Leksikologi

34
1.0 Pengenalan Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kamus bermaksud buku yang mengandungi kata-kata yang disusun menurut abjad dengan keterangan mengenai makna perkataan dan lain-lain. Di Malaysia, beberapa jenis kamus iaitu Kamus Ekabahasa (Monolingual Dictionary), Kamus Dwibahasa (Bilingual Dictionary) dan Kamus Pelbagai Bahasa atau Aneka Bahasa (Multilingual Dictionary). Menurut Ibrahim Ahmad (1994), terdapat kepelbagaian kamus yang berjaya dicipta berdasarkan jenis Kamus Ekabahasa. Antara contoh kamus lain ialah seperti Kamus Umum, Kamus Khusus, Kamus Istilah, Kamus Bergambar, Kamus Bahasa Baku dan Kamus Edisi Pelajar. Dari segi latar belakang sejarah penghasilan kamus di Tanah Melayu, menurut Asmah Haji Omar (1987) kamus Melayu yang paling awal pernah diketahui merupaka senarai kata Melayu-Cina, yang terdiri dari 482 kata entri yang dikumpulkan antara 1403M dan 1511M. Selepas itu, terdapat pula Senarai Pigafetta yang terdiri dari 426 kata entri 1

description

Kamus Dapat Menyelesaikan Masalah Kebahasaan Kepada Pengguna Bahasa

Transcript of Leksikologi

Page 1: Leksikologi

1.0 Pengenalan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kamus bermaksud buku yang

mengandungi kata-kata yang disusun menurut abjad dengan keterangan

mengenai makna perkataan dan lain-lain. Di Malaysia, beberapa jenis kamus

iaitu Kamus Ekabahasa (Monolingual Dictionary), Kamus Dwibahasa (Bilingual

Dictionary) dan Kamus Pelbagai Bahasa atau Aneka Bahasa (Multilingual

Dictionary). Menurut Ibrahim Ahmad (1994), terdapat kepelbagaian kamus yang

berjaya dicipta berdasarkan jenis Kamus Ekabahasa. Antara contoh kamus lain

ialah seperti Kamus Umum, Kamus Khusus, Kamus Istilah, Kamus Bergambar,

Kamus Bahasa Baku dan Kamus Edisi Pelajar.

Dari segi latar belakang sejarah penghasilan kamus di Tanah Melayu,

menurut Asmah Haji Omar (1987) kamus Melayu yang paling awal pernah

diketahui merupaka senarai kata Melayu-Cina, yang terdiri dari 482 kata entri

yang dikumpulkan antara 1403M dan 1511M. Selepas itu, terdapat pula Senarai

Pigafetta yang terdiri dari 426 kata entri Melayu dengan maknanya dalam

bahasa Itali, dan senarai ini diolah semula oleh Alessandrino Bausani dan

diterbitkan dalam karangannya yang bertajuk “Perbendaharaan Kata Itali-Melayu

yang Pertama Kali oleh Antonio Pigafetta” (Dewan Bahasa, Jilid VI, Bilangan 11

dan 12, 1961.

1

Page 2: Leksikologi

Kamus Ekabahasa yang wujud dalam dunia Perkamusan Melayu

pernghasilangnya tidaklah begitu banyak pada awalnya. Terdapat dua kamus

ekabahasa yang ditemui iaitu Kamus Al-Mahmudiah (dalam tulisan Jawi) oleh

Mahmud Bin Al-Marhum Abdul Kadir Al-Hindi yang pertama kali dicetak dalam

tahun 1894 dan pada kali keduanya pada 1925. Kamus yang kedua pula disusun

oleh Raja Ali Haji dalam tahun 1858 dan diberi nama Kitab Pengetahuan

Bahasa.1 Melalui penyusunan kamus ekabahasa ini, maka tercetuslah

perkembangan dan kepesatan dunia perkamusan Melayu di Malaysia hingga ke

hari ini.

Tugas utama kamus adalah untuk memberi makna atau takrif kepada

kata. Pemberian makna ini adalah dengan menggunakan kata-kata juga. Dalam

perkataan lain, dalam perkamusan kita tidak ada jalan kecuali memberi makna

kepada sesuatu lambang dengan menggunakan lambang itu sendiri.

Penghasilan kamus juga sebenarnya mempunyai peranan yang sangat penting

iaitu untuk menyelesaikan masalah-masalah kebahasaan yang wujud dalam

sesuatu bahasa. Berdasarkan tajuk “Kamus Dapat Membantu Pengguna Bahasa

Menyelesaikan Masalah Kebahasaan” tugasan ini akan membincangkan

bagaimana kamus dapat menyelesaikan masalah kebahasaan yang timbul

kepada pengguna bahasa.

2

Page 3: Leksikologi

2.0 Bagaimana Kamus Menyelesaikan Masalah Kebahasaan

Terdapat pelbagai masalah kebahasaan yang wujud sesuatu bahasa dan

bahasa Melayu juga mempunyai masalah-masalah yang tersendiri. Antara

masalah-masalah bahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu ialah ; kata

pinjaman, kamus khusus, kata istilah, masalah bahasa asing, kata arkaid,

masalah ejaan, masalah sebutan, masalah makna, masalah penggunaan kata

dalam ayat dan masalah etimologi. Berikut adalah bagaimana kamus dapat

menyelesaikan masalah-masalah tersebut.

