laporan praktikal

47
BAB 1 LATAR BELAKANG ORGANISASI Latihan industri merupakan satu komponen utama dalam membolehkan pelajar menimba pengalaman secara praktikal dalam alam pekerjaan sebelum mereka menamatkan pelajaran. Bagi menilai prestasi pelajar dalam latihan industri yang dilakukan, laporan latihan industri perlu disediakan. Oleh itu, laporan ini disediakan adalah bertujuan untuk rujukan kepada pensyarah yang akan menilai aktiviti yang saya jalankan sepanjang berpraktikal di PERKESO Kuantan, Pahang yang dijalankan selama lapan minggu untuk sesi latihan industri yang pertama. PERKESO merupakan salah sebuah badan berkanun yang berperanan menjalankan aktiviti pencegahan kemalangan melalui program peningkatan kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam kalangan majikan dan pekerja. Selain itu, PERKESO juga menyediakan perlindungan keselamatan sosial melalui skim bencana pekerjaan dan skim keilatan untuk pekerja dan tanggungannya. PERKESO Kuantan mempunyai empat unit iaitu pentadbiran, penguatkuasaan, kewangan, dan faedah. Peluang 1

description

latihan industri

Transcript of laporan praktikal

BAB 1 LATAR BELAKANG ORGANISASI

Latihan industri merupakan satu komponen utama dalam membolehkan pelajar menimba pengalaman secara praktikal dalam alam pekerjaan sebelum mereka menamatkan pelajaran. Bagi menilai prestasi pelajar dalam latihan industri yang dilakukan, laporan latihan industri perlu disediakan. Oleh itu, laporan ini disediakan adalah bertujuan untuk rujukan kepada pensyarah yang akan menilai aktiviti yang saya jalankan sepanjang berpraktikal di PERKESO Kuantan, Pahang yang dijalankan selama lapan minggu untuk sesi latihan industri yang pertama. PERKESO merupakan salah sebuah badan berkanun yang berperanan menjalankan aktiviti pencegahan kemalangan melalui program peningkatan kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam kalangan majikan dan pekerja. Selain itu, PERKESO juga menyediakan perlindungan keselamatan sosial melalui skim bencana pekerjaan dan skim keilatan untuk pekerja dan tanggungannya. PERKESO Kuantan mempunyai empat unit iaitu pentadbiran, penguatkuasaan, kewangan, dan faedah. Peluang latihan yang terdapat di PERKESO Kuantan adalah terbuka kepada belia-belia lepasan sekolah dan graduan dari Institusi Latihan Kemahiran bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka. Oleh itu, bab ini akan menerangkan tentang latar belakang organisasi PERKESO seperti latar belakang penubuhan, struktur organisasi, deskripsi bahagian dalam organisasi dan halatuju organisasi.

1.1 Latar Belakang Penubuhan OrganisasiPertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) merupakan sebuah Institusi Keselamatan Sosial yang ditubuhkan sejak 1 Januari 1971 di bawah Kementerian Buruh Dan Tenaga Rakyat. Peranan utama penubuhannya adalah mentadbir, melaksana dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 Dan Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971. Penubuhan PERKESO adalah cetusan idea Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia Kedua bagi menyediakan perlindungan keselamatan sosial melalui pelaksanaan Skim Bencana Pekerjaan Dan Skim Keilatan, serta perlindungan pekerja daripada kejadian luar jangka termasuklah kemalangan, penyakit khidmat dan kematian. PERKESO juga berperanan menjalankan aktiviti pencegahan kemalangan melalui program peningkatan kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam kalangan majikan dan pekerja.Pada 1 Julai 1985, PERKESO telah berubah statusnya kepada sebuah badan berkanun. Mulai 1 Januari 1992, PERKESO telah melaksanakan sistem saraannya sendiri iaitu sistem saraan baru PERKESO. Pada masa ini, PERKESO beroperasi di 47 pejabat di seluruh negari termasuk ibu pejabatnya di Kuala Lumpur. Sejarah pembangunan PERKESO adalah sinonim dengan pencapaian negara dan kesinambungannya pula sejajar dengan kehendak pelanggan. Dengan peraturan dan perancangan yang teratur dan kemas, PERKESO kini melangkah seiring dengan wawasan negara dimana pertubuhan ini menyedia dan memperluaskan jaringan keselamatan sosial pekerja dan perkhidmatan yang komprehensif. Dalam mengharungi cabaran yang mendatang dan kekal relevan sebagai peneraju keselamatan sosial di negara ini, PERKESO akan terus melestarikan modal insan dan bersedia untuk berubah selari dengan peredaran masa bagi menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja. Terdapat tiga pejabat PERKESO di negeri Pahang iaitu terletak di Kuantan, Temerloh dan Bentong. 1.2 Carta Organisasi Perkeso Negeri PahangCARTA ORGANISASI PEJABAT PERKESO NEGERI PAHANG

PEJABAT PERKESO NEGERI PAHANG- TEMERLOH BENTONGPENGARAH PERKESO NEGERI PAHANGMOHD SHAHAR BIN ISMAIL

TIMBALAN PENGARAH PERKESO NEGERI PAHANGFARIHAH BT CHE HUSIN

UNIT KEWANGAN KETUA PEG. PERAKAUNAN &AUDITARIFFIN BIN SHUKORUNIT PENGUATKUASAANPENOLONG TIMBALAN PENGARAH/ KETUA UNITMOHD ROSLAN BIN MOHD ALIUNIT FAEDAHPENGURUS CAWANGAN FAEDAHCHE ZAINI BT ZAINAL ABIDINUNIT PENTADBIRANKETUA EKSEKUTIF KANANMUSTAPA BIN AB RAHMAN

