teori memanah

11
KELAB MEMANAH SMK PADUKA TUAN , SEGAMAT 1) Stance (Cara berdiri)

description

moga membantu

Transcript of teori memanah

KELAB MEMANAHSMK PADUKA TUAN , SEGAMAT

1) Stance (Cara berdiri)

Pemanah berdiri tegak dengan keadaan selesa dan relaks. Kedudukan kaki pemanah hendaklah mengangkangi garisan panahan. Kai pemanah sepatutnya lebih kurang sama jarak dengan bahu pemanah di mana berat pemanah sepatutnya ditanggung oleh kedua-dua belah kaki dengan nisbah yang lebih kurang sama, berat tersebut hendaklah ditanggung oleh tumit dan hujung kaki pemanah. Ini dapat membantu keseimbangan dan menjadikan badan pemanah lebih stabil. Semasa memanah secara berturutan, kedudukan badan mestilah dikekalkan dalam keadaan stabil dimana tidak ada perubahan berat akibat dari bongkokkan badan. Sekiranya terdapat masalah dengan tali panah semasa pelepasan anak panah, pemanah harus menukar cara berdir kepada open stance. Apabila cara berdiri yang sesuai telah diperolehi, pemanah harus mengekalkan kedudukan ini bagi setiap panahan.

2) Nocking the Arrow (Memasukkan anak panah)

Anak panah dimasukkan ke tali panah dengan cara meletakkan nock anak panah ke tali panah di bawah penanda nocking. Pastikan Index Fletch menghala ke arah pemanah dan tolakkan ianya dengan lembut ke tali panah. Kemudian letakkan anak panah pada atas arrow rest.

3) Drawing Hand & Bow Hand (Tangan penarik & Tangan pemegang busar)

Content 3

Kebiasaanya tiga jari digunakan untuk tujuan menarik tali panah iaitu jari telunjuk, jari hantu dan jari manis. Jari telunjuk diletakkan di sebelah atas anak panah sementara jari hantu dan jari manis disebelah bawah. Bengkokkan jari supaya sendi ketiga-tiga jari tersebut sebaris dengan tali panah.

Berikan sedikit ruang antara jari telunjuk dan jari hantu supaya kedua-dua jari tersebut tidak menyentuh anak panah. (Ini untuk mengelakkan dari anak panah itu dicubit (pinching)) Biarkan belakang tangan serata yang boleh. Bengkokkan ibu jari ketapak tangan supaya dapat diletakkan pada pipi semasa tarikan penuh. Tarik sedikit tali panah untuk menyediakan jari-jari tersebut untuk tarikan penuh. Semasa menarik tali panah, tekanan hendaklah dibahagikan samarata kepada ketiga-tiga jari tersebut.

Letakkan tangan pemegang bow pada tempat pemegang dengan garis tengah berkedudukan diantara ibu jari dan jari telunjuk sebaris dengan pusat busar seperti yang dipaparkan dalam rajah diatas. Tapak otot ibu jari hendaklah diletakkan pada garis tengah pemegang busar. Semasa menarik, tekanan sepatutnya diterima oleh otot ibu jari dan terus kepada pergelangan tangan (Kedudukan pergelangan tangan rendah). Jari dan ibu jari patut dibiarkan dalam keadaan relax. Sekiranya pengikat jari atau pengikat busar tidak digunakan, hujung jari hendaklah dibengkokkan sedikit supaya menyentuh busar dengan lembut. Ini akan menghalang busar daripada terlepas semasa anak panah dilepaskan. Kedudukan tangan pada pemengang busar hendaklah konsisten pada setiap kali panahan dilakukan.

4) Bow Arm & PreDraw

Luruskan lengan pemegang busar untuk mendapatkan kedudukan tangan pada tempat pemegang busar. Kemudian angkat lengan pemegang busar dan lengan penarik tali serentak pada kedudukan seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah. Kekalkan bahu hadapan pada kedudukan rendah. (Bahu tidak oleh dibiarkan bergerak ke hadapan atau kebelakang kerana ini akan mengubah jaraktarikan) Kekalkan siku lengan penarik pada kedudukan separas mata kerana ini akan membantu menggerakkan otot belakang menarik pada tarikan penuh.

5) Drawing the Bow / FullDraw

Pada kedudukan sebelum menarik( Pre-Draw position), gunakan otot belikat untuk menarik siku lengan penarik kebelakang dalam satu tarikan yang licin sehinggalah tangan penarik terkena dagu pemanah. Kedudukan kepala dan badan tidak boleh bergerak. (Tarik tali ke arah muka, bukan muka bergerak kepada tali) Daya tolakan pada busar dan daya tarikan pada lengan penarik akan memberikan keseimbangan pada badan.

