Langkah Perkahwinan Cina

11
1.0 PENDAHULUAN Malaysia merupakan negara yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum iaitu Melayu, Cina, India, Orang Asli dan lain-lain lagi. Kepelbagaian kaum ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya dan adat istiadat yang pelbagai gabungan daripada masyarakat majmuk yang wujud di negara ini. Walaupun dengan budaya dan kaum yang pelbagai, rakyat Malaysia hidup aman dan harmoni dan menghormati budaya dan adat istiadat satu sama lain. Salah satu kaum yang terdapat di Malaysia ialah Kaum Cina. Menurut Laman Web Rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia (http://www.statistics.gov.my), kira-kira 24.6% daripada penduduk Malaysia ialah kaum Cina menjadikan kaum Cina menjadi kaum kedua teramai di Malaysia. Menurut buku Pendidikan Negara Bangsa tulisan Zulhilmi Paidi dan Rohani Abdul Ghani pada bahagian Masyarakat dan budaya China, “Masyarakat Cina mempunyai bentuk dan corak kebudayaan yang unik dan tersendiri. Kebudayaan mereka berasal daripada sebuah tamadun yang sangat tinggi. Mereka menganggap tradisi mereka adalah yang paling baik berbanding tradisi dan kebudayaan masyarakat lain di dunia ini” Masyarakat Cina masih mengekalkan nilai-nilai budaya yang telah diamalkan sejak turun-temurun sebagai identity dan warisan mereka. Hal ini juga berlaku kepada masyarakat Cina di Malaysia Adat perkahwinan merupakan salah satu adat kaum Cina yang masih digunakan sehingga hari ini. Walaupun ada sedikit perubahan dari adat yang sebenar, namun ianya masih lagi mengekalkan ciri- ciri penting adat perkahwinan tersebut seperti bertandang, memberi hormat, minum teh, makan besar, dan lain-lain lagi. Dalam penulisan ini akan ditulis secara terperinci mengenai adat perkahwinan kaum Cina.

description

5 langkah perkahwinan orang cina di malaysia

Transcript of Langkah Perkahwinan Cina

Page 1: Langkah Perkahwinan Cina

1.0 PENDAHULUAN

Malaysia merupakan negara yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum iaitu Melayu,

Cina, India, Orang Asli dan lain-lain lagi. Kepelbagaian kaum ini menjadikan Malaysia

sebuah negara yang kaya dengan budaya dan adat istiadat yang pelbagai gabungan

daripada masyarakat majmuk yang wujud di negara ini. Walaupun dengan budaya dan

kaum yang pelbagai, rakyat Malaysia hidup aman dan harmoni dan menghormati

budaya dan adat istiadat satu sama lain.

Salah satu kaum yang terdapat di Malaysia ialah Kaum Cina. Menurut Laman Web

Rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia (http://www.statistics.gov.my), kira-kira 24.6%

daripada penduduk Malaysia ialah kaum Cina menjadikan kaum Cina menjadi kaum

kedua teramai di Malaysia.

Menurut buku Pendidikan Negara Bangsa tulisan Zulhilmi Paidi dan Rohani Abdul

Ghani pada bahagian Masyarakat dan budaya China, “Masyarakat Cina mempunyai

bentuk dan corak kebudayaan yang unik dan tersendiri. Kebudayaan mereka berasal

daripada sebuah tamadun yang sangat tinggi. Mereka menganggap tradisi mereka

adalah yang paling baik berbanding tradisi dan kebudayaan masyarakat lain di dunia ini”

Masyarakat Cina masih mengekalkan nilai-nilai budaya yang telah diamalkan sejak

turun-temurun sebagai identity dan warisan mereka. Hal ini juga berlaku kepada

masyarakat Cina di Malaysia

Adat perkahwinan merupakan salah satu adat kaum Cina yang masih digunakan

sehingga hari ini. Walaupun ada sedikit perubahan dari adat yang sebenar, namun

ianya masih lagi mengekalkan ciri-ciri penting adat perkahwinan tersebut seperti

bertandang, memberi hormat, minum teh, makan besar, dan lain-lain lagi.

Dalam penulisan ini akan ditulis secara terperinci mengenai adat perkahwinan kaum

Cina.

Page 2: Langkah Perkahwinan Cina

2.0 ADAT PERKAHWINAN CINA

2.1 Upacara Awal Perkahwinan

2.2 Upacara Semasa Perkahwinan

Upacara semasa perkahwinan adalah upacara yang dijalankan pada hari

perkahwinan. Menurut buku Gateway to Chinese Culture, terdapat beberapa

adat yang dijalankan pada hari tersebut antaranya ialah pengantin lelaki

bertandang ke rumah pengantin perempuan, upacara sembahyang, upacara

minum teh, makan besar dan minum arak pada malam perkahwinan. Setiap

upacara ini akan diterangkan secara terperinci.

