Laporan Kajian Tindakan Azraf

44
1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Melalui falsafah ini, seseorang murid dituntut untuk mempunyai keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani dan inteleknya. Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk memastikan kelangsungan ilmu pengetahuan kepada anak didiknya seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani mahupun intelek. Melalui peluang yang diberikan oleh pihak institut, menjadi tugas saya untuk memastikan hasrat untuk melahirkan anak didik yang cemerlang dalam segenap aspek. Kajian yang saya lakukan ini bertujuan untuk membantu diri saya sendiri khususnya serta pendidik lain amnya, untuk mendalami permasalahan yang dihadapi oleh murid-murid di sekolah. Subjek matematik merupakan suatu subjek yang kurang digemari. Justeru, dalam melakukan kajian ini, saya mengfokuskan kepada penggunaan teknik alternatif untuk memperbaiki kelemahan murid dalam menguasai kemahiran mempermudahkan pecahan. Penggunaan teknik alternatif di harap dapat menarik minat murid 1

description

fs

Transcript of Laporan Kajian Tindakan Azraf

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan. Melalui falsafah ini, seseorang murid dituntut untuk

mempunyai keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani dan inteleknya. Justeru itu,

adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk memastikan kelangsungan ilmu

pengetahuan kepada anak didiknya seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani mahupun

intelek.

Melalui peluang yang diberikan oleh pihak institut, menjadi tugas saya untuk

memastikan hasrat untuk melahirkan anak didik yang cemerlang dalam segenap aspek.

Kajian yang saya lakukan ini bertujuan untuk membantu diri saya sendiri khususnya

serta pendidik lain amnya, untuk mendalami permasalahan yang dihadapi oleh murid-

murid di sekolah.

Subjek matematik merupakan suatu subjek yang kurang digemari. Justeru,

dalam melakukan kajian ini, saya mengfokuskan kepada penggunaan teknik alternatif

untuk memperbaiki kelemahan murid dalam menguasai kemahiran mempermudahkan

pecahan. Penggunaan teknik alternatif di harap dapat menarik minat murid untuk belajar

sekaligus membantu permasalahan mereka dalam mempelajari kemahiran ini. Melalui

usaha yang dijalankan ini diharap dapat memberi manfaat untuk membantu saya

menambahbaik kualiti pengajaran saya dan para guru lain.

1

1.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran

Semasa mengikuti latihan praktikum fasa 3 di Sekolah Kebangsaan Merbok

(Pusat), saya telah berpeluang untuk mengajar subjek matematik di kelas tahun

5.Tempoh praktikum adalah selama 3 bulan. Di sekolah ini terdapat 2 kelas iaitu kelas

Arif(kelas pertama) dan kelas Bijak(kelas kedua).

Sebelum memasuki kelas tersebut, saya ada berjumpa dengan guru kelas

berkenaan iaitu Puan Rohana Binti Hashim. Puan Rohana mengingatkan saya yang

pencapaian murid dalam kelas tersebut adalah berbeza-beza. Hal ini kerana walaupun

kelas 5 Arif tersebut merupakan kelas pertama, namun murid-muridnya tidak tidak

diasingkan mengikut tahap pencapaian akademik.Hal ini bermakna, murid yang berada

di kelas Arif tidak semestinya cemerlang dan murid yang berada di kelas Bijak tidak

semestinya lemah.

Pada kali pertama saya memasuki kelas tersebut, saya telah mengajar bab

Nombor Bulat di bawah topik pendaraban. Semasa mengajar saya mendapati ada

beberapa orang murid dalam kelas ini mempunyai motivasi untuk belajar yang

rendah.Mereka kurang bersemangat tatkala saya menyuruh membuka buka.Apabila

saya bertanyakan soalan, penglibatan dari golongan ini adalah kurang sekali. Keadaan

ini berlarutan apabila saya meminta mereka untuk menyiapkan lembaran kerja yang

diberikan. Biarpun terdapat golongan murid lain yang bersemangat tinggi untuk belajar,

namun kumpulan kecil ini ternyata membimbangkan saya.

2

Dalam pengajaran seterusnya, saya mencuba pendekatan baru untuk

meningkatkan motivasi murid-murid ini. Saya mencuba untuk menggunakan alat bantu

mengajar yang lebih menarik. Pada ketika itu, saya menggunakan kad imbasan yang

bewarna-warni untuk menarik minat mereka.Saya dapati terdapat peningkatan dari

perubahan tingkahlaku murid-murid ini. Mereka lebih bersemangat untuk terlibat dalam

aktiviti kelas.

Dalam pengajaran yang berikutnya, saya telah meneruskan sesi pengajaran dan

pembelajaran dengan tajuk darab. Objektif pembelajaran adalah untuk memastikan

murid dapat melakukan pendaraban dengan betul dengan nilai hasil darab tidak

melebihi 1,000,000.

Hasil dari pemerhatian saya, saya dapati terdapat sebilangan murid dikelas ini

mempunyai masalah untuk melakukan pendaraban dengan betul. Rata-rata mereka

melakukan kesilapan ketika mendarab. Murid di kelas ini menggunakan bentuk lazim

untuk mendarab. Hal ini kerana mereka telah didedahkan dengan kaedah ini sejak dari

tahun tiga lagi.Oleh itu, bagi mereka, hanya dengan menggunakan bentuk lazim

sahajalah satu-satunya cara untuk mereka mendapatkan jawapan bagi sesuatu masalah

darab.

