MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filesecara terperinci tentang jumlah orang Sarawak...

17

Click here to load reader

Transcript of MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filesecara terperinci tentang jumlah orang Sarawak...

Page 1: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filesecara terperinci tentang jumlah orang Sarawak yang ... berkaitan Kerajaan ... menyatakan rasional terhadap GST yang dikenakan kepada

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI KHAMIS, 16 APRIL 2015, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 5

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PN-1331-L21188 Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan status terkini beberapa isu penting yang sedang membelenggu masyarakat di Labuan iaitu kemungkinan berlakunya pemberhentian pekerja dalam sektor minyak dan gas, kenaikan harga barang dan kekurangan kemudahan di kompleks Pasar Labuan Sentral yang baru.

2. PN-1331-L21096

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bilangan kemalangan perindustrian yang telah dilaporkan pada tahun 2013 dan 2014 mengikut pecahan sektor dengan butiran jumlah maut, kehilangan upaya dan lain-lain kecederaan serta nyatakan langkah-langkah yang akan diambil untuk mengutamakan dan memastikan keselamatan di tempat kerja.

3. PN-1331-L22033 Dato' Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg minta MENTERI KESIHATAN menyatakan pada akhir tahun 2014, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran bahawa minuman tenaga yang mengandungi gula dan kafein boleh mengundang bahaya kepada kesihatan kanak-kanak dan belia. Apakah tindakan Kementerian terhadap amaran tersebut dan kawalan penjualan.

4. PN-1331-L21643 Tuan Chong Sin Woon minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan langkah-langkah pemilihan bakal calon-calon mahasiswa ke Universiti Awam (UA) lepasan STPM dan matrikulasi melalui sistem UPU berdasarkan kriteria akademik dan ko-kurikulum, serta statistik pemilihan berdasarkan kumpulan etnik bagi pengambilan 2015.

Page 2: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filesecara terperinci tentang jumlah orang Sarawak yang ... berkaitan Kerajaan ... menyatakan rasional terhadap GST yang dikenakan kepada

2 AUM DN 16/4/2015

5. PN-1331-L21405 Dato' Roslin binti Haji Abdul Rahman minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah pelarian mengikut negara asal mereka yang berdaftar dengan UNHCR dan apakah hak dan perlindungan ke atas mereka sementara mereka masih berada di negara ini.

6. PN-1331-L21698

Dato' Dr. Johari bin Mat minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan sejauh manakah jaminan yang diberikan oleh pihak Kementerian dalam usaha membantu meningkatkan keupayaan syarikat-syarikat tempatan dalam mengembangkan persaingan perdagangan.

7. PN-1331-L21895 Datuk Dr. Lucas Umbul minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah sasaran 90% e-Pembayaran dapat dicapai menjelang penghujung tahun ini dan apakah langkah Kementerian dalam menggalakkan orang ramai menggunakan sistem ini berbanding sistem kaunter atau konvensional.

8. PN-1331-L21365 Datuk Yoo Wei How minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah AP kereta yang telah dikeluarkan mengikut negara bagi tahun 2013 dan 2014 serta apakah hasil kajian dan rancangan Kerajaan berkenaan pelupusan sistem AP kereta terbuka.

9. PN-1331-L21380 Dato' Lim Nget Yoon minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bahawa tidak ada mana-mana universiti dari negara kita yang disenaraikan dalam seratus universiti teratas oleh "Times Higher Education World Reputation Rankings 2015". Apakah langkah-langkah diambil oleh pihak Kementerian untuk mendapat pencapaian yang lebih tinggi.

10. PN-1331-L21575 Dato' Goonasakaran A/L Raman minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan masalah isu "under-employment" di mana ramai graduan-graduan masih tertanya-tanya dalam pemilihan kursus dan pekerjaan yang mereka akan bekerja selepas pengajian tinggi. Apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan untuk mengatasi masalah isu "under-employment".

11. PN-1331-L21278 Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-

(a) tanggapan sesetengah pihak yang mengaitkan perkembangan

fahaman ekstremisme Islam dengan kewujudan sekolah aliran agama di negara ini; dan

(b) apakah langkah Kementerian dalam membersihkan imej

sekolah aliran agama ini.

