Laporan Program

11
KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA LAPORAN PROGRAM MAULIDUR RASUL 1434H TARIKH : 01 MAC 2013 TEMPAT : KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR ANJURAN: UNIT HAL EHWAL PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR

description

maulud

Transcript of Laporan Program

Page 1: Laporan Program

KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

LAPORAN

PROGRAM MAULIDUR RASUL 1434H

TARIKH :

01 MAC 2013

TEMPAT :

KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR

ANJURAN:

UNIT HAL EHWAL PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR

Page 2: Laporan Program

1.0 PENGENALAN

Sambutan Maulidul Rasul peringkat KKBP adalah satu aktiviti tahunan Unit HEP KKBP. Pada 1 Mac 2013 bersamaan 19 Rabiulakhir 1434H, Unit HEP KKBP telah menganjurkan satu program Sambutan Maulidul Rasul peringkat KKBP. Sambutan ini diadakan bertujuan untuk memuliakan salah satu tarikh penting dalam kalendar Islam iaitu kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sambutan ini juga bertujuan untuk membentuk akhlak pelajar-pelajar dengan menjadikan Rasulullah sebagai ikutan dan contoh terbaik dalam mengharungi perjalanan hidup ini.

2.0 OBJEKTIF PROGRAM

Objektif perlaksanaan program adalah untuk :

2.1 Menyemai rasa kasih sayang dan cinta kepada Rasullah s.a.w 2.2 Melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani 2.3 Menghayati sirah perjalanan hidup dan perjuangan Rasulullah s.a.w 2.4 Mendidik dan mengajar erti perjuangan menegakkan agama Islam mengikut cara

Rasulullah s.a.w 2.5 Menerapkan rasa cinta dan kasih serta mendidik pelajar menghargai apa yang

dilkukan oleh Rasulullah s.a.w dalam kehidupan pelajar seharian. 3.0 SINOPSIS PROGRAM Program bermula dengan Pensyarah, kakitangan dan pelajar-pelajar KKBP berkumpul di hadapan bengkel SPB pada jam 8.00 pagi. Majlis dimulakan dengan Pertandingan Perarakan dan Pertandingan Kain Rentang/Sepanduk sempena sambutan Maulidul Rasul pelajar bermula dari di hadapan bengkel SPB hingga Dewan Serbaguna KKBP. Perarakan turut disertai tetamu kehormat majlis iaitu ADUN Tanjung Surat YB Dato’ Haron bin Abdullah. Perarakan melibatkan lapan kontijen yang terdiri daripada pelajar-pelajar dan satu kontijen pensyarah.

Setelah semua hadirin berkumpul di dalam Dewan Serbaguna KKBP, majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Al-Fadhil Ustaz Hasna bin Bidin. Seterusnya bacaan ayat-ayat suci AL-Quran diperdengarkan oleh dua orang wakil pelajar. Kakitangan dan pelajar-pelajar kemudiannya berselawat beramai-ramai dengan diketuai oleh pelajar tajaan PERHEBAT. Majlis diserikan pula dengan persembahan nasyid oleh Johan Pertandingan Nasyid Maulidur Rasul 1434H/2013M.

Perasmian Program Sambutan Maulidur Rasul 1434H/2013M telah disempurnakan oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran KKBP, Puan Aslinda binti Mohd Noor. Majlis diteruskan dengan sesi ceramah oleh penceramah jemputan iaitu Al-Fadhil Ustaz Hj Ahmad Al-Qodahi, Pegawai Agama Felda Wilayah Johor yang bertajuk “Wassatiyah Tunggak Kesatuan Ummah”.

Majlis berakhir dengan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan.

Page 3: Laporan Program

Pada sambutan kali ini, pertandingan-pertandingan dikekalkan seperti tahun lepas iaitu Pertandingan Nasyid, Pertandingan Perarakan dan Pertandingan Kain Rentang/Sepanduk. Pertandingan Nasyid diadakan sebelum hari sambutan diadakan iaitu pada 27 Mac 2013 bertempat di Dewan Kuliah KKBP. Manakala pertandingan lain diadakan pada hari sambutan.

4.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS

SENARAI NAMA JAWATANKUASA BERTINDAK BAGI PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2013M/1434H

Bil Ahli Jawatankuasa Senarai Tugas

1 AJK Jemputan 1. Puan Nor Hazalin Binti Abd Wahid

(Ketua ) 2. Puan Norizah Binti Hamzah 3. En. Akmal Bin Ahamad 4. Puan Zalina Binti Tuparman 5. Puan Nurhazirah Binti Kamal Ariffin

Menjemput Penceramah bagi program ini.

Menjemput VIP untuk menjayakan program ini.

2 AJK Makanan 1. Puan Afida Binti Kamarudin ( Ketua ) 2. Cik Rosilawati Binti Masdar 3. Puan Faridah Shariyah Binti Sharudin 4. Puan Nur Faziha Binti Mohamad Pauzi 5. Puan Suriati Binti Mustaffa 6. Puan Nor Harwati Binti Ghazali 7. Puan Siti Nurul Hazwani Binti Kamal

Penyediaan makanan untuk VIP, Pensyarah dan pelajar.

