Kump 10 - Pecahan NEW

download Kump 10 - Pecahan NEW

of 5

description

RPH Matematik Tahun 4 KSSR 2014

Transcript of Kump 10 - Pecahan NEW

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK TAHUN 4

TajukNOMBOR DAN OPERASI

Topik7 Pecahan

Standard Kandungan7.1 Pecahan tak wajar dan nombor bercampur.

Standard Prestasi7.1 (i) Mengenal, menamakan dan menulis pecahan tak wajar dan nombor bercampur yang penyebutnya hingga 10 dengan menggunakan:(a) objek;(b) gambar rajah.

Masa60 minit

EMKKreativiti dan Inovasi dan TMK.

A. Objektif Pembelajaran:-Pada akhir sesi pdp murid-murid dapat:i. Mengenal, menamakan dan menulis pecahan tak wajar dan nombor bercampur yang penyebutnya hingga 10 dengan menggunakan:(a) objek;(b) gambar rajah.

B. Pendekatan1) Kontekstual; 2) Konstruktivisme; 3) Kemahiran Berfikir.

C. Kaedah Pengajaran1) Simulasi; 2) Eksposisi; 3) Permainan; 4) Latih Tubi.

C. Kemahiran Berfikir1) Menyelesaikan Masalah; 2) Menghubungkait.

E. Bahan Pengajaran1) Lembaran Kerja; 2) Kad Pecahan; 3) Slaid Power Point.

F. Alatan1) LCD; 2) Komputer; 2) Papan Putih; 3) Pen Marker; 4) Kertas Mahjong.

G. Penilaian1. Interaksi Secara Lisan.2. Perbincangan Hasil Kerja.

FasaCadangan AktivitiCadangan Komunikasi

1. Persediaan

Pemerhatian dan Analisis.1. Guru memaparkan di papan putih slaid seperti di bawah.

2. Guru memilih murid secara rawak dan meminta mereka menyatakan pecahan wajar dari paparan tersebut.

Persediaan murid :Murid telah diminta untuk mengulangkaji tajuk pecahan yang telah dipelajari pada tahun 3.3. Dialog guru: Bolehkah kamu nyatakan satu pecahan wajar dari paparan di depan? Guru mengingatkan murid murid bahawa pecahan wajar adalah nilai pengangka lebih kecil dari nilai penyebut.1. Murid akan memerhatikan paparan dan cuba untuk mengimbas kembali konsep pecahan yang telah dipelajari pada tahun 3.

2. Murid murid yang telah dipilih akan bangun dan menyatakan pecahan wajar dari paparan tersebut.

ImaginasiPenjanaan Idea

Sintesis Idea

1. Guru membawa 2 biji kek ke dalam kelas.2. Guru membahagikan kek itu kepada 4 bahagian yang sama besar.

3. Guru memberikan 3 potongan kek itu kepada murid.

4. Guru membimbing murid menyatakan bahagian kek yang ada di atas meja dalam bentuk pecahan iaitu .

Bolehkah kamu nyatakan pecahan bagi kek kek ini?

5. Guru menegaskan bahawa nilai pecahan tersebut bukannya .

6. Guru menerangkan bahawa pecahan yang mempunyai nilai pengangka yang lebih besar dari nilai penyebut adalah pecahan tak wajar.

7. Guru membimbing murid menulis nilai pecahan tersebut dalam bentuk perkataan.

Lima perempat

Bolehkan kamu baca nilai pecahan ini?

8. Guru membimbing murid menyatakan bahawa adalah sama dengan . = 1

Oleh itu = 1 .

9. Nombor bercampur pula ialah gabungan nombor bulat dan pecahan.

10. Guru menayangkan video penukaran pecahan tak wajar kepada nombor bercampur untuk lebih kefahaman kepada murid murid.

11. Guru membimbing murid memberikan beberapa contoh pecahan tak wajar dan nombor bercampur yang lain.

1. Murid menyatakan secara lisan bahagian kek di atas meja, iaitu 5 bahagian.

2. Murid memahami konsep bahawa hanya pengangka yang akan di tambah dan penyebut akan kekal.

3. Murid akan memahami konsep pecahan tak wajar.

4. Murid akan menulis nilai pecahan tersebut dalam buku tulis.

5. Murid murid akan membaca nilai pecahan tersebut.

6. Murid murid akan memahami konsep nombor bercampur.

7. Murid-murid menamakan pecahan tak wajar dan nombor bercampur sepertiyang diminta.

PerkembanganPenambahbaikanPermainan Kenali Pecahan Saya

Arahan Permainan :1) Guru akan membahagikan murid murid kepada kumpulan kumpulan kecil.

2) Setiap kumpulan akan diberikan dengan sekeping kad manila dan pen marker.

3) Dalam masa yang ditetapkan, setiap kumpulan dikehendaki menulis seberapa banyak pecahan tak wajar dan nombor bercampur yang sepadan berdasarkan beza antara pengangka dan penyebut sepertia) Beza 1 pusingan 1b) Beza 2 pusingan 2c) Beza 3 pusingan 3d) Beza 4 pusingan 4dengan syarat kedua-dua pengangka dan penyebut mestilah terdiri daripada nombor ganjil. 4) Masa yang diberikan kepada setiap kumpulan ialah 2 minit. 5) Kumpulan yang mendapat paling banyak jawapan yang betul akan dikira sebagai pemenang.

1. Murid murid akan bergerak ke dalam kumpulan masing masing.

2. Murid murid akan berbincang dalam kumpulan dan menuliskan jawapan mereka di atas kertas yang diberikan.

Tindakan1) Guru memilih murid secara rawak untuk menjawab soalan yang dipaparkan. ( Rujuk slaid 1).

2) Murid yang berjaya menjawab dengan betul akan diberikan ganjaran berupa sebatang pensel 2B.3) Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.1) Murid menjawab soalan yang dipaparkan.

2) Murid menyelesaikan lembaran kerja yang diedarkan.

Pentaksiran 1) Pemerhatian.2) Lembaran Kerja.

Nilai dan sikapKerjasama dalam kumpulan.

Refleksi murid berjaya memahami objektif pembelajaran yang dirancangkan, alhamdulillah.