laporan kajian tindakan
description
Transcript of laporan kajian tindakan
GDP 4043
Tajuk Kajian
Menyelesaikan Permasalahan Murid Yang Tidak Solat Zohor Secara Berjemaah
Bagi Murid Tingkatan 5 Ibnu Sina, Maahad al-Sabirin Ayer Lanas, Jeli
Kelantan.
Nama penyelidik No Metrik
1. Muhamad Khairi B Muhammad 195290
2. Abd Hadi B Ibrahim 195224
3. Jazlan B Mohamad 195245
4. Ahmad Zulkifli B Ariffin 195232
5. Mohd Azhan B Nordin 195404
Laporan kajian ini telah siap ditulis pada hari Khamis 23 Julai 2009.
1
GDP 4043
Penghargaan
Kami bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan kurnia-Nya jua laporan
kajian tindakan ini dapat disempurnakan sebagaimana adanya. Dalam proses
pelaksanaannya, kami sangat terhutang budi dan ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada pihak-pihak yang telah memberi kerjasama dan sumbangan yang
tidak terhingga. Penghargaan ini, pertamanya kami tujukan khusus kepada En Alis B
Puteh selaku Moderator kami yang telah banyak memberi panduan dan tidak jemu-
jemu memberi bimbingan dan tunjuk ajar dalam menyiapkankan laporan kajian
tindakan ini. Keduanya kami ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada Yang Berusaha Tuan Pengetua Maahad Al-Sabirin Ust Hj Mohd Razif B Hj
Othman yang memberi kerjasama penuh dan membenarkan kajian ini dijalankan
disekolah beliau. Seterusnya yang ketiga, untuk guru-guru dan murid-murid yang
terlibat secara langsung dan secara tidak langsung dengan kajian tindakan ini.
Terakhirnya tidak lupa juga dikesempatan ini kami rakamkan ucapan ribuan terima
kasih buat ahli keluarga tersayang yang banyak memberi daya inspirasi kepada kami
begitu juga buat rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak memberi sokongan
moral dalam menyiapkan hasil laporan kajian tindakan ini. Allah jualah yang mampu
mambalas jasa dan sumbangan kalian, semoga hasil kajian ini memberi manfaat
kepada semua.
2
GDP 4043
Abstrak
Kajian tindakan ini berkisarkan tentang penyelesaian permasalahan murid
yang tidak solat Zohor secara berjemaah bagi murid tingkatan 5 Ibnu Sina Maahad
Al-Sabirin Ayer Lanas, Jeli Kelantan. Solat Zohor berjemaah telah dimasukkan
kedalam kurikulum dan dilaksanakan disemua sekolah dibawah pentadbiran Yayasan
Islam Kelantan. Walaubagaimanapun pelaksanaannya dipandang remeh dan diambil
ringan oleh sebilangan murid. Beberapa pendekatan dan kaedah dalam bentuk aktiviti
telah dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran dan peratusan kehadiran murid
untuk solat Zohor secara berjemaah. Sebuah kelas seramai 35 orang murid daripada
tingkatan lima telah dipilih sebagai responden kajian berdasarkan peratusan rendah
mereka menunaikan solat Zohor secara berjemaah disekolah. Disamping itu, kajian ini
juga digunakan untuk menilai keberkesanan metodologi, pendekatan dan kaedah yang
telah digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tindakan
yang dilaksanakan dapat meningkatkan kesedaran dan peratusan murid untuk solat
berjemah.
3
GDP 4043
Senarai Isi kandungan Laporan
Tajuk Muka Surat
Penghargaan
Abstrak
Senarai Kandungan
1.Latarbelakang Kajian
2. Pernyataan Masalah
3. Objektif Kajian
4. Metodologi Kajian
4.1 Reka bentuk Kajian
4.2 Sasaran Kajian
4.3 Pemerhatian
4.4 Temubual
5. Tinjauan Awal
6. Perancangan Tindakan
7. Pelaksanaan Tindakan
8. Penilaian Dan Refleksi
9. Penutup
10. Rujukan
11. Lampiran
2
3
4
5-6
7-8
9
10-11
10
10
10
11
12
13
13-15
16
16
17
18
4
GDP 4043
Latarbelakang kajian
Saranan pelaksanaan solat Zohor secara berjemaah semasa sesi persekolahan
di sekolah Yayasan Islam kelantan telah diparaktikkan pada tahun 2005 sehinggalah
sekarang. Amalan solat Zohor berjemaah bukan sahaja diwajibkan kepada pelajar-
pelajar tetapi juga kepada guru-guru serta kakitangan sekolah malah telah dimasukkan
kedalam waktu akhir kurikulum persekolahan. Saranan ini bertepatan dengan saranan
kerajaan negeri kelantan yang menitikberatkan penghayatan solat di kalangan pelajar
sekolah agama khususnya, dan masyarakat awam umumnya.
