MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … DN _10... · tujuan mengadakan rancangan integrasi untuk...

18
MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI RABU, 10 DISEMBER 2008, JAM 10.00 PAGI Bil. 18 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PN-1213-L6816 Dato' Haji Kamarudin bin Haji Ambok minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan dalam keadaan ekonomi dunia yang merudum ini, apakah perancangan Kerajaan dalam usaha menarik pelabur asing datang ke Malaysia. 2. PN-1213-L5928 Dato' Gooi Hoe Hin minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan langkah-langkah yang telah, akan dan sedang diambil demi memastikan kejatuhan harga minyak sawit tidak menjunam begitu mendadak. 3. PN-1213-L6460 Dato' Ir. Hiang A Li minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah Kerajaan mempunyai program yang berkesan dan agresif bagi tujuan mengadakan rancangan integrasi untuk perpaduan di antara belia dari semua kaum di negara kita. 4. PN-1213-L6013 Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah Kerajaan tidak bercadang untuk mengembalikan hukuman rotan kepada pelajar (Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 apabila pelaksanaan Peraturan-peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2006 tidak berkesan mendisiplinkan pelajar. 5. PN-1213-L6116 Tuan Maijol bin Mahap minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah lesen senjata api yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan kepada individu di negara ini dan apakah tujuan penggunaan senjata api tersebut.

Transcript of MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … DN _10... · tujuan mengadakan rancangan integrasi untuk...

Page 1: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … DN _10... · tujuan mengadakan rancangan integrasi untuk perpaduan di antara ... farmasi, kejuruteraan ... membantu lulusan Vokasional untuk

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI RABU, 10 DISEMBER 2008, JAM 10.00 PAGI Bil. 18

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PN-1213-L6816 Dato' Haji Kamarudin bin Haji Ambok minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan dalam keadaan ekonomi dunia yang merudum ini, apakah perancangan Kerajaan dalam usaha menarik pelabur asing datang ke Malaysia.

2. PN-1213-L5928

Dato' Gooi Hoe Hin minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan langkah-langkah yang telah, akan dan sedang diambil demi memastikan kejatuhan harga minyak sawit tidak menjunam begitu mendadak.

3. PN-1213-L6460

Dato' Ir. Hiang A Li minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah Kerajaan mempunyai program yang berkesan dan agresif bagi tujuan mengadakan rancangan integrasi untuk perpaduan di antara belia dari semua kaum di negara kita.

4. PN-1213-L6013

Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah Kerajaan tidak bercadang untuk mengembalikan hukuman rotan kepada pelajar (Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 apabila pelaksanaan Peraturan-peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2006 tidak berkesan mendisiplinkan pelajar.

5. PN-1213-L6116 Tuan Maijol bin Mahap minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah lesen senjata api yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan kepada individu di negara ini dan apakah tujuan penggunaan senjata api tersebut.

Page 2: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … DN _10... · tujuan mengadakan rancangan integrasi untuk perpaduan di antara ... farmasi, kejuruteraan ... membantu lulusan Vokasional untuk

AUM DN 10/12/2008 2

6. PN-1213-L6255 Dato' Azian bin Osman minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan sama ada Kementerian mempunyai perancangan menggunakan sistem "Intelligent Transport System" (ITS) bagi menjamin kelancaran trafik semasa melalui rumah tol di lebuh raya terutama pada musim perayaan.

7. PN-1213-L6489

Tuan Pau Chiong Ung minta MENTERI KEWANGAN menyatakan Kerajaan telah memutuskan agar tidak mengadakan seminar atau mesyuarat di hotel kelas tinggi dan telah pun menolong Kerajaan menjimatkan banyak peruntukan. Apakah sebab-sebabnya Kerajaan telah membatalkan keputusan tersebut dan membenarkan seminar atau mesyuarat diadakan di hotel kelas tinggi.

8. PN-1213-L6702

Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan sama ada Kementerian sedar bahawa sistem subsidi diesel telah mendatangkan banyak kejadian penyelewengan, salah-guna dan rasuah.

9. PN-1213-L6096

Datuk Chew Vun Ming minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah isu PATI yang masih hangat di Sabah dikatakan sedikit sebanyak telah menjejaskan pertumbuhan ekonomi negeri Sabah yang cuba dirangsang melalui penubuhan Koridor Pembangunan Sabah. Apakah ia wajar untuk diberi perhatian atau sekadar dianggap sebagai satu khabar angin yang tidak berasas.

