LAGU-PATRIOTIK-asha.docx

12
1. LAGU PATRIOTIK Malaysia adalah sebuah negara yang maju dan makmur. Walaupun Malaysia didiami bangsa-bangsa yang berlainan kaum tetapi rakyat masih hidup dalam keamanan. Dari Zaman Pendudukan Jepun, diikuti dengan Zaman Darurat seterusnya mencapai kemerdekaan sehingga Zaman Teknologi ini negara kita telah menghadapi pelbagai masalah yang perlu dihadapi. Walau Bagaimanapun, di bawah pemimpin- pemimpin negara kita yang bijaksana tambah dengan perpaduan rakyat yang begitu erat, masalah-masalah telah dapat diatasi. Pemimpin-pemimpin negara ini perlulah kita dihargai dan disanjungi. Kini, negara kita maju dalam pelbagai bidang. Setiap bidang telah diceburi oleh rakyat Malaysia. Itulah menunjukkan kepandaian rakyat negara kita, Malaysia. Inilah kebanggaan kita. 1.1 LAGU PATRIOTIK MALAYSIA 1.1.1 Lagu Negaru Ku 1.1.1.1 Sejarah Lagu Negara Ku Adalah dipercayai lagu Negaraku adalah diambil sempena lagu Kebangsaan Negeri Perak, iaitu yang dikenali dengan ‘Terang Bulan’. Lirik lagu ini dikatakan telah ditulis oleh seorang lelaki Peranchis yang bernama Pierre Jean de Beranger dan dibawa ke negeri Perak oleh Raja Abdullah dan liriknya diubah suai dan juga lagu ini telah diberikan nama “Allah Lanjutkan Usia Sultan“. Versi cerita kedua adalah semasa Sultan Idris Murshidul’adzam Shah (Marhum Rahmatullah) menjadi Sultan of Perak dari tahun 1887 hingga 1916, semasa pertabalan Monarki England, King Edward VII pada tahun 1901, Sultan Idris yang pada masa itu berada di England sebagai wakil

description

...............................

Transcript of LAGU-PATRIOTIK-asha.docx

Page 1: LAGU-PATRIOTIK-asha.docx

1. LAGU PATRIOTIK

Malaysia adalah sebuah negara yang maju dan makmur. Walaupun Malaysia didiami bangsa-bangsa yang berlainan kaum tetapi rakyat masih hidup dalam keamanan.

Dari Zaman Pendudukan Jepun, diikuti dengan Zaman Darurat seterusnya mencapai kemerdekaan sehingga Zaman Teknologi ini negara kita telah menghadapi pelbagai masalah yang perlu dihadapi. Walau Bagaimanapun, di bawah pemimpin-pemimpin negara kita yang bijaksana tambah dengan perpaduan rakyat yang begitu erat, masalah-masalah telah dapat diatasi. Pemimpin-pemimpin negara ini perlulah kita dihargai dan disanjungi.

Kini, negara kita maju dalam pelbagai bidang. Setiap bidang telah diceburi oleh rakyat Malaysia. Itulah menunjukkan kepandaian rakyat negara kita, Malaysia. Inilah kebanggaan kita.

1.1 LAGU PATRIOTIK MALAYSIA

1.1.1 Lagu Negaru Ku

1.1.1.1 Sejarah Lagu Negara Ku

Adalah dipercayai lagu Negaraku adalah diambil sempena lagu Kebangsaan Negeri Perak, iaitu yang dikenali dengan ‘Terang Bulan’. Lirik lagu ini dikatakan telah ditulis oleh seorang lelaki Peranchis yang bernama Pierre Jean de Beranger dan dibawa ke negeri Perak oleh Raja Abdullah dan liriknya diubah suai dan juga lagu ini telah diberikan nama “Allah Lanjutkan Usia Sultan“. Versi cerita kedua adalah semasa Sultan Idris Murshidul’adzam Shah (Marhum Rahmatullah) menjadi Sultan of Perak dari tahun 1887 hingga 1916, semasa pertabalan Monarki England, King Edward VII pada tahun 1901, Sultan Idris yang pada masa itu berada di England sebagai wakil Sultaqn-Sultan Melayu FEDERATED MALAY STATES. Apabila Sultan Idris sampai di pelabuhan Southampton, pegawai protikol kolonial telah bertanya kepada beliau tentang lagu kebangsaan Perak, pada masa itu Negeri Perak tidak mempunyai lagu Kebangsaa dan Raja Harun bin Sultan Abdullah, setiausaha sulit Sultan mengatakan mereka ada tetapi tidak membawanya dan mengatakan dia tahu lirk dan terus memberikan bunyi melalui siulannya dan pada masa itu dikatakan lagu kebangsaan Perak pertama kali dimainkan di Britain. Lagu ini telah diubahsuia oleh Felix Mendelssohn pada tahun 1947 dan dinamakan Mamula Moon atau Terang Bulan, iaitu lagu yang sama dimainkan semasa pertabalan  King Edward VII. 