2.1 Kata Pinjaman

Mana-mana bahasa di dunia ini pun tidak akan terlepas daripada

meminjam kosa kata dari bahasa lain bagi memenuhi pelbagai tujuan dan juga

tuntutan. Dalam dunia yang serba moden ini, kepesatan keilmuan dan kepesatan

kosa kata baharu, serta pembakuan bahasa menyebabkan banyaknya kata

pinjaman yang diserap masuk ke dalam bahasa Melayu. Antara kata pinjaman

yang diserap masuk menjadi perkataan bahasa Melayu adalah kata-kata

daripada bahasa Arab, bahasa Sankrit, bahasa Inggeris, bahasa Jawa dan

sebagainya. Kewujudan kata-kata pinjaman ini menyebabkan para pengguna

bahasa sukar untuk memahami maksud-maksud perkataan tersebut kerana

3

Page 4: Leksikologi

kebanyakan kata pinjaman adalah terdiri daripada perkataan yang sukar-sukar

untuk difahami. Justeru, kewujudan kamus seperti kamus ekabahasa dapat

memberi makna perkataan-perkataan yang dipinjam ini kepada para pengguna

supaya mereka tidak lagi susah untuk mentakrifkan dan menggunakan

perkataan tersebut.

Melalui kata yang dipinjam, secara tidak langsungnya dapat

mencerminkan perkembangan dan kematangan pemikiran bangsa Melayu dalam

pelbagai aspek kehidupan. Antaranya adalah politik, sosial, ekonomi, budaya,

sains, teknologi dan pelbagai lapangan lagi.2 Melalui kamus yang digubal,

misalnya Kamus Ekabahasa3 dapat menyelesaikan masalah kebahasaan untuk

mengungkapkan perkara-perkara baru melalui kata masukannya. Hal ini

membawa maksud bahawa kamus tersebut dapat menjadi pedoman, penjelasan,

dan petunjuk kepada penggunanya. Perkara ini menjadi bukti penting bagi

menunjukan kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa bahasa ilmu serta

sarana negara dalam pelbagai bidang.4 Contoh kata-kata pinjaman boleh dilihat

seperti jadual di bawah:

Bil Kosa Kata Definisi Bidang Asal

1 Wirid Zikir yang dibaca selepas

sembahyang

Agama Arab

2 Warak Taat dan patuh kpd Allah Agama Arab

3 Wajid Hukum suruhan dalam Islam Agama Arab

4 Tikpi Sejenis senjata yang

hujungnya bercabang tiga

Sosial Cina

4

Page 5: Leksikologi

5 Teko Sejenis cerek daripada

tembikar

Budaya Cina

6 Tauke Tuan punya badan perniagaan Ekonomi Cina

7 Komunikasi Perhubungan secara langsung

atau tidak

Teknologi Inggeris

8 Teknologi Aktiviti atau kajian yang

menggunakan pengetahuan

sains untuk tujuan praktis

Teknologi Inggeris

9 Institut Organisasi yang ditubuhkan

untuk tugas tertentu

Pendidikan Inggeris

10 Yayi Adik atau adinda Sosial Jawa

(Sumber : Kamus Dewan Edisi

Keempat)

Oleh itu, sekiranya bahasa Melayu itu sendiri tidak diselaraskan dengan

perkembangan teknologi maklumat ini, tidak mustahil bahasa kebangsaan suatu

hari nanti akan ketinggalan. Salah satu cara untuk mencapai cita-cita ke arah

penggunaan bahasa Melayu secara global ialah dengan mengemas kinikan ilmu

perkamusan Melayu itu sendiri dengan pelbagai cara.

2.2 Kamus Khusus

5

Page 6: Leksikologi

Menurut Ibrahin Ahmad (1994:40), kamus ini mendukung satu juzuk

dalam keseluruhan unit leksikal dalam sesuatu bahasa. Sesuai dengan konsep

leksikon sebagai himpunan maklumat tentang makna kata dan penggunaan kata

dalam sesuatu bahasa, maka kamus khusus terdiri sebagai satu juzuk kecil

daripada himpunan pelbagai medan dalam sebuah kamus umum. Akibat untuk

memenuhi tuntutan dan keperluan semasa, kamus khusus ini secara tidak

langsungnya diterbitkan. Pengguna kamus ini terdiri daripada golongan pelajar

peringkat tinggi, golongan akademik dan juga profesional. Ada yang mengatakan

bahawa kamus jenis ini menjadi pelengkap kepada kamus umum. Antara kamus

jenis ini ialah Kamus Dialek, Kamus Akronim, Kamus Peribahasa, Kamus

Ungkapan dan banyak lagi. Kamus Khusus ini juga dikenali sebagai kamus

songsang (reversed dictionary).5

Bagi pengguna bahasa yang sudah mahir dalam bahasa Melayu,

kewujudan kamus khusus ini dapat memudahkan mereka untuk membuat

rujukan ekoran kepelbagaian ilmu bahasa yang semakin berkembang. Bagi

mereka yang ingin belajar bahasa pula, Kamus Khusus ini dapat membantu

mereka untuk lebih memahami dan mendalami sesuatu bidang ilmu bahasa yang

lain kerana entri-entri yang terdapat dalam kamus Khusus tidak terdapat dalam

Kamus Umum.

