Kuliah 2

52
GIS 3173 ILMU-ILMU AL- QURAN Zulkifli bin Mohd [email protected] 019-9856466 PENULISAN, PENGUMPULAN & PENYUSUNAN AL-QURAN

Transcript of Kuliah 2

Page 1: Kuliah 2

GIS 3173ILMU-ILMU AL-QURAN

Zulkifli bin [email protected]

PENULISAN, PENGUMPULAN & PENYUSUNAN

AL-QURAN

Page 2: Kuliah 2

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS Selepas mengikuti kursus ini dengan jayanya,

pelajar dapat:1. menghuraikan sejarah penulisan,

pengumpulan dan penyusunan al-Quran;2. mengenalpasti faktor-faktor yang

mendorong pengumpulan al-Quran di zaman Abu Bakar dan Uthman;

3. membezakan antara pengumpulan al-Quran di zaman Abu Bakar dan di zaman uthman;

4. menjelaskan ciri-ciri al-Quran Rasm Uthmani.

Page 3: Kuliah 2

TAJUK-TAJUK PERBINCANGAN

i. Pengumpulan & Penulisan al-Quran di zaman nabi SAW

ii. Pengumpulan al-Quran di zaman Abu Bakar

iii.Pengumpulan al-Quran di zaman Uthman

iv.Penulisan al-Quran selepas zaman Khulafa’ Rasyidin

v. Susunan ayat dan surah al-Quranvi.Rasm Uthmani

Page 4: Kuliah 2

PENGUMPULAN & PENULISAN AL-QURAN DI ZAMAN NABI

SAW

Page 5: Kuliah 2

Pengumpulan al-Quran (Hafazan)

Page 6: Kuliah 2

Penulisan al-Quran

Page 7: Kuliah 2

… Al-Quran ditulis di atas pelepah tamar,

kulit binatang, tulang dan batu. Penulis al-Quran dalam kalangan

sahabat-sahabat yang terkenal: Ali bin Abi Talib, Mu‘awiyah bin Abi Sufiyan, Abdullah bin Mas‘ud, Ubay bi Ka‘ab, Zaid bin Thabit dll…

Kesimpulan: Nabi SAW wafat – al-Quran terhimpun dalam dada para huffaz dan ditulis oleh para sahabat terkenal (tidak dalam bentuk satu mushaf tersusun).

Page 8: Kuliah 2

Faktor-faktor Al-Quran Tidak Dikumpul dalam Satu Mushaf Tersusun Wahyu masih turun di zaman Nabi (dalam

tempoh 23 Tahun) Kekurangan kemudahan peralatan menulis Pergantungan kepada hafazan (majoriti orang

Arab tidak tahu membaca dan menulis “ummiyyun”)

[al-Jumu‘at: 2]

Page 9: Kuliah 2

PENGUMPULAN AL-QURAN DI ZAMAN ABU

BAKAR

Page 10: Kuliah 2

Faktor Pengumpulan Al-Quran di Zaman Abu BakarIdea pengumpulan al-Quran diajukan oleh Umar bin al-Khattab.

Syahidnya 70 orang Huffaz dalam perang al-Yamamah (12H).

Abu Bakar memerintah Zaid bin Thabit mengumpul al-Quran.

Page 11: Kuliah 2

Pelaksanaan Pengumpulan al-Quran Tugas mengumpul al-Quran diserahkan

kepada Zaid bin Thabit dan Umar bin al-Khattab.

Zaid bin Thabit mengumpul al-Quran daripada hafazan dan tulisan para sahabat, serta disalin dalam bentuk mushaf“Mushaf Abu Bakar”. Setiap ayat dihimpun dan disusun mengikut surahnya tersendiri. Namun surah-surah belum lagi tersusun sebagaimana mushaf al-Quran di zaman Uthman.

Page 12: Kuliah 2

…Mushaf ini berada dalam simpanan

Abu Bakar, sehinggalah beliau meninggal dunia. Kemudian disimpan oleh Umar. Selepas itu disimpan oleh Hafsah.

Selain itu ada juga sahabat yang menulis dan menyalin al-Quran dalam bentuk mushaf tersendiri. Antaranya: Mushaf Ali, Mushaf Ubay bin Ka’ab, Mushaf Abdullah bin Mas’ud.

