Majlis Jasamu Dikenang

9
Majlis Jasamu Dikenang Tarikh : 11 Mei 2011 Tempat : Dewan SK Bukit Bertam Rumusan : Tuan Haji Mat Hussin mencatat lembaran sejarah dalam mewarnai persada pendidikan dengan keunggulan komitmen beliau pamerkan dalam memartabatkan prestij persada pendidikan. Sepanjang profesion beliau, beliau telah menyumbangkan pelbagai jasa dan bakti. Antara anugerah yang telah diterima oleh beliau ialah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (2008). Beliau juga merupakan guru sumber Daerah Larut Matang dan Selama. Sehubungan itu, sebuah majlis persaraan diadakan bagi meraikan sumbangan beliau. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengacara majlis iaitu Puan Sulma dan Encik Khir seterusnya disertai dengan bacaan doa oleh Ustaz Fadhil. Ini diikuti dengan ucapan Guru Besar SKBB oleh Pn. Hajah Noriah Binti Abd. Hamid dan ucapan Tetamu VIP, Ustaz Zolkefli Bin Mastor (Penolong PPD Pendidikan Islam). Seterusnya majlis dilangsungkan dengan Tayangan Slaid Imbasan Kenangan. Murid SK Bukit Bertam turut membuat persembahan istimewa daripada dengan nyanyian empat buah lagu nasyid. Selanjutnya, tibalah waktu yang ditunggu-tunggu iaitu Penyampaian Watikah Persaraan dan cenderahati oleh Ustaz Ahmad Bin Shafie sambil diiringi oleh En. Mohd. Noor. Tuan Haji Mat Hussin menjadi ikon dan idola warga SK Bertam ke arah melestarikan pendidikan insaniah dan ummah di masa muka.

description

Majlis Jasamu Dikenang merupakan Majlis Persaraan Tuan Haji Mat Hussin bertempat di SK Bukit Bertam pada 11 Mei 2011

Transcript of Majlis Jasamu Dikenang

Page 1: Majlis Jasamu Dikenang

Majlis Jasamu Dikenang

Tarikh : 11 Mei 2011

Tempat : Dewan SK Bukit Bertam

Rumusan :

Tuan Haji Mat Hussin mencatat lembaran sejarah dalam mewarnai persada pendidikan dengan keunggulan komitmen beliau pamerkan dalam memartabatkan prestij persada pendidikan. Sepanjang profesion beliau, beliau telah menyumbangkan pelbagai jasa dan bakti. Antara anugerah yang telah diterima oleh beliau ialah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (2008). Beliau juga merupakan guru sumber Daerah Larut Matang dan Selama. Sehubungan itu, sebuah majlis persaraan diadakan bagi meraikan sumbangan beliau.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengacara majlis iaitu Puan Sulma dan Encik Khir seterusnya disertai dengan bacaan doa oleh Ustaz Fadhil. Ini diikuti dengan ucapan Guru Besar SKBB oleh Pn. Hajah Noriah Binti Abd. Hamid dan ucapan Tetamu VIP, Ustaz Zolkefli Bin Mastor (Penolong PPD Pendidikan Islam). Seterusnya majlis dilangsungkan dengan Tayangan Slaid Imbasan Kenangan. Murid SK Bukit Bertam turut membuat persembahan istimewa daripada dengan nyanyian empat buah lagu nasyid. Selanjutnya, tibalah waktu yang ditunggu-tunggu iaitu Penyampaian Watikah Persaraan dan cenderahati oleh Ustaz Ahmad Bin Shafie sambil diiringi oleh En. Mohd. Noor.

Tuan Haji Mat Hussin menjadi ikon dan idola warga SK Bertam ke arah melestarikan pendidikan insaniah dan ummah di masa muka.

Page 2: Majlis Jasamu Dikenang

Gambar-gambar Majlis Jasamu Dikenang

Bacaan doa oleh Ustaz Fadhil.

Pn. Hajah Noriah selaku Guru Besar SK Bukit Bertam

Page 3: Majlis Jasamu Dikenang

menyampaikan ucapan dan menerangkan profil serta sejarah kerjaya Tuan Haji Mat Hussin

Persembahan khas oleh murid SK Bukit Bertam dengan

dendangan empat buah lagu nasyid.

Page 4: Majlis Jasamu Dikenang

Guru-guru turut hadir memeriahkan Majlis Jasamu Dikenang.

Murid-murid hadir menyaksikan Majlis Persaraan Tuan Haji Mat Hussin

Pn. Hajah Noriah menyampaikan hadiah cenderahati daripada

Page 5: Majlis Jasamu Dikenang

pihak SK Bukit Bertam kepada Tuan Haji Mat Hussin

Murid juga tidak ketinggalan menyampaikan hadiah kepada Tuan Haji Mat Hussin

Page 6: Majlis Jasamu Dikenang

Pn. Hajah Noriah menyampaikan Dokumentasi Persaraan kepada Tuan Haji Mat Hussin

Sesi bersalaman dan bermaafan antara murid dan Tuan Haji Mat Hussin

Page 7: Majlis Jasamu Dikenang

Murid-murid tidak melepaskan peluang memeluk dan

memohon maaf dalam Perarakan Perpisahan.

Pelukan dan kemaafan mengiringi pemergian Tuan Haji Mat Hussin

Page 8: Majlis Jasamu Dikenang

Lambaian terakhir warga SK Bukit Bertam kepada Tuan Haji Mat Hussin