2.2.1 Kamus Istilah

6

Page 7: Leksikologi

Perkataan Istilah itu sendiri merujuk kepada kata atau gabungan kata

yang dengan jelas menerangkan makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang

khusus dalam bidang tertentu. Contohnya dalam bidang sains seperti hablur,

medan magnet, metamorfosis.6 Perkataan ini merupakan kata pinjaman dari

bahasa Arab. Kamus ini merupakan bawah subgolongan kepada Kamus Khusus.

Kamus yang menyelesaikan masalah kata istilah ini dinamakan Kamus Istilah.

Kamus jenis ini hanya memuatkan kata-kata yang menjadi istilah dalam bidang

ilmu atau lapangan tertentu sahaja. Selain itu, kamus ini juga mempunyai

golongan sasaran khusus ataupun khalayak tertentu sahaja. Ini bermaksud

bahawa kamus ini hanya akan digunakan oleh mereka yang mengikuti bidang

tertentu secara khusus sahaja.

Masalah yang dihadapi oleh pengguna ialah kesukaran untuk memamahi

istilah-istilah khusus yang tiada dimasukkan dalam entri Kamus Umum. Oleh

yang demikian, kamus ini dicipta untuk membolehkan pengguna dalam lapangan

tertentu atau lapangan lain mengetahui makna istilah-istilah yang tertentu serta

memahami konsep-konsep yang wujud dalam sesuatu lapangan. Kamus jenis ini

membawa peranan yang cukup penting bagi membantu perhubungan antara

mereka yang bergiat dalam bidang tertentu dengan orang yang berada di luar

bidang tersebut ataupun antara pakar-pakar dalam bidang yang sama tetapi

berbicara dengan bahasa yang berlainan.

7

Page 8: Leksikologi

Hal ini dapat dilihat pada Kamus Linguistik yang hanya membicara kosa

kata dalam bidang Linguistik sahaja. Perlulah diingati bahawa dalam kamus

istilah ini, panjang pendeknya daftar istilah dan besar kecilnya kamus istilah ini

bergantung pada masuk atau tidaknya konsep yang sangat spesifik itu ke dalam

kumpulan yang dimaksudkan. Golongan penggunalah yang dijadikan sasaran

dalam menentukan taraf pengkhususannya. Pada amnya Istilah boleh dibentuk

melalui proses pinjam terjemah atau melalui istilah pinjaman.7

2.3 Masalah Bahasa Asing

Secara amnya, apabila seseorang itu mengalami masalah dalam

mempelajari bahasa asing, mereka akan merujuk kepada kamus dwibahasa atau

pun Bilingual Dictionary. Kamus ini menggunakan dua bahasa, yakni kata

masukan daripada bahasa yang dikamuskan diberi padanan atau pemerian

takrifnya dengan menggunakan bahasa yang lain.8 Contohnya dapat dilihat pada

Kamus Dwibahasa Oxford Fajar (Inggeris-Melayu;Melayu-Inggeris.) Ini

bermaksud bahawa bahasa yang digunakan untuk memberikan batasan

pemerian dan penyajian makna adalah bahasa yang berbeza dengan bahasa

entri yang diberikan batasan pemerian dan penyajian makna.9

Jika ditelusuri sejarah perkamusan Melayu itu sendiri, pandangan atau

tafsiran kamus dwibahasa ini didasarkan pada bahasa sumbernya iaitu bahasa

Melayu atau Indonesia dengan bahasa padanan seperti bahasa Arab, Belanda,

8

Page 9: Leksikologi

Inggeris, Cina, Itali, Perancis, Rusia, Tamil/ Sanskrit/ Urdu dan juga bahasa

Thai.10 Keinginan para sarjana Barat untuk mempelajari dan mendalami kosa

kata bahasa Melayulah yang menyebabkan terhasilnya kamus dwibahasa ini.

Golongan tersebut mempunyai pelbagai matlamat serta tujuan dan juga faktor.

Antaranya ialah memudahkan komunikasi dengan rakyat tempatan kerana

mereka kebanyakannya terdiri daripada para pedagang. Selain itu juga,

bertujuan untuk menyebarkan agama mereka dengan cara halus.

