Leprosy (Epid Report)

23
Pengenalan Penyakit Kusta merupakan penyakit yang tidak asing lagi di Malaysia. Penyakit ini mula dilaporkan di Malaysia sejak tahun 1926 dengan tertubuhnya Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) yang bertempat di Sungai Buloh Selangor di mana tempat ini menjadi pusat rawatan bagi penghidap penyakit Kusta.Kusta yang juga dikenali sebagai penyakit Hansen atau Leprosy merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Mycobacterium Leprae. Pada permulaannya, ia merupakan penyakit granuloma kepada saraf periferi dan membrane mukosa yang berada di trek pernafasan atas di mana kudis kulit merupakan tanda luaran penyakit ini. Penyakit ini jika tidak dirawat atau tidak mendapat intervensi awal akan menyebabkan serangan menjadi progresif dan mengakibatkan kerosakan kekal pada kulit, saraf, otot dan mata. Penyakit kronik ini biasanya memberi kesan kepada kulit dan saraf superfisial tetapi mempunyai manifestasi klinikal yang berbeza yang dikelaskan kepada “Paucibacillary” dan “Multibacillary”. Kusta dalam kelas Paucibacillary bercirikan satu atau lebih makulo kulit dan hipopigmentasi. Manakala bagi multibacillary pula, ia bercirikan lesi kulit yang sekata,bernodul, berlendir dan kulit menebal serta hilang deria sentuh. Penyakit kusta masih lagi merupakan salah satu masalah kesihatan awam yang penting di Sabah. Kadar insiden pada tahun 2011 adalah 2.4 / 100 000 penduduk (sasaran < 1 / 100 000 penduduk). Hampir 70% kes kusta yang dikesan adalah dalam [1]

Transcript of Leprosy (Epid Report)

PengenalanPenyakit Kusta merupakan penyakit yang tidak asing lagi di Malaysia. Penyakit ini mula dilaporkan di Malaysia sejak tahun 1926 dengan tertubuhnya Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) yang bertempat di Sungai Buloh Selangor di mana tempat ini menjadi pusat rawatan bagi penghidap penyakit Kusta.Kusta yang juga dikenali sebagai penyakit Hansen atau Leprosy merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Mycobacterium Leprae. Pada permulaannya, ia merupakan penyakit granuloma kepada saraf periferi dan membrane mukosa yang berada di trek pernafasan atas di mana kudis kulit merupakan tanda luaran penyakit ini. Penyakit ini jika tidak dirawat atau tidak mendapat intervensi awal akan menyebabkan serangan menjadi progresif dan mengakibatkan kerosakan kekal pada kulit, saraf, otot dan mata. Penyakit kronik ini biasanya memberi kesan kepada kulit dan saraf superfisial tetapi mempunyai manifestasi klinikal yang berbeza yang dikelaskan kepada Paucibacillary dan Multibacillary. Kusta dalam kelas Paucibacillary bercirikan satu atau lebih makulo kulit dan hipopigmentasi. Manakala bagi multibacillary pula, ia bercirikan lesi kulit yang sekata,bernodul, berlendir dan kulit menebal serta hilang deria sentuh.Penyakit kusta masih lagi merupakan salah satu masalah kesihatan awam yang penting di Sabah. Kadar insiden pada tahun 2011 adalah 2.4 / 100 000 penduduk (sasaran < 1 / 100 000 penduduk). Hampir 70% kes kusta yang dikesan adalah dalam kalangan warganegara asing, mereka terdiri daripada warga Indonesia dan Filipina yang bekerja sebagai buruh ladang dan estet. Kebanyakan kes baru yang dikesan adalah tertumpu di kawasan pantai iaitu di daerah Sandakan, Lahad Datu dan Tawau di mana kawasan-kawasan ini merupakan pintu masuk para pendatang asing yang kebanyakannya berasal dari Indonesia dan Filipina. Berdasarkan kriteria yang digariskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Sabah sudah pun mencapai tahap eliminasi kusta, namun demikian beberapa daerah masih lagi mempunyai kadar prevalen yang tinggi seperti daerah Lahad Datu dan Kunak. Laporan epidemiologi kali ini bertujuan mengupas dan menghuraikan secara lebih terperinci mengenai statistik kejadian penyakit kusta sepanjang 5 tahun (2008 hingga 2012) yang dilaporkan di daerah Lahad Datu.

