Laporan akhir
Transcript of Laporan akhir
KERTAS KERJA
PROGRAM JALINAN UKHUWAH
PUSAT CITRA UNIVERSITI DENGAN
RUMAH PENGASIH WARGA PRIHATIN, SG RAMAL
TARIKH
10 MEI 2015
TEMPAT
RUMAH PENGASIH WARGA PRIHATIN,
SUNGAI RAMAL BARU, KAJANG,
SELANGOR
ANJURAN
MAHASISWA/I KURSUS HHHC9301
& KRA 3 PERKONGSIAN PINTAR & KETERLIBATAN STRATEGIK
PUSAT CITRA UNIVERSITI,
SESI 2014/2015
PENSYARAH PENASIHAT
DR. SYAIDATUN NAZIRAH BINTI ABU ZAHRIN
TEMA
“Ukhuwah terjalin, persaudaraan terjamin”
LAPORAN PROGRAM
PROGRAM JALINAN UKHUWAH
BERSAMA RPWP, SG. RAMAL BARU, KAJANG
1.0 BUTIRAN PROGRAM
Nama Program : PROGRAM JALINAN UKHUWAH
Penganjur : MAHASISWA/I KURSUS HHHC9301
Dengan kerjasama : KRA 3 PERKONGSIAN PINTAR & KETERLIBATAN
STRATEGIK, PUSAT CITRA UNIVERSITI, SESI 2014/2015
Tarikh : 10 MEI 2015
Tempat : RUMAH PENGASIH WARGA PRIHATIN, 8558 JALAN
PEGAWAI, SG. RAMAL BARU, KAJANG
Jumlah Peserta : 51 ORANG (pelajar dan mahasiswa/i) *Sila rujuk Lampiran A
Perasmi : DR. SYAIDATUN NAZIRAH BINTI ABU ZAHRIN
Jumlah Pendapatan : RM 650.00
Jumlah Perbelanjaan : *Sila rujuk Lampiran B
Aturcara / Buku Program : *Sila rujuk Lampiran C
Gambar Aktiviti : *Sila rujuk Lampiran D
Jawatankuasa Program : *Sila rujuk Lampiran E
Borang Ulasan Penasihat : *Sila rujuk Borang Ulasan Penasihat
2.0 PENGENALAN
Pengurusan maklumat merupakan pengurusan yang lengkap dan teratur ke atas
pengetahuan dan proses yang berkaitan. Pengurusan maklumat yang betul caranya akan
memudahkan pembangunan, pengumpulan, perancangan, penyebaran, penggunaan dan
pemanfaatan sesuatu maklumat. Antara kepentingan pengurusan maklumat pula ialah
perkongsian maklumat yang penuh dengan ketelusan dapat memandu kemajuan organisasi
selain menjadikan seseorang itu terutama mahasiswa mahasiswi amnya seorang yang inovatif
yang mana dia menjadikan sebarang idea bernas kepada keuntungan positif dan
berorientasikan keputusan (result oriented). Ianya juga menggalakkan pelajar bekerja dengan
lebih pintar, kendiri dan bukannya terlalu bergantung kepada pemimpin atau sistem mahupun
prosedur.
Manakala pembelajaran sepanjang hayat pula merupakan pembangunan potensi
manusia melalui proses pembelajaran berterusan yang memotivasi dan mengupayakan
individu, mahasiswa mahasiswi amnya menguasai ilmu dan menghayati nilai murni yang
diperlukan sepanjang hayat. Ini bermakna seseorang akan menghadapi perubahan dalam
peringkat kehidupan maka keperluan belajar akan menjadi penting tetapi jenis maklumat,
ilmu dan fokusnya adalah berbeza pada setiap peringkat. Pembelajaran Sepanjang Hayat
selari dengan kehendak sosial dan ekonomi sezaman yang memaksa individu menjadi aktif
untuk kebaikan diri sendiri. Ianya adalah proses sepanjang hayat yang terdiri daripada latihan,
pembangunan diri dan pembelajaran secara berterusan.
