lAYANG-LAYANG KERTAS KERJA

8
LAYANG-LAYANG SERIBULAN

description

TUGASAN TENTANG CARA DAN PERMAINAN TRADISIONAL LAYANG-LAYANG KERTAS KERJA UNTUK MENGANJUR PERMAINAN TRADISIONAL

Transcript of lAYANG-LAYANG KERTAS KERJA

Page 1: lAYANG-LAYANG KERTAS KERJA

LAYANG-LAYANG SERIBULAN

HELANG

Page 2: lAYANG-LAYANG KERTAS KERJA

Bahan-bahan:

Untuk permainan laying-layan, bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

a) Rangka

I. Bilah-bilah buluh tau rotan

II. Kertas putih nipis dan ringan serta tidak mudah koyak.

III. Benang pengikat dan benang teraju.

IV. Perekat daripada sagu ubi.

b) Tali

I. Tali benang buku nombor 8 atau benang lilit serban atau benang

garmen.

II. Perekat sagu ubi.

III. Kaca yang ditumbuk.

c) Dengung?Kumbang-kumbang

I. Bilah buluh

II. Mengkuang/buluh raut yang nipis/kulit lintah

Cara Membuatnya.

1) Untuk menentukan saiz dan bentuk laying-layang yang hendak dbuat, maka

tulang tengahnya memainkan peranan yang penting. Jika panjang tulang

tengahnya maka besarlah saiz laying-layang itu. Tulang tengah diraut dan

dikerat mengikut saiz yang dikehendaki.

2) Dua bilah buluh yang lain diikat kepada tulang tengah untuk dijadikan kepak.

Bilah-bilah kepak ini diraut supaya menjadi sama berat. Keseimbangan ketika

mengikat bilah-bilah kpak ini adalah sangat penting untuk menentukan

kejayaan penerbangannya nanti.

3) Pembentukan bahagian ekor laying-layang ini adalah terpulang kepada

jenisnya. Jika laying-layang helang hendak dibentuk, maka ekornya akan

dibuat dalam bentuk ekor helang. Demikian juga dengan jenis seribulan dan

lain-lain. Bagi laying-layang bawal pula sungguhpun ekornya perlu, tetapi

ianya merupakan lanjutan dari rangka kepak di bhagian bawah yang tersilang

Page 3: lAYANG-LAYANG KERTAS KERJA

4) Apabila ragka telah siap dibuat, maka kertas putih yang nipis akan dilekatkan

ke atas rangka-rangka tersebut dengan perekat sagu ubi.

5) Seterusnya laying-layang ini akan dilekatkan dengan kertas-kertas warna

yang telah dipotong dalam berbagai-bagai bentuk hiasan seperti bentuk

bunga, tumbuh-tumbuhan menjalar menjalar dan awan larat.

6) Benang teraju juga akan dipasang dari tiga penjuru. Iaitu dua dari bahagian

tulang atas kepak dan satu dari bahagian bawah tulang tengah. Benang-

benang teraju tersebut ditemukan untuk menjadi seimbang.

7) Dengung/kumbang-kumbang adalah disediakan secara berasingan. Ia akan

dipasangkan di bahagian atas layang-layang hanya ketika layang-layang itu

Page 4: lAYANG-LAYANG KERTAS KERJA

hendak diterbangkan. Dengung/kumbang-kumbang ini diperbuat dari buluh

yang sangat nipis, dari jenis buluh menuang atau mengkuang atau kulit lintah,

yang diregangkan kepada sebilah buluh yang telah diraut. Setelah diregang ia

akan berbentuk seperti panah.

8) Setelah layang-layang siap dibuat, maka segulung benang pun diikat kepada

terajunya. Benang yang diikat kepada teraju layang-layang adalah terdiri dari

dua jenis. Satu jenis yang tidak dibubuh kaca. Jenis ini hanya digunakan

untuk melihat lenggang-lenggok layang-layang ketika terbang di angkasa.

Bagi benang yang dibubuh serbuk kaca pula, adalah bertujuan untuk

memutuskan tali layang-layang lawan.

Page 5: lAYANG-LAYANG KERTAS KERJA

Jenis-Jenis Pertandingan

Kerapkali pertandingan layang-layang ini dilakukan secara tidak formal, ia hanya

dilakukan dengan cara pendapat orang ramai.

1. Layang-layang yang tegak dan cantik lenggang-lenggoknya akan mendapat

pujian.

2. Layang-layang yang merdu dengungnya atau kumbang-kumbangnya akan

mendapat pujian.

3. Layang-layang yang cantik hiasan dan buatannya akan menerima sanjungan.

4. Layang-layang akan Berjaya memutuskan tali layang-layang lain akan dikira

jaguh.

Pemain-Pemain

Pada kebiasaannya pemain-pemain layang-layang adalah terdiri daripada kaum

lelaki:

a. Lelaki dewasa yang biasanya bermain layang-layang yang besar seperti jenis

seribulan dan helang.

b. Kanak-kanak lelaki pula biasanya bermain layang-layang jenis bawal.

Angin

Ada ketikanya pemain layang-layang mengalami keputusan angina. Apabila berlaku

keadaan ini maka terdapat sebilangan pemain menyeru angina datang dengan

serangkap kata:

Lo-o-o-wang,

Puyuh ladang,

Angin datang,

Layang-layang nak terbang.

Cerita-cerita yang berkaitan

Dalam permainan layang-layang pada zaman dahulu, beberapa cerita yang menarik

sering dikaitkan.

Page 6: lAYANG-LAYANG KERTAS KERJA

a. Kisah seorangteruna yang berhasrat untuk memikat hati seorang dara

dengan menggunakan layang-layangnya sebagai media perhubungan. Si

dara terpesonan apabila terdengar alunan dengung layang-layang Si teruna.

Maka terjalinlah hubungan mesra antara kedua teruna dan dara.

b. Kisah wau ajaib mengenai pertemuan Puteri Maharaja Jui dan Desa Muda

dalam cerita Mak Yong yang terkenal.

c. Kisah nasib seorang pemuda miskin yang telah beruntung dapat memikat hati

seorang puteri raja. Secara kebetulan, layang-layang yang dinaikkan oleh

pemuda itu telah terputus dan jatuh ke dalam istana. Puteri raja yang

kebetulan berada di perkarangan istana telah menyambut kejatuhan layang-

layang itu. Apabila puteri raja cuba memulangkan kembali layang-layang

tersebut, maka terjalinlah cinta pandang pertama.

d. Kisah bagaimana seorang putera dan seorang puteri berutus-utus surat

melalui layang-layang. Putera menyelitkan surat kepada layang-layang yang

diterbangkan ke arah mahligai yang dikawal ketat.

Pandangan Dari Pakarujuk

Suatu pesta permainan rakyat harus diadakan pada tiap-tiap tahun dimana layang-

layang menjadi salah satu acaranya. Dalam permainan layang-layang penilaian

boleh dibuat berdasarkan perkara-perkara berikut:

1. Kepakaran pembuatan dan bentuk

2. Hiasan layang-layang

3. Lenggang-lenggok di angkasa

4. Irama dengung/kumbang-kumbang

5. Kejuaraan memutuskan tali

Dengan adanya pesta tersebut, maka warisan budaya bangsa akan terpelihara. Ia

juga akan memberi ilham kepada pelajar-pelajar dan mereka yang berminat untuk

mengembangkan kreativiti mereka.