LAPORAN KERJA LAPANGAN DI SEKITAR UTARA … ini selalunya dicerap sebagai blok-blok dalam mélange....

42
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEKOLAH SAINS DAN TEKNOLOGI GEOLOGI HS21 GEOLOGI SEJARAH DAN STRATIGRAFI SG10403 SEMESTER 2 SESI 2010/2011 LAPORAN KERJA LAPANGAN DI SEKITAR UTARA DAN TENGAH SABAH NAMA PENSYARAH : PROF. DR. SANUDIN HJ TAHIR PROF. DR. BABA MUSTA NAMA DEMONSTRATOR : EN CASSIDY ANAK ALOH NAMA PELAJAR : SUKMAN BIN AMBO NO MATRIK : BS10110491 TARIKH HANTAR : 22 APRIL 2011

Transcript of LAPORAN KERJA LAPANGAN DI SEKITAR UTARA … ini selalunya dicerap sebagai blok-blok dalam mélange....

Page 1: LAPORAN KERJA LAPANGAN DI SEKITAR UTARA … ini selalunya dicerap sebagai blok-blok dalam mélange. Sedimen klastik membentuk tulang belakang uatama banjaran-banjaran di …

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

SEKOLAH SAINS DAN TEKNOLOGI

GEOLOGI HS21

GEOLOGI SEJARAH DAN STRATIGRAFI SG10403

SEMESTER 2 SESI 2010/2011

LAPORAN KERJA LAPANGAN DI SEKITAR UTARA DAN TENGAH SABAH

NAMA PENSYARAH : PROF. DR. SANUDIN HJ TAHIR

PROF. DR. BABA MUSTA

NAMA DEMONSTRATOR : EN CASSIDY ANAK ALOH

NAMA PELAJAR : SUKMAN BIN AMBO

NO MATRIK : BS10110491

TARIKH HANTAR : 22 APRIL 2011

Page 2: LAPORAN KERJA LAPANGAN DI SEKITAR UTARA … ini selalunya dicerap sebagai blok-blok dalam mélange. Sedimen klastik membentuk tulang belakang uatama banjaran-banjaran di …

OBJEKTIF

1. Mengkaji unit batuan yang terdapat di kawasan kajian.

2. Mengenali ciri-ciri unit batuan di kawasan kajian.

3. Melihat struktur-struktur proses-proses geomorfologi yang hadir di kawasan kajian.

PENGENALAN

Kawasan kajian kami merangkumi sekitar utara Sabah. Kajian ini bertujuan untuk

mengkaji unit-unit batuan yang terdapat di kawasan kajian beserta usia dan ciri-cirinya. Secara

amnya, unit batuan tertua di Sabah dibina oleh fragmen ofiolit yang telah terangkat dan

bahagian-bahagian ini selalunya dicerap sebagai blok-blok dalam mélange. Sedimen klastik

membentuk tulang belakang uatama banjaran-banjaran di sekitar Sabah. Pelbagai nama rasmi

formasi batuan telah diberikan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia untuk

menggambarkan perbezaan litologi batuan di Sabah. Singkapan unit-unit batuan sedimen yang

sebahagian besarnya terdiri daripada jujukan Paleogen seperti Formasi Trusmadi, Formasi

Crocker dan Formasi Kudat yang dianggap sebagai lapisan tebal yang menindih kerak lautan.

Antara lokasi kawasan kajian kami ialah

A. Simpang Mengayau, Kudat.

B. Sikuati, Kudat

C. Kg Lajong, Kudat

D. Kg Tanah Merah, Ranau

E. Sg Kenipir, Ranau

F. Jalan Kundasang

G. Indah Permai, Sepanggar

Di samping itu, kami juga turut mengkaji beberapa struktur morfologi yang hadir di kawasan

kajian. Secara amnya, struktur-struktur ini dapat dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu

I. Struktur Primer

a) Lapisan

- Selang lapis batuan pada skala yang besar

b) Laminasi

- Seperti lapisan tetapi pada skala yang lebih kecil

Page 3: LAPORAN KERJA LAPANGAN DI SEKITAR UTARA … ini selalunya dicerap sebagai blok-blok dalam mélange. Sedimen klastik membentuk tulang belakang uatama banjaran-banjaran di …

Peta 1 : Peta Sabah dan lokasi kawasan kajian

Page 4: LAPORAN KERJA LAPANGAN DI SEKITAR UTARA … ini selalunya dicerap sebagai blok-blok dalam mélange. Sedimen klastik membentuk tulang belakang uatama banjaran-banjaran di …

c) Ketakselarasan

- Rumpang dalam rekod sedimen akibat episode canggaan. Terhasil

apabila berlaku hakisan dan pengendapan.