Page 3: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filesecara terperinci tentang jumlah orang Sarawak yang ... berkaitan Kerajaan ... menyatakan rasional terhadap GST yang dikenakan kepada

AUM DN 16/4/2015 3

12. PN-1331-L21510 Dato' Haji Mohd. Salim bin Sharif minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan bilangan perniagaan berbentuk perkongsian dan milik tunggal yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta inisiatif yang diambil untuk membantu golongan tersebut melihatkan kepada sumbangan mereka yang penting kepada ekonomi domestik negara terutamanya dalam menyediakan perkhidmatan kepada orang ramai.

13. PN-1331-L22037 Datuk Seri Haji Abd. Halim bin Abd. Samad minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan YAB Perdana Menteri pada 18 April 2013 lalu telah mengumumkan program pembangunan 10,336 unit rumah bagi tujuan Program Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M). Perbadanan Putrajaya telah melancarkan dan melaksanakan projek PPA1M Putrajaya (Fasa 1) dan projek ini dijangka siap pada tahun 2017 atau 2018. Mengikut rekod Kementerian Wilayan Persekutuan, apakah status perjalanan ini. Berapakah permohonan yang telah diterima dan berapa pula yang telah diluluskan. Adakah Kementerian bercadang meluaskan projek ini ke kawasan Wilayah Persekutuan lain.

14. PN-1331-L21585 Datuk Hajah Noriah binti Mahat minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah rancangan peruntukan Kerajaan untuk memperkasakan warga emas dalam Rancangan Malaysia ke 11 akan datang.

15. PN-1331-L21335 Dato' Khairudin bin E.S. Abd Samad minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sejauh manakah bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) telah merancakkan industri penerbitan dan jualan buku di negara ini.

16. PN-1331-L21086 Datin Rahimah binti Haji Mahamad minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kementerian yakin ekonomi Malaysia bakal terus mempamerkan prestasi baik, sekali gus berada di dalam landasan kukuh untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

17. PN-1331-L21708

Dato' Dr. Johari bin Mat minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sehingga kini berapa ramaikah rakyat Malaysia terlibat dengan IS dan apakah faktor yang mendorong mereka menyertai IS serta latar belakang pendidikan mereka.

18. PN-1331-L21870

Dato' Jaspal Singh minta MENTERI KEWANGAN menyatakan untuk memberi penerangan mengenai syarikat 1MDB. Apakah aset-aset yang terdapat dalam syarikat ini dan bagaimanakah syarikat ini telah dapat membeli aset-aset tersebut. Apakah hasil atau keuntungan tiap-tiap daripada aset ini dan bolehkah keuntungan ini cukup untuk membayar hutangnya.

Page 4: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filesecara terperinci tentang jumlah orang Sarawak yang ... berkaitan Kerajaan ... menyatakan rasional terhadap GST yang dikenakan kepada

4 AUM DN 16/4/2015

19. PN-1331-L21737 Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan secara terperinci jumlah kerosakan dan kos pemulihan semula Rangkaian Jalan Keretapi Sektor Pantai Timur ( Gemas ke Tumpat) yang rosak teruk akibat bencana Banjir pada Disember 2014 dan tempoh masa yang diperlukan bagi memulihkan semula perkhidmatan keretapi antara bandar di sektor tersebut.

20. PN-1331-L21500

Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah bilangan aduan yang dibuat oleh orang ramai berhubung dengan premis judi haram dan berapakah jumlah premis judi haram yang telah ditutup akibat daripada aduan tersebut.

21. PN-1331-L21666

Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian minta PERDANA MENTERI menyatakan secara terperinci tentang jumlah orang Sarawak yang sedang memegang jawatan sebagai Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah, Ketua Jabatan di semua Kementerian dan Agensi Persekutuan.

22. PN-1331-L21789 Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan rasional Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang akan menutup 121 program yang kurang relevan dengan permintaan pasaran kerja kini dan boleh nyatakan program-program berkenaan.

23. PN-1331-L21270 Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan baru-baru ini seorang individu telah memuatnaik beberapa keping gambar di ruang udara KLIA menggunakan Drone (Kenderaan Udara Tanpa Pemandu). Drone ini mudah didapati dan pembelian boleh dibuat atas talian. Jika ia disalahguna, akan menjadi satu ancaman kepada keselamatan negara. Apakah langkah Kerajaan dalam mengawal penggunaan Drone ini dan tidak disalahgunakan oleh pihak yang berkepentingan.