Pembelajaran sepanjang hayat ini merangkumi 4 asas utama iaitu kesedaran diri iaitu
mengenali diri sendiri dan mampu mengenal pasti kekuatan atau kelemahan diri. Kedua,
perancangan untuk belajar yang mana menetapkan objektif atau perancangan bagi mencapai
matlamat. Ketiga, memahami cara belajar iaitu mengetahui kaedah belajar dan akhir sekali,
penilaian berterusan iaitu pemantauan tentang hasil pembelajaran sendiri. Kemahiran
pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat adalah saling berkait antara satu
sama lain. Kebolehan individu mahasiswa ammnya menggarap pengetahuan dari masa ke
semasa dengan kebijaksanaan menguasai pelbagai kaedah dan mampu menganalisi segala
maklumat yang datang, serta berkebolehan mencerakinkan pada tempatnya yang wajar
mampu melahirkan individu yang hebat.
Bagi menyempurnakan kursus Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran
Sepanjang Hayat ini, maki telah melibatkan diri dalam satu program kemasyarakatan iaitu Program
“Jalinan Ukhwah” bersama anak-anak RPWP yang telah diadakan di Rumah Pengasih Warga
Prihatin, Sg. Ramal Baru, Kajang pada 10 Mei 2015.
3.0 TUJUAN PROGRAM
Program “Jalinan Ukhwah” bersama anak-anak RPWP yang telah diadakan ini adalah
bertujuan untuk meningkatkan semangat anak-anak RPWP agar sentiasa menghargai dan meneruskan
perjuangan mereka dalam menuntut ilmu dengan memperlihatkan keseronokkan bidang pengajian
yang kami ceburi dalam permainan yang akan kami aplikasikan. Ilmu itu mempunyai kepentingan
yang tersendiri bagi setiap individu tetapi membawa kepada tujuan yang sama iaitu membina masa
hadapan yang lebih bermakna.
4.0 KEKANGAN DAN MASALAH PROGRAM
Masalah yang timbul dalam pelaksanaan program ini adalah kekurangan ahli. Bilangan kami
yang terhad iaitu seramai 7 orang menyebabkan ada perkara yang menjadi kelam kabut dan sedikit
tidak terurus. Dengan bilangan yang ada ini, setiap antara kami perlu memegang melebihi satu
jawatan seorang untuk memastikan kelancaran program. Sebagai contoh, Nurul Shafiqa yang
merupakan setiausaha juga merupakan bendahari program.
Tambahan pula, masih terdapat ahli yang mahu menarik diri disaat akhir kerana tidak mahu
terlibat dengan program walaupun mengetahui bahawa program kekurangan ahli. Hal ini telah
menyebabkan kerja dan tugasan yang telah diagihkan kepada individu tersebut ditinggalkan begitu
sahaja. AJK lain yang telah sedia mempunyai tugasan terpaksa menerima kerja yang ditinggalkan
oleh individu yang telah menarik diri tersebut. Maka, saya mencadangkan agar pensyarah tidak
membenarkan pelajar yang telah sertai program untuk menarik diri disaat akhir terutama apabila
tarikh program semakin hampir.
Selain itu, ingin saya memberi sedikit cadangan berkenaan penambahbaikan bagi
pihak RPWP. Perkara pertama yang ingin disentuh ialah tentang sambutan dari pihak RPWP.
Kami sangat berbesar hati kerana sepanjang kami menjalankan program di RPWP, kami telah
diberikan dengan sambutan yang sangat baik sama ada dari bonda-bonda dan adik-adik yang
terlibat. Di samping itu juga, kami berasa sangat kagum dengan kebertanggungjawaban anak-
anak di RPWP kerana begitu mengambil berat dan saling menjaga antara satu sama lain
terutamanya golongan kanak-kanak kecil. Di sini, kami dapat melihat bahawa adik-adik di
RPWP saling bantu-membantu antara satu sama lain. Kami berharap perkara seperti
dinyatakan di atas akan dikekalkan dan dipertingkatkan di kalangan anak-anak di RPWP.
Perkara kedua yang ingin kami utarakan di sini ialah tentang kekemasan kawasan
rumah tersebut. Di sini kami dapati, sepanjang kami melalui kawasan-kawasan dalam rumah
tersebut, kami dapati terdapat banyak barang-barang binaan dan bongkah-bongkah kayu yang
belum atau telah digunakan hanya diletakkan dilantai begitu sahaja. Dan laluan ini menjadi
laluan terbuka kepada anak-anak di RPWP. Ini bermaksud, kawasan yang penuh dengan
bahan-bahan binaan ini menjadi laluan utama anak-anak di RPWP setiap hari. Ini boleh
mengundang bahaya kepada keselamatan anak-anak di RPWP. Untuk mengelakkan sebarang
perkara yang tidak diingini berlaku, kawasan yang penuh dengan bahan binaan tersebut itu
hendaklah ditutup ataupun perlu dipindahkan ke kawasan yang jauh dari laluan anak-anak
RPWP tersebut.
