Langkah Memupuk Perpaduan Dan Hubungan Etnik Di Malaysia

download Langkah Memupuk Perpaduan Dan Hubungan Etnik Di Malaysia

of 7

Transcript of Langkah Memupuk Perpaduan Dan Hubungan Etnik Di Malaysia

  • 7/31/2019 Langkah Memupuk Perpaduan Dan Hubungan Etnik Di Malaysia

    1/7

    Pelan Tindakan dan Langkah Kerajaan Untuk Memupuk Perpaduan dan

    Hubungan Etnik di Malaysia

    Perpaduan merupakan perkara yang amat mustahak dan penting bagi mengekalkan

    keharmonian dan kedamaian dalam sesebuah negara. Negara yang aman dan damai

    dapat menjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya. Sesungguhnya negara yang

    mengamalkan perpaduan dapat mencapai kemajuan dan kejayaan dengan mudah

    serta tidak mudah ditakluki kuasa asing.

    Pihak kerajaan terutamanya harus memainkan peranan utama dalam usaha

    memupuk perpaduan dan integrasi di Malaysia selain menyemai semangat patriotisme

    dalam kalangan rakyat. Kita tidak mahu peristiwa hitam seperti yang telah berlaku pada

    13 Mei 1969 yang melibatkan rusuhan antara kaum di negara kita yang telah

    menyebabkan berlakunya pertumpahan darah dan kemusnahan harta benda yang telah

    merugikan semua pihak. Peristiwa ini berlaku adalah akibat daripada tidak wujudnya

    semangat perpaduan dan integrasi nasional. Sesungguhnya mereka berjumpa tetapi

    tidak wujud komunikasi antara mereka.

    Sesungguhnya, pihak kerajaan menyedari betapa pentingnya pemupukan

    perpaduan dan integrasi dalam masyarakat. Pihak kerajaan telah menjalankan usaha-

    usaha dan langkah-langkah dengan memperkenalkan dasar-dasar dan pelan tindakanuntuk melaksanakan agenda ini.

    Perpaduan bermaksud telah benar-benar bersatu dan integrasi pula membawa

    maksud penggabungan dua atau beberapa unsur seperti penggabungan antara kaum

    yang menjadi satu kesatuan yang kukuh dan kuat.

    Antara langkah dan usaha yang telah diambil oleh pihak kerajaan dalam usaha

    memupuk perpaduan dan integrasi di Malaysia ialah dengan menubuhkan Jabatan

    Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) pada tahun 1969 yang dahulunya

    lebih dikenali sebagai Jabatan Perpaduan Negara. Jabatan ini merupakan sebuah

    agensi di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan

    (KPKKW).

    Tujuan utama kerajaan menubuhkan jabatan ini adalah untuk memelihara,

    meningkat dan mengukuhkan perpaduan rakyat dan integrasi nasional selaras dengan

  • 7/31/2019 Langkah Memupuk Perpaduan Dan Hubungan Etnik Di Malaysia

    2/7

    dasar-dasar kerajaan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

    JPNIN juga mempunyai visi untuk menjadi sebuah agensi kerajaan yang unggul dalam

    melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, berwawasan dan berdaya maju.

    Misi jabatan ini pula ialah untuk memupuk kefahaman dan semangat muhibah melalui

    jaringan dan interaksi sosial ke arah pembentukan Bangsa Malaysia yang bersatu padu

    dan beridentiti nasional. Moto bagi jabatan ini pula ialah Bersatu Kita maju.

    Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional juga berperanan untuk

    mengukuhkan perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, menerapkan nilai-nilai

    kewarganegaraan ke arah pembentukan suatu bangsa Malaysia yang bersatu padu.

    Selain itu, JPNIN juga berfungsi untuk mencegah konflik antara kaum, masyarakat dan

    wilayah serta memantau, mengesan dan menilai perhubungan antara kaum dan

    masyarakat. Peranan lain yang turut dijalankan oleh JPNIN ialah menyelaraskan

    program dan aktiviti perpaduan dengan agensi-agensi kerajaan, swasta dan pihak-

    pihak lain, dan yang paling utama adalah berusaha merapatkan masyarakat daripada

    semua negeri di Malaysia khususnya di antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah

    dan Sarawak.