II. Struktur Sekunder

a) Sesar

- Retakan yang mempunyai pergerakan ketara selari dengan satah

retakan. Terbentuk apabila dikenakan canggaan daripada arah

tertentu.

- Terbahagi kepada tiga jenis iaitu sesar normal, sesar sungkup,

dan sesar mendatar.

b) Kekar

- Retakan di mana tidak terdapat peralihan yang ketara selari

dengan retakan dan sedikit pergerakan tegak kepada satah

retakan. Terbentuk apabila terkena canggaan daripada pelbagai

arah.

Selain itu, di kawasan kajian juga dapat dilihat beberapa proses geomorfologi yang

berlaku pada sesetengah batuan. Antara proses tersebut ialah luluhawa. Luluhawa merupakan

satu proses penghancuran batuan kepada saiz butiran yang lebih kecil disebabkan factor-faktor

tertentu. Luluhawa dapat dibahagiakan kepada tiga kumpulan utama iaitu luluhawa fizikal,

luluhawa kimia dan luluhawa biologi. Luluhawa kebiasaannya mudah dikenalpasti di kawasan

kajian kerana ia mengubah bentuk dan warna sesuatu batuan. Proses hakisan juga merupakan

proses geomorfologi yang hadir di kawasan kajian. Hakisan merupakan satu proses pencabutan

batuan atau tanah daripada batuan asal disebabkan beberapa faktor seperti angin, bendalir dan

tarikan gravity. Secara amnya, hakisan juga dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan utama

iaitu hakisan alur, hakisan galur dan hakisan lembah.

Secara umumnya, kesemua struktur ini hanya dapat dilihat dan dicerap di kawasan

kajian. Di setiap lokasi kajian kami, terdapat beberapa struktur yang dapat dilihat dan akan

diterangkan di setiap lokasi masing-masing.

Page 5: LAPORAN KERJA LAPANGAN DI SEKITAR UTARA … ini selalunya dicerap sebagai blok-blok dalam mélange. Sedimen klastik membentuk tulang belakang uatama banjaran-banjaran di …

Jadual 1 : Jujukan stratigrafi Sabah

Page 6: LAPORAN KERJA LAPANGAN DI SEKITAR UTARA … ini selalunya dicerap sebagai blok-blok dalam mélange. Sedimen klastik membentuk tulang belakang uatama banjaran-banjaran di …

STESEN 1

NAMA LOKASI : Simpang Mengayau

BACAAN GPRS : N 07˚02.291’ E 116˚44.366’

MASA : 2 April 2011-Sabtu-10.30am

MORFOLOGI : Tepi Pantai

UNIT BATUAN : Formasi Kudat

Simpang Mengayau atau lebih dikenali sebagai Tip Of Borneo terletak di utara Sabah.

Unit batuan di kawasan ini ialah jujukan Formasi Kudat. Unit batuan ini dijangkakan berusia

akhir Miosen Awal hingga awal Miosen Tengah dan merupakan endapan laut dalam. Ini

dibuktikan dengan penemuan foraminifera ( Globigerinoides sicanus ) yang banyak pada batu

lodak kapur di Tanjung Bangau yang turut menunjukkan usia tersebut ( Sanudin,1979 ). Di

kawasan kajian, ahli yang dapat dilihat ialah ahli Tajau yang dicirikan dengan fasies klastik iaitu

terdiri daripada selang lapis batu pasir yang tebal. Jujukan atas bagi unit batuan ini

mengandungi peratusan batu pasir yang tinggi serta saiz butiran yang kasar berbanding dengan

bahagian tengah dan bahagian bawah bagi jujukan uni batuan tersebut. Ini menunjukkan

bahawa cerapan di kawasan kajian merupakan jujukan bahagian atas unit batuan tersebut

kerana mengandungi peratusan batu pasir yang tinggi serta saiz butiran sedimen yang kasar.

Di kawasan kajian juga, terdapat beberapa sturktur geomorfologi yang dapat dilihat di

kawasan cerapan. Kebanyakkan sruktur ini terbentuk hasil daripada proses hakisan ombak

seperti struktur tafoni ( stuktur sarang lebah ) dan stuktur konkreasi. Selain itu, terdapat juga

beberapa struktur primer dan sekunder yang dapat dilihat dikawasan kajian. Antara struktur

primer yang dapat dilihat ialah struktur laminasi selari pada lapisan batu pasir. Struktur

sekunder yang dapat dilihat pula ialah struktur kekar yang terbentuk pada batu pasir. Di

samping itu, proses geomorfologi turut berlaku di kawasan kajian. Ini dapat dibuktikan dengan

melihat stuktur batu pasir yang berwarna keperangan. Ini terjadi kerana berlakunya proses

luluhawa kimia iaitu pengoksidaan yang membantu perubahan warna batuan tersebut.

