LATIH TUBI SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 · PDF filePilih satu daripada soalan di bawah dan...

3
1 NAMA : ………………………………………… TINGKATAN : ………….. LATIH TUBI SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 Bahasa Melayu 1103/1 Kertas 1 Ogos 2 ¼ jam DUA JAM LIMA BELAS MINIT JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B 3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan. Sekiranya buku jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambaahan daripada pengawas peperiksaan. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak

Transcript of LATIH TUBI SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 · PDF filePilih satu daripada soalan di bawah dan...

Page 1: LATIH TUBI SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 · PDF filePilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang ... 1 Aktiviti kokurikulum di ... Bincangkan faedah-faedah

1

NAMA : ………………………………………… TINGKATAN : …………..

LATIH TUBI SPM 2016

BAHASA MELAYU KERTAS 1

Bahasa Melayu 1103/1

Kertas 1

Ogos

2 ¼ jam DUA JAM LIMA BELAS MINIT

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B

2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B

3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan. Sekiranya buku

jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambaahan daripada pengawas peperiksaan.

4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi

Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak

Page 2: LATIH TUBI SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 · PDF filePilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang ... 1 Aktiviti kokurikulum di ... Bincangkan faedah-faedah

2

Bahagian A

[ 30 markah ]

[Masa dicadangkan: 45 minit]

Lihat gambar-gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan

menganjurkan Rumah Terbuka Malaysia dalam kalangan masyarakat. Panjangnya huraian

hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Hari Raya Aidilfitri

Tahun Baru Cina Deepavali

Kepentingan menganjurkan Rumah Terbuka Malaysia

Memupuk perpaduan kaum

Mengenali budaya dan adat resam kaum lain

Memajukan industri pelancongan

Page 3: LATIH TUBI SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 · PDF filePilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang ... 1 Aktiviti kokurikulum di ... Bincangkan faedah-faedah

3

Bahagian B

[100 markah]

[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada

350 patah perkataan.

1 Aktiviti kokurikulum di sekolah memberikan pelbagai manfaat kepada murid-murid

yang menyertainya.

Bincangkan faedah-faedah anda menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum di sekolah

sehingga menjadi murid yang cemerlang.

2 Dewasa ini penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. atau TMK amat

diperlukan agar pengguna terutamanya remaja memperoleh ilmu pengetahuan.

Huraikan kepentingan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam

kehidupan remaja..

3 Pelbagai usaha telah dijalankan untuk menambah baik sistem pengangkutan darat di

negara kita.

Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk mendidik pengguna agar berhemah

di jalan raya.

4 Pada era globalisasi ini, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang akan menentukan

kejayaan sesorang itu.

Jelaskan kepentingan menguasai ilmu dalam pelbagai bidang pada masa ini.

5 Sekolah anda telah menganjurkan pertandingan menulis cerpen untuk dimuatkan dalam

majalah sekolah. Cerpen itu bertemakan penghargaan terhadap jasa warga tua.

Tulis cerpen tersebut selengkapnya.

KERTAS SOALAN TAMAT