Page 2: LAGU-PATRIOTIK-asha.docx

Lagu ini telah dipilih menjadi lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu oleh

Tunku Abdul Rahman pada 5 Ogos 1957. Upacara pemilihan ini berlangsung di

Dewan Polis Depoh. Sebanyak 4 buah lagu telah diperdengarkan oleh Pasukan

Pancaragam Polis Diraja. Keputusan hakim ini kemudian telah dikemukakan

kepada Majlis Raja-raja Melayu.

Bahasa Malatsia Bahasa Inggeris

Negaraku, tanah tumpahnya darahku,

Rakyat hidup, bersatu dan maju,

Rahmat Bahagia, Tuhan kurniakan,

Raja kita, selamat bertakhta.

Rahmat Bahagia, Tuhan kurniakan,

Raja kita, selamat bertakhta.

My country, the land where my blood has spilt.

The people living united and progressive,

May God bestow blessing and happiness,

May our King have a successful reign.

May God bestow blessing and happiness,

May our King have a successful reign.

Setelah dipersetujui, kerajaan telah mengeluarkan tawaran RM1,000 kepada

pengubah untuk mencipta seni katanya. Tawaran ini telah dimenangi oleh Encik

Saiful Bahri dan lagu kebangsaan 'Negaraku' gubahan beliau terdapat dalam 3

versi.

Rentak lagu Negaraku telah ditukar lebih rancak oleh Dr. Mahathir. Lagu

Negaraku baru dipersembahkan buat kali pertama pada sambutan Ambang

Merdeka di Dataran Merdeka tengah malam 30 Ogos 2003 selepas Dr. Mahathir

melaungkan "Merdeka" tujuh kali. Lirik Negaraku baru masih sama. Cuma

permulaan lagu itu perlahan seperti irama lagu Negaraku yang asal dan

pergerakannya akan berlaju.

1.1.1.2 Lirik Lagu Negaru ku

1.1.1.3 PERANAN LAGU KEBANGSAAN MALAYSIA

Peranan Lagu Kebangsaan bukan sahaja untuk membangkitkan semangat patriotik terhadap negara bahkan ianya melambangkan sosiobudaya serta mempaparkan cita-cita, hasrat dan harapan bangsa negara berkenaan. Lagu Kebangsaan Malaysia dinamakan Negaraku. Maksud lirik lagu Negaraku ialah menyeru rakyat dari berbagai bangsa, agama dan sosiobudaya hidup bersatu

Page 3: LAGU-PATRIOTIK-asha.docx

padu dan mengejar pelbagai kemajuan. Di samping itu lagu ini memohon rahmat dan kebahagiaan dari Allah untuk kesejahteraan raja, rakyat dan negara tercinta Malaysia. Lagu Negaraku asalnya berentak moderato sama seperti kebanyakan negara-negara beraja lain di dunia. Walau bagaimanapun sesuai dengan perkembangan sosioekonomi negara, pada 30 Ogos 1993 iaitu sempena menyambut Perayaan Hari Kebangsaan tahun 1993, kerajaan telah mengubah rentaknya kepada rentak march iaitu lebih cepat dan penuh bersemangat. Rakyat Malaysia yang cintakan negara dan raja perlu mengetahui lebih dalam mengenai Negaraku supaya lebih bersemangat patrioti

1.1.1.3.1 PERATURAN MEMAINKAN LAGU NEGARAKU

Peraturan memainkan Lagu Kebangsaan Negaraku adalah terkandung dalam Akta Lagu Kebangsaan 1968. Mengikut akta tersebut, lagu kebangsaan mempunyai tiga bentuk salinan atau naskhah iaitu:

Naskhah Penuh atau Naskhah Diraja Lagu Kebangsaan Naskhah Ringkas lagu kebangsaan yang mengandungi lapan baris yang

mula-mula dan lapan baris yang penghabisan dan dikenali sebagai Naskhah Ringkas

Naskhah Pendek mempunyai lapan baris yang terakhir.