Page 13: Kuliah 2

Keistimewaan Pengumpulan al-Quran di Zaman Abu Bakar Ditulis dan disalin dalam satu mushaf. Ayat-ayat yang dikumpul dan disalin adalah ayat-ayat

al-Quran yang disepakati oleh semua sahabat secara mutawatir.

Menghimpunkan 7 versi huruf al-Quran sebagaimana yang diturunkan kepada nabi SAW.

Ayat-ayat al-Quran disusun mengikut surahnya tersendiri sebagaimana yang terdapat dalam mushaf al-Quran yang ada pada hari ini (surah belum lagi tersusun).

Pengumpulan al-Quran melalui proses saringan yang cukup teliti dan cermat.

Ayat-ayat yang dinasakhkan bacannya daripada al-Quran ditiadakan.

Page 14: Kuliah 2

Riwayat al-Bukhari daripada Zaid bin Thabit:“Abu Bakar mengirim surat kepadaku menceritakan tentang mereka yang terbunuh dalam perang Yamamah. Ketika aku datang berjumpanya, aku dapati Umar berada disampingnya. Lantas Abu Bakar berkata kepadaku: Umar datang menemuiku dan berkata: Sesungguhnya ramai para Qurra’ (huffaz) yang telah syahid dalam peperangan Yamamah. Aku bimbang jika para Qurra’ yang masih hidup kelak akan terbunuh dalam peperangan, dan ini akan mengakibatkan hilangnya sebagian besar daripada al-Quran, kecuali jika engkau segera mengumpulkannya. Lalu aku bertanya kepada Umar: Bagaimana mungkin aku melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW? Lantas Umar menjawab: Demi Allah ia adalah sesuatu yang baik. Umar mengulangi cadangannya beberapa kali, hinggalah Allah melapangkan dadaku. Dan aku bersetuju dengannya.

Page 15: Kuliah 2

…Zaid berkata: Umar duduk di sisi Abu Bakar dan tidak berkata apa. Lalu Abu Bakar berkata kepadaku: Sesungguhnya engkau adalah seorang lelaki yang masih muda lagi berakal (cerdas) dan kami tidak merasa ragu (akan agamamu). Bahkan engkau pernah menulis al-Quran untuk Rasulullah. Justeru itu, hendaklah engkau cari dan kumpul al-Quran. (Akupun berkata): Demi Allah sekiranya aku diperintahkan untuk memindahkan sebuah gunung daripada gunung-gunung yang ada, tidaklah ia terlebih berat ke atas diriku daripada perintah mengumpul al-Quran. Lalu aku berkata kepada mereka berdua: Bagaimana mungkin kamu berdua melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah? Berulangkali aku mempersoalkan cadangannya itu, sehinggalah Allah melapangkan dadaku sebagaimana Dia melapangkan dada Abu Bakar dan Umar. Lantas aku melaksanakannya dengan mencari dan mengumpul al-Quran yang tertulis di atas pelepah tamar, kulit binatang dan batu serta yang dihafal oleh para sahabat. Lembaran-lembaran (mushaf) al-Quran yang dikumpul itu disimpan oleh Abu Bakar sehinggalah Allah mematikannya. Kemudian disimpan oleh Umar sehinggalah Allah mematikannya. Seterusnya ia disimpan oleh Hafsah binti Umar”.

Page 16: Kuliah 2

Riwayat Ibn Abi Daud:

“Abu Bakar berkata kepada Umar dan Zaid: Duduklah kamu berdua di pintu masjid. Sesiapa yang mendatangi kamu dengan membawa dua orang saksi tentang sesuatu ayat daripada al-Quran, maka hendaklah kamu catatkannya”

Page 17: Kuliah 2

Riwayat al-Layth bin Saad:“Orang pertama yang mengumpul al-Quran ialah Abu Bakar yang ditulis dan disalin oleh Zaid. Orang ramai datang menemui Zaid (untuk memaklumkan ayat-ayat al-Quran yang mereka miliki). Zaid tidak akan menulis satu ayatpun (daripada mereka) kecuali setelah disaksikan oleh dua orang saksi yang adil. Dan ayat terakhir dari surah al-Bara‘ah (al-Taubah) tidak ada kecuali ada bersama Abu Khuzaimah bin Thabit. Zaid berkata: Tulislah ayat tersebut, kerana Rasulullah menjadikan kesaksiannya menyamai dua orang saksi. Lalu ayat tersebut ditulis dan disalin. Ketika Umar datang membawa ayat al-Rajm, ayat tersebut tidak ditulis dan disalin kerana Umar berseorangan (tidak bersama orang lain sebagai saksi)”.