PEG. KERANI KANANHAJAR AZIAN BT DAHLAN

KETUA UNIT KOMPAUN DAN PENDAKWAANMOHAMAD YASIN BIN PAK PIT

PEG. PENCEGAHAN KEMALANGANMUHD YUSRAN HAMIDPENYIMPAN AKAUNMOHD ZURI BIN DRAMAN

PEG. KERANI KHIDMAT PELANGGANFAIZAH BT TAHIRPEG. KERANI KEWANGANZAWIYAH BT ABDUL GHANIPEG. PENYIASATNUR KHAIRUNNISA RAZALIFAIRO ANIZAM B. IBRAHIMROSNIZAM B. MUSTAFFA

PEG. PEMERIKSAANAMARUDDIN B MUHD KHALDIW. AZIAH BT W. ABDULLAHMOHD JONAIDI B. MD JUSOHROHASLINDA BT AB GHANII

PENTADBIR KERANINOOR KHAZIMAH BT OMAR

KERANI AM

1.3 Deskripsi Bahagian Dalam Organisasi

Bahagian khidmat pengurusan PERKESO Kuantan, Pahang terdiri daripada 4 unit iaitu :

1. Unit PentadbiranUnit Pentadbiran diketuai oleh Encik Mustapa Bin Ab. Rahman merangkap ketua penyelia bagi pelajar praktikal di PERKESO Kuantan. Unit ini berperanan dalam perlaksanaan pengurusan hal kebajikan dan pentadbiran am syarikat seperti pengurusan dokumen, penerimaan dan penghantaran surat, bahagian khidmat pelanggan di mana menerima panggilan telefon untuk semua jabatan, penyediaan keperluan am syarikat seperti alat tulis, sumber IT dan sebagainya. Walaupun jabatan ini tidak sesibuk jabatan lain tetapi jabatan ini memegang peranan penting memandangkan setiap urusan rasmi dan keperluan syarikat akan diuruskan oleh jabatan ini. Jabatan ini juga berperanan untuk menyediakan laporan tahunan syarikat, menguruskan pemberian gaji serta memantau kehadiran pekerja.2. Unit KewanganUnit ini diketua oleh Encik Ariffin Bin Shukor yang juga memegang jawatan sebagai ketua audit dan perakaunan firma. Jabatan ini tertumpu kepada pengurusan di kaunter pembayaran di mana pembayaran perlindungan pekerja dilakukan oleh majikan atau wang kiriman pos. Selain itu, unit kewangan juga bertanggungjawab menguruskan pembayaran pampasan melalui pengeluaran cek kepada pencarum iaitu pekerja yang layak menerusi Skim Bencana Pekerjaan atau Skim Keilatan. Unit ini merupakan unit yang paling sibuk memandang pengurusan utama syarikat melibatkan kewangan yang dilakukan oleh majikan dan pekerja.3. Unit PenguatkuasaanSeterusnya, Unit Penguatkuasaan pula diketuai Oleh Encik Mohd Roslan Bin Mohd Ali yang juga memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah PERKESO Kuantan Kedua. Unit ini berperanan memantau status pembayaran majikan yang mencarum di perkeso sama ada pembayaran tertunggak ataupun tidak. Penyiasatan dan pemantauan ke firma yang gagal membayar caruman akan dilakukan sebelum tindakan lanjut dibuat oleh pihak PERKESO. Peringatan yang tegas akan diberikan kepada majikan yang gagal membayar dan sekiranya kegagalan untuk membayar masih berterusan tanpa sebab yang kukuh, majikan mungkin akan dikenankan tindakan tatatertib dan didakwa di mahkamah. Tindakan ini juga akan dilakukan kepada majikan yang gagal melaporkan kemalangan terhadap pekerja yang mencarum. Oleh itu, unit ini boleh dikatakan berperanan memastikan aktiviti firma iaitu berlandaskan pembayaran dan tuntutan majikan berjalan dengan lancar.4. Unit Faedah

Unit ini pula diketuai oleh Puan Che Zaini Binti Zainal Abidin. Unit ini bertanggungjawab dalam menerima sebarang laporan kemalangan atau kecelakaan yang berlaku ke atas pekerja yang dilaporkan oleh majikan yang mencarum yang melibatkan kemalangan semasa bekerja, kemalangan jalan raya atau penyakit ketika berkhidmat. Unit ini akan memfailkan laporan tersebut dan melakukan pemeriksaan kesahihan laporan sebelum tindakan lanjut seperti penetapan amaun pampasan yang harus diberikan kepada mangsa kemalangan tersebut diputuskan. Setelah setiap kesahihan laporan dan jumlah pampasan yang layak diterima oleh pencarum yang ditimpa kecelakaan ditetapkan, maka laporan tersebut akan dihantar pula kepada unit kewangan bagi pengurusan cek pampasan untuk penerima pampasan caruman tersebut.

Secara keseluruhannya, proses kerja dan aktiviti utama yang dijalankan di PERKESO ialah seperti berikut;

aktiviti mengurus bagi pendaftaran baru majikan dan pekerja aktiviti pembayaran caruman perkeso menggunakan cek aktiviti penambahbaikan dan peluasan skop liputan faedah aktiviti skim perlindungan keselamatan sosial aktiviti urusan permohonan bagi kes penakat, ilat dan penyakit khidmat aktiviti pencegahan kemalangan aktiviti tuntutan kepada majikan aktiviti menjalankan soal selidik (menyiasat kes yang melibatkan orang berinsurans atau majikan) aktiviti dalam membuat laporan tahunan aktiviti pengurusan pembangunan kakitangan aktiviti audit dalaman

1.4 Halatuju Organisasi

1.4.1 Visi

Peneraju keselamatan sosial yang unggul dan cemerlang menjelang tahun 2020.

1.4.2 Misi

Memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungan mereka menerusi skim-skim keselamatan sosial serta meningkatkan kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan demi meningkatkan kesejahteraan sosial pekerja.

