Laporan akhir

8
______________________________________________________________________ _______________ LAPORAN AKHIR LMCK1331 KOMUNIKASI EFEKTIF UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA NAMA: SYAKIRAH BINTI MOHAMMED

Transcript of Laporan akhir

Page 1: Laporan akhir

_____________________________________________________________________________________

LAPORAN AKHIRLMCK1331 KOMUNIKASI EFEKTIF

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

NAMA: SYAKIRAH BINTI MOHAMMED

NO. MATRIK: A147331

TAHUN PENGAJIAN: TAHUN 1 (SEMESTER 1)

NAMA PENSYARAH: PROF. MADYA DR. HAJA MAIDEEN BIN KADER MAIDEEN

Page 2: Laporan akhir

PENGENALAN

Kursus citra komunikasi efektif adalah untuk melatih pelajar untuk berkomunikasi dengan baik dan yakin. Kursus ini dilakukan selama 6 jam dan setiap perjumpaan selama 2 jam untuk 3 hari. Pelajar juga perlu membuat perjumpaan dalam kumpulan masing – masing selama 40 jam untuk membincangkan tentang tugasan yang diberi.

Pada perjumpaan pertama bersama pensyarah selama dua jam, kami perlu memperkenalkan diri kami. Selepas itu, kami diminta untuk membahagikan kumpulan kepada tiga kumpulan besar. Kumpulan saya mempunyai 10 orang ahli termasuk saya. Tujuan kumpulan ini dibuat adalah untuk membuat sebuah drama bebas. Oleh kerana masa tidak mencukupi, hanya seorang pelajar sahaja membuat ucapan awam. Tajuk ucapan awam dipilh melalui mencabut undi dan dibuat secara spontan selama dua minit.

Seterusnya, pada perjumpaan kedua, ucapan awam diteruskan oleh pelajar lain. Pada hari itu, saya merupakan pelajar pertama yang membuat ucapan awam yang ‘Perdana Menteri Idola Saya’.

Perjumpaan terakhir juga selama 2 jam adalah untuk setiap kumpulan mempersembahkan drama masing – masing. Kami merupakan kumpulan kedua yang membuat persembahan. Tajuk pertama kami adalah ‘Sang Kirana dan Puteri Aurora’ yang diadaptasi dari filem ‘Maleficent’.

Kumpulan kami telah membuat perjumpaan sebanyak 15 kali bermula selepas perjumpaan pertama dilakukan hingga hari perjumpaan terakhir bersama pensyarah. Tujuan kami membuat perjumpaan adalah untuk membincangkan tajuk drama kami dan memilih watak untuk drama tersebut serta membuat latihan. Kami juga membincangkan tentang props, busana dan juga muzik yang perlu dimainkan ketika lakonan berlansung.

Page 3: Laporan akhir

PENGLIBATAN AKTIVITI

Semasa perjumpaan pertama diadakan, kumpulan saya membincangkan tentang cerita yang perlu kami lakonkan. Terdapat banyak jalan cerita yang disenaraikan dan kami memutuskan untuk memilih jalan cerita ‘Maleficent’ tetapi diubahsuai mengikut budaya melayu dan tajuk cerita ditukarkan kepada ‘Sang Kirana dan Puteri Aurora’. Tujuan kami memilih ‘Maleficent’ kerana cerita ini mempunyai watak yang mencukupi untuk kami iaitu seramai 10 orang.

Cara kumpulan saya membahagikan watak adalah dengan mencabut undi. Kami perlu memilih segulung kertas untuk mendapatkan watak masing – masing. Saya memilih segulung kertas dan kertas itu adalah untuk watak ‘Sang Kirana’ iaitu ‘Maleficent’, watak utama untuk cerita ini.

Selepas itu, kami bahagikan kepada kumpulan kecil untuk menulis skrip, penyediakan busana dan props, penyedian audio dan teknikal dan untuk mencatat minit mesyuarat. Kami menggunakan cara yang sama untuk membahagikan tugas tersebut melalui mencabut undi. Saya dan kumpulan saya iaitu Wan Saematul Saadah dan Nurbayani mendapat bahagian teknikal. Kami perlu mencari muzik dan bunyi yang bersesuaian dalam setiap babak.

Perjumpaan seterusnya adalah untuk setiap kumpulan kecil menyiapkan tugasan masing – masing. Perjumpaan kali ini berlansung selama 2 jam. Kumpulan saya mencari lagu yang sesuai untuk setiap babak dan kami menaik turun bunyi tersebut.

Selepas itu, perjumpaan seterusnya hingga perjumpaan terakhir adalah untuk menghafal skrip serta membuat latihan. Semasa membuat latihan pertama, kami berlakon dan membaca skrip. Setelah beberapa kali perjumpaan barulah kami membuat latihan penuh besertakan props dan bunyi yang telah dirancangkan. Kami juga mengira masa lakonan kami supaya semasa persembahan kami tidak melebihi masa.

