Laporan Pembentangan Vitamin

download Laporan Pembentangan Vitamin

of 11

description

asgment

Transcript of Laporan Pembentangan Vitamin

SEM1093 PEMAKANAN

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISFAKULTI SENI DAN MUZIKSEM1093 PEMAKANANTAJUK : LAPORAN PEMBENTANGAN VITAMIN D, ASID PANTOTHENIC DAN VITAMIN B6NAMA PENSYARAH : PUAN NORLIYANA BINTI ARISDISEDIAKAN OLEH : KUMPULAN 2 AT07 EKONOMI RUMAH TANGGATARIKH HANTAR : 27 OGOS 2009AHLI-AHLI KUMPULAN 2NAMANO. MATRIK

YUSFAZILAH BINTI YUSSOFD20091034530

ROSLINA BINTI ABDUL HAMIDD20091034521

NUR KHAIRUNNISA BINTI SANUSID20091034531

WAN SITI NORAIDA BINTI WAN MD YUNUSD20091034532

FARIDAH BINTI JAAFARD20091034518

NURAIN BINTI ABU BAKARD20091034520

CHRISTINA DIANA DARLEEN D20091034516

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT1.0PENGENALAN12.0VITAMIN D2.1Sumber Vitamin D22.2Fungsi Vitamin D dalam Badan Manusia22.3Kesan Akibat Kekurangan Pengambilan Vitamin D2-32.4Kesan Akibat Pengambilan Vitamin D Secara Berlebihan33.0ASID PANTOTHENIC3.1Sumber Asid Pantothenic43.2Fungsi Asid Pantothenic dalam Badan Manusia43.3Kesan Akibat Kekurangan Pengambilan Asid Pantothenic53.4Kesan Akibat Pengambilan Asid Pantothenic Secara Berlebihan54.0VITAMIN B64.1Sumber Vitamin B654.2Fungsi Vitamin B6 dalam Badan Manusia64.3Kesan Akibat Kekurangan Pengambilan Vitamin B664.4Kesan Pengambilan Vitamin B6 Secara Berlebihan75.0KESIMPULAN86.0RUJUKAN91.0 PENGENALANPerkataan vitamin telah dicadangkan oleh seorang pakar biokimia yang berasal dari Poland pada tahun 1912. Vita di dalam bahasa Latin bemaksud kehidupan dan mine -amine adalah kata tambahan dari amine. Vitamin merupakan bahan organik yang sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia dengan jumlah kecil. Vitamin berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat, dan lemak dalam badan anda. Sesetengah vitamin dapat membantu tubuh badan menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Hal ini kerana, tubuh badan kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien. Tubuh badan manusia memerlukan vitamin D, asid pantothenic dan vitamin B6. Ketiga-tiga jenis vitamin ini mempunyai fungsi dan peranan yang tersendiri. Pengambilannya secara berlebihan mahupun secara berkurangan akan menyebabkan pelbagai jenis penyakit atau simptom dalam badan. Vitamin D dikenali sebagai kalsiferol untuk penyerapan kalsium dari makanan serta untuk penggunaan kalsium dan fosfor. Asid pantothenic tergolong dalam vitamin B5 yang dapat membantu dalam penggunaan vitamin dan menukar lemak, karbohidrat serta protein untuk mendapatkan tenaga. Asid pantothenic diperlukan dalam pengeluaran hormon adrenal dan pembentukan antibodi seseorang. Vitamin B6 pula dikenali sebagai mikronutrien yang merupakan bahan organik yang diperlukan dalam jumlah yang kecil oleh badan.

