berlaku kesalahan ketika menjawab soalan berkaitan penggunaan huruf besar

pada tempat yang sesuai. Keadaan ini amat membimbangkan saya, saya juga menilai

kembali pengajaran saya selama ini. Adakah ada kekurangan dari segi teknikal yang saya

gunakan ketika mengajar di kelas menjadi punca kenapa murid masih tidak menguasai

kemahiran menulis huruf besar pada tempat yang sesuai khususnya pada pangkal kata

nama khas.

b. Analisis Dokumen

i. Pemeriksaan buku latihan

Setiap kali selesai sesi pengajaran dan pembelajaran, murid akan

menyerahkan buku latihan kepada saya untuk disemak. Setelah disemak

saya dapati murid masih belum menguasai kemahiran menulis huruf besar

pada awal ayat dan pada pangkal kata nama khas. Saya telah membuat sesi

penerangan semula serta penekanan dalam tiga keadaan iaitu huruf besar

pada awal ayat, selepas noktah dan satu lagi pulak huruf besar pada

pangkal kata nama khas.

Page 24: KOBINA

ii. Ujian satu

Sebagai langkah awal saya telah menyediakan lembaran kerja yang

mengandungi 5 soalan berkaitan dengan penggunaan huruf besar pada

awal ayat, selepas noktah dan pada pangkal kata nama khas.

Satu ujian diagnostic telah dijalankan kepada murid-murid tahun 3.

Ini bertujuan menguji tahap penguasaan murid-murid tersebut. Saya dapati

murid-murid masih tidak mahir dalam penggunaan huruf besar pada awal

ayat dan juga pada pangkal kata nama khas. Kemudian semasa akhir

penggal persekolahan, dalam satu ujian yang dijalankan, murid masih

kurang menguasai kemahiran menulis huruf besar ini. Mereka masih

melakukan kesalahan pada awal ayat, selepas tanda noktah dan pada

pangkal kata nama khas.

c. Temu bual

Temu bual merupakan kaedah pengutipan data yang melibatkan interaksi face to

face antara penyelidik dengan informan atau orang-orang yang ditemu bual. Saya mendapatkan

maklumat daripada guru Bahasa Melayu 2 Cemerlang mengenai tahap prestasi dan pencapaian

bagi kesemua responden. Temu bual dijalankan terhadap responden yang dipilih selepas

diperkenalkan dengan KOBINA. Temu bual berstruktur dijalankan bagi mengetahui pendapat

guru terhadap pencapaian dan sikap responden sebelum melaksanakan kajian ini. Temu bual

yang dijalankan ditranskripkan daripada bentuk rakaman suara kepada bentuk perkataan dan

dikodkan. Transkripsi temu bual bersama guru Bahasa Melayu Tahun 3 Cemerlang dirujuk pada

Lampiran. Jadual 3 berikut merupakan petunjukbagi singkatan yang digunakan dalam transkripsi

temu bual bersama seorang guru Bahasa Melayu.

Page 25: KOBINA

Jadual 3 : Petunjuk Singkatan Nama dalam Transkripsi

Singkatan Petunjuk

C Guru Bahasa Melayu

1 Guru Bahasa Melayu yang pertama

2 Guru Bahasa Melayu yang kedua

SKBI Sekolah Kebangsaan Batu Indah (bukan nama sebenar)

Berdasarkan perbualan bersama dengan guru mata pelajaran Bahasa Melayu 1 untuk memastikan

responden yang dikaji memang benar-benar menghadapi masalah penulisan huruf besar pada

pangkal kata nama khas.

Jadual 4 yang berikut merupakan hasil temu bual bersama guru Bahasa Melayu 1.

Jadual 4 : Temu bual bersama Guru Bahasa Melayu 1

Soalan Jawapan Tema Interprestasi

Murid-murid kerap

tidak membuat

kesilapan dalam

penulisan untuk kata

nama khas

Ya, yang itu memang

masalah utam 3

Cemerlang. Kiranya

selalu sahaja saya

perlu bulatkan dengan

pen merah

Masalah

Responden

Responden tidak

mengecam dan

mengenal kata nama

khas.