Page 18: Kuliah 2

PENGUMPULAN AL-QURAN

DI ZAMAN UTHMAN

Page 19: Kuliah 2

Faktor Pengumpulan al-Quran di Zaman UthmanIdea pengumpulan al-Quran di zaman Uthman dikemukakan oleh Huzaifah bin al-Yaman.

Faktor = Berlaku perbezaan bacan al-Quran dalam kalangan umat Islam sehingga menimbulkan fitnah.

Page 20: Kuliah 2

Riwayat al-Bukhari daripada Anas bin Malik:

“Ketika Huzaifah bin al-Yaman memimpin pasukan tentera Islam di Wilayah Syam dalam misi pembukaan Armenia, Azerbaijan bersama penduduk Iraq, beliau mendapati terdapat perbezaan bacaan al-Quran yang amat ketara dalam kalangan mereka. Beliau mengadap Khalifah Uthman untuk memaklumkannya, lalu berkata kepadanya: Wahai Amirul Mukminin! Perhatikanlah umat ini sebelum mereka berselisih dalam urusan kitab ini (al-Quran) sebagaimana perselisihan yang berlaku dalam kalangan Yahudi dan Nasrani (terhadap kitab-kitab mereka). Uthman menghantar utusan kepada Hafsah memohon beliau menyerahkan mushaf al-Quran yang disimpannya. Setelah itu beliau mengarahkan Zaid bin Thabit, Abdullah bin al-Zubair, Said bin al-’As dan Abdul Rahman bin al-Harith untuk menyalinnya semula ke dalam beberapa mushaf.

Page 21: Kuliah 2

…Uthman berkata kepada tiga lelaki Quraish (Abdullah bin al-Zubair, Said bin al-’As dan Abdul Rahman bin al-Harith): Apabila berlaku perselisihan antara kamu dengan Zaid bin Thabit tentang penulisan al-Quran, maka tulislah dengan dailek Quraish – kerana al-Quran diturunkan mengikut dailek mereka. Setelah al-Quran selesai disalin, mushaf al-Quran yang disimpan oleh Hafsah diserahkan kembali kepadanya. Setelah itu, Uthman mengarahkan mushaf-mushaf al-Quran yang telah disalin itu dihantar ke setiap wilayah di bawah pemerintahan Islam. Setelah itu beliau memerintahkan agar salinan-salinan atau mushaf al-Quran yang lain daripada mushaf-mushaf yang dikirimkan itu dibakar…”

Page 22: Kuliah 2

Pelaksanaan Pengumpulan al-Quran Uthman melantik sebuah jawatankuasa yang

dianggotai Zaid bin Thabit, Abdullah bin al-Zubair, Said bin al-‘As dan Abdul Rahman bin al-Harith untuk melaksanakannya.

Salinan semula al-Quran (Mushaf Rasm Uthmani) diambil daripada Mushaf Abu Bakar yang disimpan oleh Hafsah.

6 salinan = Mushaf al-Kufi, Mushaf al-Basri, Mushaf al-Syami, Mushaf al-Makki, Mushaf al-Madani al-‘Am dan Mushaf al-Madani al-Khas (Mushaf al-Imam disimpan oleh Uthman untuk dirinya sendiri).

Page 23: Kuliah 2

Keistimewaan Pengumpulan al-Quran di Zaman Uthman Tulisan al-Quran masih mengekalkan 7 versi

huruf, namun bila berlaku pertikaian, huruf yang ditulis adalah dalam dailek Quraish.

Ayat-ayat yang disalin adalah ayat-ayat al-Quran yang sabit secara mutawatir (yang dinasakhkan bacaannya atau yang tidak sabit secara mutawatir tidak ditulis).

