Masalah Gangguan Seksual dalam Pengurusan dan Kaedah Analisis Mengatasinya

16
TAJUK MASALAH GANGGUAN SEKSUAL DALAM PENGURUSAN DAN KAEDAH ANALISIS MENGATASINYA PENULIS FARAH HANANI BT MEGAT GHAZALI TARIKH 19 SEPTEMBER 2014 FAKULTI OUM BUSINESS SCHOOL

Transcript of Masalah Gangguan Seksual dalam Pengurusan dan Kaedah Analisis Mengatasinya

Page 1: Masalah Gangguan Seksual dalam Pengurusan dan Kaedah Analisis Mengatasinya

TAJUK

MASALAH GANGGUAN SEKSUAL DALAM PENGURUSAN

DAN KAEDAH ANALISIS MENGATASINYA

PENULIS

FARAH HANANI BT MEGAT GHAZALI

TARIKH

19 SEPTEMBER 2014

FAKULTI

OUM BUSINESS SCHOOL

Page 2: Masalah Gangguan Seksual dalam Pengurusan dan Kaedah Analisis Mengatasinya

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN ......................................................................................................... 1

1.1 Latar Belakang Masalah Etika ......................................................................... 3

2.0 CIRI-CIRI MASALAH ETIKA DALAM PENGURUSAN .................................... 4

2.1 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Akibat yang Berpanjangan ............. 4

2.2 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Alternatif yang Pelbagai ................ 4

2.3 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Hasil yang Bercampur ................... 5

2.4 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Akibat yang Tidak Pasti ................. 5

2.5 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Implikasi Peribadi .......................... 6

3.0 PERKAITAN KES DENGAN CIRI-CIRI MASALAH ETIKA ............................. 6

3.1 Perkaitan dengan Akibat yang Berpanjangan ................................................... 6

3.2 Perkaitan dengan Akibat yang Tidak Pasti ....................................................... 7

3.3 Perkaitan dengan Implikasi Peribadi ................................................................ 8

4.0 ANALISIS MASALAH ETIKA DALAM PENGURUSAN .................................... 8

4.1 Analisis Ekonomi ............................................................................................ 9

4.2 Analisis Undang-Undang ................................................................................. 9

4.3 Analisis Etika ................................................................................................ 10

5.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH GANGGUAN SEKSUAL 11

5.1 Mendapatkan Khidmat Kaunseling ................................................................ 11

5.2 Memberikan Pendidikan dan Kesedaran Tentang Konsep Gangguan Seksual. 11

6.0 KESIMPULAN ....................................................................................................... 12

Rujukan .............................................................................................................................. 13

Page 3: Masalah Gangguan Seksual dalam Pengurusan dan Kaedah Analisis Mengatasinya

1

1.0 PENGENALAN

Kebelakangan ini banyak kes jenayah yang melibatkan kaum wanita dipaparkan di dada

akhbar. Ragut, rogol, kes dera, cabul dan keganasan rumah tangga adalah antara kes yang

popular dan yang menjadi mangsanya adalah wanita. Apakah sebenarnya kesalahan mereka

sehingga diperlakukan seperti haiwan oleh insan yang bergelar manusia? Mereka sepatutnya

dibelai dan diberi kasih sayang, bukannya disepak, diterajang, ditampar dan dibunuh dengan

kejam. Hanya kerana sifat wanita yang lemah lembut, tidak mampu melawan dan melarikan

diri tidak bermaksud mereka boleh diperlakukan sebegitu rupa oleh penjenayah yang

mempunyai nafsu ala syaitan.

Kes keganasan yang semakin kronik hari ini adalah gangguan seksual di tempat kerja.

Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan terdapat 7,628 kes gangguan seksual

dilaporkan sepanjang 2010 sehingga Mac 2014. Isu ini semakin mendapat perhatian

masyarakat ekoran beberapa dakwaan dan pendedahan daripada mangsa. Menurut Kongres

Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), gangguan seksual ditakrifkan sebagai sesuatu yang

merangkumi sebarang perlakuan ataupun pertuturan secara berulangan, sama ada dilakukan

secara fizikal, gerak isyarat ataupun ucapan yang berunsur seks. Gangguan seksual ini juga

melibatkan sebarang tingkah laku yang tidak diingini atau tidak disenangi yang berlaku tanpa

diminta atau dibalas balik oleh penerima serta boleh memberi kesan sebagai satu gangguan

sama ada secara lisan, bukan lisan, fizikal, visual atau psikologi. Antara contoh gangguan ini

termasuklah:

1. Gangguan secara lisan : Komen, gurauan, teguran, berjenaka, mengusik, membuat

bunyi dan soalan-soalan yang berbentuk ancaman ataupun cadangan seksual.

2. Gangguan secara isyarat atau bukan lisan : Pandangan atau kerlingan yang

membayangkan sesuatu niat, tingkah laku mengurat yang berterusan, menjilat

bibir, memegang atau memakan makanan secara provokatif serta isyarat tangan

atau bahasa yang berbentuk lucah dan menggoda.

3. Gangguan secara fizikal : Sentuhan yang tidak diingini, memeluk, mencubit,

menggesel badan, mengusap, mencium, meraba serta serangan seksual.

Page 4: Masalah Gangguan Seksual dalam Pengurusan dan Kaedah Analisis Mengatasinya

2

4. Gangguan secara visual : Mempamerkan sesuatu yang berbentuk seksual,

menunjukkan bahan pornografi, melukis gambar lucah, mendedahkan bahagian

badan yang sulit dan menulis surat berunsur seksual.

5. Gangguan secara psikologi : Intimasi fizikal, kekerapan jemputan sosial yang tidak

diterima, pujuk rayu yang berterusan atau untuk bercumbuan.

Perlakuan ini merupakan satu daripada salah laku etika dalam pengurusan. Ia bukan

sahaja boleh menjatuhkan maruah mangsa malah menggugat nama dan kedudukan organisasi

itu sendiri. Faktor-faktor yang boleh dikaitkan sebagai punca terjadinya gangguan seksual di

tempat kerja ini adalah:

1. Tindakan balas terhadap kehilangan kuasa akibat daripada dominasi golongan

wanita dalam bidang pekerjaan yang biasanya dikuasai oleh kaum lelaki.

2. Pertambahan peluang pekerjaan kepada kaum wanita yang secara tidak langsung

mencabar kedudukan dan status pekerja lelaki.

3. Faktor yang terhasil daripada pembentukan struktur organisasi melalui hierarki dan

hubungan autoriti yang khusus yang membolehkan seseorang individu itu

menggunakan status atau kuasanya untuk menindas dan menggugut pekerja

bawahannya.

4. Persekitaran dan infrastruktur tempat kerja yang melibatkan hubungan integrasi

jantina dan nisbah jantina.

5. Wujudnya diskriminasi jantina di mana golongan lelaki menganggap mereka lebih

dominan dan boleh menundukkan kaum wanita kerana sifat lemah lembut mereka.

6. Dorongan keinginan dan keperluan seksual yang bersifat semula jadi.

7. Tarikan dari segi perkembangan wanita, watak, tingkah laku, keterampilan, sifat

fizikal dan biologikal serta bentuk seksualiti tubuh badan wanita yang begitu

menonjol serta boleh menarik minat lelaki.

8. Pemikiran seksual lelaki yang boleh mendorong tingkah laku yang tidak sihat.

Page 5: Masalah Gangguan Seksual dalam Pengurusan dan Kaedah Analisis Mengatasinya

3

Masalah gangguan seksual merupakan satu penganiayaan terhadap kaum wanita dan

boleh memberi kesan yang mendalam kepada mereka terutamanya dari segi psikologi. Oleh

itu, masalah etika ini perlu dibendung dengan segera bagi mengelakkan lebih ramai wanita

menjadi mangsa. Laporan ini ditulis bagi membincangkan dengan lebih lanjut perkaitan

masalah gangguan seksual dengan ciri-ciri masalah etika, impak gangguan seksual terhadap

ekonomi, undang-undang dan etika dan seterusnya mengesyorkan langkah-langkah untuk

menangani masalah ini melalui perbincangan kes di bawah.

