Laporan Pertandingan Akhir Sugandoi

3
Laporan Pertandingan Akhir Nyanyian Sugandoi Tarikh : 6/8/2015 Masa : 2.00-3.30 petang Tempat : Dewan Utama,IPG Kampus Gaya Sebanyak 7 orang peserta telah bertanding dan masuk ke peringkat akhir Pertandingan Nyanyian Sugandoi yang diadakan pada 6/8/2015 pukul 2.00 petang di Dewan Utama, IPG Kampus Gaya. Semua peserta telah berada di dewan sebelum pertandingan bermula. Ahli Jawatankuasa juga memainkan peranan masing- masing untuk menjayakan pertandingan ini. Juri-juri terdiri daripada Encik Ladius Emor, Puan Mery Yatie Abd Rahim dan Encik Ong Wei Ann yang berpengalaman luas dalam pertandingan nyanyian. 7 orang peserta telah menunjukkan persembahan nyanyian dengan bersungguh-sungguh. Encik Ladius sebagai ketua juri mengucapkan tahniah kepada semua peserta kerana berjaya menghiburkan suasana pertandingan ini dan memberi cadangan penambahbaikan semasa menyanyi. Semasa menunggu keputusan, Encik Julin mempersembahkan satu lagu sugandoi yang cukup menarik. Keputusan Pertandingan Akhir Nyanyian Sugandoi disampaikan oleh pengerusi majlis. Berikut merupakan peserta-peserta yang mendapat tempat: Tempat Pertama : Chelsia Gokusing Tempat Kedua : Lawrencia Mackriss

description

laporan

Transcript of Laporan Pertandingan Akhir Sugandoi

Page 1: Laporan Pertandingan Akhir Sugandoi

Laporan Pertandingan Akhir Nyanyian Sugandoi

Tarikh : 6/8/2015

Masa : 2.00-3.30 petang

Tempat : Dewan Utama,IPG Kampus Gaya

Sebanyak 7 orang peserta telah bertanding dan masuk ke peringkat akhir

Pertandingan Nyanyian Sugandoi yang diadakan pada 6/8/2015 pukul 2.00 petang

di Dewan Utama, IPG Kampus Gaya.

Semua peserta telah berada di dewan sebelum pertandingan bermula. Ahli

Jawatankuasa juga memainkan peranan masing-masing untuk menjayakan

pertandingan ini. Juri-juri terdiri daripada Encik Ladius Emor, Puan Mery Yatie Abd

Rahim dan Encik Ong Wei Ann yang berpengalaman luas dalam pertandingan

nyanyian.

7 orang peserta telah menunjukkan persembahan nyanyian dengan

bersungguh-sungguh. Encik Ladius sebagai ketua juri mengucapkan tahniah kepada

semua peserta kerana berjaya menghiburkan suasana pertandingan ini dan

memberi cadangan penambahbaikan semasa menyanyi.

Semasa menunggu keputusan, Encik Julin mempersembahkan satu lagu

sugandoi yang cukup menarik. Keputusan Pertandingan Akhir Nyanyian Sugandoi

disampaikan oleh pengerusi majlis. Berikut merupakan peserta-peserta yang

mendapat tempat:

Tempat Pertama : Chelsia Gokusing

Tempat Kedua : Lawrencia Mackriss

Tempat Ketiga : Edward Bong Jin Liang

Pemenang dijemput naik ke pentas untuk mendapat hadiah daripada

Timbalan Pengarah, Puan Lee Yoke Yee. Selepas itu, semua pemenang, juri-juri

dan ahli jawatankuasa mengambil gambar keseluruhan bagi Pertandingan Akhir

Nyanyian Sugandoi.

Page 2: Laporan Pertandingan Akhir Sugandoi

Salah satu peserta Lawrencia menyanyi lagu sugandoi dengan bersungguh-

sungguh

Salah satu pemenang Edward menerima hadiah tempat ketiga daripada Puan

Lee Yoke Yee

Page 3: Laporan Pertandingan Akhir Sugandoi

Gambar keseluruhan pemenang,juri-juri dan ahli jawatankuasa