Kompetensi Dalam Bahasa Melayu-1

5

Click here to load reader

description

KDBM

Transcript of Kompetensi Dalam Bahasa Melayu-1

Page 1: Kompetensi Dalam Bahasa Melayu-1

TUGASAN________________________________________________________________________

HBML4403KOMPETENSI DALAM BAHASA MELAYU

SEMESTER SEPTEMBER 2014________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR

1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini.

2. Jawab dalam bahasa Melayu.

3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5.

4. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan yang melebihi had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di penghujung tugasan anda.

5. Anda dikehendaki menghantar tugasan KEPADA TUTOR BERSEMUKA. Anda dinasihatkan menyimpan salinan tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri.

6. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 14hb - 16hb November 2014 atau Tutorial 4. Serahan selepas 16hb November 2014 atau Tutorial 4 TIDAK akan diterima.

7. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

Page 2: Kompetensi Dalam Bahasa Melayu-1

PENILAIAN

Tugasan ini menyumbang sehingga 40% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan dinilai berdasarkan kepada Rubrik atau Skema Jawapan yang dilampirkan.

Anda akan diberikan maklum balas tentang tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula.

PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH

Amaran: Tugasan yang diserahkan, secara automatik, akan disemak untuk menentukan kadar pertindihan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut:

Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 10 - 30%: potongan 20% daripada jumlah markah yang diperoleh.

Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 31 - 50%: potongan 40% daripada jumlah markah yang diperoleh.

Tugasan dengan pertindihan kandungan lebih daripada 50%: Markah sifar akan diberikan.

Page 3: Kompetensi Dalam Bahasa Melayu-1

SOALAN TUGASAN

Akhbar dan majalah masih relevan digunakan di dalam bilik darjah walaupun wujud

persaingan dengan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi,

khususnya multimedia. Hal ini demikian kerana terdapat guru sekolah rendah yang

masih berupaya serta berkemahiran menggunakan bahan-bahan bantu berkenaan di

dalam bilik darjah. Guru yang berupaya dan berkemahiran dikaitkan dengan konteks

berpengetahuan tentang perbezaan antara kelebihan dengan kelemahan bahan-bahan

tersebut, selain dapat menggiatkan penggunaannya di dalam bilik darjah.

Sebagai seorang guru Bahasa Melayu sekolah rendah, sediakan penulisan yang

memaparkan analisis pendapat anda yang menyentuh tentang TIGA perkara berikut:

i. Jelaskan EMPAT kelebihan penggunaan akhbar dan majalah di dalam bilik

darjah.

ii. Jelaskan EMPAT kelemahan penggunaan akhbar dan majalah di dalam bilik

darjah.

iii. Cadangkan dalam bentuk huraian tentang EMPAT langkah untuk

menggiatkan penggunaan akhbar dan majalah di dalam bilik darjah.

[Jumlah: 40 markah]

Page 4: Kompetensi Dalam Bahasa Melayu-1

Rubrik Tugasan

HBML4403 KOMPETENSI DALAM BAHASA MELAYU / SEMESTER SEPTEMBER 2014

Kriteria WajaranTidak Lengkap Lemah Sederhana Baik Cemerlang Markah

Penuh0 1 2 3 4

Pengenalan1.5

Tersasar daripada fokus penggunaan akhbar dan majalah di dalam bilik darjah.

Tidak sesuai. Kurang sesuai.

Masih berfokus kepada penggunaan akhbar dan majalah di dalam bilik darjah.

Fokus yang amat sesuai serta menepati aspek penggunaan akhbar dan majalah di dalam bilik darjah.

6

Penjelasan kelebihan penggunaan akhbar dan majalah di dalam bilik darjah.

2.5

Penjelasan tentang kelebihan penggunaan akhbar dan majalah di dalam bilik darjah adalah tertakluk kepada modul sahaja.

Penjelasan tentang kelebihan penggunaan akhbar dan majalah di dalam bilik darjah adalah tidak tepat.

Dijelaskan satu kelebihan sahaja tentang penggunaan akhbar dan majalah di dalam bilik darjah.

Penjelasan kurang tepat.

Dijelaskan dua atau tiga kelebihan tentang penggunaan akhbar dan majalah di dalam bilik darjah.

Penjelasan adalah tepat.

Dijelaskan empat atau lebih kelebihan tentang penggunaan akhbar dan majalah di dalam bilik darjah.

Penjelasan amat tepat dan meyakinkan.

10

Penjelasan kelemahan penggunaan akhbar dan majalah di dalam bilik darjah.

2.5

Penjelasan tentang kelemahan penggunaan akhbar dan majalah di dalam bilik darjah adalah tertakluk kepada modul sahaja.

Penjelasan tentang kelemahan penggunaan akhbar dan majalah di dalam bilik darjah adalah tidak tepat.

Dijelaskan satu kelemahan sahaja tentang penggunaan akhbar dan majalah di dalam bilik darjah.

Penjelasan kurang tepat.

Dijelaskan dua atau tiga kelemahan tentang penggunaan akhbar dan majalah di dalam bilik darjah.

Penjelasan adalah tepat.

Dijelaskan empat atau lebih kelemahan tentang penggunaan akhbar dan majalah di dalam bilik darjah.

Penjelasan amat tepat dan meyakinkan.

10

Page 5: Kompetensi Dalam Bahasa Melayu-1

Kriteria WajaranTidak Lengkap Lemah Sederhana Baik Cemerlang Markah

Penuh0 1 2 3 4

Huraian yang berkisar kepada cadangan langkah untuk menggiatkan penggunaan akhbar dan majalah di dalam bilik darjah.

2.5

Huraian yang terpesong daripada cadangan langkah untuk menggiatkan penggunaan akhbar dan majalah di dalam bilik darjah.

Huraian yang tidak jelas tentang cadangan langkah untuk menggiatkan penggunaan akhbar dan majalah di dalam bilik darjah.

Terdapat satu cadangan sahaja dengan huraian yang berkisar kepada langkah untuk menggiatkan penggunaan akhbar dan majalah di dalam bilik darjah.

Huraian adalah sesuai.

Terdapat satu atau dua cadangan dengan huraian yang berkisar kepada langkah untuk menggiatkan penggunaan akhbar dan majalah di dalam bilik darjah.

Huraian adalah sesuai.

Terdapat empat atau lebih cadangan dengan huraian yang berkisar kepada langkah untuk menggiatkan penggunaan akhbar dan majalah di dalam bilik darjah.

Huraian amat sesuai dan jelas.

10

Rumusan/Kesimpulan

1Tiada rumusan/kesimpulan.

Rumusan/kesimpulan yang tidak tepat.

Rumusan/kesimpulan kurang sesuai.

Rujukan berdasarkan APA adalah kurang tepat.

Rumusan/kesimpulan masih sesuai.

Rujukan berdasarkan APA adalah tepat.

Rumusan/ kesimpulan amat sesuai dan meyakinkan.

Rujukan berdasarkan APA amat tepat.

4

JUMLAH MARKAH 40