Koleksi Refleksi Mentee Kepimpinan Berkualiti

23
KOLEKSI REFLEKSI MENTEE TENTANG PROGRAM KONSULTASI KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2007 ____________________________________________________ 1.0 PENDAHULUAN Program Konsultasi Kepimpinan dan Pengurusan Sekolah telah dijalankan oleh empat orang Perunding Kanan dari Institut Aminuddin Baki bermula pada bulan April 2007 secara berpusatkan sekolah. Negeri-negeri yang terlibat adalah Kelantan, Kedah, Negeri Sembilan dan Melaka serta Sabah. Seramai 160 orang pemimpin sekolah dari 20 buah sekolah yang terdiri daripada Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan, Ketua Bidang dan Ketua Panitia sedang mengikuti program tersebut. Pemilihan sekolah ditetapkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri yang berkaitan mengikut satu kontinium berdasarkan penarafan status sekolah mengikut instrumen Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) iaitu sekolah gemilang (sekolah kluster), sekolah cemerlang, sekolah baik, sekolah sederhana dan sekolah yang berpotensi untuk dipertingkatkan. Program Konsultasi tersebut adalah satu proses berterusan dalam membimbing pemimpin sekolah ke arah kecemerlangan dalam kepimpinan dan pengurusan sekolah dengan menggunakan kaedah mentoring, coaching dan counseling. Perunding Kanan menjalankan sesi konsultasi di sekolah setiap bulan mengikut keperluan sekolah masing-masing. Bimbingan dijalankan dalam suasana mesra (collegial) dengan mengaplikasikan prinsip-prinsip andragogi dan mode of

description

Koleksi Refleksi

Transcript of Koleksi Refleksi Mentee Kepimpinan Berkualiti

Page 1: Koleksi Refleksi Mentee Kepimpinan Berkualiti

KOLEKSI REFLEKSI MENTEETENTANGPROGRAM KONSULTASI KEPIMPINAN DANPENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2007____________________________________________________1.0PENDAHULUANProgram Konsultasi Kepimpinan dan Pengurusan Sekolah telah dijalankan olehempat orang Perunding Kanan dari Institut Aminuddin Baki bermula pada bulanApril 2007 secara berpusatkan sekolah. Negeri-negeri yang terlibat adalahKelantan, Kedah, Negeri Sembilan dan Melaka serta Sabah. Seramai 160 orangpemimpin sekolah dari 20 buah sekolah yang terdiri daripada Pengetua, GuruBesar, Penolong Kanan, Ketua Bidang dan Ketua Panitia sedang mengikutiprogram tersebut. Pemilihan sekolah ditetapkan oleh Jabatan Pelajaran Negeriyang berkaitan mengikut satu kontinium berdasarkan penarafan status sekolahmengikut instrumen Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) iaitu sekolahgemilang (sekolah kluster), sekolah cemerlang, sekolah baik, sekolah sederhanadan sekolah yang berpotensi untuk dipertingkatkan.Program Konsultasi tersebut adalah satu proses berterusan dalam membimbingpemimpin sekolah ke arah kecemerlangan dalam kepimpinan dan pengurusansekolah dengan menggunakan kaedah mentoring, coaching dan counseling.Perunding Kanan menjalankan sesi konsultasi di sekolah setiap bulan mengikutkeperluan sekolah masing-masing. Bimbingan dijalankan dalam suasana mesra(collegial) dengan mengaplikasikan prinsip-prinsip andragogi dan mode ofconsultancy adalah reflektif dan kolaboratif (Schon, 1988 , Glickman, 1992).

Page 222.0TAJUK DAN ISU PERBINCANGAN BERKAITAN KEPIMPINAN DANPENGURUSAN SEKOLAHDimensi penting bagi melengkapkan pemimpin sekolah dalam ProgramKonsultasi boleh dibahagikan kepada tiga kategori teras iaitu : Pengurusan Kecemerlangan Diri Pemimpin Sekolah Kepimpinan Profesional Kemahiran dalam pengurusan sekolahTajuk-tajuk di bawah setiap dimensi telah disenaraikan dalam Kertas KonsepProgram Konsultasi Kepimpinan dan Pengurusan Sekolah yang disediakan olehPerunding Kanan.Rekod tentang topik-topik yang telah dibincang antaraPerunding Kanan dan mentee-mentee dalam sesi konsultasi adalah sepertiberikut :PENGURUSAN KECEMERLANGAN DIRIEffective Personal LeadershipKecerdasan Emosi (EQ)Kecerdasan Sosial (SQ)Kemahiran Asas Kaunseling

Page 2: Koleksi Refleksi Mentee Kepimpinan Berkualiti

Kemahiran Komunikasi BerkesanKemahiran membuat keputusan berkesanKemahiran Mengendalikan mesyuaratKemahiran Mengurus KonflikKemahiran Pemikiran Analitikal, Kreatif & InovatifKepimpinan Guru Dalam Bilik DarjahLeadership & Excellence SustainabilityMotivational SustainabilityPengurusan TekananPerhubungan InterpersonalProfessional Image BuildingProfessional Image GroomingProfisiensi Bahasa Inggeris