Ayat dan surah al-Quran disusun sebagaimana yang terdapat dalam mushaf al-Quran pada hari ini.

Tiada tanda bacaan (titik dan baris).

Page 24: Kuliah 2
Page 25: Kuliah 2

PENULISAN AL-QURAN

SELEPAS ZAMAN KHULAFA’ RASYIDIN

Page 26: Kuliah 2

Zaman Pemerintahan Bani Umayyah Meletakkan titik bacan pada kalimah @ huruf

(dabt al-Mushaf @ nuqtah al-i‘rab) = baris atas, depan, bawah, @ tanwin. Usaha ini dilakukan oleh Abu al-Aswad al-Du‘ali semasa pemerintahan Khalifah Muawiyah bin Abi Sufyan.

Meletakkan titik pada huruf (nuqtah al-i‘jam) = bagi membezakan antara huruf-huruf yang mempunyai persamaan dari sudut penulisan (ba, ta, ya @ sin, syim) dll … Usaha ini dilakukan oleh Nasr bin ‘Asim dan Yahya bin Ya‘mur semasa pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan dengan bantuan al-Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi.

Page 27: Kuliah 2

Nuqtah al-I‘rab oleh Abu al-Aswad al-Du’ali

Page 28: Kuliah 2
Page 29: Kuliah 2
Page 30: Kuliah 2
Page 31: Kuliah 2

Zaman Pemerintahan Bani AbbasiyyahProses penambahbaikan terhadap tanda

bacaan yang dilakukan di zaman pemerintahan Bani Umayyah. Usaha ini dilakukan oleh al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi.

Penulisan tanda @ simbol bacaan dan perletakan titik pada huruf-huruf dalam mushaf al-Quran (Mushaf Uthmani) inilah yang terdapat dalam mushaf al-Quran yang ada dalam kalangan umat Islam hari ini.

Page 32: Kuliah 2

SUSUNAN AYAT DAN SURAH

AL-QURAN

Page 33: Kuliah 2

Penyusunan ayat dalam surah-surah al-Quran adalah perkara tauqifi (berdasarkan arahan daripada Nabi SAW), bukan ijtihadi.

Page 34: Kuliah 2

Maksudnya: Daripada Umar, beliau berkata: Tiada sesuatu yang lebih banyak aku minta daripada nabi SAW kecuali (ayat) al-Kalalah, sehingga nabi mencucuk jari-jari baginda ke dadaku. Lalu baginda bersabda: Tidakkah memadai bagimu ayat al-Saif yang terletak di akhir surah al-Nisa’. (Hadis riwayat Muslim; 1617)

Page 35: Kuliah 2

Maksudnya: Daripada Ibn al-Zubair berkata: Aku bertanya kepada Uthman: (Ayat al-Quran) … dalam surah al-Baqarah: 240 telah dinasakhkan oleh ayat yang lain, lalu kenapa engkau menulisnya (kembali) serta tidak engkau tinggalkannya? Uthman berkata: Wahai anak saudaraku, aku tidak akan mengubah sesuatu darinya (ayat tersebut) yang telah ada ditempatnya itu. (Hadis riwayat al-Bukhari)

Page 36: Kuliah 2

Maksudnya: “Daripada Abu al-Darda’secara marfu’: Sesiapa yang menghafal 10 ayat permulaan surah al-Kahfi, akan terpelihara daripada al-Dajjal. Dalam riwayat yang dengan lafaz: Sesiapa yang membaca 10 ayat terakhir dari surah al-Kahfi …” (Hadis riwayat Muslim)

Page 37: Kuliah 2

Dan hadis-hadis lain yang menyatakan bahawa Nabi SAW membaca surah-surah tertentu ketika solat, antaranya:

Hadis riwayat al-Bukhari: Nabi membaca surah al-A‘raf dalam solat maghrib.

Hadis riwayat Muslim: Nabi membaca surah al-Jumu’ah dan al-Munafiqun dalam solat Jumaat.

Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim: Nabi membaca surah al-Sajadah dan al-Insan dalam solat subuh pada hari Jumaat.