Data dan Statistik Jadual 1.1 Bilangan kes Kusta yang berlaku di Lahad Datu TahunBilangan Kes

200825

20098

201026

201112

20126

Graf 1.1 Bilangan kes Kusta di Daerah Lahad Datu mengikut tahun

Graf 1.2 : Bilangan kes mengikut kewarganegaraan dari tahun 2008 hingga 2012

Carta pai 1.1 : Peratusan Kes kusta dalam kalangan bukan warganegara tahun 2012

0021021Rajah 1.1 Bilangan kes kusta mengikut mukim tahun 2012

Jadual 1.2 : Bilangan kes kusta yang dikesan mengikut mukim tahun 2012MukimBilangan kes yang dikesan

Bandar0

Silam0

Segama0

Silabukan2

Tungku1

Felda2

Tambisan1

Bar 1.3 : Jumlah kes kusta yang didaftarkan sepanjang tahun 2012 (Jan-Nov)

Huraian Data dan Statistik.Berdasarkan jadual 1.1, graf 1.1 dan 1.2, bilangan kes kusta yang dikesan adalah sebanyak 77 kes secara keseluruhannya di mana sebanyak 25 kes pada tahun 2008 yang melibatkan 24 warga asing dan seorang warganegara. Jumlah ini kemudiannya menurun kepada 8 kes pada tahun berikutnya (2009) iaitu penurunan sebanyak 68 peratus atau beza kes sebanyak 17 kes di mana kesemua kes hanya melibatkan warga asing sahaja. Pada tahun 2010, bilangan kes meningkat semula kepada 26 kes iaitu 20 kes dikesan pada warganegara asing dan selebihnya pada warganegara di mana berlaku peningkatan sebanyak 69.2 peratus berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun berikutnya iaitu 2011, bilangan kes menurun sebanyak 53.8 peratus berbanding tahun sebelumnya (2010) iaitu kepada 12 kes sahaja yang melibatkan masing-masing 6 kes bagi warga asing dan warganegara. Jumlah ini sekali lagi menunjukkan penurunan mendadak dengan hanya mencatatkan sebanyak 6 kes iaitu 4 kes pada warga asing dan selebihnya warganegara pada tahun 2012. Ini merupakan kes terendah yang dicatatkan dalam 5 tahun tersebut (2008 hingga 2012) berbanding kes tertinggi yang dilaporkan pada tahun 2010 iaitu sebanyak 26 kes dengan beza sebanyak 20 kes atau peratus penurunan sebanyak 76.9 peratus.Carta pai 1.1 menunjukkan peratusan kes kusta yang dikesan mengikut kewarganegaraan sepanjang tahun 2012. Sebanyak 33 peratus daripada jumlah kes yang dilaporkan merupakan kes yang dikesan dalam kalangan warganegara tempatan manakala selebihnya dikesan pada warganegara asing iaitu sebanyak 67 peratus daripada jumlah kes yang dilaporkan. Daripada 67 peratus itu, 25 peratus merupakan warganegara Filipina dan selebihnya iaitu 75 peratus merupakan warganegara Indonesia. Bilangan kes yang dikesan adalah tinggi dalam kalangan warga asing yang masuk dengan izin dan tanpa izin yag melibatkan pekerja-pekerja ladang dan estet. Berdasarkan rajah 1 dan jadual 1.2, terdapat 7 mukim yang terdapat di daerah Lahad Datu. Daripada kesemua mukim itu, mukim Silabukan dan Felda masing-masing mencatatkan sebanyak 2 kes, mukim Tungku dan Tambisan masing-masing mencatatkan 1 kes dan akhir sekali mukim Bandar, Silam dan Segama yang tidak mencatatkan sebarang kes baru sepanjang tahun 2012.Sebagai tambahan, seperti dalam Bar 1.3, sebanyak 3 kes baru dikesan pada bulan April 2012, 2 kes pada bulan Julai dan 1 kes pada bulan Ogos menjadikan jumlah kes baru sebanyak 6 kes sepanjang tahun 2012 (Januari hingga November).