Page 33STAIL/MODEL KEPIMPINANKEMAHIRAN PENGURUSAN SEKOLAHDari analisis kajian keperluan dikesan bahawa pemimpin sekolah memerlukanbanyak bimbingan dalam pengurusan kecemerlangan diri dari segi kecerdasanemosi dan sosial jika dibandingkan dengan keperluan bimbingan dalam stail ataumodel kepimpinan. Ini bermakna mereka sedar bahawa aspek kecermerlangandiri adalah stail kepimpinan yang berkesan dalam pengurusan kecermerlangansekolah. Dikesan juga bahawa mentee-mentee memerlukan banyak bimbingandari segi teknikal iaitu kemahiran-kemahiran pengurusan sekolah. Tajuk–tajukteknikal seperti Pengurusan sumber manusia, iaitu guru dan staf sokongan,memotivasikan pelajar dan lain-lain memang ada kaitan dengan kecerdasanemosi. Keperluan tersebut adalah selaras dengan apa yang diutarakan olehGoleman (1998) bahawa IQ will give you the job but EQ will give you the5 Exemplary Leadership PracticesHierarchy of LeadershipKepimpinan InstruksionalKepimpinan SituasionalMengurus PerubahanSmart PartnershipCara meningkatkan motivasi pelajarMekanisme Pengurusan Berkesan : DEFFRAACMotivasi guru dan staf sokonganPengurusan Asrama BerkesanPengurusan Kebajikan Guru, Staf & MuridPengurusan KecemerlanganPengurusan Kewangan dan AkaunPengurusan KokurikulumPengurusan KurikulumPengurusan PejabatPengurusan PerubahanPengurusan staf swastaPengurusan Sumber Manusia & Sahsiah

Page 3: Koleksi Refleksi Mentee Kepimpinan Berkualiti

Perancangan Strategik Berdasarkan PIPPQuality Assurance & Quality EnhancementSustainability of ExcellenceTeam Management : ARRAS

Page 44promotion. Jadi mentee-mentee perlu menguasai kemahiran-kemahiran darikedua-dua dimensi ini agar kecemerlangan sekolah dapat diwujudkan.3.0REFLEKSI MENTEE TENTANG KEBERKESANAN PROGRAMKONSULTASIKepentingan penilaian keberkesanan sesuatu program tidak dapat dinafikan.Hakikat ini telah lama dinyatakan oleh pakar-pakar dalam pengurusan programatau projek. Memandangkan Program Konsultasi ini mengikut mode yangberbentuk reflektif, maka mentee-mentee telah diminta membuat refleksi tentangmanfaat yang telah diperolehi dari program tersebut. Tujuan menilai programsecara reflektif adalah untuk : memahami keperluan pemimpin sekolah ke arah mencemerlangkansekolah masing-masing; menilai keberkesanan sistem penyampaian (delivery system) programkonsultasi secara bottom-up untuk penambaikan Program Konsultasidan menilai impak kesesuaian Program Konsultasi kepada mentee dalampembangunan kepimpinan peribadi dan kepimpinan profesional yangakan mempengaruhi keberkesanan pengurusan sekolah.Dalam usaha merakamkan refleksi mentee, Perunding Kanan telahmenggunakan kerangka yang dibahagikan kepada tiga dimensi iaitu kepimpinanperibadi, kepimpinan profesional dan kemahiran pengurusan sekolah. Mentee

Page 55diminta mengimbas kembali sejauhmanakah program konsultasi yangberlandaskan tiga dimensi tersebut dapat membantu mereka dalam pengurusansekolah masing-masing. Refleksi mentee merupakan satu initial assessmentdan ia berkaitan dengan sikap mentee terhadap program. Rakaman bertulismereka adalah kualitatif dalam bentuk diskriptif kerana kaedah ini boleh memberiinsight secara mendalam tentang kemajuan mentee-mentee yang mengikutiprogram ini.Pada keseluruhannya hasil refleksi mentee adalah membanggakan. Walaubagaimanapun adalah terlalu panjang untuk melaporkan kesemua refleksi,pandangan serta komen yang dihasilkan oleh mentee. Namum begitu setelahmembaca dan meneliti refleksi terdapat beberapa maklumbalas yang amatpenting dan boleh dijadikan landasan bagi Perunding Kanan dalam menjayakanProgram Konsultasi ke arah melahirkan lebih ramai lagi pemimpin sekolah yangberkualiti.3.1INDAH KHABAR INDAH RUPANYA.

Page 4: Koleksi Refleksi Mentee Kepimpinan Berkualiti

Dikesan bahawa semua mentee merasa amat bangga dan bertuah keranasekolah mereka terpilih untuk program konsultasi sekaligus mendapat bimbingandan bantuan dalam selok-belok pengurusan dan kepimpinan sekolah. Merekamenganggap peluang ini umpama ‘bulan jatuh ke riba’ dan untuk itu, merekaamat bersyukur dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasihkepada Institut Aminuddin Baki kerana mengadakan program konsultasi ini.3.1.1 SAMBUTAN PROGRAM KONSULTASIProgram Konsultasi mendapat sambutan yang positif dari mentee-mentee. Initerbukti daripada refleksi yang telah mereka tulis seperti berikut :

Page 66Perunding Kanan IAB yang kaya dengan pengalaman dan amalan-amalan yangdiketengahkan kepada kami adalah disokong dengan teori. Ini memberikan satukerangka kepada sekolah untuk melaksanakan usaha-usaha mencemerlangkansekolah. Pendekatan yang digunakan dalam program ini ialah mentoring danandragogi di mana keperluan klien diutamakan.Program Konsultasi ini memberi kami dan SC berbincang, bertukar-tukar buahfikiran dalam susana yang mesra tanpa merasa takut atau intimidated.Kehadiran Perunding Kanan ke sekolah mengikut jadual yang diatur denganmembawa pelbagai bahan untuk perbincangan, seterusnya melaksanakannya,memantapkan lagi gabungan tenaga bersama memperkasa pembangunansekolah berkaitan hal pentadbiran khususnya kurikulum, hal-ehwal murid dankokurikulum sekolah……Perbincangan seumpama ini sangat berguna dalam pengurusan organisasidalam tugas saya sebagai seorang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan kinisebagai Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik. Melalui teori-teorikepimpinan yang disampaikan berserta contoh-contoh aplikasi dapatmemberikan keyakinan kepada saya dalam menjalankan tugas seharian apatahlagi apabila berhadapan dengan sebarang cabaran.Dari segi input, mentee-mentee pula mencatatkan :Program ini banyak memberi input yang dapat meningkatkan lagi kredibiliti dankeprofesionalisme Pengetua dan juga pentadbir.dan…..ia banyak memberikan input yang boleh digunakan terutamanya dalampengurusan sekolah .