Perkara ketiga ialah sepanjang program ini dijalankan, kami dapati bahawa anak-anak
di RPWP adalah sangat menjaga kebersihan. Anak-anak ini telah dididik agar untuk menjaga
kebersihan tidak kira dimana dan sepanjang masa. Tetapi terdapat satu kawasan yang tidak
menepati piawai kebersihan tersebut iaitu tandas. Kami dapati, terdapat tandas yang
tersumbat dan menyebabkan air tidak dapat mengalir keluar menyebabkan air bertakung
dilantai. Ini boleh juga mengundang bahaya kerana boleh menyebabkan insiden yang tidak
diingini berlaku. Ini juga boleh menyebabkan air yang bertakung tersebut mengeluarkan bau
yang tidak enak.
Perkara keempat ialah karpet yang berhabuk tidak sesuai diletakkan terutamanya
ketika hari hujan. Ini akan menyebabkan karpet menjadi lembab dan akan mengeluarkan bau
yang tidak menyenangkan.
Kami memahami akan kekurangan yang pihak RPWP alami, tetapi aspek seperti
kebersihan dan kekemasan perlulah dititikberatkan sebagai langkah keselamatan untuk anak-
anak di RPWP.
5.0 PENUTUP
Secara keseluruhan, Program Jalinan Ukhuwah ini telah banyak membantu bukan sahaja
dalam kalangan anak-anak RPWP, namun dikalangan mahasiswa mahasiswi yang terlibat juga.
Anak-anak RPWP dapat mempelajari ilmu baru yang kami mahasiswa cuba untuk perkenalkan
mengenai bidang pengajian kami di UKM. Walaupun apa yang kami telah tunjukkan dalam
permainan itu tidak menyeluruh dan merangkumi keseluruhan bidang pengajian kami, namun
kami mahasiswa/i yakini bahawa sedikit sebanyak telah dapat menarik minat anak-anak RPWP
terhadap bidang sains. Hal ini kerana, kami mendapat reaksi positif dari setiap anak-anak RPWP
yang mahukan lagi program berunsur ilmu pengetahuan seperti ini.
Di samping itu, kami sendiri telah dapat mempelajari begitu banyak ilmu baru daripada
anak-anak RPWP tersebut. Melalui sikap dan perwatakan, adab dan pergaulan, percakapan dan
tutur kata, semangat dan keazaman yang ditonjolkan oleh mereka semuanya menyedarkan kami
para mahasiswa/i yang bersikap acuh tak acuh dalam perkara yang kami lakukan di universiti.
Disediakan oleh,
_________________________
Nur Amira binti Yusaini,
Ketua Pengarah,
Program Jalinan Ukhuwah,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Disemak oleh,
_________________________
Dr Syaidatun Nazirah binti Abu Zahrin,
Penasihat Program,
Program Jalinan Ukhuwah,
Ketua KRA 3,
& KRA 3 Perkongsian Pintar & Keterlibatan Strategik,
Pusat Citra Universiti UKM
Minit Mesyuarat Kedua (Sesi Pertama)
Tarikh : 20 April 2015
Masa : 9.00-10.30 pagi
Tempat : Bilik Dr Syaidatun, Aras 2, Bangunan Seadpri, Kolej Keris Mas
Kehadiran ahli:
1) Nur Amira binti Yusaini
2) Ibrahim bin Abdullah
3) Sivagami A/P Jayaveloo
Minit Mesyuarat Kedua (Sesi Kedua)
Tarikh : 20 April 2015
Masa : 2.00-4.00 petang
Tempat : Taman Siswa Siswi, Kolej Aminuddin Baki
Kehadiran ahli:
1) Nur Amira binti Yusaini
2) Nurul Syafiqa binti Shuhaimi
Perkara yang dibincangkan bagi kedua-dua mesyuarat:
1. Penubuhan semula jawatankuasa organisasi
2. Pengarah memberi pengenalan mengenai Rumah Pengasih Warga Prihatin, RPWP.
RPWP mempunyai 230 orang warga termasuk pekerja.
Tetapi kita cuma hadkan bilangan pelajar yang terlibat kepada pelajar sekolah
rendah yang mempunyai jumlah lebih kurang 30 orang pelajar.
Pihak RPWP menetapkan syarat dan etika ketika berada disana seperti etika
berpakaian dimana pelajar perempuan hanya boleh berbaju kurung atau berjubah
sepanjang berada disana.
