Kurikulum_2015

8
Minit Mesyuarat Kurikulum Yang Pertama Sesi 2015 Tarikh :29.12.2014( Isnin) Masa :11.00 pagi Tempat :Bilik Pemulihan Kehadiran : 1. Pn.V.Buvanasvari PPT.(Guru besar) 2.En.M.Krishnan (PK 1.Pentadbiran) 3.Pn.S. Rajeswary (PK HEM) 4..En.M.S.Sathiaseelan (PK KoKu) 5.Pn.K.Selvamalar 6.Pn.Vishaletchumi 8..Cik.X.Anitha 9. 2.Cik.K.Ushadevi 10.Cik.S.Logeswary 11.En.V.Sathish 12.Pn.M.Gouri 13.Pn.S.Kalaiselvi 14.Pn.S.Nirmala 15.Pn.Mugunthany 16.Pn.Lavanyah 17.Pn.Nagaletchumi 18.En.Kumaresan

description

Baca dan fahamai

Transcript of Kurikulum_2015

Page 1: Kurikulum_2015

Minit Mesyuarat Kurikulum Yang Pertama Sesi 2015

Tarikh :29.12.2014( Isnin)

Masa :11.00 pagi

Tempat :Bilik Pemulihan

Kehadiran : 1. Pn.V.Buvanasvari PPT.(Guru besar)

2.En.M.Krishnan (PK 1.Pentadbiran)

3.Pn.S. Rajeswary (PK HEM)

4..En.M.S.Sathiaseelan (PK KoKu)

5.Pn.K.Selvamalar

6.Pn.Vishaletchumi

8..Cik.X.Anitha

9. 2.Cik.K.Ushadevi

10.Cik.S.Logeswary

11.En.V.Sathish

12.Pn.M.Gouri

13.Pn.S.Kalaiselvi

14.Pn.S.Nirmala

15.Pn.Mugunthany

16.Pn.Lavanyah

17.Pn.Nagaletchumi

18.En.Kumaresan

Page 2: Kurikulum_2015

1.0-.Ucapan aluan

1.1-GPK 1.En.M.Krishnan mengalu-alukan dan mengucapkan salam sejahtera kepada semua guru yang menghadiri mesyuarat kurikulum yang pertama bagi sesi 2015.

1.2-Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang memberi kerjasama yang membanggakan dalam program dan aktiviti bidang kurikulum yang dilaksanakan sepanjang 2014.

2.0-Ucapan Gurubesar

2.1-Guru besar Pn.V.Buvanasvary memberitahu bahawa beliau amat gembira dengan pencapaian akademik UPSR 2014 serta memuji semua guru atas daya usaha yang membanggakan.

2.2-Beliau juga meminta semua guru agar meneruskan lagi usaha serta sokongan bersepadu bagi mempertingkatkan pencapaian murid serta sekolah pada masa akan datang.

2.3-Beliau juga memberitahu bahawa pada masa kini tenaga guru tidak mencukupi, sekolah memerlukan dua orang guru lagi mengikut jumlah waran guru yang ditetapkan .Sejurus itu, guru-guru diminta memahami serta memberi komitmen mengikut keadaan yang sedia ada.

2.4-Beliau juga memberitahu bahawa mengikut pegawai daerah , kemungkinan besar masalah kekurangan guru tersebut akan diselesaikan pada akhir bulan Januari.

2.5-Beliau juga memberitahu bahawa Program SISC yang dijalankan bagi matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan diperluaskan lagi pada sesi 2015.

2.6-Beliau juga memberitahu bahawa kadar lawatan dan pemantauan pegawai-pegawai SISC daerah akan ditambahkan lagi bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru.

-Makluman semua guru

3.0 Agenda Perbincangan

3.1-Analisa UPSR 2014

3.1.1-GPK 1.En.M.Krishnan memberi beberapa maklumat tentang pencapaian sekolah dalam UPSR 2014.Antaranya adalah seperti berikut:

i) Sekolah menduduki tempat ke – 14 daripada 65 buah sekolah di daerah Kinta Selatan.

ii) GPS sekolah adalah 2.12

iii) Dari segi pencapaian kuantiti sekolah menduduki tempat ke-16 daripada 65 sekolah.

iv) Dari segi pencapaian kualiti cemerlang,sekolah menduduki tempat ke -33 daripada 65 sekolah.

-Makluman semua guru

Page 3: Kurikulum_2015

3.2 –Pembentangan Carta Organisasi Dan Takwim kurikulum 2015

3.2.1-GPK 1.memberi penerangan berdasarkan carta organisasi Kurikulum 2015. Kandungannya adalah seperti berikut:

i) Jawatankuasa Induk Kurikulum

ii) Jawatankuasa Kerja Kurikulum

iii) Program dan aktiviti Kurikulum 2015

iv) Tarikh – tarikh mesyuarat Kurikulum 2015

:Mesyuarat Pertama 29.12.2015

:Mesyuarat Kedua 23.03.2015

:Mesyuarat Ketiga 22.06.2015

:Mesyuarat Keempat 29.10.2015

-lampiran disertakan bersama

-Makluman dan tindakan semua guru

3.3.- Jadualwaktu Guru

3.3.1- GPK 1.En.M.Krishnan memberitahu bahawa purata waktu yang diperuntukkan bagi setiap guru adalah 35 hingga 36 seminggu.Beliau juga menjelaskan jadualwaktu tersebut adalah bagi sementara waktu. Kemungkinan besar jumlahnya akan dikurangkan apabila masalah penempatan guru baru selesai dalam bulan Januari.