10. PN-1213-L6057

Tuan Osman bin Bungsu minta MENTERI PENERANGAN menyatakan tahap peningkatan populariti siaran saluran RTM supaya menjadi saluran utama dan peningkatan populariti yang tinggi dalam usaha menyalurkan informasi dasar-dasar Kerajaan terutama kawasan luar bandar.

11. PN-1213-L6766

Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah jaminan Kerajaan bahawa penggunaan wang KWSP sebanyak RM5 bilion ke dana Valuecap tidak mendedahkan wang rakyat kepada risiko pelaburan yang tinggi, sedangkan Valuecap sendiri sedang berhutang kepada pemegang sahamnya.

12. PN-1213-L6686

Datuk Sim Kheng Hui minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan menyedari terdapat laporan tentang ketidakadilan terhadap pembahagian pegawai-pegawai Kerajaan, di mana pegawai dari Semenanjung hanya akan dihantar bekerja ke bandar raya besar seperti Kuching dan Kota Kinabalu sementara pegawai-pegawai tempatan pula dihantar ke kawasan-kawasan pedalaman dan adakah apa-apa tindakan yang diambil untuk membetulkannya.

Page 3: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … DN _10... · tujuan mengadakan rancangan integrasi untuk perpaduan di antara ... farmasi, kejuruteraan ... membantu lulusan Vokasional untuk

AUM DN 10/12/2008 3

13. PN-1213-L6333 Dato' Hajah Siti Rokiah binti Mohd Zabidin minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilangan kes rawatan kecantikan secara pembedahan yang telah membawa maut.

14. PN-1213-L6476

Tuan Rawisandran a/l Narayanan minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan Program Kemiskinan Bandar (PKB) adalah dilaksanakan oleh Kementerian melalui PBT dengan kerjasama wakil masyarakat. Apakah kaedah yang akan digunakan oleh Kementerian di negeri-negeri yang dikuasai oleh parti pembangkang.

15. PN-1213-L6563

Dato' Omar bin Faudzar minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah sebab-sebab kegiatan pelacuran di bandar raya Kuala Lumpur semakin meningkat setiap tahun.

16. PN-1213-L6359

Dato' Lee Sing Chooi minta PERDANA MENTERI menyatakan nilai dan peratusan saham ekuiti negara mengikut kategori milik Kerajaan, kaum Melayu, Bumiputera bukan Melayu, Cina, India, kaum-kaum lain dan warga asing. Nyatakan juga jumlah peratusan rakyat Malaysia yang tidak memegang atau tidak mampu memegang sebarang ekuiti.

17. PN-1213-L5906

Datuk Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan peranan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) di dalam pemungutan levi terhadap syarikat yang berasaskan ICT di negara kita. Apakah ada usaha untuk melaksanakan konsep “lifelong learning” kepada pengurusan syarikat-syarikat yang membayar levi, jika ada berapa ramai yang telah dilatih sejak tahun 2000 hingga kini.

18. PN-1213-L6603

Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan apakah pihak Kementerian mempunyai program-program khas bagi mewujudkan lebih ramai usahawan wanita muda.

19. PN-1213-L6717 Datuk Armani binti Haji Mahiruddin minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimanakah cara atau pemilihan penerima Rumah Murni Malaysia untuk penduduk miskin yang diagihkan oleh Anak Syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Malaysia Development Finance Berhad (MIDF).

Page 4: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … DN _10... · tujuan mengadakan rancangan integrasi untuk perpaduan di antara ... farmasi, kejuruteraan ... membantu lulusan Vokasional untuk

AUM DN 10/12/2008 4

20. PN-1213-L6291 Tuan Lee Chee Keong minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan perkembangan terkini setelah kemudahan 'broadband' dilancarkan dan kenapa kontrak raksasa begini tidak di tender secara terbuka dan telus.

21. PN-1213-L6107

Tuan Maijol bin Mahap minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Kadazan dusun pada waktu sekolah.

22. PN-1213-L6167

Tuan Krishnan a/l Tan Sri Dato N.S Maniam minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan strategi dan langkah yang diambil oleh Kementerian untuk memberi subsidi kepada pengguna elektrik di kawasan perladangan.

23. PN-1213-L6585

Dato' Wong Siong Hwee minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilangan enrolmen pelajar-pelajar mengikut kaum bagi sesi 2006 / 2007 dan 2008, serta pecahannya mengikut IPTA. Nyatakan juga bilangannya mengikut 8 program pengajian kompetitif iaitu perubatan, pergigian, farmasi, kejuruteraan elektronik, kimia dan mekanikal, undang-undang dan perakaunan.