Page 77Dalam nada yang sama, mentee- mentee yang lain pula berkata :Program yang telah dibuat ini merupakan satu langkah yang sangat berkesandalam memberi input baru bagi melincinkan lagi urusan pentadbiran sekolah.3.1.2 MOTIVASI DAN KEYAKINANMentee menganggap Program Konsultasi ini sebagai satu motivasi bagi mereka.Ini jelas daripada ungkapan-ungkapan yang mereka tulis :Kehadiran Perunding Kanan menjadi ibarat ‘suntikan baru’ yang dapatmenggerakkan seluruh warga sekolah ke arah mencapai visi dan misi sekolah.Ia meningkatkan motivasi pentadbir dalam mentadbir sekolah dan menaikkan

Page 5: Koleksi Refleksi Mentee Kepimpinan Berkualiti

self-esteem pengetua dan penolong-penolong kanan.dan seorang mentee lain pula menyatakan :Secara peribadi, saya merasa program seperti ini adalah satu program yangamat bermakna kerana ia banyak memberi dorongan dan motivasi kepada sayameningkatkan prestasi saya.Perkara yang sama dinyatakan dengan jelas juga oleh seorang mentee lain yangbaru bertukar ke sebuah sekolah cemerlang. Beliau menulis :Bagi saya program ini sangat berfaedah kerana ia membantu sayameningkatkan lagi keyakinan diri saya dalam mengurus sekolah, khususnyasekolah cemerlang. Bukan mudah untuk mengekalkan nama dan imej sebuahsekolah cemerlang. Expektasi masyarakat, ibu bapa dan pihak atasan jugasangat tinggi. Tentu kami tidak mahu visi dan misi Kementerian Pelajaran

Page 88Malaysia ini gagal. Justeru, bimbingan daripada Perunding Kanan amatberharga.Di samping itu, seorang mentee lain pula berpendapat bahawa :Guru Besar dan Penolong-Penolong Kanan lebih yakin tentang kebolehan diriuntuk memimpin dan mengurus sekolah dalam usaha membawa perubahan-perubahan dari segi fizikal, sistem sekolah, sikap guru, sistem pengurusan danstail kepimpinan.3.1.3 PENINGKATAN KEPIMPINAN MELALUI LEADERSHIP PRACTICEINVENTORY (LPI)Kebolehan membuat refleksi dan penilaian kendiri melalui LPI (LeadershipPractice Inventory (Kouzes dan Posner, 1995)) merupakan satu kemahiran yangdiperolehi untuk meningkatkan kepimpinan diri telah diutarakan oleh mentee-mentee yang terlibat dalam Program Konsultasi. Ini jelas dapat dilihat daripadaungkapan-ungkapan seperti berikut :Menerusi 5 amalan pemimpin contoh yang diberikan, ternyata ia dapatmembantu pihak pentadbir dan pengurusan sekolah dalam hal-hal berkaitanpenilaian kendiri. Penilaian guru terhadap pentadbir dan penilaian pentadbirterhadap pentadbir lain telah memberi gambaran prestasi semasa semuapentadbir.Mana-mana pentadbir dapat mengetahui pandangan orang lainterhadap dirinya dan sekiranya ada kelemahan tertentu, maka seseorangpentadbir akan berusaha memperbaiki kelemahan tersebut.

Page 99Melalui LPI dan refleksi serta penilaian dari rakan-rakan, saya menyedarikekuatan dan kelemahan yang ada pada diri sendiri, dengan itu, saya sekarangberusaha mempertingkatkan kualiti kepimpinan saya.Guru-guru mula membuat refleksi terhadap pengajaran mereka, komunikasisesama rakan sejawat serta hubungan mereka dengan Allah/ Tuhan.Berdasarkan soal selidik LPI, Guru Besar dan Penolong Kanan dapat mengukursejauhmanakah tahap keberkesanan kepimpinan serta dapat meningkatkan lagikekuatan dan mengatasi kelemahan dalam kepimpinan dan pengurusan sekolah.

