MAKLUMAT RINGKAS KEWAJA

2
No.Pen: 001411556 Menjana Integriti Ke Arah Membangun Insan Hadhari PENGENALAN, MATLAMAT, OBJEKTIF & PERANAN KEWAJA adalah salah sebuah Pusat Integriti Dan Pembangunan Insan Hadhari yang di asaskan oleh Encik Yahya bin Mohamed Yusof dan Puan Ruzitah binti Bahrum. KEWAJA ditubuhkan bertujuan untuk Menyelamat – Melindungi - Membimbing – Merawat remaja atau gadis dan wanita yang mengalami masalah pribadi atau sosial akibat aktiviti kehidupan yang tidak bermoral atau mangsa gejala sosial serta pergaulan bebas. Tumpuan dan gulungan sasar KEWAJA adalah gadis remaja atau wanita yang hamil luar nikah dan melahirkan anak tidak sah taraf (anak tanpa bapa yang sah) termasuk juga ibu- ibu tunggal yang bermasalah dan gulungan gadis remaja atau wanita yang ingin kembali kepangkal jalan / kepangkuan masyarakat setelah terlibat dalam aktiviti hidup yang tidak bermoral atau pergaulan bebas serta mangsa keganasan seksual. KEWAJA berperanan untuk mempastikan gadis remaja serta wanita yang terlibat dapat diberikan bimbingan serta panduan hidup agar mereka mengamalkan nilai-nilai murni kehidupan, mempunyai kekuatan diri, minda dan iman untuk terus hidup serta dapat memantau aktiviti semasa dan arah tuju kehidupan mereka didalam komuniti masyarakat. Apa yang lebih penting KEWAJA dapat menyelamatkan mereka daripada melakukan tindakan yang berisiko seperti pengguguran bayi atau membuang janin dan mungkin juga membuang atau meninggalkan anak setelah dilahirkan. Maka inilah tanggungjawab serta peranan KEWAJA demi mempastikan kedudukan ibu dan anak sihat dan selamat dan mempunyai masa depan yang lebih terjamin dan sempurna. MASALAH DAN CABARAN KEWAJA berkhidmat dan bergerak dalam masyarakat secara sukarela demi menunaikan Tanggungjawab, Kemanusiaan dan Ehsan kepada gulungan gadis remaja dan wanita yang memerlukan perkhidmatan bantuan, sokongan, bimbingan, atau pemulihan kearah mempastikan corak hidup masa depan yang lebih berintegriti. Setakat ini KEWAJA belum lagi menerima sebarang bantuan secara rasmi daripada mana- mana pihak sama ada, induvidu, masyarakat, NGO atau agensi kerajaan. Oleh yang demikian, KEWAJA berharap agar ada pihak pihak yang turut sama prihatin dalam aktiviti sebegini untuk menghulurkan sebarang bantuan atau kerjasama demi menunaikan peranan atau tanggungjawab bersama terhadap yang memerlukan.

description

Kami membantu gadis atau wanita yang telah terlanjur sehingga hamil luar nikah. Mereka perlukan tempat untuk berlindung sementara.

Transcript of MAKLUMAT RINGKAS KEWAJA

Page 1: MAKLUMAT RINGKAS KEWAJA

No.Pen: 001411556

Menjana Integriti Ke Arah Membangun Insan Hadhari PENGENALAN, MATLAMAT, OBJEKTIF & PERANAN KEWAJA adalah salah sebuah Pusat Integriti Dan Pembangunan Insan Hadhari yang di asaskan oleh Encik Yahya bin Mohamed Yusof dan Puan Ruzitah binti Bahrum. KEWAJA ditubuhkan bertujuan untuk Menyelamat – Melindungi - Membimbing – Merawat remaja atau gadis dan wanita yang mengalami masalah pribadi atau sosial akibat aktiviti kehidupan yang tidak bermoral atau mangsa gejala sosial serta pergaulan bebas. Tumpuan dan gulungan sasar KEWAJA adalah gadis remaja atau wanita yang hamil luar nikah dan melahirkan anak tidak sah taraf (anak tanpa bapa yang sah) termasuk juga ibu-ibu tunggal yang bermasalah dan gulungan gadis remaja atau wanita yang ingin kembali kepangkal jalan / kepangkuan masyarakat setelah terlibat dalam aktiviti hidup yang tidak bermoral atau pergaulan bebas serta mangsa keganasan seksual. KEWAJA berperanan untuk mempastikan gadis remaja serta wanita yang terlibat dapat diberikan bimbingan serta panduan hidup agar mereka mengamalkan nilai-nilai murni kehidupan, mempunyai kekuatan diri, minda dan iman untuk terus hidup serta dapat memantau aktiviti semasa dan arah tuju kehidupan mereka didalam komuniti masyarakat. Apa yang lebih penting KEWAJA dapat menyelamatkan mereka daripada melakukan tindakan yang berisiko seperti pengguguran bayi atau membuang janin dan mungkin juga membuang atau meninggalkan anak setelah dilahirkan. Maka inilah tanggungjawab serta peranan KEWAJA demi mempastikan kedudukan ibu dan anak sihat dan selamat dan mempunyai masa depan yang lebih terjamin dan sempurna. MASALAH DAN CABARAN KEWAJA berkhidmat dan bergerak dalam masyarakat secara sukarela demi menunaikan Tanggungjawab, Kemanusiaan dan Ehsan kepada gulungan gadis remaja dan wanita yang memerlukan perkhidmatan bantuan, sokongan, bimbingan, atau pemulihan kearah mempastikan corak hidup masa depan yang lebih berintegriti. Setakat ini KEWAJA belum lagi menerima sebarang bantuan secara rasmi daripada mana-mana pihak sama ada, induvidu, masyarakat, NGO atau agensi kerajaan. Oleh yang demikian, KEWAJA berharap agar ada pihak pihak yang turut sama prihatin dalam aktiviti sebegini untuk menghulurkan sebarang bantuan atau kerjasama demi menunaikan peranan atau tanggungjawab bersama terhadap yang memerlukan.

Page 2: MAKLUMAT RINGKAS KEWAJA

ALAMAT PEJABAT PUSAT KEBAHAGIAAN WANITA DAN REMAJA – [ KEWAJA ] No.19, Jalan SG 5/4, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves Selangor Darul Ehsan Tel: 03-40254755 Faks: 03-61881167 H/P: 013-3384868, 012-3303977 e-Mail: [email protected]://groups.yahoo.com/group/KEWAJAhttp://kewaja.bnzmarketing.com ALAMAT ASRAMA PUSAT INTEGRITI DAN PEMBANGUNAN INSAN HADHARI KEWAJA Lot 1678-1H, Lorong Sungai Mulia 5, Kg Sungai Mulia 53000 Kuala Lumpur Tel: 012-3303977 Sila Hubungai;

1. En.Yahya bin Mohamed Yusuf : Pengerusi Kewaja, Motivator dan Fasilitator 2. Ruzitah Binti Bahrum : Penyelia Asrama, Perunding Tradisional Kewaja dan

Fasilitator.

Bantuan dan sumbangan anda sangatlah kami harapkan demi menjadikan KEWAJA lebih

berkemampuan dalam menjalankan tugas atau aktiviti demi mmebantu gadis remaja dan wanita yang bermasalah. Sila salurkan bantuan anda kepada;

PUSAT KEBAHAGIAAN WANITA DAN REMAJA No.Akaun : 3996040116 – Public Bank Berhad

© 2005 KEWAJA Hakcipta Terpelihara