24. PN-1213-L6546

Dato' Haji Idris bin Haji Buang minta MENTERI PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk memastikan tulisan Jawi dapat diperluaskan penggunaannya di kalangan rakyat Malaysia dengan tujuan mempererat lagi perpaduan rakyat Malaysia.

25. PN-1213-L6784

Prof. Datuk Dr. Ismail bin Md. Salleh minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah-langkah tambahan yang akan dilakukan Kerajaan sekiranya pakej simulasi sebanyak RM7 bilion yang dibuat baru-baru ini tidak mencukupi untuk menangani kemungkinan berlakunya kelembapan ekonomi yang dijangka serius pada awal tahun hadapan.

26. PN-1213-L6171

Dato' Daljit Singh Dalliwal minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan akibat dari pada kenaikan harga minyak pada bulan Jun 2008 Kerajaan telah mengecualikan beberapa jenis restoran dari dikenakan cukai jualan untuk mengurangkan beban rakyat tetapi restoran-restoran tersebut masih enggan menurunkan harga yang menunjukkan cukai 5% sudah tidak dikenakan. Apakah tindakan yang diambil terhadap mereka.

Page 5: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … DN _10... · tujuan mengadakan rancangan integrasi untuk perpaduan di antara ... farmasi, kejuruteraan ... membantu lulusan Vokasional untuk

AUM DN 10/12/2008 5

27. PN-1213-L6631 Dato' Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak Kerajaan bagi menyokong dasar liberisasi dalam sektor perkhidmatan yang akan dilaksanakan bagi menjadikan Malaysia lebih berdaya saing di peringkat global.

28. PN-1213-L6275

Datuk Chandrasekar Suppiah minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan Kerajaan untuk merealisasikan pencapaian ekuiti 1.5% bagi masyarakat India bagi tahun 2008.

29. PN-1213-L6352

Tan Sri Datuk (Dr.) Jins bin Shamsudin minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan tidakkah Kementerian bercadang untuk menyediakan peruntukan kursus, bagi membantu lulusan Vokasional untuk membuka perniagaan sendiri seperti Kedai Tayar, Woksyop baiki motor/kereta dan lain-lain, untuk memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang lulus melalui TEKUN GIATMARA, dan lain-lain seperti PROSPER yang diuruskan oleh PUNB.

30. PN-1213-L6081

Dato' Yip Kum Fook minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada Kementerian mempunyai perancangan pengambilan tanah di sekitar LRT dan komuter untuk membangunkan semula satu (1) kawasan Pintar bagi membantu rakyat yang berpendapatan sederhana di bandar raya serta mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar raya.

31. PN-1213-L5912 Datuk Abdul Rahman bin Bakar minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang proses pelantikan Ketua Hakim Negara kerana setiap kali pelantikan baru timbul masalah dan umpama “rumah sudah siap pahat masih berbunyi” di kalangan Majlis Peguam.

32. PN-1213-L6068

Puan Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pembayaran rebat kenderaan setakat ini dan apakah masalah prosedur, teknikal dan kesan dari segi ekonomi yang dikenal pasti timbul selepas pemberian rebat tersebut.

33. PN-1213-L6022

Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan adakah Kerajaan sedar iklan kuiz SMS di TV boleh menyebabkan gejala sosial dan salah guna wang belanja persekolahan pelajar-pelajar dan apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan untuk mengatasinya.

Page 6: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … DN _10... · tujuan mengadakan rancangan integrasi untuk perpaduan di antara ... farmasi, kejuruteraan ... membantu lulusan Vokasional untuk

AUM DN 10/12/2008 6

34. PN-1213-L6129 Datuk Haji Roslan bin Awang Chik minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah undang-undang ISA perlu dikaji semula.

35. PN-1213-L6638

Dato' Haji Ahmad Rusli bin Haji Iberahim minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan sebab-sebab penangguhan pembelian Eurocopter.

36. PN-1213-L5991

Puan Hajah Wan Ramlah binti Wan Ahmad minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bilakah Kementerian akan memenuhi jawatan dalam bidang teknikal seperti pembantu teknik di Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi membantu dalam penyelenggaraan projek-projek pembangunan di sekolah.

37. PN-1213-L6653

Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato' Syed Zain minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah keuntungan Tabung Haji Malaysia di dalam pelaburan AirAsia.

38. PN-1213-L6317

Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah pendapat Kementerian mengenai ranking universiti dunia yang dikeluarkan oleh The Times Higher Education Supplement-Quacquarelli Symonds (THES-QS). Di bawah program Apex, USM disasarkan untuk disenaraikan dalam ranking 100 universiti terbaik dunia dalam tempoh lima tahun dan ranking 50 terbaik menjelang 2020, tetapi pada masa yang sama dikatakan bahawa ranking THES-QS itu tidak tepat sepenuhnya.