Page 7: LAPORAN KERJA LAPANGAN DI SEKITAR UTARA … ini selalunya dicerap sebagai blok-blok dalam mélange. Sedimen klastik membentuk tulang belakang uatama banjaran-banjaran di …

Jadual 1 : Jujukan stratigrafi di kawasan kajian

Rajah 1 : Gambaran fosil Globigeronoides sicanus yang ditemui di kawasan kajian

yang menunjukkan unit batuan ini berusia awal Miosen Awal hingga awal Miosen

Tengah (Sanudin, 1979)

Page 8: LAPORAN KERJA LAPANGAN DI SEKITAR UTARA … ini selalunya dicerap sebagai blok-blok dalam mélange. Sedimen klastik membentuk tulang belakang uatama banjaran-banjaran di …

Gambar 1 : Singkapan di kawasan kajian dengan bacaan J/K 294˚/34˚

Gambar 2 : Lapisan Batu Pasir yang tebal mencirikan unit batuan di kawasan ini

Lapisan

Batu Pasir

Tebal

Page 9: LAPORAN KERJA LAPANGAN DI SEKITAR UTARA … ini selalunya dicerap sebagai blok-blok dalam mélange. Sedimen klastik membentuk tulang belakang uatama banjaran-banjaran di …

Gambar 3 : Sample batu pasir yang mempunyai saiz butiran yang kasar ( arenit )

Gambar 4 : Rekahan pada batu pasir yang di isi dengan mineral besi/ Fe2+ lalu

membentuk struktur tersebut.

Telerang

Oksida

Page 10: LAPORAN KERJA LAPANGAN DI SEKITAR UTARA … ini selalunya dicerap sebagai blok-blok dalam mélange. Sedimen klastik membentuk tulang belakang uatama banjaran-banjaran di …

Gambar 5 : Batu pasir yang mempunyai lapisan bersilang berbentuk palung

Gambar 6 : Struktur Konkreasi yang terbentuk hasil proses hakisan air laut pada

batuan igneous basalt.

Struktur ini terbentuk

apabila daya daripada

aliran air laut yang kuat

dipindahkan kepada

batuan induk dan

menyebabkan batuan

yang lemah terhakis dan

terpisah/tercabut daripada

batuan induk lalu

membentuk struktur ini.

Page 11: LAPORAN KERJA LAPANGAN DI SEKITAR UTARA … ini selalunya dicerap sebagai blok-blok dalam mélange. Sedimen klastik membentuk tulang belakang uatama banjaran-banjaran di …

Gambar 7 : Laminasi selari yang terbentuk pada lapisan batu pasir ( sruktur primer )

Gambar 8 : Luluhawa Kimia yang berlaku pada batu pasir iaitu proses pengoksidaan.

Proses ini menyebabkan perubahan pada warna batuan iaitu keperangan.

Page 12: LAPORAN KERJA LAPANGAN DI SEKITAR UTARA … ini selalunya dicerap sebagai blok-blok dalam mélange. Sedimen klastik membentuk tulang belakang uatama banjaran-banjaran di …

Gambar 9 : Struktur Tafoni ( struktur sarang lebah ) yang terbentuk pada batu pasir

Gambar 10 : Struktur kekar pada batu pasir ( struktur sekunder )

Struktur ini terbentuk

akibat hakisan air laut

pada batu pasir

Luluhawa

kimia

Kekar

Page 13: LAPORAN KERJA LAPANGAN DI SEKITAR UTARA … ini selalunya dicerap sebagai blok-blok dalam mélange. Sedimen klastik membentuk tulang belakang uatama banjaran-banjaran di …

STESEN 2

NAMA LOKASI : 500m dari Sikuati

BACAAN GPRS : N 06˚53.795’ E 116˚42.722’

MASA : 2 April 2011-Sabtu-12.30pm

MORFOLOGI : Bukit

UNIT BATUAN : Formasi Crocker

Stesen ke 2 ini terletak 500m dari Daerah Sikuati. Unit batuan di kawasan ini ialah

jujukan Formasi Crocker. Ahli dikawasan ini ialah ahli Sikuati. Jujukan ini dicirikan dengan

selang-lapis antara batu pasir dan batu lumpur. Unit batuan ini dijangkakan berusia awal

Eocene Atas hingga akhir Miocene Bawah berdasarkan fosil index yang telah ditemui di sekitar

kawasan kajian. Fitur-fitur permukaan kawasan ini adalah sebahagian daripada peninggalan

proses-proses eksogen Plio-Pleistocene membentuk morfologi kini seperti Banjaran Crocker,

sisa-sisa daripada prooses ini terhadap jujukan sedimen yang berasal daripada endapan turbidit

berusia Eosen Akhir tersingkap secara tidak berterusan di sekitar kawasan kajian.