24. PN-1331-L21121 Datuk Chin Su Phin minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan setakat ini, berapa ramai yang telah ditahan dan didakwa di dalam gerakan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) dan apakah tindakan tegas yang boleh diambil kepada mereka yang terlibat dalam usaha memisahkan Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

25. PN-1331-L21321

Dato' Khairudin bin E.S. Abd Samad minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan pelan pemulihan dan pengambilalihan semula Kerajaan sepenuhnya bagi operasi BERNAMA TV yang didakwa masih gagal melunaskan hutang sedia ada, masalah kekurangan kemasukan iklan dan tadbir urus yang lemah.

Page 5: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filesecara terperinci tentang jumlah orang Sarawak yang ... berkaitan Kerajaan ... menyatakan rasional terhadap GST yang dikenakan kepada

AUM DN 16/4/2015 5

26. PN-1331-L21312 Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah usaha yang dilakukan oleh Kementerian untuk menyemak semula sistem gred pegawai bagi kenaikan di jabatan-jabatan dan agensi-agensi dibawah Kementerian selaras dengan usaha untuk mempertingkatkan prestasinya.

27. PN-1331-L21905

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah faktor-faktor utama yang telah menyebabkan apabila harga minyak dinaikkan harga barangan turut dinaikkan oleh peniaga tetapi apabila harga minyak diturunkan baru-baru ini, harga barangan tidak diturunkan oleh peniaga-peniaga.

28. PN-1331-L21726

Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimanakah Kerajaan membuat penambahbaikan bagi mengawalselia isu integriti pelaburan dan operasi bagi syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan, syarikat-syarikat pelaburan Kerajaan dan syarikat usahasama Kerajaan-swasta agar risiko kerugian pelaburan dan operasi dapat dielakkan.

29. PN-1331-L21540

Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan status dan perkembangan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Sejauh manakah peruntukan yang diluluskan melalui PRK telah dibelanjakan dan impaknya pada sekolah-sekolah berkenaan.

30. PN-1331-L21754

Tuan Zali bin Mat Yasin minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan isu gelandangan adalah isu negara yang penting apatah lagi dalam usaha Kerajaan mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Hal ini masih lagi tidak dapat dibendung malah semakin bertambah di kawasan Bandar. Apakah tindakan Kerajaan dalam memastikan nasib gelandangan ini terbela dan mendapat perhatian khusus seperti mana kes-kes kebajikan lain.

31. PN-1331-L21947 Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan punca kelewatan masuk wang pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ke akaun pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada Februari 2015 sehingga menyebabkan mereka putus wang belanja dan apakah langkah bagi memastikan perkara ini tidak lagi berulang.

32. PN-1331-L21455

Datuk Lihan Jok minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah LIMA 2015 membawa satu kesan dan impak yang baik serta unik kepada negara sejak LIMA dilaksanakan di Langkawi.

Page 6: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filesecara terperinci tentang jumlah orang Sarawak yang ... berkaitan Kerajaan ... menyatakan rasional terhadap GST yang dikenakan kepada

6 AUM DN 16/4/2015

33. PN-1331-L21260 Dr. Syed Husin Ali minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan bilangan komuniti orang asli yang terjejas dengan banjir besar yang melanda seluruh negara dan apakah usaha-usaha untuk membantu mereka pulih daripada kerosakan akibat banjir.

34. PN-1331-L21490

Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan Kerajaan setelah mengetahui bahawa deklarasi negara Bebas Dadah 2015 tidak menjadi kenyataan malah berlaku peningkatan dari segi pengambilan dadah dan penjualan bahan tersebut.

35. PN-1331-L21633 Datuk Jamilah Sulaiman minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah Laporan SUHAKAM dapat dibincangkan di Parlimen bagi membolehkan isu-isu berkaitan hak asasi manusia dapat diperbahas dan dicari jalan penyelesaian.

36. PN-1331-L21926

Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki minta MENTERI KEWANGAN menyatakan rasional terhadap GST yang dikenakan kepada dana Takaful yang berbeza daripada produk insuran konvensional yang mana dana Takaful adalah hasil sumbangan yang dimiliki bersama oleh semua peserta Takaful manakala dana insuran konvensional adalah hakmilik syarikat insurans berkenaan.

37. PN-1331-L22012 Puan Bathmavathi Krishnan minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapakah sekolah-sekolah Kerajaan yang dibina selepas Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (Pindaan) 1991 diluluskan yang mempunyai ciri-ciri mesra OKU.