Berdasarkan dapatan temu bual tersebut, saya mendapati responden yang dipilih

sememangnya kerap membuat kesilapan dalam penulisan huruf besar pada pangkal kata nama

khas. Hal ini menunjukkan responden tidak memahami dan agak sukar menentukan kata nama

khas dan kata nama am yang menyebabkan responden membuat kesilapan dalam penulisan ayat

yang mengandungi kata nama khas. Seterusnya, soalan kajian difokuskan pada tahap pencapaian

responden dalam mata pelajaran Bahasa Melayu..

Page 26: KOBINA

Temu bual bersama Responden

Cikgu : Ashraf, cikgu lihat, markah penulisan Bahasa Melayu awak kurang memuaskan?

Ashraf : Ya cikgu. Saya kurang faham dan tidak jelas tentang penggunaan huruf besar

pada kata nama khas.

Cikgu : Syikah, awak perlu focus dalam pembelajaran dan bertanya cikgu jika tidak

faham penggunaan huruf besar pada kata nama khas ini.

Syikah: Insyaa-Allah cikgu! Saya harap cikgu dapat menolong saya untuk memahami

penggunaan huruf besar pada kata nama khas itu. Terima kasih cikgu.

Cikgu: Insyaa-Allah, saya akan memperkenalkan kepada kamu dan murid-murid lain

menggunakan KOBINA untuk penggunaan huruf pada kata nama khas ini.

d. Soal Selidik

Saya telah menjalankan satu soal selidik dengan menggunakan borang soal selidik bagi mencari

maklumat permasalahan murid-murid dalam penggunaan huruf besar pada pangkal kata nama

khas.

Page 27: KOBINA

Jadual 5 : Borang soal selidik

BIL SILA JAWAB DENGAN JUJUR YA ( / ) TIDAK ( X )

1. Pengajaran cikgu menyeronokkan

2. Cikgu beri tumpuan kepada saya

3. Saya minat mata pelajaran Bahasa Melayu

4. Keluarga beri bimbingan di rumah

5. Bimbingan yang cikgu beri mencukupi

6. Belajar menyeronokkan

7. Kerja sekolah yang diberi mudah

8. Saya suka menulis

9. Saya suka membaca

10. Saya faham arahan cikgu

11. Percakapan cikgu mudah difahami

Jadual 5 di atas menunjukkan soal selidik yang diberikan kepada responden.

6.2 Analisis Tinjauan Masalah

6.2.1 Analisis Ujian Satu

Senarai Rekod Pencapaian (Jumlah markah = 10 markah)

Page 28: KOBINA

Jadual 6 : Analisis Skor Ujian 1

BIL NAMA MURID UJIAN 1 CATATAN

1. R1 4

2. R2 4

3. R3 3

4. R4 4

5. R5 4

6. R6 3

7. R7 3

Jadual 6 di atas menunjukkan hasil Ujian 1 yang telah dijalankan kepada murid (rujuk pada

Lampiran 1), iaitu sebelum responden diperkenalkan dengan KOBINA. Ujian ini menpunyai 5

item. Saya telah menganalisis jumlah skor yang diperolehi, oleh semua tujuh responden dan hasil

dapatan telah dirumuskan dalam Jadual 6 di atas. Saya dapati tahap penguasaan penggunaan

huruf besar murid bagi kata nama khas masih lemah.

Analisis Ujian Satu, menunjukkan majority responden memperoleh sebanyak tiga, empat

dan lima markah daripada 10 markah. Hal ini menunjukkan penguasaan murid dalam huruf besar

pada pangkal kata nama khas adalah lemah. Kesemua responden masih tidak menguasai teknik

yang betul dan terbaik untukmenulis huruf besar dalam kata nama khas. Selain itu, responden

juga beranggapan bahawa kesalahan penulisan huruf besar bukan merupakan yang besar dalam

Bahasa Melayu. Oleh itu, responden memandang ringan akan kesalahan yang dilakukan itu

sebelum menggunakan KOBINA ini.

6.2.2 Analisis Ujian Dua

Ujian Dua (rujuk pada Lampiran 2) telah dijalankan selepas KOBINA diperkenalkan dan selepas

beberapa kali lembaran kerja diberi kepada semua responden. Seperti yang telah dimaklumkan,

Ujian Dua mempunyai 5 item soalan yang sama seperti dalam ujian satu tetapi ayat- ayat dalam

soalan telah dirombak dan diubahsuaikan. Dapatan daripada hasil analisis bagi Ujian Dua

dirumuskan dalam Jadual 7 di bawah.