Kebanyakan murid yang saya jumpa melakukan kesilapan atau kecuaian ketika

melakukan pendaraban dengan bentuk lazim. Murid mengalami kekeliruan untuk

menyusun hasil darab di tempat yang betul. Sebagai contoh, untuk soalan 4234 x 24.

Perkara pertama yang perlu dibuat oleh murid ialah mendarab 4234 dengan 2. Jadi

murid akan mendapat 8468. Seterusnya murid perlu mendarab 4256 kepada 4 pula. Di

sini akan menyebabkan murid sedikit keliru. Ada murid yang tidak menggunakan ruang

dengan meletakkan hasil darab nombor 4234 dengan 4 di bawah angka 8. Walhal teknik

3

yang sebetulnya ialah murid perlu memberi satu ruang dan meletakkan hasil darab

bermula pada angka 4. Namun murid sukar untuk membezakan antara nilai tempat

ketika melakukan pendaraban. Hal ini menyebabkan murid seringkali melakukan

kesalahan yang sama ketika melakukan pendaraban.

Untuk mengatasi masalah ini, saya telah menggunakan beberapa pendekatan

atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara yang dicuba ialah dengan

menggunakan teknik pembelajaran secara berkumpulan. Melalui aktiviti seumpama ini,

murid yang lemah dapat dibantu oleh murid yang cemerlang.Saya pula hanya bertindak

sebagai fasilitator sahaja. Seterusnya, saya menggunakan teknik latih tubi atau‘drilling’.

Melalui teknik ini, saya telah memberikan sejumlah soalan untuk dijawab oleh murid di

kelas dan juga di rumah.

Melalui latihan yang mencukupi, saya berharap bahawa murid akan dapat untuk

menguasai pembelajaran dengan sepenuhnya. Namun begitu, hasil yang saya dapati

tidak seperti yang diharapkan. Setelah saya mengutip kembali kertas latihan untuk

disemak, ternyata masih ramai yang belum menguasai teknik penambahan dengan

sebetulnya.

Oleh itu, saya telah berhasrat untuk melakukan kajian untuk meningkatkan lagi

kefahaman murid dalam melakukan operasi pendaraban. Saya yakin bahawa setiap

murid mampu untuk berjaya jika mereka mendapat pembelajaran dengan cara yang

betul. Murid-murid sememangnya bersemangat tinggi untuk belajar justeru adalah

menjadi tugas guru untuk memastikan pembelajaran mereka berada pada landasan

yang betul.Hal ini penting bagi memastikan murid dapat menguasai teknik asas

matematik amnya dan teknik pendaraban khususnya.

4

Pada pengajaran yang berikutnya, saya telah mengajar subtopik menukar

pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dan sebaliknya. Ketika melakukan

pengajaran, saya telah menggunakan kad imbasan sebagai bahan bantu mengajar

untuk menunjukkan bagaimana hubungan di antara pecahan tak wajar dengan nombor

bercampur.

Semasa mengajar, saya dapati respon kebanyakan murid terhadap aktiviti dalam

kelas adalah kurang.Mereka kelihatan seperti tidak memahami hubungan di antara

pecahan tak wajar dengan nombor bercampur. Sebelum tamat sesi pengajaran, saya

telah berpeluang untuk menguji murid-murid melalui lembaran kerja yang saya berikan.

Selepas kelas tamat, saya mengutip kembali lembaran latihan yang diberikan.Namun,

hasil yang diterima kurang memuaskan. Kebanyakan murid tidak berupaya untuk

melakukan penukaran dengan sebaiknya.

Terdapat ramai murid yang melakukan kesilapan ketika menggunakan operasi

bahagi untuk mendapatkan nombor bercampur. Sebagai contoh74

. Untuk menukar

pecahan ini kepada nombor bercampur, pengangka (7) perlu dibahagikan dengan

penyebut (4). Hasil dari operasi bahagi itu, murid akan mendapat hasil bahagi 1,

pembahagi 4, dan baki 3. Hasil bahagi akan menjadi nombor bulat, baki menjadi

pengangka dan pembahagi menjadi penyebut. Nombor bercampur yang dibentuk ialah 1

34

.Namun, terdapat kesilapan yang dilakukan oleh murid dalam meletakkan susunan

nombor ini.ada murid yang meletakkan 1 sebagai pengangka, ada juga murid yang

meletakkan 3 sebagai penyebut dan ada juga murid yang langsung tidak mampu untuk

melakukan pembahagian dengan betul.

5

Untuk mengatasi masalah ini, saya bertindak mengulang kembali pengajaran

penukaan ini di kelas yang berikutnya. Saya menggunakan gambar dan cerita untuk

menjelaskan kepada murid proses penukaran. Saya menceritakan tentang kek yang

dimakan oleh seorang pengemis. Bagaimana kek itu dikutip olehnya dari rumah ke

rumah.Seterusnya, saya memfokuskan kepada teknik melakukan pembahagian untuk

menukarkan pecahan tak wajar kepada nombor bercampur. Saya memperbanyakkan

contoh dalam bahagian ini untuk mengelakkan murid dari melakukan kesilapan yang

sama. Di akhir pengajaran, saya memberikan lembaran kerja untuk disiapkan oleh

murid.Hasil dari lembaran kerja tersebut, terdapat peningkatan yang dilakukan oleh

murid biarpun tidak terlalu ketara.Lebih ramai murid yang berjaya melakukan penukaran

dengan betul.

