Literasi Bahasa_kum 3

60
LITERASI BAHASA WAJ 3104 KUMPULAN 3 PENSYARAH: EN. SUHEMI B. ABDUL

Transcript of Literasi Bahasa_kum 3

Page 1: Literasi Bahasa_kum 3

LITERASI BAHASAWAJ 3104

KUMPULAN 3

PENSYARAH:EN. SUHEMI B. ABDUL

Page 2: Literasi Bahasa_kum 3

AHLI KUMPULAN:

1. ANUAR B. MD SHAHDIN

2. ADNAN B. MD. ARSHAD

3. HASNI BT. HAMID

4. NOR HAMISHAH BT. ABDUL HALIM

5. SITI MASITAH BT. OTHMAN

6. YUHANA BT. YAAKUP

Page 3: Literasi Bahasa_kum 3

Aktiviti Penyerapan Pemulihan Membaca dan Menulis dalam

Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Aktiviti bermain dengan huruf dan perkataan secara

lokomotor dan bukan lokomotor

Permainan mengeja

Permainan membentuk ayat

TAJUK TUGASAN 9:

Page 4: Literasi Bahasa_kum 3

Membina dan Menggunakan Bahan Pengajaran dan

Pembelajaran Bukan Elektronik

Membina dan Menggunakan Bahan Pengajaran untuk Permainan

Bahasa, Pemintal Lidah, Pasangan Minimal

Membina dan Menggunakan Bahan Pengajaran untuk Lakonan

TAJUK TUGASAN 10:

Page 5: Literasi Bahasa_kum 3

Bengkel Pengajaran Menggunakan Boneka

Membina Boneka yang Pelbagai Jenis dan Latar

Melaksanakan Simulasi Pengajaran Pemulihan Membaca

dan Menulis dengan Menggunakan Boneka

TAJUK TUGASAN 11:

Page 6: Literasi Bahasa_kum 3

MAKSUD PENDIDIKAN JASMANI

Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor,

pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik,

memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal

Page 7: Literasi Bahasa_kum 3

Komponen Pendidikan Jasmani

Kemahiran Lokomotor

Kemahiran Memanipulasikan

Alatan.

Kemahiran Bukan Lokomotor

Page 8: Literasi Bahasa_kum 3

MAKSUD PERGERAKAN LOKOMOTORPergerakan lokomotor bermaksud pergerakan yang

menyebabkan seluruh badan berubah kedudukan. Kemahiran ini memerlukan individu bergerak melalui ruang iaitu dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

contoh:

Page 9: Literasi Bahasa_kum 3

MAKSUD PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR Pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan disebut bergerak tanpa

beredar. Pergerakan ini dilakukan tanpa menggerakkan dasar menyokong seseorang individu. Antaranya ialah :-

Page 10: Literasi Bahasa_kum 3

Tujuan aktiviti membaca dan menulis dilaksanakan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Page 11: Literasi Bahasa_kum 3

Aktiviti bermain dengan huruf dan perkataan secara lokomotor dan bukan lokomotor

1. Pemainan “ Jejak Bertapak “ LANGKAH-LANGKAH PERMAINAN

Guru memberi arahan kepada murid.Murid dibahagikan kepada pasangan berdua. Murid 1 akan mencari huruf konsonan sementara murid 2 akan mencari huruf vokal.

1. Murid bergerak secara serentak dan diminta mencari huruf konsonan dan vokal yang disembunyikan di sekitar kelas.

2 .Murid 1 yang menjumpai huruf konsonan diminta menyebut huruf tersebut dengan kuat.Pasangannya yang menjumpai huruf vokal diminta berkumpul bersama dan memadankan dua huruf tersebut membentuk sukukata. Kedua-dua murid dikehendaki menyebut kuat sukukata tersebut. Contoh : b + a = ba_

3. Setiap pasangan dikehendaki menyebut sukukata yang telah dipadankan secara bergilir-gilir.

4. Murid dikehendaki bergerak dan memilih pasangan lain untuk membentuk perkataan daripada sukukata yang telah mereka bentuk. Contoh : ba + ju = baju

5. Aktiviti boleh dilanjutkan dengan aktiviti membentuk ayat dalam kumpulan.

Page 12: Literasi Bahasa_kum 3

Permainan Mengeja 1. Nama Permainan : NOMBOR MISTERI Objektif : Murid dapat mengeja dan menyebut perkataan mengikut suku kata

Bahan: kad suku kata,kad gambar,buah dadu,sampul surat. Cara menjalankan permainan:

1.Guru memberi arahan kepada murid.