Kajian tindakan ini dijalankan di Maahad Al-sabirin Ayer Lanas yang terletak
lebih kurang 13 km daripada bandar jeli dimana terdapati lebih kurang 1300 orang
pelajar muslim, lelaki dan perempuan yang menuntut disekolah ini. Semua kurikulum
yang dilaksanakan disekolah ini berasaskan kurikulum menengah Al-Azhar dan
kurikulum daripada kementerian pelajaran malaysia. Semua pelajar ditekan untuk
menguasai bidang bahasa terutama bahasa Arab disamping dalam bidang akademik,
agama, dan sakhsiah keperibadian islam. Demi melahirkan pelajar yang seimbang dari
sudut jasmani dan rohani, maka pelaksanaan solat Zohor secara berjemaah telah
dimasukkan kedalam kurikulum YIK untuk semua sekolah dibawah pentadbirannya.
Solat merupakan salah satu amalan yang dilakukan dengan melakukan
pergerakan-pergerakan tertentu atau dengan perkataan lainya perbuatan yang
dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan salam. Manakala berjemaah pula
amalan yang dibuat secara bersama-sama lebih daripada seorang atau dengan cara
mengikut seorang ketua yang dinamakan sebagai imam. Amalan solat ini telah
terbukti penyebab yang memberi kekuatan dalaman kepada seseorang muslim dalam
menghadapi pelbagai cabaran kehidupan masa kini dan benteng pendinding dalam
5
GDP 4043
menolak unsur-unsur negatif. Pergerakan dalam solat juga merupakan satu senaman
yang membantu dalam pengekalan kesihatan badan. Dan jika dilakukan secara
berjemaah, amalan ini mewujudkan satu hubungan sosial yang positif diantara satu
sama lain disamping penerapan nilai-nilai murni seperti menghormati dan mengikut
arahan ketua, bersama-sama patuh kepada satu peraturan, saling tegur menegur
(dalam konteks memperbaiki jika ada kesalahan yang dilakukan), menepati masa dan
mewujudkan perasaan persaudaraan diantara satu sama lain.
6
GDP 4043
Pernyataan Masalah
Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat berkenaan pelaksanaan solat
Zohor secara berjemaah dikalangan pelajar, dan temubual spontan terhadap guru-guru
Maahad Al-Sabirin mendapati, penyertaan pelajar dalam solat zohor berjemaah pada
akhir waktu pembelajaran didapati tidak seratus peratus kehadirannya. Masalah
ketidakhadiran pelajar untuk solat zohor berjemaah biasanya berlaku pada kelas yang
dikategorikan sebagai tidak cemerlang dalam akademik untuk semua tingkatan
bermula daripada tingkatan satu sehingga lima. Ini adalah berdasarkan catatan
kehadiran pelajar yang datang untuk solat berjemah yang perlu ditanda setiap kali
mereka solat berjemaah.
Pelaksanaan solat Zohor Berjemaah di Maahad Al-Sabirin dilakukan secara
berperingkat-peringkat mengikut jadual dan tingkatan. Perkara ini dilakukan kerana
tempat solat yang ada tidak mampu untuk menampung keseluruhan pelajar dalam satu
masa. Setiap Tingkatan wajib untuk solat zohor berjemaah sekali dalam seminggu
mengikut jadual yang telah ditentukan oleh pihak sekolah. Penyelidik telah memilih
murid daripada tingkatan 4 Ibnu Sina sebagai respondan dalam kajian tindakan ini.
pemilihan kelas ini dibuat kerana hampir separuh daripada murid kelas berkenaan
tidak hadir untuk solat Zohor berjemaah berdasarkan senarai kehadiran murid yang
telah disediakan.
