Kuliah 1 Analisis Wacana

6
Analisis Wacana Analisis wacana - kajian tentang pelbagai fungsi bahasa dari sudut penggunaannya dalam urutan ujaran. Yang dikaji dalam analisis wacana ialah bahasa dari segi penggunaannya. Kenapa perlu A.W?- Kajian yang tidak melibatkan konteks situasi atau hubungan ujaran antara ayat-ayat menyebabkan penggunaan bahasa yang sebenar berhubung dengan fungsi tidak akan dapat diselidiki dan difahami. the analysis of discourse is necessarily the analysis of language in use. As such it cannot be restricted to the description of linguistic forms independent of the purposes or functions which these forms are designed to serve in human affairs." (1989:1) Perkara yang ditekankan dalam analisis wacana bukanlah ayat atau klausa sebagai unit tatabahasa semata-mata, tetapi penggunaan unit-unit tersebut dalam konteks pertuturan y ang sebenarnya. Penekanan kepada aspek penggunaan bahasa dan tidak semata-mata kepada aspek tatabahasa memang penting dalam kajian linguistik. Hal ini kerana makna atau maksud sebenar sesuatu perkataan atau ayat hanya dapat diketahui dengan lebih jelas apabila dilihat dalam konteks pertuturan atau penggunaan yang sebenarnya. Penegasan ini telah dibuat oleh Chase yang menyatakan: "The true meaning of word is to be found by observing what the man does with it, not what he says about it" (1938: 7). Wittgenstein menegaskan bahawa makna bukan setakat apa yang dapat dilihat daripada bentuknya, tetapi penggunaan itulah maksudnya. Menurutnya, “… the meaning of words is its use in the language” (1953:125) 1

description

da

Transcript of Kuliah 1 Analisis Wacana

Page 1: Kuliah 1 Analisis Wacana

Analisis Wacana

Analisis wacana - kajian tentang pelbagai fungsi bahasa dari sudut penggunaannya dalam urutan ujaran.

Yang dikaji dalam analisis wacana ialah bahasa dari segi penggunaannya.

Kenapa perlu A.W?-

Kajian yang tidak melibatkan konteks situasi atau hubungan ujaran antara ayat-ayat menyebabkan penggunaan bahasa yang sebenar berhubung dengan fungsi tidak akan dapat diselidiki dan difahami.

“the analysis of discourse is necessarily the analysis of language in use. As such it cannot be restricted to the description of linguistic forms independent of the purposes or functions which these forms are designed to serve in human affairs." (1989:1)

Perkara yang ditekankan dalam analisis wacana bukanlah ayat atau klausa sebagai unit tatabahasa semata-mata, tetapi penggunaan unit-unit tersebut dalam konteks pertuturan yang sebenarnya.

Penekanan kepada aspek penggunaan bahasa dan tidak semata-mata kepada aspek tatabahasa memang penting dalam kajian linguistik.

Hal ini kerana makna atau maksud sebenar sesuatu perkataan atau ayat hanya dapat diketahui dengan lebih jelas apabila dilihat dalam konteks pertuturan atau penggunaan yang sebenarnya.

Penegasan ini telah dibuat oleh Chase yang menyatakan:

"The true meaning of word is to be found by observing what the man does with it, not what he says about it" (1938: 7).

Wittgenstein menegaskan bahawa makna bukan setakat apa yang dapat dilihat daripada bentuknya, tetapi penggunaan itulah maksudnya. Menurutnya,

“… the meaning of words is its use in the language” (1953:125)

Dalam pengertian yang lebih luas analisis wacana mengkaji hubungan antara unsurunsur linguistik dari segi maksud ujaran yang sebenarnya wujud.

1

Page 2: Kuliah 1 Analisis Wacana

Ertinya, analisis wacana tidak mengkaji struktur bahasa yang melebihi batas ayat yang disusun secara nahuan semata-mata.

Menurut Carlson:

"Discourse analysis in a wide sense, then, concerns all those relations among linguistic entities which are statable ... in term of wider span than those which fall within the limits of the sentence" (1983: xiii).

Menurut Zellig S. Harris, dalam artikelnya yang berjudul "Discourse Analysis" dalam jurnal Language 28 (1-30, 474-94), analisis wacana ialah:

"pemenggalan satu-satu wacana kepada unsur-unsur dasar atau bahagian-bahagian komponennya melalui kaedah penyebaran baku".

Dari sudut hubungan antara ayat, analisis wacana sebenamya merupakan kajian yang menghuraikan urutan ujaran dalam wacana yang mempunyai kepaduan makna.

Hal ini penting kerana ayat-ayat yang betul dari sudut tatabahasa, tetapi tidak mempunyai kepaduan makna akan sukar difahami oleh pendengar atau pembaca.

Tentang kepaduan makna dalam analisis wacana ini, Carlson menyatakan: "Discourse analysis defined as the study of what makes a sequence of sentence a coherent piece of discourse" (1983: 146).

