LAPORAN PRAKTIKAL 3 ETANOL1

download LAPORAN PRAKTIKAL 3 ETANOL1

of 19

Transcript of LAPORAN PRAKTIKAL 3 ETANOL1

  • 8/2/2019 LAPORAN PRAKTIKAL 3 ETANOL1

    1/19

    PRAKTIKAL 3 : PENYEDIAAN ETANOL

    Tujuan: A. Untuk menyediakan sampel etanol

    Pernyataan masalah

    Bagaimana etanol disediakan?

    Hipotesis

    Etanol dihasilkan melalui proses penapaian karbohidrat oleh yis.

    Teori

    Etanol atau alcohol etil ialah sebatian kimia yang ditemui di dalam minuman

    beralkohol atau arak. Selain digunakan ke dalam arak, etanol juga digunakan sebagai

    bahan api bagi menggantikan gasolin. Struktur kimia etanol ialah : Etanol asli ialah

    cecair jernih yang mudah terbakar dengan takat didih pada 78.5C dan takat beku pada

    -114.5C. Etanol digunakan sebagai bahan anti-beku dan mempunyai bau seperti

    vodka.

    ketumpatan etanol ialah 789 g/l iaitu kurang 20% daripada ketumpatan air.

    Etanol mudah larut dalam air dan merupakan pelarut yang baik untuk pewangi, cat dan

    mengecat. Ini mebolehkan perisa ditambah ke dalam etanol semasa proses

    pembruan/menjerang (brewing).

    Etanol boleh dignakan sebagai pembasmi kuman (70% hingga 85% etanol).

    Larutan tersebut boleh membunuh organisma dengan cara mengubah protein dan

    melarut lipid serta menghalang kebanyakan bacteria, klat dan sesetengah virus.

    Namun, etanol tidak berkesan terhadap spora bacteria. Disebabkan oleh sifat ini, etanol

    H H

    H - C - C - O - H

    H H

  • 8/2/2019 LAPORAN PRAKTIKAL 3 ETANOL1

    2/19

    boleh disimpan untuk tempoh masa yang lama (sebagai minuman alcohol). Etanol

    merupakan asid lemah, lebih lemah daripada air dan membentuk ion etanoat (C2 H5O).

    Bahan : Glukosa, air suling, yis, pisang lecek.

    Radas :

    Kelalang kon, penyumbat dengan salran penghantar, tabung didih, termometer, turus

    penyulingan, kelalang penyulingan, condenser, kaki retort dan pemegang, kasa dawai,

    penunu Bunsen berserta tong gas, tungku kaki tiga, salur getah dan kayu berbentuk

    kuboid.

    Prosedur

    1. 20 g glukosa dilarutkan dalam 200 cm air suling dalam sebuah kelalang kon

    yang bersih.

    2. 10 g yis dimasukkan ke dalam kelalang kon dan campuran dikacau dengan

    sekata.

    3. Kelalang ditutup dengan penyumbat yang dipasangkan dengan salur

    penghantar. Hujung salur penghantar yang satu lagi dimasukkan ke dalam sebah

    tabung didih yang berisi air kapur seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 (a).

    Glucose + yeast

    Lime water

    Boiling tube

    Glukosa + Yis + Pisang lecek

    Tabung didih

    Air kapur

  • 8/2/2019 LAPORAN PRAKTIKAL 3 ETANOL1

    3/19

    Rajah 1(a)

    4. Susunan radas yang hangat diletakkan di tempat yang hangat (kira-kira 30C)

    selama 3 hari. Perubahan yang berlaku ke atas air kapur diperhatikan dari

    semasa ke semasa.

    5. Selepas tempoh masa yang ditetapkan, kandungan kelalang kon dituraskan.

    Hasil turasan di tuangkan ke dalam sebuah kelalang penyulingan.

    6. Hasil turasan disulingkan dengan menggunakan susunan radas seperti yang

    ditunjukkan dalam Rajah 1(b). Hasil sulingan dikumpulkan pada suhu kira-kira

    78C.

    Fermentationproduct

    Cool water

    Water bath

    7. Hasil sulingan tersebut diperiksa dari segi warna dan baunya.

    Pemerhatian

    1. Selepas beberapa hari, campuran penapaian yang jernih berubah menjadi keruh.

    2. Air kapur menjadi keruh.

    Termometer

    Kondenser

    Air masuk

    Air keluar

    Hasil penapaianAir

    Kelalang penyulingan

    Air sejuk

    Kaki retort dan pemega

    Bikar

    Rajah 1(b)

  • 8/2/2019 LAPORAN PRAKTIKAL 3 ETANOL1

    4/19

    3. Hasil sulingan merupakan cecair tidak berwarna yang berbau tajam sedikit.

    Perbincangan:

    1. Air kapur menjadi keruh. Ini menunjukkan bahawa gas karbon dioksida

    dihasilkan semasa proses penapaian.