Perbincangan.Penyakit kusta merupakan penyakit yang tidak asing lagi di daerah Lahad Datu. Setiap tahun pasti ada sahaja kes baru yang dilaporkan. Beberapa faktor utama telah dikenalpasti menjadi penyumbang utama kepada berlakunya insiden kusta ini.Antara faktornya termasuklah kurangnya kesedaran dan pengetahuan mengenai penyakit berjangkit ini. Sebagai contohnya, pada tahun 2012, 6 kes baru dilaporkan berlaku di daerah Lahad Datu. Meskipun jumlah ini kecil namun masih ada kes yang dilaporkan dan sasaran insiden sifar kes tidak dicapai. Kes yang dikesan adalah dalam kalangan pekerja ladang dan estet yang berlatar belakangkan tahap pendidikan yang rendah dan ada yang langsung tidak pernah mendapat pendidikan formal menyebabkan maklumat yang diterima mengenai penyakit ini kurang atau tiada langsung. Kurangnya kesedaran dan pengetahuan tentang bahaya penyakit ini menjadi penyumbang kepada peningkatan kadar insiden kes meskipun dalam jumlah yang kecil.Selain itu, keadaan geografi daerah Lahad Datu yang terletak berhampiran dengan kawasan pantai turut menjadi pendorong kepada berlakunya kes baru. Kawasan pantai berhampiran menjadi laluan keluar masuk pendatang asing ke daerah ini. Kebanyakkan daripada mereka tidak menjalani sebarang pemeriksaan atau saringan kesihatan sebelum memasuki Negara ini. Hal ini terbukti dalam data yang dikumpul sepanjang 5 tahun terkini (2008 hingga 2012) yang menunjukkan warga asing khususnya warga Filipina dan Indonesia mendominasi lebih separuh daripada jumlah kes yang dikesan dan dilaporkan sepanjang 5 tahun itu iaitu 80.5 peratus daripada 77 kes yang dilaporkan iaitu sebanyak 62 kes dikesan pada warga asing.Bukan itu sahaja, aktiviti saringan dan kawalan kesihatan yang tidak efektif dan efisien turut menjadi penyumbang kepada berlakunya insiden kusta. Tempoh intubasi bakteria Mycobacterium Leprae memakan masa yang bertahun lamanya untuk menunjukkan simptom kepada mereka yang dijangkiti yang bergantung kepada tahap imuniti tubuh individu itu sendiri. Oleh yang demikian, pengesanan kontak memakan masa yang panjang dan kos yang tinggi di samping tenaga kerja yang terhad menyebabkan kerja-kerja pengesanan dan pencegahan kurang efektif dan efisien. Sebagai contohnya, kes baru yang dikesan pada tahun 2012 mempunyai jarak yang agak jauh pejabat kesihatan daerah seperti mukim Silabukan, Tungku, Felda dan Tambisan. Jika dibandingkan dengan jumlah penduduk di situ sudah pasti aktiviti pengesanan dan kawalan memakan masa dan kos pengangkutan yang tinggi. Sumber yang terhad menyebabkan aktiviti pengesanan dan kawalan tidak dapat dilakukan secara efektif dan efisien memandangkan masalah tersebut tidak dapat dielakkan.