39. PN-1213-L6511

Dato' Wan Nordin bin Che Murat minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan mengenai rancangan pihak Kementerian mewujudkan "Inland Depot" di pinggir bandar raya sama ada akan diteruskan atau tidak. Jika tidak, apakah rancangan alternatif pihak Kementerian bagi membaiki Sistem Pengedaran Pengangkutan (Distribution System).

40. PN-1213-L6349

Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah usaha-usaha yang telah diambil oleh Jabatan Imigresen untuk memulihkan integriti dan meningkatkan kepercayaan orang ramai kepada agensi berkenaan.

41. PN-1213-L6168

Puan GK Loga Chitra minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan usaha Kementerian untuk menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia semasa ekonomi global kurang memberangsangkan.

Page 7: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … DN _10... · tujuan mengadakan rancangan integrasi untuk perpaduan di antara ... farmasi, kejuruteraan ... membantu lulusan Vokasional untuk

AUM DN 10/12/2008 7

42. PN-1213-L6133 Dato' Haji Abdul Rashid bin Ngah minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan dengan sokongan perangkaan tentang peningkatan jenayah rompakan bersenjata bagi tahun 2004 hingga 2008.

43. PN-1213-L6143

Dato' Sri Empiang Jabu minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapa ramai doktor yang telah dikhususkan untuk merawat penghidap HIV/AIDS di hospital Kerajaan di Sarawak dan sama ada terdapat pelan tertentu untuk meningkatkan lagi bilangan doktor bagi merawat pesakit-pesakit HIV/AIDS di seluruh negara.

44. PN-1213-L6756

Datin Paduka Datuk Nor Hayati Binti Tan Sri Dato' Seri Onn minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah strategi pihak PDRM untuk membendung kejadian ragut beg tangan, telefon bimbit, rantai emas dan sebagainya yang merupakan satu ancaman kepada golongan wanita dan kejadian didapati kerap berlaku di tempat awam.

45. PN-1213-L6598

Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah tahap perancangan dan pelaksanaan Kementerian dalam menjadikan kesemua sekolah Tamil di negara ini sekolah bantuan penuh.

46. PN-1213-L6229 Puan Siw Chun a/p Eam minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan pusat-pusat serenti dan bilangan penghuni-penghuninya yang terdapat di dalam negara kita setakat ini, sila berikan pecahan mengikut negeri dan jantina.

47. PN-1213-L6395

Puan Nordiana binti Datuk Haji Shafie minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan Kerajaan bagi mengawal program-program keagamaan yang dianjurkan khususnya ceramah-ceramah yang dianjurkan secara bebas di luar-luar bandar bagi memastikan pemantauan penyebaran ajaran sesat dan merosakkan akidah masyarakat.

48. PN-1213-L6287

Datuk Soon Tian Szu minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan bagaimanakah usaha penguatkuasaan pihak Kementerian untuk memastikan para peniaga tidak menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya kerana apabila harga barang naik, golongan yang berpendapatan rendah yang sering menjadi mangsa.

Page 8: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … DN _10... · tujuan mengadakan rancangan integrasi untuk perpaduan di antara ... farmasi, kejuruteraan ... membantu lulusan Vokasional untuk

AUM DN 10/12/2008 8

49. PN-1213-L6447 Puan Hajah Wan Hazani binti Wan Mohd Nor minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan setakat ini berapa banyak rumah PPRT dibuat di Parlimen Gua Musang dari tahun 2004-2008 dan berapa ramai lagi pemohon yang layak diberi dari tahun 2004-2008.

50. PN-1213-L6201

Datuk Akbar bin Ali minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) sebab-sebab Laporan Tahunan Bank Negara , Ucapan Bajet dan Laporan Ekonomi tidak dijadikan panduan untuk merealisasikan 9 Cabaran Wawasan 2020, 5 Teras di bawah Misi Nasional serta janji-janji dalam Manifesto Pilihan raya BN; dan

(b) amaun yang perlu dibayar oleh Kerajaan berdasarkan penstrukturan semula subsidi diesel, gas dan minyak petrol mengikut pelbagai kategori penerima.

51. PN-1213-L6571

Dato' Musa bin Haji Sheikh Fadzir minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan sejauh manakah kejayaan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dalam usahanya untuk mempromosikan perdagangan di kalangan negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), demi membolehkan MATRADE menempatkan dirinya sebagai model dan jaguh perdagangan Islam global.

