Kuasa Dan Autoriti

29
Kuasa dan Autoriti Kuliah 2

Transcript of Kuasa Dan Autoriti

Kuasa dan Autoriti

Kuliah 2

Kepimpinan Sekolah

Pentadbiran sekolah - meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam organisasi tersebut.

Kepimpinan pengetua menjadi tumpuan dalam aspek pentadbiran sekolah

Pengetua memikul tanggungjawab untuk mewujudkan serta mengekalkan suasana yang sesuai untuk pembelajaran.

Cont’d

Memegang jawatan pengetua dalam kedudukan organisasi sekolah membolehkan seseorang menjadi pemimpin formal.

Sebaliknya, seseorang menjadi pemimpin tidak formal dan berpengaruh kerana kebolehan, kemahiran dan ciri-ciri personalitinya yang membolehkan beliau (pemimpin bukan formal) memenuhi permintaan unit kerja atau anggota dalam kumpulan.

Cont’d

Kepimpinan tidak formal kadang kala dikategorikan kepada kepimpinan fungsional dan kepimpinan simbolik.

Kepimpinan fungsional- pemimpin mempunyai kelebihan daripada segi kemahiran dan pengetahuan untuk menyempurnakan peranan atau fungsi kumpulan yang membolehkan beliau mempengaruhi anggota-anggota lain dalam kumpulan.

Walaupun seseorang menduduki kedudukan berwibawa dan sekiranya dia tidak dapat menyempurnakan salah satu atau lebih daripada satu peranan atau fungsi kumpulan, beliau tidak boleh jadi pemimpin fungsional.

Sumber Autoriti

Autoriti merujuk kepada kewibawaan yang menjadi sifat utama pentadbiran sekolah kerana ia merupakan satu cara mengawal guru, staf sokongan dan pelajar.

Guru, staf sokongan dan pelajar menerima arahan pengetua tanpa mempersoalkannya. Ini menunjukkan pengetua mempunyai autoriti.

Autoriti memberi kuasa yang sah kepada pengetua.

Cont’d

Autoriti menjadi suatu eleman yang jelas mendasari hubungan-hubungan yang wujud di sekolah seperti hubungan guru-murid, guru-pentadbir, atau orang bawahan-orang atasan.

Ia merujuk kepada kuasa sah yang wujud di sekolah, contohnya ialah kuasa sebagai pengetua.

Autoriti yang dimiliki oleh seseorang pentadbir dapat mempengaruhi orang bawahan untuk melaksanakan tugas yang diarahkan.

Cont’d

Hubungan autoriti di sekolah mempunyai 3 ciri iaitu:

i) kerelaan orang bawahan untuk melakukan tugas yang diarahkan;

ii) pergantungan orang bawahan dalam proses pembuatan keputusan iaitu mereka tidak berani melakukan sesuatu tanpa diarah dan;

iii) satu hubungan kuasa yang disahkan oleh norma-norma sesuatu kumpulan.

Cont’d

Autoriti wujud apabila norma-norma yang dipegang dalam sebuah sekolah mengesahkan penggunaan kuasa tersebut sebagai betul dan sesuai.

Autoriti karismatik

Autoriti ini merujuk kepada kesetiaan kepada individu yang menjadi ketua melalui sifat peribadi atau kualiti tertentunya.

Kuasa ini lebih efektif dan terletak kepada nilai peribadi pemilik. Walau bagaimanapun, autoriti jenis ini cenderung untuk menjadi tidak rasional, afektif, atau emosional dan amat bergantung kepada kualiti dan ciri peribadi pemimpin tersebut.

Autoriti bagi pemimpin karismatik ini adalah hasil daripada daya tarikan peribadi yang ada dalam diri pemimpin tersebut

Autoriti tradisional

Seseorang pentadbir memperoleh autoriti tradisional dengan wujudnya kepercayaan kuasa suci secara tradisi.

Contohnya pelajar menerima guru kerana kedudukannya disebabkan ibu bapa dan datuk mereka berbuat demikian.

Autoriti Sah

Autoriti ini merujuk kepada autoriti yang diperoleh berdasarkan undang-undang dan peraturan.

Autoriti sebegini boleh berubah dari semasa ke semasa mengikut prosedur dan ia hanya diaplikasikan dalam skop tertentu dalam pejabat atau institusi seperti ditetapkan oleh undang-undang.

Oleh itu, ketaatan yang diberi bukan kepada individu yang dikatakan berkuasa tetapi kepada undang-undang.

Autoriti formal

Autoriti ini wujud dalam organisasi dan terbentuk secara sah dalam sesuatu kedudukan, peraturan dan undang-undang.