2.2.1 Upacara Pengantin Lelaki Bertandang ke Rumah Pengantin

Perempuan

Pada hari perkahwinan berlangsung, pengantin lelaki bersama

rombongannya yang terdiri daripada keluarga dan sahabat terdekat

akan ke rumah pengantin perempuan untuk menjemput pengantin

perempuan. Pengantin lelaki akan menaiki kereta yang dihias indah

ke rumah pengantin perempuan.

Apabila pengantin lelaki tiba di rumah pengantin perempuan,

pengantin lelaki tidak dibenarkan terus masuk dan menemui

pengantin perempuan tetapi pengantin lelaki terlebih dahulu perlu

melalui Permainan Pintu Perkahwinan. Permainan Pintu Perkahwinan

adalah berasal daripada zaman nenek moyang masyarakat Cina.

Permainan ini menggambarkan bahawa pengantin perempuan

merupakan wanita yang cantik dan baik sehingga keluarga serta

kawan-kawannya tidak sanggup berpisah dengannya. Untuk melepasi

permainan pintu ini, pihak pengantin lelaki akan melakukan apa saja

yang diminta oleh pihak pengantin perempuan atau membayar pihak

pengantin perempuan dengan memberikan Li Shi supaya pengantin

lelaki dapat melalui pintu tersebut. Walau bagaimanapun pihak

pengantin perempuan perlu memperuntukkan masa tertentu kerana

upacara di rumah pengantin lelaki harus berjalan seperti yang telah

dijadualkan.

Page 3: Langkah Perkahwinan Cina

Rajah 1 : Suasana ketika permainan pintu perkahwinan

(sumber : flikr.com)

Menurut laman web Travel China Guide

(http://www.travelchinaguide.com/intro/social_customs/marriage/custo

ms.htm) Li shi ialah hadiah wang yang diletakkan di dalam sampul

berwarna merah.

Rajah 2 : Li shi

Selain Li Shi, pihak lelaki juga menyediakan hantaran-

hantaran lain seperti tebu, barang-barang yang manis seperti buah-

buahan, coklat, kek, manisan dan lain-lain. Hantaran tebu membawa

maksud semoga dipanjangkan umur manakala barang-barang manis

Page 4: Langkah Perkahwinan Cina

pula bermaksud semoga pasangan pengantin akan memperoleh

kehidupan yang baik dan sempurna pada masa akan datang.

Setelah pengantin lelaki berjaya melepasi Permainan Pintu

dan berjaya masuk ke dalam rumah, ibu bapa pengantin perempuan

akan menyerahkan anak gadis mereka kepada pengantin lelaki.

2.2.2 Upacara Sembahyang

Upacara ini dijalankan setelah ibu bapa pengantin perempuan

menyerahkan anak gadis mereka kepada pengantin lelaki. Upacara ini

bertujuan untuk memberi penghormatan dan mendapatkan restu

nenek moyang mereka yang telah meninggal dunia.

Upacara ini juga dijalankan di rumah pengantin lelaki.

Rajah : Upacara sembahyang

(sumber : jenkinyat.com)

2.2.3 Upacara Minum Teh

Upacara ini antara upacara yang terpenting dalam adat istiadat

perkahwinan orang cina kerana ianya mempunyai signifikasi yang

berkait dengan hubungan kekeluargaan. Tujuan upacara ini diadakan

Page 5: Langkah Perkahwinan Cina

adalah untuk melambangkan penerimaan pasangan pengantin

terutamanya pengantin perempuan dalam keluarga pengantin lelaki

dan untuk memperkenalkan saudara maka kepada kedua-dua

pengantin sama ada dari pihak pengantin lelaki mahupun pengantin

perempuan.

Upacara ini dimulakan dengan pasangan pengantin melutut di

depan ahli keluarga yang paling tua samada datuk nenek atau ibu

bapa dan menghidangkan teh kepada mereka. Datuk nenek atau ibu

bapa akan minum sedikit teh dan kemudian memberikan sampul

merah kepada pasangan pengantin. Menurut masyarakat Cina,

pemberian sampul surat merah melambangkan nasib baik.