Menentukan pembekal.

Berurusan dengan pembekal dan unit kewangan / bendahari program.

Memastikan makanan yang disediakan adalah mencukupi dan menepati masa yang telah ditetapkan.

3 AJK Sambutan dan Protokol

1. Puan Aryati Binti Ramlan (Ketua) 2. En Sahalani Bin Basar 3. En. Kamaludin Bin Rashidi 4. Puan Aslinda Binti Mohd. Noor 5. Cik Zarina Binti Samin 6. Cik Sanuzee Binti Shafie 7. En. Hasna Bin Bidin 8. En. Mior Amran Noor Bin Mior Ahmad Noor

Keraian dan menyambut ketibaan VIP, ibubapa, Masyarakat setempat dan pelajar.

Page 4: Laporan Program

4 AJK Persiapan Tempat dan Teknikal 1.En. Mior Amran Noor Bin Mior Ahmad Noor ( Ketua ) 2.Syed Mohd Nazmi Bin Syed Omar 3. En. Mohd. Nizam Bin Khalid 4. En. Shuib Bin Saad 5. En. Arman Bin Mohd. Azam 6. Cik Ruzazlina Binti Dar Sunik

Mencadangkan tempat program.

Lokasi dan pelan susunatur berada dalam keadaan baik disepanjang program.

Persiapan sebelum tarikh program.

Kemas setelah habis program.

Persiapan sebelum tarikh program.

Kemas setelah habis program.

5 AJK Persiapan & Peralatan ICT 1. Puan Siti Hasmah Binti Abd Rahman ( Ketua ) 2. En. Saiful Azrin Bin Sabirin 3. Puan Suhana Binti Sujangi

Penyediaan pelan susunatur peralatan ict di tempat program.

Semua peralatan ict berada dan boleh digunakan dengan baik sebelum program.

6 AJK PA System 1. En. Md Assri Bin Hashim ( Ketua ) 2. En. Muhamad Fahrurazi Bin Jaini 3. En. Saiful Amri Bin Jelani

Memastikan semua peralatan PA system berada dalam keadaan baik dan boleh digunapakai semasa program

Mengemas dan menyimpan PA system setelah majlis selesai

7

AJK Perarakan dan Pertandingan 1. YM Raja Farraazlina Binti Raja Mohamed Junior (Ketua ) 2. Puan Nurul Asyikin Binti Ramli 3. Cik Nur Hasyikin Binti Abdullah 4. Puan Nafiza Binti Sarip 5. Puan Noraini Binti Omar 6. En. Mohamad Haidhir Bin Asri 7. En. Zool Hilmi Bin Mokhtar 8. Puan Suliza Binti Sajali 9. Puan Emmy Binti Suin

Menyediakan kelengkapan pertandingan.

Menetapkan syarat-syarat pertandingan.

Menetapkan lokasi dan arah mula dan tamat upacara perarakan.

8

AJK Disiplin dan Keselamatan 1.En.Mohamad Nazir Bin Baharudin (Ketua) 2. En. Azhar Bin Abd Hamid 3. Cik Norazila Binti Samuri 4. Cik Nazra Binti Ismail 5. Puan Azean Irdawaty Binti Mohamed Yusof 6. En. Lazim Bin Sadikan 7. Puan Norida Binti Nasim 8. Puan Nurul Huda Binti Ishak

Memastikan pelajar memakai pakaian yang ditetapkan.

Memastikan pelajar mengikuti program dengan baik.

Meletakkan penunjuk arah ke lokasi program.

Memastikan kawasan program berada didalam keadaan selamat.

Page 5: Laporan Program

9

AJK Publisiti dan Penerbitan 1. Puan Khairul Bariyah Binti Masrakin ( Ketua ) 2. Puan Fairoz Binti Jumhat 3. Puan Zurainah Binti Mohamed Said 4. Puan Ow Yeang Khang Ting 5. Puan Stella A/P Steven

Menyediakan Buku Program.

Mengedarkan Buku Program kepada tetamu yang hadir.

Penyediaan Banner dan Backdrop.

Penyediaan bahan program,memo dan bahan-bahan yang berkaitan dengannya.

10 AJK Rakaman Peristiwa / Laporan 1. En. Mohd Nazari Bin khalid @ Abu Samah ( Ketua ) 2. En. Kamarul Ariffin Bin Mohd. Salim 3. En. Nurashid Bin Tumiran

Penyediaan peralatan rakaman berada di dalam keadaan baik.

Merakam peristiwa program dengan sempurna.

Membuat salinan CD untuk simpanan.

11

AJK Hadiah /Cenderahati 1. Puan Norashikin Binti Samuri (Ketua) 2. Puan Lily Kalsum Binti Marji 3. Puan Nor Halmizan Binti Halim 4. Cik Noor Fadzilah Binti Yaacob 5. Puan Juainiah Umi Binti Abu Bakar

Menyediakan cenderahati untuk Penceramah dan VIP.

Menyediakan hadiah kepada peserta- peserta pertandingan.