 

1.1.1.3.2 NASKHAH PENUH

Naskhah Penuh dimainkan pada peristiwa-peristiwa berikut:

Apabila sesuatu penghormatan diberi kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Apabila suatu penghormatan diberi kepada Timbalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong.

Apabila suatu penghormatan diberi kepada seorang Raja yang dilantik bagi menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong mengikut Ordinan (Menjalankan Tugas-tugas) Yang di-Pertuan Agong, 1957.

Apabila panji-panji Diraja dikibarkan bagi melambangkan kehadiran Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Pada segala peristiwa apabila Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hadir sendiri.

Di sekolah-sekolah bagi maksud mengajar murid-murid sekolah menyanyi lagu kebangsaan.

Dalam peristiwa lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Pada semua peristiwa apabila lagu kebangsaan dinyanyikan, Naskhah Penuh atau Naskhah Diraja hendaklah dinyanyikan.

Pada semua sambutan rasmi, pembesar-pembesar luar negara di mana penghormatan diberi, Naskhah Penuh hendaklah dimainkan selepas

Page 4: LAGU-PATRIOTIK-asha.docx

sahaja lagu bagi negeri pembesar yang membuat lawatan itu dimainkan. Maksud pembesar luar negera di sini ialah Ketua Negara atau Ketua Kerajaan sesebuah negara. Pada semua peristiwa rasmi yang diadakan oleh pembesar-pembesar luar negara di dalam Malaysia bagi merayakan hari-hari kebangsaan atau peristiwa-peristiwa kebangsaan yang lain, maka Naskhah Penuh hendaklah dimainkan selepas sahaja lagu bagi negara pembesar luar negara itu dimainkan. Maksud pembesar luar negara di sini ialah Pesuruhjaya Tinggi atau Duta Besar.

 

1.1.1.3.3 NASKHAH RINGKAS

Naskhah Ringkas ini mengandungi lapan baris bar yang pertama dan lapan bar yang terakhir iaitu dengan meninggalkan rangkap antara rangkap A dan B. Naskhah Ringkas dimainkan bagi memberi hormat dalam Majlis-Majlis Rasmi kepada:

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Tuan-tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka, Pulau Pinang,

Sarawak dan Sabah. Wakil rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong apabila Seri

Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diwakili oleh salah seorang Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu. Dalam keadaan begini lagu kebangsaan negeri Duli Yang Maha Mulia Raja Melayu yang berkenaan hendaklah dimainkan sepenuhnya terlebih dahulu dan kemudian barulah diikuti dengan Lagu Kebangsaan Naskhah Ringkas.

Wakil-wakil Diplomat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di luar negara.

Majlis Minum Selamat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan iringan muzik.

Mana-mana iringan lain sebagaimana yang ditetapkan dengan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

 

1.1.1.3.4 NASKHAH PENDEK

Naskhah Pendek mengandungi lapan bar yang terakhir. Naskhah Pendek dimainkan dalam keadaan-keadaan seperti berikut:

Pada mana-mana peristiwa rasmi apabila Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau wakilnya tidak hadir, tetapi salah seorang daripada Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu hadir, maka naskhah pendek hendaklah dimainkan pada masa tamatnya peristiwa itu selepas sahaja lagu negeri yang berkenaan itu dimainkan.

Apabila tamatnya sesuatu hiburan seperti tayangan gambar atau tamatnya rancangan televisyen.

Page 5: LAGU-PATRIOTIK-asha.docx

 

1.1.1.3.5 MEMAINKAN LAGU KEBANGSAAN DAN NEGERI

Dalam majlis peringkat Persekutuan, jika Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau wakil rasminya tidak berangkat hadir, tetapi salah seorang daripada Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu berangkat hadir, lagu kebangsaan naskhah ringkas hendaklah dimainkan pada akhir majlis tersebut setelah lagu kebangsaan Negeri Duli Yang Maha Mulia Raja Melayu yang bekenaan dimainkan.

 

1.1.1.3.6 MENGHORMATI LAGU KEBANGSAAN

Apabila lagu kebangsaan dimainkan atau dinyanyikan atau bila naskhah ringkas atau naskhah pendek dimainkan semua orang yang hadir hendaklah berdiri sebagai tanda hormat.

Jika lagu kebangsaan dimainkan atau dinyanyikan dalam masa sesuatu penyiaran tersebut maka memberi hormat ini adalah dikecualikan.

Seseorang yang dengan sengaja menunjukkan tidak hormat kepada lagu kebangsaan di mana-mana tempat awam boleh dikenakan dengan tidak lebih daripada satu ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada satu bulan.