Page 29: KOBINA

Jadual 7 : Analisis Skor Ujian 2

BIL NAMA MURID UJIAN 2 CATATAN

1. R1 10 Cemerlang

2. R2 10 Cemerlang

3. R3 10 Cemerlang

4. R4 10 Cemerlang

5. R5 10 Cemerlang

6. R6 8 Baik

7. R7 8 Baik

Jadual 7 di atas jelas menunjukkan peningkatan responden dalam penulisan huruf besar pada

pangkal kata nama khas, Lima orang responden telah menjawab semua soalan yang diberi

dengan betul. Manakala dua orang responden pula mendapat 8 markah daripada 10 markah

keseluruhan. Dalam ujian ini, saya mendapati responden telah menguasai kemahiran menulis

huruf besar pada pangkal kata nama khas. Murid-murid ini juga telah menunjukkan sikap yang

semakin positif terhadap pelajaran mereka.

6.2.3 Analisis Perbandingan Skor Ujian Satu dan Dua

Saya telah menilai dan menganalisis markah bagi Ujian Satu dan Ujian Dua. Jadual 8 di bawah

menunjukkan hasil analisis bagi skor kedua-dua ujian yang telah dijalankan.

Pencapaian (Jumlah Markah = 10 markah)

Jadual 8 Analisis Skor Ujian Satu dan Ujian Dua

Page 30: KOBINA

BIL NAMA MURID UJIAN 1 UJIAN 2 CATATAN

1. R1 4 10 Meningkat

2. R2 4 10 Meningkat

3. R3 3 10 Meningkat

4. R4 4 10 Meningkat

5. R5 4 10 Meningkat

6. R6 3 8 Meningkat

7. R7 3 8 Meningkat

Page 31: KOBINA

R1 R2 R3 R4 R5 R60

2

4

6

8

10

12

UJIAN 1UJIAN 2

RESPONDEN

MAR

KAH

Rajah 7 Perbandingan Skor Ujian Satu dan Ujian Dua

Berdasarkan Rajah 7 di atas jelas menunjukkan perbezaan yang ketara antara pencapaian murid

sebelum menggunakan KOBINA dan selepas menggunakan KOBINA ini dalam sesi pengajaran

dan pembelajaran dalam kelas. KOBINA ini menunjukkan peningkatan dalam penggunaan huruf

besar dalam kalangan murid tahun 3 Cemerlang telah berlaku. Responden 1,2 dan responden ke

4 dan ke 5 telah meningkat daripada 4 markah kepada 10 markah. Peningkatan sebanyak 60%.

Penggunaan KOBINA ini memberi impak yang baik kepada responden yang dikaji. Responden

ke-3 pula menunjukkan peningkatan sebanyak 7 markah atau 70%. Responden ke 6 dan ke 7

juga telah menunjukkan pencapaian yang baik, iaitu daripada 3 markah sebelum ini telah

mendapat 8 markah dalam ujian 2 ini. Peningkatan markah sebanyak 50%.

Page 32: KOBINA

6.3 Tindakan Yang Dijalankan

Mengesan masalah penggunaan huruf besar pada pangkal nama khas daripada latihan yang

diberikan semasa pengajaran dan pembelajaran , latihan kerja rumah dan juga ujian bulanan.

Ujian pengesanan telah dijalankan untuk mengesan kelemahan murid dan jumlah murid

tidak dapat menjawab soalan dengan tepat penggunaan huruf besar pada kata nama khas.

Saya telah menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan

pemahaman murid terhadap penggunaan huruf besar pada pangkal kata nama khas. Melalui

aktiviti pengajaran ini saya dapat melihat perkembangan anak murid saya segi pemahaman

dalam penulisan huruf besar bagi kata nama khas.

Berdasarkan keputusan ujian pengesanan yang dijalankan atas murid-murid didapati

bahawa beberapa tindakan perlu dijalankan bagi mengatasi penulisan huruf besar pada pangkal

kata nama khas.

Page 33: KOBINA

7.0 DAPATAN PROJEK

Saya telah mengumpul pengskoran daripada 2 siri kitaran ujian yang telah saya jalankan.

Markah-markah tersebut telah saya catatkan dalam jadual markah yang disediakan. Jadual di

bawah merupakan borang analisis berkaitan dengan hasil ujian murid.