2.Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan.

3.Murid diminta melontarkan buah dadu yang berdasarkan nombor.

4.Murid diminta mengambil sampul surat berdasarkan nombor yang tertera.

5.Murid diminta mengejakan perkataan yang terdapat dalam sampul surat tersebut.

6.Murid-murid mengulang aktiviti ini mengikut giliran.

7.Guru membimbing murid yang lemah.

8.Kumpulan yang mendapat skor markah yang tertinggi dikira pemenang.

9.Guru membuat rumusan berdasarkan permainan “Nombor Misteri”

Page 13: Literasi Bahasa_kum 3

SAMBUNGAN…. 2. Nama Permainan: “ MUSIC CHAIR” OBJEKTIF : Murid dapat mengeja dan menyebut perkataan KVK + KV + KVKK

BBM :kad gambar,kad suku kata,CD Cara menjalankan permainan:

1.Guru memberi arahan kepada murid.

2.Semua murid dikehendaki duduk di atas kerusi yang telah dilekatkan dengan kad perkataan.

3.Muzik dimainkan. Murid mula bergerak mengeliling kerusi-kerusi.Apabila muzik diberhentikan,

murid dikehendaki duduk di atas kerusi.

4.Guru memilih seorang murid dan murid tersebut mesti mengeja kad perkataan yang dilekat di

belakang kerusi tersebut

5.Ulang aktiviti ini sehingga semua murid mengeja perkataan sebanyak 3 kali.

6.Guru membimbing murid yang lemah.

7.Kumpulan yang mendapat skor markah yang banyak akan menjadi pemenang.

8.Guru membuat rumusan berdasarkan permainan “music chair”

Page 14: Literasi Bahasa_kum 3

Permainan Membentuk Ayat Nama Permainan : “Pintar Pintas“Penggunaan bahan: kad huruf, papan/kad huruf, kotakAktiviti ini dijalankan seramai empat orang murid

1. Ketiga-tiga aktiviti dijalankan dalam satu permainan yang mempunyai empat stesen.

2. Setiap stesen mempunyai cara permainan yang tersendiri.

3. Stesen pertama dan kedua mempunyai 2 orang murid yang lari berganti-ganti membawa satu huruf seorang ke stesen 2 dan meletakkannya pada papan huruf.

4. Stesen pertama merupakan tempat di mana semua huruf diletakkan di dalam kotak.5. Setelah semua huruf diletakkan di papan huruf pada stesen 2, murid akan membawa papan tersebut ke stesen 3 dan guru telah menunggu di stesen tersebut dan mengarahkan murid untuk mengeja dan membentuk perkataan.6. Murid berlari pula pada stesen empat, murid dikehendaki menyusun perkataan yang dieja tadi sehingga membentuk ayat yang sempurna.

Page 15: Literasi Bahasa_kum 3

Membina dan Menggunakan Bahan Pengajaran dan

Pembelajaran Bukan Elektronik

Page 16: Literasi Bahasa_kum 3

•Pelbagai bahan yang digunakan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran •untuk memastikan murid memberi tumpuan sepanjang tempoh pembelajaran • memudahkan guru mengajar dengan lebih berkesan.

Page 17: Literasi Bahasa_kum 3

Konsep Bahan Pengajaran

Alat yang direka cipta untuk kegunaan murid dan guru sebagai sumber pembelajaran

Membantu murid mendapat pelbagai fakta, kemahiran dan pendapat untuk membantu proses kognitif.

berbentuk bahan cetak dan bukan cetak, buku teks, bahan berasaskan teknologi maklumat, ujian dan sebagainya.