    Sesungguhnya, kebijaksanaan pihak kerajaan dalam usaha melicinkan

    matlamatnya untuk memupuk perpaduan dan integrasi dalam negara kita denganmenubuhkan sebuah jabatan khas untuk menguruskan usaha ini adalah merupakan

    suatu langkah yang terbaik. Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi

    Nasional ternyata telah berjaya memainkan peranannya dan membawa impak yang

    positif kepada kita semua.

    Pelan tindakan kerajaan yang seterusnya ialah dengan melancarkan satu program

    pembangunan bersepadu dan menyeluruh iaitu dengan melancarkan Dasar Ekonomi

    Baru (DEB) yang tujuan utamanya adalah untuk membentuk perpaduan negara.

    Dua langkah telah diambil oleh pihak kerajaan melalui dasar ini iaitu yang

    pertamanya ialah untuk mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan

    menambah pendapatan dan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada

    semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Langkah kedua pula ialah dengan

    mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia bagi membaiki dan

  • 7/31/2019 Langkah Memupuk Perpaduan Dan Hubungan Etnik Di Malaysia

    3/7

    memulihkan keadaan ekonomi yang tidak seimbang supaya dapat mengurang dan

    setarusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

    Pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi adalah punca utama berlakunya

    peristawa hitam rusuhan kaum 13 Mei 1969 apabila berlakunya ketidak tegasan

    melaksanakan apa yang telah termaktub dalam kontrak sosial terutama sekali perkara

    yang melibatkan isu-isu kemiskinan orang Melayu dan Bumiputera dalam semua

    bidang. Pengasingan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi juga turut mewujudkan

    ketidakseimbangan ekonomi ekonomi dan taraf pendidikan serta jurang perbezaan

    ekonomi yang sangat ketara di antara kaum Melayu dan Bumiputera dengan Bukan

    Bumiputera semakin melebar hingga mengakibatkan jumlah kemiskinan dan

    pengangguran di desa semakin bertambah sehingga memaksa anak-anak muda

    Melayu berhijrah ke kota mencari pekerjaan.

    Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah dirancang untuk tempoh 20 tahun iaitu dari

    tahun 1971 hingga 1990 dengan harapan daripada pihak kerajaan pada masa itu iaitu

    Kerajaan Perikatan agar dapat mengurangkan ketidakseimbangan antara orang

    Bumiputera dengan Bukan Bumiputera dari segi semua bidang. Dasar Ekonomi Baru

    (DEB) telah mula dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia ke-2, RMK-2 (1971-1975)

    sehingga Rancangan Malaysia ke-5, RMK-5(1986-1990) yang tujuan utamanya adalah

    untuk mengurangkan ketidakseimbangan yang begitu besar dari segi ekonomi tanpamengira kaum serta mengelakkan berulangnya peristiwa 13 Mei 1969.

    Antara matlamat pihak kerajaan melalui dasar ini untuk tempoh 20 tahun adalah

    untuk meningkatkan peratus penanaman modal dalam syarikat-syarikat berhad kerana

    peratusan kaum bumiputera pada ketika berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 hingga

    semasa dasar ini baru diperkenalkan adalah sangat rendah dan wujud jurang yang

    sangat besar di antara kaum Bumiputera dengan bukan Bumiputera dan pihak asing.

    Matlamat akhir dasar ini ialah pada tahun 1990, peratusan penanaman modal

    Bumiputera dalam syarikat-syarikat berhad akan dapat ditingkatkan dari hanya 1.5

    peratus sahaja pada tahun 1971 kepada 30 peratus pada tahun1990. Sementara itu,

    kaum bukan Bumiputera yang menguasai sebanyak 23.7 peratus penanaman modal

    akan cuba untuk ditingkatkan kepada 40 peratus pada tahun 1990. Bagi pihak asing

  • 7/31/2019 Langkah Memupuk Perpaduan Dan Hubungan Etnik Di Malaysia

    4/7

    yang menguasai sebanyak 62.1 peratus pada tahun 1971 akan cuba dikurangkan

    kepada hanya 30 peratus sahaja apabila cukup tempoh 20 tahun.

    Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah dilaksanakan ini sebenarnya telah

    membawa Malaysia untuk mengorak langkah ke hadapan untuk menuju ke arah negara

    maju melalui Wawasan 2020 dengan usaha menghapuskan kemiskinan secara mutlak

    seperti yang pernah diungkapkan oleh mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir

    b. Mohamad Daripada,serampang dua mata Dasar Ekonomi Baru(DEB), tiada sesiapa

    pun yang menentang pembasmian kemiskinan secara mutlak tanpa mengira kaum dan

    kedudukan geografi. Semua rakyat Malaysia, sama ada mereka yang tinggal di

    kawasan bandar atau luar bandar, sama ada mereka di selatan, utara, timur atau barat,

    mesti dinaikkan daripada garis kemiskinan mutlak.

    Dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) ini, ianya secara tidak langsung

    telah membawa kesan yang positif dalam memupuk perpaduan dan integrasi di

    Malaysia. Pelaksanaannya telah berjaya mengubah keadaan negara yang huru-hara

    pada ketika itu setelah menggabungkan ketiga-tiga proses iaitu pendidikan,

    pembangunan dan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera ke dalam dasar-

    dasar dan program-program tertentu.

    Seterusnya, pihak kerajaan juga menyedari bahawa adalah lebih afdal dan lebih

    sesuai jika semangat perpaduan dan intagrasi ini dipupuk serta disemai sejak dari awallagi dalam jiwa rakyat Malaysia. Oleh itu, pihak kerajaan merasakan adalah lebih baik

    jika semangat ini diserap ke dalam jiwa rakyatnya sejak kecil lagi dan tumpuan sudah

    tentulah diberikan kepada golongan pelajar-pelajar sekolah dan institusi-institusi

    pendidikan yang lain. Oleh itu, kerajaan telah menggunakan sistem pendidikan sebagai

    wadah untuk menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan para pelajar. Adalah

    lebih baik proses penyemaian nilai murni ini dimulakan sejak mereka kecil lagi kerana

    pada usia beginilah mereka lebih mudah menerima pelajaran bak kata pepatah jika

    mahu melentur buluh,biarlah dari rebungnya. Untuk masa yang ke hadapan,

    merekalah yang akan mewarisi pentadbiran Negara dan jika mereka tidak didedahkan

    dengan semangat perpaduan, adalah tidak mustahil negara kita nanti akan menjadi

    huru-hara dan kacau-bilau.

  • 7/31/2019 Langkah Memupuk Perpaduan Dan Hubungan Etnik Di Malaysia

    5/7

    Melalui sistem pendidikan, pihak kerajaan telah mewujudkan beberapa program

    yang realistik dan bersesuaian dalam usaha untuk mencapai matlamat mewujudkan

    semangat perpaduan dan integrasi dalam kalangan para pelajar. Antara program yang

    telah dijalankan ialah perlaksanaan Sekolah Wawasan.

    Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-

    sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan agama. Di bawah

    konsep ini, dua atau tiga sekolah rendah yang berlainan sekolah akan mempunyai

    bangunan yang bersambung antara satu sama. Matlamat penubuhan sekolah ini adalah

    untuk mewujudkan perpaduan dan integrasi di antara murid yang berlainan etnik dan

    agama. Ia juga untuk melahirkan sifat tolenrasi dan persefahaman yang tinggi dan

    menggalakkan integrasi yang maksimum antara semua pelajar melalui perkongsian

    kemudahan sekolah dan perlaksanaan aktiviti.

    Sekolah wawasan ini tidak langung mengubah sistem pembelajaran yang asal

    kerana tiap-tiap sekolah mempunyai nama yang tersendiri di samping urusan

    pentadbiran dan pengurusan kewangan yang dikendalikan oleh sekolah masing-

    masing.

    Melalui Sekolah Wawasan ini, pelajar-pelajar yang berlainan etnik akan

    menggunakan pelbagai kemudahan secara bersama seperti kantin, lapangan

    perhimpunan, gelanggang permainan dan padang secara bersama-sama. Apabilakemudahan ini digunakan secara bersama, sudah tentulah mereka akan berjumpa dan

    bertemu antara satu sama lain yang seterusnya akan mewujudkan interaksi di kalangan

    mereka dan di sinilah akan bermulanya semangat perpaduan diterbitkan.