Di kawasan kajian juga, terdapat beberapa sturktur geomorfologi yang dapat dilihat di

kawasan cerapan. Antaranya , terdapat beberapa struktur primer dan sekunder yang dapat

dilihat dikawasan kajian. Antara struktur primer yang dapat dilihat ialah struktur laminasi selari

dan laminasi bersilang pada lapisan batu pasir. Struktur sekunder yang dapat dilihat pula ialah

struktur kekar dan sesar normal yang terbentuk pada batu pasir. Di samping itu, proses

geomorfologi turut berlaku di kawasan kajian. Ini dapat dibuktikan dengan melihat stuktur batu

pasir yang berwarna keperangan. Ini terjadi kerana berlakunya proses luluhawa kimia iaitu

pengoksidaan yang membantu perubahan warna batuan tersebut.

Page 14: LAPORAN KERJA LAPANGAN DI SEKITAR UTARA … ini selalunya dicerap sebagai blok-blok dalam mélange. Sedimen klastik membentuk tulang belakang uatama banjaran-banjaran di …

Jadual 1 : Jujukan Stratigrafi di kawasan kajian

Gambar 1 : Singkapan di kawasan kajian dengan bacaan J/K 158˚/40˚

Batu Pasir

Batu Lumpur

Page 15: LAPORAN KERJA LAPANGAN DI SEKITAR UTARA … ini selalunya dicerap sebagai blok-blok dalam mélange. Sedimen klastik membentuk tulang belakang uatama banjaran-banjaran di …

Gambar 2 : Sample batu pasir di kawasan singkapan

Gambar 3 : Sample batu lumpur di kawasan singkapan

Page 16: LAPORAN KERJA LAPANGAN DI SEKITAR UTARA … ini selalunya dicerap sebagai blok-blok dalam mélange. Sedimen klastik membentuk tulang belakang uatama banjaran-banjaran di …

Gambar 4 : Laminasi bersilang pada batu pasir yang terbentuk akibat episod

pengendapan dan aliran arus yang tidak seragam/’turbulent flow’.

Gambar 5 : Laminasi selari pada batu pasir yang terbentuk akibat episod

pengendapan dan aliran arus yang seragam/’laminar flow’

Page 17: LAPORAN KERJA LAPANGAN DI SEKITAR UTARA … ini selalunya dicerap sebagai blok-blok dalam mélange. Sedimen klastik membentuk tulang belakang uatama banjaran-banjaran di …

Gambar 6 : Morfologi sesar normal pada batu pasir

Gambar 7 : Proses luluhawa kimia pada batu pasir

Dinding

tergantung

Satah sesar

Dinding kaki

Arah

pergerakan

Page 18: LAPORAN KERJA LAPANGAN DI SEKITAR UTARA … ini selalunya dicerap sebagai blok-blok dalam mélange. Sedimen klastik membentuk tulang belakang uatama banjaran-banjaran di …

Gambar 8 : Struktur kekar pada batu pasir

Gambar 9 : Struktur luluhawa sferoid

Page 19: LAPORAN KERJA LAPANGAN DI SEKITAR UTARA … ini selalunya dicerap sebagai blok-blok dalam mélange. Sedimen klastik membentuk tulang belakang uatama banjaran-banjaran di …

Gambar 10 : Proses hakisan berlaku pada unit batu lumpur ( hakisan alur ) akibat

agen pengangkutan iaitu air hujan lalu membentuk alur tersebut.

Page 20: LAPORAN KERJA LAPANGAN DI SEKITAR UTARA … ini selalunya dicerap sebagai blok-blok dalam mélange. Sedimen klastik membentuk tulang belakang uatama banjaran-banjaran di …

STESEN 3

NAMA LOKASI : Kampung Lajong

BACAAN GPS : N 06˚51.285’ E 116˚41.903’

MASA : 2 April-Sabtu-3.30pm

MORFOLOGI : Tanah Rendah

UNIT BATUAN : Sempadan antara jujukan Formasi Kudat dan jujukan Formasi

Crocker

Lokasi seterusnya terletak di Kg Lajong, Kudat. Bermorfologikan dataran tanah rendah,

stesen ini menjadi sempadan antara jujukan Formasi Kudat dan jujukan Formasi Crocker.