Jadual 9 : Dapatan Kitaran Kajian 1

BIL NAMA MURID K1 CATATAN

1. R1 4 Sederhana

2. R2 4 Sederhana

3. R3 3 Rendah

4. R4 4 Sederhana

5. R5 4 Sederhana

6. R6 3 Rendah

7. R7 3 Rendah

Berdasarkan pencapaian murid dalam Jadual 9 di atas, empat orang daripada sepuluh

mencapai markah sederhana 4/10 dan 3 orang murid pula hanya mencapai 3/10. Secara

keseluruhannya pencapaian responden pada tahap sederhana dan rendah sahaja. Oleh itu, saya

rasa perlu melakukan sesuatu untuk membantu murid untuk meningkatkan penguasaan

kemahiran menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas ini.

Page 34: KOBINA

Rajah 9 : Kitaran Kajian 2

BIL NAMA MURID UJIAN 2 CATATAN

1. R1 10 Cemerlang

2. R2 10 Cemerlang

3. R3 10 Cemerlang

4. R4 10 Cemerlang

5. R5 10 Cemerlang

6. R6 8 Baik

7. R7 8 Baik

Jadual 10 Dapatan Kitaran 2

Berdasarkan jadual pengskoran melalui kitaran 2 diatas, saya dapati ada peningkatan

markah bagi murid-murid tersebut. Seramai 5 murid iaitu murid berada pada tahap cemerlang

Page 35: KOBINA

dan 2 murid berada pada tahap baik. Peningkatan yang agak ketara dapat dilihat daripada jadual

di atas. Pemahaman murid juga meningkat terhadap kemahiran penggunaan huruf besar pada

pangkal kata nama khas seterusnya meningkatkan penguasaan kemahiran menulis huruf besar

pada pangkal kata nama khas.

Temu bual Bersama Responden

Saya juga telah menemu bual murid berkaitan hasil pengajaran dan pembelajaran yang telah

dijalankan dengan menggunakan KOBINA.

Cikgu : Ashraf, cikgu lihat, markah penulisan Bahasa Melayu awak semakin baiklah.

Ashraf : Ya, cikgu. Saya semakin faham sejak cikgu gunakan teknik KOBINA cikgu itu.

Cikgu : Syikah, awakpun sama telah menunjukkan peningkatan dalam penggunaan huruf

besar pada kata nama khas.

Syikah : Alhamdulillah cikgu! Cara cikgu mengajar kami menggunakan kotak, bingkai dan

warna itu cikgu amat memudahkan kami untuk memahami penggunaan huruf

besar pada kata nama khas itu. Terima kasih cikgu.

Cikgu : Sama-sama Syikah.

Page 36: KOBINA

7.1 Dapatan Daripada Projek

Berdasarkan projek yang dijalankan ke atas murid, teknik yang telah dilaksanakan

dalam pengajaran dan pembelajaran itu telah memberi kesan dan impak yang

besar kepada murid. Peningkatan skor markah murid ketara meningkat. Selepas

menggunakan KOBINA, dapatan menunjukkan teknik yang dilaksanakan sangat

bersesuaian dan berkesan bagi membantu murid yang mengalami masalah dalam

penguasaan penggunaan huruf besar pada kata nama khas ini. Murid- murid

semakin yakin ketika menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas

berbanding sebelum ini.

Sebagai seorang guru yang selama ini mendidik dan membimbing mereka

saya sangat bersyukur sekali apabila melihat peningkatan pengskoran murid-

murid yang lemah ini pada peringkat awalnya. Kajian ini menunjukkan KOBINA

dan teknik strategi yang digunakan sangat bersesuaian dengan murid. Pada

pandangan saya, murid-murid ini boleh dan mampu memperbaiki kelemahan

mereka asalkan mendapat bimbingan dan panduan serta cara yang betul oleh guru

yang mengajar mereka. Secara tidak langsung saya juga dapat memperbaiki

kelemahan saya selama ini dalam mendidik anak murid saya seterusnya saya juga

telah menjadi lebih baik daripada sebelum ini. Pengalaman dalam membuat

projek inovasi ini amat bermakna dan besar ertinya kepada saya sebagai

pendidik.