52. PN-1213-L6404 Dato’ Hajah Samsiah binti Samsudin minta MENETRI PELAJARAN menyatakan adakah Kementerian bersetuju membina sekurang-kurangnya sebuah sekolah sukan di setiap negeri bagi melahirkan lebih ramai atlet tempatan berwibawa seperti yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negeri.

53. PN-1213-L5927 Dato' Gooi Hoe Hin minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengapa "windfall tax" yang sepatutnya dikenakan terhadap Penjana Kuasa Bebas (IPP- Independent Power Plant) tidak dilaksanakan.

54. PN-1213-L6200 Datuk Akbar bin Ali minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :- (a) bilangan dan nilai faedah yang dijangka akan dinikmati oleh

rakyat berdasarkan syor-syor yang dikemukakan dalam Bajet 2009 mengikut kaum dan kumpulan pendapatan; dan

Page 9: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … DN _10... · tujuan mengadakan rancangan integrasi untuk perpaduan di antara ... farmasi, kejuruteraan ... membantu lulusan Vokasional untuk

AUM DN 10/12/2008 9

(b) sebab-sebab mengapa Laporan Tahunan Bank Negara dan

Ucapan Bajet tidak menggunakan tema yang sama seperti yang diguna pakai dalam manifesto Pilihan raya BN.

55. PN-1213-L6525

Tuan Haji Shamsudin bin Mehat minta MENTERI KESIHATAN menyatakan GLC-GLC kita seperti Kumpulan Hospital Pantai dan Kumpulan Hospital Pakar J-Corp, adakah Kerajaan bercadang mengarahkan hospital-hospital ini menerima sebanyak tertentu pesakit daripada Kerajaan ataupun membenarkan pesara-pesara Kerajaan menggunakan hospital-hospital ini sebagai salah satu daripada tanggungjawab sosial korporat GLC-GLC kita.

56. PN-1213-L5970 Tuan Haji Ahamat@Ahamad bin Yusop minta MENTERI KEWANGAN menyatakan satu waktu dahulu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membenarkan pengeluaran simpanan pencarum untuk tujuan membeli komputer. Kemudahan itu dihentikan kerana berlaku salah guna. Kenapakah tidak dicari mekanisme bagi mengelakkan salah guna dari menghentikannya terus. Rakyat harus digalakkan membeli komputer bagi mempersiapkan mereka dengan era digital.

57. PN-1213-L6658 Datuk Haji Rizuan bin Abd Hamid minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan kenapakah Kerajaan tidak dapat mempertahankan penggunaan Bahasa Malaysia di papan tanda jalan sehingga membiarkan Pihak Berkuasa Tempatan menggunakan pelbagai bahasa. Kenapakah peruntukan Perlembagaan 153 tidak dipakai.

58. PN-1213-L6043 Tan Sri Datuk Tee Hock Seng minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan kemungkinan TNB mengurangkan tarif elektrik memandangkan harga minyak di pasaran dunia sudah turun dari USD 140 hingga USD 70 setong, sebagai langkah Kerajaan membantu rakyat terutama sekali sektor perniagaan dan industri semasa negara yang turut mengalami krisis ekonomi akibat kejatuhan pasaran saham sedunia.

59. PN-1213-L6004 Tuan Osman bin Bungsu minta MENTERI KEWANGAN menyatakan statistik pengaliran wang ke luar negara tahun 2005 hingga Julai 2008. Apakah langkah drastik yang telah dilaksanakan bagi mengawal aliran wang ke luar negara oleh pekerja asing berdaftar dan pendatang tanpa izin.

Page 10: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … DN _10... · tujuan mengadakan rancangan integrasi untuk perpaduan di antara ... farmasi, kejuruteraan ... membantu lulusan Vokasional untuk

AUM DN 10/12/2008 10

60. PN-1213-L6246

Dato' Azian bin Osman minta MENTERI PENERANGAN menyatakan mengapakah laman web berita BERNAMA TV sukar untuk dilayari dalam negara sedangkan web berita BERNAMA TV telah dilayari hampir 5 juta hits di seluruh dunia sejak dilancarkan pada 3 September 2008 lalu.

61. PN-1213-L6453 Puan Heng Seai Kie minta MENTERI PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN menyatakan sejauh manakah kejayaan perpustakaan desa. Antara buku yang disediakan untuk bacaan, berapakah peruntukan untuk buku bahasa Cina dan bahasa Tamil.