Kedua-dua unit batuan ini dipisahkan oleh satu ketakselarasan iaitu ketakselarasan bersudut (

angular conformity ). Berdasarkan jujukan stratigrafi Sabah, unit batuan Formasi Kudat

menindih unit batuan Formasi Crocker. Ini menunjukkan Formasi Crocker berusia lebih tua

berbanding Formasi Kudat kerana Formasi Kudat menindih unit batuan tersebut. Kedua-dua

unit batuan ini merupakan endapan laut dalam yang termendap di dasr lautan lalu mengalami

proses pengangkatan dan tersingkap seperti sekarang. Formasi Crocker dijangkakan berusia

awal Eocene Atas sehingga akhir Miocene Bawah. Manakala Formasi Kudat yang menindih

Formasi Crocker dijangkakan berusia akhir Miocene Bawah hingga awal Miocene Tengah.

Formasi Kudat dicirikan dengan unit batu pasir dan kurang mengandungi struktur laminasi dan

lapisan. Manakala formasi Crocker pula dicirikan dengan selang lapis unit batu pasir dan unit

batu lumpur. Selain itu di kawasan kajian juga, struktur endapan turbidit juga dapat dilihat pada

batuan yang menjadi ciri utama bagiunit batuan Formasi Crocker. Endapan ini dipengaruhi oleh

arus aliran air dan menunjukkan lapisan yang semangkin menghalus/menipis ke atas.

Selain itu, terdapat juga proses geomorfologi lain yang turut dicerap di kawasan kajian

iaitu struktur tanah runtuh. Berdasarkan pengelasan tanah runtuh Varnes, 1978, tanah runtuh

ini dikelaskan sebagai ‘debris flow’. Struktur ini terbentuk akibat beberapa factor dan antaranya

ialah ketiadaan tumbuhan penutup bumi yang melambatkan proses hakisan di kawasan

tersebut.

Page 21: LAPORAN KERJA LAPANGAN DI SEKITAR UTARA … ini selalunya dicerap sebagai blok-blok dalam mélange. Sedimen klastik membentuk tulang belakang uatama banjaran-banjaran di …

Jadual 1 : Jujukan stratigrafi di kawasan kajian

Gambar 1 : Struktur turbidit pada batu lumpur yang menjadi petunjuk bagi unit batuan

Formasi Crocker

Batu lumpur

Lapisan Struktur

turbidit yang

semakin menipis

ke atas

Page 22: LAPORAN KERJA LAPANGAN DI SEKITAR UTARA … ini selalunya dicerap sebagai blok-blok dalam mélange. Sedimen klastik membentuk tulang belakang uatama banjaran-banjaran di …

Gambar 2 : Lapisan pada batu pasir yang mencirikan jujukan Formasi Kudat

Gambar 3 : Sempadan antara jujukan unit batuan Formasi Kudat dan jujukan Formasi

Crocker

Batu pasir

Struktur Lapisan

Formasi Kudat

Sempadan antara

Formasi Kudat

dan Formasi

Crocker

( ketakselarasan)

Formasi Crocker

Page 23: LAPORAN KERJA LAPANGAN DI SEKITAR UTARA … ini selalunya dicerap sebagai blok-blok dalam mélange. Sedimen klastik membentuk tulang belakang uatama banjaran-banjaran di …

Gambar 4 : Morfologi Tanah Runtuh di kawasan kajian

Berdasarkan

pengelasan

tanah runtuh

Varnes, 1978,

tanah runtuh ini

dikelaskan

sebagai ‘debris

flow’.

Page 24: LAPORAN KERJA LAPANGAN DI SEKITAR UTARA … ini selalunya dicerap sebagai blok-blok dalam mélange. Sedimen klastik membentuk tulang belakang uatama banjaran-banjaran di …

STESEN 4

NAMA LOKASI : Kg Tanah Merah, Ranau

BACAAN GPS : N 05˚58.553’ E 116˚41.641’

MASA : 9 April 2011-Sabtu-11.20am

MORFOLOGI : Lereng bukit

UNIT BATUAN : Endapan Ofiolit

Stesen yang ke 4 ini terletak di Kg Tanah Merah, Ranau. Bermorfologikan lereng bukit,

stesen ini terletak jauh dari jalan utama. Hasil daripada cerapan kami, singkapan di kawasan

kajian merupakan endapan kerak lautan dalam/ofiolit yang telah mengalami proses

pengangkatan sehingga membentuk morfologi seperti kini. Endapan ini di jangkakan berusia

awal Kapur Bawah hingga akhir Kapur Atas berdasarkan index fosil yang ditemui di kawasan

kajian iaitu fosil plantonik radiolaria yang menunjukkan usia tersebut. Berdasarkan unit

litostratigrafi pula, batuan yang terdapat di kawasan kajian ialah batuan igneous ultrabase iaitu

serpentenite. Batuan ini bewarna kehijau-hijauan di kawasan kajian. Batuan ini juga berasosiasi

dengan batuan chert dan spilit atau lebih dikenali sebagai Formasi Chert-spilit. Kandungan

mineral yang terdapat pada batuan ini ialah antigorit dan serpentin. Pada awalnya, batuan ini

telah mengalami proses hidrolisis atau serpentination sebelum terangkat seperti sekarang.

