nota ringkas 3403

download nota ringkas 3403

of 14

Transcript of nota ringkas 3403

NOTA RINGKAS HBML3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

DEFINISI LINGUISTIK berasal daripada perkataan Latin lingua - bermaksud bahasa . bahasa Roman (iaitu bahasa-bahasa yang berasal daripada bahasa Latin), langue dan langage dalam bahasa Perancis, lingua dalam bahasa Itali. Inggers memungut kata daripada bahasa Perancis ini menjadi language. Istilah linguistics dalam bahasa Inggers adalah berkaitan dengan kata language tersebut, bahasa Melayu pula, istilah linguistik merupakan nama bagi bidang ilmu, dan kata adjektifnya adalah linguistic atau linguistik Ferdinand de Saussure (1916), - bapa linguistik moden berbangsa Swiss, dalam bukunya Cours de Linguistique Generale telah membezakan kata Perancis langue dan langage. Selain itu, beliau juga turut membezakan istilah parole (tuturan) berdasarkan kedua-dua istilah tersebut. Menurut beliau lagi, langue merupakan suatu sistem istilah langage boleh diertikan sebagai bahasa khas yang ada pada penutur bahasa seperti yang terdapat dalam ucapan bahasa Melayu, istilah ahli linguistik disebut linguis bidang kajian ilmu linguistik ini tidak bersifat spesifik, yakni hanya menyelidik kepada bahasa-bahasa tertentu sahaja. Ilmu linguistik sebenarnya merujuk kepada bahasa secara umum. Ini bertepatan dengan pandangan Ferdinand deSaussure (1857) yang merumuskan bahawa ilmu linguistik tidak hanya meneliti salah satu langue sahaja, tetapi merangkumi bahasa atau language secara umum. Menurut Verhaar (1985:1), linguistik berasal daripada kata Latin iaitu lingua yang bermaksud bahasa. Langacker (1987). -, linguistik adalah kajian terhadap bahasa manusia. Ini bermakna linguistik mengkaji bahasa-bahasa yang dihasilkan oleh manusia melalui alat-alat pertuturan tertentu yang membawa pelbagai makna. David Crystal (1973) -linguistik sebagai kajian bahasa secara saintifik. Ini bermakna bahawa bahasa-bahasa yang dikaji mesti dilihat sebagai satu disiplin ilmu yang tersusun serta mempunyai organisasi tersendiri. John Lyons (1968:89).-linguistik adalah The scientific study of language. Verhaar (1993) menjelaskan linguistik sebagai satu kajian ilmu bahasa. merujuk kepada bagaimana suatu kajian bahasa itu dilaksanakan. merangkumi bidang linguistik secara khusus; iaitu linguistik sinkronik, linguistik diakronik, linguistik deskriptif dan linguistik preskriptif. Linguistik sinkronik - kajian pada suatu bahasa dan masa tertentu. Linguistik diakronik - menumpu kepada kajian yang dibuat mengikut perkembangan masa dan perbandingan bahasa. Linguistik deskriptif -huraian beberapa kemungkinan yang ada di dalam sesuatu bahasa, tanpa penentuan betul dan salah. linguistik preskripti -membentuk norma atau menentukan yang mana betul dan yang mana salah di dalam pemerian bahasa. BIDANG KAJIAN LINGUISTIK (a) Fonetik dan Fonologi Kesemua bunyi yang dihasilkan merupakan bidang kajian ilmu fonetik danfonologi. Fonetik meneliti bunyi bahasa menurut cara sebutannya dan sifat sifat akuastiknya, fonologi pula meneliti bunyi-bunyi bahasa tertentu mengikut fungsi, susunan dan strukturnya., Perbezaan makna yang dibawa oleh bunyi-bunyi tersebut merupakan bidang kajian ilmu fonologi. (b) Morfologi Nik Safiah Karim et al. (1993) - morfologi sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata, Arbak Othman (1968) -morfologi sebagai peninjauan linguistik

yang menitikberatkan hubungan antara morfem dan varian morfem. morfologi ialah bidang yang mengkaji cara kata dibentuk. Bentuk kajian morfologi yang terkecil ialah morfem dan bentuk yang terbesar ialah kata. Kata mempunyai bentuk yang bebas, bermakna dan dapat berdiri sendiri manakala morfem terdiri daripada dua bahagian, iaitu bentuk bebas dan bentuk terikat. Kata-kata yang dibentuk lahir daripada kata yang terdapat di dalam sesuatu bahasa dan juga melalui proses-proses tertentu. Kata yang dilahirkan melalui kata tertentu; (c) Sintaksis sintaksis berasal daripada perkataan Yunani suntutein -menyusun atau susunan. sintaksis bermaksud kajian pembentukan ayat. Kamus Linguistik (1997), - cabang ilmu linguistik yang mengkaji proses pembentukan ayat, seperti penyusunan kata kepada ayat dan cara hubungan antara kata di dalam ayat Nik Safiah Karim et al. (1986) - bidang linguistik yang mengkaji proses pembinaan ayat. Abdullah Hassan (1981) -sintaksis ialah istilah untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitu bagaimana morfem dan kata disusun menjadi unit sintaksis yang kecil iaitu frasa, atau menjadi klausa, dan ayat merupakan inti terbesar. Asmah Hj. Omar (1968) - sintaksis sebagai bahagian daripada linguistik deskriptif atau sinkronis yang mempelajari kombinasi kata di dalam rangkai kata dan ayat. dapat merumuskan - SATU bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat. Bidang kajian sintaksis - meliputi perkataan, frasa, klausa dan ayat. Kajian sintaksis melibatkan kajian tentang bentuk, struktur dan binaan ayat serta hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari cara penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membina ayat. Ayat yang terhasil melalui penyusunan rangkaian - membentuk klausa dan seterusnya ayat. ayat terdiri daripada konstituen frasa dan konstituen klausa. Keduadua konstituen ini terbina daripada susunan perkataan. TERDAPAT unsur kata atau perkataan, frasa dan klausa. melibatkan aspek perbezaan binaan ayat melalui jenis jenis ayat dan ragam ayat; seperti ayat penyata, ayat perintah, ayat seruan, ayat tanya, ayat aktif dan ayat pasif. Sintaksis merupakan cabang daripada ilmu linguistik yang membicarakanM tentang wacana, ayat, klausa dan frasa. - syntax. sintaksis membicarakan bagaimana gabungan beberapa frasa bagi membentuk klausa dan seterusnya gabungan beberapa klausa akan membentuk ayat. RUMUSAN Secara kesimpulannya, bahasa memainkan peranan yang sangat penting di dalam kehidupan kita seharian. Bahasa bukan sahaja berfungsi sebagai alat komunikasi tetapi turut memainkan peranan sebagai alat perpaduan dalam menyatukan masyarakat kita yang berbilang kaum dan budaya. Dengan hanya satu bahasa, iaitu bahasa Melayu telah berjaya menyatukan pelbagai etnik sehingga bangsa kita menjadi satu bangsa yang aman dan harmoni tanpa sebarang permusuhan atau persengketaan. Istilah linguistik berasal daripada kata Latin lingua yang membawa maksud bahasa . Ilmu linguistik dikatakan bersifat umum yang bermaksud bahawa bidang kajian ilmu linguistik ini tidak bersifat spesifik, yakni hanya menyelidik kepada bahasa tertentu sahaja. Ilmu linguistik juga dikatakan sebagai ilmu pengetahuan spesifik yang bermakna di dalam bidang kajian linguistik seperti juga disiplin ilmu yang Lain mempunyai sistem yang teratur bagi merealisasikannya sebagai salahsatu bidang ilmu yang dipelajari. Kajian linguistik meliputi fonetik dan fonologi, morfologi, sintaksis, leksikografi, semantik, pragmatik, linguistik sinkronik dan linguistik diakronik, sosiolinguistik dan linguistik teoretis dan linguistik terapan. Struktur bahasa meliputi tata tingkat bahasa yang terdiri daripada fonem, morfem, kata, frasa, klausa, ayat dan wacana. 1

http://oumclub.blogspot.com

NOTA RINGKAS HBML3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa nasional kerana penyebarannya yang luas di Nusantara dan peranan tokoh yang berpengaruh. Bahasa Melayu telah menjadi alat bahasa pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya di dalam sistem pendidikan negara. Bahasa Melayu dijadikan sebagai mata pelajaran teras di dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bahasa Melayu memiliki sifat keterbukaan yang membenarkan penyerapan kata dan istilah daripada pelbagai bahasa seiring dengan kehendak dan perkembangan zaman. Bahasa berfungsi untuk membuka perbicaraan, menghindarkan komunikasi, komunikasi instrumental, komunikasi afektif, melepaskan tekanan perasaan, menceritakan perkara tahayul dan berfungsi dalam bidang ritual. Bahasa juga bersifat deskriptif (menerang, menghurai), ekspresif (mengungkap) dan berfungsi di dalam bidang sosial. Pembentukan bahasa adalah konsep umum yang mencakup infleksi, devirasi, afiksasi dan penggabungan bahasa. Bahasa Melayu memainkan peranan penting sebagai bahasa perpaduan dan bahasa pelbagai domain. TOPIK 2 Stilistik DEFINISI STILISTIK Stilistik berasal daripada Bahasa Inggeris, iaitu style yang bererti gaya dan daripada bahasa serapan, linguistic yang bererti tatabahasa. Menurut Kamus Bahasa Indonesia - stilistik ialah ilmu kebahasaan yang mempelajari gaya bahasa. Bally, Jacobson, Leech, Widdowson, Levin, Ching, Chatman, Dalan dan lain-lain, - sebagai suatu deskripsi linguistik daripada bahasa yang digunakan di dalam teks sastra. Leech, stilistik adalah pembelajaran gaya ilmu linguistik atau simply defined as the (linguistic) study of style. tentang sistem dan kaedah teks sastera sebagai bahagian yang tidak Chvatik - kajian teks sastera dan kod estetik dengan kajian stilistik yang mengkaji bahasa dalam teks sastera, sebagaimana bahasa menjadi objek kajian linguistik (Aminuddin, 1995: 22). Rene Wellek dan Austin Warren, stilistika perhatian Aminuddin - pengajian tentang cara pengarang di dalam menggunakan sistem tanda sejajar dengan gagasan yang ingin disampaikan secara kompleks, dan juga kekayaan unsur pembentuk itu yang dijadikan sasaran kajian hanya pada wujud penggunaan sistem tandanya. :Kamus Linguistik Edisi Ketiga,-ilmu yang menyelidiki bahasa yang dipergunakan di dalam karya sastera atau ilmu yang bersifat interdisiplin antara linguistik dan kesusasteraan ataupun penerapan linguistik pada penelitian gaya bahasa. Kamus Za-ba, stilistik - teknik penggunaan gaya bahasa yang mantap serta secara berkesan di dalam sesuatu penulisan. Kamus Dewan Edisi Ketiga - kajian tentang teknik penggunaan gaya bahasa secara berkesan di dalam penulisan. Ianya berkaitan dengan stail atau gaya, terutamanya gaya bahasa. stilistik ialah satu kajian stail yang melibatkan bentuk atau bahasa dan isi kesusasteraan meliputi kajian mengenai teknik pemakaian bahasa di dalam penulisan dan teknik yang mengkaji segala kemungkinan yang berkaitan dengan gaya bahasa penulisan kesusasteraan yang semata-mata untuk mendapatkan kefahaman sebenar tentang teks kesusasteraan (Nik Hassan Basri: 378). merupakan satu lagi disiplin yang mengkaji ciri-ciri linguistik yang berbeza yang berlaku di dalam kalangan kelompok sosial. Kelompok sosial itu pula dibezakan oleh bidang pekerjaan atau perbezaan kelas di dalam sesuatu masyarakat. stilistik merujuk kepada kajian mengenai bahasa literari sesuatu komuniti dengan menggunakan kaedah linguistik. Kaedah ini telah banyak dipakai. Keris Mas, stilistik ialah kajian stail yang mengkaji segala kemungkinan gaya kesusasteraan untuk menilai dan mendapat kefahaman sebenar mengenai sesebuah teks kesusasteraan. Segala hubungan yang menimbulkan kelainan gaya bahasa, baik gaya individu mahupun implikasi lain, yang melibatkan lahirnya