Para perantau yang berasal dari Barat tersebut secara tidak langsung

mengambil kesempatan untuk membuat koleksi kata-kata tersebut. Antara tahun

1511 sehingga tahun 1631, bentuk penyusunan kamus lebih berupa daftar

perkataan. (Yusuf Hitam 1961:151). Menurut catatan sejarah, kamus Melayu

yang terawal dan tertua yang bersifat daftar kata ialah himpunan 482 kata

Melayu-Cina yang dikumpulkan sekitar tahun 1403 M hinggga 1511 M (Asmah

Omar 1987:3). Kamus berkenaan dengan jelasnya menunjukan daftar kata yang

1 Dipetik daripada Syarahan Asmah Haji Omar(1987) Perkamusan Melayu : Suatu Penilaian.2 Dipetik daripada Ibrahim Ahmad. Perkamusan Melayu : Suatu Pengenalan. hlmn 1243 Kamus ini hanya menggunakan satu bahasa.Kata-kata iaitu entri yang dijelaskan dan

penjelasannya adalah terdiri daripada bahasa yang sama.4 Ibrahim Ahmad. Perkamusan Melayu : Suatu Pengenalan. hlmn 1245 Ibid hlmn 406 Dipetik daripada ‘Konsep-konsep Dasar’ http://www.karyanet.com.my/knetbeta/ebook/pedoman/

PanduanUmumPembentukanIstilahBahasaMelayu.pdf. 7 Hajah Halimah Haji Ahmad ” Nukleus: Pembentukan Istilah dan Kata Pinjaman” dipetik daripada

http://www1.bharian.com.my/Misc/DBP/Artikel/Berita/20080820101129/ArtBerita/8 “Kamus” dipetik dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Kamus9 Ibrahim Ahmad. Perkamusan Melayu : Suatu Pengenalan. hlmn 510 Ibid hlmn 5

9

Page 10: Leksikologi

terhasil sebelum kedatangan Portugis. Hal ini kerana tiadanya pinjaman kosa

kata bahasa berkenaan dalam kamus yang dibuat.

Penemuan kamus yang seterusnya ialah penyusunan 426 daftar kata Itali-

Melayu yang disusun oleh Antonio Pigafetta pada tahun 1522. Ini dapat dilihat

melalui contoh-contoh dibawah:11

Daftar Kata Itali Sebutan Daftar Kata Melayu

Algenero Minanthu Menantu

Al homo (Man) Horan Orang

A la mano (Hand) Tanghan Tangan

A la Capra (Goat) Cambin Kambing

Al fredo (Cold) Dinghin Dingin

Grasso (Fat) Gamuch Gemok

Sehubungan dengan itu, kamus berfungsi untuk membantu pengguna

bahasa untuk mengetahui makna perkataan dengan merujuk kepada kamus dwi-

bahasa.

2.4 Kata Arkaid (Arkaik)

Arkaik itu sendiri bermaksud kuno, iaitu sudah ketinggalan zaman. Kata

arkaid itu secara tidak langsung bermaksud berkaitan dengan kata, ungkapan

11 Ibid hlmn 6

10

Page 11: Leksikologi

dan sebagainya yang sudah tidak lazim lagi dipakai.12 Pada masa kini, kita dapat

melihat kata-kata arkaik yang digunakan dalam karya-karya sastera berbentuk

klasik seperti Sejarah Melayu dan juga Sulalatus Salatin. Oleh sebab karya-

karya tersebut merupakan warisan turun-temurun, maka dari segi kosa katanya

dan konsep, banyak menggunakan bahasa arkaik yang kita tidak fahami

maknanya.

Oleh yang demikian, pengguna bahasa perlulah merujuk kepada kamus

untuk memahami makna sebenarnya. Seperti contoh perkataan maka, hatta,

arakian dan juga kendatipun yang pada masa kini, tidak ramai masyarakat yang

memahami makna lagi. Antara rujukan untuk mencari makna kata arkaid ialah

Kamus Dewan dan yang terbaru ialah Kamus Kata Klasik oleh Rahman Saari.

Dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga, penggunaan tanda pedang (†) menandakan

bahawa sesuatu entri itu bersifat arkaik. Tanda tersebut telah digantikan dengan

singkatan ark. Penggunaan singkatan ark ini telah diselaraskan dalam seluruh

Kamus Dewan Edisi Keempat. Dalam kamus ini, label tesebut digunakan

sebagai peringatan bahawa kata berkenaan : 13

o Jarang dipakai

o Penggunaannya terbatas kepada sesuatu daerah atau lingkungan sahaja.

o Sudah kuno atau mati

12 Kamus Dewan Edisi Keempat, hlmn 7813 Dipetik dari ”Penghargaan Kamus Dewan Edisi Keempat” hlmn xviii

11

Page 12: Leksikologi

o Disangsi kebenarannya (disebabkan salah baca, salah tulis, salah dengar,

dan lain).

2.5 Masalah Ejaan

Selain itu juga, kamus dapat membantu seseorang untuk mengatasi

masalah kebahasaan dari sudut ejaan. Masalah ejaan ini dapat dilihat pada kata

standard dan juga variasi-variasi yang terdapat dalam sesuatu bahasa. Ejaan

yang digunakan dalam Kamus Dewan ialah Ejaan Rumi Baru yang telah

diisytiharkan pemakaiannya secara rasmi pada 16 Ogos 1972, dan sejajar

dengan pedoman serta senarai perkataan yang terdapat di dalam Daftar Umum

Sebutan Baku Bahasa Melayu (DBP, 1991).14 Atas beberapa pertimbangan,

sebilangan besar perkataan yang berbeza daripada bentuk standard masing-

masing, iaitu yang merupakan variasi kata, serta bentuk tertentu variasi ejaan,

masih dimuatkan dalam kamus ini sebagai kata masukan yang dirujukkan

kepada bentuk ejaan standard, dengan tanda anak panah.

o abintara sl pesuruh raja; —> bentara.

o ajahan; ikan ~ sj ikan; —> jahan

o cenggeret (cenggérét) —> tonggeret.