Strategi Pelan Tindakan Kawalan Kusta Strategi 1 : Memperkukuhkan pengesanan awal.1.1 Saringan pesakit kusta di Jabatan Pesakit Luar, Klinik Kesihatan Kerajaan, Klinik 1 Malaysia, Program Latihan Khidmat Negara, Klinik Desa, Klinik Kesihatan Ibu dan Anak dan Swasta. Kos operasi yang paling murah adalah PCD ( passive case detection ), ini merangkumi saringan kepada pesakit yang datang sendiri ke pusat kesihatan. Oleh yang demikian, semua pusat kesihatan kerajaan mahupun swasta haruslah dapat melakukan saringan dengan menyediakan perkhidmatan saringan kusta di tempat yang belum memiliki peralatan atau fasiliti untuk tujuan pendiagnosaan. 1.2 Saringan Active Case Detection (ACD). Memandangkan kos operasi ACD adalah tinggi, operasi ini perlu menyediakan perancangan awal pada setiap tahun yang melibatkan kos serta tenaga kerja yang mencukupi. Hal ini dapat dilaksanakan dengan mengadakan perbincangan dan mesyuarat di peringkat daerah. Kawasan ACD adalah berpandukan kajian kes dan kadar insiden serta prevalens agar tidak berlaku kesilapan dalam pemilihan kawasan ACD.1.3 Pengesanan kontak kusta. Kontak pesakit merupakan klien penting untuk mengesan pesakit kusta yang tercicir semasa saringan PCD. Pengesanan ini boleh dilakukan semasa siasatan kes di lapangan dan juga melalui temubual dengan pesakit semasa lawatan pesakit ke pusta rawatan.1.4 Pemeriksaan kontal kusta. Semua kontak yang dikesan seharusnya dapat diperiksa sekurang-kurangnya pada pemeriksaan kali pertama. Memandangkan pendiagnosan kusta berpandukan kepada keputusan Slit skin smear (SSS), semua kontak haruslah datang ke pusat kesihatan untuk pemeriksaan. Bagi kontak yang tidak mempunyai tanda-tanda kusta, pemeriksaan fizikal di lapangan perlu dibuat oleh anggota kesihatan terlatih khususnya Penolong Pegawai Perubatan (PPP).

1.5 Torehan calitan kulit kusta Slit Skin Smear (SSS) di makmal sedia ada. Setiap makmal di pusat kesihatan seharusnya mempunyai Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP) yang terlatih dalam pengambilan SSS agar dapat membantu dalam pendianosan kusta. Selain itu PPP juga harus memainkan peranan dalam pendiagnosan dengan menguasai kemahiran pengambilan SSS.

Strategi 2 : Memperkukuhkan Penjagaan Rawatan Kusta2.1 Pengesanan kes cicir rawatan. Pengesanan dan siasatan secepat yang mungkin bagi kes tercicir rawatan dilakukan agar pesakit tidak terhenti rawatan yang telah dimulakan. Garis panduan Cicir rawatan kusta perlu dipraktikan dalam pengesanan kes-kes seumpamanya.2.2 Rawatan menggunakan Multi Drug Therapy (MDT) Bekalan ubat merupakan salah satu aspek penting di dalam bahagian rawatan pesakit. Setiap pesakit haruslah mendapat bekalan MDT secukupnya. Perancangan dalam pemesanan ubat perlu bagi anggota kesihatan yang menjaga pesakit kusta. Bekalan ubat seharusnya ada dan mencukupi di setiap pusat kesihatan yang mempunyai pesakit kusta dan harus mempunyai stock buffer selama 3 bulan.