Page 6: Koleksi Refleksi Mentee Kepimpinan Berkualiti

Secara ringkas mentee-mentee berpendapat bahawa :LPI telah membuka minda untuk membentuk diri sebagai pemimpin berkesan.Dapatan-dapatan daripada LPI telah mengesan kelemahan yang perlu diperbaikidengan serta merta.Program ini dapat memberikan kesedaran kepada individu tentang kelemahandan bagaimana cara untuk memperbetulkan kesilapan.Ia mendedahkan satu cara menyemak diri sendiri dan mengenal pasti kehendaksubordinat dan pentadbir dapat berusaha untuk berada pada tahap jangkaanyang sepatutnya ada.3.1.4 KEMAHIRAN PENGURUSAN KONFLIK DAN TEKANANMentee yang terlibat dalam program ini telah mengutarakan satu kemahiranyang perlu ada pada mereka iaitu pengurusan konflik dan tekanan sertapengurusan staf atau ibu bapa yang bermasalah. Dalam hal ini, mentee-menteemenyatakan :

Page 1010Di kalangan Guru-Guru Penolong Kanan, mereka bersependapat bahawa sesikonsultasi telah berjaya merungkai kekusutan dan konflik antara mereka. Konflikdalaman ini terjadi disebabkan kurang kefahaman terhadap tugas rakan-rakanlain serta berlaku ’communication breakdown’.Selepas beberapa sesikonsultasi, kerjasama antara semua Guru Penolong Kanan menjadi lebih baikdan mereka saling bantu membantu.Seorang mentee yang menumpang Program Konsultasi selepas beliau dilantiksebagai pengetua baru pula menambah :......mendapat kesedaran bahawa mengurus sumber manusia amat berbezadengan mengurus mesin atau lain-lain kerana setiap individu itu unik yangmemerlukan pendekatan berbeza dalam menyelesaikan sebarang konflik yangtimbul. Setelah mengikuti dua sesi, minda lebih terbuka dan lebih rasional.......mendapat dengan jelas dan praktik beberapa kemahiran yang amat pentingbagi seseorang pemimpin seperti menangani konflik dan tekanan. Ini membantukami dalam mengenalpasti punca kedua-dua keadaan itu dan menanganimasalah-masalah yang timbul di kalangan staf dengan bijak dan berkesan.3.1.5 KERJA SEPASUKAN DAN HUBUNGAN ANTARA PERSEORANGANTidak boleh dinafikan bahawa kerja sepasukan adalah merupakan faktor kritikalyang perlu ada dalam sesebuah organisasi. Dalam hal ini, seorang pengetuamenyatakan:Kerjasama erat antara Konsultan Kanan dengan pengetua dan barisan gurukanan telah memberikan impak kepada cara bekerja dan semangat teamwork disekolah ini.

Page 1111Refleksi beliau disokong oleh seorang Penolong Kanan melalui ungkapan dibawah :Perbincangan yang diberikan juga dapat mewujudkan kerjasama berpasukanyang erat antara pentadbir mengurus sekolah. Semangat kerjasama berpasukan

Page 7: Koleksi Refleksi Mentee Kepimpinan Berkualiti

ini penting bagi mewujudkan satu semangat berpasukan yang lebih besar lagimelibatkan semua warga sekolah dari peringkat tertinggi sehingga ke peringkatrendah. Hal ini mula terbukti apabila sekolah telah mencapai kejayaan danmendapat perhatian serta penghargaan dari masyarakat sekitar. Contohnyadalam sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah dan daerah, semangatkekitaan dan kerja pasukan sangat ketara.Program ini dapat memupukkan hubungan yang erat antara warga sekolah(team spirit) khususnya dalam melaksanakan program-program sekolah. Ini jugadinyatakan oleh mentee-mentee dalam refleksi mereka :Program ini membantu saya untuk menangani hubungan dengan rakan sekerjadan pelajar. Hubungan interpersonal dengan rakan sekerja dapat diperbaiki danmewujudkan suasana yang lebih harmoni.Dari aspek hubungan antara guru - guru dan guru - pentadbir, sesi konsultasi inidapat mencetuskan pelbagai idea bagaimana untuk meningkatkan kedua-duabentuk hubungan tersebut. Kita juga dapat mempelajari kaedah berkomunikasisecara berkesan melalui interpersonal atau intrapersonal berdasarkanpengalaman dan pertukaran idea masing-masing.3.1.6 PENJELASAN KONSEP SEKOLAH KLUSTERSalah satu aspek penting yang boleh disentuh daripada penulisan mentee-mentee ialah usaha melaksanakan program sekolah kluster bagi memastikan

Page 1212kejayaannya. Sesi konsultasi telah membantu mentee-mentee memahamikonsep tersebut dengan merancangkan pelan startegik seperti yang ditulis olehmentee berikut :Sesi ini mendapat info mengenai pelaksanaan Sekolah kluster dan aspirasiKPM........ mendapat panduan untuk menonjolkan niche area sekolah. Tindakansusulan adalah pembentukan JK Sekolah kluster untuk menghasilkan kertaskerja perancangan startegik.Perkara ini juga ditekankan oleh mentee-mentee lain :Hasil dari konsultasi tersebut dapatlah dirumuskan bahawa program ini telahdapat membantu menambahkan pengetahuan tentang sekolah kluster denganlebih mendalam.Meningkatkan pemahaman guru dan staf tentang sekolah kluster....Mengurangkan tekanan perasaan guru tentang sekolah kluster apabila diberipenerangan oleh Perunding Kanan. Guru faham makna sekolah kluster dandapat menjawab pertanyaan daripada ibu bapa, sekolah-sekolah danmasyarakat sekitar.Perkongsian merangkumi perkara utama iaitu pendedahan mengenai sekolahkluster serta persediaan ke arah sekolah kluster..... Persedaian ke arah sekolahkluster perlu kepada perubahan diri, terus belajar dan berusaha.......Mendapat pendedahan terkini tentang isu-isu semasa berkaitan pendidikan diMalaysia khususnya pelaksanan sekolah kluster dan rancangan stratgik bagibidang kebitaraan diberi tunjuk ajar dengan mendapat garis panduan untukparade the school.