    2. Hasil sulingan merupakan etanol.

    3. Jadi, penapaian glukosa atau pisang lecek menghasilkan etanol dan gas karbon

    dioksida . Penapaian ini dapat diwakili oleh persamaan kimia berikut:

    Zimase dari yis

    C6H12O6 (ak) 2C2H5OH (ak) + 2CO2(g)

    30C

    4. Etanol dipekatkan melalui proses penyulingan. Etanol dikumpulkan pada suhu

    kira-kira 78C.

    Kesimpulan :

    Etanol dapat disediakan melalui penapaian glukosa, pisang lecek dengan kehadiran

    yis.

    Tujuan : B(i). Menyiasat sifat kimia etanol.

    Bahan

    Etanol, larutan kalium mangannat(VII) berasid, asid sulfurik pekat.

    Radas

    Mangkuk penyejat, kayu uji, tabung uji, tabung didih, kaki retort dengan pemegang,

    penyepit tabung uji, bikar dan salur pengantar.

  • 8/2/2019 LAPORAN PRAKTIKAL 3 ETANOL1

    5/19

    B(i) Pembakaran

    Prosedur

    1. 2 cm etanol dituangkan ke dalam sebuah mangkuk penyejat.

    2. Sebatang kayu uji bernyala didekatkan kepada etanol supaya etanol terbakar.

    3. Kebolehbakaran etanol, warna nyala, kejelagaan nyala diperhatikan seperti yang

    ditunjukkan dalam Rajah 2(a).

    Lighted wooden splinter

    EthanolEvaporating dish

    Keputusan:

    Ciri pembakaran Pemerhatian

    Kebolehbakaran Mudah terbakar

    Warna nyala Biru

    Kejelagaan Tiada

    Jadual 1

    Mangkuk penyejat

    Kayu uji dan api

    Etanol

    Rajah 2(a)

  • 8/2/2019 LAPORAN PRAKTIKAL 3 ETANOL1

    6/19

    Perbincangan:

    1. Etanol mudah terbakar dalam udara untuk memberikan nyala biru tanpa jelaga.

    2. Pembakaran lengkap etanol menghasilkan gas karbon dioksida dan air.

    C2H5OH(ce) + 3O2 (g) 2CO2(g) + 3H2O(ce)

    3. Oleh kerana pembakaran etanol menghasilkan banyak tenaga haba, etanol

    merupakan satu bahan api yang baik.

    Kesimpulan: Pembakaran etanol memberi nyala biru tanpa jelaga.

    Tujuan : B(ii). Menyiasat pengoksidaan etanol

    Prosedur

    1. Kira-kira 10 cm larutan kalium manganat(VII) berasid dimasukkan ke dalam

    sebuah tabung didih.

    2. 10 titis asid sulfurik pekat dititiskan dengan berhati-hati ke dalam tabung didih

    tadi dengan menggunakan penitis.

  • 8/2/2019 LAPORAN PRAKTIKAL 3 ETANOL1

    7/19

    3. 3 titis etanol ditambahkan ke dalam campuran dalam tabung didih itu. Susunan

    radas seperti ditunjukkan dalam Rajah 2(b) disediakan.

    Rajah 2(b)

    4. Campuran dalam tabung didih itu dipanaskan dengan perlahan-lahan sehingga

    campuran mendidih.

    5. Cecair yang disuling keluar dikumpulkan dalam sebuah tabung uji.

    6. Hasil sulingan yang diperoleh diperhatikan dari segi rupa bentuk, warna dan bau.

    Hasil sulingan juga diuji dengan sehelai kertas litmus biru.

    Pemerhatian:

    1. Campuran di dalam tabung didih berubah daripada warna ungu kepada

    jernih.

    2. Pemerhatian ke atas hasil sulingan adalah seperti berikut:

    Ciri Hasil Sulingan Pemerhatian

    Rupa bentuk Cecair

    Warna Tidak berwarna

    Bau Masam seperti cuka

    Kesan ke atas kertas litmus biru Berubah daripada biru menjadi merah

    Jadual 2

    Larutan

    kalium

    manganat

    (VII) +

    etanol

    Tabung didih

    air

    Tabung uji

  • 8/2/2019 LAPORAN PRAKTIKAL 3 ETANOL1

    8/19

    Perbincangan :

    1. Larutan kalium manganat(VII) berasid merupakan satu agen pengoksidaan.

    2. Kalium manganat(VII) berasid mengoksidakan etanol kepada etanoik.

    3. Warna ungu larutan kalium manganat(VII) berasid akan dilunturkan.

    4. Ini adalah kerana etanol menurunkan ion manganat(VII) kepada ion

    manganat(II).

    MnO4-(ak) Mn2+(ak)

    Kesimpulan :

    Etanol dioksidakan oleh larutan kalium manganat(VII) berasid kepada asid etanoik.

    Soalan dan jawapan:

    1. Namakan enzim yang terdapat dalam yis yang dapat menguraikan glukosa kepada

    etanol.