1.1 Latar Belakang Masalah Etika

Sudah dua tahun Diana Ali bekerja sebagai setiausaha Amran Jaafar, Ketua Pegawai

Eksekutif Syarikat Rima Manufacturing, iaitu sebuah syarikat terkemuka yang bernilai

RM75.2 juta dengan kepentingan perniagaan di rantau Asia. Diana seorang yang

cantik, rajin dan mempunyai perwatakan yang menarik. Tidak hairanlah apabila ramai

rakan lelaki cuba mendekatinya dan melakukan gangguan seksual walaupun dia sudah

berumah tangga dan memiliki tiga orang anak. Dia juga sering diganggu oleh Amran

yang suka datang secara mengejut di belakangnya sambil mengusap bahu, menyentuh

wajah, memegang tangan, payudara dan cuba menciumnya. Sudah banyak kali Diana

berfikir-fikir untuk meletakkan jawatan tetapi gaji yang diterimanya sangat berpatutan

dan dia kasihankan suaminya yang terpaksa menanggung mereka sekeluarga dengan

gaji yang tidak seberapa sekiranya dia berhenti kerja. Tambahan pula, dalam zaman

kemelesetan ekonomi ini, Diana tidak berani mempertaruhkan mata pencariannya.

Oleh itu, dia terpaksa bersabar dengan karenah Amran dan tetap bergantung pada

pekerjaannya yang penuh tekanan itu.

Kelakuan Amran semakin menjadi-jadi selepas sebulan dia bercerai dengan

isterinya. Boleh dikatakan hampir setiap hari Amran akan cuba mencari peluang untuk

berdua-duaan dengan Diana dan melakukan perkara terkutuk itu. Bukan setakat itu

sahaja, Amran juga sering menghantar teks pesanan ringkas berbaur lucah dan

bercerita mengenai hubungan seksual. Diana semakin tertekan dengan kelakuan

melampau majikannya itu dan membuat aduan kepada pihak atasan. Malangnya,

aduan Diana tidak dipedulikan kerana pengaruh kuat Amran dengan mereka. Amran

turut mengugut akan mencederakan Diana dan memastikan tiada syarikat yang akan

menawarkan pekerjaan kepadanya sekiranya dia menceritakan hal itu kepada suami

Page 6: Masalah Gangguan Seksual dalam Pengurusan dan Kaedah Analisis Mengatasinya

4

dan rakan sekerjanya. Kejadian itu semakin berlarutan dan Diana berada dalam dilema

untuk membuat keputusan.

2.0 CIRI-CIRI MASALAH ETIKA DALAM PENGURUSAN

Secara umumnya, etika bermaksud sifat yang berkaitan dengan perihal betul-salah. Ia juga

merujuk kepada tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap

individu, masyarakat dan organisasi. Ferrel et al. (2000) mendefinisikan etika sebagai

penyelidikan moraliti tentang pengadilan moral, standard peraturan tingkah laku,

pembelajaran dan falsafah tingkah laku manusia yang menekankan kepada betul atau salah.

Masalah etika adalah masalah yang berhubungan dengan pengurusan kerana ia merupakan

konflik antara prestasi ekonomi dan prestasi sosial sesebuah organisasi. Menurut Hosmer

(1991), terdapat lima ciri masalah etika dalam pengurusan.

2.1 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Akibat yang Berpanjangan

Hasil sesuatu keputusan dan tindakan yang dibuat oleh pihak pengurusan tidak

berhenti pada satu peringkat sahaja. Sebaliknya, ia boleh mendatangkan kesan

atau akibat yang berpanjangan terutama terhadap lapisan masyarakat. Oleh itu,

para pengurus perlu mempertimbangkan setiap keputusan mereka dengan teliti

dan serius kerana keputusan yang dilakukan boleh mempunyai kesan atau

akibat yang berada di luar kawalan mereka. Sebagai contoh:

i. Rasuah mengubah proses-proses kerajaan.

ii. Pencemaran menjejaskan kesihatan persekitaran.

iii. Produk tidak selamat memusnahkan nyawa.

2.2 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Alternatif yang Pelbagai

Biasanya, kebanyakan keputusan etika diandaikan sebagai suatu dikotomi iaitu

terbahagi kepada pilihan sama ada “ya” atau “tidak” dan tidak mempunyai

pilihan lain. Walau bagaimanapun, seseorang pengurus perlu

mempertimbangkan alternatif lain sebelum membuat keputusan pengurusan.