1.4.3 Objektif

Untuk menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada semua pekerja dan tanggungan mereka menerusi skim-skim keselamatan sosial berasaskan konsep masyarakat penyayang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara dan Wawasan 2020.

BAB 2 AKTIVITI DAN PEMBELAJARAN SEMASA LATIHAN INDUSTRI

2.1 Ringkasan Aktiviti Mengikut Unit Organisasi

Memandangkan organisasi PERKESO terbahagi kepada empat unit organisasi iaitu pentadbiran, kewangan, penguatkuasaan dan faedah, maka setiap pelatih yang hadir berparaktikal di firma tersebut akan ditempatkan di setiap bahagian unit organisasi tersebut secara bergilir-gilir mengikut tempoh latihan industri. Tempoh latihan industri yang saya jalankan adalah selama lapan minggu. Oleh itu, saya telah ditempatkan di setiap unit organisasi selama dua minggu. Berikut adalah ringkasan kerja sepanjang latihan industri mengikut unit organisasi.

2.1.1 Unit Kewangan (Minggu 1 & 2)

Saya ditempatkan di Unit Kewangan pada minggu pertama dan kedua (3 Julai 2014 11 Julai 2014) iaitu selama dua minggu. Pada minggu pertama dan kedua ini, merupakan tempoh di mana saya perlu bersua kenal dengan semua staf PERKESO dan diberi tunjuk ajar dalam melakukan kerja-kerja asas yang perlu diketahui semasa berada dalam pejabat seperti memfotostat, cara memposkan surat, menfakskan surat, menyusun fail dan menjaga kaunter pertanyaan di unit kewangan. Selain itu, saya juga diajar cara untuk menyemak data pembayaran bulanan majikan menggunakan sistem perkeso iaitu sistem q-term. Sistem ini merupakan sistem utama firma ini di mana setiap data dan maklumat setiap pencarum akan disimpan di dalamnya. Saya juga diajar cara menulis memo tentang pembetulan maklumat majikan ke ibu pejabat PERKESO di Kuala Lumpur dan surat makluman pembayaran tertunggak kepada majikan.

Memandangkan pada bulan saya berpraktikal ini adalah bulan Ramadhan, maka saya juga diminta untuk membantu menghias sudut kaunter PERKESO dan bahagian unit lain dengan perhiasan sambutan Ramadhan. Sepanjang minggu ini juga, saya ditugaskan untuk membuat video dan membantu dalam persiapan majlis perpisahan kepada salah satu staf PERKESO yang akan berpindah ke Kelantan. Sepanjang dua minggu di unit ini, saya juga telah memahami sedikit sebanyak tentang peranan dan aktiviti yang dilaksanakan oleh firma perkeso ini.

2.1.2 Unit Faedah (Minggu 3 & 4)

Pada minggu ketiga dan keempat ( 14 Julai 2014 25 Julai 2014), saya telah ditukarkan ke Unit Faedah. Pada minggu ketiga, saya telah menyertai sambutan majlis perpisahan untuk staf PERKESO dan telah menjadi jurugambar dan menyediakan teks ucapan untuk pengerusi majlis. Majlis perpisahan itu dilakukan bersama-sama majlis sambutan berbuka puasa di Dewan Kompleks Mahkota, Kuantan. Di unit ini, saya diajar tentang cara merekod maklumat tuntutan Faedah Hilang Upaya Sementara (HUS) ke dalam buku rekod dan komputer. Saya juga ditugaskan untuk menguruskan dokumen yang berkaitan dengan tuntutan faedah seperti menyemak dokumen ilat, mengemaskini tuntutan Hilang Upaya Kekal (HUK), dan membuat surat perlantikan jemaah doktor khas yang dilantik untuk menjadi doktor yang membantu memberi rawatan dan maklumat kecelakaan atau kemalangan yang dialami oleh pekerja.

Saya juga berkesempatan mengikuti salah satu anggota perkeso untuk membuat pantauan dan pemeriksaan ke rumah pencarum yang menuntut faedah kemalangan. Pemantauan ini dibuat bagi mengetahui keadaan pencarum yang mengalami kemalangan tersebut yang membolehkan keputusan jumlah pampasan yang wajar diterima oleh pencarum tersebut diputuskan jumlahnya. Sepanjang berada di bawah unit ini, saya mempelajari tentang kaedah tuntutan faedah oleh pencarum dan prosedur yang perlu dilakukan bagi membolehkan faedah itu layak diterima atau tidak oleh pencarum tersebut.

2.1.3 Unit Penguatkuasaan ( Minggu 5 & 6 )

Saya ditempatkan pula di Unit Penguatkuasaaan pada minggu kelima dan keenam ( 28 Julai 2014 8 Ogos 2014). Di unit ini, saya ditugaskan untuk mendaftar kemasukan pekerja baru (pencarum baru) ke dalam sistem maklumat syarikat. Saya juga diminta untuk menjaga kaunter bagi menyerahkan sebarang dokumen pengesahan projek yang telah disahkan oleh pegawai. Tugas lain yang saya lakukan ialah merekod dokumen pengesahan projek yang belum disahkan dan yang telah disahkan serta menyemak pembayaran caruman majikan. Sebarang pembayaran yang tertunggak di bawah dua tahun akan dimaklumkan melalui panggilan supaya segera membayar caruman dan lawatan ke firma akan dilakukan bagi firma yang tertunggak pembayarannya dalam tempoh yang lama iaitu lebih kurang dua tahun ke atas.