Page 13

Page 8: Koleksi Refleksi Mentee Kepimpinan Berkualiti

13Kesan penjelasan tentang konsep sekolah kluster dari Perunding Kanandirakamkan oleh seorang mentee :......kesediaan untuk menerima beban tugas bagi merealisasikan hala tujusebagai sekolah kluster lebih terbuka dan komitmen setiap warga sekolah lebihbersepadudan......memberi idea baru yang boleh dilaksanakan di sekolah bagi menjanasekolah sebagai sekolah kluster.3.1.7 MENINGKATKAN DAN MENGUASAI ILMU DAN KEMAHIRANDalam mengendalikan pengurusan dan kepimpinan sekolah, sudah tentulahpemimpin sekolah perlu sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan dankemahiran agar mereka mampu menangani perubahan yang begitu banyakdalam dunia pendidikan. Perkara ini diakui oleh mentee-mentee dan merekabersyukur program konsultasi telah membantu mereka mengurus perubahandengan melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran dalam pengurusan dankepimpinan sekolah. Dari segi perkongsian ilmu, antara lain mereka menulis :Amat berguna dalam pengurusan organisasi kerana melalui teori-teorikepimpinan beserta contoh-contoh aplikasi daripada pengalaman sebenar SCIAB, dapat memberikan keyakinan kepada saya dalam menjalani apabilaberhadapan dengan tugas seharian, apabila berhadapan dengan cabaran.Pandangan ini agak penting kerana ia adalah selaras dengan apa yang disebutoleh Senge ( 2006) bahawa the most powerful learning comes from directexperience .

Page 1414Ilmu banyak dikongsi dan dicurah untuk percambahan minda.... menimbulkankesedaran bahawa ada cara lebih baik, lebih touching untuk mengurussekolah.... penyediaan dan pemantapan Buku Rekod Mengajar secara lebihlengkap dan berkesan.... penulisan Refleksi dalam buku Rekod Mengajar lebihspesifik....Sekolah dapat meningkatkan cara menggalakkan murid untuk motivasi kendiridan membuat penilaian kendiri ( Headcount )......pendedahan tentang Headcount untuk kecemerlangan akademik yangsenang difahami untuk dilaksanakan di sekolah.Melalui gaya baru Headcount yang diperkenalkan dapat membuka mata kamisemua untuk lebih celik akal dalam menjayakannya......memperkenalkan cara pengurusan kewangan dengan memberi contoh bukupanduan pengurusan kewangan yang telah Perunding Kanan laksanakansemasa beliau bertugas sebagai pengetua dahulu.Bimbingan juga diberi kepada penyelia asrama dan warden asrama supaya tidakberlaku pertindihan peranan dan tanggungjawab.Berikan kepercayaan kepada Badan Bimbingan dan Kaunseling sekolah untukmemberi motivasi kepada murid yang lemah dan suka poteng kelas dan sekolah.3.1.8 PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN SEKOLAH CEMERLANGPemimpin sekolah adalah orang yang paling penting untuk merealisasikan hasratKementerian Pelajaran Malaysia untuk menjadikan sistem pendidikan negara

Page 9: Koleksi Refleksi Mentee Kepimpinan Berkualiti

bertaraf dunia. Oleh itu pendekatan pembelajaran yang sistematik berdasarkan

Page 1515amalan dan teori serta perkongsian ilmu dan pengalaman melalui lawatanpenandaarasan ke sekolah contoh adalah penting. Pemimpin sekolah jugaboleh menggunakan konsep yang diamalkan dalam dunia perniagaan sepertiThe Blue Ocean Strategy untuk mengubah pemikiran dan merekabentuksemula cara kerja bagi mencapai perubahan yang dihasratkan. Mengikutmentee-mentee perkongsian ilmu dan pengalaman mampu meningkatkankeberkesanan pengajaran dan pembelajaran, mengembangkan potensi setiapindividu, menggalakkan proses kolaborasi antara sekolah-sekolah (Groundwater-Smith and White, 1995). Untuk beruba, lawatan penanda arasan adalah sangatpenting untuk melihat sendiri perubahan yang berlaku di tempat lain sebagaipembuka minda dan untuk mendapat idea baru.Manfaat yang diperolehi oleh mentee dari lawatan penanda arasan boleh dilihatdaripada ungkapan yang direkodkan :Lawatan berhubung dengan penada arasan banyak membantu pentadbir danguru-guru mengenal pasti keperluan standard kualiti pendidikan yang perludicapai bagi sesebuah sekolah. Dalam bidang pentadbiran, pihak sekolahberusaha mendokumentasikan semua program yang telah dijalankan. Seluruhwarga sekolah juga digalakkan menghayati misi dan visi sekolah yang ditetapkansetiap kelas......Mengambil panduan bagaimana ruang sekolah yang sempit dimanfaatkansepenuhnya dengan prasarana yang lengkap untuk P&P.....Melihat sistem fail dan dokumentasi disediakan dengan sempurna....Memberi peluang warga sekolah mendengar dan meneliti kriteria-kriteria yangdiperlukan untuk menjadikan sekolah kluster....dan idea dari dunia perniagaan juga menjana perubahan fikiran dan perubahansikap di mana mentee menyatakan :

Page 1616Dari pembentangan The Blue Ocean Strategy telah mendorong kami untukmerangka pelan di peringkat sekolah. Strategi yang disarankan ini mempunyaiperkaitan yang rapat dengan konsep kebitaraan... Strategi ini juga menekankanpersaingan tidak lagi relevan. Adalah jelas bahawa sekolah saya di pulau tidakakan dapat bersaing dengan sekolah lain kecuali budaya di kedua-dua buahsekolah ini adalah sama 100% barulah persaingan itu boleh diwujudkan. Olehdemikian dengan latar belakang masyarakat yang amat berbeza sekolah sayawajar memilih kelemahan sebagai suatu peluang untuk melonjakkan sekolahmelalui penyelidikan. Ini juga hasrat saya serta sekolah untuk menjadikansekolah ini sebagai learning organisation.4.0IMPAK KESELURUHAN PROGRAM KONSULTASIPada keseluruhannya mentee berpendapat bahawa Program Konsultasi telahmendatangkan banyak faedah dan membantu mereka dalam kepimpinan danpengurusan sekolah.