Contohnya:

Page 7: Masalah Gangguan Seksual dalam Pengurusan dan Kaedah Analisis Mengatasinya

5

i. Haruskah pengurus memberi rasuah atau tidak?

ii. Wajarkah sesebuah kilang mencemarkan udara atau tidak?

iii. Haruskah syarikat pengeluaran mengeluarkan produk tidak selamat atau

tidak?

2.3 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Hasil yang Bercampur

Sesetengah organisasi yang melibatkan perniagaan terutamanya, tidak

mementingkan etika. Pulangan kewangan atau keuntungan yang tinggi lebih

diutamakan berbanding kos-kos lain seperti kebajikan pekerja ataupun

pelanggan mereka. Contoh keputusan etika yang mempunyai hasil yang

bercampur ialah:

i. Memberi rasuah secara tidak langsung tetapi jumlah jualan barangan

import dapat dikekalkan melalui penghantaran yang cepat.

ii. Mencemar udara dan air. Namun, kos pemasangan dan pengendalian

peralatan mengawal pencemaran dapat dielakkan.

iii. Mereka bentuk produk yang tidak selamat tetapi kos bahan dan tenaga

kerja pengeluaran dapat dikurangkan.

2.4 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Akibat yang Tidak Pasti

Umum berpendapat bahawa isu-isu etika dalam pengurusan adalah bebas

daripada risiko serta keraguan di mana akibat daripada keputusan yang dibuat

boleh diketahui. Sebagai contoh:

i. Syarikat akan menerima barangan import dengan segera jika memberi

rasuah.

ii. Pencemaran dapat dikurangkan sekiranya wang dilaburkan untuk

membeli peralatan kawal-pencemaran.

iii. Kos tambahan tertentu diperlukan jika menghasilkan produk yang

selamat.

Page 8: Masalah Gangguan Seksual dalam Pengurusan dan Kaedah Analisis Mengatasinya

6

2.5 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Implikasi Peribadi

Hampir semua keputusan etika mempunyai implikasi peribadi. Secara

umumnya, dipercayai isu-isu etika tidak memberi kepentingan kepada peribadi

seseorang pengurus dan terpisah daripada kehidupan dan kerjaya mereka.

Ramai berpendapat mengutamakan kepentingan pekerja seperti kenaikan gaji

dan pangkat merupakan satu keputusan yang dianggap beretika berbanding

keuntungan kepada syarikat.

3.0 PERKAITAN KES DENGAN CIRI-CIRI MASALAH ETIKA

Dalam kes Diana, penulis akan mengaitkan hubungan gangguan seksual dengan tiga ciri etika

iaitu akibat yang berpanjangan, akibat yang tidak pasti dan implikasi peribadi. Huraian lebih

lanjut setiap ciri adalah seperti di bawah.

3.1 Perkaitan dengan Akibat yang Berpanjangan

Apabila terjadinya gangguan seksual, maka sudah pasti terdapat kesan yang

ditanggung oleh mangsa. Kesan ini boleh membuatkan mangsa berasa tidak

selamat ditempat kerja atau mengalami tekanan psikologi sehingga boleh

mengganggu kehidupan seharian mereka. Tambahan pula, sekiranya mangsa

bertindak untuk mengunci mulut dan memendam perasaan terlalu lama, mereka

berisiko tinggi mengalami penyakit neurosis termasuk fobia.

Dalam hal ini, sekiranya Diana mengambil keputusan untuk terus

berdiam diri, akibat yang berpanjangan yang mungkin berlaku kepadanya

ialah:

i. Keselamatannya terjamin.

ii. Diana akan terus diganggu oleh Amran dan berkemungkinan

untuk terjerumus dalam aktiviti maksiat.

iii. Kerjayanya dapat dikekalkan.

iv. Mengalami tekanan emosi, trauma dan fisiologi.

v. Rumah tangganya mungkin bermasalah.

vi. Memencilkan diri dan kurang berinteraksi dengan rakan

sekerja.

