KRB 3053 PJJ (Panduan Kerja Kursus).pdf

4
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH Panduan Penilaian Kursus Semester 2 Sesi 2013/14 KRB 3053 ZAINI ABDULLAH (TUTOR) 012-5500245 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

Transcript of KRB 3053 PJJ (Panduan Kerja Kursus).pdf

Page 1: KRB 3053 PJJ (Panduan Kerja Kursus).pdf

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH Panduan Penilaian Kursus

Semester 2 Sesi 2013/14

KRB

3053

ZAINI ABDULLAH

(TUTOR) 012-5500245

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

Page 2: KRB 3053 PJJ (Panduan Kerja Kursus).pdf

2

HASIL PEMBELAJARAN:

Di akhir kursus, pelajar seharusnya boleh;

1. Mendalami kandungan Sukatan pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang terkini dalam

setiap aspek.

2. Mengenalpasti teori dan pendekatan pengajaran yang menjadi asas dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

3. Mengetahui dan mengaplikasi kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai untuk dijalankan di

sekolah.

4. Membina rancangan mengajar mingguan dan harian yang sesuai dan menarik berdasarkan

huraian sukatan pelajaran yang dipilih.

5. Menguasai unsur dalam pengajaran seperi penggabungjalinan, penyerapan, pemulihan,

pengayaan, pengujian dan penilaian dan cara-cara diaplikasi.

ARAHAN 1. Kursus KRB 3023 ini mengandungi DUA (2) tugasan dan Peperiksaan Akhir :

Makro Pengajaran (Pembinaan RPH) 30%

Forum 30%

Peperiksaan Akhir 40%

2. Tugasan yang telah dijawab dengan sempurna MESTI dan hanya boleh dihantar menerusi

tapak assignment kumpulan anda di dalam portal.

KATEGORI TUGASAN

TUGASAN & MARKAH

PANDUAN Tarikh akhir

PEMBINAAN RPH UNTUK

MAKRO PENGAJARAN

(30 %)

1. Pelajar dikehendaki:

i. Membina Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk satu sesi makro pengajaran tatabahasa selama 30 - 40 minit. Anda MESTILAH menggunakan pendekatan induktif. Topik pengajaran adalah berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR atau KSSR yang diajar di sekolah anda.

ii. Sediakan bahan bantu mengajar (BBM) yang paling berkesan untuk digunakan.

iii. Bina soalan-soalan penilaian yang digunakan semasa mengajar berdasarkan RPH yang disediakan. Soalan yang dikemukakan mestilah dapat menilai hasil pembelajaran/objektif yang ditetapkan.

2. Rancangan Pengajaran Harian yang dibina mestilah

mengandungi: i. Maklumat asas seperti: tarikh, hari, masa, tahun, bil. murid,

tajuk/tema/ topik, sub tajuk, objektif/hasil pembelajaran, kaedah pengajaran, kemahiran, EMK, pengetahuan sedia

27/4/2014

Page 3: KRB 3053 PJJ (Panduan Kerja Kursus).pdf

3

TUGASAN & MARKAH

PANDUAN Tarikh akhir

ada dan maklumat lainnya. ii. Hasil pembelajaran yang dikemukakan mestilah betul dan

mengandungi maklumat seperti behaviour (perubahan tingkahlaku yang boleh diukur), condition (situasi apa yang murid perlu tahu) dan degree (tahap penguasaan yang murid perlu peroleh). Hasil pembelajaran untuk sesi pengajaran tersebut mestilah mengambil kira pengetahuan, kemahiran dan kefahaman sedia ada murid.

iii. Membina RPH menggunakan format yang betul sebagaimana yang telah anda pelajari dalam kursus KPD 3016 & KPD3026.

3. Selepas membina RPH tersebut, anda dikehendaki

membincangkan perkara-perkara berikut: o Apakah pendekatan dan kaedah pengajaran yang

digunakan? o Apakah kelebihan mengaplikasikan pendekatan dan

kaedah tersebut? o Apakah isu-isu / halangan yang anda hadapi semasa

merancang RPH dan melakanakan pendekatan dan kaedah tersebut?

o Bagaimanakah anda melaksanakan pengurusan persekitaran pembelajaran bagi memastikan pembelajaran yang berkesan berlaku dengan selamat dan efektif.

4. Format susunan kandungan: Ada isi kandungan dan halaman/ muka surat. Diikuti:

1.0 Pengenalan (Ringkas, bernas dan tepat ½ muka surat).

Apakah RPH dan mengapakah ia penting kepada guru.

2.0 Pembinaan RPH.

3.0 Bahan Bantu Mengajar (BBM).

4.0 Soalan-Soalan Penilaian.

5.0 Perbincangan Dan Analisis RPH.

5.1 Pendekatan dan kaedah pengajaran yang diguna.

5.2 Kelebihan aplikasi pendekatan dan kaedah yang diguna.

5.3 Cara mengurus persekitaran pembelajaran dengan mengguna pendekatan dan kaedah yang dipilih.

5.4 Isu/ halangan dalam mengaplikasi pendekatan dan kaedah yang diguna.

6.0 Bibliografi.

Page 4: KRB 3053 PJJ (Panduan Kerja Kursus).pdf

4

TUGASAN & MARKAH

PANDUAN Tarikh akhir

GROUP FORUM

(30%)

1. Pensyarah kumpulan masing-masing akan memuat naik (upload)

5 soalan untuk dibincangkan secara ilmiah dalam kalangan ahli kumpulan kuliah masing-masing di dalam portal MyGuru 3 (Group Forum).

2. Setiap pelajar MESTI menjawab setiap soalan dengan mengemukakan 3 isi penting dan tidak kurang daripada 150 patah perkataan bagi setiap jawapan.

3. Selain dari menjawab soalan tersebut, setiap pelajar juga perlu membuat komentar terhadap sekurang-kurangnya 3 jawapan yang dikemukakan oleh rakan sekumpulan yang lain bagi setiap soalan yang dikemukakan. Kemukakan 2 isi penting dan panjangnya 100 patah perkataan bagai setiap komen yang dikemukakan.

4. Pelajar perlu peka dengan tarikh-tarikh yang ditetapkan. Kelewatan untuk menjawab dan memberi komentar mengikut tarikh yang ditetapkan akan menjejaskan markah kerja kursus yang disediakan.

5. Tajuk E-Forum tertakluk kepada pensyarah kumpulan kuliah. i. Mackey (1985) menerangkan bahawa 'berlainan teori

bahasa adalah punca perbezaan-perbezaan dalam kaedah pengajaran'. Bincangkan.

ii. Pada pendapat anda perlukah pengajaran Bahasa Melayu menggunakan kaedah pengajaran yang berbeza berbanding mata pelajaran lain. Bahaskan.

iii. Bagaimanakah cara yang berkesan untuk melaksanakan

penggabungjalinan kemahiran bahasa dalam kaedah mengajar Bahasa Melayu bagi satu unit pengajaran?

iv. Bagaimanakah komponen menaakul dapat diserapkan

semasa proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu?

v. Untuk menguasai bahasa Melayu dengan mudah,

bagaimanakah kemahiran bahasa disusun semasa proses pengajaran dan pembelajaran?

27/4/2014

PEPERIKSAAN AKHIR

(40 %)

Akan dimaklumkan kemudian.

.