6

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN

2.1 Isu/Masalah Kajian

Hasil dari pengamatan saya semasa menjalani latihan praktikum di Sekolah

Kebangsaan Merbok Pusat, saya mendapati bahawa terdapat pelbagai masalah

pembelajaran yang berlaku dalam kalangan murid.

1. Murid kurang motivasi untuk membuat lembaran kerja yang diberikan oleh guru.

Sepanjang menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran, saya mendapat

terdapat beberapa orang murid yang kurang bersemangat untuk membuat lembaran

kerja yang diberikan oleh saya.Semasa saya memberikan latihan untuk disiapkan,

terdapat beberapa orang murid-murid yang hanya berbual-bual serta bermain-main

dengan rakan.Terdapat juga murid yang walaupun tidak berbual-bual tetapi hanya

memandang sahaja lembaran kerja tanpa berusaha untuk menyiapkannya.

Punca bagi masalah ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah :

1) Murid kurang berminat untuk belajar matematik.

2) Murid lebih tertarik untuk bermain dan berbual dengan rakan berbanding

membuat latihan yang diberikan.

3) Murid tidak memahami pengajaran guru.

7

2. Murid sukar untuk melakukan operasi pendaraban dengan betul.

Setelah mengikuti beberapa siri pengajaran dan pembelajaran, saya telah mendapati

terdapat segolongan murid yang mengalami kesukaran dalam melakukan operasi

pendaraban dengan betul. Majoriti murid menggunakan bentuk lazim untuk

menyelesaikan sesuatu operasi pendaraban. Golongan ini mempunyai kekeliruan ketika

meletakkan susunan nombor pada bentuk lazim. Justeru, saya merancang untuk

memperkenalkan teknik alternatif bagi mengatasi masalah ini.

3. Murid sukar untuk melakukan penukaran pecahan tak wajar kepada nombor

bercampur dan sebaliknya.

Masalah lain yang saya dapat kesan ialah murid mengalami kesukaran untuk melakukan

penukaran pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dan juga sebaliknya. Murid-

murid tidak memahami hubungan di antara nombor bercampur dan pecahan tak wajar.

Antara punca masalah ini ialah murid tidak memahami cara penukaran yang betul.

Selain itu, ketika melakukan operasi pembahagian untuk mendapatkan pecahan tak

wajar, murid gagal untuk melakukan operasi bahagi dengan betul.

8

2.1.3 Fokus Kajian

Berpandukan kepada hasil penelitian saya, saya akan menumpukan kajian terhadap isu

kedua yang saya nyatakan iaitu kesukaran murid untuk melakukan operasi pendaraban

dengan betul. Saya akan menjalankan suatu kajian bagi mengenalpasti apakah punca

kepada permasalah tersebut dan seterusnya merencanakan suatu kaedah atau strategi

yang berkesan bagi memastikan murid dapat melakukan operasi pendaraban dengan

betul.

2.1.4 Tinjauan dan Analisis Masalah

Berdasarkan kepada refleksi yang telah saya lakukan, saya mendapati murid mengalami

kesukaran untuk melakukan operasi pendaraban dengan betul bagi tajuk darab.

Lanjutan dari itu, saya telah melakukan tinjauan lanjut untuk mendapatkan gambaran

sebenar mengenai punca permasalah murid-murid ini. Oleh itu, saya telah melakukan

triangulasi data bagi mendapatkan kesahan tentang hasil dapatan tinjauan saya. Saya

telah memilih tiga jenis instrumen untuk tujuan tinjauan ini. Instrumen yang dipilih ialah

pemerhatian berstruktur dan pemerhatian tidak berstruktur, soal selidik yang melibatkan

kumpulan sasaran.

9

i. Pemerhatian Berstruktur

Saya telah menggunakan instrumen pemerhatian sebagai salah satu cara atau metod

untuk mengesan permasalahan murid berdasarkan kepada kecenderungan mereka

untuk menyelesaikan masalah. Dalam tinjauan ini, saya memerhatikan apakah reaksi

murid ketika belajar tajuk darab dengan hasil darab sehingga 1, 000 000. Justeru,

pemerhatian berstruktur ini saya gunakan untuk mengesan permasalah murid bagi

melakukan operasi darab dengan betul. Terdapat dua item senarai semak yang dibuat

iaitu motivasi murid ketika belajar dan juga pemahaman murid ketika belajar.

Senarai Semak

Instrumen Kajian Pemerhatian Berstruktur

Tarikh 14.3. 2013

Masa 12.15-1.15

10

Item Frekuensi Jumlah Peratus

Motivasi murid ketika belajar

Murid membuat latihan yang diberikan xxxx 4/5 80%

Murid menyiapkan latihan yang diberikan xxx 3/5 60%

Murid melibatkan diri dalam aktiviti

pengajaran dan pembelajaran

xxxx 4/5 80%

Pemahaman murid terhadap pengajaran

dan pembelajaran

Murid dapat melakukan operasi

pendaraban dengan betul

xxx 3/5 60%

Murid memahami konsep darab xxx 3/5 60%

Murid dapat mengaplikasikan darab

dalam penyelesaian masalah

xxxx 4/5 80%

11

ii. Pemerhatian tidak berstruktur

Pemerhatian tidak berstruktur merupakan suatu kaedah pemerhatian dalam bentuk

catatan bebas. Hal ini bermakna segala perkara atau peristiwa yang berlaku semasa

proses pengajaran dan pembelajaran telah direkodkan bagi tujuan analisis masalah.