Page 9: Masalah Gangguan Seksual dalam Pengurusan dan Kaedah Analisis Mengatasinya

7

vii. Produktiviti dan prestasi kerja menurun.

Sebaliknya jika Diana melaporkan perbuatan Amran kepada pihak berkuasa

atau Jabatan Tenaga Kerja, kesan yang berlaku adalah:

i. Keselamatannya terancam.

ii. Amran akan menjauhkan diri dan tidak mengganggunya lagi.

iii. Hilang mata pencarian.

iv. Mengurangkan beban tekanan yang ditanggung dan emosi

kembali stabil.

v. Hubungan dengan suami dan anak-anak semakin rapat.

vi. Hubungan dengan rakan sekerja kembali jernih dan mendapat

sokongan daripada mereka.

vii. Produktiviti dan prestasi kerja dapat dikekalkan atau lebih baik.

3.2 Perkaitan dengan Akibat yang Tidak Pasti

Sebarang keputusan yang diambil oleh Diana mempunyai akibat baik dan

buruk kerana masalah yang berlaku bukan sahaja boleh memberi kesan kepada

dirinya tetapi juga kepada Amran, kakitangan dan syarikat. Keputusan yang

dibuat mungkin akan berpihak kepadanya atau mungkin tidak. Perkara-perkara

yang mungkin berlaku adalah:

i. Jika Diana membuat laporan kepada pihak polis atau Jabatan

Tenaga Kerja, Amran akan ditahan dan dikenakan tindakan tata

tertib.

ii. Jika perbuatan Amran terbongkar, keselamatan Diana terancam

dan dia mungkin dicederakan.

iii. Jika masalah gangguan seksual diketahui oleh kakitangan

syarikat, Diana terpaksa menanggung malu dan mengalami

gangguan fikiran serta ketidakstabilan emosi.

iv. Jika pelanggan mengetahui masalah yang berlaku, syarikat akan

berada dalam keadaan bahaya kerana pelanggan mungkin lari,

saham syarikat jatuh, pembatalan kontrak dengan pembekal atau

Page 10: Masalah Gangguan Seksual dalam Pengurusan dan Kaedah Analisis Mengatasinya

8

syarikat lain mengelak daripada berurusan dengan Syarikat

Rima Manufacturing.

3.3 Perkaitan dengan Implikasi Peribadi

Gangguan seksual sudah pasti mempengaruhi fizikal dan mental Diana. Ini

kerana dia diganggu oleh Amran tanpa kerelaannya. Bukan itu sahaja, masalah

yang berlaku boleh menjatuhkan maruahnya kerana dia sudah berkahwin.

Diana mungkin dipandang rendah oleh rakan sekerja, keluarga ataupun

masyarakat. Antara implikasi peribadi yang mungkin berlaku kepadanya

adalah:

i. Diana dipecat kerana melaporkan perbuatan majikannya kepada pihak

polis atau Jabatan Tenaga Kerja.

ii. Trauma kerana sukar melupakan peristiwa yang memalukan diri dan

keluarganya serta mengalami gangguan tekanan, penumpuan dan

kestabilan mental sehingga dapat mengganggu aktiviti sehariannya.

iii. Cenderung untuk mengasingkan diri daripada masyarakat kerana

menjadi mangsa gangguan seksual sehingga merasakan diri tidak

berharga dan tidak layak untuk bergaul dengan rakan-rakan sekerja.

iv. Perasaan takut dan curiga kepada orang asing yang tidak dikenali atau

tempat yang belum pernah dikunjungi.

4.0 ANALISIS MASALAH ETIKA DALAM PENGURUSAN

Menguruskan masalah-masalah etika lebih sukar dibuat apabila seseorang itu terlibat

secara langsung dalam situasi berkenaan. Pilihan yang dibuat mestilah seimbang

antara pros dan cons supaya dapat memuaskan hati semua pihak. Bagi masalah etika

yang berlaku dalam organisasi pula, sebarang keputusan yang diambil perlu seimbang

dengan prestasi ekonomi dan prestasi sosialnya. Penyelesaian dilema etika dalam

pengurusan ini boleh dicapai melalui tiga kaedah analisis iaitu analisis ekonomi,

analisis undang-undang dan analisis etika. Penulis akan mengaplikasikan masalah

gangguan seksual yang dialami oleh Diana dengan ketiga-tiga analisis tersebut.