Page 37: KOBINA

8.0 RUMUSAN KAJIAN

KOBINA ini diperkenalkan kepada murid-murid Tahun 3 Cemerlang bagi membantu guru untuk

meningkatkan penguasaan murid dalam penulisan huruf besar pada pangkal kata nama khas

seterusnya Berjaya membantu dalam meningkatkan prestasi Bahasa Melayu. KOBINA ini

diperkenalkan setelah mendapati murid kerap membuat kesalahan pada penulisan huruf besar

terutamanya ketika menulis huruf besar yang betul dalam kata nama khas yang betul. Saya telah

menggunakan pelbagai instrument dalam projek inovasi ini seperti jenis ujian 1 , ujian 2,

lembaran kerja, temu bual, pemerhatian dan soal selidik bagi mengutip data yang diperlukan.

Data yang diperoleh dianalisis serta dapatan telah dijelaskan sebelumnya. Dalam bab ini,saya

membincangkan refleksi diri dan kajian serta implikasinya terhadap murid,guru dan sekolah.

Dengan menggunakan KOBINA juga sikap kurang minat , malas, kurang tumpuan dan tidak

teliti ketika menulis pada pangkal kata nama khas dapat diatasi. Murid menunjukkan

peningkatan dalam menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas. Daripada 7 orang murid

ini, 5 orang murid telah menunjukkan peningkatan yang amat baik iaitu tiada lagi kesalahan

penggunaan huruf besar dilakukan selepas saya mengajar mereka dengan menggunakan

KOBINA ini. Sekaligus meningkatkan pencapaian responden dalam skor pencapaian dalam

setiap aktiviti dan ujian yang dilaksanakan.

8.1 Refleksi

Amalan refleksi yang dikemukan oleh Dewey (1993) menjadi batu asas dalam mengkaji proses

kognitif guru semasa membuat keputusan tentang pengajaran dan pembelajaran. Refleksi

memberi peluang kepada guru untuk menganalisis diri serta menyedari tentang kekuatan dan

kelemahan diri. Penggunaan teknik ini bertujuan untuk melihat sejauh mana kajian yang

dijalankan dapat memberi kesan terhadap peningkatan penguasaan kemahiran menulis huruf

besar pada pangkal kata nama khas.

Berdasarkan pandangan saya ini dapatlah dirumuskan bahawa projek saya ini telah

Berjaya mencapai objektifnya, iaitu meningkatkan amalan pengajaran dan pembelajaran dalam

diri saya. Kesungguhan saya mencari idea dan teknik yang sesuai akhirnya masalah yang

dihadapi oleh murid dalam penulisan huruf besar berjaya diatasi. Kaedah pengajaran yang saya

Page 38: KOBINA

gunakan, iaitu ansur maju juga telah dapat memberi pemahaman yang lebih jelas kepada murid.

Melalui kaedah ini murid diajar memahami konsep asas terlebih dahulu sebelum terus menjawab

soalan-soalan yang mengandungi kata nama khas. Selama ini mereka tidak faham sepenuhnya

tentang kata nama khas hingga menyebabkan mereka sering melakukan kesalahan ketika menulis

hurf besar pada pangkal kata nama khas.

Walaupun KOBINA ini telah Berjaya meningkatkan kemahiran penggunaan huruf besar

pada pangkal kata nama khas, hakikatnya terdapat juga beberapa kekurangan yang boleh di atasi

pada masa akan datang.Antara kelemahan teknik ini yang saya kenal pasti adalah dari masa iaitu

melalui kaedah ini murid belajar mengikut langkah pengajaran yang tertentu yang agak

mengambil masa.

Beberapa cadangan penambahbaikan juga perlu dijalankan bagi mengatasi beberapa

masalah berkaitan dengan KOBINA. Antaranya adalah dari segi penggunaan alatan dan bahan

ketika menjalankan sesi pembelajaran dalam kelas perlulah dipantau penggunaannya. Prosedur

penggunaan bahan-bahan dalam teknik ini perlu dipamerkan untuk rujukan murid supaya tidak

berlaku keadaan bising dalam kelas. Melalui penggunaan teknik ini juga murid boleh melakukan

sendiri KOBINA ini dalam kelas tetapi perlu dipantau oleh guru. Mana-mana guru juga boleh

menggunakan bahan-bahan dalam teknik ini untuk digunakan semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran dalam kelas.

