Laporan Lawatan Penanda Aras Big Fasa 5

download Laporan Lawatan Penanda Aras Big Fasa 5

of 4

Transcript of Laporan Lawatan Penanda Aras Big Fasa 5

  • 7/30/2019 Laporan Lawatan Penanda Aras Big Fasa 5

    1/4

    LAPORAN LAWATAN PENANDA ARAS BIG FASA 5

    Sebelum

    Mesyuarat kali pertama dimana melibatkan guru-guru pelatih PISMP Semester 5

    Ambilan Januari 2011 iaitu PISMP Matematik dan juga PISMP Bahasa Cina. Setiap

    ahli kelas telah berbincang dan pemilihan ahli jawatankuasa bagi Program BIG

    diadakan.

    Program BIG kali ini diketuai oleh Mohamad Hafizullah Amin Bin Mohd Zaid selaku

    pengerusi dan dibantu oleh Yeoh Lim Huey sebagai naib pengerusi. Berberapa ahli

    jawatankuasa ditubuhkan supaya dapat melancarkan lagi perjalanan program ini.

    Antara AJK yang ditubuhkan ialah AJK Buku Program, AJK Makanan, AJK Aktiviti,

    AJK Peralatan, AJK Pengangkutan, AJK Tugas-Tugas Khas dan AJK Dokumentasi

    Melalui perjumpaan tersebut, kami telah sepakat dan bersetuju untuk mengadakan

    Program BIG di Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah. Hal ini

    selaras dengan kehendak program BIG semester 5 iaitu melaksanakan aktiviti

    lawatan penanda aras ke sekolah rendah.

  • 7/30/2019 Laporan Lawatan Penanda Aras Big Fasa 5

    2/4

    Semasa

    Pada 11 Mac 2013, kesemua guru pelatih PISMP Matematik dan Bahasa Cina

    semester 5 telah berkumpul di hadapan Bangunan Gerko IPG Kampus Darulaman,

    Kedah jam 7.30 pagi. Sebuah bas telah disediakan sebagai pengangkutan kepada

    guru pelatih ke Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah di mana

    program BIG diadakan. Semua guru pelatih bertolak ke Sekolah Kebangsaan

    Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah pada jam 7.45 pagi.

    Guru pelatih sampai di Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah

    pada pukul 8.30 pagi. Setelah sampai ke sekolah, kami berkumpul di bilik

    mensyuarat sekolah itu. Kami telah disambut oleh Guru Besar serta guru-guru lain

    sekolah itu dan meraka amat mengalu-alukan kedatangan kami sempena program

    BIG kali ini

    .

    Seterusnya, kami diberikan taklimat dari guru kanan sekolah tersebut. Didalam

    taklimat itu, kami diberi penerangan tentang pengurusan sistematik disekolah itu,

    visi, dan misi sekolah. Dalam taklimat itu juga, kami turut diterangkan tentang iklim

    dan budaya sekolah tersebut. Selesai taklimat tersebut, kami di bawa melawat

    sekitar sekolah untuk melihat kemudahan yang terdapat pada sekolah tersebut

    seperti makmal sains, bilik muzik, bilik guru, perpustakaan dan lain-lain lagi.

    Selesai lawatan tersebut, kami masuk semula ke dalam dewan mesyuarat untuk

    persediaan majlis penutup pada jam 12.00 tengah hari. Majlis Penutup tersebut telah

    disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma,

    Alor Setar, Kedah. Selesai Majlis Penutup, kami bergerak ke kafe untuk menikmati

    jamuan makan tengah hari.

    Tepat pukul 2.00 petang, kami pulang ke IPG Kampus Darulaman dengan menaiki

    bas dan sampai pada pukul 2.30 petang. Segala aktiviti yang dirancang berjalan

    dengan lancar sekali pada hari tersebut.

  • 7/30/2019 Laporan Lawatan Penanda Aras Big Fasa 5

    3/4

  • 7/30/2019 Laporan Lawatan Penanda Aras Big Fasa 5

    4/4

    Selepas

    Setelah program dijalankan, penyediaan laporan biro dilaksanakan bagi

    menyempurnakan program BIG untuk diserahkan kepada Unit Kokurikulum.

    Sebelum menyediakan laporan, semua pelajar yang terlibat dengan BIG kali ini

    membuat post-mortem ringkas untuk tujuan penambahbaikan dan cadangan yang

    boleh dikemukakan untuk tujuan kebaikan masa depan. Semua pelajar berpuas hati

    dengan program BIG kali ini dan merasakan program ini begitu bermanfaat dan

    berguna sebagai bekalah pengalaman dan ilmu ketika berada di sekolah kelak.