Kpd 1022

14
KPD1022 Database Concept KOLEJ VOKASIONAL KUALA SELANGOR JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNIT SISTEM PENGURUSAN PANGKALAN DATA & APLIKASI WEB NAMA : NUR SABRINA BINTI MAZLAN KELAS : 1 SVM IPD KOD KURSUS : KPD1022 NAMA KURSUS : DATABASE CONCEPT NAMA PENSYARAH : EN SYAMSUL AZHAN BIN RAYMI 1

description

Assignment KVKS

Transcript of Kpd 1022

Page 1: Kpd 1022

KPD1022 Database Concept

KOLEJ VOKASIONAL KUALA SELANGOR

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

UNIT SISTEM PENGURUSAN PANGKALAN DATA & APLIKASI WEB

NAMA : NUR SABRINA BINTI MAZLAN

KELAS : 1 SVM IPD

KOD KURSUS : KPD1022

NAMA KURSUS : DATABASE CONCEPT

NAMA PENSYARAH : EN SYAMSUL AZHAN BIN RAYMI

TAJUK TUGASAN : MODEL PANGKALAN DATA

1

Page 2: Kpd 1022

KPD1022 Database Concept

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap–tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

1 APRIL 2016 -----------------------------

SYAMSUL AZHAN BIN M RAYMI

2

Page 3: Kpd 1022

KPD1022 Database Concept

1.0 PENDAHULUAN

2.0 MODEL PANGKALAN DATA

2.1 Model Hierarki

2.2 Model Rangkaian

2.3 Model Hubungan

3.0 PENUTUP

4.0 RUJUKAN

3

Page 4: Kpd 1022

KPD1022 Database Concept

1.0 Pendahuluan

Model data ialah penyusunan secara konseptual suatu pangkalan data; ia merupakan

satu cara mentakrif dan menggunakan data dalam satu pangkalan data.

Tiga model data yang biasa digunakan akan dibincangkan di sini iaitu :

Model data hierarki

Rangkaian

Relasional

4

Page 5: Kpd 1022

KPD1022 Database Concept

MODEL DATA HIERARKI

Dalam model data hierarki, data disusun dalam struktur pokok. Kumpulan rekod-

rekod berhubung antara satu sama lain melalui anak panah seperti yang ditunjukkan

didalam rajah. Rekod rekod distrukturkan dalam bentuk pokok dan satu pokok

mempunyai banyak segmen. Segmen akar merupakan segmen tunggal dan terletak di

paras yang paling atas. Model ini menggunakan konsep pelajar dan universiti.

Segmen Universiti tidak boleh wujud tanpa adanya segmen pelajar.

Satu segmen boleh ada banyak universiti, tetapi setiap segmen universiti hanya boleh

ada satu segmen pelajar.

Dalam model data hierarki, maklumat dikeluarkan dengan mengikuti struktur pokok.

Untuk mendapatkan semula maklumat berkenaan, universiti tempatan atau universiti

luar Negara adalah sangat berkesan kerana adanya hubungan terus antara entiti

universiti tempatan dengan pelajar dan antara entiti universiti luar Negara dengan

pelajar.

Tetapi, untuk mencari maklumat kursus yang ditawarkan haruslah melalui dua

peringkat pencarian.

Pertama, rekod-rekod universiti haruslah dibuat dahulu dan dengan itu kursus yang

ditawarkan bagi setiap universiti dapat dicari. Cara ini adalah pencarian kurang

berkesan kerana perlu mencari entiti perantaraan dahulu iaitu jenis universiti tetapi

cara ini dikira berkesan jika peringkat perantaraan tidak banyak. Pencarian akan

menjadi lebih berkesan jika suatu kursus dihubungkaitkan kepada universiti dan juga

Akar (boleh ada banyak)

5

Page 6: Kpd 1022

KPD1022 Database Concept

pelajar. Tetapi, dalam model hierarki, satu entiti hanya boleh ada satu segmen, maka

entiti kursus tidak dibenarkan mempunyai kedua-dua universiti dan pelajar sebagai

‘parent’ atau segmen.

Kekurangan Model Hierarki

Kekurangan model hierarki ialah pencarian maklumat tidak dapat dilakukan

berdasarkan medan attribut. Hubungan data juga sukar diubahsuai dan pencarian

dihadkan kepada hanya merentasi hierarki yang sedia ada.

Ketidakbolehlenturan model data hierarki menjadikan ia terlalu terhad untuk jenis

penggunaan ini. Satu lagi had penggunaan ialah ‘parent’ atau segmen yang terlalu

banyak tidak dibenarkan. Terdapat banyak penggunaan di mana satu unsur perlu

diwakilkan sebagai ahli dalam pelbagai kumpulan.

Model Data Rangkaian

Model data rangkaian dapat mengatasi beberapa ketidakbolehlenturan dalam modul

hierarki. Dalam model rangkaian, satu entiti boleh mempunyai hubungan beberapa

‘parent’ dan juga beberapa anak. Akar tidak diperlukan. Maka rekod data dapat dicari

secara terus tanpa merentasi keseluruhan hierarki sebelum rekod itu.

Entiti kursus boleh mempunyai dua ‘parent’ dan dihubungkan kepada kedua-dua entiti

fakulti dan pensyarah. Pencarian semua kursus dalam fakultitertentu boleh dibuat

secara terus berbanding dengan model hierarki.