Page 10: Koleksi Refleksi Mentee Kepimpinan Berkualiti

Impak immediate yang dikesan di sekolah-sekolah yang terlibat dengan ProgramKonsultasi ialah : Kesedaran tentang kekuatan dan kelemahan selaku seorang pemimpinsekolah dicungkil melalui penilaian secara 360º iaitu instrumen LPI; Pentadbir sekolah berusaha menambahbaik stail kempimpinan danpengurusan dari aspek kelemahan yang dikesan; Program yang dijlalankan dapat melahirkan keyakinan dan motivasi diribahawa mereka ada potensi to go that extra mile;

Page 1717 Minda pemimpin sekolah lebih terbuka dan lebih rasional denganmenangani masalah-masalah yang timbul di kalangan staf denganmatang, bijak dan profesional kerana telah menyedari kepentinganmengenalpasti punca konflik dan tekanan; Dari segi nilai moral, setelah pertama kali mengikuti program konsultasi iniguru-guru telah memperlihatkan penampilan diri yang lebih kemas danmenunjukkan personaliti sebagai seorang guru; Guru-guru mula membuat refleksi terhadap pengajaran mereka,komunikasi sesama rakan sejawat serta hubungan mereka dengan Allah/Tuhan; Sekolah telah dapat mengangkat self-esteem semua pentadbir denganmenukar visi sekolah dari cemerlang di daerah kepada cemerlang dinegeri; Sekolah menjalankan kajian tindakan (The Blue Ocean Strategy ); Sekolah membuat permohonan menjadi Sekolah Kluster; Sekolahdapatmenghasilkantigaborangpemantauanuntukmempertingkatkan pengurusan sekolah; Perancangan Strategik dan Pelan Tindakan Kebitaraan Sekolah Klusteryang diterima oleh Panel Penasihat Sekolah Kluster; Ada pemimpin sekolah telah membeli dan membaca buku yang bertajukBlue Ocean Strategy dan Good To Great sebagai perkembanganprofesionalisme diri.

Page 18185.0KEKUATAN PROGRAM KONSULTASI DARI PERSPEKTIF MENTEEMemandangkan Program Konsultasi Kepimpinan dan Pengurusan Sekolahadalah satu program yang baru diimplementasikan iaitu dari bulan April hinggasekarang (pada masa laporan ini ditulis), maka amat penting sikap menteeterhadap program dikesan kerana kejayaan dan kecemerlangan diri bermula

Page 11: Koleksi Refleksi Mentee Kepimpinan Berkualiti

dengan sikap yang positif. Didapati bahawa kesemua mentee menerimaprogram ini secara terbuka dan mempamerkan kesediaan mereka untuk belajardaripada Perunding Kanan dengan harapan dapat membangunkan potensi dirimereka sebagai pemimpin sekolah yang berkualiti dan hebat. Kesemua menteemerasa bertuah dan bersyukur kerana dipilih untuk menyertai ProgramKonsultasi ini. Sikap positif mentee menunjukkan satu indikator bahawa merekamenyedari pengetahuan dan expertise pemimpin sekolah mesti luas. Olehsebab itu, mereka mengakui bahawa peningkatan pengetahuan hendaklahdiusahakan untuk menghadapi pembaharuan dan perubahan dalam duniapendidikan.Mengikut mentee, program ini telah membawa satu impak positif berdasarkanbeberapa kekuatan iaitu : Pendekatan yang digunakan dalam program berdasarkan prinsip andragogi; Perkongsian pengalaman Perunding Kanan yang mendalam dalam bidangkepimpinan dan pengurusan sekolah dapat diaplikasikan dalam kontekssekolah sasaran; Sesi konsultasi dijayakan dengan perbincangan, pertukaran fikiran, ideadan the best practices yang telah membawa impak kepada sekolahberdasarkan pengalaman Perunding Kanan;

Page 1919 Keperluan mentee diutamakan dengan melaksanakankan analisa keperluan(needs analysis) mentee; Kaedah mentoring, coaching dan counseling diaplikasikan mengikut tahappenarafan potensi dan ketrampilan mentee; Aplikasi kecerdasan emosi/soft skills menjadikan suasana konsultasiprofesional dan mesra tanpa rasa intimidated ; Amalan membuat refleksi selepas setiap sesi membolehkan pengetahuanbaru itu diolah dan disusun semula sebelum dihayati; Pengisian seperti perkongsain ilmu dari dunia korporat dan perniagaanseperti The Blue Ocean Strategy, Leadership Practices Inventory, The 360ºLeader, The Leadership Challenge mencetuskan kesedaran dan keilmuanluar dari dimensi pendidikan.6.0 SYOR –SYOR MENTEE UNTUK MENAMBAHBAIKAN PROGRAMKONSULTASISemasa refleksi, mentee amat positif. Mereka juga mengesyorkan langkah-langkah untuk penambahbaikan Program Konsultasi seperti berikut : Surat perlantikan rasmi harus diberikan kepada sekolah terpilih tentangprogram ini. Maklumat seperti objektif dan tujuannya juga bolehdisertakan. Apabila sekolah telah berjaya menjalankan program itu, sijilpengiktirafan dianugerahkan kepada sekolah tersebut; Sesi konsultasi dijalankan di luar kawasan sekolah seperti di hotel danpusat peranginan. Ini akan membawa nafas baru agar mentee