Page 38: Kuliah 2

BILANGAN AYAT, SURAH & JUZUK

AL-QURAN

Page 39: Kuliah 2

ITEM BILANGAN

KAEDAH PENENTUAN

PANDANGAN ULAMA

Juzuk 30 Ijtihadi -

Surah 114 Tauqifi Ittifaq

Ayat 6236 Tauqifi Khilaf

Page 40: Kuliah 2

Terdapat pandangan yang mengatakan bilangan ayat-ayat al-Quran ialah 6666 ayat. Pandangan ini tersebar luas dalam kalangan masyarakat Islam di nusantara ini.

Page 41: Kuliah 2

Perbezaan Pandangan Ulama dalam Menentukan Bilangan Ayat al-Quran

GOLONGAN ULAMA

BILANGAN RIWAYAT (TOKOH QURRA’)

Madinah (I) 6217 Nafi‘

Madinah (II) 6214 WarasyMekah 6210 Ibn KathirBasrah 6204 ‘AsimDamsyiq (Syam)

6226 Ibn ‘Amir

Kufah 6236 Hamzah

Page 42: Kuliah 2

…Persamaan: Para ulama fawasil

(penetapan sempadan antara ayat) sepakat bahawa bilangan ayat al-Quran adalah > 6200 ayat.

Perbezaan adalah pada menentukan jumlah lebihan tersebut.

Punca perbezaan: Perbezaan dalam menentukan basmalah sebahagian daripada ayat al-Quran atau tidak dan indikator persempadanan antara ayat.

Page 43: Kuliah 2

Contoh:

Surah al-Fatihah: 7 ayat (Basmalah salah satu

ayat daripada al-Fatihah)6 ayat (Basmalah bukan ayat

daripada al-Fatihah)

Surah al-Ikhlas:4 ayat ( يولد ولم يلد (satu ayat لم5 ayat ( . يولد ولم يلد (dua ayat لم

Page 44: Kuliah 2

RASM UTHMANI

Definisi Rasm al-Quran = Kaedah penulisan struktur perkataan dan huruf al-Quran. Terdapat 2 kaedah penulisan al-Quran:

• Kaedah qiyasi• Penulisan mengikut pertuturanRASM

IMLA’I• Kaedah penulisan al-Quran di

zaman Uthman• Kaedah-kaedah tertentu berbeza

daripada kaedah imla’iRASM

UTHMANI

Page 45: Kuliah 2

Perbezaan antara Rasm Uthmani & Rasm Imla’i

باسالعالم

مين

الصراط

مالك

Page 46: Kuliah 2

Kaedah Rasm UthmaniBil.

Kaedah Keterangan

1 الحذف Membuang atau menggugurkan huruf (alif, waw, ya, lam, nun) daripada struktur perkataan

2 الزيادة Menambah huruf (alif, waw, ya) pada struktur perkataan, tetapi tidak berfungsi semasa bacaan

3 البدل Mengganti atau menukar huruf tertentu kepada huruf lain pada struktur perkataan (alif – waw; alif – ya; sin – sad; nun – alif; ta’ marbutah – ta’ maftuhah)

Page 47: Kuliah 2

…Bil.

Kaedah Keterangan

4 الوصل والفصل

Wasl = menyambung @ menggabungkan 2 perkataan yang sepatutnya diasingkan @ dipisahkanFasl = memisahkan atau menceraikan 2 perkataan yang sepatutnya ditulis bersambungan

5 الهمز Kaedah menulis huruf hamzah @ reka bentuk hamzah (bulatan • untuk hamzah tashil; kepala huruf ‘ain ء untuk hamzah tahqiq

6 ما فيه قراءتان رسم بواحد منهما

Menulis perkataan yang mempunyai 2 bentuk qiraat (bacaan) dengan satu bentuk sahaja.

Page 48: Kuliah 2

Contoh:Hazaf

alif2 bentuk qiraat ditulis dengan satu bentuk

Badal sin – sad

Hamzah tahqiq

Page 49: Kuliah 2
Page 50: Kuliah 2

Hazaf lam

Badal alif - waw

Wasl

Page 51: Kuliah 2

Ziadah waw

2 bentuk qiraat ditulis dengan satu bentuk sahaja

Page 52: Kuliah 2

SEKIANTerima kasih