Saya juga diberi peluang untuk mengikut pegawai pergi untuk membuat pemeriksaan di firma pembuatan kayu yang gagal membayar carumannya selama beberapa tahun. Saya disuruh untuk memeriksa slip gaji bulanan firma tersebut sama ada jumlah gaji tersebut ditolak dengan jumlah caruman atau tidak. Sepanjang berada di unit ini, saya mempelajari tentang prosedur perlaksanaan projek di mana kelulusan perlu diperolehi terlebih dahulu bagi projek yang melibatkan risiko kemalangan yang tinggi. Malah, saya juga mempelajari tentang tindakan yang akan diambil sekiranya majikan gagal membayar caruman.2.1.4 Unit Pentadbiran ( Minggu 7 & 8 )

Saya ditempatkan di unit pentadbiran pada minggu-minggu terakhir iaitu minggu ketujuh dan kelapan (11 Ogos 2014 22 Ogos 2014). Memandangkan bulan tersebut merupakan bulan sambutan raya aidilfitri, maka unit pentadbiran sibuk dengan persiapan sambutan terbuka raya aidilfitri perkeso yang melibatkan jemputan tetamu luar khususnya daripada Jabatan PERKESO Negeri Pahang yang lain iaitu PEKERSO Temerloh dan Bentong. Dalam sambutan ini, saya telah ditugaskan untuk menjadi pengerusi majlis, merakam video raya untuk semua staf PERKESO, dan menghias dewan di mana sambutan tersebut akan dilakukan. Setelah selesai majlis tersebut, saya diajar cara untuk menyemak lebihan waktu pekerja (overtime) dan menguruskan penghantaran surat-surat rasmi kepada majikan.

Saya kemudiannya diberi tanggungjawab untuk membantu mengendalikan majlis sambutan Hari Keselamatan Dan Kesihatan Sedunia (OSH Day) yang selalu diadakan oleh PERKESO pada setiap tahun. Saya dilantik sebagai pembantu pengurusan majlis tersebut. Tugas yang dipertanggunjawabkan ialah memastikan kelancaran majlis terutama dari segi sistem audio, penyediaan teks pengerusi majlis, aturcara majlis, dan perhiasan dewan. Saya juga bertanggunjawab menyediakan video gimik dan video berkenaan dengan sambutan OSH Day tersebut. Secara keseluruhan, saya mempelajari tentang cara menguruskan aktiviti dan peranan unit pentadbiran dalam memastikan kelancaran pentadbiran organisasi PERKESO ketika berada di bawah unit ini.

2.2 Program Yang Dilakukan

Mengikut penjelasan minggua di atas, terdapat beberapa aktiviti penting yang saya lakukan. Antaranya adalah seperti berikut;

2.2.1 Pemeriksaan Ke Firma Pencarum

Saya telah mengikuti salah seorang pegawai di Unit Penguatkuasaan untuk menjalani pemantauan dan pemeriksaan ke atas firma pencarum yang gagal membuat pembayaran caruman bagi tempoh yang lama walaupun telah diberi amaran untuk meyelesaikan pembayaran caruman tertunggak. Saya telah pergi ke kilang kayu yang diketuai dua orang pegawai iaitu Encik Amaruddin dan Puan W. Aziah. Pemeriksaan soal selidik terhadap majikan dan pekerja serta pemeriksaaun akaun syarikat dibuat oleh pegawai dan saya diminta untuk membantu menyemak rekod pembayaran gaji sama ada gaji yang dibayar telah ditolak dengan peratusan caruman atau tidak dan menyemak profil pekerja yang didaftar di bawah caruman PERKESO. Pemeriksaan ini memakan masa hampir tiga jam. Setelah pemeriksaan selesai, keputusan tindakan seterusnya akan diselidik dan ditafsir mengikut hasil daripada pemeriksaan pegawai.

2.2.2 Pemeriksaan Ke Atas Pencarum Yang Terlibat Dalam Kemalangan

Pemeriksaan kemalangan ini dilakukan sama ada di hospital atau di rumah pencarum yang mengalami kemalangan atau kecelakaan ketika bekerja. Pemeriksaan ini dijalankan adalah bertujuan untuk membuat keputusan jumlah pampasan yang layak diterima oleh pencarum mengikut tahap kemalangan atau kecederaan yang dialami dan bantuan kesihatan yang seharusnya diberikan oleh PERKESO seperti kerusi roda, tongkat, alat pendengar (hearing aid) dan sebagainya. Saya bersama-sama seorang lagi pelatih telah mengikuti seorang pegawai Unit Faedah iaitu Encik Fairo Anizan ke rumah seorang pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan semasa menghantar bahan mentah ke kilang. Bersama-sama kami juga telah diselitkan laporan pemeriksaan dari hospital untuk dijadikan rujukan semasa pemeriksaan dilakukan. Kami dimaklumkan oleh Encik Fairo bahawa pemberian faedah kepada pencarum yang terlibat dengan kemalangan bukan sahaja dilihat melalui tahap kecederaan tetapi juga dilihat kepada latar belakang pencarum sama ada berkemampuan atau tidak dan jumlah pendapatan yang akan terjejas akibat kecederaan yang dialaminya.

2.2.3 Penglibatan Dalam Pengurusan Majlis Rasmi

Sepanjang berpraktikal di PERKESO ini, saya dan rakan pelatih yang lain banyak terlibat dalam membantu dan menjayakan persiapan majlis rasmi seperti majlis Perpisahan Encik Mohd Zuri Bin Draman iaitu pegawai penyimpan audit di unit kewangan yang ditukarkan ke kelantan, Majlis Berbuka Puasa dan Majlis Terbuka Sambutan Hari Raya Aidilfitri PERKESO Negeri Pahang. Dalam perlaksanaan majlis ini, saya membantu menghias dewan yang digunakan untuk meraikan majlis, membuat video, banner, menyediakan teks pengerusi majlis, menjadi pengerusi majlis,dan menjadi jurugambar majlis tersebut. Semua majlis berlangsung dengan cemerlang dan lancar.

