Laporan Program Ceramah Thn 6

3
LAPORAN PROGRAM CERAMAH MOTIVASI TAHUN 6 “PENGURUSAN MASA YANG BERKESAN & PERANCANGAN MENUJU KEJAYAAN DALAM PEPERIKSAAN” Program ceramah motivasi “Pengurusan Masa Yang Berkesan dan perancangan menuju kejayaan dalam pepriksaan” khas untuk murid-murid tahun 6 sesi 2014 telah dapat dilaksanakan dengan lancar pada 13 Mac iaitu pada hari Selasa di Dewan Bestari SK Batu Unjur. Program ini telah berlangsung selama hanpir 2 jam dan dikelolakan oleh penceramah jemputan iaitu En Khairuddin dari Wirajaya Excellent Consultancy yang merupakan sebuah Syarikat berdaftar yang kini sedang meningkat maju dan sering diundang untuk memberi ceramah dan perkhidmatan perlaksanaan program motivasi di sekolah sekitar Kuala lumpur dan Selangor. Beliau juga merupakan seorang motivator yang aktif dalam program-program kaunseling seperti memberi ceramah keibubapaan untuk program- program dibawah kelolaaan pusat-pusat pengajian tinggi dan sebagainya. Dalam ceramah selama hampir 2 jam ini, murid-murid didedahkan dengan pelbagai ilmu berkaitan akademik seperti pengurusan masa yang berkesan semasa di sekolah dan di rumah, teknik-teknik belajar untuk menjadi murid cemerlang, cara menjaga kesihatan diri dan pelbagai tip-tip lain untuk Berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

Transcript of Laporan Program Ceramah Thn 6

Page 1: Laporan Program Ceramah Thn 6

LAPORAN PROGRAMCERAMAH MOTIVASI TAHUN 6

“PENGURUSAN MASA YANG BERKESAN & PERANCANGAN MENUJU KEJAYAAN DALAM PEPERIKSAAN”

Program ceramah motivasi “Pengurusan Masa Yang Berkesan dan perancangan menuju

kejayaan dalam pepriksaan” khas untuk murid-murid tahun 6 sesi 2014 telah dapat

dilaksanakan dengan lancar pada 13 Mac iaitu pada hari Selasa di Dewan Bestari SK Batu Unjur.

Program ini telah berlangsung selama hanpir 2 jam dan dikelolakan oleh penceramah jemputan

iaitu En Khairuddin dari Wirajaya Excellent Consultancy yang merupakan sebuah Syarikat

berdaftar yang kini sedang meningkat maju dan sering diundang untuk memberi ceramah dan

perkhidmatan perlaksanaan program motivasi di sekolah sekitar Kuala lumpur dan Selangor.

Beliau juga merupakan seorang motivator yang aktif dalam program-program kaunseling seperti

memberi ceramah keibubapaan untuk program-program dibawah kelolaaan pusat-pusat

pengajian tinggi dan sebagainya.

Dalam ceramah selama hampir 2 jam ini, murid-murid didedahkan dengan pelbagai ilmu

berkaitan akademik seperti pengurusan masa yang berkesan semasa di sekolah dan di rumah,

teknik-teknik belajar untuk menjadi murid cemerlang, cara menjaga kesihatan diri dan pelbagai

tip-tip lain untuk Berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

Dalam program ini juga, murid-murid diberi kesedaran berkaitan pentingnya ilmu dalam

kehidupan dan bagaimana ilmu boleh membawa murid-murid menjadi insan yang berguna pada

masa kini dan akan datang.

Selain itu, murid-murid juga diberi kesedaran mengenai pengorbanan ibubapa dalam mendidik

mereka disamping pengorbanan guru-guru disekolah yang menjadi ibubapa kedua mereka .

Dalam program ini juga murid-murid diberi peluang untuk menampilkan kebolehan diri dan

melatih mereka untuk lebih berkeyakinan dengan meminta mereka memberi pendapat dan

bertanyakan soalan.

Page 2: Laporan Program Ceramah Thn 6

Secara keseluruhan, program ini dilihat Berjaya menarik minat murid-murid untuk mengikuti

aktiviti yang dijalanakan dengan baik dimana hampir semua murid begitu berminat dan memberi

tumpuan kepada apa yang disampaikan oleh penceramah. Semoga program ini member manfaat

kepada mereka bagi persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan UPSR kelak.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM AKAN DATANG :

1) Tempoh program dilanjutkan dan dibuat dalam bentuk bengkel agar murid dapat diberi

lebih banyak maklumat penting berkaitan tip-tip untuk menjadi murid cemerlang.

2) Program ini dilaksanakan ditempat yang lebih selesa dan membolehkan murid membuat

aktiviti dalam bentuk bengkel dan perbincangan bersama rakan dan motivator.

3) Penglibatan guru dalam program ini memandang guru adalah insana terdekat yang akan

membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada murid di sekolah.