Untuk menyertai organisasi tersebut, pekerja perlu menerima hubungan autoriti formal ini kerana mereka bersetuju untuk menerima arahan daripada ketua mereka dalam had yang tertentu.

Oleh itu, organisasi tersebut mempunyai hak untuk mengarah dan pekerja mempunyai tanggungjawab untuk menurut arahan tersebut.

Asas kepada autoriti formal ialah bergantung kepada persetujuan sah yang wujud antara organisasi dengan pekerja.

Autoriti fungsian

Autoriti ini mempunyai sumber yang pelbagai termasuk daripada sesuatu kelayakan atau kepakaran seseorang individu.

Kelayakan teknikal boleh menjadi sumber kepada kawalan yang sah dan arahan dalam sesebuah organisasi yang formal tanpa mengambil kira kedudukan seseorang individu dalam organisasi.

Contohnya guru sains dan pembantu makmal mempunyai autoriti dalam pengendalian makmal di sekolah.

Autoriti informal

Autoriti ini juga merupakan satu daripada sumber kawalan yang sah hasil daripada tingkah laku peribadi dan ciri-ciri semulajadi seseorang individu.

Autoriti ini tidak mengambil kira kedudukan formal tetapi lebih berdasarkan kepatuhan dan sokongan yang diberikan oleh ahli sesebuah organisasi kepada beberapa orang rakan sekerja mereka di dalam organisasi tersebut.

Norma informal yang dipegang ini memberi sokongan dan kesahan kepada kuasa individu tersebut.

Autoriti dan Tingkah laku Pentadbiran di SekolahAutoriti merupakan satu ciri asas kepada

pentadbiran hal ehwal sekolah kerana ia berperanan sebagai asas kepada kawalan sah para pentadbir, guru dan pelajar.

Sumber primer kawalan tersebut ialah autoriti formal yang berpunca daripada kedudukan seseorang individu dan bukannya kerana ciri-ciri peribadi individu tersebut. Apabila pentadbir, guru dan pelajar terlibat dengan sesebuah organisasi sekolah, mereka perlu menerima hubungan autoriti formal dalam organisasi tersebut.

Cont’d

Autoriti formal ini terikat kepada had-had tertentu yang digelar oleh Barnard (1938) dalam Hoy dan Miskel (1996) sebagai “zon tidak mengendahkan” (zone of indifference) birokratik—yang mana subordinat termasuk pentadbir sekolah dan guru profesional menerima arahan tanpa bantahan—mungkin kepuasan untuk mendapatkan aras pencapaian minimum tertentu, tetapi ia kelihatan seolah-olah tidak menuju kepada operasi yang berkesan.

Cont’d

Autoriti formal menggalakkan ketaatan yang minimum dengan arahan dan disiplin, tetapi ia tidak menggalakkan pekerja untuk meningkatkan usaha, menerima tanggungjawab atau mengamalkan inisiatif.

Oleh itu, satu cabaran yang asas yang dihadapi oleh semua pentadbir terutamanya pengetua ialah untuk mencari kaedah yang sesuai bagi meningkatkan pengaruh mereka, lebih daripada had autoriti formal yang mereka ada, ke atas staf-staf profesional mereka

Cont’d

Hoy dan Miskel turut memetik Barnar (1938) yang mencadangkan bahawa apabila autoriti kepimpinan bergabung dengan autoriti kedudukan, pentadbir akan menjadi lebih cekap dan berkesan dalam mempengaruhi subordinat untuk mematuhi arahan walaupun di luar daripada zon tidak mengendahkan.

Pemerolehan kedua-dua autoriti iaitu formal dan informal inilah yang membezakan antara pemimpin formal dengan pegawai dan pemimpin informal. Rajah 1 menjelaskan hubungan tersebut.

Autoriti Formal

Ya Tidak

Autoriti Informal

Ya Ketua Formal Ketua Informal

Tidak Pegawai Pengikut

Rajah 1: Jenis Autoriti Kedudukan

Cont’d

Jika autoriti formal adalah disahkan oleh kontrak dan kedudukan yang sah, autoriti informal pula disahkan oleh nilai-nilai dan sentimen yang sama yang wujud dalam kumpulan kerja.

Secara khususnya autoriti informal wujud daripada unsur ketaatan daripada ahli kumpulan tersebut.

Ketaatan para subordinat ini terhadap pemimpin mereka menjadi peluang kepada pemimpin tersebut melebarkan autoriti yang sedia ada.

Sumber Kuasa

Kuasa - kebolehan meminta seseorang melakukan sesuatu yang dikehendaki mereka melakukannya.