8.2 KOBINA meningkatkan penguasaan murid dalam penulisan huruf besar

Berdasarkan dapatan yang diperoleh melalui ujian satu dan dua, terdapat perbezaan yang ketara

dalam skor para responden. Peningkatan peratusan markah sewaktu ujian dua dalam kalangan

responden dalam penulisan huruf besar pada pangkal kata nama khas setelah responden dicapai

dengan menggunakan KOBINA. Hasil analisis ujian satu mendapati bahasa skor yang diperoleh

43.3% manakala 96.6% bagi keputusan ujian dua. Keputusan ini menunjukkan bahawa

responden tidak dapat mengecam dan mengenal kata nama khas dengan baik sebelum

mengunakan KOBINA yang telah diperkenalkan kepada responden.

Selepas menjalani ujian satu, responden telah diperkenalkan dengan KOBINA melalui

beberapa proses pembelajaran dan pengajaran dengan menggunakan teknik tersebut. Dalam fasa

Page 39: KOBINA

tersebut, sebanyak tiga lembaran kerja telah diedarkan kepada semua responden bagi mengetahui

perkembangan dan pencapaian murid.

Dapatan yang diperoleh daripada ketiga-tiga lembaran kerja menunjukkan kesemua

responden telah mempamerkan perkembangan pencapaian yang baik dalam peningkatan skor

yang diperoleh. Peningkatan markah bagi lembaran kerja 1,2 dan 3 jelas menunjukkan bahawa

tahap pencapaian responden bertmabah baik dalam penulisan huruf besar pada pangkal kata

nama khas.

Dapatan ini jelas sekali membuktikan kenyataan Cox (1974), seperti dinyatakan dalam

Noraini (2004) bahawa, walaupun guru kerap menemui kesalahan dilakukan oleh murid,

tindakan susulan yang sistematik sebaik kesalahan dikenal pasti mampu membawa kejayaan

dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, tindakan memperkenalkan KOBINA terbukti

boleh dijadikan sebagai salah satu kaedah alternative yang berkesan dalam meningkatkan

penguasaan penulisan huruf besar pada pangkal kata nama khas dalam kalangan murid.

Pada akhir pemerhatian, responden dilihat melibatkan diri secara aktif dan menunjukkan

minat semasa aktiviti pembelajaran dijalankan. Hasilnya responden dapt menjawab soalan

latihan yang diberikan dengan betul.

Perubahan sikap dalam kalangan responden juga dapat dilihat semasa proses

pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah. Responden kelihatan lebih yakin serta ceria

setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran.

Page 40: KOBINA

9.0 CADANGAN PROJEK SETERUSNYA

Saya berharap agar KOBINA ini dijalankan sebagai bahan bantu belajar yang diguna pakai oleh

guru-guru ketika mengajar murid di kelas. Ini disebabkan penggunaan KOBINA ini telah

terbukti Berjaya meningkatkan tahap penguasaan kemahiran menulis huruf besar pada pangkal

kata nama khas dalam kalangan murid. Selain itu, untuk memastikan data yang diperoleh betul

dan tepat, kita mesti menggunakan instrument kajian yang lebih sistematik agar segala

perancangan yang tepat dan lebih efisen bagi penambahbaikan terhadap teknik ini.

Seterusnya juga saya berharap agar responden dapat ditambah bilangannya, supaya

semakin ramai murid dapat di bantu dengan menggunakan KOBINA ini. Bagi memastikan

penggunaan KOBINA digunakan secara meluas, saya sebagai saya bagi kajian tindakan ini akan

menyediakan manual penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) semasa menjalankan sesi

pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik ini. Manual penggunaan bahan dalam teknik

ini akan disediakan dalam bentuk peta I-Think iaitu carta aliran bagi menunjukkan proses

penggunaan teknik tersebut untuk memudahkan pemahaman kepada bakal pengguna teknik ini.

Akhir sekali untuk memastikan keberkesanan KOBINA ini dalam membantu murid-

murid meningkatkan tahap penguasaan mereka dalam penulisan huruf besar pada pangkal kata

nama khas adalah dengan cara memanjangkan tempoh sesuatu projek itu dijalankan supaya

responden benar-benar dapat memahami seterusnya dapat menulis huruf besar pada pangkal kata

nama khas dengan cara yang betul.