Laporan batam 2014

9
LAPORAN PROGRAM KOLABORASI, KHIDMAT KOMUNITI (CSR) DAN PENGANTARABANGSAAN POLITEKNIK MERSING JOHOR DI BATAM, INDONESIA DISEDIAKAN OLEH : MOHD FAIRULLAH BIN MUHAMMADON PENGARAH PROGRAM TEMPAT 1. UNIVERSITAS IBNU SINA, BATAM INDONESIA 2. YAYASAN MIFTAHUL HASANAH ( RUMAH ANAK YATIM), KAMPUNG NONGSA, BATAM INDONEISA TARIKH/ HARI 10 JUN 2014 HINGGA 12 JUN 2014 ( SELASA HINGGA KHAMIS ) AKTIVITI YANG DIJALANKAN 1. Pembentangan Seminar Kertas Kerja Dan Perkongsian Ilmu bersama pihak Universitas Ibnu Sina, Batam Indonesia 2. Program Perkongsian Budaya 3. Khidmat Masyarakat ( Rumah Anak Yatim ) di sebuah perkampungan Melayu Nongsa, Batam Indonesia SASARAN 1. 25 ORANG STAFF POLITEKNIK MERSING, JOHOR Dalam usaha menjadikan Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu bertaraf dunia, Politeknik Mersing Johor telah mengambil inisiatif untuk menjalankan kegiatan mempromosi dan menjalinkan kerjasama dengan institusi pendidikan dan komuniti global di luar negara. Sehubungan dengan itu, pada 10 hingga 12 Jun 2014 yang lepas, Warga Politeknik Mersing melalui Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) telah menggalas cabaran dengan menganjurkan Program Pengantarabangsaan Warga Pensyarah dan Pihak Pengurusan Politeknik Mersing ke Batam, Indonesia yang melibatkan akitiviti Kolaborasi Dan Khidmat Komuniti. Dalam program ini seramai 25 orang dari kalangan pensyarah dan pihak pengurusan telah terlibat.. Apa yang menarik program ini diiringi oleh Tuan Pengarah iaitu Tn Haji Rosli Bin Hamid dan Timbalan Pengarah Akademik : Tuan Haji Lajakarek Bin Haji Mohd Amin. Objektif utama program ini selain dapat menjana warga para peserta yang lebih beridealisme, proaktif dan kreatif serta mampu berdaya saing menerusi pemerhatian serta penglibatan yang lebih terbuka di peringkat global, program ini juga mampu memberikan beberapa impak seperti memartabatkan Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia amnya dan Politeknik Mersing khususnya pada kelasnya tersendiri dengan dunia luar dalam hasratnya mencapai status bertaraf antarabangsa seiring dengan pendekatan transformasi politeknik ke arah globalisasi Melalui program khidmat komuniti ini juga para peserta dapat menanamkan sifat kasih sayang dan peka kepada perkembangan nasib masyarakat yang menimpa terutama di peringkat global.

Transcript of Laporan batam 2014

Page 1: Laporan batam 2014

LAPORAN PROGRAM KOLABORASI, KHIDMAT KOMUNITI (CSR)  DAN PENGANTARABANGSAAN POLITEKNIK 

MERSING JOHOR  DI BATAM, INDONESIA  

DISEDIAKAN OLEH :   MOHD FAIRULLAH BIN MUHAMMADON PENGARAH PROGRAM  

 

TEMPAT  1. UNIVERSITAS IBNU SINA, BATAM INDONESIA 2. YAYASAN MIFTAHUL HASANAH ( RUMAH ANAK YATIM), 

KAMPUNG NONGSA, BATAM INDONEISA 

TARIKH/ HARI     10 JUN 2014 HINGGA 12 JUN 2014    ( SELASA HINGGA KHAMIS ) 

AKTIVITI YANG DIJALANKAN  

1. Pembentangan Seminar Kertas Kerja Dan Perkongsian Ilmu bersama pihak Universitas Ibnu Sina, Batam Indonesia 

2. Program Perkongsian Budaya 3. Khidmat Masyarakat ( Rumah Anak Yatim ) di sebuah 

perkampungan Melayu Nongsa, Batam Indonesia  

SASARAN  1. 25 ORANG STAFF POLITEKNIK MERSING, JOHOR 

 

Dalam  usaha  menjadikan  Politeknik  Kementerian  Pengajian  Tinggi  Malaysia  sebagai  pusat 

kecemerlangan  ilmu  bertaraf  dunia,  Politeknik  Mersing  Johor  telah  mengambil  inisiatif  untuk 

menjalankan  kegiatan  mempromosi  dan  menjalinkan  kerjasama  dengan  institusi  pendidikan  dan 

komuniti global di  luar negara.  Sehubungan dengan itu, pada  10 hingga 12 Jun 2014 yang lepas, Warga 

Politeknik  Mersing  melalui  Jabatan  Kejuruteraan  Elektrik  (JKE)  telah  menggalas  cabaran  dengan 

menganjurkan  Program  Pengantarabangsaan  Warga  Pensyarah  dan  Pihak  Pengurusan  Politeknik 

Mersing  ke  Batam,  Indonesia  yang  melibatkan  akitiviti  Kolaborasi  Dan  Khidmat  Komuniti.  Dalam 

program ini seramai 25 orang dari kalangan pensyarah dan pihak pengurusan  telah terlibat.. Apa yang 

menarik program  ini diiringi   oleh Tuan Pengarah  iaitu Tn Haji Rosli Bin Hamid dan Timbalan Pengarah 

Akademik : Tuan Haji Lajakarek Bin Haji Mohd Amin. 

