Kuliah 1 - Konsep Perancangan Pembangunan

10
KONSEP PERANCANGAN PEMBANGUNAN

description

3p

Transcript of Kuliah 1 - Konsep Perancangan Pembangunan

  • KONSEP PERANCANGAN PEMBANGUNAN

  • Definisi PerancanganPerancangan dalam konteks perancangan bandar boleh diertikan sebagai perancangan fizikal tentang sesuatu seperti peta, lukisan dan lain-lain. Selain itu, boleh juga bermaksud kaedah untuk melakukan sesuatu ataupun penyusunan yang teratur untuk mencapai sesuatu objektif.Lewis Keeble (1969), perancangan merupakan suatu bidang seni dan sains bagi mengatur kegunaan tanah serta perletakan bangunan dan laluan bagi memaksimumkan darjah keperluan ekonomi, suasana yang selesa dan harmoni.

  • John Ratcliffe (1974), pula menyatakan perancangan sebagai penyediaan kegunaan tapak yang sesuai pada masa dan tempat yang sesuai untuk orang ramai.Sharp (1945), perancangan sebagai percubaan untuk merumuskan prinsip-prinsip yang dapat membantu mencipta sesuatu latar belakang yang bertamadun untuk kehidupan manusia. Ini bermakna jika sesuatu kawasan itu pesat, maka pembangunannya juga pesat. Perancangan yang baik dan sempurna mendorong motivasi penduduk supaya taraf sosio- ekonomi mereka juga meningkat.Perancangan juga dapat memberikan faedah kepada penduduk melalui penyediaan kemudahan seperti perumahan, pekerjaan, pengangkutan dan pendidikan agar kehidupan manusia bertambah selesa.

  • Perancangan awam untuk menyusun aktiviti-aktiviti yang dianggap bersepadu dan lengkap terutamanya dalam reruang nasional yang bertujuan menyelesaikan masalah sosio-ekonomi dan ruang secara lebih rasional, khususnya untuk penggunaan sumber-sumber negara supaya berupaya mengimbangi struktur reruang dengan lebih licin (Kamarudin Ngah & Rahmat Azam, 1991).

  • Alden dan Morgan, 1974;Perancangan fizikal dan ekonomi yang besar dan bertaraf antarabangsa. Ini untuk menentukan aktiviti sesuatu tempat/masyarakat.Penyatuan kedua-dua iaitu sintesis unik antara fizikal dan ekonomi.

    Gillingwater, 1973;Satu bentuk perancangan awam yang menumpukan ruang separa nasional.Penyusunan aktiviti dan kemudahan drp ruang yang lebih besar kepada komuniti yang lebih kecil.Satu pembangunan desa/luar bandar yang bersepadu dan komprehensif.

  • Friedman, 1979;Strategi untuk mencapai integrasi program sektor-sektor untuk menyelesaikan masalah.

  • Ciri-ciri Utama PerancanganMengenalpasti masalah.Membentuk matlamat dan objektif-objektif yang lebih khusus dan dapat diukur, yang berkait dengan masalah.Mengenalpasti kemungkinan halangan-halangan.Meramal keadaan masa depan.Menghasil dan menilai tindakan alternatif yang patut diambil.Menghasil pelan terpilih yang bentuknya mungkin mengandungi kenyataan dasar atau strategi di samping pelan yang muktamad.

  • Pengertian dan Konsep PembangunanSunkel (1977), pembangunan melibatkan proses pemindahan atau tranformasi daripada satu keadaan kepada satu keadaan lain yang dianggap lebih baik. Meier (1964), Higgins (1959) dan Ness (1967) melihat pembangunan dalam konteks pertambahan Keluaran Negara Kasar, pertambahan pendapatan sebenar per kapita dan lain-lain yang berlaku berterusan dan dikekalkan untuk jangka masa panjang.

  • Tadaro (1977) - proses menyusun dan mengorientasikan semula sistem ekonomi dan sosial.Syed Husin Ali (1976) - pembangunan ekonomi bertujuan untuk menaikkan taraf hidup ekonomi sebahagian besar masyarakat .Seers (1979) - pembangunan boleh ditunjukkan dengan melalui terhapusnya kemiskinan, kurangnya jumlah pengangguran dan rapatnya jurang ketaksamaan. Kemiskinan, pengangguran dan ketaksamaan ini secara lazimnya merupakan ciri-ciri Negara Dunia Ketiga.

  • Ukuran Pembangunan Kadar kemiskinan. Jumlah pengangguran. Perbezaan jurang pendapatan atau ketaksamaan agihan ekonomi antara kaum. Penguasaan teknologi.Kemudahan awam.Tahap pendidikan.Tahap kesihatan.