hasil sastera yang diperhatikan dan diberi saluran kajian khusus. yang tidak lagi dari sudut kebahasaan saja tetapi juga dari sudut isi yang disampaikan dengan penggunaan bahasa itu. Stilistik merujuk kepada penggunaan prinsip linguistik terhadap bahasa sastera. Stilistik atau ilmu gaya dapat dianggap sebagai kajian variasi linguistik. Variasi linguistik ini mempunyai hubungan yang rapat dengan konteks teks dan konteks situasi. mempunyai hubungan yang rapat dengan disiplin sosiolinguistik dan dialektologi. Kedua-duanya pula merupakan cabang linguistik (Azmi Rahman, Esasterawan.com). Freeman (1970: 4). - melihat penggunaan bahasa yang menyimpang atau deviasi daripada norma tatabahasa, penggunaan pengulangan dan meminjam usaha pengarang (di dalam konteks ini penyair) untuk mendapatkan kepadatan tulisannya. Murry - gaya dan sesuatu yang istimewa, teknik eksposisi, pencapaian estetika dan pernyataan sikap penulis. Pemilihan kata dan penyusunan struktur ayat itu memperlihatkan ciri-ciri keperibadian penulis. Bahasa Perbandingan digunakan untuk menerangkan sesuatu secara berkias. Maka, secara tidak langsung ia akan dapat menjaga perasaan terhadap sesuatu yang ingin disampaikan menyamakan sesuatu benda dengan keadaan atau peristiwa yang lain. contoh bahasa yang menunjukkan perbandingan Simile Perbandingan secara eksplisit dan dijelaskan. Penggunaan kata seperti,Mibarat, bak, bagaikan, umpama, laksana,penaka dan serupa. Personifikasi Personifikasi ialah perlambangan sifat-sifat manusia yang diberikan kepada benda tidak bernyawa atau sesuatu yang abstrak. Perkataan personifikasi (personification) sebenarnya berasal daripada bahasa Yunani, prosopopoeia Metafora -perbandingan secara langsung, iaitu ia memberi sifat sesuatu objek itu secara perbandingan terus. Terdapat dua jenis metafora, iatiu seperti berikut: (i) Metafora yang tidak memerlukan kata-kata perbandingan seperti bagaikan, laksana, bak dan bagai. (ii) Metafora yang menggabungkan unsur konkrit dan abstrak. Eufemisme Eufemisme adalah bahasa yang digunakan untuk tujuan memperhaluskan kata atau ucapan. Ia juga disebut sebagai ucapan atau ungkapan lembut. Alegori Alegori adalah cerita yang digunakan sebagai lambang yang digunakan untuk pendidikan. Kebanyakan gaya bahasa ini digunakan di dalam penceritaan yang mewakilkan watak binatang sebagai objek. Antilesis -membandingkan dua perkara yang berlainan di dalam masa yang sama. Setiap ayat yang dibina mesti terdiri daripada dua frasa ayat yang mempunyai makna yang bertentangan. Gaya bahasa ini banyak digunakan di dalam sesebuah penulisan karya sastera mahu pun di dalam perbualan seharian KEBERKESANAN STILISTIK DALAM BAHASA Gaya bahasa ialah ragam bahasa yang digunakan di dalam penulisan atau lisan ataupun cara pemakaian bahasa di dalam sesebuah karya atau susunan kata,frasa dan ayat yang digunakan oleh pengarang dalam usaha melengkapkan tema dan persoalan dan sebagainya di dalam karya yang dihasilkan. Gaya dapat dikelompokkan kepada lima jenis, iaitu gaya bahasa pengulangan, gaya bahasa penyirnaan, gaya bahasa perbandingan, gaya bahasa pertautan dan gaya bahasa pertentangan (Nik Hassan Basri, 2007: 145) RUMUSAN Ilmu stilistik meliputi definisi ilmu tentang stilistik, ciri-ciri ilmu stilistik, stilistik di dalam bahasa, bahasa perbandingan dan keberkesanan stilistik di dalam bahasa. 2

http://oumclub.blogspot.com

NOTA RINGKAS HBML3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

Stilistik berasal daripada bahasa Inggeris iaitu style yang bererti gaya dan daripada bahasa serapan linguistic bererti tatabahasa. Aminuddin mengertikan stilistik sebagai pengajian tentang cara pengarangan di dalam menggunakan sistem tanda sejajar dengan gagasan yang ingin disampaikan secara kompleks dan kekayaan unsur pembentuk itu yang dijadikan sasaran kajian hanya pada wujud penggunaan sistem tandanya. Stilistik juga merupakan satu lagi disiplin yang merujuk kajian mengenai ciri-ciri linguistik yang berbeza yang berlaku di dalam kalangan kelompok sosial. Di dalam kajian stilistik, karya sastera dianalisis dengan menggunakan pendekatan linguistik. Ciri-ciri yang terdapat di dalam gaya bahasa perbandingan adalah seperti imejan, metafora, personifikasi, pleonasme dan simile. Gaya bahasa pertentangan pula seperti hiperbola, inversi dan paradoks. Sementara gaya pertentangan merangkumi aliterasi, anafora, asonansi, epifora, rima dan sinkof. Gaya yang terakhir ialah penyirnaan yang hanya terdapat satu ciri sahaja iaitu sinkof. Kebanyakan pembicaraan mengenai stilistik selalu dilihat di dalam hubungan dengan bahasa dan linguistik. Stilistik merupakan gaya yang digunakan oleh pemakai bahasa untuk menyatakan fikiran dan perasaan mereka mengikut konteks masing masing. Tujuan bahasa perbandingan digunakan untuk menerangkan sesuatu secara berkias. Antara bahasa perbandingan yang penting ialah gaya bahaspersonifikasi, metafora, simile, eufamisme, alegorin antilesis. Keberkesanan stilistik di dalam bahasa ialah stilistik dapat memberi pendedahan kepada kepelbagaian gaya bahasa. Gaya bahasa ialah ragam bahasa yang digunakan di dalam penulisan atau lisan ataupun cara pemakaian bahasa di dalam sesebuah karya atau susunan kata, frasa dan ayat yang digunakan oleh pengarang dalam usaha melengkapkan tema dan persoalan dan sebagainya di dalam karya yang dihasilkan. Topik3 Asosiasi Kata dan Teori Linguistik PEMEROLEHAN BAHASA Teori yang berhubungan dengan pemerolehan bahasa; Pemerolehan bahasa merupakan proses penguasaan bahasa yang dilakukan oleh bayi atau kanak-kanak secara semula jadi ketika berinteraksi atau berkomunikasi dengan orang lain, ibu bapa, adik, kakak, datuk atau nenek. merupakan bahasa pertama yang dikuasai oleh mereka tanpa sebarang pengajaran dan sering disifatkan sebagai sesuatu dapatan yang natural Tarigan- perlengkapan hipotesis berdasarkan suatu input data linguistik primer daripada suatu bahasa, kemudiannya menghasilkan suatu output yang terdiri daripada tatabahasa yang sepadan secara deskriptif. bahasa itu diperoleh daripada sumber yang pertama iaitu ibu bapa, kemudian menghasilkan satu tatabahasa baru dan dikuasai oleh kanak-kanak. Teori Pemerolehan Bahasa Teori Behaviouris Pavlov, Thorndike, Hull dan Skinner. Mereka ] ,ujaran terbentuk kerana adanya rangsangan dalam bentuk-bentuk bahasa atau bukan bahasa. Bentuk-bentuk bahasa yang betul yang dihasilkan oleh seseorang perlu diteguhkan atau diperkukuhkan supaya bentuk tersebut dapat diulangi lagi. Selain itu, di dalam proses pemerolehan bahasa, ibu bapa atau penjaga menggunakan pelbagai cara untuk memberi peneguhan kepada anak mereka seperti memberi senyuman, gelak ketawa, menyanyi dan tepuk tangan sebagai tanda sokongan kepada anak mereka. Pavlov, menggunakan teori gerak balas terlazim di dalam kajiannya. Beliau menganggap gerak balas akan berlaku apabila adanya tindakan terlazim. Di dalam pemerolehan bahasa,

kanak kanak dapat memperoleh bahasa dengan baik apabila mereka mendapat gerak balas terlazim, iaitu apabila sering mendengar bunyi dan perkataan yang sama beberapa kali. Skinner - pembelajaran akan berlaku sekiranya terdapat rangsangan dan tindak balas yang berulang-ulang. Beliaumenjalankan kajian terhadap seekor merpati dan tikus. Tikus telah dimasukkan ke dalam sebuah kotak dan terdapat sebuah alat yang boleh mengeluarkan makanan untuk tikus tersebut.. ganjaran yang diperoleh selepas pembelajaran akan memberikan kesan yang lebih baik. Bloomfiled - bahasa adalah tingkah laku manusia, sama dengan tingkah laku lain yang disempurnakan di dalam hidup seharian. Sekiranya tingkah laku manusia yang lain itu berpunca daripada rangsangan, maka bahasa dapat dilahirkan sebagai gerak balas terhadap rangsangan tersebut. Di samping itu, menurut beliau, perkara yang harus dikaji ialah tingkah laku yang terjadi ketika ucapan/ujaran terlahir daripada mulut seseorang hingga ucapan tersebut diterima dan difahami oleh pendengarnya. melalui pemerolehan bahasa, kanak-kanak memperoleh bahasa ibundanya melalui peniruan tingkah laku dan pengucapan kata-kata oleh ibu bapa mereka. Tingkah laku daripada rangsangan berserta dengan pengukuhan yang dilakukan akan menyebabkan mereka melakukan aktiviti tertentu secara berulangulang. (b) Teori Kognitivis atau Menatalis Ahli kognitivis atau mentalis -Chomsky, Piaget, Miller, Gestalt, Lenneberg dan Kohler. Jean Piaget - perkembangan bukan lahir daripada hasil kematangan organisma dan bukan daripada pengaruh alam sekitar, tetapi interaksi kedua-duanya. berpendapat bahawa manusia mempunyai peringkat otak atau mental dan saraf tertinggi. Melalui otak tersebut, manusia diberi kebolehan untuk mempelajari pelbagai perkara. Proses pembelajaran merupakan proses mental dan bukannya proses mekanis. Ini bermakna, kanak-kanak menyesuaikan pengetahuan sedia ada di dalam mental mereka dengan data yang diperoleh daripada persekitarannya. Gestalt - teori pembelajaran menjadi bermakna sekiranya fikiran dimasukkan ke dalamnya sebagai satu bahagian yang tidak dapat dipisahkan. seseorang kanak-kanak dilahirkan dengan kecekapan semula jadi untuk menguasai bahasa apabila sampai pada peringkat kematangan tertentu. Pada setiap peringkat kematangan tersebut, mereka akan membuat hipotesis terhadap pertuturan ahli masyarakatnya. Chomsky - kanak-kanak itu dilahirkan, mereka sudah pun mempunyai kemampuan untuk berkomunikasi, yakni sudah memiliki sistem bahasa. Di sebaliknya pula, sekiranya kanak-kanak tersebut tidak diberi pendedahan kepada penguasaan bahasa, proses penguasaan bahasa akan terbantut dan mungkin tidak berkembang dengan baik. . Lenneberg perkembangan dan kebolehan berbahasa berlaku secara biologi. In bermakna perkembangan bahasa bergantung kepada jadual biologi atau perkembangan biologi bukannya hadir daripada rangsangan yang datang daripada lingkungan. pemerolehan mengikut teori kognitif atau mentalis merupakan satu proses mental dan setiap kanak-kanak dapat menguasainya kerana mereka mempunyai kebolehan semula jadi. bermula pada suatu yang umum terlebih dahulu dan kemudian, barulah mereka dapat mengetahui sesuatu secara spesifik. Elok juga dinyatakan bahawa mereka memahami makna dahulu sebelum memahami struktur atau susunan kata di dalam ayat. 2. Mengenal pasti ciri-ciri asosiasi di antara bahasa kanak-kanak dengan bahasa orang dewasa; ASOSIASI kata pinjaman yang diambil daripada bahasa Inggeris. berkait dengan masyarakat kerana asosiasi digunakan pada hampir semua keadaan manusia, terutama semasa pertuturan. Kamus Dewan (2005), - maksud perkaitan antara satu 3

