Kuliah 25 Teori Super

21
TEORI PEKEMBANGAN KERJAYA SUPER Oleh : AZMI B. ABDUL HAMID Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Tuanku Bainun

description

Kuliah 25 Teori Super

Transcript of Kuliah 25 Teori Super

TEORI PEKEMBANGAN KERJAYA SUPER

Oleh :

AZMI B. ABDUL HAMIDJabatan Ilmu Pendidikan

IPG Kampus Tuanku Bainun

LATAR BELAKANG TEORI

Teori perkembangan kerjaya super diperkenalkan oleh Donald E. Super.Teori ini dipengaruhi oleh Teori Perkembangan Kerjaya Ginsberg, malahan teori ini adalah kembangan daripada Teori GinzbergSebuah teori perkembangan kerjaya atau teori pendekatan prosesTeori ini memberi fokus kepada konsep kendiri individu yang dikenali sebagai konsep kendiri kerjaya

PERKEMBANGAN KONSEP KENDIRI

Pembentukan konsep kendiri iaitu satu proses apabila individu melihat perbezaan dirinya dengan orang lainMenterjemah konsep kendiri iaitu menterjemah konsep kendiri ke dalam istilah pekerjaanPelaksanaan konsep kendiri iaitu keperluan latihan profesional bagi satu-satu kerjaya yang telah dipilih

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KERJAYA

Faktor ekonomi: termasuk edaran perdagangan, perubahan teknologi dan peperanganFaktor sosial: termasuk status sosio-ekonomi, taraf pendidikan, kewarganegaraan, bangsa, agama dan jantinaFaktor psikologi: Termasuk warisan biologi, kecerdasan, bakat istimewa dan nilai

PERINGKAT PERKEMBANGAN KONSEP KENDIRI

Peringkat pertumbuhan Peringkat penerokaan Peringkat pengukuhan Peringkat pengekalan Peringkat penurunan

PERINGKAT PERTUMBUHAN

Umur antara 0 hingga 14 tahunDicirikan dengan individu membentuk konsep kendiri dengan membandingkan dirinya dengan orang lainKonsep kendiri ialah bagaimana individu melihat dan menilai dirinya sendiri

PERINGKAT PENEROKAAN

Umur antara 15 hingga 24 tahunDicirikan dengan individu meneroka diri iaitu meneroka kekuatan dan kelemahan diri atau meneroka potensi diriIndividu mula mengenali dunia pekerjaan

PERINGKAT PENGUKUHAN

Umur antara 24 hingga 44 tahunDicirikan dengan individu cuba mendapatkan suatu konsep kendiri kerjaya yang lebih terjaminIndividu sudah terlibat dalam pekerjaan

PERINGKAT PENGEKALAN

Umur antara 45 hingga 64 tahunDicirikan dengan individu telah kukuh kedudukannya dan akan mengekalkan konsep kendirinyaKedudukan individu dalam kerjaya sudah kukuh misalnya sebagai ketua pengarah, pengarah, ketua jabatan, pengetua, guru kanan dan guru pakar

PERINGKAT PENURUNAN

Umur 65 tahun ke atasDicirikan dengan individu kekurangan tenagaIndividu menukar konsep kendiri kepada konsep kendiri yang lebih sesuaiPencen atau terlibat dengan pekerjaan baru yang lebih sesuai

EDARAN MAXI DAN EDARAN MINI

Edaran maxi adalah edaran perkembangan konsep kendiri yang utama iaitu pertumbuhan, penerokaan, pengukuhan, pengekalan dan penurunanEdaran mini adalah edaran kecil yang berlaku dalam edaran utama

PERTUMBUHAN

PENEROKAAN

PENGUKUHAN

PENGEKALAN

PENURUNAN

EDARAN MAXI DAN EDARAN MINI

RUMUSAN UTAMA TEORI PERKEMBANGAN KERJAYA SUPER

Manusia berbeza-beza daripada segi kebolehan, minat dan personalitinyaOleh kerana ciri-ciri ini, setiap individu berkelayakan untuk melakukan beberapa jenis pekerjaanTiap-tiap pekerjaan memerlukan corak-corak tertentu kebolehan, minat dan tret-tret personaliti; namun dengan tolerensi yang agak luas membenarkan beberapa jenis pekerjaan untuk setiap individu dan beberapa jenis individu dalam setiap pekerjaan

… Sambun

gan

Pemilihan kerjaya dan kecekapan, situasi di mana individu tinggal dan bekerja serta konsep kendiri individu berubah mengikut masa dan pengalaman, menjadikan proses pemilihan dan penyesuaian sebagai satu proses yang berterusan

Proses perubahan dan perkembangan ini bolehlah dikatakan sebagai peringkat-peringkat kehidupan yang dikategorikan sebagai peringkat pertumbuhan, penerokaan, pengukuhan, pengekalan dan penurunan

… Sambun

gan

Corak semulajadi kerjaya iaitu peringkat pekerjaan yang dicapai dan urutannya, kekerapan serta jangkamasa kerja percubaan dan tetap adalah ditentukan oleh aras sosio-ekonomi ibu bapa, kebolehan mental, ciri-ciri personaliti dan peluang-peluang yang terdedah kepada individu

… Sambun

gan

Perkembangan dalam peringkat kehidupan boleh dibimbing sebahagian besarnya dengan mempercepatkan proses kematangan, kebolehan dan minat dan sebahagiannya lagi dengan membantu pengujian realiti dan perkembangan konsep kendiri individu

… Sambun

gan

Proses perkembangan kerjaya sebenarnya adalah proses pembentukan dan perlaksanaan konsep kendiri. Ia adalah satu proses kompromi di mana konsep kendiri adalah hasil daripada interaksi kecenderungan, warisan sistem neural dan endokrin, peluang-peluang untuk memainkan beberapa peranan dan penilaian mengenai sejauhmana hasil peranan dipersetujui oleh ketua dan rakan sekerja

… Sambun

gan

Proses kompromi antara individu dengan faktor-faktor sosial dan antara konsep kendiri dengan realiti adalah satu main peranan; sama ada peranan yang dimainkan itu secara khayalan seperti yang berlaku dalam temuduga kaunseling atau dalam aktiviti kehidupan sebenar seperti di dalam kelas di sekolah, di kelab-kelab pekerjaan sama ada pekerjaan separuh masa atau pekerjaan tetap

Kepuasan kerja dan kepuasan hidup bergantung kepada sejauhmana individu memperoleh jalan keluar yang mencukupi untuk menyalurkan kebolehannya, minatnya, tret-tret personalitinya serta nilai-nilainyaJuga bergantung kepada kemantapan dalam sesuatu jenis pekerjaan, situasi kerja dan cara kehidupan di mana ia boleh memainkan beberapa peranan yang dianggap olehnya sepadan dan sesuai dengan pertumbuhan dan pengalaman penjelajahannya

… Sambun

gan

huuh…lega…dah abih…