Pihak RPWP mencadangkan untuk menyediakan makan tengahari dengan pihak
kita memberi harga dan bayaran disamping menghantar AJK untuk membantu
bersama-sama masak di dapur.
3. Perbincangan belanjawan makanan
Untuk makan tengahari: RM5 + RM2 (minum petang: 3 biji kuih + Air The O)
Barangan aktiviti
4. Perbincangan aktiviti bersama AJK
Aktiviti yang dapat difikirkan : Math mind, Memory Boost, Straw Building,
Origami, Apung Terapung, Kertas Terbang, Nine Dot Challenge, Square mind
Pembahagian aktiviti mengikut slot:
1. Slot Kreatif: Straw Building, Nine Dot Challenge, Kertas Terbang, Origami
2. Slot Pecah Minda: Math Mind, Apung Terapung, Square Mind, Memory
Boost
5. Pembahagian tugasan AJK
Disediakan oleh,
Nur Amira binti Yusaini,
Ketua Pengarah Program Jalinan Ukhuwah, RPWP.
Minit Mesyuarat Ketiga
Tarikh: 25 April 2015
Masa: 9.00-11.00 pagi
Tempat: Rumah Pengasih Warga Prihatin, Sg. Ramal Baru, Kajang.
Kehadiran ahli:
1) Nur Amira binti Yusaini
2) Nurul Syafiqa binti Shuhaimi
Bersama warga RPWP:
1) Puan Rohaya binti Harith (Mak Aya)
2) Qistina (Anak RPWP)
Agenda mesyuarat:
1) Pengenalan Jalinan Ukhuwah:-
a) Berbincang mengenai matlamat program: Memperlihatkan keseronokkan bidang
pengajian yang kami ceburi melalui permainan yang cuba dijalankan.
b) Menyatakan bilangan ahli yang terlibat cuma 7 orang
c) Berbincang berkenaan tentatif program dengan lebih terperinci.
d) Menerangkan mengenai isi setiap permainan yang akan diadakan dan
pembelajaran yang boleh diambil.
e) Program akan dijalankan secara santai.
f) Berbincang mengenai penglibatan anak-anak RPWP dan AJK.
2) Makanan
a) Membincangkan perbelanjaan yang dianggarkan dimana harga makan bagi
seorang individu adalah RM7 merangkumi makan tengah hari dan minum petang.
b) Membincangkan penglibatan bilangan ahli yang diperlukan dalam urusan
penyediaan makanan.
3) PA system
a) Menyatakan alat bantuan seperti LCD, mikrofon, papan putih, pembesar suara
yang diperlukan semasa hari program
4) Pesanan dari pihak RPWP:
a) Menjaga tingkah laku dan pergaulan di antara lelaki dan perempuan serta adab
berpakaian semasa hari program.
b) Memastikan setiap ahli melawati laman web RPWP terdahulu sebelum datang
untuk menjalankan program agar setiap ahli mendapat serba sedikit gambaran
berkenaan RPWP.
c) Sedikit perkongsian berkenaan penubuhan RPWP.
Disediakan oleh,
Nur Amira binti Yusaini,
Ketua Pengarah Program Jalinan Ukhuwah.