Strategi 3 : Memperbaiki Sistem Pengurusan Data Kusta. 3.1 Kemudahan komputer dan talian internet. Setiap pusat kesihatan serta pejabat kesihatan seharusnya mempunyai sebuah komputer khas yang berfungsi dengan baik untuk kegunaan e-notifikasi dan juga untuk data serta laporan-laporan. Talian internet yang baik juga haruslah ada.3.2 Notifikasi Kes Kusta yang Didiagnos. Notifikasi kes kusta adalah salah satu seksyen di dalam akta kawalan penyakit berjangkit, di mana sebarang kes yang dikesan haruslah dibuat notifikasi. Oleh itu sistem menotifikasi perlulah kukuh di mana notifikasi perlulah dibuat dalam tempoh 7 hari dan perlu dimasukkan ke dalam sistem e-notifikasi 24 jam selepas kes dinotifikasikan.3.3 Siasatan awal dan Pendaftaran kes atau kontak. Tempoh siasatan kes atau kontak perlu dilaksanakan dalam tempoh 3 hari selepas menerima notifikasi melalui borang X muhupun melalui sistem e-notifikasi yang sedia ada. Setelah berjaya disiasat, pendaftaran haruslah dibuat dalam tempoh 7 hari.3.4 Daftar Kusta LC101 di Pusat Rawatan. Buku daftar LC101 merupakan buku pendaftaran bagi setiap pesakit kusta yang dirawat dan berdaftar di sesuatu pusat rawatan. Bagi pendaftaran daerah, belum ada buku yang digunakan. Oleh yang demikian, buku LC101 ini adalah amat penting dan perlu dijaga dengan baik. Semua pesakit kusta yang disahkan menghidap kusta haruslah didaftarkan ke dalam buku ini dan pastikan buku ini sentiasa dikemaskini.3.5 Daftar kontak Kusta LC102 di Pusat Rawatan. Buku daftar kusta LC102 merupakan buku pendaftaran bagi setiap kontak yang dikesan dan diperiksa di pusat rawatan. Bagi pendaftaran daerah, belum ada buku yang digunakan, oleh yang demikian, buku LC102 ini adalah amat penting dan harus dijaga dengan baik. Semua kontak kusta yang dikesan haruslah didaftarkan ke dalam buku ini dan pastikan buku ini sentiasa dikemaskini.3.6 Laporan Bulanan ke Pejabat Kesihatan / Kawasan dan Ibu Pejabat TB/Kusta Pemantauan berterusan perlu dilakukan di ibu pejabat, setiap laporan haruslah sampai ke ibu pejabat selewat-lewatnya 5 haribulan setiap bulan. Semua data akan dikumpulkan di ibu pejabat TB/Kusta dan perlu sentiasa dikemaskini setiap masa agar laporan ke Kementerian Kesihatan Malaysia dapat dibuat mengikut masa yang ditetapkan. Laporan yang perlu dihantar adalah LC202, LC203, LC204, LC205, LC1/98, senarai pesakit kusta warga asing serta lampiran-lampiran A,B,C dan pindaan 1/88.3.7 Lawatan dan penyeliaan ke Pusat Rawatan. Pihak penyeliaan daerah akan melakukan lawatan penyeliaan ke pusat kesihatan di bawah seliaan mereka. Penyelia-penyelia ini adalah orang yang dilantik dari pihak ibu pejabat dan membantu dalam pemantauan kes TB/Kusta di setiap daerah. Lawatan penyeliaan dari ibu pejabat ini dilaksanakan mengikut takwim ibu pejabat TB/Kusta yang telah dirancang.

Strategi 4: Meningkatkan Kemahiran anggota dalam Pelaksanaan Kawalan Kusta.4.1 Rujukan menggunakan clinical practice guidelines CPG Kusta mengikut ghfWHO di semua Fasiliti Kesihatan dan Swasta. Bagi memperkukuhkan pengendalian kes kusta, semua anggota kesihatan perlulah menggunakan CPG Kusta mengikut yang disarankan oleh WHO sebagai bahan rujukan utama selain daripada merujuk kepada pakar-pakar kulit sedia ada.4.2 Buku Manual Proses Kerja Kusta Di Pusat Rawatan untuk PPP dan Di hjgjjPejabat Kesihatan daerah untuk PPKP ( Penolong pegawai Kesihatan kiykPersekitaran). Bagi PPP dan PPKP yang bertugas di unit TB/Kusta, mereka haruslah merujuk buku manual proses kerja yang sedia ada sebagai rujukan tugasan mereka. Buku ini haruslah berada di setiap pusat rawatan dan pejabat kesihatan.4.3 CME/Latihan /Kursus Penyakit kusta untuk Anggota Kesihatan di Pusat dsfvKesihatan Kerajaan. Kursus/Latihan di peringkat Ibu pejabat akan dibuat setiap tahun mengikut takwin ibu pejabat. Walau bagaimanapun, kursus atau latihan serta CME mengenai kusta pada peringkat daerah juga harus berjalan bagi memantapkan lagi kemahiran anggota kesihatan dalam program kusta. Perancangan dan aktiviti ini perlulah dirancang awal di peringkat daerah agar kos dan perbelanjaan anjuran dapat disedia dan dibahagikan.4.4 CME/Latihan/Kursus penyakit kusta kepada pusat kesihatan swasta dan dggladang. Kursus atau latihan serta CME kepada pusat kesihatan swasta dan ladang perlu dilakukan sekiranya insiden kejadian kusta di sesuatu tempat tersebut tinggi dan dibuat mengikut keperluan.

