Laporan Jabatan Perhubungan Luar AIESEC di Universiti Utara Malaysia_last updated on March2010

3

Click here to load reader

description

 

Transcript of Laporan Jabatan Perhubungan Luar AIESEC di Universiti Utara Malaysia_last updated on March2010

Page 1: Laporan Jabatan Perhubungan Luar AIESEC di Universiti Utara Malaysia_last updated on March2010

Laporan Jabatan Perhubungan Luar AIESEC di Universiti Utara Malaysia.

Fokus Jabatan Perhubungan Luar adalah untuk meningkatkan kerjasama dan pembentukkan strategic

partnership antara AIESEC dengan entiti luar, termasuk NGO dan syarikat korporat. Jabatan

Perhubungan Luar meletakkan keutamaan untuk meningkatkan Exchange Partner- iaitu syarikat/

organisasi luar yang menyertai program International Internship Exchange Program oleh AIESEC, juga

dikenali sebagai Global Talent Program (GTP) di Malaysia.

Menyedari potensi untuk bekerjasama dengan NGO dalam International Internship Exchange Program

oleh AIESEC , Jabatan Perhubungan Luar telah memperkenalkan division baru iaitu Non-Corporate

Relations dengan program U2GIFT- Greater Impact For Tomorrow untuk NGO yang terbuka kepada isu

semasa dari segi Ekonomi, Sosial, Alam Sekitar dan Tenaga.

Bermula dengan satu Exchange Partner, iaitu SOLS 24/7 pada permulaan tahun 2009, kini Jabatan

Perhubungan Luar AIESEC di Universiti Utara Malaysia telah berjaya menambah 2 Exchange Partner iaitu

Teow Soon Huat Sdn Bhd dari Langkawi (Langkawi Parade) dan Menara Alor Star yang melihatkan

potensi kerjasama jangka panjang.

Selain itu, Jabatan Perhubungan Luar juga telah diberi amanat untuk mengetuai projek lain seperti

Penang Career and Postgraduate Expo dan Penang Franchising Seminar 2010 yang lebih menumpukan

skil pemasaran dan perhubungan koperat di kalangan ahli dengan syarikat luar.

Sebagai sokongan kepada Jabatan Pengurusan Projek, Jabatan Perhubungan Luar juga telah memberi

nasihat yang tertumpu kepada komunikasi pemasaran dan membuat garis panduan berkenaan dengan

proposal dan bentuk kerjasama yang relevant kepada ahli-ahli yang terlibat dengan division

Perhubungan Luar di bawah Jabatan Pengurusan Projek. Ini masuk projek seperti International Congress

Post Tour 2009, Malaysia Leadership Development Seminar 2009, Redwave, Cultural Understanding

Through Exchange (CUTE), dan AIESEC in Universiti Utara Malaysia Awards Night 2010(AUUMAN).

Dari segi perhubungan dengan alumni AIESEC di Utara Malaysia, kini mempunyai lebih daripada 90

alumni di dalam data yang bermula sejak penubuhan AIESEC di Universiti Utara Malaysia semenjak

tahun 1988. Alumni juga dilihat aktif dalam aktiviti peningkatan kendiri bersama ahli-ahli baru di AIESEC.

Antara sumbangan alumni adalah seperti penyertaan alumni (Danny Ng, Presiden AIESEC UUM 2006/07)

sebagai fasilitator dalam Local Leadership Development Seminar (LLDS 2009) dan penyertaan alumni

sebagai Exchange Partner (Ramkumar, Presiden AIESEC UUM 1989/90).

Page 2: Laporan Jabatan Perhubungan Luar AIESEC di Universiti Utara Malaysia_last updated on March2010

Antara lain, Jabatan Perhubungan Luar AIESEC di Universiti Utara Malaysia juga terlibat dalam

perbentukkan kerjasama dengan entiti lain seperti: (1)Majlis Perwakilan Pelajar UUM dalam Malaysia

Outstanding Youth Conference 2009, (2) Junior Chamber International (JCI Alor Star) dengan projek

baru, (3)College of Business (COB UUM) dengan program pertukaran pelajar (Go Exchange! Program),

dan (4) penyertaan dalam program seperti BarCamp Penang 2009, (5) Menara Kuala Lumpur Basejump

Opening, dan (6) JCI Alor Star Anniversary and Installation Night 2009 dan yang terbaru, (7)Penyertaan

AIESEC di Universiti Utara Malaysia sebagai Pengerusi Majlis dan salah seorang Speaker dalam Branding

and Marketing for Higher Education Conference 2010 yang membariskan penyertaan pihak pengurusan

Universiti dari 5 negara anjuran Asia Business Forum.

Pada keseluruhan, Jabatan Perhubungan Luar telah melakukan yang terbaik untuk menyediakan sumber

dan pengetahuan kepada ahli bagi memastikan kesinambungan pertumbuhan kepada AIESEC di

Universiti Utara Malaysia. Terutama dari segi komunikasi pemasaran serta memposisikan AIESEC sebagai

sebuah pertubuhan pelajar antarabangsa yang menyediakan platform bagi pelajar untuk

mengembangkan potensi diri secara professional.

Interdependency antara semua Jabatan dan komunikasi dalaman adalah amat penting bagi memastikan

message yang dibawa kepada entiti luar bertepatan dengan kapasiti dan pembangunan keseluruhan

AIESEC di Universiti Utara Malaysia.

Diharapkan setiap ahli dapat mengambil peluang yang ada untuk meningkatkan potensi diri serta

menambahkan professional skills dalam diri dengan mempraktikkan ilmu yang ditimba di Universiti

melalui hands-on experience dalam aktiviti AIESEC.

Semoga Jabatan Perhubungan Luar dapat terus berkembang maju dan terima kasih kepada semua yang

terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan Jabatan Perhubunga Luar di sepanjang pertumbuhan

AIESEC di Universiti Utara Malaysia.

Selamat Maju Jaya!

Sekian terima kasih,

Disediakan oleh,Sally LimLim Sow Lay, Sally Naib Pengerusi Jabatan Perhubungan Luar 2009/10Pertubuhan AIESEC Universiti Utara Malaysia