Komunikasi berkesan (chen2)

download Komunikasi berkesan (chen2)

of 2

description

GBM

Transcript of Komunikasi berkesan (chen2)

Komunikasi berkesan dapat mengelakan perselisihan faham daripada berlakuKomunikasi berkesan yang berlaku dalam masyarakat dapat mengelakkan berlakunya perselisihan faham. Kesilapan yang paling asas dalam komunikasi ialah mesej yang disampaikan oleh penyampai tidak difahami dengan jelas atau timbulnya salah faham dalam memahaminya. Akibat daripada itu, ia boleh menimbulkan konflik atau pelbagai gangguan emosi lain seperti emosi marah, kecewa, keliru dan sebagainya. Atas faktor inilah pembaikan semula mesej perlu diperjelaskan melalui komunikasi yang lebih jelas dan berkesan. Melalui komunikasi berkesan, rundingan boleh dibuat antara individu terbabit bagi mencari punca konflik dan menyelesaikannya. Kegagalan komunikasi berkesan dalam masyarakat akan mewujudkan salah faham yang akan menjejaskan keharmonian masyarakat secara keseluruhannya.Saya melihat kegagalaan komunikasi akan menyebabkan suasana huru hara boleh berlaku, salah faham dari mesej yang dikomunikasikan boleh menimbulkan prasangka atau prejudis yang sukar untuk tangani sekiranya ianya tidak dibendung sebaik mungkin sejak dari awal. Ia sekaligus akan menimbulkan masalah dalam hubungan antara ahli masyrakat yang menyebabkan suasana tidak kondusif berlaku. Pada masa yang sama, kegagalan dalam komunikasi berkesan bakal menjejaskan pencapaian matlamat negara kita, iaitu Wawasan 2020 kerana ahli masyarakat tidak dapat bekerjasama untuk mencapai sesuatu kecemerlangan. Hal ini akan menjejaskan pembangunan modal insan yang disasarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, khasnya dalam pembinaan modal insan. Modal insan minda kelas pertama yang disasarkan ialah hasil dari pemikiran kelas pertama ini akan membawa kepada pembentukan modal insan cemerlang yang sentiasa berhemah dalam berkomunikasi dengan orang lain,... (Kementerian PelajaranMalaysia, 2008)Komunikasi berkesan dapat menjalin hubungan antara ahli masyarakatKepentingan komunikasi berkesan yang kedua ialah membantu ahli masyarakat menjalin hubungan antara satu sama lain. Beberapa kajian yang dibuat oleh pakar-pakar psikologi mengesahkan bahawa faktor kebahagiaan manusia yang paling besar ialah apabila wujudnya perhubungan yang rapat sesama manusia. Manusia memerlukan perhubungan yang rapat kerana ia dapat mengurangkan rasa kesepian dan kesunyian, membuatkan diri seseorang itu rasa dihargai disebabkan wujudnya kata-kata atau perbuatan yang menyatakan penghargaan serta dapat menambahkan rasa kenikmatan dan mengurangkan rasa kesengsaraan hidup kerana menjadi fitrah manusia perlunya perkongsian dalam kehidupan berkongsi keseronokan dan berkongsi kedukaan bagi mengurangkan kedukaan( Abdullah Hassan. 2002: 26-27 ).Apabila ahli masyarakat berkomunikasi, terutamanya dalam masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum yang berbeza dari segi budaya, adat resam serta bahasa, persefahaman kaum dapat dipupuk. Dengan ini, perpaduan kaum dapat dikukuhkan dan kesejahteraan hidup dapat dijamin.