http://oumclub.blogspot.com

NOTA RINGKAS HBML3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

dengan yang lain yang mempunyai perhubungan dan pertalian. Kamus Linguistik asosiasi - perkaitan kata, iaitu perkataan yang mempunyai kaitan antara perkataan yang lain. Ahmad Khair (2000) - bentuk bebas terkecil yang berasosiasi dengan kata lain, membentuk frasa, klausa dan ayat. Secara keseluruhannya, asosiasi kata bermaksud penyesuaian dan perkaitan kata yang digunakan di dalam ayat. Asosiasi kata merupakan perkaitan atau perhubungan kata di dalam bahasa. Perkaitan merujuk kepada hubungan kata di dalam bahasa Melayu dengan frasa, klausa atau ayat yang disusun dengan betul dan gramatis Ciri-Ciri Asosiasi Ciri - ciri Asosiasi di dalam Semantik Asosiasi kata merupakan kata atau frasa kata yang dicantum di dalam ayat yang saling berkait di antara satu dengan yang lain. Ciri-ciri Asosiasi Di dalam Laras Bahasa Laras bahasa merupakan bentuk bahasa yang digunakan di dalam situasi tertentu, seperti ketika berkhutbah di masjid, berkuliah di dewan kuliah universiti, berkempen di arena politik, berucap di dalam majlis rasmi dan Sebagainya laras yang digunakan adalah berbentuk propaganda, iklan, akademik, agama atau apa sahaja yang bertujuan untuk menarik perhatian penonton atau pendengar Ciri-ciri Asosiasi di dalam Ayat Ayat ialah pengucapan yang paling tinggi letaknya di dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. terdapat di dalam kata hubung gabungan seperti penggunaan dan serta penggunaan tetapi di dalam sesebuah ayat. 3. definisi istilah paradigmatik dan sintagmatik PARADIGMATIK perubahan kata di dalam perkataan, sejajar dengan apa yang diucapkan oleh penutur. melibatkan penggunaan kata yang mempunyai hubungan secara menegak yang berlawanan dengan sintagmatik yang mempunyai hubungan secara mendatar. Definisi dan Konsep Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), paradigmatik membawa maksud bukan paradigma. Paradigma- merujuk kepada daftar atau kumpulan lengkap bentuk terbitan sesuatu perkataan, contoh atau model yang jelas tentang sesuatu. Melihat kepada definisi yang diberikan oleh Kamus Dewan itu, paradigmatik membawa makna kumpulan perkataan yang tergolong di dalam sesuatu kategori yang tidak jelas dan mengalami perubahan pada bila masa di dalam menyatakan kesatuannya. Kamus Dewan - mendefinisikan pola pradigmatik; yakni contoh, model atau patron. Oleh itu, di dalam konteks ini, pola pradigmatik merujuk kepada contoh-contoh penggunaan paradigmatik di dalam bahasa. Pola-pola tersebut dapat dilihat dengan lebih jelas di dalam penggunaan ayat. Paradigmatik melibatkan perubahan penggunaan kata di dalam ayat. Kata yang mempunyai hubungan secara menegak disebut sebagai hubungan paradigmatik. Hubungan begini dikaitkan kesamaan dengan makna antara satu kata dengan kata lain yang disebut sebagai sinoni RUMUSAN Asosiasi merujuk kepada penyesuaian dan perkaitan kata di dalam sesuatuayat. Jika penggunaan kata tidak betul atau sesuai, maksud ayat terbabit akan lari daripada maksud asal. Hal ini menyebabkan kepentingan asosiasi di dalam ayat dan juga perkataan menjadi penting dan pembaca mudah memahami sesuatu ayat terbabit dengan baik. Ciri-ciri asosiasi juga membantu kita mengenali asosiasi itu sendiri kerana asosiasi tidak boleh lari daripada masyarakat penggunanya. Paradigmatik merupakan kajian tentang perubahan dan penggantian di dalam bahasa. Analisis paradigmatik mencari dan mengenal pasti pelbagai paradigma

atau set petanda yang wujud yang mendasari segala jenis kandungan sesuatu teks. Daripada aspek sintaksis unsur paradigmatik, penggunaan kata di dalamsesuatu ayat perlu mengambil kira kata yang digunakan supaya ia bersesuaian apabila digunakan di dalam ayat tersebut. Penggunaan kata di dalam frasa atau ayat perlu mempunyai keserasian dan perkaitan antara satu sama lain. Asosiasi merujuk kepada penyesuaian dan perkaitan kata di dalam sesuatuayat. SEMAK KENDIRI 3.2 Topik 4 Pengenalan kepada Sosiolinguistik 1. Konsep sosiolinguistik; dilihat dapat melengkapi bidang kajian ilmu linguistik. Ini kerana sosiolinguistik merupakan kajian yang berkaitan dengan bidang bahasa dan kaitannya dari sudut kegunaannya dalam masyarakat satu bidang utama dalam disiplin linguistik. Nama sosiolinguistik terbentuk daripada dua istilah, iaitu sosio (singkatan daripada sosiologi-disiplin yang meneliti masyarakat) dan linguistikdisiplin yang meneliti bahasa. Sosiolinguistik adalah bahagian pengajian (studies) dan pengkajian (research) yang menggabungkan dua disiplin, iaitu sosiologi dan linguistik. Dengan sifat penggabungan dua disiplin ini, sosiolinguistik memberi tumpuan kepada dua entiti, iaitu bahasa dan masyarakat. Sosiolinguistik menganggap bahasa dan masyarakat sebagai satu struktur, yakni hubungan antara kedua-dua entiti tersebut yang rapat. Pengkajian dan pengajian sosiolinguistik bermatlamat untuk menunjukkan hubungan sistematik yang wujud antara struktur bahasa dengan struktur sosial, iaitu sama ada sesuatu struktur bahasa itu menyebabkan sesuatu struktur sosial tertentu atau sebaliknya (Teo Kok Seong: 42-43). .merupakan daya usaha kelompok ahli antropologi dan sesuai dengan hakikat bahawa sosiolinguistik itu merupakan cabang kepada bidang antropologi, khususnya antropologi sosial yang mementingkan analisis struktur sosial masyarakat (Nik Safiah Karim, 1981: 1). Fishman, kajian sosiolinguistik adalah bersifat kualitatif. Sosiolinguistik lebih berhubungan dengan perincian-perincian penggunaan bahasa yang sebenarnya seperti deskripsi pola-pola pemakaian bahasa atau dialek di dalam budaya tertentu, pilihan pemakaian bahasa atau dialek tertentu yang dilakukan penutur, topik dan latar pembicaraan. membincangkan pelbagai aspek hubungan bahasa dengan masyarakat. Antara aspek tersebut ialah kedwibahasaan, kepelbagaian bahasa, bahasa, kelainan bahasa, sikap terhadap bahasa, perancangan bahasa dan sebagainya. Bidang sosiolinguistik terapan pula menggabungkan kajian sosiolinguistik dengan kajian pendidikan. Bidang ini telah menjadi satu disiplin ilmu yang tersendiri. sosiolinguistik ialah bidang yang memperkatakan aspek-aspek hubungan antara bahasa dengan masyarakat. Bright (1966), tugas ahli sosiolinguistik ialah untuk memperlihatkan perbezaan-perbezaan yang saling mempengaruhi antara struktur bahasa dengan struktur sosial Hymes (1968) mendefinisikan kegiatan bidang sosiolinguistik sebagai satu aktiviti disiplin di mana ahli-ahli sosiologi, antropologi dan falsafah memainkan peranan penting masing-masing, tetapi peranan yang penting ialah yang disumbangkan oleh ahliahli linguistik (Wong Shek Seng, 1987: 1). ditakrifkan sebagai bidang ilmu yang meneliti segala macam aspek yang berkenaan hubungan antara bahasa dengan masyarakat. Lingkungan hubungan antara bahasa dengan masyarakat adalah amat luas dan boleh mengambil pelbagai bentuk atau manifestasi. Hamid, Ramli Salleh dan Rahim Aman, 2006: 113). Sosiolinguistik merupakan disiplin antara sosiologi dan linguistik, iaitu dua bidang ilmu empiris yang mempunyai kaitan sangat erat. Sosiologi adalah kajian yang objektif dan ilmiah mengenai manusia dalam masyarakat, dan mengenai lembaga dan proses sosial yang ada dalam masyarakat. Sosiologi berusaha mengetahui bagaimana masyarakat itu terjadi, berlangsung dan tetap ada. 4

http://oumclub.blogspot.com

NOTA RINGKAS HBML3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

adalah bidang ilmu disiplin yang mempelajari bahasa dalam kaitannya dengan penggunaan bahasa itu dalam masyarakat (Noriah Mohamed, 1998: 2). Kesimpulannya, bidang sosiolinguistik itu adalah merupakan satu bidang yang membabitkan kajian bahasa dan masyarakat yang sangat luas cakupannya. Ahli ahli sosiolinguistik banyak memperkatakan mengenai cakupan bidang sosiolinguistik ini. Disiplin ini banyak menawarkan pelbagai isu menarik yang berhubungan antara bahasa dengan masyarakat. Kebanyakan ahli sosiolinguistik mengaitkan takrifan mereka dengan subbidang sosiolinguistik yang mereka kaji dengan fokus sama ada kepada aspek bahasa atau aspek masyarakat bahasa berkenaan. Walau bagaimanapun, hubung jalin antara aspek bahasa dengan masyarakat itu masih dapat dilihat dengan jelas, terutamanya apabila kajian membabitkan latar belakang masyarakat dan kaitannya dengan pelbagai pola penggunaan bahasa (Nik Safiah Karim, 1981: 4). Sosiolinguistik mempelajari dan membahaskan aspek-aspek kemasyarakatan bahasa, khususnya perbezaanperbezaan (variasi) yang terdapat dalam bahasa yang berkaitan dengan fakta fakta kemasyarakatan. Selain itu, banyak fungsi yang dimainkan oleh bahasa. Fungsinya sebagai alat perhubungan. 2. Bidang-bidang kajian sosiolinguistik; BIDANG KAJIAN SOSIOLINGUISTIK Hymes (1962), sosiolinguistik merupakan bidang yang mengkaji bahasa dari segi hubungan antara latar, peserta, tajuk perbincangan, fungsi sesuatu interaksi, bentuk perhubungan dan nilai-nilai yang dipegang oleh ahli-ahli yang terlibat dalam pertuturan sesama sendiri. Ada beberapa jenis kebiasaan atau konvensyen yang digunakan bagi menguruskan ujaran kita yang diorientasikan kepada tujuantujuan sosial bagaimana norma dan nilai sosial mempengaruhi perilaku linguistik Variasi dan neka bahasa dihubungkan dengan kerangka sosial para penuturnya Pemanfaatan unsur-unsur bahasa dalam politik Aspek-aspek sosial dalam bilingualisme dan multilingualisme laras bahasa juga merupakan bidang kajian dalam sosiolinguistik. kajian terhadap bahasa pidjin. Dialek (i) Dialek sosial (ii) Dialek daerah (iii) Dialek seketika bilingualisme dan multilingualisme. aspek yang berkaitan dengan ragam bahasa (i) Bahasa Formal-Bahasa formal ialah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, (ii) Bahasa Tidak Formal Bahasa tidak formal merupakan bahasa yang digunakan dalam situasi tidak rasmi. bahasa yang digunakan dengan tidak mengambil kira sebutan, intonasi, pilihan perkataan, nahu, penggunaan peribahasa dan budaya sesuatu bahasa perancangan bahasa. segala usaha dan tindakan yang dilakukan oleh sesebuah negara untuk menentukan supaya sistem komunikasi verbalnya, yakni yang menggunakan bahasa, berjalan dengan lancar dalam segala bidang kehidupan seluruh negara terutama sekali dalam bidang pendidikan, pentadbiran dan ekonomi, dan yang tidak kurang pentingnya dalam bidang penyatuan negara. merangkumi pelbagai masalah seperti bahasa dalam konteks sosial dan kebudayaan, hubungan faktor-faktor bahasa dengan situasi dan faktor sosial budaya serta fungsi-fungsi penggunaan bahasa dalam masyarakat. memberi tumpuan kepada aspek penggunaan bahasa Tugas utama sosiolinguistik adalah untuk memperlihatkan dengan jelas fenomena kelainan bahasa yang wujud dalam masyarakat yang mempunyai hubungan rapat dengan beberapa keadaan sosial. 3. Sosiolinguistik sebagai bidang dalam kajian bahasa;

(a) Pandangan Ahli Sosiolinguistik terhadap Bahasa Menurut pandangan ahli sosiolinguistik, bentuk-bentuk bahasa yang dihasilkan oleh para pengguna bahasa ditentukan oleh kehendak anggotaanggota masyarakat yang bertindak sebagai penerima, yakni mereka yang menjadi sasaran para pembicara. penggunaan bahasa bukan hanya dikawal dan ditentukan oleh atur rumus formal atau tatabahasa tetapi termasuk juga peraturanperaturan bukan tatabahasa yang telah dipersetujui oleh masyarakat pengguna bahasa tersebut. (b) Bahasa Daerah Dalam bahasa Melayu Riau, terdapat bahasa daerah digunakan. Bahasa daerah ini dapat dikatakan berasal dari daerah eksistensi atau dikenal, hidup, dipergunakan dan dimiliki sebelumnya. Bahasabahasa daerah ini mencerminkan beberapa ciri tertentu yang khusus dari daerah-daerah yang terlibat dalam masyarakat tersebut. Di samping digunakan sebagai alatkomunikasi, bahasa daerah ini juga akan berfungsi sebagai alat yang berkaitan dengan kepentingan masyarakat. (c) Bahasa dan kebudayaan Dalam kajian sosiolinguistik, kebudayaan yang terdapat dalam masyarakat juga berkait rapat dengan bahasa yang digunakan oleh penutur bahasa mempunyai satu organisasi fenomena perilaku, kebendaan, kepercayaan dan pengetahuan, serta sikap dan norma masyarakat. (d) Bahasa dan Variasi masyarakat dalam sesuatu kelompok mempunyai bahasa mereka Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam masyarakat atau komuniti bahasa Linguistik ialah bahasa manusia iaitu sistem bunyi yang bermakna untuk digunakan sebagai alat komunikasi oleh kelompok manusia. 4. Kajian yang berkaitan dengan struktur sosiolinguistik; empat kelompok utama iaitu interaksi faktor-faktor sosial dengan bahasa atau dialek dalam skala besar, penggunaan sebenar bahasa , bahasa dalam konteks sosialnya dan penerapan pengetahuan linguistik kepada masalah sosial. Nik Safiah (1988), kajian sosiolinguistik meliputi semua aspek bahasa dalam hubungannya dengan masyarakat. kajian terhadap bahasa, dialek dan idiolek,kedwibahasaan, profil sosiolinguistik, etnografi bahasa, sikap terhadap bahasa danperancangan bahasa.