2.2.4 Sambutan Hari Keselamatan Dan Kesihatan Sedunia (OSH Day)

Sambutan hari keselamatan dan kesihatan sedunia yang dikenali juga sebagai Occupational Safe and Health ( OSH Day) merupakan sambutan yang dijalankan untuk pekerja yang melibatkan acara pemeriksaan kesihatan seperti pemeriksaan mata, tekanan darah, tahap glukosa dan sebagainya serta ceramah berkaitan penjagaan kesihatan dan keselamatan ketika bekerja. Sambutan ini terbuka kepada semua orang luar dan diadakan sendiri di dewan mat kilau, bangunan PERKESO Negeri Pahang. Ramai tetamu terhormat dijemput hadir ke sambutan tersebut termasuklah wartawan. Dalam sambutan majlis tersebut, saya telah dilantik menjadi pembantu pengurus majlis di mana terlibat dalam penyediaan video gimik perasmian, video keselamatan, teks tetamu terhormat iaitu YB Dato Norol Azali yang juga perasmi majlis , menjaga sistem audio dan membantu menyusun aturcara majlis. Pencarum yang menunggang motosikal juga dijemput untuk menerima hadiah topi keselamatan daripada pihak PERKESO. Sambutan berakhir dengan jayanya dan saya juga diberi penghargaan oleh pengarah projek majlis tersebut kerana membantu dalam memastikan kelancaran majlis tersebut setelah tamatnya majlis tersebut.

2.3 Pemerhatian Tentang Organisasi

Semasa menjadi pelatih di sini, saya telah memerhatikan segala aktiviti dan kerja yang dijalankan dalam organisasi PERKESO ini. Setiap organisasi yang ditubuhkan pasti mempunyai masalah dan memerlukan cadangan untuk penyelesaian. Pencapaian sesebuah organisasi dapat dicapai melalui kekuatan organisasi tersebut dalam mentadbir, melaksana dan menguatkuasakan akta dan peraturan serta sistem pengurusan sumber manusia yang terancang. Bagi pertubuhan keselamatan sosial ini juga mempunyai kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang tersendiri dan mereka perlu mengatasi perkara ini dengan sebaik mungkin untuk memastikan pengurusan pekerjaan anggota lebih tersusun dan sistematik. Antara analisis SWOT dalam PERKESO yang dapat saya buat melalui pemerhatian saya ialah ;

2.3.1 Analisis SWOT

Kekuatan1) Kemudahan bagi pelanggan

PERKESO menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada orang berinsurans melalui skim-skim keselamatan sosial. Kemudahan lain juga disediakan untuk majikan bagi pembayaran caruman setiap bulan selepas organisasi ditubuhkan. Kemudahan kebajikan ini memberi impak positif kepada pelanggan untuk masa hadapan.

2) Dipacu oleh sistem

Pengemaskinian data dalam pangkalan sistem dilakukan secara langsung melalui transaksi proses yang dijalankan. Data yang direkod akan disimpan terus ke sistem utama dan ia beroperasi selama 14 jam iaitu dari pukul 8 pagi sehingga 10 malam. Keadaan ini membolehkan maklumat majikan dapat disimpan secara mudah dan cepat.

Kelemahan

Sistem kerja sedia ada di PERKESO dibangunkan berasaskan web dan perlu dicapai melalui internet. Terdapat beberapa sistem yang memerlukan talian sambungan daripada ibu pejabat PERKESO dan mempunyai card reader bagi setiap anggota dan pegawai yang bertugas.sebagai contoh adalah kerja yang melibatkan percetakan dokumen-dokumen daripada komputer.tugas anggota menjadi sukar dan tergendala apabila capaian internet dan web mengalami gangguan atau kerosakan.

Peluang

Pertukaran taraf PERKESO daripada sebuah jabatan kerajaan kepada badan berkanun telah menjadikan pertubuhan keselamatan ini lebih fleksibilti dalam menghadapi cabaran baru bagi memperbaharui dan mendefinisi semula keputusan dasar serta mempertingkatkan perkhidmatan keselamatan sosial kepada pelanggan. PERKESO turut memperluaskan skop liputan ke seluruh negara dan menambahbaik faedah skim perlindungan keselamatan sosial. Penekanan PERKESO adalah terhadap budaya korporat yang berteraskan kepada perihal kemanusiaan serta komitmen kepada perkhidmatan yang cemerlang.

Ancaman

Dalam pembangunan dan pengurusan sistem kerja PERKESO perlu dititikberatkan. Setiap pengeluar perisian dan pelayar internet akan membuat sekatan akses bagi memastikan dominasi organisasi masing-masing dalam dunia perniagaan IT. Sistem utama yang terletak di bilik server perlu dijaga dan dipantau sebaik mungkin oleh anggota yang bertanggungjawab supaya maklumat dan data yang direkod selamat serta tidak diseleweng oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

2.3.2 Pengenalpastian Masalah Dalam Organisasi

Kebanyakkan maklumat berkenaan kes-kes faedah, kewangan, pembayaran caruman, pendaftaran majikan dan pekerja, semakan kelayakan dan sebagainya disimpan dan direkod melalui sistem kerja sedia ada seperti Q-term dan sikap. Wujudnya masalah dalam organisasi apabila berlakunya kerosakan pada sistem utama dimana pegawai dan anggota bertugas tidak akan dapat mengakses maklumat atau mengemaskini kes-kes yang berkenaan. Masalah seperti ini akan menyebabkan kurangnya kecekapan dalam kalangan pegawai dan anggota di pertubuhan tersebut semasa melaksana,mengurus dan mentadbir tugas-tugas mereka kerana sistem kerja yang sedia ada mengalami kerosakan atau sistem ditutup.