6) Achoring

Istilah anchor ialah apabila tangan penarik diletakkan pada tulang dagu dan tali panah menyentuh muka. Adalah sangat penting jari telunjuk menyentuh rahang dengan lembut, ibu jari dibengkokkan kedalam tapak tangan supaya senang untuk menyentuh leher dan tali panah menyentuh dagu (dan hidung sekiranya boleh ). Kaitan antara kedudukan-kedudukan ini adalah penting kerana ianya bertindak sebagai pandangan dari belakang, jadi adalah penting untuk mengekalkan kedudukan-kedudukan tersebut dengan konsistan. Ia juga untuk mendapatkan tarikan penuh yang konsisten. Sebarang perubahan terhadap kedudukan-kedudukan tersebut akan mangubah tenaga yang digunakan seterusnya mempengaruhi penerbangan anak panah.

7) Holding & Aiming (Menahan & Membidik)

Istilah holding(menahan) ialah apabila tekanan ditanggung oleh otot beakang (belikat) dan apabila tangan yang memegang panah digerakkan selari dengan sight ( tempat membidik) dan ditengah-tengah sasaran. Semasa sight digerakkan kearah tengah sasaran keselarian tali panah patut diperiksa. Keselarian tali panah, seperti yang di tunjukkan di dalam gambar, tali panah adalah selari dengan dengan busar dan pin sight. Apabila busar dipegang dengan betul pada kedudukan menegak tali panah dan hujung busar akan kelihatan selari. Terdapat beberapa langkah yang perlu diperiksa untuk memastikan semuanya berada dikedudukan yang betul. Sekiranya sebarang bahagian badan dirasakan tidak betul, adalah lebih baik berhenti dahulu, turunkan busar dan mula semula. Apabila membidik ke tengah sasaran, adalah pekara biasa apabila pandangan sight pin itu seperti berputar disekitarnya. Dengan melakukan banyak latihan, pekara ini akan berkurangan.Apabila sight pin digerakkan ke atas, anak panah akan ke bawah, sight pin ke bawah, anak panah akan bergerak ke atas.

8) The Release (Pelepasan)

Melepaskan tali panah adalah langkah yang paling penting semasa memanah. Sekiranya tidak dilakukan dengan betul, semua langkah yang telah diambil sebelum itu adalah sia-sia.Untuk melepaskan anak panah dengan betul,tali panah yang dipegang hendaklah dibenarkan mengelongsor (slip) dari jari. Ketiga-tiga jari mesti melepaskan tali panah dengan serentak. Ini hendaklah dilakukan dengan biasan yang sedikit. Apabila pelepasan anak panah dilakukan dengan baik, tangan penarik sepatutnya bergerak ke belakang keran otot belakang (belikat) akan menarik tangan penarik ke belakang dan jari-jari sepatutnya berada di belakang leher.

9) Follow Through (Ikut lajak)

Ikut lajak ( follow through) ialah mengekalkan kedudukan lengan pemegang busar pada kedudukan pelepasan anak panah sehinggalah anak panah mengenai sasaran. Sebarang pergerakkan semasa pelepasan anak panah akan mempengaruhi cara penerbanganya. Kedudukan kepala dan badan patut dikekalkan, dan tangan penarik hendaklah digerakkan ke belakang semasa pelepasan anak panah. Adalah penting untuk tidak menjatuhkan tangan pemegang busar selepas pelepasan anak panah, ia akan menyebabkan anak panah mendarat rendah daripada sasaran. Menggerakkan kepala ke kiri atau kekanan untuk melihat anak panah juga akan menyebabkan tangan pemegang busar bergerak ke kiri atau kanan.

10) Relaxing (Rehat)

Pemanah mesti merehatkan diri selepas setiap panahan dibuat supaya otot-otot dapat pulih daripada kerja yang dilakukan sebelumnya. Rehat dlam tempoh 20 hingga 30 saat adalah mencukupi untuk otot-otot bersedia bagi panahan seterusnya. Sekiranya otot-otot tidak mendapat rehat yang secukupnya, ia akan menjadi kebas selepas beberapa panahan yang berterusan. Memanah dalam keadaan otot-otot yang letih akan menyebabkan panahan menjadi tidak konsisten. Masa rehat juga digunakan untuk menganalisa keputusan panahan sebelumnya dan memikirkan cara-cara membetulkan kesilapan yang telah dilakukan.

Adalah penting untuk memeriksa kesemua 10 langkah asas bagi setiap kali panahan dibuat. Sekiranya sati daripada 10 langkah itu mempunyai kecacatan,maka pemanah tidak akan dapat menghasilkan panahan yang persis dan jitu.