5. Penggunaan bahasa mengikut konteks sosial dan budaya. Pengaruh Bahasa dalam Pembinaan Tamadun kegiatan kesusasteraan awal di alam Melayu menjadi latar belakang bagi memperlihatkan hubungan antara unsur mitos dengan legenda Sejarah Melayu Perkembangan Bahasa sesuatu bahasa itu tidak mungkin berkembang sekiranya masyarakat tidak mempunyai keinginan untuk mendalami atau mempelajari bahasa. dipengaruhi oleh penutur yang menuturkan sesuatu bahasa Bahasa Melayu dalam Era Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) bahasa Melayu digunakan di dalam era ICT sebagai bahasa perantaraan alternatif untuk dimanfaatkan oleh masyarakat bahasanya atau penggiat-penggiat bahasa Melayu menggunakan ICT sebagai alat penyelidikan, perkakasan, perisian dan aplikasi untuk pembangunan bahasa Melayu perlu menguasai bahasa-bahasa lain dan tahu cara menyebarkan maklumat di dalam era ICT. berkembang dalam menerbitkan istilah-istilah baru bagi menterjemah istilahistilah baru yang asing. RUMUSAN Pengkajian bidang ilmu linguistik tidak lengkap jika bidang sosiolinguistik tidak diberi penekanan sewajar oleh pengkaji bahasa. Sosiolinguistik merupakan kajian yang berkaitan bidang bahasa dan kaitannya dari sudut kegunaannya dalam masyarakat. 5

http://oumclub.blogspot.com

NOTA RINGKAS HBML3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

Dengan pemahaman sosiolinguistik, pengguna bahasa dapat menggunakan bahasa dengan tepat mengikut keperluan masyarakat yangdiwakili oleh mereka. Sosiolinguistik adalah salah satu bidang utama dalam disiplin linguistik. Nama sosiolinguistik terbentuk daripada dua istilah, iaitu sosio; singkatan daripada sosiologi-disiplin yang meneliti masyarakat dan linguistikdisiplin yang meneliti bahasa. aspek kajian sosiolinguistik ialah kedwibahasaan, kepelbagaian bahasa, bahasa, kelainan bahasa, sikap terhadap bahasa, dan perancangan bahasa. Sosiolinguistik juga didefinisikan sebagai ilmu yang mempelajari ciri dan pelbagai variasi bahasa serta hubungan antara bahasawan dengan ciri fungsi variasi bahasa itu dalam suatu masyarakat bahasa. cabang ilmu linguistik bersifat interdisipliner dengan ilmu sosiologi dengan objek penelitian hubungan antara bahasa dengan faktorfaktor sosial dalam suatu masyarakat tutur. bidang yang mengkaji bahasa daripada segi hubungan antara latar, peserta, tajuk perbincangan, fungsi sesuatu interaksi, bentuk perhubungan dan nilai-nilai yang dipegang oleh ahli-ahli yang terlibat dalam pertuturan sesama sendiri. terdapat istilah peralihan kod (code switiching), iaitu penggunaan unsur bahasa asing pada tempattempat tertentu, sama ada dalam bentuk kata, frasa dan bahkan ayat dalam suatu wacana yang diujarkan oleh seseorang. Dialek boleh dibahagi kepada tiga pecahan iaitu dialek sosial (social dialect), dialek daerah (regional dialect) dan dialek seketika (temporal dialect). Perancangan bahasa ialah segala usaha dan tindakan yang dilakukan oleh sesebuah negara untuk menentukan supaya sistem komunikasi verbalnya, berjalan dengan lancar dalam segala bidang kehidupan seluruh negara terutama dalam pendidikan, pentadbiran dan ekonomi, dan penyatuan negara. merupakan bidang yang mengkaji pelbagai bahan sosiobudaya yang berhubung dengan aspek-aspek linguistik Topik5 Sempadan Bahasa 1. bagaimana sesuatu sempadan bahasa itu wujud; Kamus Websters New World (1994), sempadan membawa maksud apa sahaja garisan atau benda yang memisah Kamus Zaba (2001) pula,mentakrifkan sempadan sebagai garis pemisah sesuatu kawasan dengan kawasan yang berlainan atau batas. Secara mudah, kita boleh berkata sempadan ialah garis yang memisah dua kawasan, dua tempat atau dua benda. bahasa, menurut kamus yang sama, ditakrifkan sebagai lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan di dalam satu lingkungan kelompok manusia, iaitu individu dengan individu yang lain. faktor yang memungkinkan seseorang itu berkomunikasi antara mereka, iaitu: Pembicara Pendengar Mempunyai alat Kemunculan faktor lain bersama pembicara Setting kesediaan penerima apa yang dikomunikasikan Topik dan penjelasan pembicaraan Peristiwa itu sendiri Tiga rumpun bahasa - seperti berikut: Austroasia: terdiri daripada bahasa-bahasa Khasi (di Annam), Nicobar, Mon atau Peguan, Khmer dan Munda Tibet-China: terdiri daripada bahasa-bahasa Cina, Tibet, Myanmar, Thai, Lao, Vietnam dan Annam Austronesia: terdiri daripada bahasa Nusantara, Milanesia dan Polinesia

Komuniti Bahasa Melayu di Malaysia Komuniti bahasa Melayu merupakan sekumpulan manusia yang menggunakan bahasa Melayu di dalam aktiviti harian mereka. diwarisi ini dikuasai oleh penutur Melayu sebagai bahasa ibunda. kelompok kedua pengguna bahasa Melayu terdiri daripada penduduk Malaysia yang bukan berketurunan Melayu. menjadikan variasi bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda dan terdapat juga yang menjadikan variasi bahasa berkenaan sebagai bahasa kedua atau fungsi yang sama. Komuniti Bahasa Melayu Siber menggunakan internet sebagai medianya. PEMBENTUKAN KOD DI DALAM PENGUCAPAN BAHASA Kamus Dewan Edisi Ketiga, pembentukan adalah suatu perihal perbuatan, usaha dan sebagainya. Kod pula ialah tulisan dengan tanda dan lainlain yang mempunyai erti tertentu atau yang tersembunyi dengan sistem simbol-simbol untuk menyampaikan maklumat atau arahan kepada komputer. Bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan di dalam lingkungan suatu kelompok manusia. pengucapan ialah perihal mengujarkan atau mengeluarkan bunyi atau melahirkan bunyi suara yang membawa makna. Suatu sistem untuk mewakili benda, tindakan, idea dan keadaan Satu peralatan yang digunakan untuk menyampaikan konsep realiti mereka kepada fikiran orang lain Satu sistem maksud yang dikongsi antara mereka Satu kod yang digunakan oleh pakar linguistik untuk membezakan antarabentuk dan maksud Satu ucapan yang menepati tatabahasa yang telah ditetapkan. Satu penuturan yang dapat difahami oleh masyarakat linguistik Pemikiran KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000:84), perkataan kepelbagaian bermaksud perihal berbagai-bagai jenis atau berlainan jenisnya. Bentuk ditakrifkan sebagai berbagai-bagai cara, gaya, corak dan susunan. Manakala ia didefinisikan sebagai sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan di dalam lingkungan atau kelompok manusia. Bentuk Bahasa Pertuturan Adbullah Yusof dan Che Rabiaah Mohamed (2005), bahasa pertuturan yang kita gunakan terdiri daripada berbagai-bagai bunyi yang dihasilkan sama ada melalui rongga mulut, rongga hidung atau gabungan kedua-duanya. Gabungan bunyi-bunyi yang dihasilkan melalui rongga tersebut akan membentuk perkataan. Kata atau perkataan ini difahami sebagai bahasa pertuturan Bentuk Bahasa Isyarat berasaskan kepada sistem bahasa visual yang digunakan oleh masyarakat kurang upaya, khususnya yang pekak dan bisu Bentuk Bahasa Tulisan Penulisan ini dibuat berdasarkan apa yang dilihat oleh masyarakat setempat, iaitu melalui alam sekitar seperti daun, ranting kayu, akar, rotan , kulit kayu dan batang kayu. Tulisan rumi kemudiannya terus berubah dan ia mudah diterima oleh pengguna bahasa. Tulisan jawi terus wujud di samping tulisan rumi hingga sekarang tetapi peranannya bersifat sekunder. Tulisan jawi menggunakan huruf Arab DIALEK Dialek merupakan variasi bagi sesuatu bahasa. Variasi wujud bagi semua bahasa, tidak kira bahasa yang mempunyai kod atau yang tidak mempunyai kod; yang lisan sahaja atau yang lisan dan bertulis. Variasi sesuatu bahasa berlaku akibat geografi, sosial, atau mungkin daripada tekanan sosial atau tekanan pemerintah. Dialek Daerah / Dialek Geografis 6

KOMUNITI BAHASA Kamus Dewan Edisi Kempat (2005:812), komuniti membawa maksud kumpulan orang yang tinggal di suatu daerah atau negara, masyarakat yang bermastautin di suatu tempat atau negara) yakni orang ramai umumnya

http://oumclub.blogspot.com

NOTA RINGKAS HBML3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

Dialek daerah atau dialek geografi merupakan dialek yang digunakan di sesuatu kawasan geografi. Dialek Sosial dialek sosial ialah dialek yang digunakan semasa bersosialisasi RUMUSAN Sempadan sesuatu bahasa daripada aspek geografi ataupun faktor sosial dapat membezakan sesuatu variasi bahasa. Sempadan boleh ditakrifkan sebagai garis pemisah sesuatu kawasan ataubenda. Dialek sosial merupakan variasi bahasa yang digunakan semasa seseorang itu bersosialisasi dengan orang lain di dalam kelompok tertentu. Austris merupakan cabang bahasa induk yang terpenting di mana bahasa lain membiak. Komuniti bahasa Melayu ialah komuniti bahasa yang berada di dalam sesuatu kawasan, tempat atau daerah yang menuturkan bahasa yang sama. Rumpun Nusantara terbahagi kepada Nusantara Timur dan Nusantara Barat. Orang Melayu membawa maksud orang yang bertutur di dalam bahasa Melayu, mempraktikkan adat resam orang Melayu dan beragama Islam. Komuniti siber terbentuk dan berfungsi di dalam ruang siber. Tanpa memahami atau mengetahui kod, tidak mungkin seseorang akan dapat memahami mesej yang disampaikan. Bahasa isyarat ialah bahasa yang berasaskan sistem visual yang dapat dilihat tatkala disampaikan. Topik6 Kepelbagaian Bentuk Bahasa 1. bentuk-bentuk bahasa; Isoglos bermakna sama bahasa (iso+glos). Kamus Linguistik mendefinisikan isoglos sebagai garis yang dilakar di sekeliling satu kawasan yang mempunyai ciri sebutan, tatabahasa, atau kosa kata tertentu yang serupa Kamus Dewan mendefinisikan isoglos sebagai garisan yang dilukis pada peta untuk melingkungi kawasan yang mempunyai ciri linguistik yang sama. isoglos sebagai satu garis sempadan sesuatu kawasan yang menuturkan bahasa tertentu atau dialek tertentu.