Analisis wacana sebenarnya merupakan satu analisis linguistik terhadap wacana pertuturan atau tulisan yang wujud secara sebenamya.

Analisis wacana mengkaji struktur bahasa melebihi batas ayat atau klausa. A. W menurut Stubbs (1989: 1) ialah mengkaji penggunaan bahasa dalam konteks sosial dan secara khususnya dalam interaksi atau perbualan antara penutur.

A.W cuba meneliti bagaimana manusia menggunakan bahasa untuk berkomunikasi.

Secara khusus, A.W mengkaji bagaimana penutur membina mesej linguistik untuk disampaikan kepada pendengar, dan bagaimana pula pendengar cuba memahami mesej linguistik tersebut.

Ertinya A.W cuba meneliti bentuk-bentuk bahasa yang digunakan dalam komunikasi antara penutur-pendengar atau penulis-pembaca.

2

Page 3: Kuliah 1 Analisis Wacana

Dalam kajian wacana aspek pragmatik penting kerana banyak perkara atau pertimbangan dalam bahasa tidak dapat diterangkan dengan jelas jika hanya berdasarkan kepada penerangan nahu ayat semata-mata.

Menurut Brown dan Yule :

"... We emphasized that the discourse analyst necessarily takes a pragmapproach to the study of language in use. Such approach brings into consideration a number of issues which do not generally receive much attention in the formal linguistics' description of sentential syntax semantics" (1989: 27).

Sifat dan struktur bahasa mempunyai hubungan dengan fungsi bahasa, seperti yang dilahirkan oleh penutur-penuturnya dan fungsi-fungsi serupa itu berkaitan dengan masyarakat bahasa itu sendiri.

Dengan itu, huraian struktur sesuatu bahasa perlu memberikan perhatian kepada latar belakang kebahasaan dalam masyarakatnya; jika tidak, huraian itu hanya akan mendedahkan fakta bahasa yang bersifat abstrak yang dipisahkan daripada penggunaannya.

Hanya dengan mengolah sistem dan fungsi bahasa secara serentak sahajalah bentuk dan struktur dalam bahasa dapat diterangkan.

Pendekatan analisis wacana mementingkan konteks penggunaan dan latar sosial pengguna bagi memerikan tatabahasa sesuatu bahasa.

Objek sasaran yang diperlakukan dalam analisis wacana atau nahu wacana adalah ayat yang mempunyai maksud yang bertindak dalam lingkungan yang berlatarbelakangkan konteks situasi pertuturan.

Analisis wacana merupakan kajian terhadap ayat yang sebenarnya digunakan, iaitu kajian ayat dalain konteks.

Dengan perkataan lain, analisis wacana atau sintaksis wacana mengendalikan ayat-ayat tersahih dan bukan ayat-ayat berbunyi pelik dan bikinan sendiri-sendiri (Azhar, 1993: 7).

Pendek kata, A.W merujuk kajian bahasa yang lebih menyeluruh; yang melampaui batas ayat atau klausa.

A.W merupakan satu disiplin kerana A.W itu sendiri memerlukan sokongan pengetahuan daripada pelbagai disiplin.

Sebagai satu pendekatan dalam linguistik, pendekatan A.W ini bertujuan untuk menjelaskan peraturan yang mencirikan penggunaan bahasa.

Pendekatan A.W ini bertujuan memperlengkap pendekatan yang lain, seperti yang dinyatakan oleh Beaugrande dan Dressler:

3

Page 4: Kuliah 1 Analisis Wacana

"... In practice, our approach is intended more to complement traditional ones than to compete with them. We often address issues which older approaches made no claims to encompass" (1981: xiv).

Sedikit Latar belakang A.W

Dari segi sejarahnya, istilah 'analisis wacana' mula digunakan oleh Zellig S. Harris apabila beliau menerbitkan kertas kerja menggunakan judul Discourse Analysis dalam jumal Language (1952, 28).

Pada ketika itu ahli-ahli linguistik lain sibuk menganalisis bahasa dalam batas ayat sahaja.

Harris tidak puas hati tentang nahu ayat. Beliau berminat terhadap penyebaran unsur-unsur linguistik dalam teks, dan kaitan antara teks dan situasi sosialnya.

Walaupun kertas kerja beliau itu kalau dilihat dalam konteks hari ini jauh daripada maksud analisis wacana kini tetapi wawasan beliau itu telah menjadi titik tolak terhadap perkembangan analisis wacana (Hoeg 1983, 1-2; McCarthy 1991, 5; Tarigan 1995, 30).

Bertitik tolak daripada kajian Harris mucul ramai sarjana yang mula mengkaji wacana, misalnya antaranya Sinclair dan Coulthard (1975), kajian-kajian dalam kerangka analisis perbualan atau oleh etnometodologis, seperti Sacks, Schegloff dan Jefferson (1974), Labov dan Fanshel (1977), dan Potter dan Wetherell (1987) (Fairclough 1992a).

Berdasarkan pandangan McCarthy (1991), perkembangan A.W kini secara umumnya berasaskan dua tradisi, iaitu tradisi Eropah dan tradisi Amerika.