Analisis ini bertujuan untuk mengesan dan meninjau masalah kesukaran murid dalam

melakukan operasi darab.

Catatan Bebas

Instrumen Kajian Pemerhatian Tidak Berstruktur

Tarikh 14.3.2013

Masa 12.15-1.15

Tajuk Pelajaran Darab Dengan Hasil Darab Sehingga

1,000 000

Kelas Tahun 5 Arif

12

Peristiwa Catatan / Huraian

Guru masuk ke kelas. Murid memberi

salam. Kelas membacakan doa. Guru

bertanyakan sama ada murid-murid sihat

atau tidak.

Guru mengimbas kembali isi pelajaran

lepas. Guru bertanyakan sama ada murid

masih mengingati apa yang diajari atau

tidak. Ada beberapa orang murid dapat

menjawab dengan yakin. Ada yang tidak

dapat menjawab.

Guru teruskan dengan set induksi. Guru

mengarahkan beberapa orang murid untuk

tampil ke hadapan dan membacakan skrip.

Murid melakonkan watak yang diberi

dengan bersungguh-sungguh. Kelas

menjadi ceria kerana guru menyelitkan

unsur humor di dalam teks skrip.

Seterusnya guru melanjutkan pengajaran

dengan memperkenalkan tajuk

pendaraban kepada murid. Guru

Murid menunjukkan tingkah laku yang baik

dan diingini.

Terdapat murid yang dapat mengingati

dengan baik dan terdapat juga murid yang

langsung tidak mengingati pelajaran lepas.

Murid seronok ketika belajar. Murid

memberikan komitmen yang baik kepada

guru. Motivasi murid berada pada tahap

tertinggi.

Murid menunjukkan kesungguhan yang

tinggi untuk belajar.

13

menunjukkan contoh soalan dan

menunjukkan cara mendapatkan jawapan

yang betul daripada soalan tersebut. Guru

menggunakan kaedah bentuk lazim untuk

mendapatkan jawapan. Murid mendengar

dengan teliti apa yang guru sampaikan.

Guru memanggil beberapa orang murid

untuk mencuba soalan di papan tulis. Guru

meminta mereka memilih kad soalan dan

mencuba untuk menyelesaikan soalan

terbabit. Seramai 5 orang murid telah

dipilih dan ada 3 orang sahaja yang dapat

menyiapkan dengan betul soalan yang

diberikan.

Guru mengedarkan lembaran kerja dan

meminta murid untuk menyiapkan

lembaran kerja tersebut.Guru membimbing

murid untuk menyiapkan lembaran kerja,

ada beberapa orang murid yang lambat

hendak memulakan kerja. Ada juga murid

yang memulakan kerja dengan cepat.

Terdapat murid yang dapat menyiapkan

dengan cepat dan terdapat juga murid

yang terkial-kial hendak menyelesaikan

Murid yang dipanggil dapat memahami

apa yang guru sampaikan. Murid cuba

untuk mengaplikasikan apa yang dipelajari

kepada soalan yang diberikan.

Murid kurang memahami apa yang diajari.

Ramai murid yang melakukan kesilapan

ketika mendarab. Motivasi murid rendah

ketika diberi latihan. Mereka menjadi

kurang berminat untuk melakukan soalan.

14

soalan. Namun, majoriti murid tidak boleh

menjawab soalan dengan betul serta

terdapat banyak kecuaian dan kesilapan

yang dilakukan ketika mendarab.

Guru merumuskan isi pelajaran dengan

membuat kesimpulan apa yang dipelajari

pada hari itu. Guru meminta respon murid

dan bertanyakan sama ada faham atau

tidak. Murid menjawab faham sahaja. Guru

keluar dari kelas setelahn memberi salam

kepada murid.

Motivasi murid rendah. Murid kurang

keyakinan diri kerana tidak dapat membuat

soalan darab dengan betul.

Analisis

Berpandukan kepada pemerhatian yang telah saya buat, saya mendapati bahawa

motivasi murid memuncak pada permulaan pelajaran. Motivasi murid menurun apabila

pengajaran bermula dan murid seperti kurang memahami apa yang diajarkan. Hal ini

dapat dilihat melalui lembaran kerja dan juga melalui soal jawab lisan antara guru

dengan murid. Motivasi murid terus menurun apabila mereka gagal untuk menjawab

dengan baik soalan pendaraban. Mereka menganggap soalan pendaraban sukar. Hal ini

menyebabkan kurangnya keyakinan dalam diri murid dan membuatkan murid tidak

bersemangat untuk belajar. Untuk tujuan itu, saya akan merangka satu kajian untuk

membantu murid menjawab soalan operasi pendaraban dengan betul.

iii. Soal Selidik

15

Instrumen soal selidik merupakan instrumen ketiga yang dipilih untuk tujuan tinjauan

kajian. Dengan soal selidik ini, dapat memungkinkan saya untuk mencari apakah punca

kepada permasalahan yang timbul dan bagaimanakah cara yang sesuai untuk saya

mengatasi masalah tersebut. Seramai 12 responden telah dipilih dan sebanyak 8 item

telah diberikan kepada responden untuk dijawab. Sebelum responden menjawab, saya

telah berikan sedikit penerangan tentang item terbabit. Responden menjawab item

dalam suasana yang kondusif.