Objektif utama program ini  selain dapat menjana warga para peserta yang lebih beridealisme, 

proaktif dan  kreatif  serta mampu berdaya  saing menerusi pemerhatian  serta penglibatan   yang  lebih 

terbuka  di  peringkat  global,  program  ini  juga  mampu  memberikan  beberapa  impak  seperti 

memartabatkan  Politeknik  Kementerian  Pengajian  Tinggi  Malaysia  amnya  dan  Politeknik  Mersing  

khususnya  pada  kelasnya  tersendiri  dengan  dunia  luar  dalam  hasratnya  mencapai  status  bertaraf 

antarabangsa  seiring dengan pendekatan  transformasi politeknik  ke  arah  globalisasi Melalui program 

khidmat  komuniti  ini  juga  para  peserta  dapat  menanamkan  sifat  kasih  sayang  dan  peka  kepada  

perkembangan nasib masyarakat yang menimpa  terutama di peringkat  global. 

 

Page 2: Laporan batam 2014

Pada hari pertama, peserta  telah menghadiri jemputan dari pihak Universitas Ibnu Sina tentang 

rangka  program  kolaborasi  bersama    dan  pembentangan  seminar  sehari.  Pihak  Pengarah  Politeknik 

Mersing dan pihak Direktur Universitas  Ibnu Sina  juga saling menandatangani memorandum bersama 

diantara dua pihak  yang melibatkan  kerjasama Antara dua pihak  samada dari  segi perkongsian  ilmu, 

sukan  dan  kemahiran.  Para  Warga  Politeknik  Mersing  dan  Universitas  Ibnu  Sina  juga  telah 

membentangkan kertas kerja mengikut tajuk yang dipilih masing‐masing. Manakala sebelah petangnya 

kami telah dibawa ketempat menarik di Batam seperti Jambatan Barelang dan  jambatan‐jambatan  lain 

yang  menghubungkan  pulau‐pulau  batam  menjadi  satu  dan  tempat  tinggalan  sejarah  pendudukan 

Rakyat Vietnam di Muzium Vietnam.   

 

Pada hari  kedua  kami  telah melawat  ke  Yayasan Miftahul Hasanah  iaitu  rumah panti  asuhan 

anak‐anak  yatim  dan menghulur  sedikit  bantuan  berupa  sumbangan  cenderahati,  wang  ringgit  dan 

tenaga kepada anak‐anak yatim. Para peserta sempat untuk bergotong royong membersihkan kawasan 

kediaman anak‐anak yatim dan pokok yang tumbang menghempap bumbung rumah yang kebetulannya 

juga dilanda ribut, membersihkan kawasan persekitaran dan dalam masjid yang dibina sendiri hasil dari 

kerjasama masyarakat kampung.  

 

 

  Secara keseluruhan, program  ini mencapai objektif seperti yang  telah disasarkan   secara  tidak 

langsung    impak  dan  kesan  yang  positif  dalam  mencapai  matlamat  meningkatkan  imej  politeknik 

khususnya Politeknik Mersing ke arah Transformasi politeknik untuk menjadikan Politeknik Mersing  ini 

terkenal di peringkat  global. 

 

 

Page 3: Laporan batam 2014

 

Figure 1: Tuan haji Rosli Bin Hamid (Pengarah PMJ bersama barisan pengurusan Ibnu Sina Dan PMJ) 

 

 

Figure 2: BANNER YANG DISULAMI BUNGA MENYAMBUT ROMBONGAN PMJ 

Page 4: Laporan batam 2014

 

Figure 3: MEMORANDUM PERSEFAHAMAN BERSAMA 

 

 

  Figure 4: PEMBENTANGAN KERTAS KERJA OLEH WARGA PMJ   

Page 5: Laporan batam 2014

 

Figure 5: GAMBAR KENANGAN PMJ DAN YAYASAN PENDIDIKAN TINGGI IBNU SINA  

 

Figure 6: GAMBAR KENANGAN DI JAMBATAN BARELANG‐MERCU DAN SIMBOLIK BATAM 

 

Page 6: Laporan batam 2014

 

  Figure 7: MELAWAT KE YAYASAN MIFTAHUL HASANAH DI PERKAMPUNGAN MELAYU NONGSA, BATAM   

 

Figure 8: GOTONG ROYONG MEMINDAHKAN POKOK YANG TUMBANG AKIBAT RIBUT  MENGHEMPAP BUMBUNG   

 

Page 7: Laporan batam 2014

 

  Figure 9: MEMINDAHKAN PELEPAH KELAPA YANG TUMBANG   

 

Figure 10: MEMBERSIHKAN HALAMAN LUAR 

 

Page 8: Laporan batam 2014

 

  Figure 11: ANTARA PENGHUNI ANAK YATIM DARI PELUSUK INDONESIA YANG MENGINAP DI SINI   

 

  Figure 12: PENYAMPAIAN SUMBANGAN BERUPA WANG TUNAI DAN CENDERAHATI   

 

Page 9: Laporan batam 2014

 

 

Figure 13: BERGAMBAR KENANGAN DI YASAYAN MIFTAHUL HASANAH SEBELUM PULANG