Penghuraian setiap analisis adalah seperti berikut:

Page 11: Masalah Gangguan Seksual dalam Pengurusan dan Kaedah Analisis Mengatasinya

9

4.1 Analisis Ekonomi

Gangguan seksual di tempat kerja bukan sahaja boleh merencatkan

perkembangan kerjaya mangsa malah ia turut memberi kesan kepada

produktiviti dan ekonomi negara. Mangsa akan mengalami kesukaran untuk

menceburi bidang pekerjaan kerana mereka tidak dinilai berdasarkan

kebolehan dan kualiti kerja tetapi melalui daya tarikan. Akibatnya, mangsa

tidak bersemangat untuk bekerja dan prestasi kerja semakin merosot.

Tambahan lagi, permohonan cuti sakit akan meningkat, kerap ponteng kerja,

ketidakpuasan kerja serta gagal dalam hubungan interpersonal ditempat kerja.

Kenaikan pangkat kepada mangsa yang berpengalaman akan terjejas kerana

ada di kalangan mangsa sanggup berhenti kerja akibat tidak sanggup

menanggung penderitaan.

Hal ini akan merugikan pasaran buruh kerana boleh menyebabkan tukar

ganti buruh yang tidak dirancang. Tindakan ini turut menyumbang kepada

peningkatan kos perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh industri untuk

melatih pekerja-pekerja baharu. Apabila isu gangguan seksual diketahui umum,

imej organisasi akan tercalar dan pengurusan syarikat mungkin terpaksa

menanggung pembayaran pampasan kepada mangsa. Perkara ini jelas akan

merugikan ekonomi negara.

4.2 Analisis Undang-Undang

Masalah gangguan seksual di tempat kerja timbul daripada perhubungan yang

membabitkan perlakuan individu di tempat kerja. Tidak dinafikan gurau senda

sesama kakitangan pasti tidak lari dalam kehidupan seharian ditempat kerja,

cuma yang membezakannya adalah maksud dan perbuatan disebaliknya sama

ada suasana tersebut menimbulkan ancaman kepada mangsa ataupun tidak.

Kes Diana jelas menunjukkan bahawa dia mengalami serangan seksual

daripada Amran kerana tingkah laku Amran melampaui batas apabila

melibatkan sentuhan fizikal dan gangguan emosi Diana. Kejadian ini perlu

diberi perhatian oleh semua pihak kerana ia ibarat pembuka tirai bagi kesalahan

seksual yang lebih berat seperti merogol dan sebagainya.

Page 12: Masalah Gangguan Seksual dalam Pengurusan dan Kaedah Analisis Mengatasinya

10

Ketiadaan undang-undang khusus berkaitan dengan gangguan seksual

menimbulkan masalah kepada mangsa kerana tiada prosedur dan panduan yang

jelas untuk membuat laporan dan aduan. Mangsa turut mengalami kesukaran

untuk mendapatkan saksi dan mengumpul bukti kerana perbuatan meraba

misalnya tidak dapat dilaporkan tanpa bukti yang kukuh. Oleh itu, satu Akta

Gangguan Seksual perlu diwujudkan bagi menangani kes gangguan seksual ini

dengan lebih baik.

Kementerian Sumber Manusia memperkenalkan Kod Amalan untuk

Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja bagi memberi

garis panduan untuk semakan dalaman. Walau bagaimanapun, Kod Amalan ini

tidak memberi sebarang implikasi undang-undang atau peruntukkan bentuk

hukuman yang hendak dikuatkuasakan ke atas pengganggu. Undang-undang

sedia ada juga tidak mampu menangani masalah ini dengan berkesan.

Setakat ini kesalahan gangguan seksual diletakkan di bawah kesalahan

jenayah Seksyen 354, 355, 377D dan 509 Kanun Keseksaan (Akta 574),

bukannya di bawah kesalahan „tort‟. Tambahan lagi, bermula 1 April 2012,

Pindaan Akta Kerja 1955 telah memasukkan Bahagian XVA Seksyen 81A

sehingga 81G iaitu satu bahagian baharu untuk gangguan seksual. Skop ini

hanya melibatkan gangguan seksual yang berlaku di tempat kerja ataupun yang

terbit daripada pekerjaannya sahaja. Sebarang gangguan seksual yang berlaku

diluar skop tersebut adalah di luar bidang kuasa Jabatan Tenaga Kerja dan

perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa.