    Konsep sekolah wawasan yang kini dipraktikkan adalah satu usaha untuk

    melahirkan anak bangsa Malaysia yang mempunyai semangat dan bersifat cintakan

    negara. Jika kerangka konsep sekolah dahulunya terasing antara satu sama lain, kini

    disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam dan selari dengan hasrat

    negara. Pada hari ini masih wujud lagi sekolah yang berasaskan kaum iaitu sekolah

    cina dan tamil. Sekolah wawasan bolah dicernakan sebagai pertembungan etnik dalam

    satu ruang yang sama. Penggabungan sekolah-sekolah yang berasaskan etnik ini

    dalam satu kawasan yang sama, akan menemukan pelajar yang pelbagai etnik secara

    kerap dan ini mewujudkan integrasi etnik dangan cepat dan berkesan. Konsep Sekolah

  • 7/31/2019 Langkah Memupuk Perpaduan Dan Hubungan Etnik Di Malaysia

    6/7

    Wawasan ini diharapkan dapat merapatkan hubungan pelajar yang berasal dari

    pelbagai bangsa walaupun berlainan aliran persekolahan.

    Pihak kerajaan juga telah melaksanakan program pendemokrasian pendidikan yang

    juga dapat memupuk integrasi antara etnik. Pendemokrasian antara etnik yang telah

    diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan adalah untuk memastikan agar semua

    kaum atau etnik dapat menikmati kemudahan yang sama dalam pendidikan sama ada

    mereka yang bersekolah di dalam bandar atau di luar bandar. Kemudahan yang sama

    bermaksud seperti reka bentuk sekolah-sekolah yang dibina adalah sama, alat-alat

    yang dibekalkan seperti kerusi, meja, almari adalah seragam di semua sekolah.

    Dengan ini tidak akan timbul perbezaan antara sekolah sama ada yang digunakan oleh

    etnik Melayu, Cina, India atau Bumiputera Sabah dan Sarawak.

    Pelajar-pelajar dari pelbagai etnik tidak disekat untuk bersekolah di mana-mana

    sekolah di negara kita. Mereka boleh memilih sekolah mengikut pilihan masing-masing.

    Sekolah-sekolah yang berbeza aliran juga mendapat kemudahan yang sama.

    Walaupun mereka menggunakan bahasa penghantar yang berlainan, tetapi sukatan,

    buku teks, jadual waktu dan peperiksaan diselaraskan secara berpusat.

    Kumpulan-kumpulan etnik lain juga berhak untuk mempelajari bahasa dan

    kebudayaan kumpulan etnik masing-masing dan patut dihormati dan diberi

    perlindungan yang sewajarnya. Melalui kebebasan seperti ini, adalah diharapkan agarpendemokrasian pendidikan dapat memupuk proses integrasi antara etnik.

    Dasar yang dimainkan oleh pendidikan amatlah penting dalam proses integrasi dan

    pembangunan sesebuah negara. Dengan perkembangan ekonomi yang pesat telah

    menyebabkan keadaan mobility masyarakat terus berubah. Dalam masa yang sama,

    kita harus mempertahankan nilai-nilai perpaduan yang telah diasaskan sebelum ini.

    Bidang pendidikan merupakan bidang yang terpenting bagi menjadi alat perpaduan

    antara etnik. Hanya menerusi pendidikan sahaja, rakyat Malaysia yang berbilang etnik

    dapat disemai rasa semangat perpaduan dan integrasi sejak dari kecil lagi hinggalah

    dewasa. Oleh itu, segala dasar dalam pendidikan yang dapat memupuk integrasi

    antara kaum haruslah disokong oleh setiap rakyat Malaysia.

    Sesungguhnya, perpaduan dan integrasi adalah suatu unsur yang sangat penting

    bagi mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur, kestabilan politik dan

  • 7/31/2019 Langkah Memupuk Perpaduan Dan Hubungan Etnik Di Malaysia

    7/7

    perkembangan ekonomi yantg pesat. Tugas ini tidak seharusnya

    dipertanggungjawabkan hanya kepada pihak kerajaan sahaja, tetapi semua lapisan

    masyarakat harus menyumbangkan tenaga bagi merealisasikan impian murni ini.

    Memetik ucapan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

    dalam perutusan Kemerdekaan Negara Ke-51, beliau mengingatkan rakyat bahawa

    perpaduan adalah tunjang kepada kestabilan politik, keharmonian sosial dan keutuhan

    daya saing ekonomi negara. Oleh yang demikian, kita semua haruslah bersama-sama

    membantu pihak kerajaan dalam menyemarakkan semangat perpaduan dan integrasi

    ini dan kita mestilah menyayanginya bak kata pepatah bercerai kasih bertalak

    tidak,bagaikan rambut bersimpul mati,inginku mati di hujung kuku,ingin ku kubur di

    tapak tangan.