Minit Mesyuarat Keempat
Tarikh: 1 Mei 2015
Masa: 8.30-11.00 pagi
Tempat: Ruang legar depan PTSL
Kehadiran ahli:
3) Nur Amira binti Yusaini
4) Nurul Syafiqa binti Shuhaimi
5) Nor Fadilah binti Ismail
6) Nor Shafira binti Drahman
Agenda Mesyuarat (telah diberitahu di whatsApp secara terperinci)
1) Pengenalan RPWP
2) Pembahagian tugas AJK
3) Perbincangan dana dari kutipan derma dan sumbangan ahli sebanyak RM20 seorang
4) Sumbangan buku untuk kecukupan perpustakaan mini RPWP
Pemilihan Buku Sumbangan PTSL
Penyusunan Buku Sumbangan PTSL Bersama Adaha dan Hidayah
LAMPIRAN A
SENARAI NAMA PELAJAR RPWP
NO. NAMA UMUR
1 ABU RIJAL BIN MASJUKI 12
2 ABDUR RAHMAN BIN ROSLI 12
3 ALEXANDER KHALIFAH BIN KHALINAN 12
4 MUHAMMAD DANIEL MUSTAKIN BIN ABDULLAH 12
5 AMIRUL FAZLI BIN ZAILANI 12
6 MOHD SHAH SAIFUDDIN BIN BAHARUDDIN 12
7 NUR ADINA BINTI BAHARUDIN 12
8 NURUL NUR AINA BALQIS BINTI SULAIMAN 12
9 NURUL NAJUA BINTI SETAR 12
10 AUNI FAQIHAH BINTI ROZANI 12
11 MOHD NAZMI IRWAN BIN MOHD NAZIR 11
12 ADAM DANIEL BIN AHMAD FAZIL 11
13 MUHAMMAD AIMAN BIN MAZLAN 11
14 NUR DALILI BINTI JOHARI 11
15 KHAIRUNNISA SABRINA BINTI AHMAD KHAIRUDIN 11
16 ARJANNAHTUL AFIQAH BINTI SAIFUL 11
17 HAYAT MADANI BIN KHALINAN 10
18 AMIR HARRIS BIN AZMAN 10
19 SYAKIR RABBANI BIN JAMALUDIN 10
20 AHMAD NUR HAKIM BIN ROSLIM 10
21 AMIR YUSOF BIN ZAILANI 10
22 AHMAD NAUFAL SUHAIMI BIN MOHD FADLI 10
23 AFIQ AFANDI BIN MUHAMMAD 10
24 BALQIS QISTINA BINTI AWANG 10
25 ARJANNAHTUL SALIHAH BINTI SAIFUL 10
26 MUHAMMAD IKMAL FANSURI BIN ISMADI 9
27 NUR DAMIA BINTI JOHARI 9
28 NUR AIN MARDIAH BINTI SAIFUL NIZAM 9
29 NIK NUR AISYAH BINTI NIK MAT 9
30 NUR SYAFIAH ABDAH BINTI MUHAMAD YAZID 9
31 NURUL NURIN AYUNI BINTI SULAIMAN 9
32 ALYA BINTI ROZANI 9
33 ALEESA DANIA BINTI AHMAD FAZIL 8
34 NUR FATIN IRDINA BINTI ISMADI 9
35 ALI IMRAN BIN SAIFUL NIZAM 7
36 AHMAD SAIBATUL HAMDY BIN KHALINAN 7
37 HARITH HAZIQ BIN AWANG 7
38 MUHAMMAD HAKIM MOHD BASRI 7
39 HAZIQ AWWADI BIN MUHAMMAD 7
40 MARSYA NUR IRDANIA BINTI MOHD NAZIR 7
41 ORKED BINTI MOHAMAD SAIPUL 7
42 NAURATUL IZZAH BINTI MOHD FADLI 7
43 AIRIS HUMAIRA BINTI SHAMSUL SOUFIYAN 7
44 AINUL MARDHIAH BINTI ZULKARNAIN 7
LAMPIRAN B
BELANJAWAN
A. PENDAPATAN
PENDAPATAN YANG DITERIMA
JUMLAH (RM)
Kutipan Dana Ahli Kumpulan
Kutipan Derma Pensyarah
RM450.50
RM200.00
JUMLAH
RM650.50
B. PERBELANJAAN
PERKARA
JUMLAH (RM)
Makanan Minum Petang
RM0.85 X 53
Cenderamata
Hamper
Barang game/lain-lain
Sumbangan pada RPWP
RM45.00
RM20.00
RM68.40
RM59.30
RM457.80
JUMLAH RM650.50
LAMPIRAN C
ATURCARA BUKU PROGRAM
7.45 pagi - AJK Program berkumpul di DAM dan membantu memunggah barang-
barang program kedalam kereta.
8.30 pagi - AJK Program bersama-sama pensyarrah penasihat dan pembantunya
bertolak dari UKM ke RPWP
9.15 pagi - AJK Program tiba di RPWP dan memulai persiapan program
10.00 pagi - Aktiviti Slot Pecah Minda bermula
Ice Breaking, Straw Building, Square Mind, Math Match,
Origami.