-Makluman dan tindakan semua guru

3.4-Jadual Pemantauan Guru

3.4.1-GPK 1.memberitahu bahawa pemantaun guru akan dilaksanakan seperti dijadualkan dalam takwim. Tetapi, guru besar akan memantau bila-bila masa dikehendaki.

3.4.2-Beliau juga meminta semua guru agar meneliti kriteria SKPM dan edaran PPD yang merangkumi penerangan etika guru tadi sebagai panduan perlaksanaan PDP. Antaranya yang disarankan adalah seperti berikut:

i) Perlaksanaan MMI sewaktu bertugas

ii) PDP pemusatan murid

iii) Berdiri sewaktu melaksanakan Pengajaran dalam bilik darjah.

Page 4: Kurikulum_2015

iv) Guru dikehendaki berada sepenuhnya dalam bilik darjah sewaktu perlaksaan PDP. Sekiranya berlaku sebarang kecemasan , guru yang terlibat harus meminta bantuan guru lain agar berada dalam bilik darjah tersebut.

-Makluman dan tindakan semua guru

3.5-Jadual Pencerapan Latihan Murid

3.5.1-GPK 1.meminta guru-guru agar sentiasa mengikuti jadual pencerapan latihan murid seperti dalam takwim.

3.5.2-Beliau juga meminta semua guru agar menyemak latihan murid dalam 3 hari dari tatarikh latihan diberi.

3.5.3-Beliau juga menerangkan bahawa guru ganti yang memasuki sesuatu kelas perlu mengajar matapelajaran yang sepatutnya lalu menyemak kerja atau latihan murid yang diberi mengikut kesesuaian masa.

3.5.4-Guru-guru subjek dinasihati agar mengutip kerja ataupun buku latihan murid untuk semakan. Penglibatan ketua darjah atau penolongnya dalam hal tersebut tidak digalakkan.

-Makluman dan tindakan semua guru

3.6-Latihan Dalam Perkhidmatan Guru (LDP)

3.6.1-GPK 1.memberitahu bahawa LDP akan dilaksanakan mulai bulan Januari. Tarikh-tarikh perlaksanaan akan diberitahu oleh setiausaha LDP Cik.Anitha .

3.6.2 –Beliau juga memberitahu bahawa ada bahan kursus ,CD dari PPD telahpun diterima.Sehubungan itu,bahan kursus tersebut akan disampaikan dalam LDP-LDP yang bakal dilaksanakan.

-Makluman dan tindakan semua guru

3.7-Analisa Headcount Matapelajaran 2015

3.7.1-Guru-guru subjek teras dari tahun 2 hingga 6 diminta menyediakan analisa headcount 2015 bagi subjek teras berdasarkan keputusan PKSR 2/2014.Manakala,headcount tahun 1 akan disediakan selepas Ujian Mac 2015.

3.8-PK 1. meminta semua guru serta jawatankuasa kecil yang bertanggungjawab di bawah jawatankuasa kurikulum dikehendaki merancang serta mengambil tindakan yang seharusnya dari masa ke semasa. Terutamanya program tahunan , maklumat dan data terkini serta pengemaskinian fail.Jawatankuasa-jawatan yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

Page 5: Kurikulum_2015

3.8.1 -MBMMBI

3.8.2 -LINUS

3.8.3 –KSSR

3.8.4 -PBS

3.8.5 –PROTIM

3.9-Pusat Sumber Sekolah

3.9.1- Guru besar memberitahu bahawa Pn,Visha Letchumi akan melaksanakan tugas sebagai guru media sehingga akhir bulan Januari.Manakala,Bidang tugas tersebut akan dipertanggunjawabkan kepada guru lain selepas kehadiran guru mencukupi seperti dalam waran guru 2015.

3.10- ICTL

3.10.1- PK 1.memberitahu bahawa Pn.Logeswary akan menjadi Guru Data dan Guru ICT bagi sesi 2015.Beliau akan dibantu oleh En.Satish dalam perlaksanaan dan penyelenggaran ICT sekolah.Tetapi mungkin ada perubahan selepas kehadiran guru-guru baru.

4.0- Hal-Hal lain

4.1- Pn.Visha Letchumi memberi cadangan bahawa kadar penghantaran buku latihan murid perlu dikurangkan dari setiap bulan ke dua bulan sekali.Ini kerana tindakan yang melibatkan setiap bulan merumitkan terutamanya pengutipan buku dari murid serta pemulangan buku selepas dicerap mengambil masa.

4.2-PK 1.M.Krishnan memberitahu bahawa cadangan Pn.Visha Letchumi akan dipertimbangkan dan keputusannya akan diberitahu secepat mungkin.

5.0-Ucapan Penangguhan

5.1-Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12 .30 tengah hari dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………… …………………

(Pn.K.Selvamalar )

S/U Kurikulum

Page 6: Kurikulum_2015

`