Berdasarkan geomorfologi pula, terdapat beberapa struktur yang dapat di cerap di

kawasan kajian. Antaranya ialah stuktur sesar normal. Struktur ini amat mudah dikenalpasti di

kawasan kajian. Ini dibuktikan lagi dengan kehadiran struktur ‘silican slide’ atau gores-garis

sesar yang boleh menunjukkan orentasi pergerakan sesar tersebut. Selain itu, proses luluhawa

juga turut berlaku ke atas batuan di kawasan kajian. Terdapat beberapa batuan yang telah

mengalami perubahan warna daripada kehijauan ke keperangan yang menunjukkan luluhawa

kimia berlaku di kawasan ini.

Page 25: LAPORAN KERJA LAPANGAN DI SEKITAR UTARA … ini selalunya dicerap sebagai blok-blok dalam mélange. Sedimen klastik membentuk tulang belakang uatama banjaran-banjaran di …

Jadual 1 : Jujukan stratigrafi di kawasan kajian

Gambar 1 : Morfologi singkapan di kawasan kajian

Page 26: LAPORAN KERJA LAPANGAN DI SEKITAR UTARA … ini selalunya dicerap sebagai blok-blok dalam mélange. Sedimen klastik membentuk tulang belakang uatama banjaran-banjaran di …

Gambar 2 : Struktur ‘silican slide’ atau garis-gores sesar

Gambar 3 : Sample batu Serpentinite ( igneous ultrabase ) yang berwarna kehijauan

Struktur ini menjadi

petunjuk kehadiran

sesar dan juga boleh

menentukan orentasi

pergerakan sesar

tersebut.

Page 27: LAPORAN KERJA LAPANGAN DI SEKITAR UTARA … ini selalunya dicerap sebagai blok-blok dalam mélange. Sedimen klastik membentuk tulang belakang uatama banjaran-banjaran di …

Gambar 4 : Batu Serpentenit yang telah mengalami proses luluhawa kimia

Gambar 5 : Struktur talcum yang terbentuk pada batu serpentenit

Page 28: LAPORAN KERJA LAPANGAN DI SEKITAR UTARA … ini selalunya dicerap sebagai blok-blok dalam mélange. Sedimen klastik membentuk tulang belakang uatama banjaran-banjaran di …

Gambar 6 : Struktur sesar normal di kawasan kajian

Dinding tergantung

Satah sesar

Dinding kaki

Page 29: LAPORAN KERJA LAPANGAN DI SEKITAR UTARA … ini selalunya dicerap sebagai blok-blok dalam mélange. Sedimen klastik membentuk tulang belakang uatama banjaran-banjaran di …

STESEN 5

NAMA LOKASI : Sungai Kenipir, 8 km kearah Tambunan

BACAAN GPS : N 05˚54.446’ E 116˚38.232’

MASA : 9 Apil 2011-Sabtu-12.00pm

MORFOLOGI : Sungai

UNIT BATUAN : Formasi Trusmadi

Sg Kenipir yang terletak 8 km kearah Tambunan jujukan unit batuan Formasi Trusmadi.

Unit batuan ini dianggap sebagai jujukan tertua antara unit-unit batuan yang ada di Sabah.

Jujukan ini menindih batuan batuan berusia kapur dan kerak lautan yang lebih tua (ofiolit).

Formasi Trusmadi ini telah dimendapkan semasa Kapur Akhir hingga Eosene Awal seperti yang

dibuktikan ole beberapa foraminifera plankton yang dijumpai dalam beberapa lapisan syal (

Kirk,1962 ). Kehadiran fosil surih ( trase fosil ) iaitu fosil Paleodictyon dalam beberapa sabak

menunjukkan unit batuan ini merupakan endapan sekitaran laut dalam. Dari segi litostratigrafi

pula, unit batuan ini dicirikan dengan selang lapis antara batuan slate dan batuan meta-arenit.

Batuan slate merupakan batuan metamorfik yang terbentuk daripada batuan sedimen shale

pada gred metamorfisme yang rendah. Manakala batuan meta arenit terbentuk hasil daripada

proses metamorfisme batu pasir. Di kawasan kajian ini, selang lapis antara kedua-dua batuan

tersebut amat mudah untuk dikenali kerana mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Jujukan ini juga

dicirikan oleh dua fasies utama iaitu fasies arinit dan fasies argilit.