62. PN-1213-L6512 Dato' Wan Nordin bin Che Murat minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan berkenaan siling peruntukan yang dikhususkan bagi projek pembangunan pelancongan negeri Perlis di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 adalah sebanyak RM33,201,647.00. Bagaimanakah pecahan peruntukan ini ditentukan dan disalurkan ke negeri Perlis.

63. PN-1213-L5971 Tuan Ahmad bin Hussin minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah trend jenayah kolar putih di Malaysia sejak tahun 2005 dan apakah langkah-langkah pencegahan yang telah dan akan diambil oleh pihak Kerajaan.

64. PN-1213-L6670 Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah Kerajaan membuat tinjauan dan perbandingan ke atas 'employability' graduan-graduan dari IPTA dan IPTS. Sekiranya ada, apakah dapatan dan kesimpulan tinjauan tersebut.

65. PN-1213-L5949 Tuan Haji Ahamat@Ahamad bin Yusop minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah Kementerian berhasrat untuk memberikan kursus "hospitality" kepada kakitangan di hospital bagi memperbaiki imej perkhidmatan di hospital-hospital Kerajaan.

66. PN-1213-L5978 Tuan Ahmad bin Hussin minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah kerjasama yang telah diberi oleh hypermarket dalam membantu menurunkan harga barangan pengguna dan juga membantu Industri Kecil dan Sederhana (SMI) milik Bumiputera dan juga petani Bumiputera.

Page 11: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … DN _10... · tujuan mengadakan rancangan integrasi untuk perpaduan di antara ... farmasi, kejuruteraan ... membantu lulusan Vokasional untuk

AUM DN 10/12/2008 11

67. PN-1213-L6328 Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian bagi menjamin Perisian Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer selamat dan tidak mudah dicerobohi dan bilakah penggunaan cap jari dalam proses pindah hak milik tanah akan diwajibkan dan diperluaskan ke seluruh negara.

68. PN-1213-L6166 Dato' Daljit Singh Dalliwal minta MENTERI KESIHATAN menyatakan kenapa hospital di Lembah Kelang mempunyai katil dan peralatan yang cukup dan lengkap tetapi masih kekurangan kakitangan untuk melayani pesakit-pesakit.

69. PN-1213-L6413 Puan Heng Seai Kie minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah usaha dan kejayaan Program Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dalam meningkatkan kualiti asuhan kanak-kanak dan didikan awal nasional.

70. PN-1213-L6469 Dato' Ir. Hiang A Li minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan kerumitan dan bahaya yang bakal dihadapi oleh pengguna Lebuh Raya Pantai Timur dari Karak ke Kuantan kerana cara pembaikan lebuh raya oleh pihak berkenaan telah mengambil tempoh yang lama dan jarak penutupan lorong begitu panjang. Adakah Kementerian mempunyai cara yang lebih berkesan dan bersistematik untuk kerja serupa ini supaya tidak menimbulkan masalah dan bahaya kepada penggunanya.

71. PN-1213-L6778 Prof. Datuk Dr. Ismail bin Md. Salleh minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bilakah Kementerian akan menggubal pelan strategik bagi 'Education for All' yang memberi fokus kepada pelajar-pelajar OKU.

72. PN-1213-L6301 Tuan Lee Chee Keong minta MENTERI PELAJARAN menyatakan hasil perbincangan meja bulat pada 30 Oktober 2008 berkenaan status dan nasib sekolah-sekolah bantuan modal di seluruh negara. Bagaimanakah pengagihan secara adil dapat dilaksanakan pada peruntukan khas sebanyak RM200 juta untuk kesemua sekolah-sekolah bantuan modal di seluruh negara.

73. PN-1213-L6030 Puan Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah langkah yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan dalam mengurangkan kesan penurunan harga petrol dan diesel kepada pengusaha dan peruncit stesen minyak tempatan.

Page 12: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … DN _10... · tujuan mengadakan rancangan integrasi untuk perpaduan di antara ... farmasi, kejuruteraan ... membantu lulusan Vokasional untuk

AUM DN 10/12/2008 12

74. PN-1213-L6750 Datin Paduka Datuk Nor Hayati Binti Tan Sri Dato' Seri Onn minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah pihak Kerajaan akan menubuhkan sebuah jaringan keselamatan yang komprehensif sepertimana yang dicadangkan oleh Institut Pembangunan Malaysia, dalam usaha Kerajaan untuk menangani impak negatif masalah kenaikan harga barang dan kelembapan ekonomi semasa terhadap golongan berpendapatan rendah.

75. PN-1213-L6498 Tuan Rawisandran a/l Narayanan minta MENTERI PELAJARAN menyatakan berapakah jumlah pra sekolah (tadika) di Sekolah Tamil yang sedia ada dalam negara ini. Apakah perancangan Kementerian untuk mewujudkan pra sekolah di semua SRJK (T) di negara ini.