Item Ya Tidak

Saya minat untuk belajar matematik

Matematik adalah menyeronokkan.

Aktiviti yang dijalankan adalah menarik

Saya berasa sukar untuk melakukan pendaraban

Saya tidak faham soalan darab

Saya melakukan ulangkaji di rumah

Saya berasa bosan sewaktu guru mengajar.

Saya gemar bertanya jika ada perkara yang saya tidak faham.

2.2 Tinjauan Literatur berkaitan dengan isu kajian

16

Hasil tinjauan yang saya lakukan, saya dapati murid mengalami kesukaran untuk

melakukan pendaraban dengan betul. Hal ini berlaku kerana murid mempunyai masalah

untuk melakukan pendaraban dengan pengumpulan semula. Murid biasa didedahkan

dengan teknik mendarab menggunakan bentuk lazim. Namun pendaraban nombor yang

besar sukar untuk dilaksanakan dalam bentuk lazim kerana murid sukar untuk

mendarab dengan mengumpul semula. Untuk angka 1 atau 2 digit tidak menjadi

masalah. Namun untuk pendaraban sehingga 5 angka, seseorang murid itu perlu betul-

betul menguasai teknik pengumpulan semula yang mengelirukan bagi kebanyakan

murid.Oleh itu, saya akan mengkaji tentang teknik alternatif untuk membantu murid

melakukan pendaraban dengan betul. Seterusnya saya telah mengkaji bahan-bahan

berkaitan teknik alternatif ini berdasarkan kajian atau dapatan yang lepas.

Sesetengah guru hanya mengutamakan peperiksaan semata-mata tanpa

mengutamakan pemahaman murid-murid. Di dalam kelas, terdapat banyak golongan

murid. Malangnya, guru hanya menggunakan satu teknik untuk mengajar darab

sedangkan terdapat banyak lagi teknik untuk membantu murid. Golongan pelajar lemah

mempunyai masalah untuk melakukan pendaraban secara bentuk lazim namun mereka

terpaksa menggunakan jua kerana hanya itulah sahaja cara yang diajarkan. Hal ini

menyebabkan mereka mengalami ketakutan untuk mempelajari matematik kerana

kesukaran yang dialami ketika belajar matematik. Menurut Ashcraft dan Kirk (2001)

“mengelak Matematik dan penguasaan mereka lebih kurang dari Matematik tidak dapat

dielakkan dan kualitinya hanya kurang kompeten disebabkan atas kecemasan individu

dalam Matematik”. Hal ini bermakna, murid hanya belajar matematik disebabkan oleh

keadaan terpaksa (tuntutan peperiksaan) dan menyebabkan kualiti pembelajaran

mereka menjadi rendah.

17

Menurut Zainudin Bin Abu Bakar & Mohd. Rashidi Bin Mat Jalil (2010),

‘Kelemahan dan pencapaian prestasi rendah subjek matematik di kalangan pelajar

sekolah rendah bermula dalam kelemahan di dalam penguasaan fakta asas matematik

seperti fakta asas kira tambah, kira tolak dan kira darab. Ini akan menimbulkan

perasaan tidak berminat mereka terhadap subjek tersebut. Persoalan timbul apabila hal

ini berlaku dan banyak faktor penyebab yang masih belum diterokai sepenuhnya oleh

para pendidik di Malaysia’. Hal ini bermakna faktor pengajaran dan pembelajaran yag

stereotaip telah menyebabkan murid bosan dan hilang minat untuk belajar matematik.

Sesetengah murid pula tidak meminati matematik kerana tidak memahami fakta asas

dalam pengiraan aritmetik. Mereka masih tidak menguasai sepenuhnya kaedah untuk

melakukan operasi aritmetik terutamanya darab. Oleh itu, murid hilang minat dengan

pelajaran matematik. Justeru, saya cuba menggunakan teknik baru agar murid lebih

mudah untuk memahami pendaraban dan seterusnya membuatkan pembelajaran

matematik menjadi mudah.

Kebanyakan murid mengalami masalah untuk melakukan pendaraban kerana

mereka tidak memahami teknik pendaraban yang sebetulnya. Murid hanya didedahkan

dengan satu atau dua teknik sahaja sedangkan sebenarnya banyak cara boleh diajarkan

kepada murid. Salah satu teknik yang boleh diperkenalkan ialah kaedah lattice. Menurut

Cooper (1994), sesetengah pelajar mendapati corak adalah berguna dalam mempelajari

pendaraban. Kaedah lattice merupakan satu teknik yang menggunakan petak-petak

atau kekisi untuk mendarab. Teknik ini lebih kepada pengaplikasian teknik pola atau

corak dalam menyelesaikan masalah darab.