Page 2020

Page 12: Koleksi Refleksi Mentee Kepimpinan Berkualiti

berpeluang membuka minda mereka sambil melihat persekitaran yangberbeza dan agar perbincangan boleh dilakukan tanpa gangguan olehtugas-tugas lain; Mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah contoh peringkat kebangsaan; Perhubungan yang lebih interaktif (secara on-line) perlu diusahakan; Menerbitkan jurnal tahunan dengan memasukkan semua laporan dariPerunding Kanan kepada mereka yang terlibatdan Menjemput Perunding Kanan dari negeri lain untuk berkongsipengalaman dan idea daripada negeri-negeri lain pula.6.1TAJUK-TAJUK YANG DIPOHONTerdapat beberapa tajuk yang dipohon oleh mentee sebagai sesiperkembangan profesionalisme mereka. Tajuk-tajuk terdiri daripada : Kumpulan Kawalan Mutu yang berkaitan dengan Total QualityManagement; Instructional leadership; Motivation Sustainability (Kekekalan Motivasi) Kemahiran Komunikasi Berkesan.

Page 2121 Pengurusan Disiplin Pelajar Pengurusan P&P.7.0PERMINTAAN SEBULAT SUARA MENTEE DAN IMPLIKASINYAMerujuk kepada laporan refleksi mentee, didapati kesemua mentee memohonbahawa Program Konsultasi Kepimpinan dan Pengurusan sekolah diteruskandan diperluaskan supaya lebih banyak sekolah mendapat manfaat. Permintaantersebut adalah berkaitan dengan permintaan terhadap perkhidmatan PerundingKanan dari Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing atau sekolah masing-masing serta sekolah yang tidak termasuk dalam Program Konsultasi yangmemohon mengikuti program tersebut. Implikasinya adalah amat positif tetapi inijuga bermakna bahawa tenaga empat orang Perunding Kanan yang adasekarang tidak mencukupi bagi memenuhi permintaan pihak tersebut. Oleh itu,Pengetua Cemerlang dan Pengetua Kanan yang layak dan berkebolehan perludidedahkan dengan Program Konsultasi supaya bilangan Perunding Kanandapat ditambahkan sekaligus program ini dapat diperluaskan dan memberimanafaat kepada lebih ramai pemimpin sekolah di seluruh negara.8.0REFLEKSI PERUNDING KANANProgram Konsultasi merupakan satu inovasi berkaitan dengan melahirkan modalinsan yang berkualiti.Dalam konteks ini, tanggungjawab kami sebagaiPerunding Kanan adalah untuk melahirkan lebih ramai pemimpin sekolah yangcemerlang. Kepentingan pengetua dan guru besar dalam menentukan jatuhbangunnya sekolah telah dinyatakan dengan jelas oleh Fred Hechinger,pengarang akhbar The New York Times. Penyataan ini menegaskan bahawa

Page 13: Koleksi Refleksi Mentee Kepimpinan Berkualiti

kecemerlangan sekolah sangat berkait rapat dengan pengetua (guru besar).

Page 2222Kami memang menyedari bahawa tugas yang diberikan kepada kami adalahsatu tanggungjawab yang agak berat dan mencabar. Ketika kami berjumpadengan Y.Bhg. Tan Sri Datuk Dr. Zulkarnain bin Hj Awang, Ketua SetiausahaKementerian Pelajaran Malaysia di pejabatnya (atas nasihat Y.Bhg Dato’Ahamad bin Sipon, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ketika itu), beliaumenyatakan bahawa :Mary, you and your team are the best in this field of helping other school leadersto excel as you have all got the experience which no one can deny and you haveall proven yourselves so, I will leave it to you to decide on which is the best to goabout in your consultancy programme.(Tan Sri Datuk Dr. Zulkurnain bin Hj. Awang,Komunikasi secara lisan di pejabat beliau pada 2 April 2007)Keyakinan Y. Bhg. Tan Sri merupakan satu dorongan kepada kami ke arahmenjayakan program konsultasi. Kami merasa amat bersyukur atas pelantikanini kerana kami dapat melanjutkan perkhidmatan kami dengan tujuan membanturakan-rakan pemimpin sekolah dalam bidang kepimpinan dan pengurusan. Kamijuga menganggap bahawa pelantikan kami relevan dengan apa yang telahdisebut oleh Mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Y. Bhg. Dato’ Dr.Ahamad Sipon (2007) bahawa setiap orang yang berhasrat menjadi cemerlangmemerlukan bimbingan dari pihak yang telah berjaya dan berpengalaman.Beliau merujukan konsep ini dengan konsep sukan di mana seorang coachdilantik bagi membimbing pemain ke arah kejayaan. Pelantikan kami jugaselaras dengan apa yang diutarakan oleh YAB Perdana Menteri Datuk SeriAbdullah bin Haji Ahmad Badawi pada 6 Februari 2007 dalam Utusan Malaysiabahawa pengalaman berharga yang dimiliki oleh seorang penjawat awamsetelah melebihi 50 tahun merupakan aset dalam pembangunan modal insan.