Strategi 5: Memperkasa Komuniti Dalam Kawalan Penyakit Kusta5.1 Promosi Kesihatan Aktiviti kesedaran seperti promosi kesihatan ini perlu dibuat mengikut kreativiti daerah tertentu. Memandangkan aktiviti ini memerlukan kos yang agak tinggi beberapa perkara perlu diambil kira di dalam memilih lokaliti dan sebagainya. Setiap daerah perlu mengemukakan laporan promosi atau pendidikan kesihatan yang dibuat kepada ibu pejabat setiap bulan.5.2 Kerjasama dengan Pusat Kesihatan Swasta dan Ladang. Mengukuhkan kerjasama sedia ada dan memperluaskan rangkaian kerjasama dengan pihak kesihatan swasta mahupun ladang di dalam melaksanakan pengesanan kusta serta memberi rawatan kepada pesakit kusta. Dari aspek rawatan, pihak pengurusan swasta haruslah dapat membantu menjaga pesakit yang menjadi pekerja mereka di ladang.5.3 Kerjasama dengan agensi lain seperti Jabatan Penyiaran, Jabatan hgwPendidikan dan Malaysia Leprosy Association (MaLra). Malra merupakan salah satu badan swasta yang aktif di dalam membantu kerajaan menangani kusta di Sabah. Bantuan dari segi kewangan kepada pesakit dan promosi kesihatan kusta adalah kegiatan utama badan ini. Kerjasama ini haruslah dikekalkan dan diperbesarkan lagi kepada agensi-agensi lain seperti Jabatan Penyiaran (mempromosikan aktiviti kusta yang akan dilangsungkan dan menyebarkan tentang kusta dari semasa ke semasa) dan Jabatan Pendidikan (bekerjasama dengan badan kesihatan dalam mempromosikan kusta dari segi ceramah, pendidikan kesihatan dan sebagainya).

Rumusan Secara keseluruhannya, terdapat beberapa penyebab utama berlakunya kejadian kusta di daerah Lahad Datu. Faktor-faktor ini termasuklah kurangnya kesedaran dan pengetahuan dalam kalangan penduduk mengenai penyakit ini, kedudukan geografi yang berhampiran pantai yang menjadi laluan keluar masuk warga asing dan aktiviti pencegahan dan kawalan yang kurang efektif dan efisien. Faktor-faktor ini menjadi penyumbang utama kejadian kusta menyebabkan setiap tahun terdapat saja kes baru yang dikesan dan dilaporkan.Berdasarkan graf 1.1, bilangan kes kusta yang dikesan dan dilaporkan di daerah ini menunjukkan penurunan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kendatipun begitu, bilangan kes ini mungkin meningkat sekiranya masalah-masalah yang menjadi penyumbang kepada kadar insiden kusta tidak diatasi. Oleh yang demikian, sesuai dengan matlamat program kusta seperti yang disasarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO iaitu untuk mencapai tahap eliminasi atau pembasmian dengan kadar prevalens