18

Chan Yaw Jong (2011) dalam kajiannya berkata ‘Biasanya, murid-murid tidak

tahu apa yang perlu dilakukan dan tidak tahu bagaimana menyelesaikan soalan yang

melibatkan operasi darab kerana mereka lemah dalam sifir. Penggunaan kaedah Lattice

telah meminimumkan kesukaran murid untuk mendarab kerana mereka hanya perlu

menumpukan kepada sifir satu angka darab satu angka sahaja. Murid tidak perlu lagi

memikirkan tentang penggunaan nilai tempat dan sebagainya kerana mereka hanya

perlu melakukan pendaraban sahaja dan mengisi di dalam kotak.setelah tamat mengisi,

mereka hanya perlu menambah hasil darab dan akan mendapat jawapan.

Kaedah lattice merupakan kaedah yang mementingkan penyelesaian secara

sistematik iaitu ianya menggunakan kotak atau kekisi untuk mendarab. Namun, di

sebalik sistematik itu, murid bebas untuk meletakkan nombor pada atas atau sisi kekisi.

Menurut Brumbaugh, D. K., Moch, P. L., & Wilkinson, M. E. (2005) di dalam buku

Mathematics content for elementary teachers menjelaskan bahawa salah satu

kecantikan kaedah lattice ialah hanya fakta matematik diperlukan dan ianya boleh

diselesaikan dalam mana-mana susunan. Hal ini bermakna murid bebas untuk

meletakkan nombor di atas atau tepi kekisi. Sebagai contoh untuk satu masalah

matematik 227 x 204. Murid boleh meletakkan 227 di atas atau di tepi sebelah kiri kekisi.

Jika nombor 227 diletakkan di atas kekisi maka nombor 204 perlu diletakkan di sebelah

atas kekisi. Begitu juga jika sebaliknya.

19

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian yang saya jalankan ini bertujuan untuk membantu pemahaman murid dalam

mendarab dengan menggunakan kaedah lattice. Objektif kajian adalah seperti berikut:

a) Mengkaji kesesuaian kaedah lattice bagi meningkatkan kefahaman murid dalam

melakukan operasi darab (tiga digit darab tiga digit).

b) Mengkaji kesesuaian kaedah lattice bagi meningkatkan motivasi murid dalam

mempelajari tajuk darab.

Soalan Kajian

a) Adakah kaedah lattice sesuai dijalankan untuk meningkatkan kefahaman murid

dalam melakukan operasi darab (tiga digit darab tiga digit).

b) Adakah kaedah lattice sesuai dipraktikkan untuk meningkatkan motivasi murid

dalam mempelajari tajuk darab.

20

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini dijalankan ke atas 12 orang responden daripada Tahun 5 yang terdiri

daripada 6 orang murid lelaki dan 6 orang murid perempuan. Responden ini mempunyai

tahap pencapaian yang berbeza iaitu baik, sederhana dan lemah. 4 orang murid berada

dalam kategori baik, 4 orang murid berada dalam kategori sederhana dan 4 orang lagi

berada dalam kategori lemah. Kesemua responden dalam kumpulan sasaran berbangsa

Melayu, beragama Islam dan berumur 11 tahun. Taraf sosio ekonomi keluarga

responden pula adalah rendah di mana kebanyakan ibu bapa mereka bekerja kampung.

Antara ciri-ciri persamaan yang ada pada responden ialah kesemua responden

datang ke sekolah dengan menaiki basikal. Hal ini akan membolehkan saya untuk

meminta responden datang ke sekolah pada waktu petang untuk tujuan kajian kerana

mereka tidak memerlukan ibu bapa untuk menghantar mereka balik dan pulang dari

sekolah.

Ciri-ciri unik yang ada pada responden ialah mereka gemar tersenyum penuh

yakin apabila saya bertanyakan sama ada faham atau tidak. Namun, apabila saya

menguji dengan menanyakan soalan atau pun meminta mereka tampil datang ke

hadapan, rata-rata tidak mampu untuk menjawab dengan betul. Motivasi responden pula

berada pada tahap yang memuaskan kerana ada kalanya mereka terlibat dengan aktif di

dalam kelas dan ada kalanya mereka pasif di dalam kelas.

21

5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN

5.1 Perancangan Langkah-Langkah Tindakan

Secara holistiknya, kajian saya adalah berfokuskan kepada kesukaran murid untuk

melakukan operasi pendaraban dengan betul. Justeru, satu rangka tindakan akan

diambil bagi menangani masalah ini. Saya mengaplikasikan Model Penyelidikan Kurt

Lewin (1946) untuk menjalankan tindakan bagi mengatasi masalah ini. Model ini

mempunyai empat fasa atau langkah. Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut:

Rajah 1: Kitaran Model Penyelidikan Kurt Lewis

22

1.Refleksi

2. Perancangan Tindakan

3. Tindakan

4. Pemerhatian

1. Refleksi

Saya memulakan kajian dengan melakukan refleksi hasil dari sesi pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas. Lanjutan dari pemerhatian saya, saya dapat melihat

apakah masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Murid-murid mengalami masalah dari

segi melakukan operasi pendaraban dengan betul. Selain itu, tahap motivasi murid

menjadi rendah setiap kali saya memberi latihan atau lembaran kerja kepada mereka,

walaupun ketika aktiviti dijalankan, mereka mempunyai semangat untuk terlibat aktiviti

pengajaran dan pembelajaran dengan banyak bertanya dan sebagainya. Hasil dari

pemerhatian saya ini, saya dapat merumuskan bahawa murid mengalami kesukaran

untuk melakukan operasi pendaraban dengan betul hingga menyebabkan motivasi

belajar mereka menjadi rendah.