Page 18: Literasi Bahasa_kum 3

Ciri-ciri Pembinaan dan penggunaan bahan Pengajaran

i) memilih bahan ii) mengolah bahan iii) membina bahan iv) menggunakan bahan v) menilai bahan

Page 19: Literasi Bahasa_kum 3

PERMAINAN BAHASA• cara mempelajari bahasa melalui permainan. • sesuai digunakan pada semua peringkat iaitu dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah (Siti Hajar Abd Aziz,1996). • merupakan satu strategi pengajaran yang sesuai untuk pelbagai tahap pencapaian murid. • aktiviti untuk murid bergembira • memberi peluang kepada murid-murid mengaplikasikan kemahiran bahasa yang dipelajari di dalam kelas. • merupakan aktiviti yang dirancang dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan ada kaitan dengan kandungan isi pelajaran.

Page 20: Literasi Bahasa_kum 3

Permainan Bahasa perlu mempunyai beberapa objektif tertentu seperti:

Merangsang aktiviti verbal murid Dalam permainan, murid-murid akan diminta

bercakap untuk menyuarakan pendapat mereka dan memberi alasan tertentu yang berkaitan.

Murid perlu melibatkan diri secara aktif. Setiap ahli kumpulan akan merasa diri mereka

diperlukan dalam kumpulan itu. Guru bertindak sebagai fasilitator dan menjaga

disiplin kelas.

Page 21: Literasi Bahasa_kum 3

Sambungan…

Menambah kefasihan dan keyakinan Untuk meningkatkan kefasihan berbahasa dan menambah keyakinan. Bahasa yang digunakan harus mempunyai pelbagai fungsi dan

melibatkan semua peringkat kesukaran berbahasa yang berbeza. Permainan haruslah boleh dimainkan pada semua peringkat usia

bergantung kepada pengetahuan bahasa dan kefasihan murid. Dapat memberikan kesan positif di kalangan orang yang terlibat bukan

sahaja murid dengan murid tetapi juga guru dengan murid. Dapat merapatkan hubungan dan kerjasama. Situasi ini merupakan suasana yang sihat terutama bagi murid pemalu

dan pasif.

Page 22: Literasi Bahasa_kum 3

Sambungan…

Alat mengikis rasa bosan Dapat menimbulkan perasaan gembira dan mengalihkan perasaan bosan dan

lesu murid. Mewujudkan komunikasi dalam bentuk semulajadi dan memenuhi keperluan

murid menghadapi dunia sebenar. Alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Boleh dijalankan dalam pelbagai bentuk dan sangat berguna dalam aktiviti

pemulihan , pengukuhan dan pengayaan. Kebanyakkan murid lemah menghadapi masalah pengamatan dan

pendengaran. Masalah ini dapat diatasi melalui permainan yang dirancang dengan teliti supaya lebih berkesan.

Boleh dijadikan sebagai aktiviti pengukuhan selepas sesuatu sesi pengajaran. Guru harus melibatkan semua kumpulan murid dalam setiap sesi pengajaran. Boleh dijadikan sebagai aktiviti pengayaan tetapi harus dirancang dengan baik

supaya bersesuaian dengan kemampuan setiap kumpulan murid.

Page 23: Literasi Bahasa_kum 3

Kelebihan Permainan Bahasa

Membolehkan murid membiasakan diri menyebut sesuatu bunyi dengan jelas, betul dan tepat. Murid berlatih menyebut perkataan dan ayat.

Berperanan sebagai bahan ransangan sama ada pada awal, pertengahan atau akhir pembelajaran. Murid berpeluang menggunakan bahasa dalam suasana yang menyeronokkan serta terlibat secara aktif.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran permainan bahasa merupakan teknik mengulangkaji dan pengukuhan. Perkara yang telah diajar diulang beberapa kali sehingga kekal dalan ingatan.