Page 2323Perasaan teruja berkhidmat di Institut Aminuddin Baki dirasai kerana kamimelihat peranan kami sebagai satu kesinambungan dengan apa yangdiusahakan oleh pensyarah IAB dari segi mengintegrasikan teori kepimpinan danpengurusan sekolah dengan pengalaman authentic selaku pengetua sekolahseperti yang dikatakan oleh Maxwell (2006) bahawa kami memainkan peranansebagai completing and not competing dengan pensyarah-pensyarah IAB. Kamimelihat peluang keemasan bagi mewujudkan satu kolaborasi profesional untukbersama-sama melahirkan pemimpin sekolah yang berkaliber. Walaupunpeluang ini belum lagi diberi kepada Perunding Kanan, perkara yang amatmenyenangkan hati dan memberi kepuasan bekerja kepada kami datang darisikap positif mentee dan keinginan mereka untuk belajar. Ini bermakna merekamerasa keperluan untuk dibimbing supaya dapat mengekalkan semangatkecemerlangan dalam diri sendiri.Keadaan ini wujud apabila adakalanyamentee merasakan “cukuplah setakat ini“. Mereka ingin mengetahui apakah

Page 14: Koleksi Refleksi Mentee Kepimpinan Berkualiti

langkah yang boleh diambil bagi tujuan membina keyakinan diri dalam usaha“mencabar proses“ demi untuk melakukan sesuatu perubahan ke arah yang lebihbaik dan mengekalkan momentum kerja secara berterusan. Ini merupakan thecry of the mentees’ heart, kerana keadaan sekarang yang semakin mencabarsebagai pemimpin sekolah. Ini menunjukkan bahawa mereka mahumempertingkatkan lagi expertise untuk mencari inovasi dan kreativiti dalampengurusan sekolah. Perkongsian pengalaman dan amalan terbaik denganPerunding Kanan telah membantu mereka dan membuka minda dalammelaksanakan tugas dan tanggunjawab sebagai pemimpin di sekolah masing-masing.Kepuasan bekerja juga datang dari sambutan yang begitu positif kerana semakinlama semakin banyak permintaan perkhidmatan Perunding Kanan dari BahagianSekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan sekolah masing-masing dalam bentukmass coaching dan mentoring melalui ceramah. Di samping itu, sesi personalcoaching oleh Perunding Kanan juga dipohon oleh pemimpin sekolah masing-masing untuk mendapatkan bimbingan.

Page 2424Kami dapat mengesan bahawa sesi mentoring, coaching dan counseling telahmembina semangat mentee seperti yang ditulis oleh seorang mentee, setiap kaliselepas sesi perbincangan, timbul semangat baru untuk bekerja setelahmendapat suntikan motivasi dari pihak Perunding Kanan. Berdasarkanpemerhatian kami didapati keyakinan dan motivasi mentee makin lama makinnaik jika dibandingkan dengan pada awalmasa kami berjumpa mereka.Berdasarkan refleksi, Program Konsultasi adalah berkesan kerana ia adalah satuprogram yang menggunakan konsep pemimpin membimbing pemimpin danmodel-model seperti DAPAR, Model Reflective, prinsip andragogi yang telahdigunakan oleh pihak mentor dan coach yang telah berjaya. Pendek kata,program ini merupakan satu program yang telah dirancang secara terliti denganmengambil kira keperluan mentee dan kami menggunakan different strokes fordifferent folks. Walau bagainmanapun, program ini masih ada ruang untukdipertingkatkan seperti yang disarankan oleh mentee-mentee dalam laporanrefleksi mereka dan kami akan berusaha untuk mengatasi kelemahan yang telahdikenalpasti.Akhir kata kepuasan bekerja bagi kami dirasai apabila membaca refleksi mentee-mentee kerana merekalah yang menjadi penilai terbaik (the best assessor).Penerimaan mereka terhadap kami bermakna bahawa sesi-sesi konsultasi telahmendatangkan faedah profesional kepada mereka.Program Konsultasimerupakan satu proses dan bukan satu event di mana track kemajuan merekadikesan dari segi perubahan sikap, kelakuan dan tindakan susulan melalui KPIyang behaviourial dan directional dan kami merasa amat bangga untukmerumuskan bahawa bukti peningkatan kepimpinan mentee kami dapat lihat darisegi perubahan sikap dan kelakuan mereka. Yang amat penting dikesan merekasekarang menyedari bahawa mereka ada potensi menjadi pemimpin sekolahyang cemerlang, gemilang dan terbilang dan inilah perubahan yang kami hendak

Page 15: Koleksi Refleksi Mentee Kepimpinan Berkualiti

wujudkan supaya kecemerlangan diri dapat mempengaruhi kepimpinanprofesional mereka dalam pengurusan sekolah. Ini tentunya akan mengambilmasa seperti yang diungkapan oleh Sir John Harvey–Jones (1988) bahawa :

Page 2525change is only anchored firmly when individuals have change their perceptionsand values and it is important to be realistic about the time that change may take.…. five years is absolute par for the course of changing attitudes and even that isonly achievable if one is moving well within the establishment grain of thinking.Perunding Kanan berpendapat bahawa, mentee-mentee kami akan berjayakerana mereka bersikap positif dengan kerendahan diri dan kesudian belajaruntuk mempertingkatkan kualiti diri. Apa yang penting sekarang adalah memberibimbingan dan motivasi secara berterusan kepada mereka. Sikap positif yangditunjukkan oleh mentee-mentee telah meningkatkan semangat kami untuk terusmembantu lebih ramai pemimpin sekolah menjadi berkesan dan berkualiti