Perbuatan yang mungkin merendahkan kemuliaan lagu kebangsaan pada pandangan awam adalah dianggap tidak menghormati lagu kebangsaan. Pegawai-pegawai Polis diberi kuasa untuk menangkap dengan tiada waran orang yang tidak menghormati lagu kebangsaan.

1.2 KEPENTINGAN LAGU-LAGU PATRIOTIK

Sejak kebelakangan ini, banyak diperkatakan tentang pemupukan semula semangat kebangsaan atau nasionalisme dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini. Gesaan ini memang wajar memandangkan generasi muda khususnya pelajar tidak lagi bersemangat kebangsaan seperti generasi sebelum merdeka. Lebih tepat kalau dikatakan semangat cinta akan negara dalam kalangan generasi muda kini adalah longgar, lemah, dan tidak bermaya seperti seseorang yang tidak makan 10 hari. Pada marcapada yang pesat membangun dalam teknologi maklumat ini, semangat patriotik adalah penting untuk membina jati yang kental dan kuat agar dapat mewujudkan perpaduan nasional. Oleh itu adalah penting lagu-lagu patriotik dimainkan untuk kesedaran para remaja tentang kepentingan martabat Negara.

Pelbagai usaha boleh dilakukan untuk memupuk semangat cinta akan negara dalam kalangan remaja kini. Pertamanya, mereka hendaklah digalakkan untuk mengenali tokoh-tokoh yang memperjuang untuk kemerdekaan negara dan mereka juga

Page 6: LAGU-PATRIOTIK-asha.docx

hendaklah didedahkan kepada jasa-jasa serta pengorbanaan pejuang tanah air kita agar golongan remaja kita sedar dan insaf, bak kata pepatah “Tak kenal maka tidak cinta”.Kalau generasi muda tahu akan pahit maung dan susah payahnya tokoh-tokoh pada zaman silam memperjuangkan kemerdekaan negara , tentunya mereka tidak tergamak menghancurkan keamanan dan kemakmuran yang dikecapi kini dengan tindakan-tindakan negatif.

Pihak sekolah pula hendaklah menanam semangat cinta akan negara dalam diri setiap pelajar dengan mrnyelitkan kecintaan kepada bangsa dan negara dalam setiap subjek seperti , bekerjasama, tolong-menolong, bertoleransi serta berbudi bahasa. Para pendidik hendaklah menggunakan beberapa minit daripada jadual pengajaran sesuatu mata pelajaran untuk menanamkan semangat kecintaan kepada bangsa dan negara. Pendidikan perlu menyuntik semangat juang dan keyakinan diri dalam diri setiap pelajar. Mereka perlu didedahkan dengan semangat “Malaysia Boleh” seperti yang dilakukan oleh Datuk Azhar Mansur dan para pendaki Gunung Everest. Semangat cinta akan negara juga hendaklah dipupuk pada peringkat awal persekolahan lagi.Ibu bapa hendaklah mengasuh anak-anak mereka supaya menghormati keutuhan dan kedaulatan negara.

Selain itu,generasi muda hendaklah digalakkan melawat tempat-tempat bersejarah. Pemerhatian mereka kepada kesan-kesan peninggalan sejarah akan melahirkan semangat juang untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh. Misalnya, kunjungan ke tempat-tempat yang bersejarah seperti Bandar Hilir, Melaka akan mengingatkan mereka kepada sejarah hitam negara ketika dijajah oleh Portugis,Belanda dan Inggeris.

Di samping itu,golongan muda juga perlu selalu didedahkan kepada Jalur Gemilang yang berkibar megah pada sepanjang masa dan perayaan Hari Kebangsaan setiap tahun itu sepatutnya dijadikan wadah untuk memperbaharui azam mempertahan kemerdekaan pada masa depan. Mereka perlu diberi kesedaran betapa pentingnya erti kemerdekaan terhadap sesebuah negara.

Seterusnya,mereka juga perlu didedahkan kepada lagu-lagu patriotik terutama lagu “Negara ” untuk menyemaikan rasa cinta dan taat kepada negara.Pihak -pihak yang tertentu seperti Persatuan Sejarah Malaysia hendaklah menganjurkan pertandingan menulis esei bertemakan semangat patriotik dalam kalangan pelajar dan generasi muda. Peraduan seperti ini akan memberi kesempatan kepada golongan muda untuk mengumpulkan bahan-bahan sejarah yang banyak dalam akhbar-akhbar. Pengumpulan bahan-bahan sejarah ini secara tidak langsung akan mencelikkan mereka kepada sejarah perjuangan generasi silam demi kemerdekaan negara daripada belenggu penjajah.

