Majlis Penutupan Kem 1M1S

9
BIL. CUE ANN 1. Apabila Pegawai Perasmi dan tetamu jemputan tiba di pintu dewan, pengacara majlis mengumumkan ketibaan... Nyanyian Lagu Negaraku, Sabah Maju Jaya dan Lagu 1Murid 1Sukan Selesai nyanyian... (Juruteknik memainkan Lagu-Lagu Instrumental atau Lagu-Lagu Gamelan semasa menunggu ketibaan tetamu jemputan) Mengumumkan ketibaan, Yang Dihormati, Encik Salim Bin Samai, Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pelajaran Daerah Kunak diiringi oleh, Encik Mohd Shaifuddin Bin Sulong, Kem Komandan, Kem 1Murid 1Sukan Peringkat Daerah Kunak Bagi Tahun 2012 serta para jurulatih. Hadirin dipersilakan untuk duduk. 2. Setelah tetamu jemputan dudukAssalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara; Pemanis kalam selamat datang,

Transcript of Majlis Penutupan Kem 1M1S

Page 1: Majlis Penutupan Kem 1M1S

BIL. CUE ANN

1.

Apabila Pegawai Perasmi dan tetamu jemputan tiba di pintu dewan, pengacara majlis mengumumkan ketibaan...

Nyanyian Lagu Negaraku, Sabah Maju Jaya dan Lagu 1Murid 1Sukan

Selesai nyanyian...

(Juruteknik memainkan Lagu-Lagu Instrumental atau Lagu-Lagu Gamelan semasa menunggu ketibaan tetamu jemputan)

Mengumumkan ketibaan,

Yang Dihormati,Encik Salim Bin Samai, Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan,Pejabat Pelajaran Daerah Kunak

diiringi oleh,Encik Mohd Shaifuddin Bin Sulong,Kem Komandan, Kem 1Murid 1Sukan Peringkat Daerah Kunak Bagi Tahun 2012

serta para jurulatih.

Hadirin dipersilakan untuk duduk.

2. Setelah tetamu jemputan duduk… Assalamualaikum WBT dan salam

sejahtera.

Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara; Pemanis kalam selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara.

Rujuk Lampiran 1

Page 2: Majlis Penutupan Kem 1M1S

Selamat datang ke Majlis Penutupan Kem 1Murid 1Sukan Peringkat Daerah Kunak Bagi Tahun 2012.

3.Bacaan Doa

Selesai bacaan Doa

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan penuh takzimnya menjemput

Ustaz Mohd Liza Bin Zainal Abidin

untuk memimpin bacaan doa.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Page 3: Majlis Penutupan Kem 1M1S

4.Ucapan Wakil Pelajar

(Semasa akil pelajar bergerak ke atas pentas, juruteknik memainkan Lagu Gamelan)

Selesai Ucapan Aluan

Seterusnya majlis menjemput dan mempersilakan

merangkap Penghulu Kem 1Murid 1Sukan Peringkat Daerah Kunak Bagi Tahun 2012 untuk menyampaikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan itu tadi.

5.Ucapan Kem Komandan...

(Semasa jemputan bergerak ke atas pentas, juruteknik memainkan Lagu Gamelan)

Selesai Kem Komandan...

Hadirin sekalian,Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan

Encik Mohd Shaifuddin Bin Sulong,Kem Komandan,Kem 1Murid 1Sukan Peringkat Daerah Kunak Tahun 2012

untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan itu tadi.

Page 4: Majlis Penutupan Kem 1M1S

6. Penyampaian Sijil-Sijil dan Hadiah-Hadiah

Selesai penyampaian sijil dan hadiah...

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil-sijil dan hadiah-hadiah kepada peserta-peserta.

Untuk tujuan itu, dijemput Encik Mide Bin Teppo, Jurulatih Utama Daerah

untuk menjemput dan mengiringi

Yang Dihormati,Encik Salim Bin Samai, Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan,Pejabat Pelajaran Daerah Kunak

untuk menyampaikan sijil-sijil dan hadiah-hadiah.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Rujuk Lampiran 2

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas penyampaian sijil dan hadiah itu tadi.

Page 5: Majlis Penutupan Kem 1M1S

7. Ucapan Perasmian

(Semasa jemputan bergerak ke atas pentas, juruteknik memainkan Lagu Gamelan)

Selesai Ucapan Perasmian...

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan,

Encik Mohd Shaifuddin Bin Sulong,Kem Komandan,Kem 1Murid 1Sukan Peringkat Daerah Kunak Tahun 2012

Untuk mengiringiYang Dihormati,Encik Salim Bin Samai, Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan,Pejabat Pelajaran Daerah Kunak

untuk menyampaikan ucapan sekaligus menyempurnakan Perasmian Penutup Kem 1Murid 1Sukan Peringkat Daerah Kunak Tahun 2012.

Majlis dengan penuh rendah dirinya mempersilakan.

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas ucapan dan perasmian penutupan itu tadi.

Page 6: Majlis Penutupan Kem 1M1S

7. Penyampaian Cenderahati Perasmi...

(Semasa jemputan bergerak ke atas pentas, juruteknik memainkan Lagu Gamelan)

Selesai Penyampaian Cenderahati

Sebagai tanda kenang-kenangan, majlis menjemput,

Encik Mohd Shaifuddin Bin Sulong,Kem Komandan, Kem 1Murid 1Sukan

bagi menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada:

Yang Dihormati,Encik Salim Bin Samai, Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan,Pejabat Pelajaran Daerah Kunak.

Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih di atas penyampaian cenderahati itu tadi.

Page 7: Majlis Penutupan Kem 1M1S

8. Majlis Bersurai.... Hadirin sekalian,

Dengan sempurnanya penyampaian cenderahati itu tadi, maka majlis kita pada pagi ini sudah sampai ke penghujungnya.

Banyak keluk ke penarik, Keluk tumbuh pohon kuini; Nan elok bawalah balik, Nan buruk tinggallah di sini. Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita; Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta.

Di atas dahan burung tempua, Melihat rusa tepi perigi; Salam perpisahan untuk semua, Di lain masa bersua lagi.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan Kem 1Murid 1Sukan Peringkat Daerah Kunak Bagi Tahun 2012. Wabillahi Taufik wal Hidayah,Wassalamualaikum WBT...

Page 8: Majlis Penutupan Kem 1M1S