2.3.2.1 Cadangan Penyelesaian

Memberi usul kepada pihak atasan untuk menjadikan sistem kerja di PERKESO lebih sistematik dan kaedah penggunaannya digunapakai secara sepenuhnya di peringkat organisasi. Selain itu, mengadakan kursus kepada pihak yang bertanggungjawab di peringkat organisasi secara terperinci dan jelas bagi memudahkan pelaksanaan sistem kerja tersebut dijalankan.cadangan lain yang boleh pelatih berikan adalah memperluaskan rantaian bank-bank yang boleh melakukan pembayaran caruman secara atas talian (online) bagi memudahkan majikan untuk berurusan dengan pihak PERKESO supaya bayaran caruman mereka tidak tertangguh. Oleh yang demikian, sistem ini sudah pasti dapat memberi impak besar kepada organisasi malah memudahkan pelanggan untuk berurusan di PERKESO.2.4 Peluang Pengaplikasian Pelajaran Semasa Latihan Industri

Secara keseluruhannya, pengaplikasian pembelajaran ekonomi dalam organisasi PERKESO adalah agak terhad. Hal ini demikian kerana pembelajaran pengurusan sistem caruman adalah bersifat sulit. Hanya kakitangan PERKESO sahaja yang dibenarkan untuk mengetahui cara pengurusan maklumat dan sistem pengurusan yang sebenar. Malah setiap urusan PERKESO yang melibatkan data syarikat tidak boleh dilakukan oleh pelatih. Keadaan ini menyebabkan pelatih sukar untuk menggunakan pengetahuan yang dipelajari memandangkan hampir keseluruhan pengurusan organisasi adalah sulit.

Namun begitu, latihan industri di PERKESO ini mendedahkan kepada saya tentang kebajikan yang tersedia untuk tenaga buruh yang merupakan antara salah satu faktor utama ekonomi dapat diperoleh melalui caruman yang dibuat di PERKESO ini. Kebajikan yang bersifat melindungi buruh ini membolehkan keselamatan tenaga buruh terjaga dan ini juga memberi semangat kepada buruh untuk bekerja dengan lebih baik memandangkan keselamatan mereka semasa bekerja dilindungi. Keadaan inilah yang membawa kepada kemajuan ekonomi negara kita. Seperti mana yang diajar dalam Ekonomi Tenaga, tenaga buruh adalah penting dalam menjadi penggerak kepada semua industri. Oleh itu, kebajikannya wajar dijaga.

Walaupun tidak banyak pengaplikasian ekonomi yang dapat diterapkan semasa latihan industri ini, namun begitu, hasil perbentangan dan pemikiran kritis dalam menyiapkan tugasan semasa proses pembelajaran membolehkan saya menggunakan kemahiran berkomunikasi dan kemahiran berfikir untuk membantu melancarkan kerja-kerja praktikal seperti pengurusan majlis, menelefon majikan, penulisan surat dan sebagainya. Ilmu dan pengalaman dalam proses pembelajaran membolehkan saya melaksanakan praktikal saya dengan lebih baik.

2.5 Kemahiran Tambahan Yang Diperolehi Sepanjang Berpraktikal

Pelatih mempelajari pembelajaran secara tidak formal sepanjang mengikuti latihan industri di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Kuantan. Kemahiran tambahan ini amat berguna kepada pelatih untuk digunakan masa kini dan masa hadapan terutamanya apabila pelatih memasuki alam pekerjaan. Antara kemahiran yang diperolehi pelatih adalah kemahiran berkomunikasi. Sepanjang latihan industri di PERKESO, pelatih ada ditugaskan untuk mengendalikan perkhidmatan khidmat pelanggan di Unit Pentadbiran selama dua minggu. Pelatih memerlukan cara komunikasi yang baik dan berkesan untuk mengendalikan tugas tersebut, malah pelatih juga perlu bijak mengawal keadaan atau situasi yang melibatkan pelanggan bermasalah. Di samping itu, pelatih juga berhadapan dengan pelbagai peringkat umur dalam organisasi dan anggota PERKESO itu sendiri seperti para pegawai, pelajar praktikal dan masyarakat. Cara komunikasi yang baik amat membantu pelatih dalam melaksanakan tugasan yang diberikan oleh organisasi serta merapatkan hubungan antara pelajar praktikal dengan anggota PERKESO Kuantan. Pengalaman bekerja dan berkomunikasi yang baik dengan staf PERKESO yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan pangkat mendidik saya tentang cara untuk bergaul baik tetapi pada masa yang sama menghormati mereka. Pengalaman seperti ini membantu saya untuk lebih yakin dalam menjalinkan perhubungan kerja yang baik ketika bekerja dalam karier pada masa hadapan.

Seterusnya, pelatih juga memerlukan cara berfikir yang kritis dan keyakinan diri yang tinggi untuk melakukan tugas luar seperti mengambil kenyataan majikan dan pekerja yang mengalami kemalangan atau penyakit khidmat yang berpunca daripada pekerjaannya. Tugas ini memerlukan ketegasan dan kecekapan untuk mendapatkan maklum balas positif daripada individu yang disiasat. Selain itu, pelatih berpeluang mempelajari dan mengalami sendiri urusan di kaunter pembayaran yang melibatkan aktiviti pembayaran caruman samada tunggakan, kekurangan atau pendaftaran majikan baru. Pelatih sememangnya perlu mengetahui dan mempelajari fungsi PERKESO itu sendiri dan cara pengurusan sistem di sana bagi memudahkan tugas dilaksanakan. Pengalaman berada dalam organisasi PERKESO telah melahirkan sifat yakin kepada diri pelatih untuk menjalankan tugas yang diberikan dan secara umumnya mempersiapkan diri pelatih untuk menempuhi bidang kerjaya pada masa akan datang dengan lebih baik.

Walaupun kemahiran kemahiran ini merupakan kemahiran yang boleh dipupuk di universiti, namun begitu kemahiran yang dipelajari dan diasah semasa latihan industri ini lebih menjana kemahiran pelajar yang sebenar memandangkan kemahiran yang diterima semasa berpraktikal adalah bersifat realiti dalam dunia pekerjaan sebenar.