2. Perancangan Tindakan

Setelah melakukan refleksi, saya telah berhasil untuk mendapatkan satu fokus

kajian. Berdasarkan fokus kajian tersebut, saya telah dapat merancang satu tinjauan

kajian bagi menyelesaikan masalah yang timbul. Terdapat tiga instrumen yang saya

akan gunakan dalam kajian saya ini. Instrumen pertama ialah pemerhatian berstruktur.

Instrumen ini menggunakan senarai semak. Instrumen yang seterusnya ialah

pemerhatian tidak berstruktur. Instrumen ini berbentuk catatan bebas dan saya telah

merekodkan interaksi antara saya sebagai murid dengan murid-murid. Instrumen ketiga

ialah soal selidik. Melalui instrumen ini, saya cuba mencungkil apakah permasalahan

sebenar murid-murid melalui soalan-soalan yang saya berikan kepada mereka. Hasil

dari tinjauan ini saya telah merancang untuk menggunakan kaedah Lattice.

23

3. Tindakan

Saya akan menggunakan kaedah Lattice dalam melakukan kajian saya. Saya akan

menjalankan pengimplimentasian kaedah Lattice dalam tiga sesi pengajaran dan

pembelajaran. Responden akan diberi panduan terlebih dahulu untuk menggunakan

kaedah ini. Hal ini kerana, kaedah ini merupakan suatu kaedah yang asing untuk

mereka meskipun kaedah ini terdapat dalam silibus. Oleh itu, saya akan membimbing

mereka untuk menggunakan kaedah ini terlebih dahulu. Seterusnya saya akan

memberikan latihan kepada responden. Mereka akan mencatatkan jawapan di dalam

buku tulis yang disediakan. Di dalam buku tulis itu juga murid akan mencatat nota yang

saya berikan berkenaan cara-cara untuk mengaplikasikan teknik Lattice.

4. Pemerhatian

Setelah melalui fasa tindakan, saya akan beralih pula kepada fasa pemerhatian. Di

dalam fasa ini. Saya akan menilai dan memerhati apakah tindakan saya menggunakan

kaedah Lattice berkesan. Triangulasi akan dilakukan dalam pengumpulan data. Tujuan

triangulasi ini diadakan ialah untuk memastikan data yang dikumpul benar-benar sah.

Saya akan menggunakan tiga instrumen untuk menilai kembali hasil dari pengajaran

kaedah Lattice dalam pendaraban. Instrumen pertama ialah pemerhatian, instrumen

kedua pula penelitian rekod ujian dan instrumen ketiga ialah soal selidik.

24

6.0 PERANCANGAN KAEDAH PENGUMPULAN DATA

6.1 Perancangan Kaedah Mengumpul Data

Pengumpulan data akan dibuat sejurus selepas berakhirnya tiga sesi pengajaran

dan pembelajaran bersama responden. Di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran itu,

saya akan menggunakan kaedah Lattice khusus untuk membantu murid dalam

meningkatkan keupayaan mereka melakukan operasi pendaraban 3 x 3 dengan betul.

Saya telah menggunakan tiga instrumen bertujuan untuk menilai kembali

keberkesanan penggunaan kaedah Lattice. Instrumen pertama yang digunakan ialah

pemerhatian berstruktur, instrumen kedua pula ialah penelitian dokumen berdasarkan

ujian dan instrumen ketiga pula ialah melalui soal selidik.

Instrumen pertama iaitu pemerhatian berstruktur. Pemerhatian berstruktur ini

menggunakan senarai semak untuk mengumpul data. Hasil pemerhatian akan danalisis

berpandukan kepada kiraan frekuensi dan juga peratus.

Instrumen kedua pula ialah penelitian dokumen ujian murid. Melalui instrumen

ini, saya akan menilai apakah perkembangan yang dilalui oleh responden di dalam dua

ujian yang dijalankan. Ujian pertama merupakan ujian pra dan ujian kedua pula ialah

ujian pasca. Ujian pra diadakan sebelum intervensi dan ujian pasca diadakan selepas

intervensi.

25

Instrumen ketiga pula ialah soal selidik. Dengan soal selidik ini, dapat

memungkinkan saya untuk mencari apakah hasil kepada implementasi kaedah Lattice

dalam pengajaran operasi darab. Seramai 12 responden telah dipilih dan sebanyak 8

item telah diberikan kepada responden untuk dijawab. Sebelum responden menjawab,

saya telah berikan sedikit penerangan tentang item terbabit. Responden menjawab item

dalam suasana yang kondusif bagi membolehkan mereka menjawab dengan tenang

tanpa sebarang tekanan.

26

6.2 Perancangan Kaedah Menganalisis Data

Rekod Ujian

Saya akan menjalankan dua jenis ujian iaitu ujian pra-intervensi dan ujian pasca-

intervensi. Kedua-dua ujian ini dijalankan kepada 12 orang responden bertujuan untuk

mengetahui keberkesanan dari penggunaan kaedah Lattice dalam pengajaran

pendaraban. Saya akan merekodkan pencapaian murid dan gred mereka.

Rekod Pencapaian Responden

Responden Markah Peratus

Responden 1

Responden 2

Responden 3

Responden 4

Responden 5

Responden 6

Responden 7

Responden 8

Responden 9

Responden 10

Responden 11

Responden 12

27

Gred Responden

80-100: A

60-79 : B

40-59 : C

20-39 : D

0-19 : E

28

Senarai Semak

Hasil pemerhatian akan danalisis berpandukan kepada kiraan bilangan dan juga

peratus. Jadual 1 menunjukkan analisis senarai semak pengumpulan data.