Berdasarkan pemerhatian dan temubual secara spontan terhadap pelajar yang
tidak solat berjemaah juga mendapati kebanyakan mereka kurang memahami rukun
solat dan mengambil ringan dalam amalan ini. Bukan bermaksud mereka tidak
bersolat tetapi tidak menunaikannya secara berjemaah. Ada juga dikalangan mereka
memberikan pelbagai alasan untuk mengelakkan diri daripada solat berjemaah.
7
GDP 4043
Pemerhatian yang dijalankan juga mendapati ketidaktegasan dari sudut
penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pelajar yang tidak solat berjemaah. Ini
mendorong pelajar berani untuk mengelakkan diri kerana tidak ada apa-apa tindakan
yang diambil keatas mereka.
8
GDP 4043
Objektif Kajian
Kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk :
1. Menyelesaikan masalah murid yang tidak solat Zohor secara berjemaah.
khususnya bagi murid Tingkatan Empat Ibnu Sina.
2. Meningkatkan peratus kehadiran murid untuk turun solat Zohor berjemaah.
3. Memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan solat berjemaah.
4. Menguji keberkesanan aktiviti, kaedah dan cara yang paling sesuai digunakan
dalam kajian tindakan ini.
9
GDP 4043
Metodologi kajian
Reka bentuk kajian
Dalam mereka bentuk kajian, kami menggunakan lima langkah asas yang umum
digunakan iaitu :
1. Pengenalpastian Isu dan Masalah
2. Perancangan
3. Pelaksanaan Tindakan
4. Pemerhatian
5. Refleksi dan Penilaian
Sasaran kajian
Murid tingkatan Empat Ibnu Sina, Maahad Al-sabirin Ayer Lanas Jeli Kelantan.
Terdiri daripada 35 orang murid iaitu 24 orang murid lelaki dan 11 orang murid
perempuan. Difokuskan kepada murid yang tidak menunaikan solat zohor secara
berjemaah.
Pemerhatian
Pemerhatian dibuat sebelum, semasa, dan selepas kajian dilaksanakan. Ini bagi
mendapatkan refleksi pelajar, berkenaan aktiviti yang telah dijalankan. Segala
pemerhatian dicatat dan direkod dalam sebuah buku log.
10
GDP 4043
Temubual
kaedah temubual dilakukan secara spontan bagi mendapatkan pendapat pelajar,
refleksi perasaan pelajar, dan respon pelajar berkenaan aktiviti yang telah dijalankan.
11
GDP 4043
Tinjauan Awal
Daripada tinjauan awal dibuat, hampir separuh daripada 35 orang murid
daripada Tingkatan 4 Ibnu Sina tidak menunaikan solat Zohor berjemaah pada hari
pertama dalam minggu pertama kajian dijalankan. Murid yang tidak hadir untuk solat
berjemaah ialah seramai 11 orang dan 5 lagi hadir ke musallla tetapi tidak
menunaikan solat. Nama-nama murid yang tidak menunaikan solat berjemaah dicatat
dan semuanya dipanggil pada keesokkan harinya.
Temubual ringkas dibuat terhadap murid yang dicatat namanya dan beberapa
alasan telah diberikan, diantaranya :
1. Tiada sebab jelas / kurang pasti / malas 8 orang murid
2. Kain untuk menunaikan solat kotor / tertinggal 3 orang murid
3. Kurang sihat / uzur 3 orang murid
4. Ingin Pulang awal 2 orang murid
Peratus kehadiran solat zohor berjemaah bagi kelas 4 Ibnu Sina
SOLAT54%
TIDAK SOLAT
46%
PERATUS MURID YANG BERSOLAT SEBELUM KAJIAN TINDAKAN
12
GDP 4043
Perancangan Tindakan
Dalam merancang tindakan yang sesuai bagi kajian ini, kami mengambil kira alasan-
alasan yang telah diberikan oleh murid-murid yang terlibat. Berberapa aktiviti telah
dirancang dengan penglibatan mereka yang disasarkan. Aktiviti yang akan
dilaksanakan lebih kepada peneguhan negatif dan berbentuk galakan serta motivasi.
Pelaksanaan Tindakan
Aktiviti 1 – Kerahan Amal
Aktiviti ini adalah bertujuan memberi pengajaran kepada murid dalam bentuk
peneguhan negatif supaya tidak meninggalkan penunaian solat secara berjemaah.
Langkah 1 – Nama-nama murid yang tidak menunaikan solat berjemaah dipanggil
pada waktu akhir waktu pembelajaran pada hari berikutnya dan diminta supaya
menunaikan solat Zohor berjemaah bersama murid yang lain pada hari tersebut.