2.0 VITAMIN D2.1 Sumber Vitamin DAntara sumber-sumber vitamin D adalah daripada minyak ikan, susu, kuning telur, tuna, minyak sayuran, ubi kentang, sardin dan daging lembu. Kulit manusia mengandungi satu bahan yang digelar ergosterol dan apabila didedahkan kepada cahaya matahari, ia akan bertukar menjadi vitamin D. Oleh itu, badan manusia tidaklah bergantung sepenuhnya kepada pengambilan vitamin D dalam makanan sekiranya seseorang itu mendapat pancaran sinaran cahaya matahari yang cukup.2.2 Fungsi Vitamin D dalam Badan ManusiaVitamin D berfungsi dalam meningkatkan paras sitrat, iaitu garam asid sitrik dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dan usus. Selain itu, vitamin D juga berfungsi untuk pembentukan dan enapan garam mineral pada tulang dan gigi. Vitamin D juga dapat membantu dalam tumbesaran tubuh badan.2.3 Kesan Akibat Kekurangan Pengambilan Vitamin DPengambilan vitamin D yang secukupnya dalam pemakanan seharian adalah amat penting. Kekurangan pengambilan vitamin D boleh mendatangkan impak-impak yang buruk terhadap kesihatan manusia. Antara kesan kekurangan vitamin D ialah boleh menyebabkan gigi menjadi reput, pembentukan gigi yang kurang kuat dan pembesaran normal tulang akan terhalang. Dalam keadaan yang lebih serius, ia akan menganggu tumbesaran tulang dan sifat sokongannya yang akan mengakibatkan berlakunya sakit tulang yang biasanya terdapat dalam kalangan bayi dan kanak-kanak kecil dan juga osteomalacia, iaitu sejenis sakit tulang yang terjadi pada orang dewasa. Selain itu, metabolisme kalsium dan fosforus akan terganggu apabila enapan garam bukan organik, iaitu kalsium fosfat yang bertanggungjawab terhadap kekuatan dan ketegapan tulang tidak boleh berjalan seperti biasa. Tanda-tanda penyakit ini ialah tulang menjadi lembut dan akan membentuk huruf O dan X apabila terpaksa menyokong berat badan. Otak juga akan mengalami kekejangan.2.4 Kesan Akibat Pengambilan Vitamin D Secara BerlebihanPengumpulan vitamin D yang berlebihan dalam badan akan mengakibatkan berlakunya hipervitaminosis D. Vitamin D yang berlebihan tidak dapat disingkirkan melalui air kencing tetapi akan tersimpan di dalam badan dan kadangkala akan sampai ke peringkat beracun. Tanda-tandanya termasuklah rasa lemah dan letih, hilang selera makan, rasa mual dan muntah-muntah. Tumbesaran bayi dan kanak-kanak juga mungkin akan terbantut. Selain itu, seseorang akan mengalami sakit kepala, dahaga yang berlebihan dan mempunyai sifat cepat marah dan lesu. Vitamin D yang berlebihan juga menyebabkan otot-otot menjadi lemah dan juga mengalami sakit sendi.

3.0 ASID PANTOTHENIC 3.1 Sumber Asid Pantothenic dalam Badan Manusia Asid Panthothenic dikenali juga sebagai vitamin B5. Asid Pantothenic boleh perolehi daripada buah tomato, buah strawberi serta terdapat dengan banyaknya dalam tisu-tisu haiwan dan bijirin. Antara sumber-sumber lain asid pantothenic adalah daripada daging, susu, sayur hijau, hati, kacang hijau, kulat dan gandum.3.2 Fungsi Asid Pantothenic dalam Badan ManusiaAsid pantothenic berfungsi memulihara kesihatan dan rambut. Di samping itu, asid pantothenic juga berperanan dalam membina tenaga dari lemak dan karbohidrat yang tersedia untuk produksi bahan keperluan dalam tubuh badan manusia termasuk horman steroid. Selain itu, asid pantothenic juga dapat mengubah makanan kepada bentuk molekul. Asid pantothenic diperlukan untuk hormon adrenal dan bahan kimia yang mengatur fungsi sistem saraf.. Asid ini juga, dapat mencegah rasa-rasa kebas tangan dan dapat melepaskan tenaga dari makan. Selain itu, jagung juga mengandungi asid pantothenic sangat berguna untuk tubuh badan manusia kerana mampu mengubah karbohidrat yang kompleks menjadi glukosa dan membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Selain itu, asid pantothenic mampu merangsang mimpi yang agak jelas jika diambil sebelum tidur dan mungkin dapat mengingatinya kembali. Asid pantothenic membentuk pelbagai jenis hormone adrenal yang memberikan keupayaan kepada manusia untuk bertindakbalas serta menyesuaikan diri semasa menghadapi stress atau tekanan. Oleh itu, asid pantothenic sangat penting dan perlu untuk tubuh badan manusia.