Secara amnya, unit batuan di kawasan ini belum mengalami canggaan tektonik yang

hebat kerana batuan yang tersingkap memiliki darjah kemiringan yang amat kecil. Ini

menunjukkan jujukan ini termendap mengikut prinsip Keselanjaran Strata iaitu bahan

pembentuk lapisan adalah dalam keadaan selanjar di atas permukaan bumi kecuali terdapat

suatu badan pejal yang menghalangnya ( Steno,1669 ).

Page 30: LAPORAN KERJA LAPANGAN DI SEKITAR UTARA … ini selalunya dicerap sebagai blok-blok dalam mélange. Sedimen klastik membentuk tulang belakang uatama banjaran-banjaran di …

Jadual 1 : Jujukan stratigrafi di kawasan kajian

Gambar 1 : Morfologi singkapan di kawasan kajian iaitu berhampiran sungai

Page 31: LAPORAN KERJA LAPANGAN DI SEKITAR UTARA … ini selalunya dicerap sebagai blok-blok dalam mélange. Sedimen klastik membentuk tulang belakang uatama banjaran-banjaran di …

Gambar 2 : Selang lapis batuan slate dan batuan meta arenit

Gambar 3 : Sample batu slate di kawasan kajian yang mempunyai saiz butiran yang halus

Batuan Slate yang

berwarna kelabu

Batuan meta arenit

yang berwarna

keperangan

Page 32: LAPORAN KERJA LAPANGAN DI SEKITAR UTARA … ini selalunya dicerap sebagai blok-blok dalam mélange. Sedimen klastik membentuk tulang belakang uatama banjaran-banjaran di …

Gambar 4 : Stuktur teleramg kuarza yang terbentuk pada batuan meta arenit

Gambar 5 : Batuan yang mengalami proses luluhawa kimia

Struktur ini terbentuk

apabila rekahan

terbentuk pada

batuan lalu di isi oleh

mineral kuarza

Page 33: LAPORAN KERJA LAPANGAN DI SEKITAR UTARA … ini selalunya dicerap sebagai blok-blok dalam mélange. Sedimen klastik membentuk tulang belakang uatama banjaran-banjaran di …

Gambar 6 : Singkapan mendatar di kawasan kajian yang menunjukkan singkapan ini tidak

mengalami sebarang canggaan tektonik.

Lapisan Batu

Meta arenit

Lapisan Batu

Slate

Telerang Kuarza

Page 34: LAPORAN KERJA LAPANGAN DI SEKITAR UTARA … ini selalunya dicerap sebagai blok-blok dalam mélange. Sedimen klastik membentuk tulang belakang uatama banjaran-banjaran di …

STESEN 6

NAMA LOKASI : Jalan Kundasang

BACAAN GPS :

MASA : 9 April 2011-Sabtu-2.30pm

MORFOLOGI : Kaki Bukit

UNIT BATUAN : Endapan Pinosuk Gravel

Stesen 6 merupakan satu kawasan yang amat istimewa antara semua kawasan kerana

ianya menjadi bukti bahawa Sabah pernah mengalami proses pengglasieran. Glasier merupakan

aliran ais yang terbentuk di mana salji terkumpul lebih banyak berbanding salji yang cair pada

setiap tahun. Pengglasieran di kawasan ini dijangkakan berlaku semasa perioda kuterner dan

dikenali sebagai endapan Quaternary. Antara ciri-ciri morfologi endapan ini ialah mempunyai

jujukan konglomerat iaitu memiliki pelbagai saiz batuan dari kecil sehinggalah yang paling

besar. Selain itu tiada lapisan yang ketara di kawasan kajian kerana kepelbagaian saiz butiran

batauan.

Gambar 1 : Batuan yang mempunyai texture konglomerat iaitu pelbagai saiz butiran batuan.

Page 35: LAPORAN KERJA LAPANGAN DI SEKITAR UTARA … ini selalunya dicerap sebagai blok-blok dalam mélange. Sedimen klastik membentuk tulang belakang uatama banjaran-banjaran di …

Gambar 2 : Kepelbagaian saiz batuan daripada yang kecil sehinggalah yang besar

Gambar 3 : Kekar di kawasan kajian

Page 36: LAPORAN KERJA LAPANGAN DI SEKITAR UTARA … ini selalunya dicerap sebagai blok-blok dalam mélange. Sedimen klastik membentuk tulang belakang uatama banjaran-banjaran di …

STESEN 7

NAMA LOKASI : Indah Permai, Sepanggar

BACAAN GPS : N 06˚03.896’ E 116˚09.450’