Langkah 2 – murid yang berkenaan diminta bekerjasama dengan ajk badan dakwah
dan disiplin bagi memantau pelajar yang tidak menunaikan solat. Perkara ini dapat
dilakukan dengan meminta murid berkenaan menyemak senarai nama pelajar yang
telah disediakan.
Langkah 3 – murid yang berkenaan diminta memebersihkan dan menceriakan
kawasan musalla dan sekitarnya sehingga bersih. Murid berkenaan sekali lagi
diberitahu supaya hadir untuk melakukan perkara yang sama pada keesokkan harinya.
13
GDP 4043
Aktiviti 2 – Kumpul Mutiara
Aktiviti 2 pula lebih kepada penerangan berbentuk tazkirah dalam kumpulan sebelum
menunaikan solat. Masa yang diperuntukkkan ialah didalam masa 15-20 minit.
Langkah 1 – Tazkirah dalam kumpulan dikendalikan oleh guru penyelidik.
Lngkah 2 – murid yang berkenaan diberikan risalah dan handbill yang berkaitan
dengan fadhilat solat berjemaah.
Langkah 3 – murid berkenaan diberikan borang muhasabah diri untuk diisi.
Aktiviti 3 – Gema Keinsafan
Murid yang gagal hadir untuk aktiviti 1 dan 2 akan diminta untuk mengikuti aktiviti 3.
Aktiviti 3 adalah seperti berikut.
Langkah 1 – Murid berkenaan diminta untuk menunaikan solat Dhuha dipadang
perhimpunan. Salah seorang daripada mereka diminta untuk menjadi imam. Mereka
juga dikehendaki membaca surah yasin secara lantang.
Langkah 2 – ‘Kuarantin’ iaitu murid yang berkenaan ditahan selama 40 minit selepas
waktu pulang. Masa dikuarantin diisi dengan tayangan LCD mengenai seksa kubur.
Langkah 3 – Aku Janji. Murid berkenaan diminta menandatangani surat aku janji
tidak akan mengulangai perbuatan meninggalkan solat berjemaah.
14
GDP 4043
Pemerhatian sepanjang Tindakan
Sepanjang perjalanan aktiviti 1 murid-murid yang berkenaan masih lagi
memberikan alasan untuk mengelak menunaikan solat berjemaah. Ada yang diantara
mereka memberi alasan pakaian tidak cukup bersih ataupun kotor untuk menunaikan
solat. Perkara ini diatasi dengan menyediakan kain pelikat yang bewarna merah untuk
dipakai menggantikan kain yang kotor. Bagi pelajar perempuan pula disediakan kain
sembahyang yang telah lusuh untuk dipakai. Bagi yang beralasan sakit, mereka
diminta juga menunaikan solat berjemaah sambil diperhatikan oleh guru penyelidik,
ini adalah kerana penunaian solat lima waktu wajib dilaksanakan walaupun dalam
keadaan sakit. Pelajar perempuan yang uzur pula diperiksa oleh guru perempuan yang
bertugas bagi memastikan sesahihannya.
15
GDP 4043
Penilaian dan Refleksi
Penilaian dan refleksi murid dibuat selepas ketiga-tiga aktiviti dilaksanakan dengan
melihat kehadiran murid yang hadir untuk menunaikan solat zohor berjemaah
mengikut jadual yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Hasil kedatangan murid
turun bersolat adalah seperti berikut :
SEBELUM KAJIAN SELEPAS KAJIAN
PELAJAR YANG
BERSOLAT
PELAJAR YANG
TIDAK
BERSOLAT
PELAJAR YANG
BERSOLAT
PELAJAR YANG
TIDAK
BERSOLAT
19 16 34 1
54 % 46 % 97 % 3 %
Berdasarkan jumlah keputusan senarai kedatangan diatas, aktiviti yang dilaksanakan
berjaya merubah kelakuan pelajar dalam menunaikan solat zohor berjemaah.
Penutup
Kesimpulannya, aktiviti yang telah dijalankan berjaya mencapai objektif yang
dikehendaki dengan peningkatan peratus kedatangan pelajar untuk solat zohor
berjemaah.
16
GDP 4043
Rujukan
1. Alis B Puteh (2008). Kajian Tindakan di sekolah. Pure Honey Enterprise.
17