BAHASA KREOL Kreol bermaksud bahasa yang terbentuk daripada campuran dua bahasa yang berlainan melalui pertuturan sehingga menjadi bahasa utama dalam komuniti atau daerah tertentu. Bahasa kreol turut dirujuk sebagai percampuran antara bahasa penjajah dengan bahasa peribumi Asmah Haji Omar (1991), pula berpendapat bahawa bahasa kreol adalah bahasa kacukan yang sudah mantap, yang merupakan kacukan daripada sekurang-kurangnya dua bahasa. Bahasa kreol merupakan bahasa yang bukan berasal daripada bahasa tempatan sesebuah negara tetapi datang dari luar negara tersebut. Bahasa kreol juga telah lama digunakan dan menerima unsur-unsur bahasa tempatan. Bahasa tersebut kemudiannya menjadi bahasa natif atau bahasa ibunda bagi kelompok penutur dalam masyarakat berkenaan bahasa kreol adalah berasal daripada bahasa pidgin atau bahasa lingua franca yang telah diterima masuk ke dalam bahasa tempatan dan telah diterima sebagai bahasa pertama mereka. BAHASA KOLOKIAL Dr. Mansoer Pateda (1994), menyatakan bahawa bahasa kolokial ialah bahasa yang dipakai sehari-hari oleh masyarakat yang tinggal di daerah tertentu. bahasa sehari-hari, bahasa percakapan dan kadang-kadang disebut sebagai bahasa pasar Kamus Dewan, bahasa kolokial ialah bahasa yang bersifat percakapan atau bahasa basahan dan bukan bahasa baku. Bahasa kolokial ini ialah bahasa pertuturan sehari-hari.Bahasa ini tidak mementingkan unsur-unsur tatabahasa kerana yang dipentingkan ialah kefahaman antara penutur dan pendengar Ciri-Ciri Bahasa Kolokial (a) Cara Penyampaian Penggunaan perkataan ringkas dan tidak mengikuti ejaan perkataan sepenuhnya, tetapi pendengar dapat memahaminya. (b) Mewujudkan Kemesraan penutur tertentu menggunakan penanda-penanda mesra. melahirkan kemesraan dengan panggilan yang bersahaja serta intonasi yang menggembirakan. (c) Penggunaan Dialek wujud apabila penutur dan pendengar datang dari satu tempat yang sama (d) Penggunaan Tatabahasa penggunaan tatabahasa tidak begitu dipentingkan menggunakan beberapa strategi seperti memendekkan kata serta menggugurkan bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. unsur-unsur isyarat dan gerak-geri untuk difahami oleh pendengar (e) Percampuran Kod disebabkan masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan keturunan. (f) Bahan yang Diperkatakan perbincangandan perbualan dalam bahasa kolokial bergantung kepada penutur dan pendengar yang terlibat tajuk perbualan berkisar kepada perkara-perkara yang ringanapabila mereka bertemu (g) Cara Penggunaannya tidak mementingkan unsur-unsur tatabahasa sertaimbuhan. Kata singkat serta dialek daerah sering digunakan aspek kemesraan danpemahaman maksud yang lebih diutamakan berbanding susunan danaturan tatabahasa yang betul. menggunakan perkataanyang pendek-pendek serta dapat menimbulkan kesedapan dan kefahaman serta menggambarkan kemesraan antara mereka dan anggota masyarakatyang terlibat. PERBEZAAN ANTARA BAHASA BAKU DENGAN BAHASA BASAHAN (i) Perkataan berbeza untuk makna yang serupa (ii) Bentuk kependekan (iii) Perubahan bunyi

GEOGRAFI DIALEK Kamus Dewan Bahasa Edisi Baru, dialek merupakan satu bentukbahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa standard , loghat, pelat daerah (negeri dan lain-lain); dialek geografi merupakan satu bahasa yang digunakan di setiap daerah yang mempunyai kelainan dari sudut bentuk bahasa, sebutan, intonasi, kosa kata dan fonem berdasarkan ruang geografi yang terdapat di sekitarnya. sejenis kelainan bahasa yang ditentukan berdasarkan ruang geografi tempat menetapnya penutur kelainan berkenaan. Konsep ruang geografi dikenali sebagai ruang geografi linguistiK Dialek Geografi dalam Variasi Bahasa Variasi didefinisikan sebagai kepelbagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa. dialek geografi atau boleh juga disebut sebagai dialek kawasan dikenali sebagai variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. BAHASA PIDGIN Pidgin adalah bahasa yang berkembang sebagai alat komunikasi antara dua kelompok masyarakat yang tidak mempunyai bahasa yang khusus untuk dituturkan dalam kelompok masyarakat tersebut merupakan penyederhanaan dari dua bahasa atau lebih tidak mempunyai penutur asli atau (native speaker) serta terbentuk secara alami di dalam suatu kontak sosial yang terjadi antara sejumlah penutur cenderung dicampuradukkan dari aspek kosa kata, bunyi, dan bentuk-bentuk gramatikal dari kedua-dua terbentuk semasa pengguna suatu bahasa terlibat dalam suatu perdagangan dengan pengguna bahasa lain.

7http://oumclub.blogspot.com

NOTA RINGKAS HBML3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

BAHASA BAKU Sulaiman Masri dalam bukunya yang bertajuk Inilah Bahasa Baku (1992) telah mendefinisikan bahasa baku sebagai bahasa yang betul dari segi ejaan, istilah, sebutan, penggunaan kata dan frasa, ayat, singkatan dan akronim, tanda baca, dan laras bahasa. bahasa yang menjadi dasar dan ukuran dalam menentukan ketepatan bahasa yang digunakan (Awang Sariyan, 1993). Wikipedia Bahasa Melayu pula menyatakan bahasa baku ialah jenis bahasa yang menggambarkan keseragaman dalam bentuk dan fungsi bahasa. dirumuskan bahawa bahasa baku merupakan bahasa yang diterima untuk digunakan dalam situasi rasmi sepertidalam perundangan, pentadbiran, persekolahan, pengajian tinggi, dan sebagai alat sebaran am Ejaan Baku Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Malaysia, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (1994), ejaan baku bermaksud ejaan yang betul. Keselarasan huruf vokal Kekecualian keselarasan huruf vokal Perkataan pinjaman, khususnya daripada Bahasa Inggeris Awalan dan kata sendi di dan ke Partikel Kata ganti singkat Sebutan Baku Sebutan dalam bahasa Malaysia hendaklah berdasarkan ejaan dengan pengertian bahawa setiap huruf dilafazkan menurut nilai bunyinya dalam bahasa Malaysia (Sulaiman Masri, 1992). bertujuan untuk menyeragamkan sebutan dalam bahasa Malaysia terutamanya apabila digunakan dalam urusan rasmi. PENGGUNAAN ISTILAH istilah bermaksud satu perkataan atau gabungan kata yang jelas menerangkan suatu konsep, makna, proses, keadaan atau sifat khusus dalam bidang tertentu, yang disepakati oleh pakar-pakar bidang berkenaan satu perkataan, atau perkataan-perkataan yang dikawal dan untuk tujuan khusus oleh pakar-pakar dalam bidang ilmu tertentu (Sulaiman Masri, 1992 perkataan yang dinamakan istilah ini hanya terbatas penggunaannya dalam satu bidang yang berkenaan sahaja istilah yang betul bererti suatu perkataan atau gabungan perkataan khusus digunakan bagi melambangkan konsep dalam bidang ilmu tertentu BAHASA RASMI Bahasa Rasmi adalah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, iaitu dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perdagangan dan perusahaan, upacara rasmi, kehakiman dan sebagainya. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan untuk pentadbiran dan urusan rasmi sesebuah negara Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi bahasa Melayu sudah menjadi bahasa kebangsaan dan berupaya mengambil alih fungsi bahasa Inggeris mudah difahami oleh semua kaum Usaha Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi (a) Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 Menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi bagi negara Malaysia (b) Pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar (c) Peranan pelbagai pihak Dasar Bahasa Kebangsaan meletakkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, seperti terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. menyaksikan satu rupa bangsa yang bersatu iaitu pembentukan budaya kebangsaan selaras dengan keinginan dan hasrat

membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai identiti keperibadian yang dapat dibanggakan dan penuh dengan kesetiaan kepada negara, memupuk ciriciri pengenalan rakyat yang relatif seragam, menegakkan persatuan antara kaum-kaum yang mendiami negara ini dan menobatkan Bahasa Melayu sebagai sarana komunikasi yang berkesan dalam sektor-sektor penting negara. Fungsi Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan untuk menerbitkan lambang inspirasi dan semangat kebangsaan dan kemerdekaan. pengisian bahasa kebangsaan dapat bertindak sebagai alat perhubungan, dan dengan demikian akan menghasilkan satu masyarakat yang mempunyai pandangan hidup yang tidak begitu berbeza memupuk rakyat Malaysia melalui penggunaan satu bahasa yang sama ini dicadangkan berdasarkan sistem pendidikan kebangsaan yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1955 RUMUSAN Isoglos sebagai garis yang dilakar di sekeliling satu kawasan yang mempunyai ciri sebutan, tatabahasa, atau kosa kata tertentu yang serupa. Keluasan isoglos atau sempadan wilayah bahasa atau dialek ditentukan oleh faktor perpindahan. Dialek geografi merupakan satu bahasa yang digunakan di setiap daerah yang mempunyai kelainan dari sudut bentuk bahasa, sebutan, intonasi, kosa kata dan fonem berdasarkan ruang geografi yang terdapat di sekitarnya. Pidgin adalah bahasa yang berkembang sebagai alat komunikasi antara dua kelompok masyarakat yang tidak mempunyai bahasa yang khusus untuk dituturkan dalam kelompok masyarakat tersebut. Bahasa kreol sebagai bahasa pidgin yang telah mempunyai penuturpenutur yang menukarkannya sebagai bahasa pertama. Antara faktor yang telah mempengaruhi kewujudan bahasa kreol adalah faktor geografi, perkahwinan, perniagaan dan sebagainya. Bahasa kolokial ialah bahasa yang dipakai sehari-hari oleh masyarakat yang tinggal di daerah tertentu. Dialek - bentuk tertentu atau variasi satu bahasa yang berhubung dengan satu kawasan geografi atau kumpulan masyarakat. Bahasa baku - bahasa yang betul dari segi ejaan, istilah, sebutan, penggunaan kata dan frasa, ayat, singkatan dan akronim, tanda baca, danlaras bahasa. Terdapat tiga huruf diftong iaitu /ai/, /oi/, dan /au/. Istilah - satu perkataan atau gabungan kata yang jelas menerangkan suatu konsep, makna, proses, keadaan atau sifat khusus dalam bidang tertentu, yang disepakati oleh pakar-pakar bidang berkenaan. Bahasa Rasmi - bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, iaitu dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perdagangan dan perusahaan, upacara rasmi, kehakiman dan sebagainya. Pemilihan satu bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia timbul sebab perlunya diadakan satu lambang penyatuan, iaitu dengan harapan bahawa bahasa itu dapat menjadi dasar bagi satu identifikasi kebangsaan. Dasar bahasa di Malaysia meletakkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, seperti terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Fungsi utama Bahasa Kebangsaan adalah untuk menerbitkan lambang inspirasi dan semangat kebangsaan dan kemerdekaan. SEMAK KENDIRI 6.1 Topik 7 Laras Bahasa

DEFINISI LARAS BAHASA

Laras bermaksud gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu laras bermaksud bentuk bahasa yang boleh dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada pada tiap-tiap penutur. Halliday, M.A.K Menurut Halliday, dialek merupakan variasi bahasa yang digunakan oleh pengguna berdasarkan tempat atau daerah, sedangkan laras merupakan variasi bahasa berdasarkan penggunaannya; iaitu bahasa itu diguna dalam bidang apa dan untuk fungsi apa (Kamaruddin Haji Husin, 1995: 4-6). Edwards A.D 8

http://oumclub.blogspot.com

NOTA RINGKAS HBML3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

laras merupakan bentuk bahasa yang khusus untuk situasi tertentu dan dapat dibezakan daripada bentuk yang digunakan dalam situasi lain Trudghill laras itu merupakan satu bentuk bahasa khusus yang wujud daripada keadaan sosial Wp. Robinson laras bahasa sebagai bahasa yang dipilih untuk percakapan atau pengucapan konteks ucapan tersebut. Dwight Bolinger laras bahasa merupakan variasi bahasa yang digunakan dalam peristiwa berkomunikasi. William Francis Mackey laras ialah variasi bahasa yang digunakan berdasarkan perkerjaan, tujuan dan maklumat yang hendak disampaikan.