Masa permainan bahasa dianggap masa istirehat yang berfaedah kerana dapat menghilangkan rasa letih dan bosan murid.

Murid berpeluang menggunakan kemahiran bahasa dalam situasi sebenar dan bermakna. Semasa bermain murid-murid dapat bertindak balas secara spontan seperti bertanya, memberi arahan, meneka dan membaca. Ini dapat merangsang keinginan murid untuk belajar.

Page 24: Literasi Bahasa_kum 3

Unsur Permainan Bahasa

a. Meningkatkan motivasi

Murid dapat dirangsang untuk lebih bersemangat belajar dan menghubungkaitkan dengan kegunaannya di luar bilik darjah.

Semasa bermain, mereka akan melibatkan diri dalam semangat pertandingan dan berhempas pulas untuk mendapatkan jawapan yang betul.

b. Interaksi Murid-murid amat gemar bertutur dan bersosial. Boleh digunakan untuk meningkatkan interaksi. Contohnya kesan daripada interalsi

rakan sebaya. Murid-murid lebih banyak belajar melalui rakan sebaya berbanding guru mereka.

c. Pertandingan yang sihat Permainan bahasa bercirikan persaingan. Boleh berlaku antara sesama peserta, masa yang ditetapkan, pencapaian

persembahan terbaik atau mencapai matlamat tertentu. Permainan bahasa mengeksploitasi kecenderungan bertanding untuk maksud

pembelajaran.

Page 25: Literasi Bahasa_kum 3

Sambungan…

d. Kerjasama berpasukan Bekerjasama merupakan unsur yang kukuh bagi setiap pertandingan. Ahli-ahli kumpulan perlu bekerjasama dan semangat kerjasama yang dipupuk melalui

permainan ini dapat digunakan dalam kehidupan seharian mereka.

e. Pembelajaran semulajadi Membolehkan berlakunya pembelajaran semula jadi dan kecenderungan bermain. Guru harus merangsang murid belajar bahasa. Pembelajaran bahasa yang berkesan

berlaku apabila seseorang itu terlibat secara langsung dengan penggunaan bahasa tersebut.

f. Peraturan permainan Peraturan yang ditetapkan dalam permainan perlu dipatuhi oleh pemain. Peraturan ini

bertujuan untuk mengawal permainan, memberikan panduan kepada pemain dan menggredkan permainan mengikut nilai-nilai tertentu.

g. Penamat permainan Permainan bahasa mempunyai penamat untuk menghentikan permainan mereka.

Penamat mesti dilakukan walaupun pemain-pemain belum mencapai keputusan yang sepatutnya.

Page 26: Literasi Bahasa_kum 3

Pengelolaan Permainan Bahasa a. Secara berkumpulan

Permainan bahasa boleh lakukan dalam kumpulan-kumpulan kecil. Dalam sebuah kumpulan biasanya terdapat empat hingga enam orang pemain. Bilangan

ahli dalam satu-satu kumpulan penting untuk memastikan kelancaran permainan. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan jika terlalu ramai. Jika saiz kelas terlalu kecil dan kurang selesa, boleh dimainkan diluar kelas dengan menggunakan jenis permainan yang sesuai.

b. Secara berpasangan

Aktiviti berpasangan merupakan bentuk gerak kerja yang efektif dalam melibatkan penyertaan murid. Permainan secara berpasangan memberi lebih banyak peluang latihan mendengar dan bertutur. Ini tidak banyak menimbulkan masalah serta memudahkan kawalan dan pemantauan guru.

c. Secara individu Amat sesuai untuk aktiviti pengayaan. Biasanya dilaksanakan untuk murid yang pintar dan

cerdas setelah menyiapkan tugasan yang diberikan di dalam kelas. Murid akan berfikir sendirian untuk menyelesaikan masalah yang diberi. Jika tidak dapat diselesaikan, murid boleh merujuk kepada guru untuk mendapatkan panduan.

Page 27: Literasi Bahasa_kum 3

Ciri Permainan Bahasa

Dapat mengukuhkan dan meningkatkan penguasaan bahasa seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis dan penguasaan elemen tatabahasa.