38. PN-1331-L21565

Datuk Kadzim M. Yahya minta PERDANA MENTERI menyatakan samada aset kapal peronda untuk kegunaan ESSCOM di Sabah adalah yang baru ataupun terpakai.

39. PN-1331-L21146

Datuk Seri Nalla K. S. minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan dalam menangani protes-protes haram yang sering diadakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab pada masa kini.

40. PN-1331-L21874

Datuk Dr. Lucas Umbul minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan setakat ini apakah langkah Kementerian dalam mengawal pemilikan syarikat yang membabitkan warga asing di seluruh negara.

Page 7: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filesecara terperinci tentang jumlah orang Sarawak yang ... berkaitan Kerajaan ... menyatakan rasional terhadap GST yang dikenakan kepada

AUM DN 16/4/2015 7

41. PN-1331-L21716 Datuk S. Vigneswaran A/L M. Sanasee minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimanakah struktur asas ekonomi Malaysia, kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat, daya saing ekonomi Malaysia dan kemampanan ekonomi Malaysia boleh diperbaiki dalam waktu kedudukan nilai matawang Ringgit meneruskan momentum penurunan terbesar. Adakah program pengurangan subsidi dan pengenalan GST memadai untuk membantu menangani masalah ini.

42. PN-1331-L21555

Dato' Dr. Hou Kok Chung minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan kedudukan terkini peratusan staf akademik berkelulusan PhD di semua universiti awam, serta jumlah universiti dan kolej universiti swasta yang mencapai tahap 60 peratus ke bawah.

43. PN-1331-L21076

Datin Rahimah binti Haji Mahamad minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan :-

(a) sedarkah Kementerian bahawa pengguna telekomunikasi hari

ini dibebani dengan pelbagai caj berlebihan dan caj perkhidmatan terselindung yang tidak perlu oleh syarikat telekomunikasi termasuk kes-kes di mana pengguna tidak di berikan justifikasi dan notis awal; dan

(b) apakah langkah mendisplin serta memantau syarikat

telekomunikasi termasuk desakan agar caj perkhidmatan diturunkan selaras dengan kempen menurunkan harga barangan sekarang.

44. PN-1331-L21814

Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan secara spesifik jumlah peruntukan yang telah disalurkan kepada persatuan silat pada tahun 2014 dan menamakan secara spesifik persatuan tersebut.

45. PN-1331-L21783

Datuk Ng Chiang Chin minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagi peniagaan ataupun syarikat yang telah berdaftar dengan Kastam untuk mengutip GST merupakan rahsia kepada pengguna. Ini adalah tidak adil kepada pengguna. Apabila GST dilaksanakan, adakah Pihak Kastam akan menerbitkan senarai perniagaan yang berdaftar dan telah disahkan untuk mengutip cukai.

46. PN-1331-L21445

Datuk Lihan Jok minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah yang dapat dipelajari daripada kejayaan Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai di pedalaman Sarawak, yang digelar sekolah "permata dalam belantara" di mana ia telah menerima 2 anugerah antarabangsa, 5 anugerah peringkat kebangsaan, 14 anugerah peringkat negeri Sarawak dan 46 anugerah peringkat sekolah-sekolah Bahagian Limbang. Apakah cir-ciri sekolah tersebut yang boleh dicontohi oleh sekolah-sekolah lain.

Page 8: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filesecara terperinci tentang jumlah orang Sarawak yang ... berkaitan Kerajaan ... menyatakan rasional terhadap GST yang dikenakan kepada

8 AUM DN 16/4/2015

47. PN-1331-L21936 Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah usaha-usaha yang dibuat bagi mengelakkan Malaysia terjerumus dalam perangkap pendapatan sederhana atau “middle-income trap” dengan mengambil kira pelbagai bantuan dan subsidi semakin giat disediakan oleh Kerajaan terhadap rakyat di negara ini.

48. PN-1331-L21655

Tuan Chong Sin Woon minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengulaskan langkah-langkah yang telah dilaksanakan berdasarkan Suruhanjaya Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah khususnya untuk menanangi masalah kanak-kanak jalanan tanpa kad pengenalan.

49. PN-1331-L21988 Dato' Boon Som a/l Inong minta PERDANA MENTERI menyatakan usaha dan program yang telah dilaksanakan serta impaknya terhadap usaha memupuk keharmonian antara masyarakat majmuk di Malaysia. Apakah langkah yang dilaksanakan oleh Kerajaan bagi membendung penularan fahaman “radikalisme” agama dan “chauvinism” kaum yang boleh menggugat keamanan dan kerukunan antara kaum di Malaysia.