    Zimase

    2. Tuliskan persamaan yang mewakili penguraian glukosa kepada etanol.

    Zimase dari yis

    C6H12O6(ak) 2C2 H5OH (ak) + 2CO2(g)

    30C

    3.Terangkan kegunaan penyulingan berperingkat dalam eksperimen ini?

    Penyulingan berperingkat digunakan untuk menyuling etanol setelah satu minggu

  • 8/2/2019 LAPORAN PRAKTIKAL 3 ETANOL1

    9/19

    proses penapaian, hasil turasan yang diperoleh dimasukkan ke dalam radas

    penyulingan. Kelalang penyulingan dipanaskan sehingga campuran mendidih. Etanol

    yang disulingkan keluar pada julat suhu 78-80C.

    4. Tuliskan persamaan lengkap bagi pembakaran etanol.

    CH3 CH2 OH (ce) + 3O2 (g) 2CO2(g) + 3H2O (ce)

    5. Bolehkah etanol digunakan sebagai bahan bakar kenderaan?

    Ya, boleh. Bahan bakar etanol luas digunakan di Negara Brazil dan Amerika.

    6. Apakah fungsi larutan kalium manganat(VII) berasid dalam eksperimen ini?

    Kalium manganat(VII) berasid adalah agen pengoksidaan semasa mengkaji

    tindakbalas pengoksidaan etanol.

    7. Tuliskan persamaan lengkap bagi pengoksidaan etanol.

    MnO4-(ak) Mn2+(ak)

  • 8/2/2019 LAPORAN PRAKTIKAL 3 ETANOL1

    10/19

    Rujukan:

    1. Hong, E.N (1992). KBSM Kimia Tingkatan 5 Ponjian : Mustamam Enterprise.

    2. Loo Ker, D. (2011,ogos23). Retrieved March 15, 2012 from

    http://www.agriclture.com/news/policy/ethanol-expects-or-tough-year_4-ar18636

    3. Manayyitti, O. (2011, ogos 23). Retrieved March 17, 2012, from

    http://www.Newsday.co.2w/article/2011.08.23-govt-team-chiskumbanje-ethanol-

    project

    4. Wikipedia.(2012,march 12). Retrieved March 16, 2012 from

    http://wikipedia.org/wiki/ethanol_fuel

    5. Wikipedia.(2011 ogos 17). Retrieved March 14, 2012 from

    http://ms.wikipedia.org/wiki/ethanol

    6. Toh Kim Kau. SPM Kimia Tingkatan 5 dan 6 SASBADI SDN. BHD. Petaling

    Jaya,2002.

    http://www.agriclture.com/news/policy/ethanol-expects-or-tough-year_4-ar18636http://www.agriclture.com/news/policy/ethanol-expects-or-tough-year_4-ar18636http://www.newsday.co.2w/article/2011.08.23-govt-team-chiskumbanje-ethanol-%20%20%20%20%20%20%20projecthttp://www.newsday.co.2w/article/2011.08.23-govt-team-chiskumbanje-ethanol-%20%20%20%20%20%20%20projecthttp://www.newsday.co.2w/article/2011.08.23-govt-team-chiskumbanje-ethanol-%20%20%20%20%20%20%20projecthttp://wikipedia.org/wiki/ethanol_fuelhttp://wikipedia.org/wiki/ethanol_fuelhttp://ms.wikipedia.org/wiki/ethanolhttp://ms.wikipedia.org/wiki/ethanolhttp://ms.wikipedia.org/wiki/ethanolhttp://wikipedia.org/wiki/ethanol_fuelhttp://www.newsday.co.2w/article/2011.08.23-govt-team-chiskumbanje-ethanol-%20%20%20%20%20%20%20projecthttp://www.newsday.co.2w/article/2011.08.23-govt-team-chiskumbanje-ethanol-%20%20%20%20%20%20%20projecthttp://www.agriclture.com/news/policy/ethanol-expects-or-tough-year_4-ar18636
  • 8/2/2019 LAPORAN PRAKTIKAL 3 ETANOL1

    11/19

    Contoh-contoh penyediaan etanol melalui proses penapaian karbohidrat oleh yis.

  • 8/2/2019 LAPORAN PRAKTIKAL 3 ETANOL1

    12/19

    Rakaman semasa pembakaran etanol.

  • 8/2/2019 LAPORAN PRAKTIKAL 3 ETANOL1

    13/19

  • 8/2/2019 LAPORAN PRAKTIKAL 3 ETANOL1

    14/19

  • 8/2/2019 LAPORAN PRAKTIKAL 3 ETANOL1

    15/19

  • 8/2/2019 LAPORAN PRAKTIKAL 3 ETANOL1

    16/19

  • 8/2/2019 LAPORAN PRAKTIKAL 3 ETANOL1

    17/19

    Rakaman proses pengoksidaan etanol.

  • 8/2/2019 LAPORAN PRAKTIKAL 3 ETANOL1

    18/19

  • 8/2/2019 LAPORAN PRAKTIKAL 3 ETANOL1

    19/19