Mempunyai ransangan dan bahan yang menarik , sesuai dengan peringkat penguasaan bahasa murid.

Memberikan peluang kepada murid-murid untuk berinteraksi antara murid - murid, murid – guru dan tindakbalas murid - bahan.

Dapat merangsang murid untuk bertindak balas secara aktif dan positif serta dapat mengekalkan minat mereka.

Melibatkan penyertaan murid secara aktif dalam kumpulan atau bilik darjah.

Mempunyai arahan dan peraturan yang jelas dan mudah difahami. Dapat dijalankan dalam jangka waktu dan tempat yang sesuai agar

objektif pembelajaran dapat dicapai.

Page 28: Literasi Bahasa_kum 3

Pengendalian Aktiviti Permainan Bahasa

a. Perancangan permainan Guru perlu merancang dan mengolah bahan permainan agar sesuai dengan tajuk dan objektif

pengajaran. Bahan pengajaran perlu lengkap dan mencukupi untuk semua murid dalam kelas diajar. Jangka masa permainan harus ditentukan.

Sebelum permainan memberitahu nama permainan, bentuk dan cara pelaksanaan. Penjaga masa dan hakim

juga perlu dilantik jika perlu. Guru sebagai fasilitator dan membimbing murid bermain. selepaspermainan

berbincang tentang kemahiran, sikap dan pengajaran yang diperoleh hasil daripada aktiviti permainan.

b. Bentuk permainan Permainan bahasa boleh dilakukan dalam bentuk kumpulan, berpasangan atau individu. Kumpulan kecil - kelas yang mempunyai bilangan murid yang ramai. Berpasangan - memudahkan kawalan dan memberikan perhatian kepada setiap murid. Individu - sesuai untuk aktiviti pengayaan dan pemulihan. Permainan boleh dijalankan dalam dua bentuk iaitu pertandingan dan penghayatan kendiri

(contohnya,teka silang kata dan mencari perkataan tersembunyi)

Page 29: Literasi Bahasa_kum 3

Sambungan…

c. Waktu pengendalian permainan Dilaksanakan pada peringkat permulaan, pertengahan atau akhir

pembelajaran. Permainan dijalankan dalam set induksi jika berlaku pada permulaan. Permainan ini tidak memerlukan masa yang panjang dan dan sesuai sebagai rangsangan terhadap tajuk atau kemahiran diajar.

Di peringkat pertengahan, permainan dijalankan sebagai langkah pengajaran.

Permainan diperingkat akhir pula, dijadikan sebagai aktiviti pengukuhan.d. Tunjuk cara Demonstrasi atau tunjuk cara permainan diadakan sebelum permainan

dijalankan untuk membantu murid memahami bentuk dan pelaksanaan permainan.

e. Arahan dan peraturan permainan Terangkan arahan dan peraturan bermain secara jelas agar tidak

berlaku salah faham semasa bermain. Peraturan perlu diadakan supaya permainan berjalan lancar.

Page 30: Literasi Bahasa_kum 3

Contoh Permainan Bahasa

Nama Permainan : Maka berkatalah Simon

Kemahiran : Mendengar dan membezakan arahanObjektif : Melakukan arahan mudah didengar

Mengenalpasti dan menamakan bahagian tubuhKandungan : Bahagian-bahagian tubuhKosa Kata : siku, kuku, jari hantu, ibu jari, lutut, buku lali, hidung, telinga, mulut Aspek bahasa : berdiri, duduk, tunjukkan saya ......, sila angkat ......, tunjuk kepada .....Jenis aktiviti : Kelas

Page 31: Literasi Bahasa_kum 3

Prosedur Permainan

Murid ditunjukkan beberapa model yang sedang melakukan beberapa aksi

Kemudian murid diterangkan peraturan permainan.

Murid perlu mendengar arahan yang bermula dengan “Simon berkata....” “Simon berkata berdiri”.

Murid melakukan aksi yang disebut.