Ramaiah (1999) mendefinisikan kuasa sebagai kebolehan mendapat seseorang menyempurnakan sesuatu yang anda (orang yang berkuasa) ingin disempurnakan atau kebolehan melakukan sesuatu ikut kehendak anda.

Cont’d

Pemimpin mempunyai kuasa dan meminta orang memenuhi arahan mereka.

Sama ada seorang pentadbir itu benar-benar seorang pemimpin atau tidak, mereka mempunyai kuasa kerana sebagai wakil dari organisasi, mereka mempunyai kuasa organisasi, selain daripada mempunyai kuasa secara peribadi.

Cont’d

Kuasa boleh digunakan oleh seseorang individu, kumpulan atau organisasi.

Sesuatu kumpulan mempunyai kuasa sekiranya ia mempunyai kemampuan dalam mempengaruhi individu dalam kumpulan dalam sesuatu keputusan

French dan Raven (1968) telah mengenal pasti lima sumber kuasa iaitu:

Reward power (kuasa ganjaran)

Kuasa ini merupakan kebolehan pentadbir mempengaruhi orang bawahan dengan memberi ganjaran kepada perbuatan yang dikehendaki.

Kekuatan kuasa ini bergantung kepada tarikan ganjaran yang akan diberi.

Contohnya seorang pengetua menggunakan kuasa ganjaran dalam konteks pentadbiran sekolah seperti memberi pujian, mengecualikan mengajar untuk satu ‘period’, kenaikan pangkat atau kenaikan gaji melintang atau menegak.

Coercive power (kuasa memaksa)Kuasa ini merupakan kebolehan pentadbir/ pengetua

mempengaruhi orang bawahan dengan memberi amaran pertulis, memberi tugas yang tidak sepatutnya, membuat pengawasan yang lebih ketat atau menukar pegawai ke sekolah lain.

Walau bagaimanapun, kuasa ini boleh membawa implikasi negatif di mana pegawai mungkin sering kali datang lambat atau berhenti kerja atau ada juga yang tidak mahu menerima kerja tambahan selain daripada yang ditetapkan dalam kontrak.

Bagi pegawai yang mengikut arahan kerana takut pada hukuman atau tindakan, maka ini merupakan keberkesanan kuasa mereka.

Legitimate Power (Kuasa Sah)

Kuasa ini merupakan kebolehan pentadbir/ pengetua mempengaruhi orang bawahan kerana kedudukan formalnya.

Orang bawahan mematuhi kehendak pentadbir kerana dia memang berhak memberi arahan dan orang bawahan berhak mematuhinya.

Semua ketua dalam organisasi mempunyai kuasa yang sah kerana kedudukan mereka dan berdasarkan ini, seorang pengetua boleh mengawal tingkah laku guru-guru dan mengarah mereka.

Reference power (kuasa rujukan)

Kuasa ini adalah kebolehan pentadbir/ pengetua mempengaruhi tingkah laku berdasarkan kehendak pengetahuan dan kemahiran orang bawahannya.

Biasa seorang ketua yang mempunyai kuasa rujukan memperlihatkan bahawa beliau mempunyai kelebihan dan personaliti atau kemahiran yang menjadi rujukan atau ciri yang digemari orang bawahannya.

Lantas wujud hubungan baik, kesetiaan dan rasa hormat kepada ketua.

Ini akan mempengaruhi hubungan harmoni dalam organisasi tersebut.

Expert power (kuasa kepakaran)

Ramaiah (1992) menjelaskan bahawa kuasa kepakaran merujuk kepada kebolehan seseorang pemimpin mengawal serta mempengaruhi tingkah laku orang bawahannya kerana pengetahuan, pengalaman dan kemahirannya berbanding orang lain (misalnya orang bawahannya).

Pegawai-pegawai bawahan tidak mempunyai pengetahuan, pengalaman dan kemahiran tersebut tetapi memerlukannya.

Sebagai seorang pegawai profesional atasan, seorang pengetua dianggap lebih berpengetahuan, berpengalaman dan berkemahiran dalam bidang pendidikan dan pengajaran, maka arahan dalam hal-hal yang berkenaan dipatuhi.

Perbezaan antara kuasa dan autoriti

Amnya, perbezaan antara kuasa dan autoriti ialah autoriti amat berkait rapat dengan kesahan yang diperolehi sama ada oleh kedudukan, kepakaran atau keperibadian seseorang individu dalam organisasi.

Tetapi kuasa boleh merujuk kepada individu, sesuatu kumpulan atau sesebuah organisasi yang berkuasa dan dapat mempengaruhi pihak yang lain terutamanya dalam sesuatu pembuatan keputusan.

Tidak semua kuasa berkaitan dengan perihal kesahan.