50. PN-1331-L21393

Dato' Roslin binti Haji Abdul Rahman minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan mengapakah harga barangan terkawal seperti gula, minyak masak dan sebagainya tidak diturunkan selaras dengan penurunan harga minyak di pasaran dan apakah mekanisme yang digunakan oleh pihak Kementerian dalam memastikan kadar peningkatan harga barangan tersebut tidak membebankan rakyat khasnya bagi mereka yang tinggal di luar bandar.

51. PN-1331-L21764

Tuan Zali bin Mat Yasin minta PERDANA MENTERI menyatakan negara telah digemparkan dengan musibah banjir besar yang melibatkan kos kerosakan melebihi jutaan ringgit Malaysia. Persoalannya, apakah status terkini pembangunan pasca banjir yang telah diumumkan oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri yang terlibat dalam banjir tersebut.

52. PN-1331-L21227

Dr. Ariffin bin S.M. Omar minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah kos yang ditanggung oleh Kementerian akibat penangguhan PLKN yang kena dibayar kepada penyewa kem, bas dan pembekal makanan dan berapa lamakah PLKN akan ditangguh dan adakah bayaran yang disebabkan oleh penangguhan ini akan berterusan.

53. PN-1331-L21465

Tuan Chia Song Cheng minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah apa-apa langkah dijalankan oleh Jabatan Perikanan untuk menghadkan atau menempatkan semula perusahaan ternakan ikan di Selat Johor memandangkan pembangunan Zon Iskandar yang amat pesat di situ.

Page 9: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filesecara terperinci tentang jumlah orang Sarawak yang ... berkaitan Kerajaan ... menyatakan rasional terhadap GST yang dikenakan kepada

AUM DN 16/4/2015 9

54. PN-1331-L21240 Dr. Syed Husin Ali minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada intipan talian komunikasi yang dijalankan oleh mana-mana agensi di bawahnya memerlukan undang-undang khusus untuk membolehkan perkara tersebut dijalankan secara sah sari segi undang-undang.

55. PN-1331-L21394

Dato' Lim Nget Yoon minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah-langkah diambil oleh pihak Kementerian untuk memastikan produk makanan yang terdapat di pasaran adalah terjamin dari segi keselamatan dan mutunya.

56. PN-1331-L21618

Dato' Chai Kim Sen minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah langkah-langkah yang strategik dan keberkesanannya untuk isu mewujudkan peluang pekerjaan baru di samping memastikan status tenaga kerja tempatan yang sedia ada tidak terjejas akibat pertumbuhan ekonomi global yang agak lembap ini.

57. PN-1331-L21355

Tuan Koh Chin Han minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan untuk menanggani krisis kekurangan air di negeri-negeri seperti Selangor, Johor dan Melaka semasa musim kemarau di mana masalah krisis air ini telah lama berlarutan dan belum dapat diselesaikan.

58. PN-1331-L21194

Tan Sri Dato' Haji Abdul Rahim bin Abdul Rahman minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah rancangan Kerajaan dalam membendung aktiviti pengemis yang semakin ketara sebelum negara kita mula dilihat sebagai syurga bagi peminta sedekah terutamanya untuk pendatang asing.

59. PN-1331-L21801

Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan keberhasilan Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN Ke-21 (AEM 21) dan apakah ASEAN dijangka lebih berdaya saing selaras pelaksanaan Komuniti Ekonomi ASEAN menjelang akhir tahun 2015 ini.

60. PN-1331-L21677

Datuk S. Vigneswaran A/L M. Sanasee minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :

(a) mengapakah pencapaian pelajar tempatan di dalam penilaian

antarabangsa seperti Programme for International Student Assessment (PISA) dan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) tidak setanding dengan pelajar-pelajar luar negara; dan

Page 10: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filesecara terperinci tentang jumlah orang Sarawak yang ... berkaitan Kerajaan ... menyatakan rasional terhadap GST yang dikenakan kepada

10 AUM DN 16/4/2015

(b) apakah usaha dan langkah-langkah pihak Kementerian untuk menambahbaik sistem pendidikan negara bagi mewujudkan pelajar-pelajar tempatan lebih berdaya saing di peringkat tempatan dan antarabangsa dan adakah individu-individu yang tepat telah dipilih untuk menjalankan tugas Kementerian.