Murid berdiam diri sebentar

Guru kemudian berkata “duduk”.

Murid yang membuat aksi tanpa dimulai dengan perkataan “Simon berkata…” akan diketepikan daripada permainan.

Mainkan permainan ini beberapa ketika dan murid yang tinggal apabila permainan ditamatkan dikira sebagai pemenang.

Page 32: Literasi Bahasa_kum 3

PEMINTAL LIDAH Bermaksud satu ayat atau frasa yang mudah tetapi sukar untuk disebut dengan jelas

atau tepat

Boleh dikatakan sebagai ungkapan yang direka bentuk mengandungi kata-kata yang mempunyai suku kata mudah, mempunyai persamaan rima dan ada kaitan ceritanya tetapi susah untuk disebut dengan betul dan pantas.

Digunakan sebagai bahan latih tubi supaya fasih bertutur atau terapi kepada murid yang bermasalah dalam pertuturan.

Page 33: Literasi Bahasa_kum 3

Konsep Pemintal Lidah

Satu kaedah untuk melatih kanak-kanak petah berpidato atau latihan sebelum menyertai pertandingan perbahasan.

Sering dianggap sebagai permulaan bertutur.

Latihan yang mengandungi frasa mudah yang akan diajar secara latih tubi kepada kanak-kanak tanpa tersasul dan pada masa yang sama ibu bapa membetulkan kedudukan lidah

Page 34: Literasi Bahasa_kum 3

Kelebihan menggunakan pemintal lidah

Melatih murid untuk bercakap dengan baik Memberikan keyakinan tinggi kepada murid semasa bercakap Berfikir secara kritis dan kreatif Mengelakkan perasaan malu. Menambah perbendaharaan kata sedia ada murid.

Sesuai kepada murid-murid bahasa pertama sahaja. Kurang menyeluruh kerana tidak sesuai untuk murid yang cacat lidah. Perlukan latihan secara berterusan.

Page 35: Literasi Bahasa_kum 3

Ciri-ciri pemilihan kata

Peringkat permulaan, pilih perkataan kv+kv Penyusunan kata tidak terlalu panjang Urutan cerita yang menarik Melodi yang seronok didengar Rimayang seakan-akan sama Santai dan menyeronokkan

Contoh Pemintal Lidah

Dayang suruh Pak Lang susun tulang bersilang-silang atas dulang perang.

Bagi saya baki roti dalam baldi yang Siti beli pagi tadi sebelum pergi mandi.

Bila bapa Baba balik, bapa Baba dan saya bawa bola raga bagi pada Bala.

Page 36: Literasi Bahasa_kum 3

B dan p

Bapa pergi pekan beli baju biru baharu baru pulang berehat.

c dan j

• Cendawan cantik macam jari-jemari jangan cabut cepat-cepat lalukan jamukan.

Page 37: Literasi Bahasa_kum 3

d dan t

Datuk duduk di tangga terus tertidur terdengar dengkuran datin.

g dan k

• Kakak garu kaki gatalku lalu kugaru kaki gatal kakak.

Page 38: Literasi Bahasa_kum 3

s dan z

Sazali suka sama Zaitun sebab Zaitun suka sangat kartun Sazali.

g dan k

• Kakak garu kaki gatalku lalu kugaru kaki gatal kakak.

Page 39: Literasi Bahasa_kum 3

PASANGAN MINIMAL

merupakan sepasang kata daripada bahasa yang sama terhasil hanya dibezakan oleh satu bunyi yang kecil

dituturkan semula oleh para penuturnya sebagai dua perkataan yang berbeza.

Page 40: Literasi Bahasa_kum 3

Konsep

Sesuai digunakan untuk memperbetulkan cara sebutan murid-murid terutama penutur bahasa kedua

untuk murid-murid yang mengalami masalah gagap dan murid yang bercita-cita menjadi pemidato atau pembahas yang baik.

Murid diminta melakukan latih tubi sebutan yang hampir sama bunyinya seperti bilik-balik, ketam-kejam dan sebagainya.