Di Eropah, A.W diminati oleh ahli bahasa aliran pemikiran Prague atau Prague School of Linguistics. Antara tokoh bahasanya ialah Mathesius yang terkenal dengan kerangka Functional Sentence Perspective atau Perspektif Tugas Ayat dalam menganalisis wacana.

Selain itu, wujud juga analisis A.W British yang ditunjangi oleh pendekatan fungsional. Halliday (1973).

Perkembangan tradisi British ini mempunyai pertalian rapat dengan kerangka pemikiran Prague juga, selain pengaruh pemikiran Firth yang memperluas konsep keperihalan keadaan yang dipelopori ahli antropologi Malinowski.

Kerangka analisis wacana Halliday menekankan fungsi sosial bahasa dan struktur tema dan maklumat sebarang ujaran dan tulisan. Di samping ini A.W di Britain juga memperoleh sumbangan yang besar daripada kerja Sinclair dan Coulthard (1975) dari University of Birmingham.

Mereka memajukan model A.W guru — murid berasaskan hierarki unit-unit wacana.

4

Page 5: Kuliah 1 Analisis Wacana

A.W tradisi Amerika pula didominasi oleh kerja-kerja dalam tradisi etnometodologi, yang menekankan kaedah penyelidikan secara pemerhatian terhadap sekelompok manusia yang berkomunikasi dalam latar semula jadi. Mereka menyelidiki jenis-jenis lakuan bahasa, seperti bercerita, upacara ritual, dan dialog dalam pelbagai latar budaya dan sosial. Contoh kajian sebegini ialah Gumperz dan Hymes (1972). Selain itu, apa yang dipanggil conversational analysis atau analisis perbualan dalam tradisi Amerika boleh juga digolongkan di bawah tajuk besar analisis wacana.

Dalam analisis perbualan, tumpuan ialah kepada tingkah laku pemeran wacana dan kepada pola wacana yang wujud dalam data.

Misalnya, kajian-kajian Goffman (1981) dan Sacks, Schegloff dan Jefferson (1974) meneliti norma perbualan, ambil gilir tutur (turn-taking), dan aspek-aspek lain interaksi tuturan.

Di samping itu, terdapat juga A.W yang bergerak sealiran dengan tradisi sosiolinguistik, misalnya Labov (1972) yang berbicara tentang wacana penceritaan lisan.

Di bawah tradisi Amerika banyak dihasilkan kajian berkenaan jenis wacana, kekangan sosial berkaitan kesantunan, dan fenomenon menjaga air muka dalam berbicara yang bertindan dengan kerja pragmatik dalam tradisi British.

Menurut McCarthy (1991, 6) kerja-kerja hasilan penahu teks yang meneliti bahasa tulisan juga relevan dalam perkembangan analisis wacana secara keseluruhan.

Penahu teks melihat setiap unsur kenahuan dalam teks (wacana) mempunyai sebab digunakan sedemikian.

Ahli-ahli linguistik seperti van Dijk (1972), de Beaugrande dan Dressler (1981), dan Halliday dan Hasan (1976) telah banyak memberi pengaruh yang besar dalam bidang ini.

Di Amerika, antara yang bergerak dalam bidang ini ialah Pike dan Pike (1977) yang mempelopori analisis nahu tagmemik.

A.W menjadi bidang kajian yang amat pelbagai, dengan beraneka pendekatan dalam sesuatu disiplin.

Antara tujuan kajian wacana kini adalah untuk memahami superstruktur dan makrostruktur ' sesuatu jenis wacana, seperti meneliti skemata wacana berita khusus dalam surat khabar, misalnya, kajian oleh van Dijk (1988); aspek kognitif wacana, misalnya oleh van Dijk dan Kintsch (1983); aspek jalinan tema atau topik dalam wacana, khususnya wacana bertulis, oleh Jones (1977); aspek perpautan dalam wacana, oleh de Beaugrande dan Dressler (1981); A.W dalam Latar profesional, oleh Bhatia (1993); dan sebagainya.

5

Page 6: Kuliah 1 Analisis Wacana

Walaupun analisis wacana telah berkembang dengan pesatnya tetapi kebanyakan analisis yang dihasilkan masih berlingkar pada huraian tentang soal dalaman bahasa, seperti huraian aspek nahu, struktur, skemata, strategi, dan jenis wacana secara jernih tanpa usaha memahami proses sosial yang legap dalam perawakan linguistik terbabit.

Pendek kata, A.W secara dominan masih berwajah linguistik jernih. Potensi kaitan perawakan linguistik dengan soal kehidupan sosial masih kurang diteroka atau dalam istilah lain A.W masih banyak diusahakan dari perspektif bukan kritis semata-mata.

Analisis yang merungkai wacana secara jernih dinamakan oleh Fairclough (1992a) sebagai pendekatan A.W bukan kritis.'Lalu muncul pula satu lagi jenis A.W yang dikenali sebagai A.W kritis

6