12

AJK Kebersihan dan Keceriaan 1.En. Mohd.Nor Firdaus Bin Hj. Omar ( Ketua ) 2. En. Noor Halim Bin Ramlan

Memastikan kawasan sekitar program sentiasa berada dalam keadaan bersih samada sebelum, semasa dan selepas program.

13

AJK Persembahan 1. Puan Izemah Binti Zakariah (Ketua) 2. Puan Amnah Binti Hamzah 3. Puan Salmianti Binti Mutalib 4. Puan Salimah Binti Azhari

Memilih dan mencari peserta yang terlibat dengan persembahan samada bacaan Al-Quran, selawat dan Nasyid.

14 AJK Pengangkutan dan Kecemasan 1. En. Kamarudin Bin Yusof ( Ketua ) 2. En. Razali Bin Rosli 3. En. Mohd Zailani Bin Othman 4. En. Mohd Razi Bin Raib

Memastikan perjalanan pelajar pergi dan pulang dari kolej semasa program berlangsung dengan tersusun dan berjalan lancar.

15

Pengerusi Majlis / Pengacara 1. En. Fairul Nizar Bin Rahmat ( Ketua ) 2. Cik Noor Khairunnisa Binti Othman

Mengacara majlis sepanjang program dan mengendali aturcara majlis.

16

Setiausaha 1. Puan Suriati Binti Ahmad 2. Puan Aishatul Shima Binti Alias

Menyediakan surat-surat jemputan, surat panggilan Mesyuarat dan Minit Mesyuarat.

17 Pengarah Program 1. En Hasna Bin Bidin

Memantau perjalanan program dari awal hingga akhir.

Memastikan program berjalan lancar.

Page 6: Laporan Program

5.0 TENTATIF PROGRAM

ATURCARA MAJLIS MAULIDUR RASUL 2013/1434H

TARIKH : 01 MAC 2013 / 1434H HARI : JUMAAT TEMPAT : DEWAN SERBAGUNA KKBP

7.30 pagi : Sarapan pagi di Kantin KKBP

8.00 pagi : Semua pelajar dan pensyarah serta staf pentadbiran berkumpul di Kantin Kolej Komuniti Bandar Penawar.

8.30 pagi : Semua pelajar dan pensyarah serta staf pentadbiran mula berbaris.

8.45 pagi : Perarakan Maulidur Rasul & Pertandingan kain rentang antara kelas.

9.00 pagi : Ketibaan VIP dan VVIP

9.15 pagi : Bacaan Doa oleh Ustaz Hasna Bin Bidin

Bacaan Al-Quran oleh wakil pelajar Kolej Komuniti Bandar Penawar

Alunan Selawat Nabi S.A.W

Persembahan Puisi oleh pelajar KKBP

Persembahan Nasyid oleh Johan Pertandingan Nasyid Program Maulidur Rasul 2013M/1434H

9.45 pagi : Ucapan aluan Pengarah Kolej Komuniti Bandar Penawar

10.00 pagi : Ceramah Maulidur Rasul

“ Wasatiyyah Tunggak Kesatuan Ummah ”

Oleh : Ustaz Hj. Abdullah Bin Ahmad Al - Qadahi

(Pegawai Agama Wilayah Felda Johor Bahru )

11.30 tghr : Penyampaian Hadiah dan Cenderahati

11.50 tghr : Makan tengahari

12.30 tghr : Bersurai.

Page 7: Laporan Program

6.0 GAMBAR AKTIVITI

Rajah 6.1 Pertandingan sepanduk dan kain rentang dikalangan pelajar

Rajah 6.2 Antara kain rentang yang dipertandingkan

Page 8: Laporan Program

Rajah 6.3 Tetamu kehormat iaitu Adun Tanjung Surat YB Dato’ Hj Haron Bin Abdullah bersama Pengarah Program Al- Fadhil Ustaz Hasna Bin Bidin

6.4 Pensyarah- pensyarah turut serta dalam acara perarakan Maulidurrasul

Page 9: Laporan Program

6.5 Ceramah Maulidurrasul oleh Ust Hj Abdullah Bin Ahmad Al- Qadahi

6.6 Ceramah bertajuk ” Wasatiyyah Tunggak Kesatuan Ummah ”

Page 10: Laporan Program

6.7 Acara penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang

6.8 Acara penyampaian hadiah disempurnakan oleh Puan Aslinda Binti Mohd Nor

Page 11: Laporan Program

7.0 PENUTUP

Program Maulidur Rasul 2013M/ 1434H ini dapat dilaksanakan dengan jayanya berkat usaha gigih dan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak. Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pelaksanaannya pada tahun berikutnya dengan lebih berjaya lagi insya Allah, amin.

8.0 TANDATANGAN

Disediakan oleh

...............................................

( AISHATULSHIMA BINTI ALIAS ) Setiausaha Program Maulidur Rasul 2013M/1434H

Disemak oleh

..............................

( HASNA BIN BIDIN )

Pegawai Hal- Ehwal Pelajar ( Kebajikan dan Disiplin ) Kolej Komuniti Bandar Penawar

Disahkan oleh

..................................

( SAHALANI BIN BASAR )

Pengarah Kolej Komuniti Bandar Penawar