61. PN-1331-L21834

Datuk Yahaya bin Mat Ghani minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) jumlah pelaburan yang dianggarkan oleh 1 Malaysian Development Berhad (1MDB) yang boleh disalurkan ke dalam ekonomi negara dalam tahun akan datang serta apakah impaknya kepada rakyat biasa; dan

(b) nyatakan langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh

1MDB untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada belia-belia khasnya graduan-graduan tempatan.

62. PN-1331-L22059

Dato' Adam bin Abdul Hamid minta PERDANA MENTERI menyatakan kejadian terkini bagaimana tanah milik Yayasan Wilayah Persekutuan boleh terjual kepada pemaju perumahan, tetapi mujurlah dapat diselamatkan oleh Pejabat Tanah Wilayah Persekutuan dengan tidak membenarkan tukar milik. Bagaimana boleh berlaku demikian.

63. PN-1331-L21823

Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan langkah-langkah dan usaha lanjut pihak Kementerian dalam menyokong pelaksanaan Program 1 Sekolah 1 Silat ke seluruh sekolah-sekolah di Malaysia yang ketika ini sedang dilaksanakan di sekolah-sekolah dalam Daerah Pontian.

64. PN-1331-L21244

Datuk Hamzah bin Mohd Kasim minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah-langkah mitigasi yang diambil oleh pihak Kerajaan bagi memastikan pembangunan ekonomi negara terus mampan setelah kejatuhan harga minyak yang menyebabkan hasil Kerajaan berkurangan.

65. PN-1331-L21775

Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan berapakah jumlah pelanggan ASTRO sehingga Mac 2015 dan berapa peratus yang sering digantung penyiaran secara sementara kerana gagal membuat bayaran pada waktu yang ditetapkan.

66. PN-1331-L21961

Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta PERDANA MENTERI menyatakan status terkini bantuan khas RM500 juta kepada mangsa banjir Disember 2014 di Kelantan khususnya melalui jabatan atau agensi Kerajaan terlibat dan jumlah yang telah disampaikan.

Page 11: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filesecara terperinci tentang jumlah orang Sarawak yang ... berkaitan Kerajaan ... menyatakan rasional terhadap GST yang dikenakan kepada

AUM DN 16/4/2015 11

67. PN-1331-L21166 To' Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sejauh manakah tema Hari Wanita Antarabangsa (HWA) 2015 “Make It Happen” atau Jadikan Suatu Kenyataan mampu mengangkat pengiktirafan terhad wanita.

68. PN-1331-L21683

Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada terdapat rancangan untuk menaiktaraf kemudahan dan kelengkapan Jabatan Bomba dan penyelamat di sekitar Bintulu, Sarawak memandangkan kemudahan dan kelengkapan sedia ada agak sukar untuk menampung keperluan semasa akibat pembangunan Bintulu yang semakin pesat dengan penambahan bilangan bangunan perniagaan, kilang-kilang dan kawasan perumahan.

69. PN-1331-L21844

Datuk Yahaya bin Mat Ghani minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah jaminan Kerajaan dan Khazanah bahawa MAS akan diurus dengan lebih cekap selepas pelantikan CEO MAS yang baru,dan apakah jaminan kepentingan pekerja MAS dapat dilindungi sekira berlakunya pengstrukturan semula organisasi syarikat.

70. PN-1331-L21426

Puan Norliza binti Abdul Rahim minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan kekangan dalam menguruskan penyelenggaraan dan usaha naik taraf rumah-rumah pangsa PPR dan kos rendah di seluruh negara.

71. PN-1331-L21167

To' Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan bilangan perniagaan berbentuk perkongsian dan milik tunggal yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Berapakah bilangan perniagaan tersebut yang telah diambil tindakan kerana melanggar perundangan perniagaan.

72. PN-1331-L21530

Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-

(a) berapakah jumlah kes-kes permohonan Skim Bantuan

Kebajikan Masyarakat yang masih belum diproses oleh Kementerian dalam usaha untuk membantu masyarakat setempat; dan

(b) tempoh jangka masa prosedur terbabit dalam mengetahui status

penerimaan mahupun penolakan borang permohonan yang telah dihantar oleh pemohon bagi tujuan mendapatkan bantuan tersebut.