2.6 Masalah Yang Dihadapi Semasa Praktikal

Masalah yang dihadapi hanyalah berkaitan dengan kesukaran mempelajari cara melaksanakan pengurusan maklumat dan data caruman majikan dan pekerja ke dalam sistem syarikat iaitu sistem Q-term.sebagai mana yang dinyatakan di atas, sistem kerja yang terdapat di Pertubuhan Keselamatan Sosial adalah sulit dan tidak mudah untuk didedahkan kepada orang luar. Penggunaan sistem kerja ini memerlukan username dan password oleh pegawai yang telah menerima kelulusan untuk menggunakannya bagi pelaksanaan tugas. Kebiasaannya, sistem kerja di PERKESO Kuantan ini hanya didedahkan kepada pelajar praktikal secara imbas atau ringkas, dan pelatih tidak akan diberi kebenaran untuk menggunakannya secara persendirian. Keadaan ini menyukarkan pelatih untuk memahami dengan lebih mendalam tentang cara kerja organisasi ini. Namun begitu, pelatih masih boleh mempelajari sistem kerja di perkeso kuantan secara manual dengan merekod dan mencatat maklumat-maklumat berkaitan kes orang berinsurans ke dalam buku log dan borang-borang tertentu walaupun cara ini bukanlah kaedah yang efisien.

BAB 3 CADANGAN FIRMA SEBAGAI SUMBER PEKERJAAN MASA HADAPANBagi pendapat saya, firma ini sesuai dijadikan sebagai salah satu pilihan pekerjaan yang baik bukan sahaja disebabkan pendapatannya yang baik tetapi juga kerana aktiviti yang dijalankan oleh organisasi ini adalah satu aktiviti yang dapat menyumbang kepada kebajikan buruh dan seterusnya menjana pembanguna industri negara. Kerja yang melibatkan perlindungan kepada buruh ini bukan sahaja memberi dorongan kepada buruh untuk bekerja dengan lebih baik malah secara tidak langsung menyumbang kepada pembangunan masyarakat yang mana akan meningkat sekiranya kebajikan mereka terpelihara.Selain itu, suasana bekerja di PERKESO ini adalah kondusif dan efektif kerana sistem pengurusan kerjanya dibahagikan secara teratur mengikut unit masing-masing. Suasana bekerja yang mesra dan tidak membebankan memboleh sesuatu urusan kerja dilaksanakan dengan lebih cekap dan tidak mudah dibebani oleh tekanan. Malah, PERKESO juga seringkali menjalankan aktiviti yang bersifat kemanusiaan seperti memberi bantuan kepala golongan kurang upaya, orang miskin, pemeriksaan kesihatan percuma dan sebagainya. Aktiviti seperti ini amatlah baik dan juga mampu membenih nilai keprihatinan yang amat penting dalam melahirkan sebuah negara yang kaya dengan rakyat yang positif. Rakyat yang baik tanpa sedar akan membuka mata pelancong luar untuk melancong ke negara yang dirasakan selamat dan sekaligus membuka peluang kepada pelabur untuk melabur di negara yang dipenuhi rakyat yang memiliki nilai diri yang positif.Walaupun jika dilihat dari sudut pekerjaan yang berteraskan bidang ekonomi, PERKESO bukanlah satu pilihan yang terbaik untuk pelajar ekonomi untuk menerapkan perkara yang dipelajari dalam bidang kerja ini. Namun begitu, ia ada sedikit sebanyak berkaitan dengan ekonomi terutama sumber ekonomi iaitu buruh. Oleh itu, bidang kerja ini masih sesuai dijadikan sebagai salah satu pilihan kerja kepada pelajar ekonomi seperti saya.BAB 4 SUMBANGAN LATIHAN INDUSTRI INI TERHADAP PERSEDIAAN KERIER MASA HADAPAN.

Latihan industri ini adalah merupakan salah satu latihan dalam membentuk jati diri para pelajar agar lebih didedahkan dengan sifat seperti bertanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu kerja dan patuh terhadap setiap arahan yang telah diberikan. Dengan berbekalkan pengalaman-pengalaman tentang cara bekerja semasa menjalani latihan industri, para pelajar dapat menjadikan pengalaman-pengalaman tersebut sebagai salah satu aset yang amat berharga ketika ingin mencari atau mendapatkan sesuatu pekerjaan pada masa akan datang kelak. Pengalaman yang telah diperolehi semasa menjalani latihan industri itu, bolehlah dijadikan panduan dan ianya juga boleh dijadikan sebagai suatu bahan bukti untuk kita mencari dan mendapatkan kerja yang baik.

Melalui latihan industri ini, para pelajar dapat menghindarkan perasaan kekok apabila menjalankan tugas seharian sewaktu memasuki alam pekerjaan yang sebenar kerana para pelajar telah dilatih dan diajar untuk menunaikan tanggungjawab mereka apabila menjalani latihan industri di badan syarikat masing - masing. Dengan wujudnya latihan industri ini, para pelajar dapat meluaskan minda dan bersikap lebih terbuka serta matang berhubung dengan persekitaran alam pekerjaan yang sebenar melalui penggunaan secara maksima ke atas setiap pengalaman dan pengajaran yang pernah dilalui dan ditimba oleh para pelajar. Selain itu, pelajar pelajar juga dapat mencari inisiatif sendiri bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang mungkin wujud semasa di alam pekerjaan yang sebenar. Seterusnya, mereka dapat memanipulasikan keadaan sekeliling hanya dengan menggunakan pengalaman sewaktu mereka menjalani latihan industri tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain.

