Laporan Kerja Kayu Laters
-
Upload
hana-mazauddin -
Category
Documents
-
view
274 -
download
3
description
Transcript of Laporan Kerja Kayu Laters
LAPORAN BENGKEL KERJA KAYU
Nama Projek : Tapak Pameran Serangga
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN 2
1.0 TUJUAN 2
2.0 BAHAN 3
3.0 ALATAN TANGAN 3
4.0 MESIN 5
5.0 PROSEDUR 6
6.0 PERBINCANGAN 8
7.0 MASALAH YANG DIHADAPI (SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS) 8
8.0 PENAMBAHBAIKAN 9
9.0 KESIMPULAN 9
LAMPIRAN 10
PENGHARGAAN
Pertamanya, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tutor kami iaitu Cik
Asmida Binti Ismail dan En. Amir Azril Bin Mohd Ali kerana dengan bantuannya, kami dapat
menyiapkan projek kerja amali ini dengan jayanya. Tanpa bimbingan tutor kami, kami pasti
tidak akan dapat menyiapkan projek ini tepat pada masanya.
Kami juga amat berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kumpulan AT31D
(KUMPULAN A) kerana sama-sama berkongsi idea, maklumat dan rujukan agar kami sama-
sama menyiapkan laporan kerja kursus ini.
Tanpa kerjasama semua pihak, kami percaya dan yakin projek kerja kayu ini tidak akan
dapat dijalankan dengan jayanya. Kami yakin dengan projek kerja kayu ini kami dapat menimba
banyak pengalaman berharga terutamanya berkaitan dengan proses menyiapkan kerja kayu.
1.0 TUJUAN
1. Mengenal pasti saiz dan penggunaan bahan serta kesesuaiannya.
2. Mengenal pasti nama dan fungsi alatan tangan.
3. Mengenal pasti nama dan fungsi mesin serta cara menyelenggarakannya.
4. Mengukur, menanda, memotong serta mencantumkan bahagian projek.
5. Membuat lakaran reka bentuk lukisan seperti lukisan isometrik, lukisan ortografik,
lukisan oblik, lukisan hamparan dan lukisan keratin penuh.
2.0 BAHAN
BAHAN UKURAN KUANTITI
MDF 250mm x 55mm 2
Papan Lapis 3mm 250mm x 55mm 2
Papan Lapis 3mm 250mm x 120mm 1
Papan Lapis 5mm 250mm x 20mm 2
Kayu 1” x 2” 120mm x 40mm 2
Gam kayu
Kertas pasir
Tepung penyumbat
3.0 ALATAN TANGAN
NO ALATAN
TANGAN
GAMBAR FUNGSI
1 Sesiku L Digunakan untuk :
i. Menguji ketepatan sudut 90°
ii. Menguji keratin permukaan
bahan.
iii. Membuat garisan bersudut
tepat.
2 Gergaji puting Digunakan untuk memotong kayu
bersaiz kecil dan membuat
tanggam.
4 Berus cat Dugunakan sewaktu menyapu gam
pada permukaan kayu.
5 Pengikis
Digunakan untuk menyapu tepung
penyumbat dan mengikis lebihan
tepung penyumbat pada permukaan
kayu.
6 Gergaji
lengkung halus
Digunakan untuk menggergaji
bentuk lengkung pada bahan yang
nipis.
7 Pembaris keluli
Digunakan untuk mengukur jarak
dan memindahkan jarak.
8 Kikir parut
Dugunakan untuk membentuk
lengkok dan meratakan kayu.
9 Pneumatik
Stapler
i. Digunakan untuk menyambung
dua jenis bahan yang nipis dan
lembut seperti papan lapis.
ii. Alat yang digunakan untuk
merekat kepingan papan lapis,
PVC, kanvas, kain, dan mounting
board.
iii.Membolehkancantuman dibuat
dengan tepat dan cepat.
10 Pensel
Digunakan untuk menandakan
ukuran pada permukaan bahan.
4.0 MESIN
NO MESIN GAMBAR FUNGSICARA MENGGUNA
DAN MENYENGGARA
1. Mesin
Gergaji
Jig
i. Berfungsi menggunakan
kuasa elektrik dan
digunakan untuk
memotong garisan lurus
atau bentuk lengkung
pada bahan.
ii. Mata pemotongnya
boleh ditukar ganti
untuk disesuaikan
dengan bahan dan jenis
kerja yang hendak
dilakukan.
i. Apit bahan yang
hendak dipotong
dengan kemas.
ii. Pastikan kadar kelajuan
mesin dan mata gergaji
sesuai dengan bahan.
iii.Selepas menggunakan
mesin, bersihkan mesin
dengan mesin
pemampat udara.
iv.Periksa tapak, ketatkan
skru jika longgar.