76. PN-1213-L6655 Datuk Haji Rizuan bin Abd Hamid minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan bagaimana untuk mengembalikan kecemerlangan pemain perseorangan badminton negara yang semakin merosot sejak kebelakangan ini walaupun berada di 'ranking' pertama dunia dan apakah pendekatan untuk meningkatkan prestasi acara beregu.

77. PN-1213-L6628 Dato' Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah hubungan diplomatik antara Malaysia dan Iran menerusi Suruhanjaya Bersama Malaysia dan Republik Islam Iran turut melibatkan kerjasama dalam bidang pertahanan.

78. PN-1213-L6561 Tuan Haji Shamsudin bin Mehat minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan apakah usaha-usaha pihak Kementerian untuk mengenal pasti masalah berhubung kekurangan penyertaan Bumiputera dalam industri pelancongan dan juga untuk menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam industri ini, contohnya sebagai pemandu pelancong yang setakat ini masih terlalu kecil.

79. PN-1213-L6649 Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato' Syed Zain minta MENTERI PELAJARAN menyatakan berapakah jumlah sekolah untuk OKU 'down sindrom' yang wujud di negara ini mengikut negeri dan berapakah peruntukan yang disediakan oleh Kementerian untuk sekolah ini, jika ada.

80. PN-1213-L6305 Datuk Soon Tian Szu minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah usaha-usaha Kementerian dalam memastikan penyesuaian di dalam dan luar hospital, bahu jalan, sistem dan kemudahan meletakkan kereta yang sesuai untuk OKU dan lain-lain lagi di mana usaha ini merupakan sebahagian tanda keprihatinan kita untuk membantu golongan berkenaan.

Page 13: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … DN _10... · tujuan mengadakan rancangan integrasi untuk perpaduan di antara ... farmasi, kejuruteraan ... membantu lulusan Vokasional untuk

AUM DN 10/12/2008 13

81. PN-1213-L6419 Puan Hajah Wan Hazani binti Wan Mohd Nor minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapa jumlah keseluruhan pemegang kad kredit di Malaysia, jumlah pemegang kad kredit yang bermasalah (tidak dapat menjelaskan jumlah hutang dari kad kredit mereka) dan jumlah pemegang kad kredit yang telah diisytiharkan muflis mengikut kaum dan umur dari 2000 hingga 2008.

82. PN-1213-L5990 Puan Hajah Wan Ramlah binti Wan Ahmad minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bilakah Kementerian akan menaik taraf gred penyelia (pengelola) DG32 dan pegawai DG41 di Pejabat Pelajaran Daerah dan Pejabat Pelajaran gabungan bagi mengimbangi gred dengan guru penolong kanan / guru besar di sekolah menengah dan sekolah rendah.

83. PN-1213-L6753 Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah penghantaran keluar wang oleh pekerja asing dan juga pendatang asing tanpa izin, serta nyatakan apakah pengaliran ini tidak menjejaskan sistem kewangan negara.

Page 14: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … DN _10... · tujuan mengadakan rancangan integrasi untuk perpaduan di antara ... farmasi, kejuruteraan ... membantu lulusan Vokasional untuk

AUM DN 10/12/2008 14

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (D.R. 16/2008) Rang Undang-undang Perbekalan 2009. (Menteri Kewangan)

Bacaan Kali Yang Kedua

2. PN-1213-U6374 Tan Sri Datuk (Dr.) Jins bin Shamsudin akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini, menyedari mengenai kaedah bagi menyatakan kesetiaan kita kepada raja dan negara iaitu berdasarkan kepada prinsip rukun negara, perkara kedua, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, maka saya dengan ini ingin mengusulkan supaya setiap kali dewan bersidang sahaja selesai doa dibacakan, lagu Negaraku dimainkan dan dinyanyikan bersama-sama kerana sesuai dengan slogan Kepimpinan Melalui Teladan. "

(Perdana Menteri)

Page 15: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … DN _10... · tujuan mengadakan rancangan integrasi untuk perpaduan di antara ... farmasi, kejuruteraan ... membantu lulusan Vokasional untuk

AUM DN 10/12/2008 15

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (DEWAN NEGARA)

TAHUN

2008 RISALAT/DOKUMEN TARIKH

DIBENTANGKAN

CMD.13 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Negeri Johor Tahun 2007.

10 Disember 2008

CMD.14 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Negeri Kedah Tahun 2007.