12.00 tengah hari - Makan tengah hari dan solat Zuhur
2.30 petang - Aktiviti Slot Kreatif bermula
Memory Boost, Jambatan Kukuh, 9 Dots Challenge, Kertas
Terbang
3.45 petang - Aktiviti tamat, kerja-kerja mengemas dan membersih dijalankan
4.00 petang - Majlis perasmian dan penutupan, penyampaian hadiah, sesi bergambar
4.15 petang - Jamuan petang
5.00 petang - AJK Program bergerak pulang ke UKM
LAMPIRAN D
GAMBAR PROGRAM
Persiapan Program
Tarikh dan Masa: 8 Mei 2015, 3.00-5.00 petang
Tempat: Bilik PMFST
AJK saling membantu membalut hamper
AJK mencuba setiap permainan yang akan diadakan di RPWP
Perlaksanaan Program
Tiba di Rumah Pengasih Warga Prihatin, Sg. Ramal Baru, Kajang
Sesi Suai Kenal
Game Straw Building
Pelajar diberi sebungkus penyedut minuman bagi setiap kumpulan. Mereka dikehendaki untuk
membina bangunan penyedut minuman yang paling stabil, kukuh dan tinggi. Pelajar boleh
mendapatkan penyedut minuman tambahan daripada fasi kumpulan masing-masing dengan membaca
sifir yang dihafalnya kepada fasi kumpulan masing-masing.
Game Square Mind
Pelajar dipaparkan oleh lukisan kotak-kotak segi empat sama yang dilukis diatas kertas mahjung.
Pelajar dikehendaki berbincang dalam kumpulan dan memberi jawapan yang tepat jumlah kotak segi
empat sama yang ada.
Anak-anak RPWP membuat pembentangan
Game Math Match
Pelajar diberikan 10 kad-kad nombor berserta operasi matematik mengikut warna kumpulan masing-
masing. Pelajar dikehendaki menyusun kad-kad nombor dan operasi tersebut membentuk satu
persamaan yang memberikan jawapannya sama dengan 4.
Game Origami
Pelajar diberikan enam keping kertas warna segi empat sama dan bentukkan origami yang kemas dan
cantik berbentuk kotak atau bola yang diajar oleh fasi kumpulan masing masing.
Game Memory Boost
Fasi bagi setiap kumpulan akan membisikkan satu petikan cerita kepada pelajar yang hampir
dengannya. Pelajar tersebut hendaklah membisikkan cerita yang didengarnya kepada rakan yang
paling hampir dengannya dan aktiviti ini berterusan sehingga pelajar paling akhir kumpulan tersebut.
Pelajar paling akhir akan melukiskan apa yang didengarinya dalam bentuk lukisan dalam satu kertas
lukisan.
Game Kertas Terbang
Setiap kumpulan akan diberikan sekeping kertas. Mereka perlulah memikirkan cara yang perlu
dilakukan untuk menerbangkan kertas tersebut ke titik yang ditandai oleh fasi. Pasukan boleh
menggunakan pelbagai cara dan idea mereka sendiri. Pasukan yang memperoleh jarak terjauh
merupakan pemenang.
Jamuan Makan
Majlis Penutup dan sesi Penyampaian Hadiah
Sesi Bergambar
LAMPIRAN E
JAWATANKUASA PELAKSANA
PROGRAM JALINAN UKHUWAH
Penaung
Prof. Dr. Khaidzir Ismail,
Pusat Citra Universiti UKM
Penasihat
Dr Syaidatun Nazirah binti Abu Zahrin
Pensyarah HHHC9301, Pusat Citra Universiti, UKM
Pensyarah Pengiring
Prof Madya Dr Fazilah binti Idris
Pensyarah Pusat Citra Universiti, UKM
Ketua Pengarah
Nur Amira binti Yusaini FST/2 A146036
Setiausaha dan Bendahari
Nurul Syafiqa binti Shuhaimi FST/2 A145682
AJK Program
Ibrahim bin Abdullah FST/2 A145890
Nor Shafira binti Drahman FST/2 A145591
AJK Publisiti
Nurul Hafiza binti Mohd Ali FST/2 A146769
AJK Teknikal &Pengangkutan
Nor Fadilah binti Ismail FST/2 A145628
AJK Tugas-tugas Khas & Keselamatan
Sivagami A/P Jayaveloo FST/2 A145884
BORANG ULASAN PENASIHAT
Nama Penasihat : DR SYAIDATUN NAZIRAH ABU ZAHRIN
Nama Program : PROGRAM JALINAN UKHUWAH
Tarikh Program : 10 MEI 2015
Tempat Program : RUMAH PENGASIH WARGA PRIHATIN, SG. RAMAL
ULASAN :
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
____________________________________________________
Tandatangan:
…………………………………….
(DR SYAIDATUN NAZIRAH ABU ZAHRIN)
Penasihat & Ketua KRA3,
Perkongsian Pintar& Keterlibatan Strategik,
Pusat Citra UKM.