4.3 Analisis Etika

Kod etika ialah peraturan yang menegaskan apa yang benar dan apa yang salah

berkenaan adab dan tingkah laku manusia. Setiap organisasi mempunyai kod

etika masing-masing yang perlu dipatuhi oleh semua kakitangan. Sebarang

perbuatan yang melanggar kod etika merupakan salah laku etika dan akan

dikenakan tindakan tata tertib.

Dalam kes Diana, Amran telah menunjukkan tingkah laku negatif

kerana membuat gangguan seksual secara terang-terangan terhadap Diana. Ini

Page 13: Masalah Gangguan Seksual dalam Pengurusan dan Kaedah Analisis Mengatasinya

11

menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab Amran terhadap kakitangannya

kerana mengganggu dan menjatuhkan air muka mangsa. Kesalahan ini di

pandang serius dalam Islam kerana ia termasuk dalam perbuatan mungkar dan

maksiat yang merupakan faktor perosak kepada individu, keluarga dan

masyarakat. Matlamat hidup manusia untuk mencapai kejayaan di dunia dan

akhirat akan turut terjejas akibat perbuatan ini.

5.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH GANGGUAN SEKSUAL

Kesalahan gangguan seksual perlu dipandang serius dan ditangani dengan segera

supaya tidak menjadi satu wabak dalam masyarakat. Gejala ini merupakan masalah

dalaman organisasi yang perlu dibendung bagi mengelakkan sesebuah organisasi itu

gagal beroperasi dengan produktif yang seterusnya boleh memberi kesan buruk kepada

negara. Dua langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mengelakkan lebih ramai

yang menjadi mangsa adalah:

5.1 Mendapatkan Khidmat Kaunseling

Setiap industri dan organisasi perlu mewujudkan kemudahan khidmat

kaunseling bagi membantu dalam menangani masalah yang rumit dan tidak

dapat diselesaikan dengan sendiri. Khidmat bimbingan dan kaunseling ini

ditubuhkan bagi membolehkan mangsa mengadu masalah dan mendapatkan

bantuan daripada pakar kaunselor. Peranan khidmat kaunseling adalah

memberi nasihat dan motivasi kepada mangsa berkaitan cara mengendalikan

permasalahan serta pengetahuan untuk melindungi diri daripada gangguan

seksual ditempat kerja.

5.2 Memberikan Pendidikan dan Kesedaran Tentang Konsep Gangguan

Seksual

Kaedah terbaik untuk mengatasi fenomena gangguan seksual ini adalah dengan

mengetengahkan pendidikan dan kesedaran tentang konsep gangguan seksual

ke mata umum bagi menyedarkan masyarakat tentang situasi yang berlaku

serta mengambil langkah berjaga-jaga. Faktor berlakunya gejala ini adalah

disebabkan kekaburan dalam mentafsir gangguan seksual. Wujudnya

tanggapan dan persepsi yang berbeza tentang konsep gangguan seksual

Page 14: Masalah Gangguan Seksual dalam Pengurusan dan Kaedah Analisis Mengatasinya

menyebabkan kebanyakan daripada mereka menganggap perlakuan tersebut

hanyalah satu gurauan.

Selain itu, badan kerajaan dan bukan kerajaan perlu memainkan

peranan penting dalam membangunkan kesedaran dan meningkatkan

kefahaman setiap individu tentang pendidikan seks dan memberi maklumat

yang sebenar tentang kesalahan seksual. Kaedah yang boleh digunakan untuk

menyebarkan maklumat ini adalah melalui kursus, ceramah, bengkel, poster,

iklan, hebahan di televisyen dan radio dan sebagainya. Kaedah-kaedah ini

diperlukan bagi memastikan masyarakat memahami konsep sebenar gangguan

seksual.