3.3 Kesan Akibat Kekurangan Pengambilan Asid Pantothenic Asid pantohenic sekiranya diambil berkurangan akan menyebabkan keletihan dan tubuh badan manusia akan lemah. Selain itu, akan menyebabkan sakit kepala berlaku, rasa loya dan muntah. Sekiranya kurang mengambil asid pantothenic juga akan lemah daya tahan kepada jangkitan saluran penafasan. Kulit juga akan pecah-pecah dan bersisik, akan berlaku juga kejang otot dan sakit abdomen.3.3 Kesan Akibat Pengambilan Asid Pantothenic Secara BerlebihanPengambilan asid pantothenic secara berlebihan boleh menyebabkan pelbagai implikasi namun tiada kesan kelebihan dos yang diketahui tetapi memberikan kesan pada mana-mana vitamin B yang boleh menyebabkan kekurangan pada vitamin yang lain.4.0 VITAMIN B6

4.1 Sumber Vitamin B6Vitamin B6 boleh didapati di dalam pelbagai jenis makanan. Makanan yang memberi sumbangan paling besar bagi vitamin B6 ialah bijirin. Vitamin B6 juga boleh diperoleh daripada kekacang, daging, ayam, ikan, hati, hasil tenusu, buah-buahan seperti pisang dan anggur serta sayur-sayuran yang berdaun hijau dan kuning telur. Walau bagaimanapun, sedikit vitamin B6 akan hilang apabila terkena haba atau dimasak.

4.2 Fungsi Vitamin B6 dalam Badan ManusiaVitamin B6 mempunyai beberapa fungsi untuk mengekalkan kesihatan fizikal dan mental manusia. Vitamin B6 penting kerana vitamin ini lebih banyak terlibat dalam fungsi badan berbanding dengan kebanyakan nutrien lain. Vitamin B6 diperlukan untuk proses penguraian dan pembinaan serta penggunaan protein, karbohidrat dan lemak daripada makanan untuk pelepasan karbohidrat yang tersimpan bagi penghasilan tenaga. Pembentukan sel darah merah juga memerlukan vitamin B6. Sistem saraf memerlukan vitamin B6 untuk berfungsi dengan baik dan juga diperlukan untuk penukaran asid amino dan niasin. Piridoksin juga membantu mengimbangi tahap sodium dan potassium dalam badan manusia. Vitamin B6 diperlukan untuk mengaktifkan banyak enzim dan membantu dalam penyerapan vitamin B12 dalam sistem imunisasi dalam penghasilan antibodi.4.3 Kesan Akibat Kekurangan Pengambilan Vitamin B6Kekurangan vitamin B6 akan menyebabkan anemia kerana tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi. Individu yang mempunyai kadar vitamin B6 yang rendah menunjukkan gejala seperti lemah, lekas marah dan insomnia. Kekurangan vitamin B6 juga menyebabkan seseorang itu mengalami tekanan mental kerana sistem saraf dan otak tidak dapat berfungsi dengan normal, batu karang dan kerosakan saraf. Gejala lain yang dialami individu yang kekurangan vitamin B6 ialah seperti sakit kepala, rasa kebas dan kelemahan otot dan menyebabkan ketidakupayaan untuk berjalan serta penyakit kulit seperti pecah-pecah.

4.4 Kesan Pengambilan Vitamin B6 Secara BerlebihanPengambilan vitamin B6 yang berlebihan akan menyebabkan kerosakan saraf yang kadang-kadang tidak dapat diubati.Hal ini akan dimulai dengan rasa kebas pada kaki seterusnya rasa kebas pada tangan dan mulut.Kemudian gejala dos yang berlebihan adalah kesukaran untuk berjalan,kelelahan, dan sakit kepala.

5.0 KESIMPULANKesimpulannya, pengambilan vitamin D, asid pantothenic dan vitamin B6 sangat penting untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat. Vitamin boleh didapati sama ada dalam bentuk makanan atau suplemen iaitu makanan tambahan seperti vitamin yang lain. Secara keseluruhannya, vitamin adalah amat penting dalam kehidupan seharian kerana dapat menghindari pelbagai jenis penyakit. Walaubagaimanapun, pengambilan vitamin mempunyai kawalan hadnya tersendiri. Hal ini kerana, pengambilan vitamin sama ada secara berlebihan atau secara berkurangan mampu memberi pelbagai kemudaratan dan impak terhadap tubuh badan. Oleh yang demikian, pengambilannya haruslah berdasarkan panduan dan nasihat daripada Doktor atau Pakar Pemakanan anda agar kesihatan tubuh badan tidak terganggu. Oleh itu, rujuklah Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia 2005 (Recommended Nutrient Intakes for Malaysia 2005) yang telah ditetapkan.

6.0 RUJUKANSumber yang Diperolehi pada 25 ogos 2009 http://ms.wikipedia.org/wiki/vitamin.Sumber yang Diperolehi pada 25 ogas 2009 http://organisasi.org/pengertiandan-definisi-vitamin-fungsi-sumber-akibat-kekurangan-jenis-vitamin.

1 KUMPULAN 2