(Sumber : Kamus Dewan Edisi

Keempat)

14 Dipetik dari ”Pendahuluan Kamus Dewan Edisi Ketiga” hlmn xxiii

12

Page 13: Leksikologi

Berikut merupakan keterangan lanjut tentang bentuk standard dan ejaan

rasmi, variasi kata, variasi ejaan dan juga ejaan lama. Bentuk standard bolehlah

difahami sebagai sesuatu perkataan dengan ejaannya yang diiktiraf sebagai

betul dan rasmi ialah sebagaimana yang terdapat pada perkataan yang

ditakrifkan . Perkataan yang diturunkan di akhir takrif bentuk standard ini, atau

sebagai muatan rujuk silang, merupakan variasi kepada bentuk standard dan

terdiri daripada variasi kata, dan dalam hal-hal tertentu sahaja variasi ejaan.

Manakala variasi kata pula diperturunkan, terutamanya untuk kepentingan

kajian bahasa. Di samping itu ada juga kemungkinannya seseorang pengguna

bahasa Melayu yang menemui sesuatu variasi kata dan tidak dapat mengenal

pasti atau mengesani bentuk standardnya akan mendapat manfaat daripada

rujuk silang yang diberikan dalam kamus ini. Ini bermaksud kamus memainkan

peranan yang besar. Variasi kata yang ketara terhasil daripada pelat atau

kegagalan menyebut perkataan dengan betul dan tepat, atau variasi yang

difikirkan selama ini amat jarang ditemui, tidak lagi dimuatkan dalam cetakan

baru ini; misalnya, ”khanduri” yang bentuk standardnya, kenduri; lafal (lafaz),

petenah (fitnah) dan lain-lain

Variasi ejaan pula merujuk kepada perkataan-perkataan tertentu

diperturunkan sebagai rujuk silang dengan tanda anak panah yang merujuk

kepada bentuk dan ejaan yang standard semata-mata untuk kemudahan

pengguna yang mungkin masih keraguan iaitu tidak pasti tentang bentuk atau

13

Page 14: Leksikologi

ejaan yang standard. Kemasukan variasi demikian dibataskan kepada bentuk

kata yang tertentu sahaja. Ini dapat dilihat seperti contoh sebelum ini. Dan akhir

sekali merupakan perkataan-perkataan dalam ejaan lama yang luput oleh

pelaksanaan sistem ejaan baru dan difikirkan tidak seharusnya menimbulkan

kesulitan pada masa kini tidak dimuatkan sama sekali.

Perkataan dalam ejaan lama sedemikian umumnya ialah yang tertakluk

kepada peraturan-peraturan ejaan yang tertentu seperti:15

o peraturan yang berkaitan dengan keserasian vokal pada suku kata

praakhir dan suku kata akhir tertutup (misalnya balek menjadi balik;

langsong menjadi langsung dan lain-lain).

o peraturan yang berkaitan dengan penggunaan gugus konsonan bagi

pengejaan kata asing yang tertentu (keritik menjadi kritik, sekerip

menjadi skrip dan lain-lain);

o peraturan-peraturan lain yang diyakini sudah dimaklumi pengguna bahasa

Malaysia.

Suatu senarai kata yang bertujuan untuk membantu pengguna

mendapatkan ejaan kata yang betul bagi kata-kata yang banyak variasinya

dalam ejaan lama diberikan di bahagian akhir sesebuah kamus ekabahasa

seperti Kamus Dewan.

2.6 Masalah Sebutan

15 Dipetik dan diubahsuai dari ”E-Kamus Versi 1.0 : Kamus Dewan Edisi Ketiga” dalam prakata

14

Page 15: Leksikologi

Masalah kebahasaan lain yang dapat diselesaikan dengan kamus ialah

masalah sebutan atau fonologi. Kamus juga dapat menyelesaikan masalah

sebutan yang betul bagi pengguna sesuatu bahasa. Sistem Ejaan Rumi Baru

Bahasa Melayu terdiri daripada 26 abjad, iaitu 5 vokal dan 21 konsonan. Vokal-

vokalnya adalah a , e , i , o dan juga u . Dalam bahasa Melayu standard itu

sendiri, vokal ”e” membawa dua bunyi, iaitu bunyi ”e” pepet dan juga etaling16.