menggunakan ragam bahasa yang digunakan dalam lisan dan penulisan yang berkaitan dengan keagamaan daripada segi istilah atau diksi, ragam ayat dan isu yang dibicarakan mendapat pengaruh agama Islam dan seterusnya penggunaan kata-kata yang dipinjamkan daripada bahasa Arab menyebabkan banyak perkataan dan ayat yang digunakan khusus untuk agama mencerminkan ciri-ciri bahasa Ciri-ciri Laras Agama (i) Cara penyampaian penulisnya dan penuturnya mestilah seorang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi, hal ini kerana seseorang itu akan mendapat kepercayaan yang tinggi kepada pembaca dan juga pendengarnya. banyak menceritakan mengenai keagamaan yang membawa kepada kebaikan dan menunjukkan jalan yang benar Perhubungan sosial dan peribadi sesuai untuk mendekatkan diri dengan Allah s.w.t menyampaikan ajaran agama Islam menggunakan laras agama untuk memberi ilmu dan pengajaran yang sempurna kepada orang ramai ceramahceramah agama Bahan yang diperkatakan penggunaan bahasa yang berlainan dan penambahan perkataanperkataan Arab untuk disesuaikan bagi menyampaikan maksud hadis, tafsir al- Quran, hukum-hakam agama penceritaan tentang kisah para nabi dan para sahabat nabi, penggunaan laras agama digunakan kerana terdapat pelbagai unsur keagamaan dan juga setiap kelakuan telah mengeluarkan beberapa hadis dan juga dalil oleh para nabi Fungsi-fungsi sosial fungsi sosial dalam khutbah Jumaat, ceramah agama untuk mendebatkan sesuatu topik bagi mendapatkan kepastian, program agama LARAS MANTERA DAN ADAT Mantera ialah puisi magis, iaitu puisi yang dipercayai mempunyai kuasa untuk pengamalnya(dukun, pawang atau bomoh) berhubung dengan makhluk halus Jenis dan Fungsi Mantera Haron Daud (2001) - mantera digunakan dalam hampir semua aspek hidup masyarakat tradisional. Penggunaan mantera yang begitu meluas di dalam masyarakat memperlihatkan betapa banyak jenis mantera dan sifatnya yang fungsional. LARAS BAHASA SAINS DAN TEKNOLOGI Laras Sains dan Matematik Laras bahasa sains (sains dan matematik) ialah gaya bahasa yang digunakan khusus untuk pembinaan dan penyambung ilmu dan teknologi memilih kata-kata yang tepat, khusus dan teknikal laras ilmiah dan dianggap sebagai bahasa moden kerana bersifat formal dan tidak menggunakan bahasa basahan. (a) Ciri-ciri Penting Laras Sains Mengkaji ciri-ciri laras bahasa sains bererti meneliti sesuatu peristiwa, situasi dan penggunaan bahasa itu dalam bidang yang khusus. Istilah Khusus Kadar penggunaan istilah dalam bahasa sains adan matematik jauh lebih tinggi daripada dalam bahasa bukan sains. Laras sains dan matematik mempunyai sejumlah kata yang tidak digunakan dalam laras bahasa lain. Penggunaan Perkataan membezakan laras bahasa sains dengan laras yang lain ialah daripada segi penggunaan perkataannya. banyak menggunakan istilah khusus, Kata Sifat Dibandingkan dengan golongan kata nama dan kata kerja daripada segi kekerapan penggunaannya dalam teks saintifik, maka bolehlah dikatakan bahawa kata sifat mempunyai kekerapan yang agak kurang daripada kedua-dua golongan tersebut. Kata Kerja Kata kerja yang digunakan dalam bahasa saintifik terdiri daripada kata perbuatan dan kata keadaan. 9

ciri-ciri laras bahasa Laras merujuk kepada penggunaan, iaitu kepada sesiapa dan bagaimana kita menggunakan bahasa itu. Laras tulisan berbeza dengan percakapan. Dalam laras tulisan, terdapat pula laras yang berbeza-beza. Begitu juga dengan laras percakapan. Laras bergantung kepada latar belakang penggunaan bahasa itu. Pengguna dapat dibahagikan mengikut daerah atau kawasan. Ini disebabkan biasanya daerah pengguna yang berbeza akan melahirkan bentuk pengguna yang berbeza. Loghat bahasa Kedah berbeza dengan loghat Kelantan. Penanda laras yang paling penting ialah perbendaharaan kata. Perbendaharaan kata tertentu akan merujuk bidang tertentu. Kamaruddin Husin (1995:24), penggunaan laras bahasa berbezabeza. Biasanya laras berbeza-beza ini ditentukan oleh beberapa faktor.Antaranya ialah perbendaharaan kata, susunan ayat, frasa, perkataan dan tatabahasa. Penggunaan laras yang berbezabeza dalam pelbagai perlakuan sosial dan situasi sangat penting. Berdasarkan ciri-ciri dan jenis laras yang terdapat dalam sesuatu bahasa, khususnya bahasa Melayu, terserlah beberapa kepentingan penggunaannya. Aspek-aspek ini menghasilkan laras-laras yang berlainan. Empat faktor situasi persekitaran yang ketara ialah : (a) Cara penyampaian bentuk perhubungan yang , termasuklah jenis bahan (lisan, bertulis dan bahasa isyarat), peserta-peserta yang terlibat dalam sesuatu peristiwa bahasa dan jangka masa yang diambil untuk penggunaan bahasa (b) Hubungan sosial perhubungan sosial dan peribadi yang terlibat dalam penggunaan sesuatu bahasa. (c) Bahan yang diperkatakan Sesuatu bahan yang diperkatakan atau dibincangkan menggunakan laras bahasa yang berlainan sifatnya dan ini bergantung kepada isi yang hendak disampaikan. (d) Fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa. digunakan untuk menghasilkan sesuatu maksud atau perasaan, digunakan untuk menghasilkan sesuatu maksud atau perasaan, (b) Ciri-ciri Linguistik (i) Aspek Bunyi Aspek bunyi, misalnya dapat membezakan satu laras daripada laraslaras lain, terutama laras berbentuk lisan. Nada suara, yakni turun naik suara amat memberi kesan dalam laras lisan. (ii) Aspek Perkataan Perbincangan terhadap aspek perkataan dapat dibahagikan kepada tiga unsur yang penting iaitu perkataan khusus, unsur kolokasi dan perkataan pinjaman (iii) Aspek Ayat Aspek ayat, dari segi binaan, susunan dan panjang pendeknya menjadikan kewujudan laras yang berbeza-beza. LARAS AGAMA DAN SASTERA Laras Agama dikenali sebagai laras doa.

http://oumclub.blogspot.com

NOTA RINGKAS HBML3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

Kata Nama Istilah yang terdiri daripada kata nama, sama ada kata nama primer atau kata nama sekunder (kata nama yang diterbitkan daripada kata kerja, kata sifat atau adverba melalui proses penambahan) jauh lebih banyak jumlahnya daripada golongan kata lain. Pengambilan kata nama daripada bahasa asing membawa bersamasama penambahan asing. Ciri-ciri Laras Bahasa Matematik bagi laras matematik penggunaan istilah berkaitan dengan pengiraan seperti penambahan dan pendaraban. Kejelasan Laras bahasa sains mementingkan kejelasan istilahnya. diterima sebagai satu istilah tepat yang tidak boleh diberi makna dalam apa bentuk Laras Teknologi Maklumat Proses Pembentukan Istilah Teknologi Maklumat Istilah Asing disesuaikan dengan Bahasa Melayu Umum Istilah Asing disesuaikan dengan Bahasa Melayu tidak lazim Istilah Asing disesuaikan dengan bahasa Serumpun yang lazim Istilah Asing disesuaikan dengan bahasa Serumpun yang tidak lazim Istilah Asing diserapkan ke dalam Bahasa Melayu (i) Tanpa melalui proses penyesuaian ejaan (ii) Melalui penyesuaian ejaan (iii) Melalui penambahan vokal pada akhir kata yang hanya berupa satu suku kata sekali gus dengan penyesuaian ejaan

Laras agama juga dikenali sebagai laras doa dengan menggunakan ragam bahasa yang digunakan dalam lisan dan penulisan yang berkaitan dengankeagamaan daripada segi istilah atau diksi, ragam ayat dan isu yang dibicarakan. Mantera - puisi magis, iaitu puisi yang dipercayai mempunyai kuasa untuk pengamalnya berhubung dengan makhluk halus. Teknik bahasa yang paling ketara dalam mantera ialah pengulangan kata. Mantera jenis perbomohan dan perubatan bermaksud, semua mantera yang digunakan oleh bomoh untuk menyembuhkan penyakit atau menjadikan seseorang itu sihat. Topik8 Fungsi Bahasa Melayu BAHASA MELAYU SEBAGAI LINGUA FRANCA Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi diwartakan di dalam Perlembagaan Persekutuan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi khusus diwartakan di dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967 bahasa pengantar ilmu pula diwartakan di dalam Akta Pendidikan 1961 dan kemudian di dalam Akta Pendidikan 1996. Lingua franca merupakan satu bahasa yang terdiri daripada pelbagai bahasa, termasuk bahasa Itali yang bercampur dengan Bahasa Perancis, Sepanyol, Yunani dan Arab dan dipakai di pelabuhan-pelabuhan Laut Mediterranean. Lingua franca juga dikenali sebagai campuran bahasa lain (seperti Swahili, yang sekarang dituturkan di Tanzania) dipakai sebagai bahasa pertama atau bahasa perdagangan atau bahasa perniagaan di antara bangsa yang berbeza bahasanya. ciri-ciri penting lingua franca Bahasanya mudah, senang, tanpa imbuhan Ayatnya pendek Mudah difahami oleh penerima Digunakan untuk tujuan tertentu Digunakan untuk sementara waktu, buat ketika yang diperlukan Nahunya tidak menentu, tidak dapat dinyatakan dengan sahih BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASAKEBANGSAAN Perenggan 152, para satu di dalam Perlembagaan Malaysia mengatakan bahawa bahasa Melayu dinaikkan taraf sebagai bahasa kebangsaan. Perkara 152 mengandungi 6 fasal utama Fasal 1 Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis di dalam apa-apa tulisan, sebagaimana yang diperuntukkan oleh Parlimen Fasal 3 Walau apa pun peruntukan Fasal 1, selama tempuh sepuluh tahun selepas hari merdeka dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh parlimen, naskhah yang sahih Fasal 4 Walau apa pun peruntukan Fasal 1, selama tempuh sepuluh tahun selepas hari merdeka dan selepas daripada itu sehingga selain diperuntukkan oleh parlimen, segala perbincangan di dalam mahkamah persekutuan atau mahkamah tinggi hendaklah dijalankan di dalam bahasa Inggeris. Dengan syarat bahawa, jika mahkamah dan peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju,keterangan yang diambil di dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidakpayah diterjemahkan atau direkodkan di dalam bahasa Inggeris. Fasal 5 Walau apa pun Fasal 1, sehingga selainnya diperuntukkan oleh parlimen, segala perbincangan di dalam mahkamah rendah lain daripada mengambilketerangan, hendaklah dijalankan di dalam bahasa Inggeris Fasal 6 .... maksud rasmi, ertinya apa-apa jua maksud kerajaan, sama ada kerajaanpersekutuan atau kerajaan negeri dan termasuk apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67. (i) Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan mesti digunakan di dalam semua urusan rasmi. 10

Masalah Dalam Pembentukan Istilah Laras Teknologi Maklumat(a) Istilah Dalam Bentuk Singkatan CPU-Central Processing Unit/ Unit Pemprosesan Maklumat PC-Personal Computer/ Komputer Peribadi LAN-Local Area Network/ Rangkaian Kawasan Setempat LCD-Liquid Crystal Display/ Paparan Kristal Cecair CD-Compact Disk / Cakera Padat (b) Bentuk Istilah Istilah yang dipinjam terus juga digunakan untuk menghasilkan bentuk terbitan lain yang kelihatan aneh dan tidak serasi dengan laras dan lenggok bahasa Melayu (i) Menginstall (ii) Mendownload (iii)Didownload (iv)Mengconvert (c) Istilah yang Tidak LaraS istilah yang tidak selaras dalam laras bidang ini. Pencetak -Printer Muat Naik -Download Papan Kekunci- Keyboard Tetikus -Mouse Tetingkap- Window