Item Bilangan Peratusan

Komitmen murid dalam pelajaran

a) Murid bertanya soalan

b) Murid memberikan komitmen dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran

c) Murid mengikuti arahan guru

Inkuiri murid terhadap pelajaran

a) Fokus ketika guru mengajar

b) Seronok dengan kaedah yang diajarkan oleh guru

c) Murid bersemangat untuk belajar

Kefahaman murid tentang pelajaran

a) Murid dapat membuat operasi pendaraban dengan

betul

b) Murid dapat memberikan jawapan dengan betul.

c) Murid dapat menyebut kembali apa yang dipelajari

secara lisan.

29

Jadual 1

Soal Selidik

Setelah selesai intervensi, saya akan mengedarkan borang soal selidik kepada murid.

Berpandukan kepada hasil dapatan itu, saya akan mengira peratus bagi setiap item

untuk menilai tahap keberkesanan kaedah Lattice terhadap pelajaran darab mereka.

Skala:

1: Sangat Tidak Setuju, 2: Tidak Setuju, 3: Kurang Setuju, 4: Setuju, 5: Sangat Setuju

Item

PERATUS

1 2 3 4 5

1. Saya minat belajar menggunakan kaedah Lattice.

2. Saya lebih mudah memahami kaedah Lattice

berbanding bentuk lazim.

3. Saya dapat melakukan operasi pendaraban dengan

mudah.

4. Saya tidak mengalami kesukaran untuk mendarab.

5. Saya lebih menggemari tajuk darab selepas ini.

6. Kaedah Lattice lebih mudah untuk digunakan

berbanding kaedah bentuk lazim.

7. Saya minat belajar matematik kerana matematik

menyeronokkan.

8. Saya seronok untuk belajar matematik kerana

matematik itu mudah.

30

31

6.4 Kos Kajian

Kajian yang dibuat akan menggunakan kos seperti berikut:

Item Kuantiti Harga seunit Jumlah

Pensel Mekanikal 12 RM1 RM12

Buku Tulis 12 RM0.50 RM6

Kad manila 4 RM0.7 RM2.8

RM 20.8

32

7.0 Senarai Rujukan

Ashcraft, M. H., & Kirk, E. P. (2001). The relationships among working memory, math

anxiety, and performance. Journal of Experimental Psychology: General, 130, 224–237

Cooper, R. (1994). Alternative Math techniques instructional guide. ERIC digital

dissertations. Diperoleh pada 12 Februari 2011dari http//www.

eric.ed.gov.eserv.uum.edu.my

Brumbaugh, D. K., Moch, P. L., & Wilkinson, M. E. (2005). Mathematics content for

elementary teachers. Mahwah, N.J.: Lawrence Erlbaum Associates.

Zainudin Bin Abu Bakar & Mohd. Rashidi Bin Mat Jalil (2010). Keberkesanan Kaedah

Petak Sifir Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab Dalam Matematik Tahun 4: Satu

Kajian Di Sekolah Kebangsaan Mersing Johor. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi

Malaysia.

Chan Yaw Jong (2011). Refleksi Pembelajaran Tentang Teknik Menyemak Data Dalam

Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan Bertajuk “Penggunaan Kotak Ajaib Dan

Lattice Dalam Meningkatkan Penguasaan Pendaraban Murid Tahun Lima”.

Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.

33

LAMPIRAN 1

Ujian Pra

Nama: Kelas:

Jawab semua soalan berikut

1. 343 x 214

2. 456 x 331

3. 514 x 243

4. 672 x 435

34

LAMPIRAN 2

Ujian Pasca

Nama: Kelas:

Jawab semua soalan berikut

1. 423 x 345

2. 962 x 457

3. 723 x 189

4. 809 x 768

35

LAMPIRAN 3

Soal selidik Tinjauan

Item Ya Tidak

Saya minat untuk belajar matematik

Matematik adalah menyeronokkan.

Aktiviti yang dijalankan adalah menarik

Saya berasa sukar untuk melakukan pendaraban

Saya tidak faham soalan darab

Saya melakukan ulangkaji di rumah

Saya berasa bosan sewaktu guru mengajar.

Saya gemar bertanya jika ada perkara yang saya tidak faham.

36

LAMPIRAN 4

Sila isi borang ini berdasarkan skala yang diberikan di bawah

Skala:

1: Sangat Tidak Setuju, 2: Tidak Setuju, 3: Kurang Setuju, 4: Setuju, 5: Sangat Setuju

Item

PERATUS

1 2 3 4 5

1. Saya minat belajar menggunakan kaedah Lattice.

2. Saya lebih mudah memahami kaedah Lattice

berbanding bentuk lazim.

3. Saya dapat melakukan operasi pendaraban dengan

mudah.

4. Saya tidak mengalami kesukaran untuk mendarab.

5. Saya lebih menggemari tajuk darab selepas ini.

6. Kaedah Lattice lebih mudah untuk digunakan

berbanding kaedah bentuk lazim.

7. Saya minat belajar matematik kerana matematik

menyeronokkan.

8. Saya seronok untuk belajar matematik kerana

matematik itu mudah.

37