Dalam sesebuah kamus, sebutan yang diberikan terbatas kepada keterangan

bagi sebutan huruf e pada kata dasar. Huruf e yang disebutkan [], iaitu e-pepet

tidak diberikan keterangan sebutan sedangkan e-taling diberikan keterangan

sebutannya dengan lambang é. Contohnya adalah seperti di bawah :

o e-pepet : 1) emak

2) enam

3) erti

o e-taling : 1) etologi (étologi)

2) etnik (étnik)

3) etika (étika)

Namun, fungsi e-taling dan e-pepet yang terdapat dalam Kamus Dewan

masih mempunyai kelemahan kerana perbezaan sebutan tersebut hanya dapat

difahami dan ketahui oleh penutur aslinya sahaja. Bagi penutur bukan asli yang

menggunakan kamus tersebut, mereka tidak dapat menyebut variasi vokal

16 Dipetik daripada Nor Hisham Osman. ”Perancangan Bahasa”. hlmn 36

15

Page 16: Leksikologi

tersebut kerana Kamus Dewan dari segi penulisannya tidak mempunyai sistem

transkripsi fonetik yang mantap. Justeru masalah sebutan ini belum lagi mampu

diselesaikan oleh Kamus Dewan. Bagi kamus yang sudah bertaraf tinggi seperti

Kamus Oxford, kamus tersebut mempunyai sistem tulisan transkripsi fonetik

yang sangat mantap dan mereka yang ingin belajar bahasa dapat

menyelesaikan kemusykilan sebutan melalui kamus tersebut.

2.7 Masalah Makna

Kamus juga dapat menyelesaikan masalah dalam mencari sesuatu

makna. Bidang ilmu ini dinamakan Semantik. Sesuatu kata itu selalunya

mengandungi pelbagai makna. Ini merupakan masalah makna harfiah.17 Tujuan

utama kenapa selalunya masyarakat merujuk kepada kamus adalah disebabkan

untuk mencari makna sesuatu perkataan. Perkara ini adalah berdasarkan

kepada kajian Clarence Barnhart dan juga R.Quirk. Tujuan merujuk kepada

kamus supaya makna sesuatu perkataan yang terdapat dalam kamus tersebut

dapat difahami dengan mudah. 18

Oleh kerana itu, sesuatu kamus itu memberikan tafsiran iaitu penjelasan

makna secara tepat dan tuntas19 kepada pengguna mengikut konteks

pengggunaan sesuatu perkataan. Dalam hal ini, kemantapan makna sesuatu

kata amat penting untuk memungkinkan kelangsungan komunikasi yang lancar 17 Rusli Abd. Ghani, ”Perkembangan Semasa Teori Semantik”. hlmn 35218 Dipetik daripada Ibrahim Ahmad. ”Perkamusan Melayu : Suatu Pengenalan”. hlmn 10419 Tuntas di sini membawa maksud meliputi hampir segala-galanya, iaitu secara menyeluruh.

16

Page 17: Leksikologi

dan berkesan. Makna kata yang terus-menerus berubah dan mencair menurut

selera orang perseorangan atau kalangan yang kurang berpendidikan

menjadikan sesuatu bahasa itu kurang berwibawa.

Mengikut peredaran zaman, memang ada sebilangan kata yang diperluas

atau dipersempitkan maknanya. Perkara sebegini tidak sepatutnya diabaikan.

Sebagai contoh, oleh sebab penggunaan kamus diabaikan, ramai pengguna

bahasa keliru dan mengubah makna kata tertentu seperti banyak, ramai, boleh,

dapat, dan sebagainya.20 Sehubungan dengan itu, setiap kata iaitu leksem yang

dijadikan entri dalam sesebuah kamus mempunyai makna dan mendukung

interpretasi tertentu. Verhaar telah mencatatkan mandala semantik seperti di

bawah bagi menerangkan hubungan tersebut:

Rajah 1 : Mandala Semantik

20 Dipetik dan diubahsuai daripada Awang Sariyan. Warna dan Suasana : Perancangan Bahasa

Melayu di Malaysia hlmn. 14

17

Page 18: Leksikologi

(Sumber : Abdul Chaer

1990:7)

Berdasarkan rajah tersebut, terdapatnya semantik leksikal dan juga

semantik nahuan (Struktural). Makna leksikal adalah makna yang terkandung

dalam leksem atau pun leksikon. Makna leksikal ini bolehlah ditakrifkan sebagai

makna perkataan itu sendiri tanpa melihat penggunaannya dalam ayat iaitu

makna yang ada di dalam kamus. Manakala makna nahuan (struktural) pula

terdapat pada sintaksis dan juga morfologi.21

Selain itu juga, menurut Katz dan Fodor (1971:312), setiap kata masukan

dalam kamus seharusnya mempunya beberapa bahagian tertentu seperti

pengkategorian sintaksis, huraian makna dan juga kenyataan tentang

keterbatasan ”occurences”. Bahagian-bahagian tersebut dapat dilihat melalui

perkataan ”image” yang dipetik dari Kamus Inggeris-Melayu Dewan yang

merupakan kamus dwibahasa. Bahagiannya adalah seperti dibawah:

image n 1. likeness of person, thing, esp sculptured, patung; (on coin) replika:

beautifully carved ~s of Buddha, patung Buddha yg diukir dgn cantiknya; 2.

reflection, optical counterpart of object, a. (produced by mirror etc) bayang-bayang;

(tech) imej; b. (produced by lens) imej; (on cinema, television screen, etc) gambar,

imej: the ~ on the screen is blurred, gambar di layar perak itu kabur; 3. close

likeness, copy, salin tak tumpah; be the (very, spitting, living) ~ of so., salin tak

tumpah spt sso: she’s the spitting ~ of her grandmother, dia salin tak tumpah spt

neneknya; 4. mental picture, bayangan: she tried to dismiss his ~ from her mind,

dia mencuba melenyapkan bayangan lelaki itu dr fikirannya; 5. general concept or

opinion of person, political party, organization, etc, imej: the president hired public

21 Ibrahim Ahmad. Perkamusan Melayu : Suatu Pengenalan. Hlmn 104

18

Page 19: Leksikologi

relations men to improve his ~, presiden itu menggaji pegawai perhubungan awam

utk membaiki imejnya; 6. personification, contoh: he is the ~ of health, dialah

contoh orang yg sihat; 7. metaphor, simile, imej.