(d) Bahasa Melayu yang TerpinggirKekerapan penggunaan istilah komputer adalah dalam bahasa Melayu kian terpinggir penggunaannya. Inggeris yang diambil terus istilahnya RUMUSAN laras memainkan peranan yang sangat penting dalam komunikasi . berfungsi sebagai alat komunikasi sahaja tetapi turut memainkan peranan sebagai alat dalam memperkayakan Bahasa Melayu.. Laras bermaksud gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu laras bermaksud variasi bahasa yang boleh dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada pada tiap-tiap penutur. Struktur ayat dalam laras bahasa berbeza-beza berdasarkan bidang yang hendak diperkatakan. Laras bahasa ialah satu variasi bahasa yang digunakan dalam keadaan tertentu ketika bahasa itu digunakan. Konsep laras bahasa atau register telah diperkatakan oleh seorang ahli linguistik Barat yang bernama Ried pada tahun 1956.. Empat faktor situasi persekitaran yang ketara ialah cara penyampaian, hubungan sosial,bahan yang diperkatakan dan fungsifungsi sosial perlakuan bahasa.

http://oumclub.blogspot.com

NOTA RINGKAS HBML3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

(ii) Akta ini membenarkan terjemahan ke bahasa lain dibuat untuk suratsurat dan perutusan-perutusan kerajaan bagi tujuan kepentingan umum. (iii) Yang di-Pertuan Agong boleh membenarkan penggunaan bahasa Inggeris dilanjutkan bagi maksud-maksud rasmi sekiranya difikirkan perlu. (iv) Yang di-Pertua Dewan Negara, Dewan Rakyat atau Dewan Negeri boleh membenarkan ahli-ahli dewan menggunakan bahasa Inggeris ketika berucap atau perbahasan di dewan mereka. (v) Teks undang-undang sama ada yang dipinda, yang diluluskan oleh parlimen atau Dewan Undangan negeri hendaklah di dalam bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris. Teks di dalam bahasa Melayu adalah sahih kecuali Yang Dipertuan Agong menetapkan sebaliknya sama ada secara am atau bagi undang-undang tertentu. (vi) Bagi undang-undang yang diterjemahkan ke bahasa kebangsaan sebelum 1 September 1967, Yang di-Pertuan Agong boleh menetapkan sebagai sahih. (vii) Perbicaraan di mahkamah boleh dijalankan di dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris atau kedua-duanya sekali atau dengan kehendak mahkamah atau pihak-pihak yang terlibat setelah menimbangkan keadilan perbicaraan itu. (viii) Tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan rumi tetapi tulisan jawi tidak akan dihalang. (ix) Borang-borang terjemahan daripada bahasa Inggeris dan borang borang berbahasa Inggeris yang dibuat atas arahan Perdana Menteri boleh digunakan bagi maksud borang tersebut. Pentingnya Bahasa Kebangsaan faktor yang boleh membantu mengukuhkan hujahan tentang peranan utama ini adalah: Penggunaan bahasa Melayu sejak pemerintahan kerajaan Srivijaya. Penemuan batu bersurat di Sumatera dan Semenanjung membuktikan kegunaan bahasa Melayu. Penulisan oleh sarjana Barat tentang kepentingan bahasa Melayu. Kitab- kitab lama yang ditulis di dalam bahasa Melayu. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pemerintah khususnya di negerinegeri Melayu bukan bersekutu. Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca dan bahasa perantara beberapa abad lampau. Bahasa utama yang boleh menyatupadukan rakyat berbilang kaum. BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA RASMI Kamus Dewan (1970:59), bahasa rasmi adalah bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan awam, bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolahsekolah dan institusi pengajian tinggi. Sesebuah negara, khususnya yang barumencapai kemerdekaan selalunya memilih dan mendaulatkan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara bahasa yang digunakan di dalam sistem pendidikan negara, urusan perniagaan dan pentadbiran dan di dalam upacaraupacara rasmi. isu yang diketengahkan adalah seperti berikut; Bahasa Melayu tidak sesuai dan tidak layak menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar di sekolahsekolah Ramai intelek khususnya guru masih belum fasih menggunakan bahasa Melayu Penguasaan terhadap bahasa Melayu tidak penting Bahasa Melayu tidak mempunyai standard, hanya sesuai digunakan oleh golongan bawahan Bahasa Melayu tidak sesuai digunakan di dalam bidang kehakiman dan pendidikan Bagaimana dan Faktor Pemilihannya Sejarah negara sejak zaman Srivijaya, membawa kepada pemerintahan kolonial telah terbukti penggunaan bahasa Melayu sebagai lingua franca di rantau ini. Penggunaan bahasa Melayu oleh pelbagai kaum Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pentadbiran di negeri Melayu bersekutu. dipilih kerana mudah dipelajari dan difahami.

dipilih kerana faktor penyatupaduan rakyat. mewujudkan suatu suasana kebangsaan yang melibatkan semua rakyat tanpa mengira kaum. penting dalam urusan pentadbiran dan sistem pendidikan negara. Bahasa Melayu mempunyai historicity, autonomy, ethnicity and validity. RUMUSAN Bahasa Melayu bukan sahaja berfungsi sebagai lingua franca, ia juga menjadi bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Lingua franca membawa maksud sesuatu bahasa, contohnya bahasa Melayu, menjadi bahasa perantara untuk tujuan perdagangan atau perniagaan. Bahasa Melayu dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan pengantar untuk pendidikan pada tahun 1967. Sumbangan pelbagai pihak menyebabkan laluan bahasa Melayu untuk menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi menjadi mudah. Kerajaan penjajahan Barat tidak menyekat penggunaan bahasa Melayu di negeri-negeri Melayu Bersekutu. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perpaduan rakyat sejak zaman sebelum merdeka lagi. Tentangan terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi adalah pelbagai.

Topik9 Fungsi Bahasa Melayu 2BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PERPADUAN Perpaduan atau solidariti dapat didefinisikan sebagai satu proses yang menyatupadukan rakyat dan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air sebagai bahasa yang menjadi lambang penyatuan suara yang digunakan sebagai alat perhubungan di dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dengan individu yang lain) yang berfungsi sebagai alat menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di dalam sesebuah negara. BAGAIMANA BAHASA MENYATUPADUKAN RAKYAT dasar pendidikan kebangsaan, bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib dan telah dijadikan bahasa pengantar utama perlu menguasai kecekapan berbahasa dan ketepatan berkomunikasi, tetapi juga perlu memahami sistem bahasa Melayu yang mampu mengungkapkan segala bidang ilmu dan kegiatan harian selaras denganfungsinya sebagai bahasa perpaduan rakyat, perhubungan utama, dan bahasa ilmu pengetahuan yang mencerminkan akal budi rakyat. Pemupukan semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia diberi penekanan di dalam pendidikan Bahasa Melayu BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU Bahasa ilmu boleh ditakrifkan sebagai bahasa yang mempunyai ciriciri formaldan dapat mengungkapkan sesuatu konsep dan pemprosesan ilmu. peristilahan, tatabahasa, laras kosa kata di dalam bahasa Melayu ilmiah sudah bertambah banyak dan khusus sifatnya. menerbitkan karya asal DBP Bagaimana Ia Tercapai Melalui keintelektualan, bahasa tersebut mestilah mempunyai keupayaan menyampaikan hujah dan buah fikiran yang berkesan dan tepat yakni mampu menyampaikan kesinambungan dan kerumitan fikiran tanpa melalui pelbagai rintangan. berada di dalam suasana saintifik yang boleh menganalisis bahasa secara tepat yang mencerminkan kejelasan pemikiran yang logik. Keintelektualan perbendaharaan kata boleh dicapai melalui dua cara, iaitu: Pengembangan perbendaharaan kata (lexical development) denganmenambah istilah baru, yang bersifat khusus dan kadangkala sukardifahami. 11

http://oumclub.blogspot.com

NOTA RINGKAS HBML3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

Melalui penukaran bentuk dan corak perbendaharaan kata iaitu denganmemberi pengertian khusus atau tertentu kepada perkataan tertentu yangberbeza dengan penggunaan biasa; perkataan baru mesti bersifat tepat,spesifik dan abstrak. Kesempurnaan bahasa pula bermaksud satu bahasa yang akan berfungsi sebagaibahasa ilmiah harus mempunyai sistem dan peraturan bahasa yang lengkap yakni mempunyai sifat-sifat kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan. Kestabilan bermaksud sesuatu bahasa itu mesti lah mempunyai peraturan-peraturan atau sistem, contohnya peraturan sebutan, peraturan memakai imbuhan, peraturan menggunakan frasa atau ayat, di samping mempunyai sistem atau cara membentuk kata atau istilah-istilah. Bersifat luntur pula bermaksud bahasa itu boleh menerima pembaharuan yang berlaku di dalam bahasa-bahasa lain. Misalnya, penggunaan imbuhan pinjaman (pro-, anti-, -isme, is-), penggunaan istilah baru dan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan Arab. Sifat keterbukaan ini membolehkan bahasa Melayu berfungsi dengan sempurna sebagai bahasa ilmu di dalam pelbagai bidang termasuk sains dan teknologi. Sifat keberkesanan pula bermaksud yang sempurna itu mempunyai keupayaan memberikan maksud dengan tepat dan berkesan ciri-cirinya ialah, bahasa itu mestilah mempunyai perkataan, istilah, frasa dan ayat yang boleh digunakan untuk menyemai maksud dengan tepat tanpa menimbulkan keraguan, kekeliruan dan kekaburan erti Bahasa yang sempurna - mempunyai keindahan bahasa yakni boleh melahirkan buah fikiran, pendapat ataupun kenyataan dengan bahasa yang indah dan sedap didengar serta mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi. Kemampuannya Menyatakan Pelbagai Topik dan Memahamkan Pelbagai Bangsa di Dunia bahasa komunikasi dan bahasa ilmu yang penting di dunia melalui pelbagai rangkaian kerjasama secara institutional dan rasmi. menyatakan pelbagai topik dan memahamkan pelbagai bangsa di dunia. institusi pengajian tinggi telah memainkan peranan yang penting bagi meningkatkan mutu bahasa dan pengembangan penggunaannya di dalam pelbagai bidang SPT Penyelidikan korpus dan pelbagai aspek bahasa, penyeragaman ejaan rumi, pembentukan istilah sains dan teknologi dan penerbitan BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KOMUNIKASI Halliday, -Explorations in the Functions of Language (1973), yang telah mengemukakan tujuh fungsi bahasa. Antaranya adalah: (i) Instrumental bermaksud manusia menggunakan bahasa bagi melayanipengelolaan lingkungan yang menyebabkan sesuatu peristiwa berlaku. (ii) Regulasi fungsi bahasa yang bertindak sebagai pengawas danmengendalikan peristiwa-peristiwa yang berlaku. (iii) Pemerian boleh ditafsirkan sebagai penggunaan bahasa untuk membuat penyataan-penyataan, menyampaikan pengetahuan, membuat penjelasan dan membuat laporan tertentu (iv) Interaksi fungsi bahasa yang memainkan peranan bagi menentukan supaya hubungan antara manusia dapat terus berlangsung ataupun dipertahankan (v) Personal fungsi bahasa yang memberi kesempatan kepada manusia bagi menyatakan perasaan, emosi, peribadi serta reaksinya. (vi) Heuristik melibatkan penggunaan bahasa bagi memperoleh ilmu pengetahuan. Ini demikian kerana ia disampaikan di dalam bentuk pertanyaan yang memerlukan jawapan. (vii) Khayalan

fungsi bahasa yang digunakan oleh manusia bagi mencipta mimpimimpi yang mustahil diterima oleh akal. Fungsi ini dibawa melalui buku-buku dan cerita-cerita dongeng. Topik10 Aplikasi Laras Bahasa LARAS BAHASA DALAM BENTUK LISAN SUKAN Kamaruddin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1998), berpendapat laras sukan ialah satu wacana tentang sukan Istilah yang digunakan dalam laras sukan biasanya merujuk peraturan-peraturan sukan yang dipertandingkan itu Laras bahasa dalam lisan adalah seperti ulasan berita sukan, laporan sukan antarabangsa dan sebagainya. Ciri-ciri Laras Bahasa Lisan Radio dan Televisyen Pengguguran kata hubung yang Pengguguran kata hubung bahawa Pengguguran Kata Depan Pengguguran Penjodoh Bilangan Pengguguran Imbuhan