6.0 KESIMPULAN

Masalah gangguan seksual dalam pengurusan tidak boleh dipandang remeh kerana melibatkan

masa depan serta imej individu dan juga organisasi. Pandangan negatif masyarakat terhadap

mangsa perlu ditepis dan diganti dengan sokongan moral supaya mangsa tidak berasa

disisihkan oleh masyarakat.

Berdasarkan analisis kes gangguan seksual Diana, dapatlah dirumuskan bahawa

gangguan seksual di tempat kerja boleh menyebabkan masalah kepada individu dan

organisasi. Sebahagian keputusan yang dibuat mempunyai akibat yang berpanjangan, akibat

yang tidak pasti serta mempunyai implikasi diri. Masalah etika ini turut memberi kesan

kepada keseimbangan prestasi ekonomi dan prestasi sosial organisasi melalui analisis

ekonomi, undang-undang serta etika. Selain itu juga, usaha perlu dibuat bagi meningkatkan

nilai-nilai moral dan tingkah laku setiap individu dalam organisasi. Langkah-langkah yang

wajar diambil bagi mengatasi masalah ini adalah dengan mendapatkan khidmat kaunseling

serta memberikan pendidikan dan kesedaran tentang konsep gangguan seksual supaya

masalah ini tidak menular dalam masyarakat.

(2916 patah perkataan)

12

Page 15: Masalah Gangguan Seksual dalam Pengurusan dan Kaedah Analisis Mengatasinya

13

RUJUKAN

Ahmad Shamsul Abd Aziz. (2005). Undang-Undang Gangguan Seksual di Malaysia (2nd

ed). Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing.

Ahmad Shamsul Abd Aziz, & Mumtaj Hassan. (2002). Kesalahan Gangguan Seksual di

Tempat Kerja: Hak Pekerja dan Liabiliti Majikan. National Human Resource

Management Conference. Kedah: Universiti Utara Malaysia.

Aini Zamirah Abd Jalil. (2013, September 29). Gangguan Seksual dan Apa Boleh Dilakukan

Jika Menjadi Mangsa?. [Online]. Available: http://lacihitam.blogspot.com/2013

/09/khas-wanita-gangguan-seksual-dan-apa_29.html. [2014, November 16].

Ho, J.A., & Tee, K.K. (2013). OUMM3203 Professional Ethics (3rd ed). Selangor: Meteor

Doc.

Ishak Mad Shah (et al.). (2004). Gangguan Seksual di Tempat Kerja: Kajian ke Atas Mangsa

dan Pelaku di Sekitar Johor Bahru, Johor. Universiti Teknologi Malaysia: Jabatan

Pembangunan Sumber Manusia.

Jami‟ah Shukri. (2011, Jun 17). Gangguan Seksual di Pejabat…Miang atau Suka-Suka!!.

[Online]. Available: http://lhakim-suarahati.blogspot.com/2011/06/gangguan-seksual-

di-pejabatmiang-atau.html. [2014, November 14].

Muhamad Hafizi Omar. (2014, Mei 12). Trauma Gangguan Seksual. [Online]. Available:

http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Traumagangguanseksual/Article/index_

html. [2014, November 14].

Mumtaz Began Abdul Kadir, & Mohammed Sani Ibrahim. (2009). Integriti Peningkatan

Kualiti Organisasi. Selangor: YEOHPRINCO.

Sabitha Marican. (2005). Membentuk Suasana Kerja Positif : Aspek Hubungan Manusia dan

Persekitaran Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors.

Page 16: Masalah Gangguan Seksual dalam Pengurusan dan Kaedah Analisis Mengatasinya

14

Aduan Gangguan Seksual di Tempat Kerja – Awas Kamu!!. (2010, April 29). [Online].

Available: http://tunjulia.com/?p=683. [2014, November 14].

Menghentikan Keganasan Terhadap Wanita (2013, November 25). [Online]. Available:

http://iniperspektifku.blogspot.com/2013/11/menghentikan-keganasan-terhadap-

wanita.html. [2014, November 13].

Sexual Harassment at Workplace. (2008, 25 Julai). [Online]. Available: http:// dangaurindu.

blogspot.com/2008/07/gangguan-seksual-sexual-harrassment_25.html.

[2014, November 13].