MASA : 9 April 2011-Sabtu-4.30pm

MORFOLOGI : Bukit

UNIT BATUAN : Formasi Crocker

Singkapan di stesen ini mempunyai jujukan unit batuan Formasi Crocker. Litologi batuan

di kawasan ini merupakan selang lapis antara syal dan batu pasir. Syal merupakan batu pasir

yang berlaminasi. Unit batuan ini dijangkakan berusia awal Eocene Atas hingga akhir Miocene

Bawah berdasarkan fosil index yang telah ditemui di sekitar kawasan kajian. Fitur-fitur

permukaan kawasan ini adalah sebahagian daripada peninggalan proses-proses eksogen Plio-

Pleistocene membentuk morfologi kini seperti Banjaran Crocker, sisa-sisa daripada proses ini

terhadap jujukan sedimen yang berasal daripada endapan turbidit berusia Eosen Akhir

tersingkap secara tidak berterusan di sekitar kawasan kajian. Satu ciri penting yang

menggambarkan unit batuan di kawasan ini ialah endapan jujukan Bouma ( Bouma Sequence ).

Jujukan ini dapat dilihat pada lapisan batu pasir dan syal. Jujukan Bouma ini dikategorikan

kepada beberapa unit iaitu unit Ta ,unit Tb ,unit Tc ,unit Td dan unit Te . Unit Ta dicirikan dengan

batu pasir yang tidak memiliki apa-apa struktur. Unit Tb pula merupakan batu pasir yang

memiliki laminasi selari. Manakala unit Tc dicirikan dengan batu pasir yang mempunyai laminasi

bersilang. Unit Td pula merupakan batu lodak dan lodak/lempung yang berlaminasi dikenali

sebagai unit Te .

Selain itu terdapat beberapa struktur sekunder yang dapat dilihat dikawasan kajian

seperti sesar dan kekar. Proses luluhawa kimia juga turut memainkan peranannya di kawasan

ini.

Page 37: LAPORAN KERJA LAPANGAN DI SEKITAR UTARA … ini selalunya dicerap sebagai blok-blok dalam mélange. Sedimen klastik membentuk tulang belakang uatama banjaran-banjaran di …

Gambar 1 : Morfologi kawasan kajian iaitu kawasan tanah tinggi

Gambar 2 : Cerapan singkapan di kawasan kajian yang mempunyai nilai J/K 310˚/60˚

Page 38: LAPORAN KERJA LAPANGAN DI SEKITAR UTARA … ini selalunya dicerap sebagai blok-blok dalam mélange. Sedimen klastik membentuk tulang belakang uatama banjaran-banjaran di …

Gambar 3 : Jujukan Boumma ( Bouma Sequence )

Page 39: LAPORAN KERJA LAPANGAN DI SEKITAR UTARA … ini selalunya dicerap sebagai blok-blok dalam mélange. Sedimen klastik membentuk tulang belakang uatama banjaran-banjaran di …

Gambar 4 : Struktur Sekunder-Sesar

Gambar 5 : Proses geomorfologi yang berlaku pada batu pasir iaitu luluhawa kimia

Dinding Tergantung

Satah Sesar

Dinding Kaki

Luluhawa ini

berpunca daripada

proses pengoksidaan

yang menyebabkan

warna batuan

bewarna keperangan

Page 40: LAPORAN KERJA LAPANGAN DI SEKITAR UTARA … ini selalunya dicerap sebagai blok-blok dalam mélange. Sedimen klastik membentuk tulang belakang uatama banjaran-banjaran di …

Gambar 6 : Satu set kekar di kawasan cerapan singkapan.

Gambar 7 : Zon Ricih iaitu batuan syal

Page 41: LAPORAN KERJA LAPANGAN DI SEKITAR UTARA … ini selalunya dicerap sebagai blok-blok dalam mélange. Sedimen klastik membentuk tulang belakang uatama banjaran-banjaran di …

Gambar 8 : Sebahagian daripada jujukan Boumma

Page 42: LAPORAN KERJA LAPANGAN DI SEKITAR UTARA … ini selalunya dicerap sebagai blok-blok dalam mélange. Sedimen klastik membentuk tulang belakang uatama banjaran-banjaran di …

KESIMPULAN

Daripada kajian lapangan yang telah di buat di sekitar utara dan tengah Sabah, dapat

kita simpulkan bahawa Sabah memiliki kepelbagaian jujukan unit batuan. Antaranya ialah

Formasi Kudat, Formasi Crocker, Formasi Trusmadi, Endapan Pinosouk Gravel, dan Endapan

Ofiolit. Kita juga dapat melihat kepelbagiaan struktur primer dan sekunder di kawasan kajian.

RUJUKAN

Sanudin Hj. Tahir, Baba Musta, Pengenalan Kepada Stratigrafi, 2007, Universiti Malaysia Sabah,

Sabah.

H.D Tjia, Geomorfologi, 1987, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.