Page 12: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filesecara terperinci tentang jumlah orang Sarawak yang ... berkaitan Kerajaan ... menyatakan rasional terhadap GST yang dikenakan kepada

12 AUM DN 16/4/2015

73. PN-1331-L21520 Dato' Haji Mohd. Salim bin Sharif minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan tidakkah pihak Kementerian bercadang untuk menetapkan harga hartanah di sesuatu kawasan bagi mengawal kenaikan harga rumah yang melampau sehingga menutup peluang generasi muda memiliki hartanah.

74. PN-1331-L22023

Puan Bathmavathi Krishnan minta PERDANA MENTERI menyatakan menimbangkan pemberian diskaun 50% (melalui baucar) kepada penumpang OKU yang menaiki teksi sebagai langkah membantu mengurangkan beban kos sara hidup golongan OKU.

75. PN-1331-L21342

Tuan Koh Chin Han minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-

(a) apakah kesan-kesan terhadap barangan eksport Malaysia ke

India setelah perlaksanaan duti anti-lambakan oleh Kerajaan India; dan

(b) apakah langkah-langkah yang akan dilaksanakan oleh Kementerian untuk memastikan barangan Malaysia ke India tidak terjejas.

76. PN-1331-L21890

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) apakah status terkini masalah-masalah berkaitan dengan

penyalahgunaan dadah di Malaysia dan keberkesanan agensi-agensi Kerajaan untuk menangani masalah tersebut; dan

(b) adakah Kerajaan bercadang untuk mencantumkan beberapa

agensi yang diberi tanggungjawab menguatkuasa undang-undang berkaitan dadah iaitu Jabatan Narkotik PDRM, Cawangan Narkotik Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia, Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Agensi Antidadah Kebangsaan KDN dan Unit Pencegah Penyeludupan KDN dan jika dicantum adakah akan mengikut model “The United States Drug Enforcement Administration” (DEA).

77. PN-1331-L21106

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada semua jenis buku termasuk kamus, ensiklopedia, buku rujukan dan buku agama akan diberi "kadar sifar" dan tidak tertakluk kepada GST demi memastikan ilmu pengetahuan masih mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat dan juga untuk menggalakkan tabiat membaca.

Page 13: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filesecara terperinci tentang jumlah orang Sarawak yang ... berkaitan Kerajaan ... menyatakan rasional terhadap GST yang dikenakan kepada

AUM DN 16/4/2015 13

78. PN-1331-L21601 Datuk Subramaniam a/l Veruthasalam minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sebab kes denggi meningkat secara mendadak baru-baru ini, dan apakah langkah-langkah drastik yang diambil untuk menangani masalah ini.

79. PN-1331-L21300

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud minta MENTERI KEWANGAN menyatakan secara terperinci mengenai jumlah cukai yang dibayar oleh setiap 20 orang individu yang terkaya (billionaire) di Malaysia.

80. PN-1331-L21475

Tuan Chia Song Cheng minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah langkah-langkah yang telah, sedang dan akan diambil oleh pihak Kementerian untuk mengurangkan bahan cetakan seperti buku bacaan dan buku latihan bagi murid-murid sekolah.

81. PN-1331-L21289

Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan :-

(a) sampai bilakah syarikat penyiaran berbayar Astro terus diberi

keistimewaan hak eksklusif dan monopoli dalam siaran berbayar di negara ini; dan

(b) mengapa syarikat-syarikat lain yang mahu meneroka bidang ini

akhirnya tidak mampu bertahan dan terpaksa ditutup.

Page 14: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filesecara terperinci tentang jumlah orang Sarawak yang ... berkaitan Kerajaan ... menyatakan rasional terhadap GST yang dikenakan kepada

14 AUM DN 16/4/2015

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Yang Berhormat Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah

akan mencadangkan:-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku,

Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara Malaysia di

dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Ketiga Parlimen Yang Ketiga Belas.”

Menyambung semula Perbahasan atas masalah (15 April, 2015)

2. (D.R. 13/2015)

Rang Undang-undang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

Bacaan Kali Yang

Kedua

3. (D.R. 3/2015)

Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2015 [ Menteri Kewangan ]

4. (D.R 29/2014) Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) 2014 [ Menteri Pendidikan ]

5. (D.R 26/2014) Rang Undang-undang Perhubungan Perusahaan (Pindaan) 2014 [ Menteri Sumber Manusia ]

6. (D.R. 30/2014) Rang Undang-undang Teknologis dan Juruteknik 2014 [ Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ]

