LAPORAN-AKTIVITI-BENGKEL

9
LAPORAN AKTIVITI PROGRAM BINA INSAN GURU (FASA II) TAHUN 2014 AMBILAN : JANUARI 2014 SEMESTER : 1 PISMP OPSYEN : BAHASA TAMIL, BAHASA MELAYU, PENDIDIKAN KHAS, BIMBINGAN DAN KAUNSELING & TESL BILANGAN PELAJAR : 96 ORANG TARIKH : 16/7/2014 FASA : 2 TEMPAT : DEWAN DATO KHAIRUDDIN ASHARI (DDKA) LAPORAN REFLEKTIF : TAJUK : CERAMAH / BENGKEL (A) LAPORAN AKTIVITI / PERISTIWA Pengacara Majlis Program Bengkel Pembinaan Insan Guru Yang Seimbang

description

Bina insan guru

Transcript of LAPORAN-AKTIVITI-BENGKEL

Page 1: LAPORAN-AKTIVITI-BENGKEL

LAPORAN AKTIVITI

PROGRAM BINA INSAN GURU (FASA II)

TAHUN 2014

AMBILAN : JANUARI 2014

SEMESTER : 1 PISMP

OPSYEN : BAHASA TAMIL, BAHASA MELAYU, PENDIDIKAN KHAS,

BIMBINGAN DAN KAUNSELING & TESL

BILANGAN PELAJAR : 96 ORANG

TARIKH : 16/7/2014

FASA : 2

TEMPAT : DEWAN DATO KHAIRUDDIN ASHARI (DDKA)

LAPORAN REFLEKTIF :

TAJUK : CERAMAH / BENGKEL

(A)LAPORAN AKTIVITI / PERISTIWA

Pengacara Majlis Program Bengkel Pembinaan Insan

Guru Yang Seimbang

Page 2: LAPORAN-AKTIVITI-BENGKEL

Pada 16 Julai 2014, sebanyak 96 orang guru pelatih yang terdiri daripada

opsyen Bahasa Tamil, Bahasa Melayu, Pendidikan Khas, Bimbingan dan

Kaunseling dan TESL telah mengikuti program ceramah Bina Insan Guru (BIG)

yang bertemakan Pembinaan Guru Insan yang Seimbang. Kami telah berkumpul

di Dewan Dato Khairuddin Ashari (DDKA) pada pukul 2.00 petang untuk

pendaftaran. Setelah semua guru pelatih berkumpul, program telah bermula

tepat pada pukul 2.30 petang.

Kami telah menjemput Puan Suria Bt Abd Jamil, Ketua Unit Kaunseling

Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim sebagai penceramah

bengkel. Beliau telah menyampaikan pelbagai maklumat atau ilmu pengetahuan

yang berguna kepada kami. Sebelum memulakan slot pada hari berkenaan,

beliau telah mengadakan senaman minda supaya guru pelatih bersedia dan aktif

untuk mengikuti bengkel tersebut. Seterusnya, Puan Suria telah membincangkan

tentang kecerdasan emosi, kawalan emosi dan juga inventori personaliti warna.

Kami berharap maklumat-maklumat yang diperolehi terutamanya mengenai

kawalan emosi akan membantu kami di sekolah kelak.

Puan Suria Bt Abd Jamil, Ketua Unit Kaunseling Institut Pendidikan Guru

Kampus Temenggong Ibrahim sebagai penceramah bengkel.

Pensyarah dan juga semua guru pelatih membuat senaman minda

sebelum Puan Suria memulakan slot.

Page 3: LAPORAN-AKTIVITI-BENGKEL

Selain itu, Puan Suria telah memberitahu bahawa profesion keguruan ini

merupakan kerjaya yang dihormati, mulia dan seorang guru harus memiliki

akauntibiliti yang tinggi dalam tanggungjawabnya. Beliau memberi penekanan

kepada sifat-sifat seperti emosi stabil, sabar, jujur dan juga suka senyum yang

dapat membentuk seorang guru yang berkarisma dan juga mewujudkan alam

belajar yang kondusif. Kerjaya guru merupakan kerjaya yang penting dan

mencabar. Oleh itu, beliau telah memberitahu supaya sentiasa bersyukur kepada

Tuhan dengan apa yang kita memperolehi.

Akhir sekali, Pengerusi Program Bengkel ini telah memberikan

cenderamata kepada Puan Suria Bt And Jamil sebagai penghargaan. Pengerusi

juga telah memberikan cenderamata kepada setiap Ketua Opsyen. Program

tersebut telah diakhiri dengan makanan petang yang enak sekali.

Borang Inventori Personaliti Warna yang telah digunakan untuk

mengenali ciri-ciri personaliti diri guru pelatih.

Page 4: LAPORAN-AKTIVITI-BENGKEL

ISU/ MASALAH

Puan Suria telah membincangkan tentang isu-isu penjawat awam dan

juga antara masalah yang ada pada seseorang guru. Mengikut kajian, antara

masalah yang ada pada seseorang guru adalah seperti berikut:

Krisis kendiri

Sakit mental

Sakit kronik

Perkhidmatan

(B)Analisis SWOT

Prestasi rendah

Dadah

Keberhutangan

Pengerusi Program Bengkel memberikan cenderamata kepada

Puan Suria Bt And Jamil

Page 5: LAPORAN-AKTIVITI-BENGKEL

I. KEKUATAN

1. Memahami untuk mengawal dan menguruskan emosi dengan baik

dalam setiap situasi yang kita hadapi.

2. Mengetahui untuk membina suasana alam belajar yang kondusif

dengan menggunakan pelbagai cara yang kreatif.

3. Mengetahui dan memahami tentang ciri-ciri personliti diri sendiri

mengikut warna dan juga dengan melukis seekor gajah.

4. Mengetahui tentang kepentingan mengamalkan sifat-sifat yang disukai

oleh murid dalam pengajaran dan pembelajaran.

5. Meningkatkan kreativiti diri sebagai seorang guru supaya

mencerdaskan minda murid.

II. KELEMAHAN

1. Suasana dewan agak sejuk.

2. Letih kerana bengkel diadakan pada sebelah petang.

3. Masalah teknikal iaitu tidak dapat menonton beberapa video.

III. PELUANG

1. Berpeluang untuk mengenali personaliti diri sendiri.

IV. ANCAMAN

Page 6: LAPORAN-AKTIVITI-BENGKEL

-Tiada-

1) REFLEKSI KENDIRI

i. MANFAAT PROGRAM

1. Berpeluang untuk menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan dapat

membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan.

2. Berpeluang untuk mengenali kaedah-kaedah dan kepentingan

mengawal dan mengurus emosi.

3. Meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dan juga kreativiti dalam

membuat sebarang keputusan dan juga dalam pengajaran dan

pembelajaran.

4. Menjadi seorang guru yang berfikiran terbuka dan bersedia dalam

menghadapi cabaran dalam bidang pendidikan.

ii. PENAMBAHBAIKAN

1. Tempoh masa bengkel perlu dipanjangkan supaya lebih banyak

ilmu pengetahuan disampaikan kepada guru pelatih.

2. Latihan dalam kumpulan boleh dijalankan untuk menyeronokkan

peserta dan juga untuk mewujudkan semangat kerjasama antara

satu sama lain.

Page 7: LAPORAN-AKTIVITI-BENGKEL

Tandatangan Pelapor :

_________________________

(CHRMINI A/P RAVEENDHRAN)

Setiausaha,

2 PISMP Bahasa Tamil Pendidikan Rendah (SK)