Homograf , perkataan yang dieja sama tetapi sebutannya berbeza seperti perang-perang, dan semak-semak juga termasuk dalam pasangan minimal.

Page 41: Literasi Bahasa_kum 3

Kelebihan

Melatih murid menyebut perkataan dengan betul. Memberi keyakinan tinggi kepada murid yang menghadapi masalah sebutan. Mengelakkan perasaan malu. Menambah perbendaharaan kata murid.

Kelemahan

Hanya sesuai kepada murid –murid bahasa kedua dan masalah pembelajaran.

Kurang menyeluruh. Tidak sesuai untuk murid yang cacat lidah atau bibir. Latih tubi berterusan. Murid perlu menguasai asas sukukata terlebih dahulu.

Page 42: Literasi Bahasa_kum 3

Ciri-ciri

Pemilihan perkataan berdasarkan kelemahan murid.

Mulakan dengan perkataan yang bilangan huruf sedikit.

Pilih perkataan yang sering didengar dan mudah disebut.

Latih tubi untuk fonem yang bermasalah.

Rima bebas.

Gunakan gambar untuk tujuan pemahaman.

Page 43: Literasi Bahasa_kum 3

a. Pasangan B – M Baki – maki Buat – muat Kebas – kemas Lebah – lemah

b. Pasangan R – L Lupa – rupa Rusa – lusa Baru – balu Gari – gali

c. Pasangan K – H Kari- hari Kala – hala Kalau – halau Kasut - hasut

CONTOH PASANGAN MINIMAL

Page 44: Literasi Bahasa_kum 3

Bengkel Pengajaran Menggunakan Boneka

Page 45: Literasi Bahasa_kum 3

DEFINISI BONEKA Merupakan salah satu daripada

peralatan penting yang terkandung dalam beberapa watak animasi yang dimanipulasikan oleh seorang dalang yang mahir.

Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1998) mendefinisikan boneka sebagai objek atau bahan yang digerakkan serentak dengan skrip bebas yang sesuai dengan bahan yang diceritakan.

Page 46: Literasi Bahasa_kum 3

Jamilah Ahmad mentakrifkan boneka sebagai objek yang terdiri daripada alat sebenar atau bahan ciptaan yang berbentuk orang, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya yang digeraklakonkan oleh pemainnya dengan menggunakan dialog atau mitos mengikut sesuatu watak atau cerita.

Menurut Kamus Dewan Eja Pro, boneka bermaksud 1. anak patung, anak-anakan; 2. patung (mis orang atau binatang) yang boleh digerakkan dengan tali.

Page 47: Literasi Bahasa_kum 3

Boneka berkembang mengikut perkembangan zaman.

Setiap bangsa mempunyai pegangan dan kepercayaan tersendiri terhadap boneka.

Dicipta untuk tujuan keagamaan dan hiburan. Pelbagai watak dicipta dan dilakonkan mengikut

olahan skrip.

Page 48: Literasi Bahasa_kum 3

KONSEP PERMAINAN BONEKA

Sebagai benda objek yang digeraknlakonkan oleh pemain, secara sentuhan atau arahan bertujuan menyampaikan mesej.

Benda atau objek dijadikan boneka. Pemain menghidupkan watak menerusi dialog atau aksi tanpa sebarang dialog.

Sesuai dijadikan alat bantuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, dapat menyampaikan cerita dan maklumat dengan lebih berkesan.

Murid-murid akan lebih menghayati dan memahami sesebuah penyampaian.

Pengaplikasian permainan boneka mendedahkan murid untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan, melahirkan idea kreatif dan merangsang imaginasi.

Mendedahkan murid-murid untuk bekerjasama secara kumpulan.

Page 49: Literasi Bahasa_kum 3

FUNGSI BONEKA SEBAGAI MEDIA PENGAJARAN

Pembelajaran lebih seronok. Murid terangsang untuk belajar Menerbitkan rasa seronok dikalangan murid. Perubahan tingkah laku murid mudah terhasil,pembelarajaran berlaku

Pengajaran lebih tersusun. Untuk memuatkan media dalam pengajaran,pengajaran guru perlu

dirancang secara sistematik supaya pengajaran lebih tersusun.