Rajah : Upacara minum teh

(sumber : bestgiftsforwedding.wordpress.com)

Menurut buku Chinese Culture keluaran Asiapac Books pte ltd

pada muka surat 57, jika teh yang diberikan oleh pasangan

penagantin diminum oleh orang tua ianya bermaksud mereka

menerima dan mengalu-alukan kedatangan ahli baru dalam keluarga

mereka.

Upacara minum teh diteruskan dengan memberi teh kepada

ahli keluarga yang lain bermula dari yang tua kepada yang lebih

muda. Pada kebiasaannya, keluarga sebelah bapa akan lebih

diutamakan kerana bapa adalah ketua keluarga.

Page 6: Langkah Perkahwinan Cina

Setiap kali pasangan pengantin memberi minum teh, mereka

akan meminta orang yang diberi teh untuk mendoakan kebahagian

hingga akhir hayat, kesenangan, dikurniakan cahaya mata, kesihatan

dan perkara-perkara yang baik kepada mereka.

Setelah selesai upacara minum teh, orang yang diberi teh

akan menghadiahkan sampul surat merah kepada pasangan

pengantin sebagai tanda permulaan kehidupan baru.

2.2.4 Upacara Jamuan Makan

Upacara ini merupakan kemuncak kepada majlis perkahwinan

masyarakat Cina. Jamuan makan ini diadakan oleh keluarga pihak

pengantin lelaki pada sebelah malam dan diadakan secara besar-

besaran samada di restoren, dewan atau rumah. Pelbagai makanan

seperti ikan,ayam minyak merah, udang galah, kek kebahagian dan

pau dihidangkan kepada pasangan pengantin dan para tetamu. Setiap

hidangan makanan ini mempunyai simboliknya yang tersendiri. Ikan

membawa maksud kekayaan, ayam minyak merah bermaksud

kebahagian, udang galah bermaksud keserasian dan kek

kebahagiaan dikenali sebagai kek naga dan burung phoenix.

Pada majlis ini, pasangan pengantin akan menandatangani

dua pucuk surat iaitu Keat Foot Ching Su di hadapan dua orang saksi.

upacara tanda tangan surat ini ialah sebagai bukti pasangan ini telah

berkahwin.

Semasa jamuan makan, pasangan pengantin terhad untuk

makan kerana mereka perlu menyapa atau berkenalan dan beramah

mesra dengan tetamu-tetamu yang hadir dan keluarga dari kedua-dua

belah pihak. Para tetamu yang hadir akan menyediakan Li Shi

sebagai hadiah kepada pasangan pengantin.

Ketika jamuan makan, akan diadakan upacara yamseng iaitu

pengantin akan berjalan bersama mertua ke semua meja para

jemptan untuk mengucapkan terima kasih kerana hadir. Para tetamu

akan mendoakan atau mengucapkan perkara-perkara baik dan diikuti

dengan perkataan yamseng dan kemudiannya meminum arak dari

gelas yang diangkat keatas beramai-ramai. Contoh ucapan yang

diucapkan tetamu ialah “Semoga bahagian hingga anak cucu,

Page 7: Langkah Perkahwinan Cina

yamseng!”, “Semoga menyambut kelahiran anak tahun hadapan,

yamseng!” kemudian, mereka akan mengangkat cawan arak keatas

dan meminumnya.

Rajah : pengantin minum bersama para tetamu

(sumber : www.elegantwoman.org)

Penggunaan minuman berkarbonat juga boleh bagi

menggantikan arak agar perjalanan majlis lancar tanpa ada yang

mabuk atau kurang sihat.

Pada akhir jamuan makan, keluarga pengantin dan pasangan

pengantin akan bergerak ke pintu rumah, restoren atau dewan bagi

mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang hadir dan menyerikan

majlis.

2.2.5 Upacara Minum Arak pada Malam Perkahwinan

Upacara ini dilakukan dengan menyediakan dua cawan yang diikat

dengan tali yang berwarna merah. Pasangan pengantin akan

meminum arak dari cawan ini dengan menyilangkan tangan mereka.

Perbuatan menyilangkan tangan ini merupakan ikatan janji

perkahwinan yang biasa dilakukan ketika perkahwinan.

Menurut penulisan yang bertajuk Drinking Beverage Custom

on Marriage (http://eng.wanzui.com/En_con.aspx?newsid=313),

upacara minum arak pada malam perkahwinan adalah bertujuan

Page 8: Langkah Perkahwinan Cina

untuk menunjukkan rasa kasih sayang (affection) antara pasangan

pengantin.

Rajah : minum arak pada malam perkahwinan

(sumber : traditions.cultural.china.com/en)