Laras Bahasa Iklan iklan dapat diertikan sebagai sesuatu kenyataan yang ditulis, dibuat untuk tujuanmemberitahu kepada orang ramai atau masyarakat tentang sesuatu perkara atau maklumat. mempengaruhi pengguna dan untuk menimbulkan tanggapan tertentu tentang sesuatu produk atau barangan atau perkhidmatan yang hendak diperkenalkan. Cara Penghasilan Iklan dan Pemilihan Larasnya (a) Mempunyai Slogan Slogan ialah kata-kata yang dijadikan pegangan sesuatu pertubuhan atau syarikat pengeluaran barangan. (b) Kaedah Pernyataan Menyatakan secara langsung tujuan pengiklanan. c) Ada Kaitan Konsep dengan mengaitkan sesebuah produk dengan sesuatu atau individu yang terkenal atau yang mempunyai nilai komersial (d) Umpanan merancang strategik untuk menarik atau memperdayakan pelanggan. e) Pesanan (Menyertakan Borang) menyediakan kemudahan pesanan barangan dengan menyediakan borang pesanan. (f) Bandingan membandingkan sesuatu barangan dengan barangan lain. (g) Gesaan Laras iklan sebegini menggesa pengguna atau pembaca untuk mengambil perhatian perkara atau barangan yang diiklankan. (H)Pertanyaan Penggunaan penanda "?" kerap didapati dalam iklan-iklan akhbar. menguatkan hujah/laras iklan Laras Bahasa Perniagaan mempengaruhi pengguna untuk membentuk tanggapan tertentu atau mengubah sikap dan melakukan tindakan. digunakan dalam iklan, tender, laporan dan sebagainya, disokong pula oleh gambar, lukisan, grafik, ilustrasi Gaya bahasa yang digunakan biasanya memujuk pendengar supaya membeli barangan menerusi cara penyampaian yang menarik sekali, Ciri-ciri laras bahasa perniagaan

(i) BidangCiri-ciri laras bahasa perniagaan dapat dilihat melalui bidang penggunaannya yang biasanya digunakan dalam dunia korporat, khususnya bidang perusahaan, perindustrian, perakaunan, perbankan, perniagaan dan perdagangan. Manakala penggunaan bahasa Melayu terpaksa bersaing dengan bahasa Inggeris. Penggunaan laras bahasa perniagaan dalam bahasa Melayu amat penting, khususnya dalam aspek komunikasi memandangkan ekonomi negara menjelang abad ke 21 akan berasaskan perindustrian dan perusahaan. 12

http://oumclub.blogspot.com

NOTA RINGKAS HBML3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

(ii) Perbendaharaan Kata Laras bahasa perniagaan menggunakan istilah khusus atau penanda laras (iii) Tatabahasa Ciri yang berikutnya, iaitu dari segi tatabahasa pula dapat dilihat pada morfologi atau kajian terhadap perkataan. Kata-kata umum iaitu kata tunggal bahasa Melayu boleh menjadi kata-kata khusus dalam bidang perniagaan apabila menjadi kata terbitan. (iv) Gaya Bahasa Ciri terakhir dalam laras bahasa perniagaan iaitu gaya bahasa. Gaya bahasa yang digunakan dalam laras bahasa perniagaan adalah berbentuk ilmiah, iaitu laras bahasa yang mengungkapkan ilmu, bersifat formal dan mempunyai perkataan, istilah susunan frasa dan ayat yang baik, sesuai dan tepat serta boleh menyampaikan maksud dan pengertian dengan berkesan cara penyampaian banyak menggunakan jadual, graf dan carta, graf statistik LARAS BAHASA BERBENTUK TULISAN Laras Bahasa Akhbar gaya penulisan ialah kata- kata menarik yang diungkapkan di atas kertas. penulis diminta memadankan sesuatu cerita dan gaya mereka sendiri dengan bentuk- bentuk dan gaya akhbar yang sudah ditetapkan. Tanda Baca Penggunaan Titik Bentuk tulisan bagi nama-nama singkatan agensi- agensi kerajaan dieja tanpa titik. Penggunaan Koma- penggunaan koma yang kerap cuba dielakkan selagi tidak melanggar aturan- aturan umum sebagaimana yang telah ditetapkan. -sebagai tanda pengenalan diri seseorang dan dalam menyenaraikan siri. Penggunaan Kolon-memperkenalkan siri formal bagi nama atau kenyataan. Penggunaan Semikolon - digunakan untuk memisahkan suatu siri nama dan alamat atau siri yang serupa yang mengandungi koma. -----digunakan sebagai ganti titik- titik dalam tajuk berita. Penggunaan Sengkang -digunakan untuk menunjukkan ayat- ayat yang belum siap atau struktur ayat terputus Penggunaan Sempang digunakan di antara dua angka untuk menunjukkan termasuknya semua angka yang terkandung di antaranya seperti 1 5 Mei - memberikan skor seperti 13 6. Penggunaan Tanda Kurung - digunakan untuk menyisipkan sesuatu perkataan di dalam tajuk Penggunaan Tanda Petikan- untuk memulakan petikan- petikan langsung untuk memulakan tajuk- tajuk ucapan, makalah, buku, sajak, drama, opera, catan dan program televisyen. digunakan untuk membezakan perkataan, slanga dan perkataan luar biasa atau ungkapan yang pertamakalinya digunakan dalam sesebuah cerita. Namun begitu, bagi tajuk berita, tanda petikan tunggal digunakan. Penggunaan Koma Atas -untuk membentuk jamak huruf bukan jamak angka seperti `70-an Penggunaan Huruf Besar Perkara - perkara di bawah perlu ditulis dengan huru besar di awal hurufnya dalam akhbar Gelaran Sesetengah akhbar selalu menggunakan Pn. sebelum nama seseorang perempuan yang sudah bersuami dan Cik sebelum nama seseorang perempuan yang belum berkahwin sama ada nama penuhnya atau hanya nama yang terakhir sahaja digunakan Laras Undang-undang merupakan sejenis laras teknikal. tidak mengandungi gambar, gambar rajah, graf, jadual, simbol, peta, formula dan sebagainya. mempunyai struktur ayatnya yang terdiri daripada prinsip undangundang diikuti oleh syarat-syarat dan diakhiri oleh keputusan undangundang. mempunyai bentuk frasa sendi nama yang tidak digunakan di dalam teks teknikal lain

digunakan oleh pakar perundingan, termasuk peguam, hakim dan pendakwa apabila menulis atau bercakap berkenaan undang-undang di antara mereka sama ada di dalam atau di luar mahkamah. dua aspek yang perlu diberikan penekanan iaitu dari segi perbendaharaan kata, khususnya dari segi peristilahan dan sturktur tatabahasa. Laras Bahasa Sastera Perkataan sastera berasal daripada perkataan sanskrit castra yang bererti kitab atau buku (Abd Halim A. Ahmad, 1986). sastera lisan mendahului bentuk sastera yang lain Unsur bahasa dalam laras sastera Unsur bahasa mempunyai kaitan dengan keindahan bahasa atau berbahasa. Keindahan yang digambarkan secara kreatif dan imaginatif oleh pengarang itu jelas dapat menggambarkan serta meninggalkan kesan dari segi penghayatan karya yang dibaca Diksi merupakan pemilihan kata-kata yang dianggap penting kerana ia harus disesuaikan dengan tema dan persoalan cerita yang mahu disampaikan oleh pengarang Ambiguiti pula bermaksud kepelbagaian makna dan juga disebut ketaksaan Bahasa ekonomis pula ialah bentuk gaya bahasa yang ringkas, padat, tepat dan pendek-pendek. Bahasa ekonomis merupakan satu aspek yang harus ada dalam sesebuah karya, terutamanya puisi dan cerpen, untuk menggelakkan pembaca daripada rasa bosan atau jemu dengan bahasa yang meleret-leret. bahasa konotatif pula ialah bahasa yang mempunyai maksud Perbandingan- menimbulkan kesan emosi kepada para pembaca Penggunaan unsur bahasa perbandingan dapat meningkatkan kesan dan jalan cerita pada sesebuah hasil karya. Perbandingan dibuat antara sesuatu benda atau hal tertentu dengan benda atau hal lain yang umum. Unsur bahasa perbandingan ini dapat dibahagikan kepada lima jenis, iaitu metafora, simile, hiperbola, personifikasi dan perlambangan Unsur penegasan dalam sesuatu karya kesusasteraan pula merupakan salah satu daripada unsur bahasa dalam sastera. merujuk kepada penjelasan (yang tidak diragui), penentuan atau penerangan (yang nyata) untuk menjelaskan sesuatu hal Dialog pula ialah perbualan antara dua watak atau lebih dan ia banyak terdapat dalam karya-karya sastera berbentuk drama atau fiksyen. kamus Dewan, dialog bermaksud kata-kata yang dituturkan oleh watak-watak dalam drama atau fiksyen Monolog adalah salah satu daripada unsur bahasa yang digunakan dalam karya-karya kesusasteraan. monolog adalah lawan kepada dialog iaitu yang bercakap hanya seorang sahaja. Daripadadefinisi ini dapat disimpulkan bahawa monolog bermakna seorangwatak, biasanya watak utama atau watak penting bercakap seorang diri tanpa ada tindak balas daripada orang lain . PENILAIAN DAN PENGAYAAN penilaian ditakrifkan sebagai proses menentukan, mendapatkan dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Dalam konteks pendidikan, penilaian ialah suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpulkan maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan. mengandungi aspek-aspek pengujian, pengukuran, penganalisisaan dan penyimpulan Jenis-jenis Ujian tiga jenis aktiviti penilaian iaitu, penilaian mengesan penguasaan, penilaian mengesan kemajuan dan penilaian mengesan pencapaian. Penilaian mengesan penguasaan ialah penilaian ini dijalankan semasa guru mengajar di dalam kelas. Tujuannya ialah untuk mengesan kelemahan penguasaan pelajar dalam sesuatu kemahiran 13

http://oumclub.blogspot.com

NOTA RINGKAS HBML3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

matematik yang sedang diajarkan, supaya kelemahan itu dapat diperbetulkan dengan serta merta. penilaian tak formal. dijalankan selepas beberapa kemahiran dan sesuatu topik telah selesai diajarkan. mengesan kemajuan pelajar tentang kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari supaya menentukan siapa yang memerlukan aktiviti pengayaan atau pemulihan. boleh dijalankan dengan cara formal atau tidak formal. pemerhatian, latihan contoh soal jawab secara lisan, memeriksa hasil kerja pelajar atau ujian kertas-pensel untuk menilai kemajuan pelajar-pelajarnya. Keputusan-keputusan penilaian setiap orang pelajar direkodkan dalam borang Rekod Prestasi. Penilaian mengesan pencapaian penilaian ini dijalankan selepas guru mengajar beberapa pelajaran, biasanya dalam tempoh satu penggal. mengesan pencapaian pelajar dalam beberapa pelajaran, biasanya dalam tempoh satu penggal. Tujuan menjalankan penilaianini ialah untuk menentukan kedudukan mereka dalam kelas masing-masing. dijalankan dengan cara formal sahaja, Pengayaan sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk memberi peluang kepada murid-murid mengembangkan lagi sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya cipta serta bakat kepimpinan mereka. disediakan untuk semua murid dalam kelas, sama ada di peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah, dan sama ada dalam kumpulan cerdas, sederhana atau lambat. berlainan daripada aktiviti pembelajaran kemahiran asas. Biasanya, aktiviti pengayaan diberikan kepada murid-murid selepas mereka telah berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran asas tertentu. Murid-murid menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai untuk menjalankan aktiviti pengayaan. mendapat memperluas pengalaman dan pengetahuan pelajar sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam sesuatu bidang tertentu. Menganalisis Kesilapan Pelajar kesilapan imbuhan, perulangan kata, bentuk ayat pasif, kata sendi, struktur ayat, dan ejaan. perubahan makna nahunya. Proses pengimbuhan melibatkan awalan, akhiran, sisipan dan apitan. Pelajar-pelajar kerap melakukan kesilapan menggunakan imbuhan yang betul dalam penulisan mereka. . Kesilapan ini adalah sama ada berupa kesilapan perulangan pada jamak, perulangan pada kata nama, atau perulangan pada kata sifat. Kesilapan bentuk ayat pasif Ayat pasif terbentuk daripada ayat aktif transitif, dan mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan Kesilapan kata sendi atau kata penghubung Menurut Abdullah