Pembelajaran menjadi lebih dekat Perkara-perkara di luar bilik darjah menjadi lebih hampir kepada

murid,kerana perkara-perkara tersebut dipindahkan melalui media dan dibawa masuk ke dalam bilik darjah

Memperkayakan pengalaman Memberi pengalaman baru kepada murid, bagi yang tidak pernah melihat dan mendengar cerita-cerita seperti wayang kulit.

Page 50: Literasi Bahasa_kum 3

Boneka Daripada Peralatan Sebenar Boneka Sarung Tangan Boneka Penuh Boneka Kosong Di tengah Boneka Jari Boneka Wayang Kulit Boneka Tongkat Boneka Tali Boneka Topeng Muka

JENIS-JENIS BONEKA

Page 51: Literasi Bahasa_kum 3

JENIS-JENIS BONEKA.

WAYANG KULIT BONEKA KAIN BONEKA MUKA BONEKA JARI

BONEKA KAINBONEKA TONGKATBONEKA KAYU

Page 52: Literasi Bahasa_kum 3

AKTIVITI BONEKA

Guru boleh mengaplikasikan teknik bercerita yang dihubungkaitkan dengan tajuk pengajaran.

Pelbagai jenis boneka boleh disesuaikan untuk aktiviti bercerita. Guru mempunyai dua pilihan iaitu bercerita terlebih dahulu dengan

mencipta skrip atau membina boneka berdasarkan watak. Kedua , guru boleh menggunakan sebarang boneka untuk menjadi watak

dalam cerita. Guru perlu menulis dalam bentuk skrip berdasarkan cerita Dialog tidak perlu terlalu panjang, harus disesuaikan dengan pemahaman

murid. Skrip boleh diubah suai. Guru perlu berlatih menggunakan teknik menggerakkan lakonan boneka

supaya dialog selaras dengan geraklaku boneka. Variasi suara bersesuaian dengan boneka yang digunakan. Penggunaan

pentas membantu keberkesanan penyampaian sesebuah cerita. Guru boleh menggunakan boneka tanpa pentas. Kedudukan pentas

boleh disesuaikan di mana-mana sudut.

Page 53: Literasi Bahasa_kum 3

Pelaksanaan Simulasi Boneka Penggunaan pentas boneka memberikan

kesan kepada murid-murid Penggunaan pentas boneka berkait rapat

dengan reka bentuk boneka. Reka bentuk pentas mengikut fungsi, tujuan

dan sasaran. Penggunaan muzik dan kesan bunyi

membantu mewujudkan suasana persembahan yang berkesan.

Page 54: Literasi Bahasa_kum 3

PENTAS BONEKA

Page 55: Literasi Bahasa_kum 3
Page 56: Literasi Bahasa_kum 3
Page 57: Literasi Bahasa_kum 3
Page 58: Literasi Bahasa_kum 3

Tujuan Penggunaan Boneka Dalam Literasi Bahasa Mempelajari Bahasa Dalam Suasana Menarik. Pengalaman Sebenar. Cepat dan Memudahkan Pemahaman Memupuk Daya Kreativiti. Penglibatan Aktif Dalam Bilik Darjah Membina Keyakinan Diri. Memupuk Semangat Kerjasama Dan Berkongsi

Pengalaman. Terangsang Dan Berminat Untuk Belajar.

Page 59: Literasi Bahasa_kum 3
Page 60: Literasi Bahasa_kum 3

Penggunaan boneka berjaya meningkatkan minat dan motivasi murid-murid terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Guru boleh menggunakan boneka pada mana-mana peringkat pengajaran sama ada pada peringkat sei induksi, perkembangan pelajaran ataupun untuk tujuan pengukuhan.

Penggunaan boneka memberikan pelbagai pengalaman kepada guru dan murid-murid.