(Sumber : Kamus Inggeris-Melayu Dewan 1990, hlmn

729)

Pengkategorian sintaktiknya dapat dilihat bagi entri ini pada huruf “n”

seperti di atas yang merupakan singkatan bagi ”noun” yang bermaksud kata

nama. Huraian semantik atau maknanya pula dapat dilihat pada tujuh pecahan

makna seperti yang diwakili oleh nombor satu hingga tujuh seperti contoh di

atas.

Dan akhir sekali adalah contoh-contoh penggunaan perkataan dalam ayat yang

memberikan penerangan lanjut tujuh pecahan makna disebut sebagai kenyataan

tentang keterbatasan. Ketiga-tiga kompenen tersebut penting untuk memerikan

sesuatu makna supaya para pengguna dapat memahami dengan mendalam

tentang sesuatu makna perkataan dan juga konteks penggunaannya.

2.8 Penggunaan Kata dalam Ayat

Kamus juga dapat menolong pengguna untuk memahami penggunaan

sesuatu kata dalam binaan wacana. Bagi memahami pola penggunaanya,

perkara penting dalam proses penghasilan kamus ialah konkordans22. Sejajar

22 Konkordans bermaksud senarai kata dalam korpus seperti buku dan majalah yang disusun

mengikut abjad yang menyatakan kedudukan sesuatu kata, dan cara penggunaannya dalam

bahagian korpus yang berkenaan.

19

Page 20: Leksikologi

dengan dunia yang berkembang pesat, kamus pada masa kini boleh didapati

dalam bentuk perisian iaitu software yang digunapakai dalam komputer.

Persoalannya sekarang ialah bagaimana komputer dapat memproses

konkordans dan seterusnya mentafsir entri yang dimuatkan.

Martin dan Sterkenburg (1983), membincangkan tentang pemprosesan

teks korpus dalam kertas kerja mereka “On The Processing of a Text Corpus”.

Mereka mempersoalkan tentang bagaimana sistem pemprosesan data komputer

dapat memasukkan semaksimum mungkin maklumat-maklumat leksikografi yang

terkandung dalam sesuatu entri.23 Maklumat leksikografi yang dimaksudkan ialah

maklumat yang dijangka boleh diperolehi daripada kamus. Maklumat tersebut

mungkin meliputi semua bahagian linguistik seperti ejaan, fonologi, morfologi dan

sintaksis serta semantik. Untuk memperolehi maklumat-maklumat tersebut ahli

leksikografi biasanya akan menganalisis dan merujuk kepada konkordans.

Berdasarkan konkordans penyusun-penyusun kamus akan memberikan makna

sekaligus menyediakan ayat-ayat contoh yang sesuai.

Menurut Stevens (1995) pula, konkordans merupakan satu alat penting

dalam proses pembelajaran bahasa. Ini kerana pelajar dapat memahami sesuatu

bentuk kata atau ayat dengan lebih jelas melalui pelbagai contoh ayat yang

terkandung dalam konkordans.24 Begitu juga dengan pemerian makna terhadap

23 ‘Perkamusan Melayu dalam Teknologi Maklumat”. Dipetik dari http://members.tripod.com/azi

_asmar/perkamusanmelayu.htm24 Ibid

20

Page 21: Leksikologi

bentuk-bentuk kata yang dimuatkan dalam kamus. Bagi memberi makna sesuatu

perkataan, para penyusun kamus akan merujuk kepada konkordans bagi

mendapatkan makna yang paling tepat dan makna yang berikutnya.

Selain itu, kamus-kamus yang terdapat dalam bahasa Melayu juga

terhasil daripada analisis konkordans. Tujuannya adalah untuk setiap kosa kata

yang dimuatkan dalam kamus dapat ditakrif dengan sempurna dan lengkap. Hal

ini bermaksud bahawa konkordanslah yang akan membantu pengguna untuk

melihat pola penggunaan ayat sesuatu perkataan berkaitan dengan

kolokasinya25 dan juga akan memperlihatkan konteks penggunaan kata tersebut

dalam sesuatu ayat.

2.9 Etimologi

Kamus juga dapat membantu para penggunanya untuk mengetahui asal-

usul sesuatu perkataan itu. Selain itu juga, etimologi ini merupakan cabang ilmu

Linguistik yang turut mengkaji perkembangan sesuatu kata. Etimologi atau asal

usul kata merupakan aspek penting dalam sesebuah kamus kerana untuk

menelusuri unsur serapan bahasa asing atau bahasa serumpun dalam bahasa

asli iaitu bahasa ibunda kita. Unsur etimologi ini dimasukkan sebanyak yang

25 Kolokasi bermaksud hubungan kedudukan atau kewujudan antara satu perkataan degan yang

lain dalam satu susunan. Misalnya dalam ayat.