Page 15: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filesecara terperinci tentang jumlah orang Sarawak yang ... berkaitan Kerajaan ... menyatakan rasional terhadap GST yang dikenakan kepada

AUM DN 16/4/2015 15

7. (D.R 2/2015) Rang Undang-undang Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2015 [ Menteri Kewangan ]

Bacaan Kali Yang

Kedua

8. (D.R. 10/2015)

Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan 2015 [ Menteri Dalam Negeri ]

9. (D.R 6/2015) Rang Undang-undang Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015 [ Menteri Dalam Negeri ]

10. (D.R. 5/2015)

Rang Undang-undang Penjara (Pindaan) (No.2) 2015 [ Menteri Dalam Negeri ]

11. (D.R. 4/2015)

Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2015 [ Menteri Dalam Negeri ]

12. (D.R. 8/2015)

Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2015 [ Menteri Dalam Negeri ]

13. (D.R. 7/2015)

Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2015 [ Menteri Dalam Negeri ]

14. (D.R. 14/2015)

Rang Undang-undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2015 [ Menteri Kewangan ]

Page 16: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filesecara terperinci tentang jumlah orang Sarawak yang ... berkaitan Kerajaan ... menyatakan rasional terhadap GST yang dikenakan kepada

16 AUM DN 16/4/2015

15. (D.R. 17/2015)

Rang Undang-undang Hasutan (Pindaan) 2015 [ Menteri Dalam Negeri ]

Bacaan Kali Yang

Kedua

16. (D.R 23/2014) Rang Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

17. Menteri Dalam Negeri akan mencadangkan:-

“Bahawa Majlis ini membuat resolusi menurut subseksyen (4), Seksyen 1, Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 supaya akta ini hendaklah terus berkuatkuasa bagi tempoh 5 tahun lagi mulai dari 15 Jun 2015.”

18. PN-1331-U21745 Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum akan rungutan orang ramai tentang kenaikan mendadak harga susu untuk kanak-kanak berumur 1 bulan hingga 6 tahun (bagi Jenama Bukan Premium). Situasi ini ekoran peniaga dan pembekal memberikan alasan kejatuhan nilai ringgit berbanding US Dollar dan Implikasi Cukai Barangan dan Perkhidmatan bermula 1 April 2015. Melalui semakan dan pemerhatian terhadap “trend” susu kanak-kanak bukan jenama premium ini, ianya mengalami kenaikan mendadak dari RM 19.00 pada tahun 2013 hingga RM 29.00 satu pek dengan kapasiti berat bersih 1kg atau 900gm. Terdapat juga jenama premium ini, membuat penjenamaan semula “packaging” dan berat bersih dikurangkan kepada 900gm. Justeru, saya mohon mencadangkan agar Kerajaan membekalkan susu untuk kegunaan kanak-kanak ini dengan menjualnya melalui Klinik-Klinik Ibu dan Anak, Poliklinik Kerajaan, Klinik 1Malaysia dan Hospital Kerajaan dengan Harga yang murah agar eksploitasi pengilang, pembekal dan peruncit untuk susu kanak-kanak ini dapat dibendung." [ Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

19. PN-1331-U21746 Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri perlu meminda akta sedia ada bagi mengutip cukai pendapatan individu bagi semua pekerja asing di Malaysia tanpa mengira berapa banyak pendapatan mereka. Ini kerana setiap bulan, berbilion Ringgit Malaysia wang hasil pendapatan mereka dihantar pulang ke negara asal mereka menyumbang kepada persekitaran tidak sihat ekonomi tempatan." [ Menteri Kewangan ]

Page 17: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filesecara terperinci tentang jumlah orang Sarawak yang ... berkaitan Kerajaan ... menyatakan rasional terhadap GST yang dikenakan kepada

AUM DN 16/4/2015 17

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT

(DEWAN NEGARA)

TAHUN 2015

RISALAT/DOKUMEN TARIKH DIBENTANGKAN

ST.18 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Universiti Malaysia Pahang (UMP) Bagi Tahun 2013

16 April 2015

ST.19 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Bagi Tahun 2013

16 April 2015

ST.21 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Universiti Perlis ( UniMAP) Bagi Tahun 2013

16 April 2015

ST.22 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Universiti Teknikal Malaysia Melaka ( UTeM) Bagi Tahun 2013

16 April 2015

ST.23 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Bagi Tahun 2013

16 April 2015

ST.24 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan UNiversiti Sultan Zainal Abidin ( UnisZA) Bagi Tahun 2013

16 April 2015