Laporan Kursus Pra Perkahwinan Islam

6
LAPORAN KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM Pada 23 dan 24 Februari 2013 telah berlangsung satu kursus perkahwinan Islam bertempat di Dewan Kuliah Utama Politeknik Ibrahim Sultan (PIS). Kursus selama dua hari ini yang melibatkan seramai 178 orang peserta adalah merupakan siri yang ke-3 diadakan di Politeknik Ibrahim Sultan. Pada kali ini kursus ini dianjurkan oleh Masjid Politeknik Ibrahim Sultan bersama Jabatan Agama Johor. Antara beberapa objektif kursus seumpama ini di adakan adalah seperti berikut: 1. Memberi pendedahan kepada para pelajar PIS untuk memahami serta mendalami ilmu yang dipelajari di dalam kelas. 2. Memberi peluang dan ruang kepada para pelajar dan staf Politeknik Ibrahim Sultan untuk menyertai & mengikuti kursus pra-perkahwinan di dalam kampus PIS. 3. Sebagai pendedahan kepada para peserta berkenaan hal-hal sebelum dan semasa berumahtangga. Pendaftaran untuk kursus ini telah dibuka selama 2 minggu bermula dari 4 hingga 18 Februari 2013 bertempat di masjid PIS dan Jabatan Pengajian Am bermula dari jam 10 pagi hingga 5 petang. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar dan kakitangan PIS. Namun begitu, penyertaan dari peserta luar juga amat dialu-alukan. Program ini telah dilaksanakan di Dewan Kuliah Utama, PIS. Pengisian Kursus Pra Perkahwinan ini adalah mengikut Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPI) yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Ia merangkumi beberapa siri ceramah yang telah ditetapkan dan diwajibkan kepada semua peserta mengikutinya sebagai syarat yang paling utama untuk memperoleh sijil. Penyerahan sijil kepada para peserta dibuat pada 24 Februari 2013 iaitu pada hari terakhir kursus. Hampir semua peserta mendapat sijil mereka pada tarikh tersebut.

description

Kahwin

Transcript of Laporan Kursus Pra Perkahwinan Islam

  • LAPORAN

    KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM

    Pada 23 dan 24 Februari 2013 telah berlangsung satu kursus perkahwinan Islam

    bertempat di Dewan Kuliah Utama Politeknik Ibrahim Sultan (PIS). Kursus selama dua hari

    ini yang melibatkan seramai 178 orang peserta adalah merupakan siri yang ke-3 diadakan di

    Politeknik Ibrahim Sultan. Pada kali ini kursus ini dianjurkan oleh Masjid Politeknik Ibrahim

    Sultan bersama Jabatan Agama Johor.

    Antara beberapa objektif kursus seumpama ini di adakan adalah seperti berikut:

    1. Memberi pendedahan kepada para pelajar PIS untuk memahami serta mendalami ilmu

    yang dipelajari di dalam kelas.

    2. Memberi peluang dan ruang kepada para pelajar dan staf Politeknik Ibrahim Sultan

    untuk menyertai & mengikuti kursus pra-perkahwinan di dalam kampus PIS.

    3. Sebagai pendedahan kepada para peserta berkenaan hal-hal sebelum dan semasa

    berumahtangga.

    Pendaftaran untuk kursus ini telah dibuka selama 2 minggu bermula dari 4 hingga 18

    Februari 2013 bertempat di masjid PIS dan Jabatan Pengajian Am bermula dari jam 10 pagi

    hingga 5 petang. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar dan kakitangan PIS. Namun

    begitu, penyertaan dari peserta luar juga amat dialu-alukan.

    Program ini telah dilaksanakan di Dewan Kuliah Utama, PIS. Pengisian Kursus Pra

    Perkahwinan ini adalah mengikut Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam

    (MBKPPI) yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Ia

    merangkumi beberapa siri ceramah yang telah ditetapkan dan diwajibkan kepada semua

    peserta mengikutinya sebagai syarat yang paling utama untuk memperoleh sijil.

    Penyerahan sijil kepada para peserta dibuat pada 24 Februari 2013 iaitu pada hari terakhir

    kursus. Hampir semua peserta mendapat sijil mereka pada tarikh tersebut.

  • Sesi ceramah telah ditetapkan sebanyak sembilan tajuk yang diisi oleh 6 orang

    penceramah daripada Jabatan Agama Johor. Antara pengisian kursus sepanjang dua hari

    tersebut adalah :

    Munakahat

    Prosedur Permohonan Untuk Berkahwin

    Komunikasi & Pengurusan Sumber

    Ibadah

    Pengurusan Kesihatan

    Aqidah

    Prosedur Mahkamah

    Pembubaran Perkahwinan

    Ibadah

    Semoga program-program seperti ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta yang

    terlibat dan mampu membentuk generasi Islam yang menjadi tunggak kepada keharmonian

    negara.

    "Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk

    berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan

    dan menjaga kehormatan diri"

    (riwayat Bukhari dan Muslim)

    Disediakan oleh,

    (MD YUSRI BIN JANI)

    Setiausaha

    Masjid Politeknik Ibrahim Sultan

  • Fail Program

    Peserta program mendengar taklimat

  • Sebahagian daripada peserta

    Penceramah kursus

  • Modul Kursus

    Modul Kursus

  • Peserta sedang diberi kursus

    Sebahagian daripada peserta lelaki