10 Disember 2008

CMD.15 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Negeri Kelantan Tahun 2007.

10 Disember 2008

CMD.16 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Negeri Melaka Tahun 2007.

10 Disember 2008

CMD.17 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Negeri Negeri Sembilan Tahun 2007.

10 Disember 2008

CMD.18 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Negeri Pahang Tahun 2007.

10 Disember 2008

CMD.19 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Negeri Perak Tahun 2007.

10 Disember 2008

CMD. 21 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Negeri Pulau Pinang Tahun 2007.

10 Disember 2008

CMD.22 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Negeri Sabah Tahun 2007.

10 Disember 2008

CMD.23 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Negeri Sarawak Tahun 2007.

10 Disember 2008

CMD.24 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Negeri Selangor Tahun 2007.

10 Disember 2008

Page 16: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … DN _10... · tujuan mengadakan rancangan integrasi untuk perpaduan di antara ... farmasi, kejuruteraan ... membantu lulusan Vokasional untuk

AUM DN 10/12/2008 16

TAHUN 2008 RISALAT/DOKUMEN

TARIKH DIBENTANGKAN

CMD.25 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata

Kewangan Negeri Terengganu Tahun 2007.

10 Disember 2008

CMD.26 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti dan Kajian Khas Negeri Johor Tahun 2007.

10 Disember 2008

CMD.27 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti dan Kajian Khas Negeri Kedah Tahun 2007.

10 Disember 2008

CMD.28 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti dan Kajian Khas Negeri Kelantan Tahun 2007.

10 Disember 2008

CMD.29 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti dan Kajian Khas Negeri Melaka Tahun 2007.

10 Disember 2008

CMD.30 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti dan Kajian Khas Negeri Negeri Sembilan Tahun 2007.

10 Disember 2008

CMD.31 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti dan Kajian Khas Negeri Pahang Tahun 2007.

10 Disember 2008

CMD.32 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti dan Kajian Khas Negeri Perak Tahun 2007.

10 Disember 2008

CMD.33 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti dan Kajian Khas Negeri Perlis Tahun 2007.

10 Disember 2008

CMD. 34 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti dan Kajian Khas Negeri Pulau Pinang Tahun 2007.

10 Disember 2008

CMD.35 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti dan Kajian Khas Negeri Sabah Tahun 2007.

10 Disember 2008

CMD.36 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti dan Kajian Khas Negeri Sarawak Tahun 2007.

10 Disember 2008

Page 17: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … DN _10... · tujuan mengadakan rancangan integrasi untuk perpaduan di antara ... farmasi, kejuruteraan ... membantu lulusan Vokasional untuk

AUM DN 10/12/2008 17

TAHUN 2008 RISALAT/DOKUMEN

TARIKH DIBENTANGKAN

CMD.37 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti dan Kajian Khas Negeri Selangor Tahun 2007.

10 Disember 2008

CMD.38

Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti dan Kajian Khas Negeri Terengganu Tahun 2007.

10 Disember 2008

ST.103 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Lembaga Pemasaran Pertanian Muda (MADA) Bagi Tahun 2007.

10 Disember 2008

ST.105 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Bagi Tahun 2007

10 Disember 2008

ST.106 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Bagi Tahun 2007

10 Disember 2008

ST.109 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) Bagi Tahun 2007

10 Disember 2008

ST.110 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) Bagi Tahun 2007.

10 Disember 2008

ST.136 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Universiti Malaya (UM) Bagi Tahun 2007

10 Disember 2008

ST.137 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bagi Tahun 2007

10 Disember 2008

ST.140 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Bagi Tahun 2007

10 Disember 2008

Page 18: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … DN _10... · tujuan mengadakan rancangan integrasi untuk perpaduan di antara ... farmasi, kejuruteraan ... membantu lulusan Vokasional untuk

AUM DN 10/12/2008 18

TAHUN 2008 RISALAT/DOKUMEN

TARIKH DIBENTANGKAN

ST.143 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan

Lembaga Pembangunan dan Penyelidikan Perhutanan Malaysia (LPPPM) Bagi Tahun 2007

10 Disember 2008

ST.144 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Bagi Tahun 2007

10 Disember 2008

ST.153 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang Bagi Tahun 2007

10 Disember 2008

ST.155 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Yayasan Tun Razak Bagi Tahun 2007

10 Disember 2008

ST.158 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Universiti Utara Malaysia Bagi Tahun 2007

10 Disember 2008

ST.159 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Kumpulan Wang Simpanan Guru-Guru Bagi Tahun 2007

10 Disember 2008