Semua ahli kumpulan terlibat untuk setiap perjumpaan walaupun adakalanya mereka terlambat kerana mempunyai kelas. Mereka memberi komitmen yang baik dan saling menolong antara satu sama lain. Tujuan kami mencabut undi untuk berlaku adil antara satu sama lain dan kami tidak mahu ada perasaan tidak puas hati antara satu sama lain. Pemilihan watak dan pembahagian tugas berjalan dengan lancar dan tidak mempunyai masalah. Semua tugasan yang diberikan disiapkan tanpa sebarang masalah dan cepat untuk kami mempunyai masa untuk berlatih.

Page 4: Laporan akhir

PENGALAMAN

Saya seorang yang gemuruh apabila bercakap di hadapan. Apabila ada ucapan awam secara spontan saya risau jika saya gagap atau fikiran saya menjadi kosong apabila bercakap. Walaubagaimanapun, saya dapat menyusun idea dan ayat tentang apa yang perlu saya katakan. Secara tidak lansung, saya belajar untuk berani dan yakin untuk bercakap di khayalak ramai.

Ini merupakan kali kedua saya terlibat dalam persembahan drama. Kali pertama saya membuat persembahan ketika saya sekolah rendah dan saya tidak ada banyak dialog. Persembahan kali ini, merupakan persembahan yang baru untuk saya kerana saya dapat memberi pendapat serta saya merupakan watak utama dalam cerita ini. Saya memang seorang yang kaku apabila membuat persembahan seperti ini tetapi saya banyak menimba pengalaman. Saya berpeluang belajar sesuatu yang baru dan dapat menolong ahli yang lain jika mereka mempunyai masalah.

Selain itu, saya juga terlibat dalam penulisan skrip. Saya bersama rakan saya berbincang untuk menyediakan skrip mengikut cara zaman Kesultanan Melayu kerana tema kami adalah pada zaman dahulu kala. Kami perlu memikirkan agar setiap watak mempunyai skrip dan bagaimana untuk menghubungkan satu bab ke satu bab yang lain.

Page 5: Laporan akhir

REFLEKSI

Semasa perjumpaan pertama saya berasa gementar kerana saya tidak dapat mengagak bagaimana kursus komunikasi efektif ini akan berjalan tetapi ianya hanya sebuah kelas yang bersahaja. Kami hanya perlu memperkenalkan diri. Saya berasa gembira kerana dapat menambah kenalan kerana pelajar untuk kelas ini dari pelbagai program pengajian di bawah Fakulti Sains dan Teknologi.

Perjumpaan kedua pula, kami perlu membuat ucapan awam. Saya berasa risau jika saya mendapat tajuk berkenaan dengan fakta tetapi saya memilih tajuk berkenaan pendapat iaitu ‘Perdana Menteri Idola Saya’.

Untuk persembahan drama pula, ini merupakan kali kedua saya membuat persembahan untuk lakonan. Saya berasa gembira, takut, dan malu. Oleh kerana saya watak utama, saya berasa malu kerana saya tidak reti berlakon dan takut jika saya melakukan banyak kesalahan tetapi saya gembira kerana ini kali pertama saya mendapat watak utama.

Saya gembira kerana ahli kumpulan saya banyak menolong saya dan mereka sentiasa memberikan komitmen yang bagus. Mereka berusaha datang walaupun sibuk dengan kelas serta tugasan lain.

Page 6: Laporan akhir

KESIMPULAN

Kursus ini banyak membantu saya dari pelbagai sudut. Saya dapat menimba banyak ilmu pengetahuan serta pengalaman. Saya juga dapat belajar untuk membahagikan masa dengan cekap agar semua kerja yang diberi dapat dihantar mengikut waktu ditetapkan. Kehidupan di alam universiti serta alam pekerjaan sentiasa ada penyampaian kertas kerja atau tugasan yang diberikan. Secara tidak lansung kursus ini dapat melatih saya untuk berani bercakap di hadapan orang ramai dan menyiapkan tugasan mengikut waktu.

Setiap aktiviti dalam kelas mempunyai objektif tersendiri. Sebagai contoh, ucapan awam mengajar saya untuk tidak mudah gelabah dan apa yang perlu saya lakukan apabila gemuruh. Saya juga diajar supaya jangan banyak bergerak serta yakin ketika berucap.

Aktiviti drama pula, mengajar saya untuk tenang walaupun melakukan banyak kesilapan. Ia juga mengajar saya membuat keputusan dengan adil dan terancang supaya kerja dapat dilaksanakan mengikut masa yang ditetapkan. Ia mengajar saya bahawa bekerja secara kumpulan lebih efektif daripada bekerja sendiri.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Haja Maideen Bin Kader Maideen kerana sudi memberi tunjuk ajar. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli kumpulan saya yang banyak memberi bantuan serta berkongsi ilmu dan maklumat kepada saya. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pelajar yang terlibat dalam kelas ini.