6

Page 7: Kpd 1022

KPD1022 Database Concept

Hubungan Pelajar-Kursus adalah hubungan yang banyak. Setiap pelajar mungkin

mendaftar untuk banyak kursus dan setiap kursus mempunyai ramai pelajar.

Walaupun model rangkaian tidak membenarkan hubungan yang banyak, hubungan ini

dapat dihasilkan melalui hubungan perantaraan yang diistilahkan sebagai rekod

persimpangan.

Rekod persimpangan mewakili gabungan Pelajar-Kursus iaitu pendaftaran pelajar

dalam kursus. Setiap gabungan pelajar-kursus adalah unik. Satu entiti kursus boleh

mempunyai banyak entiti pendaftaran dan satu entity pelajar boleh mempunyai

banyak entiti pendaftaran,iaitu kedua-dua hubungan ini ialah satu-banyak dan adalah

dibenarkan.Rekod persimpangan boleh juga digunakan dalam model hierarki, tetapi

banyak sekatan dalam model ituyang menjadikan perlaksanaannya lebih rumit.

Kekurangan Model Data Rangkaian

Apabila satu struktur data yang kompleks diperlukan, model rangkaian berkeupayaan

mengatasi kerumitan yang lebih. Manakala dalam model hierarki, hubungan antara

unsur data dikodkan dalam pangkalan data. Ini memberi kelajuan pencarian yang

tinggi, tetapi hubungan antara data adalah sukar diubahsuai. Maka kekurangan utama

Model rangkaian ialah ia lebih kompleks darihierarki tetapi tidak mempunyai

kebolehlenturan seperti model relasional.

Model Data Relasional

Dalam model data relasional tiada medan data secara hierarki dalam satu rekod; setiap

medan data boleh digunakan sebagai satu kunci. Data disimpan sebagai satu koleksi

nilai-nilai dalam benyak rekod yang mudah, dikenali sebgaai tuple. Setiap tuple

mewakili satu fakta iaitu satu set nilai yang berkaitan. Tuple dikumpulkan bersama

dalam jadual dua-dimensi dengansetiap jadual menyimpan data sebagai fail yang

berlainan. Jadual itu secara keseluruhannya mewakili hubungan antara semua attribut

di dalamnya dan dikenali sebagai satu ‘relation’. Dengan model relasional, pencarian

mana-mana satu jadual boleh dibuat dengan menggunakan mana-mana medan

attribut, satu sahaja atau bersama. Contohnya, dari jadual maklumat pelajar dapat

dicari semua pelajar dalam tahun 5.

7

Page 8: Kpd 1022

KPD1022 Database Concept

Pencarian attribut yang berkaitan dalam jadual yang berlainan dapat dilaksanakan

dengan menggabungkan dua atau lebih jadual yang menggunakan sebarang attribut

yang dikongsi bersama. Prosedur ini dikenali sebagai operasi gabungan. Attribut yang

dikongsi tidak semestinya merupakan sebahagian hubungan yang dianalisa. Rajah

menunjukkan bagaimana pangkalan data dapat dicari untuk menghasilkan satu senarai

pelajar untuk kursus tertentu.

Kelebihan-kelebihan Model Relasional

8

Page 9: Kpd 1022

KPD1022 Database Concept

Model relasional adalah lebih fleksibel dari moedel-model lain. Cara nilai data

wujud dalam jadual relasional tidak menyekat sebarangjenis pemerosesan

yang hendak dilakukan. Dalam model hierarki dan rangkaian, penggunaan

data disekat oleh struktur yang dibina dalam data itu

Model relasional mempunyaiteori dasar yang kuat dalam teori matematik. Kita

boleh menggunakanhubungan secara matematik sebagai asas untuk prosedur

pemerosesan data selain dari penulisan aturcara. Walaubagaimanapun,

kebanyakan system perlaksanaan mempunyai antaramuka Bahasa aturcara,

bukannya jenis matematik.

Organisasi model relasional adalah mudah difahami, maka adalah satualatyang

baik untuk menyampaikan cadangan pangkalan data.

Pangkalan data yangsama yang menggunakan model relasional mempunyai

lebihan yang kurang berbanding dengankedua-dua model yang lain.

Kekurangan Model Data Relasional

Model relasional melambatkan persembahan, ketiadaan hubungan fizikal atau

penunjunk ( seperti yang digunakan dalam model hierarki dan

rangkaian)menyebabkan manipulasi data perlu dilakukan dengan pemasangan nilai-

nilai dalam jadual relasional. Ini adalah operasi yang lebih memakan masa.

Akibatnya, satu system pangkalan data relasional cenderung lebih lambat berbanding

dengan sistem pangkalan data hierarki dan rangkaian

3.0Kesimpulan

9

Page 10: Kpd 1022

KPD1022 Database Concept

Model relasional berkeupayaan mempunyai skop hubungan yang luas dan mudah

diubahsuai. Walaupun tidak semestinya kita mengetahui jenis pertanyaan yang akan

dilaksanakan terlebih dahulu, pengetahuan sedemikian boleh digunakan untuk

merekabentuk jadual relasional yang memberikan persembahan yang optima.

Sifat model relasional yang mudah dan kebolehlenturannya yang menjadikan model

ini satu pilihan yang menarik. Walaubagaimanapun, ketiadaan penunjuk dan

hubungandalam rekod data mengurangkan kelajuanoperasi.

10