Selain daripada memikul tanggungjawab yang diberikan oleh majikan semasa menjalani latihan industri, para pelajar juga memikul satu lagi tanggunjawab iaitu tanggungjawab dalam menjaga maruah dan nama baik institusi pengajian masing - masing dengan menonjolkan diri sebagai seorang pelajar yang berdedikasi dan berkualiti dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan sempurna, cepat dan tepat. Selain itu, para pelajar juga dapat mempelajari cara-cara untuk berinteraksi atau berkomunikasi dengan setiap kakitangan syarikat dan pelanggan dalam usaha untuk memajukan syarikat dan untuk mempertingkatkan kemajuan diri sendiri. Melalui latihan industri ini juga, para pelajar dapat menyesuaikan diri dengan alam persekitaran dan budaya pekerjaan yang wujud di dalam sesebuah syarikat tersebut. Disamping itu, kita juga dapat melihat tingkahlaku dan cara kerja setiap kakitangan yang positif dan negatif dalam melaksanakan dan menyempurnakan sesuatu tugas yang diamanahkan kepada mereka.

Justeru itu, latihan industri ini juga secara tidak langsung dapat membina dan mengubah personaliti serta imej seseorang pelajar tersebut menjadi seseorang yang amat berkaliber, berkeyakinan tinggi serta dapat membantu masyarakat terutamanya dalam meningkatkan kesedaran, keupayaan dan taraf hidup masyarakat sekeliling. Latihan industri ini bukanlah diwujudkan semata-mata untuk memenuhi syarat -syarat untuk lulus bagi mendapatkan sekeping sijil atau diploma, bahkan ianya juga dapat digunakan dalam melahirkan seseorang pelajar yang amat berkualiti, efisyen dan memenuhi keperluan industri serta berguna kepada masyarakat dan negara kelak.

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kesimpulannya, laporan ini adalah berkaitan dengan latihan industri yang dijalankan oleh pelatih di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kuantan, pahang atau lebih dikenali sebagai socso. Perkhidmatan yang diberikan oleh organisasi ini juga merupakan suatu perkhidmatan yang sangat menbantu anggota buruh untuk bekerja dalam suasana yang lebih selamat dan berkualiti. Sepanjang menjalani latihan di PERKESO, pelbagai pengalaman dan ilmu yang saya terimadan latihan ini mepersiapkan diri saya untuk menghadapi realiti alam pekerjaan pada masa hadapan.

Oleh itu, wajarlah latihan industri ini dilakukan untuk semua pelajar sebelum mereka bergraduasi. Latihan industri ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pembelajaran di dunia pekerjaan malah dapat meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran lain supaya dapat mempertingkat kebolehpasaran mendapatkan pekerjaan yang lebih baik serta mampu mempraktikkan kemahiran akademik dalam dunia kerjaya. Seorang graduan seharusnya mempunyai pengetahuan yang relevan, mengetahui isu semasa, pengalaman praktikal, kemahiran berkomunikasi serta sikap yang positif untuk melengkapi diri para graduan untuk berhadapan dengan cabaran dunia kerjaya yang sebenar pada masa akan datang.

Cadangan

Pengalaman amat penting bagi seseorang pelajar mempraktikkan ilmu yang telah diajar. Oleh itu, cadangan saya untuk meningkatkan kualiti diri semasa berpraktikal ialah pihak syarikat perlu menitik beratkan soal pembelajaran semasa latihan industri ini. Pelajar tidak sepatutnya hanya didedahkan dengan melakukan kerja-kerja perkeranian, seperti menaip dan membuat salinan nota, mengemas pejabat dan yang melibatkan kerja tiada kaitan dengan pembelajaran. Pihak firma seharusnya menggunakan kelebihan pembelajaran pelajar dengan memberikan mereka kerja yang berkaitan dengan pembelajaran mereka. Keadaan ini membolehkan pelajar meningkatkan pengetahuan bidang yang mereka pelajari. Sekiranya firma tersebut berlatarbelakangkan sistem kerja yang tidak melibatkan bidang pembelajaran pelajar, firma itu seharusnya menolak permintaan pelajar tersebut agar pengambilan pelajar ke dalam firma itu tidak merugikan sebelah pihak iaitu pelajar itu sendiri dan menguntungkan pihak firma semata-mata. Di samping itu, pihak firma juga perlulah menitikberatkan soal keselamatan pelajar yang sedang menjalani latihan industri. Kebiasaannya firma-firma meletakkan isu keselamatan adalah tanggungjawab pihak universiti atau institusi pendidikan pelatih itu sepenuhnya dan membiarkan pelatih untuk melakukan kerja yang berisiko untuk mendatangkan kemalangan kepada pelatih. Keadaan ini tidak patut berlaku dan pihak universiti sendiri haruslah peka tentang keselamatan yang patut diterima oleh pelajar ketika menjalani latihan industri agar sesuatu yang tidak diingini tidak berlaku.

LAMPIRANGambarajah 1 Bangunan PERKESO Kuantan

Gambarajah 2 Hiasan Sempena Hari Raya Yang Dibuat Di Hadapan Kaunter Pertanyaan PERKESO

Gambarajah 3 Antara staf Unit Kewangan PERKESO

Gambarajah 4 Antara staf Unit Pentadbiran PERKESO

Gambarajah 5 Antara staf Unit Penguatkuasaan PERKESO

Gambarajah 6 Jamuan Hari Raya Terbuka PERKESO dan hiasan dewan yang diuruskan oleh pelajar praktikal

Gambarajah 7 Pemeriksaan Kesihatan percuma kepada pengunjung sempena OSH Day.

Gambarajah 8 Taklimat Keselamatan di Tempat Kerja yang disampaikan oleh pengawai PERKESO sempena OSH Day.

Gambarajah 9 Latar belakang skrin untuk taklimat sempena OSH Day yang dilakukan oleh saya.

Gambarajah 10 Sistem SIKAP yang digunakan di PEKESO sebelum ditukar kepada sistem baru iaitu Q-term.

Gambarajah 11 Sistem Q-term yang baru ditukar

Gambarajah 12 Soal selidik terhadap pekerja ketika lawatan pemeriksaan pengawai PERKESO dan penyemakan penyata gaji oleh saya.

1