Kesimpulannya, kerajaan hendaklah memupukkan semangat cinta akan negara dalam setiap orang rakyat, khususnya dalam kalangan remaja supaya dapat

Page 7: LAGU-PATRIOTIK-asha.docx

melahirkan seorang modal insan yang cinta akan negara dan pemimpin yang berwibawa untuk masa yang akan datang.

 1.1.1.3 Lagu-lagu Patriotik Malaysia

a. Kerana Mu Malaysia;

b. Malaysia Tanah Airku

c. Tanggal 31

d. Jalur Gemilang

e. Malaysia Tercinta

f. Wawasan 2020

g. Pahlawan Ku

h. Nasionalisme Teras PErpaduan

i. Tanah Air Ku

j. Wira Negara

1.2 LAGU PATRIOTIK NEGARA JIRAN

1.2.1 Lirik Allah Peliharakan Sultan – Lagu Kebangsaan Brunei

Ya Allah lanjutkanlah UsiaKebawah Duli Yang Maha MuliaAdil berdaulat menaungi nusa

Memimpin rakyat kekal bahagiaHidup sentosa Negara dan Sultan

Ilahi selamatkan Brunei Darussalam

Lagu ini ditulis oleh Pengiran Haji Mohamed Yusuf bin Abdul Rahim dan digubah oleh Awang Haji Besar bin Sagap pada tahun 1947. Ia diberi status rasmi pada tahun 1951.

1.2.2 Indonesia Raya - Lagu Kebangsaan Republik Indonesia

Page 8: LAGU-PATRIOTIK-asha.docx

Ciptaan : W.R. Supratman / Wage Rudolf Supratman

Indonesia tanah airkuTanah tumpah darahkuDisanalah aku berdiri

Jadi pandu ibukuIndonesia kebangsaankuBangsa dan Tanah Airku

Marilah kita berseruIndonesia bersatu

Hiduplah tanahkuHiduplah negriku

Bangsaku Rakyatku semuanyaBangunlah jiwanya

Bangunlah badannyaUntuk Indonesia Raya

Indonesia RayaMerdeka Merdeka

Tanahku negriku yang kucinta

Indonesia RayaMerdeka Merdeka

Hiduplah Indonesia Raya

Indonesia RayaMerdeka Merdeka

Tanahku negriku yang kucinta

Indonesia RayaMerdeka Merdeka

Hiduplah Indonesia Raya

Indonesia Tanah yang muliaTanah kita yang kaya

Di sanalah aku berada Untuk slama-lamanyaIndonesia Tanah pusaka Pusaka Kita semuanya

Marilah kita mendoa Indonesia bahagia

Suburlah Tanahnya Suburlah jiwanyaBangsanya Rakyatnya semuanya

Sadarlah hatinya Sadarlah budinyaUntuk Indonesia Raya

Page 9: LAGU-PATRIOTIK-asha.docx

Indonesia Tanah yang suci Tanah kita yang saktiDisanalah aku berdiri 'njaga ibu sejati

Indonesia! Tanah berseri Tanah yang aku sayangiMarilah kita berjanji Indonesia abadi

Slamatlah Rakyatnya Slamatlah putranyaPulaunya lautnya semuanya

Majulah Negrinya Majulah PandunyaUntuk Indonesia Raya

1.2.3 Lagu kebangsaan Thailand- Phleng Chat Tha

Pra thet thai ruam luead nu'a chat chu'a thai

Pen pra cha rat pha thai kho'ng thai thuk suan

Yu dam rong khong wai dai thang muan

Duay thai luan mai rak sa mak khi

Thai ni rak sa ngop tae thu'ng rop mai khlat

Ek ka raj ja mai hai khrai khom khi

Sa la luead thuk yat pen chat p'hli

Tha loeng pra thet chat thai tha wi mi chai ch'yo

1.http://www.yynr.org/2008/11/29/sejarah-asal-lagu-negaraku-origin-of-negaraku-terang-bulan-vs-mamula-moon/2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Lambang_Malaysia3. http://hsien88.tripod.com/am.html

Page 10: LAGU-PATRIOTIK-asha.docx

4. http://www.malaysianmonarchy.org.my/malaysianmonarchy/?q=ms/lagu5. http://liriklagu.co.cc/tag/seni-kata-lagu-kebangsaan-thailand6. http://organisasi.org/indonesia_raya_lagu_kebangsaan_republik_indonesia_lagu_wajib_nasional7. http://id.wikipedia.org/wiki/Phleng_Chat_Thai