2. Mesin
Gergaji
Kayu
i. Digunakan untuk
memotong kayu dengan
sudut yang tepat.
ii. Potongan yang dibuat
boleh lurus atau serong.
iii.Boleh dilaras mengikut
kehendak dan
kesesuaian kerja yang
dilakukan.
i. Letakkan kayu pada
5.0 PROSEDUR
NO PROSEDUR GAMBAR
1. Mengukur dan menanda kayu dan papan lapis mengikut
saiz yang disediakan. Ukur kayu dengan menggunakan
pembaris keluli.
2. Garisan pengukuran ditanda dengan
menggunakan pensel dan sesiku L supaya garisan
yang dibuat rata.
3. Kayu dipotong mengikut saiz yang telah
ditetapkan iaitu 2 batang bagi saiz 1”x2”. Papan
lapis dengan ketebalan 3mm dipotong kepada 2
bahagian dengan ukuran 250mm x 55mm. 1
bahagian dengan ukuran 250mm x 120mm.
MDF dipotong 2 keping dengan ukuran 250mm x
55mm. Papan lapis dengan ketebalan 5mm dipotong
mengikut ukuran 250mm x 20mm.
3 Kayu dan papan lapis tersebut dipotong dengan
menggunakan mesin gergaji kayu dan mesin gergaji jig
mengikut saiz yang diperlukan.
3 Mencantumkan dua bahagian kayu saiz 120mm x 40mm
dengan kayu saiz 250mm x 120mm menggunakan
pneumatic stapler.
4 Sapukan gam pada permukaan papan lapis dan MDF.
Pastikan kedua-dua permukaan yang hendak
dicantumkan kering, bersih dan tidak berminyak.
5 Sapukan gam pada kedua-dua permukaan dan biarkan
kedua-dua permukaan tadi kering.
6 Cantumkan kedua-dua permukaan tadi menjadi satu
model lengkap.
7 Kemasan dibuat dengan menggunakan kertas
pasir. Gosokkan kertas pasir atau kertas las pada model
supaya permukaan menjadi licin.
8 Gunakan pengikis untuk menyapu tepung penyumbat
pada ruang-ruang kosong pada model.
9 Biarkan tepung penyumbat kering sebelum digosok
semula dengan menggunakan kertas pasir.
Akhir sekali, kemaskan model projek dan bersihkan.
6.0 PERBINCANGAN
1. Semasa menjalankan kerja amali, setiap pelajar mematuhi peraturan keselamatan diri
dengan memakai kasut bertutup dan bertapak getah.
2. Sentiasa mematuhi peraturan dan keselamatan bengkel serta alatan dan menggunakan
peralatan yang sesuai.
3. Pelajar sentiasa menjaga kebersihan bengkel semasa dan selepas kerja amali.
4. Pada sesi pertama bengkel, separuh dari pembinaan projek siap dibina dengan menanda,
mengukur, memotong dan melicinkan permukaan bahan projek.
5. Pada sesi berikutnya, semua hasil bahan projek dicantumkan menjadi satu model yang
lengkap.
6. Apabila projek telah siap, proses kekemasan dilakukan untuk memastikan hasil yang
lebih kemas dan cantik.
7.0 MASALAH YANG DIHADAPI (SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS)
1. Peralatan yang disediakan kurang dan tidak dapat digunakan oleh setiap pelajar dan
menyebabkan pelajar terpaksa berkongsi dan ini menyebabkan proses amali terganggu
sedikit.
2. Kualiti papan MBF yang kurang baik menyebabkan papan tersebut cepat rapuh apabila di
potong.
3. Semasa kerja amali dilakukan, keselamatan pelajar tidak di beri keutamaan kerana tiada
peralatan keselamatan disediakan seperti topeng muka dan pelindung mata.
4. Keluasan bengkel yang terhad tidak sesuai untuk menjalankan amali bagi 40 orang
pelajar.
8.0 PENAMBAHBAIKAN
1. Kecilkan kuantiti pelajar dalam satu sesi pengajaran dalam bengkel kerja kayu.
2. Menyediakan peralatan keselamatan yang lengkap kepada setiap pelajar.
9.0 KESIMPULAN
Pada akhir kerja amali ini, setiap pelajar dapat mempelajari pelbagai aspek seperti
peraturan keselamatan, fungsi-fungsi alatan tangan, prosedur untuk mengahasilkan produk dan
melukis lukisan projek dengan tepat. Setiap pelajar berjaya menghasilkan satu model lengkap
iaitu tapak pameran serangga.
Tugasan amali ini amat berharga kerana memberi pendedahan cara penggunaan alatan
tangan dan mesin yang betul serta member pengalaman kepada kami untuk membuat kerja kayu.
Pengalaman ini akan kami gunakan nanti apabila bertugas di sekolah nanti. Penulisan ini
memberi penjelasan dan pemahaman yang mantap tentang fungsi sesuatu alatan tangan.
Pengalaman ini mungkin tidak dapat diulangi di waktu dan tempat yang lain. Kami juga dapat
mengenali berbagai jenis alatan kerja tangan dam mesin yang kami tidak mengetahui nama dan
fungsinya.
LAMPIRAN
Lukisan Lakaran Projek.