21

Page 22: Leksikologi

boleh oleh para penyusun kamus, bagi perkataan yang dapat dikenalpastikan

asal usul dan perkembangannya. Namun yang demikian, terdapat beberapa

masalah dan halangan, antaranya seperti di bawah :26

Pertama, akibat daripada peredaran masa, banyak perkataan yang telah

mengalami perubahan strukturnya. Dan ini menyebabkan sukar untuk

26 Ibrahim Ahmad. Perkamusan Melayu : Suatu Pengenalan. hlmn 119-120.

Bibliografi

Asmah Haji Omar (1987) Seminar “Perkamusan Melayu : Suatu Penilaian”.

Kuala Lumpur: Perpustakaan Universiti Malaya

Noresah Baharom et.al (eds.) 2005. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Ibrahim Ahmad, 1994. Perkamusan Melayu : Suatu Pengenalan. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Rusli Abd. Ghani (Penterjemah), 1998. Perkembangan Semasa Teori Semantik. Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

”Panduan Penyusunan Kamus Istilah”, 1992. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Nor Hisham Osman, 2001. Perancangan Bahasa. Shah Alam : Al-Hikmah Sdn. Bhd.

22

Page 23: Leksikologi

mengenalpastinya. Masalah kedua, akibat daripada kebiasaan masyarakat

menggunakannya iaitu kekerapan sesuatu perkataan itu digunakan, maka unsur

serapan perkataan itu tidak dirasai lagi. Ketiga pula ialah bentuk kata atau unsur

serapan wujud dalam bahasa yang berbeza. Ketiga-tiga perkara tersebut

bukanlah mudah bagi para pengkaji bahasa. Sumber etimologi dalam dalam

Kamus Dewan tidak diberikan secara terperinci, tetapi lebih kepada sekadar

Awang Sariyan, 2006. Warna dan Suasana : Perancangan Bahasa Melayu di

Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

‘Konsep-konsep Dasar’. Dipetik dari http://www.karyanet.com.my/knetbeta/

ebook/pedoman/PanduanUmumPembentukanIstilahBahasaMelayu.pdf. Dipetik

pada 28 Ogos 2008.

Halimah Haji Ahmad ” Nukleus: Pembentukan Istilah dan Kata Pinjaman” dipetik

darihttp://www1.bharian.com.my/Misc/DBP/Artikel/Berita/20080820101129

/ArtBerita/. Dipetik pada 28 Ogos 2008.

“Kamus” dipetik dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Kamus. Dipetik pada 28 Ogos 2008.

‘Perkamusan Melayu dalam Teknologi Maklumat”. Dipetik dari http://members.

tripod.com/azi_asmar/perkamusanmelayu.htm. Dipetik pada 9 Ogos 2008.

Rujukan Web

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kamus

http://members. tripod.com/azi_asmar/perkamusanmelayu.htm.

23

Page 24: Leksikologi

untuk menyatakan bahawa perkataan asing telah meresap masuk ke dalam kosa

kata bahasa Melayu. Contohnya

o lestari a tidak berubah, tetap selama-lamanya

Jw Jestari jk lestari

Sd lestari ’langsung atau sudah terlangsung’

( Kamus Etimologi Indonesia : 110)

o pensel n alat untuk menulis atau menggambar

Ing pencil ’alat untuk menggambar atau menulis’

Mf pincel ’alat untuk menggambar atau menulis’

VI penicellus ’pensil’

(Merriam Webster 1985. Webster’s Ninth New

Collegiate Dictionary: 869)

(Sumber : Ibrahim Ahmad, 1994. Perkamusan

Melayu Suatu Pengenalan. Hlmn

121)

Namun yang demikian, keterangan etimologi tidak diberikan selengkapnya

tetapi hanya sekadar untuk menyatakan bahasa sumber sesuatu perkataan yang

sudah meresap ke dalam perbendaharaan bahasa Melayu tetapi masih terasa

sifat-sifat keasingannya tanpa memperhitungkan taraf atau peringkat

kemeresapan perkataan yang berkaitan di kalangan pengguna bahasa.

Maklumat yang terbatas ini diharap dapat menjadi titik permulaan pengkajian dan

sebagainya tentang kata-kata pinjaman.

3.0 Penutup

24

Page 25: Leksikologi

Secara keseluruhannya, sememangnya terdapat pelbagai masalah

kebahasaan yang akan wujud dalam sesuatu bahasa. Justeru, tidak dinafikan

penciptaan kamus merupakan salah satu cara untuk menyelesaikan masalah-

masalah bahasa yang wujud pada masa kini. Justeru, penciptaan kamus

sepatutnya berada di peringkat yang paling mantap agar tidak akan wujud lagi

kemusykilan kepada pengguna bahasa, ahli bahasa dan mereka yang ingin

mempelajari sesuatu bahasa. Kesimpulannya, kamus sememangnya dapat

menyelesaikan masalah-masalah kebahasaan dalam sesebuah masyarakat.

Nota Hujung:

25