Laporan BIG Forum

3
LAPORAN BINA INSAN GURU (BIG) FASA 2/2014 UNIT 2 PISMP BAHASA ARAB Pada 2 September yang lalu, unit 2 PISMP Bahasa Arab telah menganjurkan forum yang bertajuk “Guru Bukan Sekadar Mengajar” di bawah program BIG anjuran Unit Ko-Kurikulum IPG Kampus Sultan Mizan. Forum yang berlangsung dari pukul 2.15-5.15 petang itu telah bertempat di Bilik Santapan Diraja. Seramai 21 orang iaitu daripada PISMP Ambilan Januari 2014 telah terlibat dalam forum tersebut. Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan ‘role model’ kepada masyarakat. Justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Forum yang telah dijalankan ini berobjektif untuk memastikan pelajar dapat menjelaskan domain pembangunan diri insan guru yang seimbang, berfikir secara positif dan meningkatkan motivasi kerjaya guru, menjelaskan kepentingan semangat berpasukan, kerjasama dan tanggungjawab terhadap profesion, masyarakat dan negara, berkeupayaan bekerjasama dan tanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu tugas secara bersama dan berupaya berfikir secara refleksi dan kritis ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan.

description

laporan

Transcript of Laporan BIG Forum

LAPORAN BINA INSAN GURU (BIG) FASA 2/2014 UNIT 2 PISMP BAHASA ARAB

Pada 2 September yang lalu, unit 2 PISMP Bahasa Arab telah menganjurkan forum yang bertajuk Guru Bukan Sekadar Mengajar di bawah program BIG anjuran Unit Ko-Kurikulum IPG Kampus Sultan Mizan. Forum yang berlangsung dari pukul 2.15-5.15 petang itu telah bertempat di Bilik Santapan Diraja. Seramai 21 orang iaitu daripada PISMP Ambilan Januari 2014 telah terlibat dalam forum tersebut.

Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat. Justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan.

Forum yang telah dijalankan ini berobjektif untuk memastikan pelajar dapat menjelaskan domain pembangunan diri insan guru yang seimbang, berfikir secara positif dan meningkatkan motivasi kerjaya guru, menjelaskan kepentingan semangat berpasukan, kerjasama dan tanggungjawab terhadap profesion, masyarakat dan negara, berkeupayaan bekerjasama dan tanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu tugas secara bersama dan berupaya berfikir secara refleksi dan kritis ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan.

Tiga orang panel jemputan terdiri daripada pensyarah Jabatan Pengajian Islam, Ustaz Zamri Bin Rajab dan guru pelatih semester 8 Unit Pendidikan Islam, Aimi Sakinah bt Iskandar dan Muhammad Farhan bin Suria manakala moderator pula Mohd Hafizudin Bin Rosdi dari semester 2 Unit Bahasa Arab.

Pada pukul 5.15 petang, majlis forum telah tamat dan guru pelatih serta ahli panel telah dijemput untuk mejamu selera di bilik jamuan.

Antara kelebihan yang telah diperolehi daripada forum ini ialah tajuk yang diberi sangat menarik dan sangat bertepatan dengan isu semasa guru hari ini. Manakala isi yang dikupas pula sangat padat, berilmiah dan santai. Semua AJK juga telah memberi kerjasama dan menunjukkan minat sepanjang forum berlangsung. Secara keseluruhannya, forum ini telah berjalan lancar. Selain dari kekuatan, terdapat juga sedikit kelemahan yang kami dapati dari program BIG. Kelemahan semasa perlaksanaan forum ini adalah dari segi ketepatan masa. Forum telah ditetapkan untuk bermula pada pukul 2.15 petang tetapi akhirnya bermula pada pukul 2.30 petang atas kelewatan peserta untuk mengadirkan diri ke Bilik Santapan Diraja. Sesungguhnya kelewatan tersebut sedikit sebanyak telah menggangu perjalanan majlis.Melalui forum ini, para guru pelatih berpeluang menimba ilmu dari individu yang lebih berpengalaman selain sedikit sebanyak telah membuka minda para guru pelatih untuk menjadi seorang bakal guru yang berjaya. Selain itu guru pelatih telah diberi pemahaman tentang realiti kerjaya sebagai seorang bakal guru. Forum ini juga telah melatih para guru pelatih untuk mengadikan majlis selain menimba ilmu dan melatih pelajar berforum secara tidak langsung. Pemilihan tempat pula sangat baik dan selesa.Antara kesulitan yang dihadapi semasa melaksanakan program ini ialah dari segi kewangan. Program ini tidak mendapat sebarang peruntukan dari IPG maka guru pelatih semester 2 Unit Bahasa Arab telah bersepakat untuk mengumpul duit untuk dijadikan dana program ini. Selain itu sedikit kesulitan dihadapi apabila salah seorang panel jemputan, guru pelatih Semester 8 Unit Pendidikan Islam, Nadiah Binti Khairi terpaksa menarik diri dari menjadi ahli panel kerana sebab yang tidak dapat dielakkan. Namun, pada saat akhir pihak jawatankuasa BIG telah berjaya mencari pengganti dan digantikan dengan guru pelatih semester 8 Unit Pendidikan Islam, Aimi Sakinah bt Iskandar.Semoga program seperti ini dijalankan lagi di masa hadapan namun sedikit penambahbaikan telah dicadangkan agar forum seperti ini melibatkan guru pelatih unit lain agar ilmu yang bermanfaat yang dikongsikan dalam forum dapat disebarkan kepada ramai orang.Disediakan oleh, ......................................

(NUR MASIDAYU BINTI HASSAN)

Setiausaha,BIG Fasa II,

2 PISMP Bahasa Arab